Karang Ginjal Jabatan Pemakanan & Dietetik Apakah Karang Ginjal? Karang ginjal (batu ginjal) boleh disebabkan oleh kandungan kristal yang tinggi dalam air kencing. Ini termasuk oksalat dan urat, yang juga terdapat dalam air kencing normal. Kristal tersebut biasanya tidak menimbulkan masalah ketika berada dalam tahap rendah, tetapi dapat membentuk kristal dan berkecenderungan membentuk batu jika kandungannya dalam air kencing dalam tahan tinggi. Batu-batu di ginjal ini boleh termasuk ke dalam saluran kencing dan boleh menyebabkan rasa sakit atau darah dalam air kencing. Batu-batu yang lebih kecil mungkin akan terkeluar; tetapi batu-batu yang lebih besar akan menghalang aliran air kencing, dan mungkin memerlukan rawatan atau prosedur lanjutan. Doktor anda akan menasihati anda mengenai rawatan sesuai yang selanjutnya.
Jenis batu ginjal biasa termasuk: kalsium oksalat atau kalsium fosfat. Jenis batu lain termasuk: batu struvit, batu asid urik dan batu sistina. Apakah Simptom Karang Ginjal? Simptom batu ginjal mungkin termasuk: • Sakit kuat di bahagian rusuk • Sakit semasa membuang air kecil, di abdomen bawah atau kelengkang • Air kencing berwarna merah jambu, merah atau perang • Air kencing keruh atau busuk • Kerap rasa ingin membuang air kecil • Demam dan menggigil, sekiranya terkena jangkitan Walau bagaimanapun, sesetengah karang ginjal mungkin tidak menimbulkan sebarang simptom.