Department of General Medicine
Menangani Kencing Manis pada bulan Ramadan Nasihat untuk pesakit Kami menggalakkan anda berkongsi niat untuk berpuasa pada bulan Ramadan sekurang-kurangnya 2-3 bulan terlebih dahulu. Sila bincang dengan doktor anda bagaimana anda boleh berpuasa dengan selamat pada bulan Ramadan. Berpuasa tidak digalakkan jika anda: • Kerap mengalami hipoglisemia (darah gula rendah) dalam masa 3 bulan yang lalu & berulang • Mempunyai kencing manis yang tidak terkawal & Ketoacidosis Diabetik (darah gula tinggi yang boleh mengancam nyawa) dalam masa 3 bulan sebelum Ramadan
• Tidak mematuhi nasihat tentang pemakanan, perubatan dan aktiviti harian • Mengalami komplikasi seperti masalah jantung atau buah pinggang yang berkaitan dengan Kencing Manis • Mengandung atau menyusu badan • Mempunyai risiko dehidrasi (kekurangan air) atau masalah saluran darah tersumbat
Menangani Kencing Manis pada bulan Ramadan
Pemakanan Merancang pelan pengurusan pemakanan untuk mendapat khasiat dan juga meminum air yang mencukupi. Senaman Senaman ringan dan sederhana adalah selamat; tetapi senaman yang berintensiti tinggi tidak digalakkan kerana ia mungkin meningkatkan risiko hipoglisemia anda.
Jika Anda Kurang Sihat Anda harus berbuka puasa jika anda kurang sihat (seperti demam, selesema, cirit-birit) atau mengalami sebarang simptom di bawah dan segera berjumpa dengan penjaga kesihatan anda.
Simptom-simptom Hipoglisemia
Hiperglisemia
Kadar gula dalam darah: <4.0mmol/L
Kadar gula dalam darah: >16.0mmol/L
• Berpeluh • Rasa letih / lemah • Lapar • Menggeletar • Mudah marah • Kebingungan • Degupan jantung yang cepat • Penglihatan kabur • Pengsan
• Kerap kehausan • Kerap buang air kecil • Lemah • Sakit kepala • Hilang tumpuan
Dehidrasi • Haus • Mulut kering • Kekejangan otot • Loya • Muntah • Degupan jantung yang cepat
Pemantauan
Anda dinasihatkan untuk menguli dengan kerap kadar gula dalam darah semasa bulan Ramadan pada waktu-waktu berikut: • Sebelum mula berpuasa (sebelum sahur) • Sedang berpuasa, sekitar jam 12 tgh–2 ptg (tengah hari) • Sebelum berbuka puasa (sebelum Iftar)
Ubat-Ubatan
Bincang dengan ahli penjagaan kesihatan anda tentang perubahan perubatan semasa Ramadan.
Nasihat Selepas Ramadan
• Mulakan rejim perubatan ke jadual sebelum Ramadan • Elakkan pemakanan yang berlebihan yang boleh menyebabkan hiperglisemia semasa Hari Raya
Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa
1 GELAS Selepas Bangun Sahur
1 GELAS
1 GELAS
Selepas Sahur
Selepas Azan Maghrib
1 GELAS
1 GELAS
Selepas Solat Maghrib
Selepas Makan
1 GELAS
1 GELAS
Selepas Solat Isyak
Selepas Solat Terawih
1 GELAS
TAHNIAH!
Sebelum Tidur
Cukup 8 Gelas air Sehari
© Khoo Teck Puat Hospital Pte Ltd 2025. All rights reserved. All information correct as of Dec 2025. No part of this document may be reproduced, copied, reverse compiled, adapted, distributed, commercially exploited, displayed or stored in a database, retrieval system or transmitted in any form without prior permission of Khoo Teck Puat Hospital Pte Ltd . All information and material found in this document are for purposes of information only and are not meant to substitute any advice provided by your own physician or other medical professionals. DM.PE.13M.1225