




Memperkasa Modal Insan: KUMPULAN YAYASAN SABAH hargai KECEMERLANGAN warga staf
![]()





Memperkasa Modal Insan: KUMPULAN YAYASAN SABAH hargai KECEMERLANGAN warga staf


Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Malam
Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah (MAKYS) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) bagi menghargai dedikasi dan sumbangan cemerlang warga staf dalam memacu agenda pembangunan negeri pada 6 Mei 2026.
Majlis gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan oleh
Timbalan Ketua Menteri 1 / Menteri Kerja Raya & Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Penganjuran MAKYS ini merupakan acara tahunan Kumpulan Yayasan Sabah yang bertujuan untuk mengiktiraf staf yang telah menunjukkan prestasi luar biasa, integriti tinggi, serta

komitmen yang jitu terhadap visi organisasi. Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan
Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasakan modal insan selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ). Kumpulan Yayasan Sabah, menerusi entiti pelaburannya Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) terus memainkan peranan utama dalam memastikan kelestarian pembangunan sosioekonomi dan pendidikan di seluruh negeri Sabah menerusi tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing. Majlis tersebut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah mengikut kategori pengiktirafan, termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jubli Perak, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Sukan dan Anugerah Syarikat Terbaik. Penganugerahan ini diberikan berdasarkan kriteria penilaian prestasi yang ketat, merangkumi aspek produktiviti, kepimpinan, dan disiplin kerja.




Kugiran Cakerawala mengiringi persembahan nyanyian pada malam tersebut.

Persembahan nyanyian artis jemputan, Ryenald Guntabid.
Para hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kesenian yang menghiburkan seperti tarian dan hiburan muzik. Suasana menjadi lebih istimewa dengan penampilan artis-artis jemputan seperti Rozainie bin Rozali yang cukup sinonim dengan lagu hitnya yang bertajuk “Sintak Manis”, Esther Applunius yang telah memenangi pelbagai pertandingan di Malaysia dan luar Negara yang berasal daripada Tambunan dan Ryenald Guntabid, anak jati Tambunan yang terkenal dengan lagunya bertajuk “Lumangad Oku Dika”, turut hadir memeriahkan majlis tersebut.




Penerima Anugerah Sukan 2025 bergambar berkumpulan dengan Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (empat dari kanan), Dato Seri Panglima Joachim (lima dari kanan) dan Datuk Jasnih (empat dari kiri).


Anugerah Syarikat Harapan Terbaik 2025: Borneo Security Centre Sdn. Bhd. Dari kiri: Datuk Jasnih, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim, Datuk Abdul Wahab bin Sulaiman (Ahli Lembaga Pengarah), Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar dan Puan Norjie Binti Busu (Pengurus Besar).

Majlis ini bukan sekadar sebuah keraian, malah merupakan simbolik kepada peranan besar Kumpulan Yayasan Sabah yang telah menjadi tulang belakang pembangunan negeri sejak penubuhannya. Selain memacu sektor pendidikan dan kesihatan, Kumpulan Yayasan Sabah turut mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor dalam pengurusan hutan mampan dan pemuliharaan alam sekitar yang diiktiraf di peringkat global.
Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim menekankan kepentingan sejarah institusi ini yang bakal genap 60 tahun pada 10 Mei 2026. “Enam dekad ini adalah saksi kepada ribuan air mata kesyukuran anak-anak luar bandar yang berjaya ke menara gading dan keluarga yang dibantu keluar dari kepompong kemiskinan. Di usia Jubli Intan ini, nadi Kumpulan Yayasan Sabah tidak pernah berhenti berdenyut untuk rakyat. Selagi matahari terbit di bumi Sabah, selagi itulah ia akan terus menjadi ‘payung’ tempat rakyat berteduh dan ‘tangga’ untuk mereka menggapai awan,” ujar beliau.
Turut hadir menyerikan majlis ialah Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pengarah Yayasan Sabah, Dato Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston bin Lumai @ Bangkuai, Ketua Konservator Hutan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Zulkifli Suara bersama isterinya Datin Prof. Dr. Khadizah binti Osman, Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih bin Haji Daya, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, Datuk Mohd. Arsad Bistari.

Anugerah Syarikat Dividen Tertinggi 2025 (Gangsa): Innoprise Plantations Berhad. Dari kiri: Encik Benedict Wong (Pengurus Audit Dalam), Datuk Jasnih, Dato Seri Panglima Dr. Joachim, Datuk Mariati Robert (Pengarah), Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar, Encik Steven Ong (Pengerusi Eksekutif), dan Encik Ng. Chee Fen (Ketua Pegawai Kewangan).
Anugerah Syarikat Terbaik Kumpulan Yayasan Sabah 2025 menyinari Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan pada 6 Mei 2026 dengan penuh gemilang, meraikan kecemerlangan dalam kecenderungan, inovasi, dan prestasi kewangan yang luar biasa. Majlis berprestij ini mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik dalam Kumpulan Yayasan Sabah atas pencapaian cemerlang, keupayaan mengadaptasi strategi dengan bijaksana, serta sumbangan besar mereka dalam memacu transformasi landskap perniagaan. Lebih daripada sekadar malam penghargaan, majlis ini meraikan syarikatsyarikat yang telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi.
Bagi edisi 2025, penilaian prestasi kewangan dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria utama yang mengambil kira kedudukan kewangan, kecekapan operasi, sumbangan dividen serta amalan tadbir urus syarikat bagi memastikan pemilihan yang menyeluruh dan telus. Kriteria pertama ialah Skor Wajaran Kuantitatif Keseluruhan yang mengukur prestasi kewangan syarikat secara holistik berdasarkan indikator kewangan yang telah ditetapkan, di mana skor yang lebih tinggi menunjukkan prestasi kewangan dan operasi yang lebih kukuh. Penilaian ini turut menggunakan Altman’s Z-Score, iaitu ukuran penting yang digunakan untuk menilai tahap kesihatan kewangan dan risiko sesebuah syarikat. Skor yang tinggi secara umumnya menunjukkan kedudukan kewangan yang lebih stabil, manakala skor yang rendah menunjukkan risiko kewangan yang lebih tinggi.
Selain itu, penilaian turut mengambil kira jumlah dividen yang diisytiharkan kerana ia menunjukkan sumbangan kewangan syarikat kepada pemegang saham. Kriteria ini melayakkan syarikat yang mencatatkan dividen tertinggi diberi pengiktirafan di bawah kategori Anugerah Penyumbang Dividen Tertinggi. Nisbah Kecekapan Perbelanjaan juga dinilai bagi melihat sejauh mana syarikat menguruskan perbelanjaan secara cekap dan berhemah, yang secara langsung mencerminkan disiplin kewangan serta keupayaan syarikat mengawal kos operasi. Penilaian ini dilengkapkan dengan Kedudukan Polisi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus, bagi menunjukkan tahap kesediaan syarikat dalam mengamalkan tadbir urus yang baik, kelestarian dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Keseluruhan kriteria ini memastikan penilaian tidak hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga kekuatan kewangan dan komitmen terhadap kelestarian.
Berdasarkan penilaian yang teliti ini, Innoprise Plantations Berhad terus membuktikan kecemerlangan dalam sektor perladangan melalui pengurusan aset perladangan, pemprosesan hasil sawit dan prestasi kewangan yang kukuh, sekali gus merangkul Anugerah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. Syarikat yang mengendalikan enam estet dan sebuah kilang kelapa sawit di kawasan Gunung Rara/ Kalabakan ini turut mengungguli Anugerah Syarikat Terbaik bagi Sektor Agroperladangan serta menerima Anugerah Penyumbang Dividen Tertinggi (Gangsa).

Anugerah Syarikat Dividen Tertinggi 2025 (Perak): Benta Wawasan Sdn. Bhd.
Dari kiri: Datuk Jasnih, Dato Seri Panglima Dr. Joachim, YBhg. Datuk Hj Abdul Karim bin
Hj. Abd Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif), Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar, dan Encik Rizan Hardinata bin Baba (Pengurus Besar Operasi).

Dari
Syarikat



Anugerah Syarikat Terbaik Sektor Agroperladangan 2025: Innoprise Plantations Berhad.
Dari kanan: Encik Benedict Wong (Pengurus Audit Dalaman), Encik Steven Ong (Pengerusi Eksekutif), Encik Ng Chee Fen (Ketua Pegawai Kewangan), Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar, YBhg. Datuk Mariati Robert (Pengarah), Dato Seri Panglima Dr. Joachim dan Datuk Jasnih.
Bagi pencapaian dividen yang cemerlang, Sabah Softwoods Berhad mengekalkan kedudukannya sebagai penerima Anugerah Penyumbang Dividen Tertinggi (Emas). Ini membuktikan keupayaan syarikat tersebut dalam memberikan pulangan pelaburan yang kukuh. Sementara itu, Benta Wawasan Sdn. Bhd. dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penyumbang Dividen Tertinggi (Perak). Pencapaian ini mencerminkan tumpuan anak syarikat milik penuh Innoprise Corporation Sdn. Bhd. ini kepada pembangunan kawasan secara mampan serta mesra alam di Kalabakan dan Gunung Rara.
Anugerah Syarikat Terbaik Sektor Pelancongan 2025: Shangri-La Tanjung Aru Hotel Sdn. Bhd.
Dari kanan: Puan Michelle Ma (Pengarah, Jualan dan Pemasaran), Dato ‘ Sri Dr. Haji Gulamhaidar, Mr. Conor Hadlington (Pengurus Besar), Dato Seri Panglima Dr. Joachim dan Datuk Jasnih.



Syarikat
Tiga dari kanan: Encik Rozali bin Khamis
YBhg. Datuk Ag. Butahmam
Ag.
Dalam sektor pelancongan, Tanjung Aru Hotel Sdn. Bhd. yang mengendalikan Shangri-La Tanjung Aru telah memenangi
Anugerah Syarikat Terbaik (Sektor Pelancongan). Kedudukannya sebagai destinasi pelancongan premium bertaraf antarabangsa menjadikannya antara aset penting dalam sektor pelancongan kumpulan. Manakala bagi Anugerah Syarikat Terbaik (Sektor Pelaburan Lain), pengiktirafan diberikan kepada Kimanis Power Sdn. Bhd. atas kedudukan kewangan yang baik dan kecekapan perbelanjaan. Loji jana kuasa gas kitar padu ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh grid elektrik serta menyokong keperluan tenaga bagi pembangunan ekonomi negeri Sabah.
Anugerah Syarikat Harapan Terbaik telah dianugerahkan kepada Borneo Security Centre Sdn. Bhd. Pengiktirafan ini diberikan hasil daripada kemajuan yang signifikan melalui pengurusan yang lebih strategik, peningkatan kecekapan operasi serta kejayaan memperluaskan portfolio kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan sepanjang tahun 2025. Ini menjadi asas kukuh kepada syarikat untuk terus berkembang dan menyumbang secara lebih signifikan pada masa hadapan.













Azmi (kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (tengah). Turut dalam gambar, Datuk Seri Panglima Haji Masidi (dua dari kiri) dan Datuk Julita (tiga dari kanan).
Satu langkah penting dalam memperkukuhkan sektor kesihatan di negeri Sabah telah dimeterai apabila Kumpulan Yayasan Sabah dan Institut Jantung Negara (IJN) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pembangunan Hospital IJN di Sabah, serta kerjasama dalam bidang pendidikan kesihatan antara University College Sabah Foundation (UCSF) dan IJN University College.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 6 April 2026.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki; Pengarah, Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar; Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. Bhd. (ICSB), Datuk Jasnih Daya; serta ketua-ketua jabatan negeri, barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dan IJN.

Melalui kerjasama strategik ini, sebuah hospital jantung bertaraf tinggi akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar tanah di kawasan Likas, yang telah diwartakan khusus untuk pembangunan hospital jantung di negeri ini.
MoU bagi pembangunan Hospital IJN tersebut telah ditandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah oleh Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar bersama Datuk Jasnih. Bagi pihak IJN, ia telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Sdn. Bhd., Profesor Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md Taib, bersama Ketua Pegawai Klinikal, Datuk Dr. Datuk Dr. Shaiful Azmi Yahaya.
Manakala MoU antara UCSF dan IJN University College pula telah ditandatangani oleh Naib Canselor UCSF, Datuk Dr. Rafiq Idris dan Pemangku Pendaftar UCSF, Puan Noorashikin Ahmad, Naib Canselor IJN University College, Profesor Emerita Dr. Durrishah Idrus bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Dato’ Akmal Arief Fauzi.

Majlis menandatangani MoU antara UCSF dan IJN University College masing-masing diwakili oleh Datuk Dr. Rafiq (lima dari kiri), Puan Noorashikin (dua dari kiri) serta Profesor Emerita Durrishah (empat dari kanan) dan Dato’ Akmal Arief Fauzi (kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (tengah). Turut dalam gambar, Datuk Seri Panglima Haji Masidi (empat dari kiri), Datuk Julita (tiga dari kanan), Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (tiga dari kiri), Datuk Jasnih (kiri) dan Profesor Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani (dua dari kanan).
Kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan IJN ini turut mencerminkan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperluaskan penglibatan dalam sektor kesihatan melalui anak syarikatnya, ICSB dalam memastikan rakyat Sabah mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih moden, berkualiti dan mampan.
Selain pembangunan hospital, majlis turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara UCSF dan IJN University College, yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan profesional kesihatan.
Kerjasama ini dijangka membuka peluang kepada pembangunan modal insan tempatan serta melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang perubatan dan kesihatan, sejajar dengan keperluan masa hadapan negeri Sabah.

Pembangunan Hospital IJN di Sabah dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan kardiovaskular bertaraf tinggi, pengurangan keperluan rujukan pesakit ke luar negeri serta penyediaan peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan.
Usaha ini selaras dengan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkukuhkan sistem kesihatan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Inisiatif ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi landskap perkhidmatan kesihatan di Sabah.


“Ambatu Kelarai” Kg. Tinura, Ulu Tomani, Tenom Legasi seni kraf tangan dan pemangkin ekonomi masyarakat
Anyaman kelarai merupakan seni kraf tangan yang sangat terkenal di kalangan suku kaum Murut Tahol yang mendiami daerah Tenom, terutamanya di kawasan Ulu Tomani. Seni anyaman ini merupakan kearifan tradisi yang telah diwariskan dari generasi ke generasi, merakamkan cetusan perasaan, unsur flora dan fauna, serta pemikiran masyarakat dalam susunan bilah buluh yang dianyam dengan teliti. Salah sebuah kampung yang giat menjalankan aktiviti penghasilan kraf kelarai di kawasan Ulu Tomani adalah Kg. Tinura. Para penduduk menjadikan penghasilan anyaman kelarai sebagai aktiviti perekonomian utama, terutamanya dalam kalangan kaum ibu dan suri rumah tangga. Faktor seperti warisan kemahiran dan sumber buluh yang mudah diperoleh di sekitar kawasan ini menjadikan penghasilan anyaman kelarai sebagai satu perusahaan yang diusahakan dengan giat oleh penduduknya.


Kumpulan Yayasan Sabah telah mengambil inisiatif untuk membantu membangunkan perusahaan kelarai di Kg. Tinura bermula pada tahun 2008, melalui Pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) yang telah membantu membina sebuah bangunan sebagai pusat pengumpulan kraf tangan di Kg. Tinura. Pelbagai jenis kraf tangan berasaskan anyaman kelarai dihasilkan oleh komuniti kraf tangan seperti topi Lalandau, takinan, bakul anyaman, panel kelarai serta beg kelarai.
Pada tahun 2013, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah membantu mendaftarkan Petunjuk Geografi bagi anyaman kelarai, Ulu Tomani, Tenom yang memberikan hak kolektif yang boleh digunakan oleh semua pengeluar di kawasan geografi tersebut dengan pematuhan kualiti yang ditetapkan. Selain itu, perlindungan ini diberikan kerana produk tersebut mempunyai kualiti, reputasi, atau ciri khas yang secara unik dikaitkan dengan faktor geografi asalnya, seperti keadaan tanah, iklim, atau kepakaran tradisional masyarakat setempat. Melihat kepada keunikan dan potensi produk kraf yang dihasilkan, PKS turut mengadakan Program Komuniti Kraf (PKK) bersama penduduk Kg. Tinura pada tahun 2017. Melalui program ini, para peserta komuniti kraf diberikan bimbingan dan khidmat nasihat dalam penghasilan produk kraf serta keusahawanan. Bertitik tolak dari program tersebut, PKS turut memasarkan produk kraf tangan keluaran Kg. Tinura melalui Kedai Kraftangan Gambus Retail Shop, program pameran dan jualan serta mempromosikan Kg.Tinura ialah antara pembekal bahan mentah buluh dan anyaman kelarai kepada komuniti kraftangan serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Secara tidak langsung, taraf ekonomi penduduk Kg. Tinura juga semakin meningkat ekoran pertambahan tempahan dan kerancakan jualan produk kraf siap di pasaran tempatan.
Perkembangan aktiviti perusahaan kraf yang semakin rancak di kampung tersebut serta hebahan tentang keunikan hasil kraf tangan yang dihasilkan telah menarik perhatian masyarakat dan agensi awam untuk berkunjung
ke kampung itu. Pada tahun 2018, Kumpulan Yayasan Sabah, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (TERAJU) bersamasama dengan Universiti Sains Malaysia di bawah Program Innovation For Community (INNO4C) - Ambatu Kelarai Scale-Up Project telah memberikan bantuan dan bimbingan kepada komuniti kraf Kg. Tinura terutamanya dalam inovasi proses penghasilan kelarai. Beberapa mesin inovasi telah disalurkan kepada komuniti kraf bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penghasilan produk kraf tangan seperti Mesin Pemotongan, Mesin Pengilap Buluh, Mesin Pembelah, Mesin Penghiris Buluh serta Mesin Jalur Buluh. Penggunaan inovasi ini ternyata dapat menjimatkan masa dan tenaga serta meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran produk kraf tangan.
Meluaskan lagi potensi kraf tangan anyaman kelarai, Jabatan Pembangunan Perinudustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah

Bahagian Penyelidikan Yayasan Sabah dan Pengurus Kumpulan PKS Bersama Komuniti Kg.Tinura di Program TERAJU Aspirasi Outreach Sabah Chapter 2026.
memberikan bantuan Mesin Jahit Industri dan Mesin Jahit Silinder kepada komuniti kraf Kg. Tinura untuk meningkatkan lagi kualiti pengeluaran produk jahitan beg kelarai. DIDR bersama PKS telah berkolaborasi dalam memberikan bimbingan kemahiran jahitan beg kepada komuniti ini melalui Kursus Jahitan Beg (Kelarai) - Komuniti Daerah Tenom - DIDR - PKS pada 16 Ogos 2024.
Jelas, usaha Kumpulan Yayasan Sabah menerusi PKS yang menjadi pemangkin kepesatan aktiviti kerajinan tangan di Kg. Tinura telah membawakan ”spill over effect” yang bukan sahaja meningkatkan ekonomi masyarakat tetapi turut menjadi gerak pemberdayaan seni warisan negeri. Limpahan sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi yang masuk ke Kg. Tinura sangat bernilai dan mampu merubah kehidupan masyarakat Kg. Tinura ke arah yang lebih baik.





Pada 18 April 2026, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima kunjungan daripada para peserta finalis Pertandingan Unduk Ngadau Daerah Keningau/Bingkor 2026 yang terdiri daripada 14 orang jelitawan bersama-sama para AJK pertandingan. Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans telah menyambut kedatangan Pengerusi Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Daerah Keningau 2026, Puan Emma Intang berserta rombongan.
Para finalis telah dibawa melawat galeri-galeri kraf dan bengkel kerja tangan PKS sebelum menggayakan fabrik batik canting dan tekstil digital PKS. Ternyata kecantikan para finalis Unduk Ngadau Daerah Keningau/Bingkor tampak harmoni dalam balutan fabrik batik dan digital yang digayakan. Kunjungan ke bengkel batik canting membolehkan mereka menyaksikan sendiri proses pembuatan Batik Sabah yang mewah dengan motif tradisi dan flora indah warisan tempatan.


Mereka kemudiannya telah mengabadikan momen lawatan dalam sesi fotografi di sekitar PKS. Sesi ini juga telah mempromosikan kepelbagaian produk kraf tangan hasil karya anak negeri Sabah yang menimba kemahiran kraf tangan di PKS. Mereka kemudiannya telah mencuba aneka interaktif kraf yang disediakan di Perkampungan Kraf, PKS. Para jelitawan ini telah mencuba interaktif kraf seperti anyaman kelarai, sulaman manik, mewarna batik dan anyaman rotan. Pengalaman ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghasilkan kraf tangan sendiri seperti yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Ada juga yang mencuba demonstrasi mengukir kayu, menjahit dompet mini dan membuat replika baju tradisi.





PKS sangat menghargai kunjungan ini, yang diharapkan mampu menjadi jambatan untuk menghubungkan budaya dan warisan kerajinan tangan tempatan kepada perhatian masyarakat. Semoga kunjungan ini dapat memperkaya pengalaman dan ilmu para finalis dan jelitawan Pertandingan Unduk Ngadau Daerah Keningau tentang warisan seni kraf tangan yang ada di negeri Sabah dan seterusnya dapat mengangkat nilai budaya dan warisan ke puncak gemilang.


penuangan resin

Kepada anak-anak remaja, hala tuju selepas alam persekolahan boleh menjadi persoalan yang sulit dan menimbulkan kekeliruan, terutamanya bidang apa yang ingin diikuti selepas tamat alam persekolahan. Ini tidak terkecuali bagi para prospek di Sekolah Henry Gurney, Keningau. Walaupun alam pembelajaran yang agak berbeza dengan sekolah aliran perdana yang lain, ini tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk turut mengatur langkah bagi mencapai jalan terbaik untuk membentuk masa depan mereka selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada itu Pusat Kraftangan Sabah (PKS) selaku agensi pembangunan modal insan melalui kemahiran kraf dan keusahawanan turut menyokong langkah untuk membantu para prospek Sekolah Henry Gurney Keningau yang mempunyai minat dalam bidang kraf tangan. Pada 29 April 2026, PKS telah dijemput menyampaikan taklimat berkenaan peranan, fungsi dan kursus-kursus yang tersedia di PKS sebagai cabang laluan kerjaya bagi para lepasan SPM bersempena Program Siap Siaga Kerjaya: Bekalan Untuk Hidup Baru 2.0. Program ini merupakan anjuran Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK)

Daerah Keningau dan Sekolah Henry Gurney Keningau. Selain memberikan penerangan tentang Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah yang meliputi dua program utama iaitu Rural Integrated Craft Heritage (RICH 2.0) dan Program Penanaman Bahan Mentah-Buluh & Rotan (PPBM), PKS juga telah menunjukkan satu demonstrasi ringkas penuangan epoksi yang disampaikan oleh Pengajar Kraf Bengkel Epoksi & Resin, Encik Masius Kazul. Para peserta tidak melepaskan peluang bertanyakan pelbagai soalan berkenaan kraf tangan dan menunjukkan minat mendalam dalam pembuatan kraf epoksi tersebut.
Kraf tangan bukan sahaja satu seni yang boleh menjana ekonomi individu dan masyarakat, malah boleh menjadi penawar dan pembangun semangat dalam diri individu untuk menjadi versi insan yang lebih baik, kental dan berdaya maju. PKS sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat dan agensi yang membuka jalan untuk membangunkan potensi diri individu ke arah yang lebih cemerlang melalui kraf tangan.
Semoga para prospek Sekolah Henry Gurney Keningau akan terus maju dan teguh dalam mencapai kecemerlangan.

Puan S Narty menerima Anugerah Usahawan
Kraftangan Daerah Keningau 2026 daripada
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan.


Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2026, sekali lagi Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima khabar membanggakan apabila pengasas jenama Magic Bamboo yang juga bekas peserta Program Latihan Kraftangan (PLK) PKS, Puan S Narty Raitom, telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Kraftangan Daerah Keningau 2026. Usahawan kraf tangan anyaman buluh ini telah bergiat dalam bidang kraf tangan selama 29 tahun.
Mendapat pendedahan secara langsung dari ibu beliau, Puan Julitah Kulinting yang merupakan Adiguru Anyaman Buluh lantikan tahun 2023, mantan pengajar kraf anyaman buluh PKS serta tokoh hebat dalam anyaman buluh negeri Sabah, beliau menggalas tanggungjawab meneruskan warisan dan legasi keluarga yang begitu berbakat dalam menjalin bilah buluh menjadi anyaman kelarai yang mengagumkan. Menyesuaikan seni kraf warisan dengan peralihan zaman, beliau menumpukan kepada penghasilan kraf tangan beg menggunakan anyaman kelarai. Ternyata beliau mempunyai citarasa dan rekaan beg yang tersendiri sehingga melayakkan beliau memenangi Anugerah Malaysia Good Design pada tahun 2019 dan 2022.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini mempunyai catatan kejayaan yang pelbagai, yang didapatkan melalui usaha dan penyertaan dalam pelbagai pertandingan kraf tangan dari tahun ke tahun. Antaranya kejayaan beliau memenangi Pertandingan Produk SDSI Peringkat Negeri Sabah (Produk Kotemporari/ Beg Tangan) pada tahun 2016 dan 2017. Usahawan gigih ini yang turut menjalankan aktiviti pembuatan dan mengajar kemahiran kraf tangan kepada komuniti juga telah menerima Anugerah Outstanding 100 SME pada tahun 2019 daripada Kementerian Perdagangan Dan Industri Negeri Sabah.



Meluaskan lagi kreativiti beliau dalam kraf tangan anyaman buluh, beliau bersama kumpulan penganyam dari daerah Keningau dan Semporna di bawah bimbingan artisan terkenal Malaysia, Yee-I Lan telah menghasilkan siri anyaman tikar daripada buluh dan pandan yang telah berjaya dipamerkan di beberapa galeri dan muzium seni terkenal di seluruh dunia. Beliau juga merupakan penganyam bersama bagi karya yang memenangi Anugerah Anteprima x Chat Contemporary Textile Art Prize 2024 di Hong Kong melalui karya kolaborasi bersama artis tempatan-Yee I-Lan dan pengkraf anyaman pandan, Roziah Binti Jalalid. Tikar-tikar unik ini dianyam menurut ekspresi tersendiri yang membawakan tematema menarik dalam kehidupan. Antara siri pameran yang mempamerkan anyaman beliau seperti Pameran “MansauAnsau” di Singapore Art Gallery (2024), Okura Museum of Art, Tokyo (2024) Art Basel Miami Beach (2024), Metropolitan Museum of Art, New York (2024), Queensland Art Gallery, Australia (2021) dan Borneo Heart Exhibition, Kuala Lumpur (2021 dan 2023).
Karya anyaman solo beliau, “The Story of Two Suns” telah dipamerkan dalam “Tanong Exhibition”, di Balai Seni Lukis Sabah pada tahun 2025.
Menghargai kegigihan dan usaha cemerlang beliau dalam bidang kraf tangan, beliau juga telah menerima Anugerah Pengusaha Kraftangan Berpotensi Kumpulan Yayasan Sabah 2025.

Ternyata, usaha beliau yang tidak mengenal lelah dan putus asa telah membawa beliau ke pelbagai destinasi dan merangkul bermacam kecemerlangan, ini sekaligus telah memperkenalkan keindahan seni anyaman buluh negeri Sabah dan mengangkat ketinggian seni warisan tempatan. Semoga usaha gigih beliau ini akan terus membawa beliau dan kraftangan anyaman buluh “terbang” ke tahap yang terbilang.

“The








Seri Panglima Haji

di sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026

PKS turut terlibat dalam Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026 yang berlangsung selama tiga hari, dari 22 hingga 24 Mei 2026, di Dataran Sook, Keningau. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, ini merupakan kali kedua negeri Sabah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Hutan Antarabangsa selepas sambutan pertama 23 tahun yang lalu di Sandakan. Membawakan pameran berkaitan Program Penanaman Bahan Mentah - Buluh & Rotan (PPBM) di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) turut komited dalam menyumbang kepada kelestarian sumber alam terutamanya yang menjadi sumber bahan mentah kepada penghasilan kraf tangan warisan.
Dalam pameran ini, PKS telah membawakan maklumat grafik projek penanaman buluh dan rotan yang dijalankan di Ladang PPBM Sungai Pinangah, Sook. Selain itu, turut dipamerkan pelbagai produk kraf tangan hasil rimba berasaskan buluh dan rotan serta sampel anak pokok buluh dan rotan sebagai perkongsian ilmu kepada orang awam dan agensi berkaitan.
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, turut meluangkan masa untuk melawat ruang pameran PKS. Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul dan Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Datuk Zulkifli Suara. Menyorot perhatian para tetamu kehormat di ruang pameran PKS adalah set meja buatan rotan hasil rekaan Bengkel Anyaman Rotan PKS. Set unik ini menjadi tumpuan sehingga menerima beberapa tempahan daripada pengunjung yang tertarik dengan rekaannya.
Sempena program ini juga, Pengurus Kumpulan PKS, Puan Vivian Evans, turut dijemput sebagai juri bagi Pertandingan Gubahan Bunga sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026.
Semoga usaha pelestarian alam dan hutan di negeri Sabah akan terus mapan dan kekal sebagai warisan berharga bagi rakyat negeri ini.


Puan Vivian (tengah) mewakili PKS menerima sijil penyertaan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026.




Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (dua dari kanan) menerima cenderamata istimewa berupa karya seni kraf anyaman berbingkai daripada Pengurus Kumpulan, PKS, Puan Vivian Evans ketika melawat ruang pameran PKS. Turut kelihatan, YB Dato’ Indera Mohd. Shahar (kiri) dan Datuk Ewon (kanan).




A SHARED VISION FOR CONSERVATION: Dato’ Sri Dr. Haji Ghulamhaidar and other organisational key stakeholders showcasing the successfully signed digital MoA. The agreement was formed between Borneo Refugia Adventure Sdn. Bhd. (NeoGia), under the purview of Kumpulan Yayasan Sabah and the Sow A Seed Foundation, Sweden.




Dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan komuniti dan memantapkan pelaksanaan program impak sosial di seluruh negeri, Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Program Sosial 5 Tahun (2027-2031) Kumpulan Yayasan Sabah. Program yang berlangsung selama dua hari, bermula 7 hingga 8 April 2026 ini, telah diadakan secara komprehensif di Bilik Multivision serta di ruang legar
MENERUSI BENGKEL PELAN STRATEGIK PROGRAM SOSIAL 5 TAHUN (2027-2031)
Bengkel ini telah dihadiri oleh barisan pegawai daripada pelbagai sektor penting organisasi, merangkumi pegawaipegawai Pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Bahagian Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Kolej Teknologi Yayasan Sabah, University College Sabah Foundation, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ ICSB), serta Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar. Turut sama menjayakan bengkel ini ialah Pejabat Setiausaha Korporat, Bahagian Integriti & Pengukuhan dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
INTEGRASI IDEA: Sesi perbincangan kumpulan yang menggabungkan perspektif daripada aspek pendidikan, kewangan, konservasi, pengurusan zon, dan pentadbiran bagi merangka pelan tindakan impak sosial yang holistik di ruang legar
Auditorium Tun Ahmad Raffae.



Penglibatan menyeluruh daripada pelbagai Bahagian cross-functional ini amat signifikan bagi memastikan setiap perancangan strategik yang dirangka bersifat inklusif, praktikal, dan mampu memenuhi unjuran keperluan sosioekonomi serta pendidikan rakyat di peringkat akar umbi.
Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta terlibat aktif dalam sesi percambahan minda, pembentangan kertas kerja, serta perbincangan kumpulan dengan fokus untuk mengoptimumkan impak bantuan pendidikan, pembangunan modal insan, kebajikan masyarakat, kelestarian alam sekitar, serta pemerkasaan ekonomi.
Melalui penganjuran bengkel ini, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk menghasilkan satu dokumen blueprint Pelan Strategik Program Sosial Kumpulan Yayasan Sabah (20272031) yang kukuh. Dokumen ini bakal menjadi rujukan utama organisasi dalam memacu transformasi sosial yang mampan demi kesejahteraan rakyat Sabah secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun akan datang.



Suasana ceria dan penuh keakraban menyelubungi Bangunan Tadika Ria, Kumpulan Yayasan Sabah pada 17 April 2026 sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK).
Majlis tahunan yang dinantikan ini dihadiri oleh warga kerja BPKK, para guru, ibu bapa, serta diraikan bersama kanakkanak Tadika Ria yang tampil ceria sambil memperagakan busana raya berwarna-warni. Sinergi dan komitmen tinggi daripada pihak penganjur berjaya menterjemahkan matlamat utama program dalam merapatkan ukhuwah serta menyuburkan semangat kekeluargaan.
Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang khas untuk menghiburkan para hadirin, terutamanya kanak-kanak. Suasana dewan digandakan dengan sesi santai persembahan nyanyian lagu raya klasik yang menyerlahkan lagi bakat serta keberanian kanakkanak Tadika Ria mendendangkan lagu dengan penuh keyakinan.
Penglibatan serta kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan majlis ini membuka ruang terbaik untuk sesi ramah mesra dan maaf-maafan sempena bulan Syawal yang mulia, sekali gus memperkukuh komunikasi dua hala serta jalinan ukhuwah bersama para guru dan staf BPKK. Kemuncak kegembiraan anak-anak kecil ini diterjemahkan melalui sesi agihan duit raya oleh pihak pengurusan BPKK sebagai tanda ingatan yang menambah keceriaan Aidilfitri mereka pada tahun ini.




di
Bisaya Bersatu, Beaufort. Program anjuran Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan ini menggabungkan semangat muhibah Hari Raya Aidilfitri dengan keindahan kepelbagaian warisan etnik Sabah.
Alunan merdu melodi tradisional dan keunikan warisan budaya telah memeriahkan Dewan Persatuan Bisaya Bersatu, Beaufort, sempena Program Pertandingan Lagu-Lagu Etnik & Pakaian Etnik serta Majlis Kesyukuran Aidilfitri Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan pada 9 April 2026.
Majlis yang bermula secara rasmi pada jam 2:00 petang ini telah menghimpunkan sekitar 150 orang jemputan bersama 40 orang pelajar yang menghuni Asrama Yayasan Sabah Daerah Sipitang. Perhimpunan ini merupakan satu sambutan
dwi-acara iaitu, Majlis Kesyukuran Aidilfitri 2026 Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan dan juga platform untuk memelihara budaya tempatan menerusi pertandingan.
Acara yang diadakan tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pentadbir Zon Yayasan Sabah, Zon Pedalaman Selatan, Puan Siti Sheriffah Hj. Jabar Khan. Selain pertandingan nyanyian lagu etnik dan pakaian etnik, program ini turut diselitkan dengan penyampaian duit raya kepada pelajar-pelajar Asrama Yayasan sabah Sipitang bagi berkongsi kegembiraan dan keceriaan suasana musim perayaan.


Kanak-kanak Kelas Mutiara yang berumur 3 tahun mempamerkan ketangkasan dan semangat kesukanan yang tinggi semasa mengharungi cabaran sukaneka yang direka khusus untuk menguji fizikal serta minda mereka pada 29 April 2026.


Dalam usaha menyokong perkembangan fizikal, kognitif, dan sosial kanak-kanak pada peringkat awal usia, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) telah berjaya menganjurkan Program Sukaneka Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak 2026.

Program penuh kemeriahan ini telah dilangsungkan secara berperingkat selama tiga hari berturut-turut, bermula 28 hingga 30 April 2026, bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan psikomotor kanak-kanak yang terlibat.
Tirai program sukaneka ini dibuka pada 28 April 2026 dengan penglibatan si cilik dari Kelas Zamrud (berumur 1 tahun) dan Kelas Delima (berumur 2 tahun). Pengisian aktiviti pada hari pertama direka khusus dengan elemen permainan asas yang selamat untuk merangsang koordinasi mata dan tangan, serta menggalakkan pergerakan motor kasar dalam suasana yang menyeronokkan.
Kemeriahan diteruskan pada hari kedua, 29 April 2026, yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dari Kelas Mutiara. Pada tahap umur ini, aktiviti sukaneka yang diketengahkan lebih mencabar dan memfokuskan kepada pembinaan keyakinan diri, ketangkasan mengawal keseimbangan badan, serta memupuk semangat interaksi sosial yang positif antara rakan sebaya.
Sebagai kemuncak acara, hari ketiga sukaneka pada 30 April 2026 telah diserikan dengan penyertaan meriah daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun yang terdiri daripada Kelas Ruby, Kelas Pearl, dan Kelas Sapphire. Kesepaduan aktiviti pada hari penutup ini bukan sahaja menonjolkan keceriaan kanak-kanak yang pelbagai ragam, malah memperlihatkan dedikasi tinggi para pendidik BPKK dalam membimbing setiap pergerakan mereka.
Penganjuran sukaneka tahunan ini membuktikan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyediakan persekitaran pendidikan awal kanak-kanak yang kondusif. Pendekatan belajar melalui bermain (learning through play) ini amat penting dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja sihat dan cergas fizikalnya, malah cerdas dalam perkembangan emosi dan minda.







Bahagian Perkembangan KanakKanak (BPKK), Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru dan Pekerja BPKK 2026 yang diadakan pada 5 Jun 2026 di Hotel Seven 7 Suria, Kota Kinabalu.
Majlis yang menghimpunkan warga pendidik, pengasuh serta staf BPKK ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru serta pekerja yang telah memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk generasi masa depan negara.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengurus Kumpulan BPKK, Puan Rosmini Simin, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada seluruh staf pendidik dan staf BPKK atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti.
Penganjuran sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa guru dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa, memberikan motivasi kepada guru-guru agar terus meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan, serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga BPKK melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang majlis, antaranya penyampaian Anugerah Ikon Guru Tadika, Ikon Pengasuh Taska Ria dan Taska Kristal Ria, Ikon Pentadbiran,


Persembahan


serta Anugerah Kelas Ceria bagi kategori Taska dan Tadika. Selain itu, program turut dimeriahkan dengan Pertandingan Busana Etnik Borneo, persembahan khas daripada staf BPKK, permainan santai serta cabutan tiket bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi Komuniti Ibu Bapa dan Guru, Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Encik Mohd. Redzuan Mohd. Zain.

Selepas melakar pelbagai momen ceria menerusi siri sukaneka mengikut peringkat umur pada hujung April lalu, pada 9 Mei 2026, Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan Hari Kemuncak Program Sukaneka Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) 2026 menerusi satu majlis penutupan yang gilanggemilang. Program tersebut yang melibatkan penyertaan murid daripada Taska Ria dan Taska Kristal Ria (4 tahun), Tadika Ria (5 dan 6 tahun) serta Pusat Jagaan Ria (Darjah 1 hingga Darjah 6) telah diadakan bertempat di Gelanggang Bola Jaring Arena Futsal Yayasan Sabah.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru kelas masing-masing. Semua peserta menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi semasa bertanding.
DEDIKASI GURU… Barisan pendidik BPKK menyelaras aktiviti sukaneka serta memastikan keselamatan setiap kanak-kanak terjamin sepanjang program berlangsung.


Selain pertandingan sukaneka, majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka, penyampaian hadiah peraduan sempena Hari Ibu, serta penyampaian hadiah cabutan tiket bertuah.
Penganjuran sukaneka dan majlis apresiasi seumpama ini adalah manifestasi komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam melahirkan generasi modal insan yang seimbang merangkumi kecerdasan minda, kecergasan fizikal, dan kestabilan sosio-emosi bermula dari usia rebung.
Melalui pendekatan pendidikan holistik yang diamalkan oleh BPKK, Kumpulan Yayasan Sabah berharap inisiatif ini akan terus menjadi asas kukuh kepada pembinaan jati diri dan keyakinan kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
SOKONGAN KELUARGA… Wajah-wajah ceria si cilik BPKK bersama ibu bapa masing-masing memeriahkan lagi suasana program. Penglibatan aktif ibu bapa amat penting dalam menyokong perkembangan psikomotor dan keyakinan diri anak-anak.




PERKUKUH KESELAMATAN
LEWAT SESI LATIHAN
MENEMBAK DAN PEMBAHARUAN
Dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kecekapan, dan pematuhan undang-undang barisan anggota keselamatan, Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Sesi Latihan Menembak, Pembaharuan Permit dan Lesen Senjata bagi tahun 2026-2027 bertempat di Lapangan Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lok Kawi pada 14 Mei 2026.
Latihan intensif ini telah dihadiri dan disaksikan bersama oleh Ketua Pegawai Operasi Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Encik Douglas Joinol; Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Budirman bin Daud; serta Pengurus Besar Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Puan Norjie Busu.
Sesi latihan praktikal dan teknikal pada tahun ini telah dikendalikan oleh pengendali latihan bertauliah, KPL (T) Zainal bin Afandi (Kpl dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah daripada Inspektor Zakaria Hamri dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, yang memastikan setiap prosedur pengendalian senjata api dilakukan mengikut standard keselamatan tertinggi yang ditetapkan oleh PDRM. Seramai 16 orang anggota keselamatan Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai latihan ini. Selain bertujuan untuk memenuhi syarat wajib pembaharuan permit dan lesen senjata api bagi tempoh 2026 hingga 2027, latihan ini juga bermatlamat untuk menguji kecekapan menembak, memantapkan disiplin, serta memperbaharui pengetahuan anggota mengenai undang-undang dan aspek keselamatan dalam pengendalian senjata api semasa bertugas.



Melalui latihan berkala seumpama ini, Kumpulan Yayasan Sabah terus komited untuk memastikan aset-aset penting organisasi serta keselamatan persekitaran kawasan pentadbiran sentiasa dikawal selia oleh barisan anggota keselamatan yang kompeten, tangkas, dan berprestasi tinggi.






Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) 2026 telah diadakan pada 16 Jun 2026 bertempat di Kinabalu Room, Sabah International Convention Centre (SICC) dengan kehadiran seramai 70 orang ahli koperasi.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh KPYSB ini bertujuan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi membentangkan laporan prestasi dan kewangan koperasi, membincangkan hal ehwal pentadbiran, serta mendapatkan kelulusan anggota terhadap cadangan dan keputusan penting organisasi.


Antara pengisian utama mesyuarat ialah pembentangan laporan Anggota Lembaga dan jawatankuasa berkaitan, pemilihan Anggota Lembaga baharu, pembentangan akaun teraudit, perbincangan belanjawan, cadangan pembahagian keuntungan, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tadbir urus dan pembangunan koperasi.
Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) bertekad untuk mengamalkan tadbir urus yang telus, cekap, dan mampan bagi memastikan kepentingan serta kesejahteraan setiap ahli sentiasa terpelihara.
Dalam usaha berterusan untuk memantapkan kompetensi dan kualiti penyampaian perkhidmatan tenaga kerjanya, Kumpulan Yayasan Sabah telah berjaya menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan Secara Lisan dan Bertulis.
Program latihan berimpak tinggi yang berlangsung selama dua hari, bermula 14 sehingga 15 April 2026 tersebut telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada staf Kumpulan Yayasan Sabah. Sesi latihan intensif ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah dan pengendali kursus berpengalaman dari Aliran Berkat Enterprise, iaitu Puan Suzie Labadin dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LGM Properties Corporation, Encik Edward Lasinga.
Mereka telah berkongsi kepakaran dan metodologi praktikal untuk memperkasakan kemahiran komunikasi profesional warga kerja, merangkumi aspek penyampaian lisan yang berkeyakinan serta teknik penulisan korporat yang tepat.
Sepanjang dua hari kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul interaktif. Pengisian kursus memfokuskan kepada teknik pengucapan awam, kejelasan penyampaian maklumat, etika komunikasi di tempat kerja, serta format penulisan dokumen rasmi yang menepati piawaian pengurusan tertinggi organisasi.
Kemahiran komunikasi yang utuh amat kritikal untuk memastikan kelancaran operasi dan keberkesanan sistem komunikasi dalaman mahupun luaran Kumpulan Yayasan Sabah. Melalui penganjuran kursus-kursus pengukuhan modal insan seumpama ini, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk terus melahirkan barisan staf yang proaktif, berketerampilan, dan mampu menterjemahkan visi serta misi organisasi






MEMPERKASA KOMPETENSI: Barisan peserta daripada pelbagai Bahagian Kumpulan Yayasan Sabah bergambar kenangan bersama moderator kursus, Encik Muneswaran (berdiri hadapan, enam dari kanan), selepas tamat Program Latihan Penilaian Prestasi Pekerja yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Dalam usaha berterusan untuk memantapkan tadbir urus korporat dan meningkatkan produktiviti organisasi, Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Bahagian Integriti & Pengukuhan telah menganjurkan Program Latihan Penilaian Prestasi Pekerja (Employee Performance Appraisal Training). Program berimpak tinggi yang berlangsung selama dua hari, bermula 21 hingga 22 April 2026 tersebut telah diadakan bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Latihan ini telah dihadiri oleh 30 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah daripada pelbagai Bahagian dan Unit. Kursus ini dikendalikan oleh pengendali kursus berpengalaman, Encik Muneswaran Ramasamy dari T&T Business Solutions Plt. yang berkongsi kepakaran mengenai metodologi penilaian prestasi yang telus, objektif, dan berintegriti.Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada teknik penilaian prestasi terkini, sekaligus memastikan proses penilaian prestasi staf di peringkat organisasi dilaksanakan dengan adil dan saksama. Selain itu, ia bertujuan menyelaraskan petunjuk prestasi utama (KPI) individu dengan visi dan misi strategik Kumpulan Yayasan Sabah.
Pengisian latihan ini bukan sahaja memfokuskan kepada aspek teknikal pengisian borang prestasi, malah memberi penekanan kepada komunikasi yang berkesan antara pihak pengurusan dan staf. Ini termasuk cara memberikan maklum balas membina (constructive feedback) serta penyelesaian jurang prestasi demi memupuk budaya kerja yang dinamik dan berprestasi tinggi.
Melalui penganjuran latihan seumpama ini, Kumpulan Yayasan Sabah terus membuktikan komitmennya dalam melahirkan modal insan yang kompeten, berintegriti, dan bersedia mendepani cabaran landskap korporat masa kini demi kemajuan sosioekonomi rakyat Sabah.

PERKONGSIAN ILMU: Pengendali kursus, Encik Muneswaran, sedang menyampaikan ceramah mengenai metodologi penilaian prestasi yang adil dan berintegriti semasa sesi latihan.


BUDAYA KERJA DINAMIK: Para peserta latihan memberikan tumpuan dan terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan berkumpulan bagi memahami teknik pemberian maklum balas prestasi yang berkesan sepanjang program dua hari tersebut.

Pada 6 Jun 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah telah menganjurkan Latihan Pemantapan Kecekapan Emergency Response Team (ERT) Peringkat Negeri Sabah 2026 bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan ahli ERT yang bertindak sebagai respons awal (first responder) di premis masing-masing. Fokus latihan merangkumi tindakan memadam kebakaran pada peringkat awal, menyelamat dan menjalankan evakuasi dengan cekap, serta memastikan kelengkapan keselamatan kebakaran sentiasa diselenggara dengan baik.
Program berskala besar ini turut mendapat penyertaan aktif daripada Kumpulan Yayasan Sabah secara keseluruhan. Seramai 10 orang staf telah hadir mewakili bangunan Menara Tun Mustapha dan Wisma Innoprise telah didedahkan kepada latihan praktikal yang dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu Kawad Operasi Peralatan Kebombaan dan Teknik Penyelamatan, Latihan Kawad Iron Man yang menguji stamina peserta, dan Latihan Kawad Pemadaman Kebakaran secara praktikal.
Penglibatan aktif pasukan ERT Kumpulan Yayasan Sabah dalam program ini merupakan satu pematuhan penting terhadap keperluan Perakuan Bomba (FC) selaras dengan Seksyen 27A, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang mewajibkan penubuhan organisasi keselamatan di premis yang ditetapkan. Selain menyokong Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN 2021–2030), penganjuran latihan ini turut dipermudahkan bagi sektor korporat melalui kemudahan tuntutan yuran daripada Kementerian Sumber Manusia (HRDC). Secara keseluruhannya, inisiatif ini diharap dapat melahirkan pasukan respons awal yang tangkas dan bersedia melindungi nyawa serta aset Kumpulan Yayasan Sabah di seluruh negeri ketika mendepani sebarang situasi kecemasan.




PERPUSTAKAAN PENYELIDIKAN BORNEO
TUN HAJI MOHD FUAD STEPHENS DAN
GALERI TUN MUSTAPHA
Seramai 30 orang kanak-kanak dari Taska Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak (BPKK) Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd Fuad Stephens dan Galeri Tun Mustapha di Menara Tun Mustapha pada 9 Jun 2026.


Program tersebut bertujuan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, budaya membaca serta sejarah dan warisan negeri Sabah melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.
Sepanjang lawatan, para peserta diperkenalkan dengan fungsi perpustakaan sebagai pusat penyelidikan dan sumber rujukan. Mereka turut menyertai beberapa aktiviti interaktif yang disediakan termasuk pertandingan mewarna, yang berjaya menarik minat dan menggalakkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak.
Selain itu, peserta juga berpeluang melawat Galeri Tun Mustapha bagi mengenali sejarah serta sumbangan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dalam pembangunan negeri Sabah. Penerangan yang disampaikan membantu meningkatkan pengetahuan serta pemahaman kanak-kanak tentang tokoh penting di negeri ini.
Program lawatan seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha BPKK dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak, selaras dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang berilmu, kreatif dan berkeyakinan. Melalui program ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat menimba pengetahuan baharu, malah berpeluang mengembangkan kemahiran sosial, komunikasi dan pembelajaran melalui pengalaman secara langsung. Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah guru-guru dan staf BPKK yang memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan teratur.



Kumpulan Yayasan Sabah menerima lawatan sambil belajar bagi Program Penandaarasan (Benchmark) daripada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Yayasan Negeri Sembilan bertempat di Menara Tun Mustapha, Teluk Likas pada 25 Mei 2026.
Rombongan yang membawa seramai 30 orang delegasi dari Semenanjung Malaysia itu diketuai oleh Encik Muhammad Afifi bin Mohd Idris. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman dan ahli MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.
Majlis rasmi yang berlangsung di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha itu dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan kata alu-aluan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman.
Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Haji Hanafiah menyatakan rasa penghargaan atas pemilihan Kumpulan Yayasan Sabah sebagai destinasi penandaarasan dan berharap sesi seumpama ini dapat memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk budaya kerja cemerlang antara kedua-dua yayasan negeri.
Program diteruskan dengan tayangan video korporat Kumpulan Yayasan Sabah, sebelum sesi penyampaian cenderamata kenang-kenangan diadakan sebagai simbolik penghargaan.
Program diteruskan lagi dengan slot Taklimat Pengurusan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan oleh Pengerusinya, Encik Suwandy Sundu. Taklimat tersebut merangkumi perkongsian interaktif mengenai struktur tadbir urus, peranan utama, serta amalan-amalan terbaik dalam pengendalian mesyuarat MBJ bagi menyuburkan lagi hubungan yang harmoni serta produktif antara pihak majikan dan staf. Sesi kemudiannya disusuli dengan ruang soal jawab dua hala, yang memberi peluang keemasan kepada 30 orang delegasi Yayasan Negeri Sembilan untuk bertukar pandangan, mengutarakan kemusykilan, serta membincangkan pendekatan terbaik berhubung penyelesaian isu-isu kebajikan dan pemerkasaan produktiviti staf di agensi masing-masing.


TANDA PENGHARGAAN… Tuan Haji Hanafiah
Diman (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Rombongan Yayasan Negeri Sembilan, Encik Muhammad Afifi.

SESI PERKONGSIAN… Pengerusi MBJ Kumpulan
Yayasan Sabah, Encik Suwandy Sundu menyampaikan taklimat mengenai MBJ Kumpulan Yayasan Sabah kepada rombongan pelawat.

MENELITI SEJARAH… Sebahagian daripada ahli rombongan Yayasan Negeri Sembilan meluangkan masa meneliti bahan pameran sejarah dan arkib korporat ketika sesi lawatan berpandu di dalam Galeri Tun Mustapha.

SELAMAT DATANG… Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman ketika menyampaikan kata alu-aluan kepada 30 orang delegasi rombongan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Yayasan Negeri Sembilan dalam Program Lawatan Penandaarasan yang berlangsung di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

PRODUK TEMPATAN... Delegasi rombongan MBJ Yayasan Negeri Sembilan ketika dibawa melawat ke ruang pameran produk kraf tangan tempatan dan hab jualan Batik Bayu di Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha bagi melihat dengan lebih dekat keunikan seni tekstil serta warisan budaya Sabah.





Rombongan IPGKSM merakamkan gambar kenang-kenangan bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah. Kelihatan dalam gambar, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman Dulamid (berdiri, depan, lima dari kanan) menerima cenderahati kenangan daripada Tuan Haji Mohd Rusli sempena lawatan rombongan IPGKSM.
Pada 11 Jun 2026, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan seramai 12 orang pegawai daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu (IPGKSM) bagi program Lawatan bagi Tujuan Perkongsian Amalan Terbaik Yayasan Sabah dalam Pendidikan Anak-anak Sabah. Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Haji Mohd Rusli bin Ismail, Pensyarah Kanan merangkap Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKSM.
Program yang berlangsung di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha, Kumpulan Yayasan Sabah ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua institusi. Selain itu, lawatan ini diharap dapat memberi manfaat bersama melalui pertukaran maklumat serta memperkukuh pemahaman tentang peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha memajukan pendidikan anak-anak di Sabah.
Sesi tersebut turut membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai inisiatif dan program pendidikan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah bagi memperkasa modal insan serta meningkatkan akses pendidikan bagi generasi akan datang.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Sahabat Lestari Alam, Putatan pada 22 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 10, Pejabat Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha.
Rombongan tersebut disertai oleh barisan ahli jawatankuasa kelab berkenaan. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, bersama beberapa pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang perbincangan strategik mengenai potensi kerjasama dalam program-program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya yang melibatkan komuniti setempat di daerah Putatan dan kawasan sekitarnya.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai inisiatif kelestarian hijau dan pendidikan alam sekitar demi memupuk kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyokong agenda pembangunan lestari negeri.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Kelab Sahabat Lestari Alam, Putatan.


GAMBAR BERKUMPULAN...Barisan rombongan Universiti Teknologi PETRONAS dan pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah merakamkan gambar kenangan bagi mengukuhkan lagi hubungan profesional antara organisasi.
Pada 10 Jun 2026, Kumpulan Yayasan Sabah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Pejabat Setiausaha Korporat, Menara Tun Mustapha. Delegasi tersebut telah disambut oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman.
Pertemuan strategik ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama yang berpotensi memberikan manfaat bersama dalam usaha memperkukuh pembangunan pendidikan. Fokus utama perbincangan merangkumi inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan serta kebajikan pelajar, di samping komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan modal insan bagi anak-anak Sabah. Delegasi UTP yang hadir terdiri daripada
wakil Pengurusan Pemasaran dan Penajaan serta Pengurusan Pembangunan dan Pendanaan, bersama wakil daripada Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah & Labuan.
Turut serta dalam sesi perbincangan tersebut ialah wakil daripada University College Sabah Foundation (UCSF) yang membincangkan aspek berkaitan endowmen dan wakaf pendidikan.
Sesi kunjungan ini menjadi platform penting untuk menyelaraskan hala tuju antara Kumpulan Yayasan Sabah dan pihak UTP, bagi memastikan inisiatif pembangunan pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi masa depan modal insan di negeri ini.
PERBINCANGAN STRATEGIK...Sesi pertemuan antara pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dan delegasi Universiti Teknologi PETRONAS yang hadir untuk meneliti inisiatif memperkasa pembangunan modal insan serta kebajikan pelajar di Sabah.




Delegasi UKM telah diketuai oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Dr. Roslan Ja’afar. Pertemuan muhibah ini bukan sahaja menjadi landasan untuk memperkukuh silaturahim antara kedua-dua pihak, malah membuka ruang perbincangan dua hala secara strategik serta penerokaan potensi kerjasama yang manfaatnya boleh disalurkan semula untuk pembangunan para pelajar UKM.

Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa menyambut baik inisiatif jalinan industri-universiti seumpama ini. Ia sejajar dengan iltizam berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyokong kecemerlangan pendidikan, pembinaan modal insan, serta penambahbaikan sosioekonomi secara holistik bagi kemajuan rakyat di negeri ini.




Pada 20 April 2026, Kelab Kepimpinan Kelantan telah mengadakan kunjungan rasmi ke Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah, bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut diketuai oleh Encik Mat Daud bin Awang.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada 10 orang peserta lawatan mengenai peranan serta sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah dalam pembangunan masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan. Sepanjang sesi taklimat, rombongan tersebut telah didedahkan dengan pelbagai inisiatif dan program pendidikan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam usaha meningkatkan akses serta kualiti pendidikan di negeri ini.
Selain sesi taklimat, rombongan turut dibawa melawat ke Galeri Tun Mustapha yang memaparkan sejarah serta sumbangan kepimpinan negeri, serta Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens yang menempatkan pelbagai koleksi bahan rujukan berkaitan sejarah dan penyelidikan Borneo.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh jalinan hubungan antara kedua-dua pihak di samping memberi inspirasi kepada ahli Kelab Kepimpinan Kelantan untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan masyarakat melalui kepimpinan yang berkesan dan berwawasan.




Pada 21 Mei 2026, Kumpulan Yayasan Sabah menerima kunjungan hormat daripada pihak Ascot Academy Kota Kinabalu bertempat di Menara Tun Mustapha, Teluk Likas. Delegasi daripada Ascot Academy telah disambut mesra oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, mewakili pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Pertemuan rasmi ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Korporat, Aras 10, Menara Tun Mustapha.
Lawatan delegasi Ascot Academy tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Encik Abdul Razak Egoh. Pertemuan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak melaksanakan sesi suai kenal serta bertukar pandangan mengenai landskap pendidikan dan latihan kemahiran semasa di Sabah.
Selain itu, kunjungan hormat ini turut memberi ruang untuk membincangkan peluang kolaborasi awal serta potensi jalinan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Ascot Academy pada masa hadapan. Melalui usaha sinergi ini, kedua-dua organisasi komited untuk meneliti peluang pembangunan bakat dan pemerkasaan modal insan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat, selaras dengan misi murni Kumpulan Yayasan Sabah.



Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi GermanMalaysian Institute (GMI) pada 7 Mei 2026.
Pertemuan rasmi tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Korporat, Aras 10, Menara Tun Mustapha. Ketibaan delegasi GMI telah disambut mesra oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, mewakili Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Fokus utama kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan ruang kerjasama strategik antara keduadua pihak. Perbincangan terarah kepada inisiatif memajukan pembangunan bakat (talent development), meningkatkan kecemerlangan pendidikan (educational excellence), serta melengkapkan persediaan tenaga kerja masa hadapan (future workforce readiness) selaras dengan keperluan industri semasa.
Semasa sesi mesyuarat berlangsung, delegasi GMI turut menyampaikan pembentangan komprehensif mengenai latar belakang institusi, jaringan pemegang taruh (stakeholders), serta program-program berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahap tinggi yang ditawarkan oleh institusi tersebut.
Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa menyambut baik jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan terkemuka seperti GMI. Sinergi seumpama ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan dan latihan kemahiran bertaraf antarabangsa kepada golongan belia di Sabah, sekaligus melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja global.

KOLABORASI STRATEGIK: Tumpuan perbincangan terarah kepada potensi kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan GMI dalam memacu pembangunan bakat, kecemerlangan pendidikan, dan kebolehpasaran tenaga kerja pada masa hadapan di Sabah.


MEMORI BERSAMA... Encik Zainudin (enam dari kanan) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama barisan pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu selepas selesai program lawatan akademik di perkarangan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.


Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Kumpulan Yayasan Sabah hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada delegasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu pada 4 Jun 2026.
Ketibaan rombongan para pensyarah dan pelajar daripada institusi perguruan tersebut telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Encik Zainudin Saridi bersama para staf perpustakaan. Lawatan akademik ini bertujuan untuk mendedahkan para pelawat kepada pengurusan arkib, koleksi nadir, serta khazanah ilmiah penulisan Borneo yang disimpan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.
Program dimulakan dengan perkongsian komprehensif oleh Encik Zainudin mengenai fungsi utama perpustakaan sebagai pusat rujukan sehenti bagi dokumentasi sejarah, sosioekonomi, dan antropologi Borneo. Seterusnya, delegasi dibawa meninjau lebih dekat pelbagai koleksi buku rujukan khas, dokumen sejarah berharga, serta bahan rujukan tempatan yang menjadi rujukan utama para penyelidik tempatan dan luar negara semasa sesi lawatan berpandu ke ruang koleksi. Kehadiran warga IPG Kampus Gaya ini turut membuka ruang interaktif dua hala untuk bertukar-tukar idea bersama kakitangan perpustakaan mengenai kaedah pembudayaan membaca serta literasi maklumat yang berkesan dalam kalangan bakal pendidik.
Sebelum program berakhir, majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderamata kenang-kenangan antara kedua-dua belah pihak sebagai tanda penghargaan dan pengukuhan hubungan profesional, disusuli dengan sesi fotografi bersama.


PERBINCANGAN STRATEGIK…Delegasi Perkasa Holdings Sdn. Bhd., mengadakan pertemuan bersama barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bagi membincangkan inisiatif penganjuran acara dan hospitaliti secara dua hala. Kunjungan ini turut menyasarkan kerjasama strategik merangkumi tawaran pakej korporat dan fasiliti untuk warga staf Kumpulan Yayasan Sabah.
Ke arah memperkukuh jalinan kerjasama sesama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pada 11 Jun 2026, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perkasa Holdings Sdn. Bhd. (Perkasa Hotels).
Objektif utama perbincangan ini memfokuskan kepada sinergi Kerajaanke-Kerajaan (G2G) serta pengenalan pengendalian acara dan hospitaliti yang ditawarkan oleh Perkasa Hotels. Perkasa Hotels menawarkan tiga lokasi utama cawangannya iaitu di Kundasang, Keningau, dan Tenom, yang berpotensi dijadikan sebagai pusat penginapan tugasan luar daerah (outstation), mesyuarat, serta program latihan bagi warga staf Kumpulan Yayasan Sabah. Sesi pertemuan ini turut memperkenalkan Datuk Flovia Ng sebagai Pengerusi Perkasa Hotels Sdn. Bhd. yang baharu.
Menyedari Kumpulan Yayasan Sabah sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terbesar dengan operasi di seluruh daerah Sabah, Perkasa Hotels
Sdn. Bhd. turut menawarkan pakej korporat yang kos efektif dan boleh disesuaikan mengikut bajet organisasi. Ini termasuklah pakej mesyuarat



yang boleh menggunakan dana caruman Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (PSMB). Menariknya, Perkasa Hotels turut menawarkan pilihan “penggunaan eksklusif” di mana keseluruhan hotel boleh ditempah khas untuk acara organisasi bagi memastikan privasi dan kelancaran program tanpa gangguan tetamu luar.
Selain kemudahan korporat, kesejahteraan staf turut diutamakan apabila Perkasa Hotels Sdn. Bhd. bersetuju menawarkan kadar istimewa staf kerajaan kepada warga staf Kumpulan Yayasan Sabah yang ingin bercuti bersama keluarga di rangkaian hotel mereka.
Hubungan dua hala ini turut membuka lembaran baharu dalam bidang pendidikan. Kedua-dua pihak kini dalam fasa perbincangan bersama Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) bagi menawarkan penempatan latihan amali kepada para pelajar dari Sekolah Hospitaliti dan Kulinari, KTYS dalam menimba pengalaman praktikal di ketiga-tiga cawangan Perkasa Hotels.
Menerusi jalinan kerjasama erat ini, yang turut menyokong inisiatif agensi pelancongan Inno Travel, Kumpulan Yayasan Sabah komited untuk terus menyokong kelangsungan dan kejayaan rangkaian perniagaan rakan GLC di negeri ini.
PERBINCANGAN STRATEGIK…Delegasi Perkasa Holdings Sdn. Bhd., mengadakan pertemuan bersama barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bagi membincangkan inisiatif penganjuran acara dan hospitaliti secara dua hala. Kunjungan ini turut menyasarkan kerjasama SIMBOLIK SINERGI GLC…Sesi pertukaran cenderamata antara Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS|ICSB), Datuk Joshua Ho (dua, kanan), dan Pengerusi Perkasa Holdings Sdn. Bhd., Datuk Flovia Ng. Turut dalam gambar, Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS|ICSB), Puan Halijah binti Haji Laini (kanan). strategik merangkumi tawaran pakej korporat dan fasiliti untuk warga staf Kumpulan Yayasan Sabah.


TEROKAI WARISAN SABAH: Rombongan pelajar dari Shanghai dan Beijing teruja meneliti kehalusan tektil tempatan yang dipamerkan semasa lawatan pendidikan mereka ke Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha pada 25 Mei 2026.

PERTUKARAN BUDAYA: Staf Galleria Artisan (kanan) mesra memberikan penerangan ringkas mengenai proses penghasilan perhiasan tangan tempatan kepada delegasi pelajar China bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai seni budaya etnik Sabah.
Dalam usaha mempromosikan kekayaan warisan seni dan kraf tangan tempatan ke persada antarabangsa, Kumpulan Yayasan Sabah berbesar hati menerima kunjungan delegasi pelajar dari Shanghai dan Beijing, China di Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha pada 25 Mei 2026.
Kunjungan delegasi antarabangsa ini dianjurkan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai keunikan budaya, kepelbagaian tradisi, serta ketelitian penghasilan seni kraf etnik Sabah.
Sepanjang lawatan di ruang pameran Galleria Artisan, rombongan pelajar telah diperkenalkan dengan pelbagai produk kraf bermutu tinggi keluaran Galleria Artisan. Pameran tekstil tenunan tempatan telah mendapat perhatian dan kekaguman yang meluas daripada para pelawat.

KENANGAN DI BENGKEL MENCANTING BATIK: Sebahagian daripada rombongan pelajar Shanghai dan Beijing mencuba bakat mereka dalam mewarna Batik tempatan.

Sebanyak dua program anjuran pejabat Zon Pedalaman Utara (ZPU) bertempat di Bengkel Fashion & Dressmaking, GIATMARA Tenom. Objektif kursus ialah memberikan kemahiran kepada kumpulan sasar melalui amali yang dilaksanakan hasil kerjasama dengan menggunakan kepakaran agensi terpilih dan membantu meningkatkan mutu dan mengekalkan kualiti produk serta kecekapan pengeluaran dengan memberikan bantuan mesin bersesuaian selari keperluan penerima sumbangan. Kedua-dua kursus ini dikendalikan oleh pejabat GiatMARA Tenom melalui sesi ceramah, latihan amali dan praktikal.
Kursus Jahitan Pakaian Seluar Palazzo & Penyerahan Sumbangan Mesin Menjahit Pakaian 21 April 2026
Program diadakan bertujuan membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada Peniaga Kecil Daerah Tenom yang menunjukkan prestasi yang positif dan mampu dipertingkatkan melalui kursus dan bantuan peralatan mesin bagi meningkatkan tahap perniagaan mereka.
Seramai 10 orang peserta daripada Daerah Tenom telah mengikuti program yang dikendalikan oleh GIATMARA Tenom melalui sesi ceramah, latihan amali dan praktikal. Dalam program tersebut juga, sebuah Mesin Jahit Tepi Industri (mudah alih) sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah diserahkan kepada Puan Jacinta Junamie Jokley bagi membantu beliau menerima lebih banyak tempahan pada satu-satu masa serta meningkatkan pengeluaran produk siap dan menambah pendapatan perniagaan beliau.

Proses melukis pola seluar palazzo. Pola ini membantu jajaran semasa proses menggunting dan melipat ketika menjahit kain.


Palazo yang dihasilkan oleh para peserta. Sumbangan mesin jahit kepada Puan Jacinta (tiga, kanan) disampaikan oleh Ketua Pentadbir Zon Pedalaman Utara (ZPU), Encik Justin @ Petrus Bin Gilob (dua, kiri). Turut kelihatan ialah Pegawai Kawasan Tenom ZPU, Encik Mubarak B. Kiffli (kiri), Pengurus GIATMARA Tenom, Puan Hazrilah bt. Latif (dua, kanan) dan Pegawai Ekonomi ZPU, Encik Sah Rizal B. Salleh (kanan).
Kursus Jahitan Pakaian Baju Tradisional Berkonsepkan Kimono & Penyerahan Sumbangan Mesin Menjahit Pakaian 23 April 2026
Program yang diadakan bertujuan membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada Peniaga Kecil Daerah Kecil Kemabong yang menunjukkan prestasi yang positif dan mampu dipertingkatkan melalui kursus dan bantuan peralatan mesin bagi meningkatkan tahap perniagaan mereka.
Dalam program tersebut juga, Puan Yunisah binti Mansow menerima sebuah mesin jahit lurus (mudah alih) sebagai sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah bagi membolehkan beliau menerima lebih banyak tempahan pada satu masa, seterusnya meningkatkan pengeluaran produk siap dan pendapatan perniagaan beliau.

Pengajar GIATMARA Tenom, Puan Harizah binti Taip (depan, berbaju putih) membantu peserta menetapkan koordinasi dan pola susunan pada kain.

Para peserta menggayakan baju yang dihasilkan.

Sumbangan mesin jahit diberikan kepada Puan Yunisah (tiga, kiri) disampaikan oleh Pegawai Tadbir ZPU, Encik Francis Kitingon (tiga, kanan). Turut kelihatan ialah Puan Hazrilah (dua, kiri), Encik Sah Rizal (dua, kanan) serta tenaga pengajar GIATMARA Tenom, Puan Siti Nabilah (kiri) dan Encik Gordon Bruce Robin (kanan).
Kursus Kemahiran Binaan – Simen Ferro 23 - 24 Mei 2026 @ GiatMARA Keningau
Program yang diadakan bertujuan membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan belia berdaftar di bawah Kelab
Sukan Bermotor Trusmadi, Keningau (TMR). Kursus ini juga adalah selaras dengan objektif penubuhan kelab dalam memberikan ruang dan peluang pekerjaan kepada ahlinya melalui bidang kemahiran dan keusahawanan.
Objektif kursus ialah memberikan pendedahan dan kemahiran tambahan kepada kumpulan sasar melalui kepakaran agensi terpilih bagi memberi ilmu kemahiran seterusnya meningkatkan minat peserta menceburi bidang pekerjaan berasaskan binaan simen ferro bagi menjana pendapatan dan meningkatkan pendapatan mereka.
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti program ini yang dijalankan selama dua hari dan dikendalikan oleh tenaga pengajar GiatMARA Keningau melalui sesi ceramah, demonstrasi dan latihan praktikal. Rata-rata peserta memberikan maklum balas positif terhadap penyampaian modul-modul kursus serta ilmu dan kemahiran yang disampaikan.



Gotong-Royong Membaik Pulih Paip Graviti 19 - 20 Mei 2026 @ Kg. Sinua Tulid, Sook
Pejabat ZPU dengan kerjasama JKKK Kg. Sinua Tulid, Sook telah mengadakan program gotong-royong yang turut disertai seramai 41 orang penduduk kampung.
Objektif program ialah untuk memelihara budaya gotong-royong, mewujudkan hubungan muhibbah dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan penduduk kampung dan juga agensi yang terlibat serta pada masa yang sama membantu masyarakat kampung membaik pulih paip graviti yang telah rosak bagi mendapatkan bekalan air bersih melalui kerjasama secara bergotong-royong. Kemudahan ini memberi manfaat kepada lebih 900 orang penduduk kampung tersebut.



Gotong-Royong Membaik Pulih Prasarana Dewan Serbaguna 22 Mei 2026 @ Kg. Tuntumulud Bingkor, Keningau
Program ini dianjurkan oleh pejabat Zon Pedalaman Utara dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Tuntumulud Bingkor, Keningau. Gotong-royong ini disertai seramai 54 orang penduduk kampung dan memberi manfaat kepada 955 orang penduduk kampung tersebut.
Objektif program ialah untuk memelihara budaya gotong-royong dan mengekalkan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung di samping dapat menjalin hubungan muhibbah dengan agensi yang terlibat serta pada masa yang sama mengekalkan keceriaan kawasan dan membaiki kemudahan awam melalui aktiviti bergotong-royong.



Gotong-Royong Membina Bumbung Ruang Terbuka Masjid Hj. Azmi, Kg Sugiang Lama 24 Mei 2026 @ Kg Sugiang Lama Kemabong, Tenom
Objektif program ialah untuk memupuk semangat kerjasama dan memperkukuh ukhuwah antara agensi kerajaan, jemaah masjid, serta penduduk setempat melalui aktiviti bergotong-royong membina infrastruktur fizikal masjid bagi menyediakan ruang persekitaran masjid yang kondusif, inklusif dan selesa untuk pelaksanaan aktiviti keagamaan serta sosial.
Gotong-royong ini telah disertai oleh 48 orang penduduk kampung, dan kemudahan ini memberi manfaat kepada lebih kurang 100 orang penduduk kampung tersebut. Usaha murni ini bukan sahaja akan menambah baik infrastruktur masjid, malah membina komuniti yang lebih bersatu padu dan prihatin terhadap kemudahan awam.




Seramai 280 orang pelajar daripada 27 buah sekolah menengah di daerah Keningau, Sook, Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menerima manfaat tajaan Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (SBMYS) yang dilaksanakan pada bulan Mei 2026.
Tajaan SBMYS ditawarkan secara One-Off dengan kadar RM 250.00 bagi setiap pelajar yang terpilih dan bertujuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan persekolahan pelajar sekaligus membantu meringankan beban kos perbelanjaan ibu bapa pelajar berkenaan.
DAERAH KENINGAU



























PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA
Bengkel Pengenalan Pemakaian Pakaian Tradisional 21 April 2026 @ Dewan Mini OUM 1 Avenue Commercial Centre, Kota Marudu
Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah bebas, Encik Fedoh bin Ompiduk. Bengkel anjuran pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) dengan kerjasama Majlis Wanita KDCA Kota Marudu ini, telah dihadiri 42 orang peserta.
Program ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Kota Marudu tentang kepelbagaian pakaian tradisional sebagai warisan budaya bangsa serta memupuk rasa bangga dan jati diri dalam kalangan penduduk setempat terhadap identiti budaya melalui pemakaian pakaian tradisional. Selain itu, penganjuran bengkel ini juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti tempatan dalam usaha melestarikan warisan budaya agar terus relevan dan dihargai. Bengkel ini juga merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan platform interaktif di daerah Kota Marudu untuk peserta mempraktikan pemakaian pakaian tradisional dengan betul atas bimbingan fasilitator yang berpengetahuan.


Kempen Kesedaran Kesihatan 23 April 2026 @ Dewan Kampung Masin, Pitas
Kempen ini dijayakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pitas, Klinik Kesihatan Pantai Pitas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Masin, Pitas.
Pegawai Kesihatan Daerah Pitas, Dr. Nurfateha binti Omar telah menyampaikan taklimat kesihatan kepada 33 orang peserta progam yang memberikan penekanan mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran rumah. Antara program lain yang telah dijalankan termasuklah pemeriksaan kesihatan asas, derma darah dan pameran kesihatan.



PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI

Kursus Asas Tanaman Lada Bara 12 Mei 2026 @ Mini Dewan CT Café, Kg. Sayap, Kota Belud
Kursus yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud ini telah disampaikan oleh pengusaha tempatan, Encik Hacce Rajius kepada 27 orang peserta.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk melahirkan peserta serta masyarakat yang berdikari dan berkemahiran mampan dalam pertanian khususnya penanaman Lada Bara. Selain itu, tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi nilai tambah dalam aktiviti ekonomi dan keusahawanan para peserta.
Encik Hecce (duduk) menunjukkan demonstrasi pemasangan sistem fertigasi yang disambungkan kepada polibag yang berisi medium tanah.
Kursus Asas Pembuatan Sambal Ikan Masin 19 Mei 2026 @ Dewan Komuniti, Kg. Lajong Matunggong
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peserta untuk menjana penempatan sampingan selain dapat mempelajari teknik pembuatan sambal ikan masin dengan lebih efektif, lebih tahan lama, berkualiti dan terjamin tehap kebersihan.
Seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus yang disampaikan oleh Pengurus Berjaya Smart, Puan Arinah Ojingki.

Puan Arinah menunjukkan demonstrasi cara steril bekas untuk meyimpan sambal ikan

Kursus Asas Penyediaan Lemang dan Kuah Kacang 21 Mei 2026 @ Perkarangan Masjid Ar-Rahman Kg. Taiwan, Kota Marudu
Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh pengusaha
Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk mendemonstrasikan cara penyediaan bahan dan pembuatan lemang serta kuah kacang. Selain itu, para peserta digalakkan untuk menjadikan pembuatan lemang dan kuah kacang ini sebagai perniagaan sampingan atau sebagai dorongan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Penganjuran program ini juga adalah salah satu usaha dalam memartabatkan penyediaan makanan tradisional. Disamping itu, program ini dijadikan sebagai salah satu platform dalam memupuk semangat gotongroyong komuniti setempat.


Bengkel Pengurusan Jenazah (Fardu Kifayah)
25 Mei 2026 @ Masjid Pekan Karakit, Pulau Banggi
Bengkel ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jawatankuasa Masjid Pekan Karakit. Taklimat kursus disampaikan oleh Pegawai JHEAINS, Encik Rosdi bin Bandi dan Puan Nursyafikah binti Salim kepada 29 orang.
Objektif utama penyelarasan program ini adalah untuk memastikan masyarakat mempelajari dan mempu melaksanakan penguruzan jenazah dengan cara yang betul. Dalam program yang sama, pejabat Zon Pantai Barat Utara telah memberikan sumbangan berupa dua unit kelengkapan jenazah kepada Masjid Pekan Karakit.
Nursyafikah (dua

KURSUS ASAS TEKNIK MEMBUAT BAKUL ANYAMAN (BATAK AIR)
Usaha memperkasa kemahiran masyarakat luar bandar terus diperkukuhkan melalui penganjuran Program Kursus Asas Teknik Membuat Bakul Anyaman (Batak Air), yang berlangsung di Dewan
Serbaguna Kampung Biau, Papar pada 11 Mei 2026. Program anjuran
Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pedalaman Selatan, Beaufort dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.27 Limbahau ini bertujuan memperkenalkan teknik asas anyaman tradisional kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia, wanita dan mereka yang berminat dalam bidang kraf tangan. Melalui kursus ini, peserta berpeluang mempelajari proses penyediaan bahan, teknik asas anyaman serta kaedah menghasilkan bakul yang berkualiti dan mempunyai nilai berharga. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.27 Limbahau, Puan Ana Maria Bernandus.
KURSUS ASAS TEKNIK MEMBUAT ROTI BUN

Program Kursus Asas Teknik Membuat Roti Bun telah diadakan di Dewan Masjid Nurul Karim Kg. Mawao, Membakut pada 12 Mei 2026. Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta. Program anjuran Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Zon Pedalaman Selatan, Beaufort dengan matlamat memperkasakan kemahiran asas keusahawanan dalam kalangan masyarakat luar bandar yang mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.31 Membakut, Puan Hajah Suraya binti Ibrahim. Aktiviti berbentuk praktikal turut dijalankan bagi memberi pengalaman secara langsung kepada semua peserta.

PEMBUATAN KEK TEMATIK DAN HARI JADI
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pedalaman Selatan, Beaufort telah menganjurkan Kursus Pembuatan Kek Tematik & Hari Jadi bertempat di Dewan Muhibah Kg. Keruak, Kuala Penyu pada 18 Mei 2026. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini. Program ini memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik menghasilkan kek tematik dan kek hari jadi yang kreatif, bermula daripada penyediaan bahan, proses membakar, sehingga kepada teknik menghias kek mengikut tema yang bersesuaian. Selain meningkatkan kemahiran, kursus ini turut membuka ruang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan makanan dan bakeri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.33 Kuala Penyu, Encik Jepinus Kimuin.

KURSUS TEKNIK ASAS MEMBUAT BUNGA KAWAT BULU
Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pedalaman Selatan, Beaufort telah menganjurkan Kursus Teknik Asas Membuat Bunga Kawat Bulu (Bunga Telur dan Bunga Goyang) di Dewan Ratu Hjh Aminah, Kampung Pelakat, Sipitang pada 23 April 2026. Program ini menghimpunkan peserta dari sekitar daerah Sipitang yang berminat untuk mempelajari seni kraf tangan sebagai hobi mahupun peluang menjana pendapatan sampingan. Seterusnya, peserta didedahkan dengan teknik asas penghasilan bunga kawat bulu yang merangkumi pengenalan bahan dan peralatan, demonstrasi pembuatan, latihan praktikal serta sesi soal jawab.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Razan Zawani binti Asli. Turut memeriahkan majlis, Pengerusi Kumpulan Muslimah Meraih Redha Allah (MRA) Masjid Kampung Pelakat, Ustazah Hjh Razimah binti Hj. Malik dan Ketua Pentadbir Zon, ZPS, Puan Siti Sheriffah Jabar Khan.

PENYERAHAN SUMBANGAN PAPAN PUTIH KEPADA SK. TEBOBON, MENGGATAL
Sebanyak 10 unit papan putih (whiteboard) telah disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan
Sabah kepada Sekolah Kebangsaan SK Tebobon, Kota Kinabalu dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di sekolah berkenaan pada 20 April 2026.
Pejabat Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Haji Ismail (empat dari kanan) menyampaikan 10 unit Papan Putih (WhiteBoard) kepada Guru Besar Sk. Tebobon, Cikgu Maryati (tiga dari kanan).

Kursus membuat Soft Cookie telah diadakan pada 25 April 2026 bertempat di Pusat Latihan Sugar Academy, Putatan.

Pengarah merangkap Jurulatih Sugar Academy, Puan Tinah binti Minsin (duduk, berbaju hijau), dan Pegawai Bertanggungjawab, Pejabat Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS), Encik Mohd. Azubair bin Sainuddin (duduk, berbaju biru) bergambar bersama peserta Kursus Membuat Soft Cookie di Pusat Latihan Sugar Academy, Putatan.

Para peserta memberi perhatian kepada penerangan Puan Tinah tentang penyediaan Soft Cookie.
Kursus Kreatif Busana Etnik (Hiasan Jalur Kain Motif Dusun Ranau) telah diadakan pada 9 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kampung Kilimu, Ranau.

Para peserta Kursus Kreatif Busana Etnik (Hiasan Jalur Kain Motif Dusun Ranau) di Bilik Mesyuarat Kampung Kilimu, Ranau pada 9 Mei 2026.


Pegawai Kemajuan Masyarakat N.38 Paginatan, Tuan Mohd Hadzrul Masnin (dua dari kiri) diiringi oleh Pegawai Bertanggungjawab ZPBS, Encik Mohd. Azubair (kanan), dan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Etnik Dusun Ranau, Puan Kereen Domi (kiri), menyampaikan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar bagi Kursus Kreatif Busana Etnik (Hiasan Jalur Kain Motif Dusun Ranau) iaitu Puan Nur Hazirah Margaret Binti Abdullah.

Kursus Asas Pembuatan Pastri (Batik Roll, Egg Tart, Pau, Dimsum) telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di Pusat Pembangunan Kemahiran Sabah (PPKS), Penampang.

Pegawai Bertanggungjawab ZPBS, Encik Mohd. Azubair dan Tenaga Pengajar bertauliah Pusat Pembangunan Kemahiran Sabah (PPKS), Chef Ang Kee Ong bergambar bersama para peserta Kursus Asas Pembuatan Pastri (Batik Roll, Egg Tart, Pau & Hong Kong Dimsum) anjuran Pejabat ZPBS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Sabah (PPKS).



peserta membuat komitmen sepenuhnya untuk menghasilkan pastri

Program Kursus Asas Penternakan Ikan Air Tawar secara Akuakultur (Fasa 1) telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kecil, Tamparuli.

Pendedahan asas mengenai penjagaan ikan, penjagaan air dan saiz kolam ikan air tawar kepada peserta.

Pegawai Bertanggungjawab ZPBS, Encik Mohd. Azubair (duduk, dua dari kiri), Tuan Justin (duduk, kiri) dan tenaga pengajar Z&K Borneo mengambil gambar kenangan bersama peserta Kursus Asas Penternakan Ikan Air Tawar secara Akuakultur (Fasa 1).
Kursus Jahitan dan Inovasi Lias (Fasa 2) telah diadakan pada 6 Jun 2026 bertempat di Notukad River View Cabin, Ulu Sugut, Ranau.



Dua program telah dilaksanakan pada 23 Mei 2026 bertempat di Surau Al-Hidayah Kg Saradan Laut Tenghilan, Tamparuli iaitu Kursus Fardhu Kifayah (Pengurusan Jenazah) dan Kursus Fardhu Ain (Tahsin Solat).


Pegawai Bertanggungjawab ZPBS, Encik Mohd. Azubair menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah berupa wang dan kit jenazah kepada Pengerusi Surau Al-Hidayah, Encik Jainin @ Yuk bin Daan sambil disaksikan oleh Ustaz Sufian Kundu. Sumbangan tersebut diberikan untuk Tabung Surau Al-Hidayah.



Pengurusan jenazah para peserta lelaki. Pengurusan jenazah para peserta wanita. Ustaz Mat Zuhair (kanan) memberi tatacara tentang cara memandikan jenazah.
Pertandingan Kebudayaan Pesta Kaamatan telah diadakan pada 21 Mei 2026 bertempat di SM St. Michael, Penampang.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Bin Haji Ismail menyempurnakan upacara perasmian Pertandingan Pesta Kebudayaan Pesta Kaamatan anjuran Pejabat ZPBS dengan kerjasama SM St. Michael, Penampang sambil disaksikan oleh Pengetua SM St. Michael, En. Jackson Sigo @ Siga.



Pegawai Bertanggungjawab ZPBS, Encik Mohd. Azubair (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Magagung.


Suasana sekitar Pertandingan Kebudayaan Pesta Kaamatan (Unduk Ngadau, Randawi Tavantang Kaamatan & Sugandoi).
KURSUS CERAMAH HALATUJU SELEPAS SPM 12 MEI 2026 @ SMK BELURAN BESTARI, BELURAN
Kursus Ceramah Halatuju Selepas SPM telah dilaksanakan pada 12 Mei 2026 di SMK Beluran Bestari, Beluran dengan penyertaan seramai 259 orang pelajar. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai pilihan laluan pendidikan dan kerjaya selepas SPM, termasuk STPM, Matrikulasi, Diploma, Sijil Kemahiran serta peluang pekerjaan. Selain itu, program ini turut membantu pelajar membuat perancangan masa depan yang lebih terarah, di samping memupuk sikap bertanggungjawab, yakin dan proaktif dalam menentukan pilihan pendidikan serta kerjaya yang bersesuaian.




KURSUS PENGUCAPAN AWAM 14 APRIL 2026 @ PUSAT KEUSAHAWANAN
Kursus Pengucapan Awam di bawah Program SosioBudaya telah dilaksanakan pada 14 April 2026 di Pusat Keusahawanan Desa (KPLB), Beluran. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang struktur, gaya dan teknik penyampaian ucapan yang berkesan. Melalui sesi praktikal yang dijalankan, peserta berpeluang meningkatkan kemahiran berucap serta membina keyakinan diri dalam menyampaikan ucapan di hadapan khalayak ramai.



Program gotong-royong mengecat semula Masjid Nurul Iman telah dilaksanakan dengan kerjasama seramai 30 orang penduduk setempat dan staf ZPTU. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan warga Kumpulan Yayasan Sabah, di samping memupuk semangat kerjasama, kebersihan dan tanggungjawab dalam menjaga kemudahan awam. Selain itu, program ini turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan masjid dan persekitaran kampung serta memupuk sikap mencintai alam sekitar.

Gambar sekitar sesi gotong-royong yang dilaksanakan, termasuk mengecat dan pemasangan kipas baharu.



Pada 2 Mei 2026, seramai 50 orang yang terdiri daripada penduduk Kampung Terasak dan staf ZPTU telah bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nur Hikmah, Kampung Terasak, Telupid. Program ini dilaksanakan untuk melatih dan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan masjid serta persekitaran kampung, di samping menerapkan sikap mencintai dan memelihara alam sekitar.




KURSUS MEMBUAT BEBOLA AYAM DAN IKAN 5 MEI 2026 @ DEWAN SERBAGUNA, KG. GANA JATI, TELUPID
Seramai 40 orang peserta telah menghadiri Kursus Pembuatan Bebola Ayam dan Ikan yang dianjurkan oleh ZPTU pada 5 Mei 2026. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas pembuatan bebola ayam dan ikan serta menghasilkan produk yang berpotensi untuk dipasarkan, sekaligus membantu menambah pendapatan peserta dengan membuat perniagaan kecil-kecilan. PROGRAM





ZPTU telah menganjurkan Bengkel Memperkasa Tarian Tradisional Etnik Orang Sungai pada 16 Mei 2026 yang disertai oleh seramai 20 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan memelihara warisan budaya, di samping mempromosikan budaya etnik Orang Sungai kepada masyarakat luar. Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kebudayaan.

peserta mempelajari dan mempraktikkan asas tarian tradisional etnik Orang Sungai yang dikendalikan oleh

KURSUS TVET- ASAS GUNTING RAMBUT 11 APRIL 2026 @ DEWAN PERPUSTAKAAN, KINABATANGAN
Pada 11 April 2026, ZPTU telah menganjurkan Kursus TVET – Asas Gunting Rambut di Dewan Perpustakaan, Kinabatangan yang disertai oleh seramai 20 orang peserta. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas gunting rambut, penggunaan peralatan yang betul serta teknik asas dalam bidang dandanan rambut. Selain itu, kursus ini turut membantu peserta menjana pendapatan sampingan serta menggalakkan minat terhadap bidang TVET sebagai pilihan kerjaya pada masa hadapan.

KURSUS MEMBUAT MI KUNING DAN DUMPLING 4 MEI 2026 @ DEWAN SERBAGUNA, KG. SUALOK, TELUPID
Pada 4 Mei 2026, seramai 40 orang peserta telah menghadiri Kursus Pembuatan Mi Kuning dan Dumpling yang dianjurkan oleh ZPTU di Dewan Serbaguna Kampung Sualok, Telupid. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan mi kuning buatan sendiri dan dumpling, di samping menggalakkan mereka menceburi perniagaan kecilkecilan untuk menambah pendapatan isi rumah. BENGKEL






Pada 15 Mei 2026, ZPTU telah menganjurkan Kursus Membuat Tauhu Basah dan Puding Kacang Soya di Kampung Kotodon, Tongod yang disertai oleh seramai 30 peserta. Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses pembuatan tauhu basah dan puding kacang soya, sekaligus membantu peserta meningkatkan kemahiran yang berpotensi menjana pendapatan tambahan.






KURSUS
Pada 24 Mei 2026, ZPTU telah menganjurkan Kursus Pembuatan Bebola Ikan Ala Cina dan Aneka Sayur Sumbat Isi Ikan di Kampung Garinono, Sandakan yang disertai oleh seramai 20 orang penduduk kampung. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik pembuatan produk makanan yang boleh dipraktikkan untuk kegunaan sendiri atau dijadikan perniagaan kecil-kecilan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada asas keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memperkasa ekonomi komuniti setempat.






Suzanirihwati memperagakan pingat-pingat kemenangannya.
Dalam mempamerkan semangat kesukanan dan dedikasi yang luar biasa, Suzanirihwati Hj. Abd Ghani dari Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS|ICSB) telah melakar pencapaian yang membanggakan dengan merangkul satu pingat emas dan tiga pingat perak dalam kejohanan olahraga yang diadakan di Home of Athletics, Singapura, dari 6 hingga 7 Jun 2026. Bertanding dalam kategori wanita berumur 40–44 tahun, Suzanirihwati berjaya meraih pingat emas dalam acara Lumba Jalan Kaki 3000 Meter dan pingat perak dalam acara Rejam Lembing, Lontar Peluru, serta Lari Berganti-ganti 4x400 Meter. Prestasi cemerlang beliau telah mengharumkan nama Malaysia di kejohanan tersebut, di mana Malaysia telah mempertaruhkan empat orang atlet yang kesemuanya berasal dari Sabah.
Kejohanan ini telah menarik penyertaan lebih daripada 500 atlet yang mewakili tujuh buah negara iaitu, Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Sri Lanka, dan Hong Kong, di samping pelbagai kelab olahraga dari Singapura. Dalam saingan serantau yang sengit itu, Suzanirihwati telah mempamerkan tahap konsistensi, keazaman, dan semangat yang luar biasa sepanjang acara berlangsung. Pencapaian beliau bukan sahaja menyerlahkan kemampuan atlet Sabah untuk bersaing di peringkat antarabangsa, malah turut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang sukan.
Menurut Suzanirihwati, kejayaan dibina berlandaskan dedikasi, disiplin, dan ketekunan, “Jangan gentar selagi belum tiba di garisan penamat. Setiap langkah yang anda ambil di padang
PENASIHAT
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof
bin Khan Bahadar, JP
SIDANG EDITORIAL
Izan binti Awang Razli
Rosly R.T. Jr.
Zaidi Abdul Rahman
Shazwi Izzry bin Anwar
Junior Juryzam bin Jumat
SUMBANGAN RENCANA
Staf Bahagian Komunikasi Korporat
Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo
Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
Staf Pusat Kraftangan Sabah
Suzanirihwati binti Abd. Ghani
Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.
Zon Pantai Barat Utara
Zon Pantai Barat Selatan
Zon Pedalaman Utara
Zon Pedalaman Selatan
Zon Pantai Timur Utara
REKA BENTUK & SUSUN ATUR
Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin
Juliana Lim Yuen Ling
Muhammad Fahmi Abdul Alim
Hannah Hidayati Zainudin
JURUGAMBAR
Samson Lawrence
memberikan inspirasi kepada generasi akan datang. Seorang juara sejati bukan sahaja memburu pingat, tetapi juga mencari kepuasan dan kejayaan dalam mengatasi kelemahan diri sendiri,” ujar beliau. Kejayaan Suzanirihwati di Singapura membuktikan bahawa usia bukan penghalang kepada kecemerlangan. Semangat, komitmen, dan keazaman adalah kunci sebenar kepada kejayaan serta usaha mengharumkan nama negeri dan negara.

Mazlan bin Haruddin
Shazwi Izzry bin Anwar
Azli bin Mohd. Abu Bakar
Junior Juryzam bin Jumat
Zairulazrin Delin
Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
Staf Pusat Kraftangan Sabah
Zon Pantai Barat Utara
Zon Pantai Barat Selatan
Zon Pedalaman Utara
Zon Pedalaman Selatan
Zon Pantai Timur Utara
Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Zon/Anak Syarikat/Unit untuk diterbitkan.
Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.