Apakah maksud tahap Antigen Spesifik Prostat yang meningkat? Apakah Antigen Spesifik Prostat? Prostate Specific Antigen (PSA) ialah protein yang dihasilkan terutamanya oleh organ prostat lelaki. Bersama dengan pemeriksaan fizikal prostat, ia digunakan untuk mencari dan menilai risiko barah prostat. Secara amnya, semakin tinggi tahap PSA, semakin tinggi risiko barah prostat. Walau bagaimanapun, keadaan lain juga boleh meningkatkan tahap PSA. Bagi pesakit yang sudah disahkan menghidap barah prostat, tahap PSA membantu dalam memantau perkembangan penyakit seseorang serta tindak balas rawatan. Siapakah yang memerlukan ujian PSA? Keputusan untuk menjalani ujian PSA dibuat bersama dengan doktor anda: • Penyaringan awal boleh bermula pada usia 40 tahun bagi mereka yang mempunyai mutasi gen barah (mis. BRCA 1/2) atau sejarah keluarga barah prostat yang ketara
•
•
Sekiranya anda berusia 50-69 tahun, perbincangan mengenai keputusan untuk menjalani penyaringan barah prostat yang termaklum dan peribadi patut dibuat Ujian untuk seseorang yang berusia 75 tahun ke atas hanya boleh dilakukan pada lelaki sihat terpilih untuk mengesan sebilangan kecil barah yang berpotensi untuk menjadi agresif
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengesyorkan ujian ini dijalankan semasa penyaringan kesihatan biasa, terutama sekali jika anda tidak mempunyai risiko atau mengalami simptom yang menunjukkan kebarangkalian barah prostat. Apakah yang mempengaruhi tahap PSA saya? Punca biasa PSA tinggi termasuk: • Pembesaran prostat benigna (BPH) • Radang prostat (prostatitis) • Jangkitan saluran kencing • Penggunaan kateter kencing kebelakangan ini/sekarang