Skip to main content

Berita Kumpulan Yayasan Sabah VOL.1.2026

Page 1


KUMPULANYAYASANSABAH

“Eratkan ikatan kekeluargaan, cerminan semangat kebersamaan”
- YAB Ketua Menteri Sabah
Edaran Percuma
Jan - Mac 2026
Jilid 1/2026

Tajaan Kumpulan Yayasan Sabah

PACU KEJAYAAN MAHASISWA

SABAH

di Semenanjung Malaysia

Majlis Berbuka Puasa yang menghimpunkan Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia bersama Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, pada 8 Mac 2026 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.

“Majlis seperti ini bukan sekadar tentang juadah berbuka, tetapi lebih daripada itu, ia adalah ruang untuk kita beramah mesra, berkongsi rasa, dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama anak Sabah, walaupun kita berada jauh dari tanah air tercinta. Kehadiran anak-anak mahasiswa mahasiswi mencerminkan semangat kebersamaan serta ikatan kekeluargaan yang erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan anak-anak Sabah,’’ kata Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Datuk Haji Hajiji bin Haji Noor dalam teks

ucapannya yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan bin Mohd Ali.

Program yang diadakan ini menjadi platform penting untuk mengeratkan silaturahim antara kepimpinan negeri dan para pelajar Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia. Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, majlis tersebut bukan sahaja memberi peluang untuk berbuka puasa bersama, malah turut membuka ruang interaksi, perkongsian pandangan serta penyampaian aspirasi para mahasiswa.

Program ini turut menampilkan sesi dialog yang dikendalikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan Tugas-Tugas Khas, Tuan Haji

Awangku Raimy bin Pg. Abd Rahman sesi dialog tersebut turut menghimpunkan ahli-ahli panel daripada jabatan kerajaan dan agensi kerajaan negeri seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS),

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TTK), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) serta Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra, penyampaian sumbangan duit raya serta solat Maghrib dan Isyak menjadikan program ini sebagai satu kenangan manis buat para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir. Sidang Editorial turut menemuramah beberapa orang mahasiswa dalam majlis ini.

Amir Fathurrahman bin Ghazali, 25, berasal dari Sandakan, kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) berkongsi pengalamannya sebagai penerima tajaan pendidikan daripada Kumpulan Yayasan Sabah. “Saya amat gembira, bersyukur dan berasa sangat bertuah atas peluang yang diberikan ini. Saya menyedari bahawa tidak semua berpeluang menerima tajaan ini. Justeru, saya menganggapnya bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu amanah serta simbol keyakinan terhadap potensi anak Sabah untuk cemerlang di peringkat pendidikan tinggi,” katanya

“Tajaan ini sememangnya memberi motivasi yang sangat besar kepada saya. Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa kejayaan yang dikecapi bukanlah untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, tetapi sebagai usaha untuk membalas kepercayaan dan amanah yang telah diberikan. Tajaan ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah ia mendidik saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin, sentiasa bersyukur, serta lebih fokus terhadap pencapaian akademik dan pembangunan diri secara menyeluruh,” tambah beliau.

Beliau turut berpendapat bahawa program tajaan pendidikan seperti ini amat penting kerana ia membuka peluang kepada pelajar yang berpotensi tinggi yang berdepan dengan kekangan kewangan. Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu meringankan beban pelajar dan keluarga, malah berperanan melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing. Secara tidak langsung, program ini mampu melahirkan generasi yang berupaya menyumbang kembali kepada pembangunan negeri Sabah secara holistik dan berterusan.

Beliau juga merancang untuk menyumbang kembali melalui kepakaran dalam bidang yang dipelajari dan percaya bahawa ilmu yang diperoleh tidak seharusnya terhenti pada pencapaian peribadi semata-mata, sebaliknya perlu dimanfaatkan demi kebaikan bersama serta memperkasakan masyarakat setempat. “Saya juga berharap agar para penerima tajaan sentiasa menghargai sepenuhnya peluang yang telah diberikan, kerana bukan semua berpeluang merasai tajaan ini. Jagalah integriti, kekalkan disiplin dan sentiasalah membawa nama Sabah dengan cemerlang walau di mana sahaja kita berada,” katanya.

“Jutaan terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan. Insya-Allah, saya akan terus berusaha menjadi generasi yang amanah, berilmu dan berbakti kepada negeri tercinta,” katanya.

Berasal dari daerah Papar, Siti Nurasyikin binti Mohd Tamizi, 23, anak bongsu daripada dua orang adik-beradik, sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Sastera Pengajian Asia Tenggara meluahkan rasa syukur atas tajaan yang diterima daripada Kumpulan Yayasan Sabah.

Menurut beliau, tajaan tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, malah melambangkan satu kepercayaan besar terhadap potensi dirinya sebagai anak jati Sabah. Bantuan ini juga memberi ruang dan peluang untuk beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian tanpa perlu terlalu memikirkan beban kewangan, sekali gus meningkatkan semangat dan motivasi untuk mencapai kejayaan.

“Program tajaan pendidikan seperti ini amat penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti di Sabah. Ia membuka peluang kepada pelajar yang berpotensi tetapi mungkin berdepan kekangan kewangan. Melalui inisiatif ini, lebih ramai anak Sabah berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya kembali menyumbang kepakaran mereka demi pembangunan negeri,” katanya.

“Saya merancang untuk menyumbang melalui kepakaran dalam bidang yang saya pelajari, khususnya dengan memberi impak kepada komuniti setempat di Sabah. Saya juga ingin terlibat dalam program sukarelawanan serta bimbingan pelajar agar dapat membantu adik-adik yang berada dalam situasi seperti yang pernah saya lalui dahulu. Harapan saya agar generasi pelajar tajaan pada masa akan datang benar-benar menghargai peluang yang diberikan dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Tajaan ini adalah satu amanah, dan amanah itu perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab,” tambah beliau.

“Terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana menjadi tulang belakang kepada ramai pelajar Sabah dalam merealisasikan impian pendidikan mereka. Saya mendoakan agar Kumpulan Yayasan Sabah terus maju dan menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda untuk berjaya serta kembali membangunkan negeri Sabah,” katanya lagi.

“Tajaan Kumpulan Yayasan Sabah merupakan satu penghargaan besar buat setiap anak kelahiran Sabah. Bagi saya, apabila menerima berita mengenai tajaan ini, terasa seolaholah beban diangkat dari bahu keluarga saya, membolehkan saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah tanpa risau tentang masalah kewangan. Dalam erti kata lain, tajaan ini menjadi ‘tiket’ yang mengubah hala tuju hidup saya,” kata Mohammed Shahidin bin Mat Rudin, 23, berasal dari Kudat dan kini menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). “Saya berhasrat untuk berbakti kembali kepada negeri Sabah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas tajaan yang diberikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah,” tambah beliau.

Bagi Mohammed Shahidin, program tajaan ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang kritikal. Umum mengetahui bahawa negeri Sabah mempunyai ramai anak muda berbakat, namun kekangan dari segi pendedahan biasiswa dan tajaan menjadi jurang kepada mereka. Dengan adanya tajaan seperti ini, beliau yakin anak muda Sabah akan kembali sebagai profesional yang kompeten untuk memacu ekonomi negeri sendiri. “Ibarat sirih pulang ke gagang, saya berhasrat meneruskan penglibatan dalam program sukarelawan bagi pelajar luar bandar, membuktikan bahawa anak jati Sabah mampu bersaing di peringkat global jika diberikan peluang,” katanya.

Wagner Naftley Daniel, 23, berasal dari Keningau dan merupakan anak sulung daripada empat beradik, kini menuntut dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau berkongsi pengalaman bermakna sebagai penerima tajaan daripada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurut beliau, tajaan tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, malah turut menyediakan pelbagai program sepanjang cuti semester yang membantu pelajar mengasah kemahiran insaniah dan kepimpinan. Sebagai alumni yang pernah ditaja ke Semenanjung, pengalaman ini dianggap antara yang terbaik dalam hidupnya. Beliau menyatakan bahawa insentif pendidikan mampu melahirkan individu berintelek dan berfikiran jauh, kerana pendidikan memberi peluang membentuk masa depan diri serta menyumbang kepada pembangunan negeri secara holistik dan seimbang.

Beliau merancang untuk berkhidmat sebagai guru di Sabah, khususnya di sekolah yang kurang mendapat akses pendidikan, agar dapat membimbing generasi muda meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas komitmen berterusan dalam membantu anak negeri memperoleh akses pendidikan yang lebih baik, sambil berharap generasi penerima tajaan akan datang terus menghargai peluang tersebut.

Sementara itu, Farah Wazihah binti Mohamad Zulhalimi, 24, dari Kota Kinabalu, yang kini menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), turut meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai penerima tajaan Kumpulan Yayasan Sabah. Baginya, tajaan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah membolehkannya memberi fokus sepenuhnya kepada akademik serta aktif dalam program universiti tanpa memikirkan kekangan kewangan.

Beliau menyifatkan tajaan tersebut sebagai motivasi besar untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam pembentukan sahsiah diri. Beliau percaya program tajaan seperti ini amat penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing, khususnya bagi pelajar Sabah yang berpotensi tetapi berdepan kekangan kewangan.

Beliau juga berhasrat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui kepakaran dalam bidang yang dipelajari. Baginya, sumbangan tidak semestinya dalam bentuk yang besar, sebaliknya boleh bermula dengan membimbing generasi muda Sabah dan berkongsi pengalaman agar lebih ramai anak negeri mampu mencapai kejayaan.

“Saya berharap agar pelajar yang mendapat tajaan menghargai peluang ini sebagai satu amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin bukan sahaja hanya untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi dapat membentuk keperibadian yang baik serta memberi impak kepada masyarakat. Terima kasih atas kepercayaan dan peluang yang diberikan. Saya dan rakan-rakan yang lain akan berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan generasi yang berilmu, berintegriti serta berbakti kepada negeri Sabah,” katanya.

Billy Cambell Peter, 21, yang berasal dari Kota Kinabalu, kini melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Beliau berkongsi bahawa tajaan daripada Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak membantu meringankan beban kewangan sekali gus membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.

Menurut beliau, tajaan tersebut menjadi pendorong utama untuk terus berusaha lebih gigih dalam akademik. Ia juga memberi ruang kepadanya untuk menetapkan sasaran yang lebih tinggi sebagai tanda menghargai kepercayaan yang telah diberikan. Katanya, tajaan seperti ini amat penting dalam melahirkan modal insan berpendidikan dan berkemahiran di Sabah kerana ia membuka peluang pendidikan yang lebih adil kepada pelajar tanpa mengira latar belakang dan status ekonomi.

“Saya merancang untuk kembali ke Sabah menjadi seorang peguam atau penasihat undang-undang kepada masyarakat tempatan, khususnya kepada mereka yang mempunyai akses terhad dalam mendapatkan dan melaksanakan hak-hak mereka. Saya juga berharap para pelajar tajaan akan terus berusaha cemerlang, berintegriti serta berjiwa masyarakat, dan menggunakan peluang ini untuk membawa perubahan positif kepada negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas komitmen dan sokongan berterusan kepada mahasiswa, serta berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dalam usaha membangunkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Bagi Hanis Nabila Syakilah binti Najamuddin, 25, yang berasal dari Tawau, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Gombak, menuntut dalam Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) berpendapat tajaan ini menjadi motivasi besar untuk beliau berusaha lebih gigih dan mencapai keputusan akademik yang cemerlang sebagai tanda penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.

“Saya merancang kembali untuk menyumbang dalam bidang pendidikan dengan berkongsi ilmu, menjadi mentor kepada pelajar muda dalam program bimbingan dan sukarelawan pendidikan di negeri Sabah apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

“Saya juga berharap agar penerima tajaan seterusnya akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan menjadi insan yang berjaya serta berbakti kepada negeri Sabah. Terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas sokongan dalam membantu pelajar mencapai impian pendidikan untuk anak-anak Sabah,“ tambah beliau mengakhiri bicara.

Semangat para pelajar ini merupakan lambang ketabahan dan kesungguhan dalam mengejar impian. Program tajaan yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah bukan sekadar membuka peluang pendidikan, malah berperanan sebagai pemangkin yang membawa impak positif terhadap masa depan rakyat negeri ini.

Selain berusaha mencapai kejayaan peribadi, para pelajar tajaan ini juga berpotensi menjadi aset berharga yang akan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri Sabah dan negara pada masa hadapan.

Majlis Penyerahan Kuih-Muih

Aidilfitri Kumpulan

Yayasan Sabah hargai pengorbanan

Petugas Barisan

Hadapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bersama 33 wakil organisasi penyumbang kuih-muih kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan.

Datuk Jasnih (dua, kiri) menyampaikan replika sumbangan kuih-muih Aidilfitri kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Kumpulan Yayasan Sabah turut serta sebagai salah satu daripada 33 organisasi yang menyumbang kuihmuih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan. Sumbangan terdiri daripada 30 buah kotak yang berisi kuih-muih Aidilfitri dan 15 hamper makanan. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua

Menteri Sabah, Datuk Seri

Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor ini telah diadakan di Menara Kinabalu pada 10 Mac 2026.

Sebanyak 15 pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah menerima sumbangan pada majlis tersebut. Penerimapenerima sumbangan tersebut ialah Markas

Gambar berkumpulan.

Pemerintahan Armada Timur, Polis DiRaja Malaysia, Divisyen Ke-5 Infantri, Tentera Udara Diraja Malaysia, ESSCOM, Angkatan Tugas Bersama 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya yang hadir mewakili Pengarah Yayasan Sabah menzahirkan rasa gembira kerana Kumpulan Yayasan Sabah terlibat sebagai penyumbang kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan. Beliau berharap sumbangan kuih-muih ini dapat memberikan kegembiraan kepada mereka dalam suasana menyambut Aidilfitri.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar disambut oleh barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

DATO’ SRI DR. HAJI GULAMHAIDAR @ YUSOF BIN KHAN BAHADAR & DATUK JASNIH BIN DAYA

MEMACU KECEMERLANGAN Kumpulan Yayasan Sabah

Ketibaan
Ketibaan Datuk Jasnih disambut meriah.

Staf Kumpulan Yayasan Sabah menyambut baik dan gembira dengan pelantikan semula Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar sebagai Pengarah, Yayasan Sabah dan Datuk Jasnih bin Daya sebagai Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB).

Dalam ucapan Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar, Kumpulan Yayasan Sabah bukan institusi biasa, sebaliknya sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) strategik negeri yang memiliki rangkaian anak syarikat yang berperanan besar dalam landskap pembangunan negeri. Mengemudi organisasi sebesar Kumpulan Yayasan Sabah bukanlah tugas individu, ia memerlukan sokongan semua dan semangat kerja berpasukan.

Justeru itu, beliau mengajak semua staf Kumpulan Yayasan Sabah samada barisan Pengurusan tertinggi mahupun staf sokongan agar bekerja sebagai satu pasukan dan meningkatkan komitmen dalam berkhidmat kepada rakyat.

“Pelantikan ini adalah satu amanah besar yang sarat dengan tanggungjawab yang wajib digalas dengan penuh integriti, dan kebijaksanaan. Kumpulan Yayasan Sabah adalah nadi yang mengalirkan harapan rakyat, seiring dengan halatuju besar Sabah Maju Jaya yang digagaskan oleh Ketua Menteri Sabah.”

Tambah beliau lagi, ini penting bagi mengangkat martabat Kumpulan Yayasan Sabah sebagai institusi kebanggaan rakyat. Setiap warga Kumpulan Yayasan Sabah perlu berfikir sebagai sebuah entiti dan bergerak dengan satu kekuatan yang utuh.

“Budaya kerja berprestasi tinggi, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi mestilah menjadi asas dalam usaha memperkukuh sumber kewangan Kumpulan Yayasan Sabah. Anak-anak syarikat bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi jentera penjana yang menjadi sandaran untuk merealisasikan visi dan misi Kumpulan Yayasan Sabah, termasuk ke arah

pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” tambah Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar turut menyatakan rasa bersyukur kerana digandingkan semula dengan Datuk Jasnih bin Daya yang merupakan seorang pemimpin muda yang berwibawa serta tokoh korporat berpengalaman luas.

“Saya yakin dengan gandingan kepimpinan yang mantap serta kerjasama erat semua pihak, kita mampu melonjakkan prestasi organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Matlamat kita jelas, iaitu untuk memenuhi aspirasi rakyat dan memastikan Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa dekat di hati rakyat,” kata beliau.

Sementara itu, Datuk Jasnih turut menekankan agar sayap pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah bertambah maju dan memohon agar semua staf Kumpulan Yayasan Sabah bekerjasama demi kepentingan organisasi.

Dengan kebijaksanaan dan pengalaman serta keikhlasan yang berakar pada jiwa rakyat, gandingan ini diharapkan terus memacu Kumpulan Yayasan Sabah sebagai mercu tanda kemajuan, harapan menjadi kenyataan, dan mengangkat martabat negeri di persada yang gemilang.

Lambaian seorang pemimpin yang dekat di hati warga Kumpulan Yayasan Sabah.
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar dan Datuk Jasnih mengabadikan gambar bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah.

MBJ KUMPULAN YAYASAN SABAH MENUJU KEBERSAMAAN

“Semoga Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sesi 2026-2028 kali ini dapat memberi kerjasama yang baik agar hubungan antara pihak Pengurusan dan pekerja terjalin dengan erat,” demikian ucapan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi MBJ, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar pada mesyuarat MBJ siri 1/2026 yang diadakan pada 25 Februari 2026.

berharap mereka terus menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah selaku suara kepada keseluruhan pekerja.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Pengerusi Eksekutif merangkap Timbalan Pengerusi MBJ, Datuk Jasnih bin Daya, Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho (kini Datuk), Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB), Puan Halijah binti Haji Laini dan Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li selaku wakil Pengurusan.

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar juga menzahirkan rasa syukur pemilihan Wakil Pekerja untuk sesi 2026-2028 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada bulan Januari lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Wakil Pekerja baharu dan Gambar berkumpulan.

Mesyuarat MBJ Siri 1 yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar. Turut hadir bersama Datuk Jasnih.
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang mantan Wakil Pekerja Sesi 2024-2026, Encik Lorenzo Lowrince disaksikan oleh Datuk Jasnih, selaku Timbalan Pengerusi MBJ. Turut kelihatan dalam gambar ialah Encik Joshua Ho (kini Datuk, dua dari kanan), Puan Halijah Laini (dua dari kiri), & Dr. Esther Li (kiri).

Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. dan Kelola Maju Sdn. Bhd. Kunjungan Hormat & Pembayaran Dividen daripada

Satu kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah telah diadakan pada 15 Januari 2026 bertempat di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, Kota Kinabalu yang turut menyaksikan Pengerusi Eksekutif, Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang menyerahkan cek dividen kepada Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Turut hadir bersama Pengerusi Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih bin Daya.

Majlis penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Haji Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, Silam Forest Products Sdn. Bhd. menerima dividen bernilai RM3 juta daripada syarikat Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., dan RM1,050,000 juta daripada syarikat Kelola Maju Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan hormat dan majlis penyerahan dividen ini bukan sahaja mencerminkan hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah dan rakan korporatnya, malah turut memperkukuhkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh kedudukan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah demi menyokong pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat negeri Sabah secara mampan.

Ketibaan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri. Tan Sri Francis Lau bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar.
Gambar berkumpulan bersama Tan Sri Francis Lau (tiga, kiri) dan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji (tiga, kanan) dengan cek dividen yang telah diserahkan. Turut sama, Pengarah Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. dan Kelola Maju Sdn. Bhd, Tuan Tan Lai Kai (kiri), Datuk Jasnih (dua, kiri), Penguruk Kumpulan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Encik Joshua Ho (kini Datuk, kanan) dan Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar Khan Bahadar (dua, kanan).

Mahasiswa ASTIF UMS Kunjungan Hormat

Seramai empat orang mahasiswa dari Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, pada 3 Februari 2026 bertempat di Pejabat Pengarah Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memaklumkan pihak Kumpulan Yayasan Sabah mengenai perancangan pementasan teater yang akan dilaksanakan oleh mahasiswa ASTiF UMS sebagai memenuhi keperluan penilaian akademik pelajar Tahun 3 akademi berkenaan. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara ASTiF dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan Hormat (TM)

SABAH

Pejabat Setiausaha Korporat, Yayasan Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Telekom Malaysia (TM) Sabah, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Wisma Innoprise pada 11 Februari 2026. Kunjungan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik antara TM Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah, khususnya dalam membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang berkualiti serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan digital dan e-urusan melalui inisiatif solusi pintar. Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada usaha memperkukuh jaringan komunikasi dan memperluas kemudahan digital demi menyokong pembangunan organisasi dan komuniti.

Delegasi TM Sabah diketuai oleh Pengurus Besar, Sabah Business, Encik Sahrimin bin Mohd .Iman. Turut hadir, Pengurus Besar, Network Sabah, Encik Husni Rizal bin Syahriansyah serta Pengurus, Pemasaran & PR Sabah, Puan Nurul Izza binti Ripin.

Sesi perbincangan di antara
Kumpulan Yayasan Sabah
dengan Telekom Malaysia, TM Sabah.
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar beramah mesra dengan pelajar daripada ASTiF, UMS.
Gambar kenangan rombongan ASTiF bersama Dato’ Dr. Sri Haji Gulamhaidar.

Pengurus Kumpulan, Bahagian Integriti & Pematuhan, Encik Midin Haji Asli menyampaikan kata aluan tujuan bengkel diadakan.

Bengkel

PEMURNIAN OACP

Kumpulan Yayasan Sabah

Bengkel Pemurnian Pelan Antirasuah Organisasi (Organisation Anticorruption Plan, OACP) Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan pada 20 Januari 2026 bertempat di Dewan Sepilok, Sabah International Convention Centre. Seramai 27 orang peserta daripada 16 bahagian di ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah telah mengikuti bengkel tersebut.

Bengkel ini diadakan susulan daripada Bengkel Pemantauan OACP agensi-agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang telah diadakan pada 26 November 2025 bertempat di Dewan Mini, Unit Latihan dan Pengurusan Kualiti (ULPK), Kementerian Kewangan.

Objektif bengkel ini adalah untuk mengemas kini status pelaksanaan inisiatif serta pelaporan melalui sistem i-Do Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), untuk semua pejabat/bahagian Kumpulan Yayasan Sabah. Ini bagi memastikan pelaporan OACP setiap pejabat/bahagian Kumpulan Yayasan Sabah dapat diambil tindakan sewajarnya oleh setiap ‘focal person’ Integriti.

‘Focal person’ dibantu oleh pegawai-pegawai Urus Setia dalam proses mengemaskini pelaporan masing-masing ke dalam Sistem i-Do.

Gambar berkumpulan.

Yayasan Sabah Group STRENGTHENS Global and Local Partnership for Conservation & Biodiversity Research

Yayasan Sabah Group continues to strengthen its role as a leading institution in conservation and sustainable forest management through the signing of two significant Memoranda of Understanding (MoU) with the Preferred by Nature (PbN) and the Malaysian Nature Society (MNS) Sabah Branch on 4 March 2026. These agreements further underscore Yayasan Sabah Group’s commitment to preserving Sabah’s rich biodiversity and promoting world-class research collaborations.

The MoU signing ceremony held at Shangri-La Tanjung Aru was witnessed by the Assistant Minister to the Chief Minister’s of Sabah, Datuk Joniston bin Lumai @ Bangkuai.

Signing on behalf of Yayasan Sabah Group was the Director of Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, witnessed by the Corporate Secretary of Yayasan Sabah, Tuan Hanafiah Diman. PbN was represented by its Executive Director, Mr. Peter Feilberg, and witnessed by Encik Nicholas Fong, an Ecosystem Restoration

at PbN. The MNS was represented by its President, Madam Anna Wong, and witnessed by the Honorary Treasurer, Puan Amy Chee Chui Mee.

Specialist
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (third from left) and Mr. Peter (third from right) displaying the signed documents witnessed by Datuk Joniston Bangkuai (centre), Encik Zulkifli Suara, Chief Conservator of Forests Sabah (second from left) and Tuan Haji Abdul Karim Haji Dakog, Deputy Director of Sabah Wildlife (second from right). Also in the picture are Tuan Haji Hanafiah (left) and Encik Nicholas (right).
Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar (third from left) and Madam Anna Wong (third from right) displaying the signed documents witnessed by Datuk Joniston Bangkuai (centre) Encik Zulkifli Suara, Chief Conservator of Forests Sabah (second from left) and Tuan Haji Abdul Karim Haji Dakog, Deputy Director of Sabah Wildlife (second from right). Also in the picture are Encik Hanafiah (left) and Puan Amy Chee (right).

The MoU signed with PbN marks the continuation of a long-standing partnership that began in 1999, reflecting the international organisation’s enduring confidence in Yayasan Sabah Group’s capability in managing and safeguarding conservation areas sustainably. Over the years, this collaboration has advanced numerous conservation initiatives, including the Maliau Basin Conservation Area (MBCA) Strategic Management Plan, rainforest restoration projects, and joint scientific research with prestigious institutions such as Harvard University Herbarium. The most recent agreement, in 2024, focused on the Silam Coast Conservation Area, ensuring ongoing restoration efforts and promoting international cooperation.

Through this strengthened collaboration, the implementation of the MBCA Strategic Management Plan 2026-2035 will be further enhanced. Action plans under this framework will be supported by PbN through initiatives such as buffer zone restoration, access to the latest conservation technologies and global best practices, as well as expanded networking opportunities with potential international organisations and partners. These partnerships have also enabled Yayasan Sabah Group to secure international funding, technical expertise, and capacity building support, further reinforcing its global standing in conservation and sustainable development.

The MoU signed with the MNS formalising a five-year partnership to establish an Avian Centre of Excellence at the MBCA. This collaboration brings together MNS Sabah Branch’s decades of experience in bird conservation with the Yayasan Sabah Group’s role as steward of MBCA, further demonstrating the trust placed in the organisation by leading

non-government conservation bodies. The Avian Centre of Excellence will serve as a hub for avian research, education, and ecotourism development, positioning MBCA as a premier birding destination in Malaysia.

Key initiatives include developing educational programmes, organizing avian symposia and awareness events, and enhancing conservation planning with expert input from MNS’s team of ornithologists and conservation biologists. The knowledge and expertise generated through avian conservation initiatives are expected to create meaningful impact beyond research and education. In particular, avianbased ecotourism activities will be strengthened, positioning MBCA as a key destination for birdwatching tourism and contributing positively to Sabah’s tourism industry. At the same time, these initiatives will significantly enhance public awareness and appreciation of avian conservation and habitat protection.

“This strategic initiative not only boosts scientific understanding and conservation of Malaysia’s bird species but also promotes MBCA as a world-class research and ecotourism destination,” said Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar.

Coinciding with the MoU signing ceremony, Yayasan Sabah Group and PbN also convened the Maliau Basin Conservation Area (MBCA) Stakeholder Validation Workshop to revise the Strategic Management Plan 2026-2035. Funded through a RM1.97 million grant from the Aage V. Jensen Charity Foundation, Denmark, the revision aims to rehabilitate buffer zones and support the nomination of the DaMaI (DanumMaliau-Imbak) conservation areas as a UNESCO World Heritage Site.

Group photo.

The workshop brings together over 150 stakeholders, including government agencies, NGOs, research institutions, private sector representatives, local community leaders, and the media, to provide input and feedback. Yayasan Sabah Group remains committed to continuous engagement with stakeholders through validation sessions and consultative platforms to ensure transparency and accountability in conservation area management. Constructive views, recommendations, and feedback from stakeholders are highly valued and are expected to strengthen the implementation of a more inclusive, transparent, and sustainable conservation management framework.

“These collaborations and consultations mark an important chapter in Yayasan Sabah Group’s commitment to conserve and sustainably manage Sabah’s natural heritage,” said Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar.

“Through strategic partnerships and inclusive engagement, we are building a lasting legacy for the people of Sabah and the world,” he added.

With these MoUs and the stakeholder workshop, Yayasan Sabah Group reaffirms its commitment to ecological restoration, scientific excellence, and community-inclusive conservation, ensuring that Sabah’s biodiversity continues to thrive for generations to come.

Group photo of participants and organiser at the closing of the workshop.
MBCA Stakeholder Validation Workshop.

Sesi taklimat ibu bapa secara maya yang dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak melibatkan penyampaian maklumat penting dan perancangan semasa.

TAKLIMAT IBU BAPA

Tahun 2026 secara maya

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak telah menganjurkan Taklimat Ibu Bapa Tahun 2026 secara maya pada 5 Feb 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 22, Menara Tun Mustapha sebagai salah satu inisiatif berterusan bagi memperkukuh hubungan strategik antara pihak pengurusan dan ibu bapa murid di bawah seliaan Kumpulan Yayasan Sabah.

Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan menyeluruh berkaitan perancangan akademik, kebajikan murid serta hala tuju program pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun 2026. Pelaksanaan secara maya membolehkan penyertaan ibu bapa dari pelbagai lokasi, sekaligus memastikan maklumat penting dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan inklusif.

Sepanjang sesi taklimat, pihak Pengurusan telah membentangkan pelbagai perkara utama termasuk perkembangan semasa murid, sokongan pembelajaran serta peranan ibu bapa dalam membantu kejayaan akademik dan sahsiah anak-anak. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada ibu bapa mengemukakan pandangan dan mendapatkan penjelasan secara langsung. Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memastikan ketelusan maklumat serta kerjasama erat antara pihak pengurusan dan ibu bapa demi kecemerlangan murid. Diharapkan pendekatan ini dapat terus memperkukuh kepercayaan dan sokongan semua pihak terhadap agenda pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Program ke Penghantaran Pelajar Tingkatan 1 Semenanjung Malaysia 2026

Seramai 38 orang pelajar Sabah di bawah tajaan Kumpulan Yayasan Sabah telah dihantar ke Semenanjung Malaysia pada 11 Januari 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) diiringi oleh pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dan ibu bapa.

Program Penghantaran Pelajar Tingkatan Satu ke Semenanjung Malaysia merupakan program tajaan di bawah Kumpulan Yayasan Sabah yang bertujuan untuk memberi pendedahan budaya dan integrasi nasional kepada pelajar Sabah, di samping menyediakan akses kepada sekolah-sekolah terbaik di Semenanjung Malaysia. Melalui program ini, Kumpulan Yayasan Sabah berhasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah, selaras dengan aspirasi pembangunan pendidikan negeri.

Para pelajar yang berjaya menyertai program ini.

Dalam program penghantaran pada tahun 2026 kali ini, para pelajar akan ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan seramai 9 orang, Johor 9 orang dan Kuala Lumpur seramai 14 orang, melibatkan sekolah-sekolah menengah terpilih yang berprestasi tinggi.

Terdahulu, satu taklimat mengenai program ini telah diadakan pada 10 Januari 2026 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha bersama para pelajar dan ibu bapa.

Sesi taklimat ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah bin Diman dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah serta ibu bapa para pelajar. Beliau turut menyampaikan amanat kepada para pelajar dan ibu bapa yang hadir dengan menekankan kepentingan disiplin, jati diri serta semangat membawa nama Sabah di peringkat nasional.

Seterusnya, satu sesi taklimat bagi menerangkan hala tuju program, penempatan pelajar, serta tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di Semenanjung Malaysia juga disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan.

Kumpulan Yayasan Sabah berharap agar para pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan seterusnya kembali menyumbang bakti serta kepakaran kepada pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.

Momen ibu bapa bersama pelajar.
Tuan Haji Hanafiah sedang meenyampaikan amanat kepada para pelajar dan ibu bapa.
Gambar berkumpulan selepas sesi taklimat.

Taklimat Pertukaran Pelajar Sabah / Sarawak dan Majlis Ramah Mesra

Taklimat Pertukaran Pelajar Sabah / Sarawak dan Majlis Ramah Mesra

Program pertukaran pelajar Sabah–Sarawak telah diadakan pada 9 Februari 2026 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha. Program ini merupakan sebahagian daripada strategi pendidikan yang lebih menyeluruh di bawah institusi yayasan negeri bagi memastikan para pelajar berpeluang berinteraksi dengan budaya, sistem pembelajaran serta pengalaman sosial yang berbeza dalam konteks negeri jiran. Melalui inisiatif ini, pelajar bukan sahaja dapat memperluas perspektif akademik, malah turut menghayati nilai perkongsian ilmu, semangat perpaduan, serta patriotisme tempatan antara Sabah dan Sarawak.

Program pertukaran pelajar Sabah–Sarawak telah diadakan pada 9 Februari 2026 bertempat di Bilik Multivision ,Menara Tun Mustapha. Program ini merupakan sebahagian daripada strategi pendidikan yang lebih menyeluruh di bawah institusi yayasan negeri bagi memastikan para pelajar berpeluang berinteraksi dengan budaya, system pembelajaran serta pengalaman sosial yang berbeza dalam konteks negeri jiran.

Melalui inisiatif ini, pelajar bukan sahaja dapat memperluas perspektif akademik, malah turut menghayati nilai perkongsian ilmu, semangat perpaduan, serta patriotism tempatan antara Sabah dan Sarawak.

Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang terpilih dan bakal menyertai program pertukaran pelajar Sabah–Sarawak bagi tahun 2026. Mereka terdiri daripada wakil pelbagai latar belakang sekolah menengah yang menerima tajaan daripada kedua-dua yayasan negeri, selain disertai oleh pentadbiran daripada pihak penganjur.

Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang terpilih dan bakal menyertai program pertukaran pelajar Sabah–Sarawak bagitahun 2026. Mereka terdiri daripada wakil pelbagai latar belakang sekolah menengah yang menerima tajaan daripada kedua-dua yayasan negeri, selain disertai oleh pentadbiran daripada pihak penganjur.

Turut hadir ialah wakil rasmi daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak, yang berperanan sebagai pengelola serta penyelaras utama program ini. Penglibatan kedua-dua institusi ini amat signifikan dalam memastikan pelaksanaan, penyelarasan logistik, serta keberkesanan program pertukaran pelajar dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Turut hadir ialah wakil rasmi daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak, yang berperanan sebagai pengelola serta penyelaras utama program ini. Penglibatan kedua-dua institusi ini amat signifikan dalam memastikan pelaksanaan, penyelarasan logistik, serta keberkesanan program pertukaran pelajar dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Ucapan aluan Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman Dulamid, menzahirkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasa pembangunan pendidikan serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Ucapan daripada Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Tuan Haji Asman Dulamid, menzahirkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memperkasa pembangunan pendidikan serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang

Taklimat yang disampaikan oleh

Ketua Seksyen Bantuan Yayasan Sarawak, Encik Mohammad Hafizi bin Talhah.

Ketua Penolong Pengarah Pembiayaan Pendidikan & Bayaran Balik Yayasan Sarawak, Puan Hajijah binti Morsidi, menyentuh agenda pertukaran pelajar Tingkatan Satu Sabah–Sarawak sebagai usaha memperkukuh perpaduan, pendedahan budaya serta pembangunan sahsiah pelajar.

Ibubapa dan pelajar-pelajar Sabah-Sarawak mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil rasmi Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.

Ibu bapa dan pelajar-pelajar Sabah-Sarawak mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil rasmi Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Seksyen Bantuan Yayasan Sarawak, Encik Mohammad Hafizi bin Talhah.

Penyerahan bag bagi pelajar yang terlibat dalam Majlis Ramah Mesra & Taklimat Pertukaran Pelajar Sabah-Sarawak bagi Tahun 2026.

Penyerahan beg bagi pelajar yang terlibat dalam Majlis Ramah Mesra & Taklimat Pertukaran Pelajar Sabah-Sarawak bagi Tahun 2026.

Sesi pendaftaran bagi Majlis Ramah Mesra & Taklimat Pertukaran Pelajar Sabah-Sarawak bagi Tahun 2026.
Gambar secara berkumpulan antara pelajar Yayasan Sabah & Yayasan Sarawak.
Sesi bergambar bagi mengabadikan kenangan yang melibatkan pelajar, ibu bapa pelajar dan juga wakil daripada Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.

SOROTAN AKTIVITI JANUARI - MAC 2026

PERPUSTAKAAN PENYELIDIKAN BORNEO TUN HAJI MOHD. FUAD STEPHENS (PPBTHMFS)

Galeri Tun Mustapha (GTM) telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan YM Dato’ Seri Tengku Dr. Zainal Adlin bin Tengku Mahamood pada 3 Februari 2026. Lawatan ini merupakan kunjungan bagi meninjau koleksi seni dan bahan sejarah yang dipamerkan di galeri tersebut. Rombongan beliau telah meluangkan masa meneliti naratif sejarah yang dipaparkan, termasuk maklumat berkaitan kepimpinan Tun Mustapha.

Pameran kerjasama dengan Balai Seni Sabah telah bermula pada 19 Januari 2026 dan dijadualkan berlangsung selama enam bulan. Projek kolaborasi ini menghimpunkan pelbagai karya unik yang memaparkan kreativiti serta identiti seni tempatan yang mendalam, sekaligus berfungsi sebagai platform utama bagi memperkasakan industri seni visual di negeri ini sepanjang tempoh pameran tersebut dijalankan.

Satu lawatan kerja ke Pusat Maklumat Geopark Sabah telah diadakan pada 25 Januari 2026. Lawatan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam fungsi serta peranan pusat maklumat tersebut dalam menyokong ekosistem penyebaran maklumat di Sabah, khususnya berkaitan khazanah alam dan warisan geologi negeri ini.

Sepanjang lawatan tersebut, staf PPBTHMFS telah diberikan taklimat terperinci mengenai struktur operasi, pengurusan maklumat, serta peranan Pusat Maklumat Geopark Sabah dalam mempromosikan kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan geologi.

Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada staf PPBTHMFS untuk menilai potensi kerjasama dan integrasi maklumat antara perpustakaan dan pusat maklumat yang memfokuskan kepada khazanah alam. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman ini, diharapkan wujud sinergi yang lebih kukuh dalam usaha memperkaya sumber maklumat serta memperluaskan akses kepada maklumat berkaitan geopark dan warisan alam Sabah.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman staf PPBTHMFS terhadap peranan Pusat Maklumat Geopark Sabah, malah membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam memperkukuh pengurusan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Pameran Lukisan Balai Seni Sabah 2026.
YM Dato’ Seri Tengku Dr. Zainal Adlin beramah mesrabersama staf GTM.
Gambar berkumpulan staf Perpustakaan.

Ketibaan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah bersama rombongan.

Sesi Libat Urus & Lawatan Kerja

BHESS, Jabatan Perdana Menteri ke Galeri Tun Mustapha

Satu sesi libat urus dan lawatan kerja ke Galeri Tun Mustapha yang melibatkan rombongan daripada Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 12 Februari 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fungsi, peranan serta pengisian galeri sebagai pusat rujukan sejarah dan warisan kepimpinan Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi Persekutuan dan Negeri.

Sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat mengenai latar belakang penubuhan galeri, koleksi bahan pameran, serta usaha pemeliharaan khazanah sejarah yang menjadi simbol perjuangan dan pembangunan negeri Sabah. Sesi ini turut menjadi ruang perbincangan dua hala dalam memperkasa inisiatif pemuliharaan warisan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan identiti negeri.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam memelihara nilai sejarah, memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi, serta memastikan warisan kepimpinan terdahulu terus dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Sesi lawatan rombongan ke Galeri Tun Mustapha.
Penyampaian cenderamata daripada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Tuan Haji Hanafiah Diman, kepada Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah.

Pemilihan Wakil Pekerja

MAJLIS BERSAMA JABATAN

Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah sesi 2026-2028 telah diadakan secara serentak di semua bahagian/zon/unit/wilayah Kumpulan Yayasan Sabah pada 29 Januari 2026. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan keadilan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Bahagian Pembangunan Pendidikan

Bahagian Perundangan (YS/ICSB)

Pemilihan yang diadakan di kawasan masing-masing ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf. Proses pemilihan Wakil Pekerja di zon/wilayah/kawasan konservasi dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras yang telah dilantik,

manakala di Ibu Pejabat dikendalikan oleh Urus Setia MBJ yang terdiri daripada staf Bahagian Komunikasi Korporat.

Seramai 915 orang staf (82%) daripada seluruh bahagian/zon/ unit/wilayah Kumpulan Yayasan Sabah telah memilih calon masing-masing.

Pemilihan kali ini menyaksikan tiga kawasan yang bertanding iaitu kawasan Kota Kinabalu (YS) dan (ICSB) dan Tawau. Manakala, kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Keningau/ Beaufort/Kudat hanya menghantar satu wakil sahaja dan membenarkan wakil kawasan tersebut menang tanpa bertanding.

Pejabat Pengarah Yayasan Sabah
RBJ Luasong Tawau.
Bahagian Komunikasi Korporat.

Hasil daripada pemilihan tersebut, seramai enam orang staf telah dipilih dan dilantik sebagai Wakil Pekerja yang baharu bagi sesi 2026-2028.

Wakil Pekerja MBJ sesi 2026-2028 adalah Puan Nor Effah Efizah binti Ag Chuchu untuk Kota Kinabalu (YS), Encik Ahmad Fauziee bin Wasimin wakil untuk Kota Kinabalu (ICSB), Encik Safri bin Omar untuk wakil Wilayah Lahad Datu, Puan Azlina Michael wakil untuk Zon/Wilayah Tawau, Encik Suwandy

Pejabat Kawasan Konservasi Kanyon Imbak.
Bahagian Tenaga & Fasiliti.
Borneo Security Centre Sdn. Bhd., Wisma Innoprise
Pejabat Zon Pantai Timur Selatan (Tawau).
Bahagian Perhutanan (Kota Kinabalu)
Zon Pantai Timur Utara (Sandakan).
Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak di Sadong Jaya.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

DINOBATKAN JOHAN

Istiadat Perbarisan sempena

Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 TYT SABAH

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah dinobatkan sebagai Johan dalam acara Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) pada 30 Mac 2026 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM1500, Piala Iringan dan Sijil selepas menewaskan kontinjen-kontinjen lain yang turut mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Gambar berkumpulan Kumpulan Yayasan Sabah bersama Pengarah.
Kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah lintas hormat.

Ketua Kontinjen Yayasan Sabah, Encik Ahmad Fauziee bin Wasimin menyatakan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut. Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil daripada latihan intensif selama beberapa minggu serta komitmen tinggi yang dipamerkan oleh setiap ahli kumpulan.

“Kemenangan ini bukan sahaja tentang langkah yang seragam, tetapi ia mencerminkan disiplin, jati diri, dan semangat kebersamaan warga Kumpulan Yayasan Sabah dalam menyahut seruan integriti dan kecemerlangan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Acara sambutan dimeriahi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan isteri Datuk Hajah Juliah binti Salag, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar serta barisan kabinet negeri.

Kehadiran Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah dengan uniform yang segak serta formasi kawad yang kemas berjaya menarik perhatian para juri dan penonton yang hadir, sekali gus mengukuhkan imej organisasi tersebut sebagai institusi yang kukuh di negeri Sabah.

Kontinjen Yayasan Sabah dalam mod bersiap siaga.
Encik Ahmad Fauziee bersama piala kemenangan.
Sebahagian daripada ahli kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah bergambar bersama Pemangku Pengurus Kumpulan, Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Izan binti Awang Razli.

at The 35th ASEAN Tourism Association (ASEANTA) Tourism Awards of Excellence won two top honours

The presentation ceremony held in Cebu, the Philippines on 27 January saw the Yayasan Sabah Group subsidiary secure the Best ASEAN Cultural Preservation Effort Award and the Best ASEAN Eco-Lodge Award. The Borneo Rainforest Lodge (BRL), eco-lodge in Danum Valley, Lahad Datu, won two of the nine awards at stake, competing against leading lodges and hotels across Asia.

BBRL Chief Executive Officer Freddie Coleman, who accepted the awards, said the recognition further affirmed the lodge’s credibility in delivering eco-nature experiences while preserving Borneo’s forest and cultural heritage.

On cultural preservation, he said the lodge supports local communities by providing employment and training in line with international standards, while also backing various programmes and research centres.

“For the long term, we strive to be a leader in nature tourism and to achieve sustainable development for the rainforest,” he said.

ASEANTA comprises Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam.

The awards serve as a platform to share best practices and encourage collaboration across the region’s tourism industry. The regional evaluation process is conducted by tourism leaders from across Southeast Asia, with ASEANTA acting as custodian of the programme.

The Chief Executive Officer of Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. Mr. Freddie Coleman receiving the awards.

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) menerima Anugerah Fast Moving Growing & Sustainable Best Brands 2025–2026 dibawah kategori Oil Palm and Agriculture Solutions pada 28 Januari 2026 bertempat di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur sempena Majlis The Brand Laureate, Brand of The Year Awards 2025-2026.

Penganugerahan Brand of the Year

Seiring dengan sambutan Ulang Tahun ke-30 BWSB pada tahun ini, BWSB menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh sumbangan kepada pembangunan Sabah, selaras dengan misi syarikat untuk menjadi organisasi yang diiktiraf di peringkat nasional demi mengharumkan nama Kumpulan Syarikat Yayasan Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengerusi BWSB, Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid (tiga, kiri) menerima anugerah yang disampaikan.

Ginger Fertigation Cultivation Course 2026

YSG Bioscape Sdn. Bhd., in collaboration with Golden Agro Farmland Sdn. Bhd. held the 2026 Ginger Fertigation Cultivation Course on 24 January 2026 at Aquascape Centre.

The 2026 Modern Fertigation Ginger Cultivation Briefing & Course was successfully conducted by providing participants with a complete guide to growing ginger in polybags using fermented cocopeat. Participants were taught about fertiliser preparation, plant nutrition schedules, organic fertiliser and fertilisers such as Trichoderma, Bacillus, and microbes, pest and disease management, as well as practical demonstrations with Ginger Experts. The course also provided a guide to cost calculation and post-harvest yield estimation.

Practical methods for modern fertigation-based ginger cultivation.
Briefing by Mr. Calvin Chin.
Participants preparing ginger planting materials using fermented cocopeat.

Majlis Berbuka Puasa

Bersama

PENGURUSAN KUMPULAN YAYASAN SABAH

Sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan menghayati keberkatan bulan Ramadan, Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah Tahun 2026 di seluruh pelosok negeri Sabah. Program tahunan ini menjadi platform bagi pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah untuk berinteraksi dengan Masyarakat setempat sambil berkongsi rezeki dalam suasana penuh kemesraan. Selain jamuan berbuka puasa, majlis ini turut diserikan dengan tazkirah Ramadan, solat berjemaah, serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Surau Lorong Sahabat, Kampung Dasar Baru Daerah Kunak @ 24 Februari 2026

sumbangan KYS disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N.63 Kunak, Encik Nordin bin Maming.

Masjid Nurul Saadah, Kg. Bakapit Daerah Tungku @ 25 Februari 2026

Penyerahan sumbangan bakul makanan daripada Sabah Softwood Hybrid Fertilizer Sdn. Bhd yang disampaikan oleh Datin Norkhajijah, (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Sabah Softwood Hybrid Fertilizer Sdn. Bhd., Tuan Choon Chung Hong (tiga dari kiri).

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Haji Ismail kepada Pengerusi Surau Mahallu Taallum, Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu, Encik Azis Faisal Haji Unggit.

sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaikan Datin Norkhajijah, kepada pihak Masjid Nurul Saadah, Kg. Bakapit Daerah Tungku.

Surau Mahallu Taallum, Kampung Segama Batu 8, Lahad Datu @ 26 Februari 2026

sekitar majlis.

Penyerahan
Penyerahan
Penyerahan sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Timur Selatan, Datin Norkhajijah Haji Tussin.
Suasana

KUMPULAN YAYASAN SABAH anjur

Majlis Berbuka Puasa

ZON bersama MASYARAKAT SETEMPAT (SRI RUGADING,TUARAN)

Sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Jasnih.

Ucapan oleh Datuk Jasnih.

Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sabah Peringkat Zon Pantai Barat Selatan diadakan pada 25 Feb 2026 bertempat di Dewan Sri Rugading, Tuaran disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Pantai Dalit, Datuk Jasnih bin Daya. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn. Bhd., Encik Rozali bin Khamis, barisan Pengurusan dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 150 orang golongan asnaf menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebagai usaha membantu meringankan beban mereka sepanjang Ramadan. Selain itu, turut disampaikan juga sumbangan wang tunai kepada Pengerusi Masjid Al-Ikhwan serta bantuan wang tunai kepada KRT Taman Seri Rugading bagi menyokong pengurusan dan aktiviti keagamaan di surau tersebut.

Sesi bergambar berkumpulan.

Masjid Nur Ikhlas, Kampung Sinar Baru Batu 12 @ 27 Februari 2026

Sumbangan disampaikan oleh Encik Zulkhairi Haji Ismail kepada Pengerusi Masjid Nur Ikhlas, Kg. Sinar Baru Sandakan, Tuan Imam Haji Rauf bin Bela, sambil disaksikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.50 Gum-Gum merangkap Pengerusi Innoprise Capital Sdn. Bhd., Datuk Jaffari bin Walliam.

Datuk Jaffari (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada para penerima asnaf.

Masjid Al-Hidayah, Kg. Kaingaran, Ulu Sugut @ 27 Februari 2026

Penyelia Pembangunan Masyarakat, Encik Japili Madi (baris belakang, kiri, berbaju hijau) mewakili Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti bersama para penerima bantuan asnaf.

Masjid Al-Kauthar, Kg. Lohan 1, Ranau @ 28 Februari 2026

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Rusdin Riman (lima dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Rusining Rusidi selaku Pengerusi Masjid Al-Kauthar Kg. Lohan 1, Ranau.

Solat tarawih.

Masjid Babul Jannah, Kg. Sungai Gading Daerah Tawau @ 2 Mac 2026

Penyerahan sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Timur Selatan, Datin Norkhajijah Haji Tussin.

Penyerahan sumbangan KYS yang disampaikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat PPM N.68, Apas, Tuan Muhammad Mehdi bin Mohamed Mohidin kepada Pihak Masjid Babul Jannah, Kg. Sungai Gading Daerah Tawau.

Masjid Al-Asibi, Kampung Rungus Baru, Daerah Paitan @ 2 Mac 2026

Sesi tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Daerah Paitan, Ustaz Mohd Hadi bin Mohd Said.

Pegawai Ekonomi Zon Pantai Timur Utara, Puan Aslindah binti Haji Asa, menyampaikan sumbangan.

Masjid Nurul Hidayah, Kampung Kuala Monsok, Tambunan @ 3 Mac 2026

Penyerahan sumbangan daripada Encik Zulkhairi Haji Ismail kepada Pengerusi Masjid Nurul Hidayah Kampung Monsok, Tambunan, Encik Rajudin bin Mohd Ajay.

Gambar berkumpulan.

Masjid Daerah Al-Amin Daerah Pitas @ 4 Mac 2026

Penyampaian sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara, Encik Adman bin Haji Samat (tiga, kiri) kepada Timbalan Pengerusi Masjid Daerah Al-Amin, Pitas, En. Rosdi bin Lajiwa (tiga, kanan).

Pemimpim Pembangunan Masyarakat N.3 Pitas, Puan Ramlah binti Nasir (lima, kiri) yang mewakili Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Pitas, Dato’ Sri Ruddy bin Awah menyampaikan sumbangan.

Masjid Al Muqarabbah, Kampung Rancangan Kalabakan @ 5 Mac 2026

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahid.

Datuk Haji Abdul Karim menyampaikan sumbangan kepada pihak Masjid Al Muqarabbah, Kampung Rancangan Kalabakan.

Masjid Raya Annur Kampung Ayer, Kudat @ 5 Mac 2026

Ucapan aluan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.4 Tanjung Kapor, Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong,

Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Raya An-Nur Kampung Ayer, Imam Kamarul Bahrain bin Siregar.

Masjid Jamek Putatan @ 6 Mac 2026

Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. merangkap Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sambil disaksikan oleh ADUN Tanjung Keramat, Tuan Shah Alfie bin Yahya, (empat, kiri).

Suasana sekitar majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

KUMPULAN YAYASAN SABAH anjur

ZON bersama Majlis Berbuka Puasa

MASYARAKAT SETEMPAT (PAPAR)

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Zon Kumpulan Yayasan Sabah di Masjid Assobirin Kg. Takis, Papar dan majlis disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar, Datuk Armizan bin Mohd. Ali.

Majlis ini turut dihadiri oleh ADUN N.29 Pantai Manis, Datuk Haji Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir Petra, Setiausaha Sulit Kepada Menteri KPDN, Datuk Haji Roslie bin Haji Roslie, Pengarah KPDN, Tuan Shahril Nizam bin Shahidin, Ketua Polis Daerah Papar, Pegawai Tadbir Agama Daerah Papar dan para pemimpinmsayarakat. TuruthadirialahPengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, penduduk kampung dan ahlijemaah masjid. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan sokongan padu komuniti terhadap penganjuran program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara pelbagai pihak dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

Puan Siti Sheriffah (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan dari Kumpulan Yayasan Sabah kepada Tuan Hj. Rusmadi sambil disaksikan oleh Datuk Armizan (lima dari kanan).

Tazkirah yang disampaikan oleh

Mudir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Aminuddin Papar, Ustaz Faiz Alfi Syahrin.

Selain daripada aktiviti berbuka puasa, majlis ini turut membuka ruang untuk memperkukuh jaringan sosial antara warga Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat setempat. Penganjuran aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyemai semangat perpaduan dan kebersamaan, malah meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap inisiatif pembangunan sosial dan kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Datuk Armizan menyantuni rakyat.

Majlis Berbuka Puasa

ZON bersama MASYARAKAT SETEMPAT (KINDU, TUARAN)

Penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf yang disampaikan oleh

Datuk Haji Abdul Kassim bin Haji Razali (empat, kanan), sambil disaksikan oleh Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, Encik Zulkhairi Ismail, (lima, kanan) dan Penolong Pegawai Daerah Tuaran , Encik Alfian Rahim (tiga, kanan).

Pada 12 Mac 2025 bertempat di Masjid Al-Mustaqim, Kg. Kindu Daerah Tuaran, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pantai Barat Selatan (ZPBS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan. Majlis disempurnakan dengan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Dilantik), Datuk Haji Abdul Kassim bin Haji Razali. Dalam majlis tersebut diadakan penyampaian sumbangan kepada 200 orang golongan asnaf serta sumbangan penghawa dingin dan sejadah kepada Pengerusi Masjid Al-Mustaqim Kg. Kindu, Tuaran.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. Merangkap ADUN N.13 Pantai Dalit, Datuk Jasnih bin Daya, , Pengurusan `Kumpulan Yayasan Sabah, para pemimpin setempat dan penduduk kampung. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan sokongan padu komuniti terhadap penganjuran program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara pelbagai pihak dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

Datuk Haji Kassim dan Datuk Jasnih (duduk, empat dari kiri) bersama para penerima sumbangan.

Bergambar kenangan bersama Datuk Haji Kassim, Datuk Jasnih, pemimpin setempat, Pengurusan serta warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Puan Vivian Evans menyampaikan ucapan semasa program Hari Orientasi PKAN 2026.

PROGRAM KHAS ANAK NEGERI (PKAN)

Sabah 2026

”Memperkasakan Pembangunan Modal Insan Melalui Kraf Tangan”

Pada 2 Mac 2026, telah berlangsung Hari Orientasi Peserta Program Khas Anak Negeri (PKAN) 2026 di Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Keningau. Program ini menandakan bermulanya perjalanan secara rasmi Program Khas Anak Negeri Sabah (PKAN) yang merangkumi dua kursus utama iaitu Program Rural Integrated Craft Heritage(RICH 2.0) dan Program Penanaman Bahan Mentah -Buluh Dan Rotan (PPBM). Seramai 60 orang peserta dari seluruh daerah di negeri Sabah telah mendaftarkan diri bagi memulakan sesi kursus mereka di PKS.

Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah, Puan Vivian Evans telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan meraikan para peserta yang terpilih bagi mengikuti kursus kemahiran kraf tangan dan keusahawanan bagi sesi 2026. Beliau turut berpesan kepada para peserta untuk belajar dan menimba kemahiran di PKS dengan bersungguh-sungguh dan memanfaatkan segala peluang yang diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran serta berusaha membangunkan diri sebagai usahawan yang berdaya saing.

Puan Vivian (tengah) mengabadikan gambar bersama peserta PKAN 2026 semasa sesi orientasi diadakan.

Para peserta kemudiannya diberikan taklimat penting sebelum memulakan kursus di PKS seperti taklimat peraturan berkursus, kemudahan asrama, keselamatan dan pengenalan secara ringkas berkenaan sejarah penubuhan PKS. Beberapa aktiviti menarik turut dijalankan seperti aktiviti Satu Idea Satu Inovasi yang mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu mencipta satu idea atau produk kraf berinovasi. Dalam sesi Break the Ice, Build the Bond, aktiviti secara berkumpulan ini memerlukan para peserta untuk berkerjasama dalam permainan ringkas untuk mencapai kemenangan sekaligus bergaul mesra sesama mereka. Aktiviti suai kenal bersama para staf PKS pula dapat memberi ruang kepada para peserta untuk lebih mengenali barisan pentadbiran PKS dan memudahkan mereka berurusan kelak. Selain itu, para peserta juga dibawa melawat ke sekitar kawasan PKS dan ke bengkel-bengkel kraf sebagai pendedahan sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Hari Orientasi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian juadah berbuka oleh Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah.

Diharapkan para peserta PKAN 2026 akan dapat menjalani kursus dengan sebaiknya. Semoga peluang yang diberikan untuk menimba kemahiran dalam bidang kraf tangan ini akan memacu usaha para peserta menjadi usahawan dan tenaga kerja berprestasi tinggi dan cemerlang di masa akan datang.

Antara aktiviti yang diadakan pada hariorientasi program PKAN.
Puan Vivian menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta kursus.

Program

Penanaman Bahan Mentah

Buluh dan Rotan (PPBM)

“menjamin kelestarian kraftangan hasil rimba”

Dalam pembuatan kraf tangan warisan negeri Sabah, buluh dan rotan merupakan antara bahan mentah utama yang digunakan. Kedua-dua bahan ini telah membentuk identiti seni kraf tangan yang tersendiri dalam kalangan masyarakat tempatan. Antara seni kraf tangan berasaskan buluh yang sinonim dengan masyarakat ialah anyaman kelarai. Anyaman kelarai merupakan satu seni menganyam bilah-bilah halus yang diraut daripada kulit buluh. Bilah-bilah ini disusun mengikut kreativiti serta inspirasi penganyam sehingga menghasilkan motifmotif yang indah dan rumit. Selain itu, tumbuhan rotan juga sering digunakan dalam penghasilan bakul-bakul tradisional. Bakul ini digunakan untuk pelbagai tujuan seperti aktiviti pertanian, hiasan, dan kegunaan harian di rumah. Di samping itu, kedua-dua tumbuhan ini juga dapat menghasilkan pelbagai produk hiliran seperti bahan makanan, bahan pengikat, serta bahan sokongan dalam pembinaan.

Sejak dahulu kala, bekalan bahan mentah seperti buluh dan rotan diperoleh dari hutan berhampiran kawasan penempatan atau diambil dari kebun milik persendirian. Namun, seiring dengan perkembangan penempatan serta aktiviti pembukaan tanah bagi tujuan pertanian, bekalan buluh dan rotan yang tumbuh secara semulajadi mula berhadapan dengan risiko kepupusan. Lama-kelamaan, bahan mentah yang sangat penting dalam pembuatan kraftangan ini semakin berkurangan. Menyedari situasi tersebut, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah memulakan Program Penanaman Bahan Mentah – Buluh dan Rotan (PPBM) sebagai satu usaha untuk memastikan kelestarian bekalan bahan mentah bagi tujuan pembangunan industri kraftangan.

Tambahan pula, kraf tangan berasaskan buluh dan rotan merupakan antara hasil kraftangan yang dominan serta telah menjadi identity penting kepada kraftangan tempatan.

Melalui program ini, PKS telah diperuntukkan tanah seluas 200 ekar di kawasan konsesi Kumpulan Yayasan Sabah yang terletak di Sungai Pinangah, Daerah Kecil Sook untuk dibangunkan sebagai ladang penanaman buluh dan rotan. Sebanyak 15,012 pokok buluh dan rotan disasarkan untuk ditanam melalui pelaksanaan program ini. Di bawah program ini juga, para peserta yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah yang berminat dalam bidang perladangan didedahkan kepada pelbagai program latihan, termasuk latihan perladangan dan teknikal, program penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta aktiviti pameran dan jualan. Aktiviti-aktiviti ini merupakan sebahagian daripada elemen keusahawanan yang turut diterapkan dalam program tersebut. Selain itu, pelbagai aktiviti luar turut dijalankan sebagai pengisian program, seperti lawatan sambil belajar ke lapangan dan ke kawasan perusahaan produk arang buluh. Peserta juga diberi pendedahan melalui khidmat kepakaran dalam pembinaan berasaskan buluh, seperti pembinaan pergola dan gazebo, yang dikendalikan oleh pengiat industri buluh di Sabah.

Selain itu, kerjasama turut dijalinkan dengan pelbagai agensi berkaitan bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan para peserta dalam bidang penanaman buluh dan rotan. Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Bahagian Penyelidikan Yayasan Sabah, serta Universiti Malaysia Sabah merupakan antara agensi yang sering turun padang untuk memberikan pelbagai perkongsian ilmu, khidmat nasihat, serta menjalinkan kolaborasi dalam penyelidikan.

Pada 10 November 2025, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Kerjasama antara kedua-dua badan ini bertujuan untuk merancakkan perkembangan industry buluh melalui pertukaran kepakaran dan pengalaman, serta pembekalan anak benih buluh daripada PUSAKA kepada Pusat Kraftangan Sabah. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan kelestarian bekalan bahan mentah yang menjadi tonggak utama dalam pembangunan industry kraftangan tempatan.

Program ini tidak hanya bertumpu ke pada aktiviti penanaman semata-mata, malah para peserta Program Penanaman Bahan Mentah – Buluh dan Rotan (PPBM) turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar yang dapat merangsang kreativiti serta membangunkan personality diri mereka. Selain itu, para peserta juga terlibat dalam menghasilkan karya bagi Pameran “Jendela” Karya Jemputan ke-32 di Balai Seni Lukis Sabah, dengan penghasilan karya seni yang berasaskan buluh dan rotan.

Program ini bukan sahaja bertujuan mendidik masyarakat tentang potensi besar penanaman buluh dan rotan, malah turut menyokong Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021–2030 yang menggalakkan penerokaan potensi ekonomi industry buluh. Melalui inisiatif ini, industry buluh dilihat berupaya menyumbang kepada peningkatan penjanaan ekonomi negara serta memperkukuh pembangunan sektor kraftangan tempatan.

MINI TAMU KRAF @ PKS 2026

Mempromosikan Kraf Tangan Tempatan

Sempena penganjuran 1st Sabah Oral Health Scientific Symposium 2026 (SOHS) yang berlangsung di Pusat

Kraftangan Sabah bermula 7 hingga 8 Februari 2026, Pusat

Kraftangan Sabah (PKS) turut memeriahkan perjalanan simposium ini dengan mengadakan Mini Tamu Kraf @ PKS 2026. Lebih kurang 250 orang peserta simposium dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia telah menghadiri program ini yang sekaligus berjaya memperkenalkan PKS kepada para pengunjung dari luar Sabah.

Menghimpunkan para usahawan bimbingan PKS dan usahawan kraf tangan dari pelbagai daerah di Negeri Sabah, pelbagai jenis kraf tangan dipamerkan dan dijual pada harga istimewa. Lebih menarik lagi, turut diadakan sesi interaktif kraf seperti mewarna Batik, Fridge Magnet, anyaman buluh dan rotan serta pembuatan imbang pepatung yang dikenali dengan nama popularnya, TompoQQ. Terdapat juga aktiviti cabutan tiket bertuah dan kuiz disediakan untuk para pengunjung. Tidak ketinggalan, para peserta simposium turut melawat ke sekitar galeri-galeri kraf yang ada di PKS serta melawat bengkelbengkel kraf.

Pengurus Kumpulan, Pusat Kraftangan Sabah, Puan Vivian Evans, (duduk, kiri) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis (duduk, kanan) semasa penganjuran majlis Mini Tamu Kraf di Pusat Kraftangan Sabah.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa semasa penganjuran majlis Mini Tamu Kraf di Pusat Kraftangan Sabah.

usahawan kraf, Puan Norasidah Lo membawakan produk berasaskan epoksi, lilin serta sabun artisan yang diolah daripada minyak masak terpakai.

Dalam pada itu, para peserta simposium turut tidak melepaskan peluang untuk membeli dan menyokong produk usahawan kraf. Pelbagai jenis produk kraf dibeli sebagai tanda mata untuk di bawa pulang. Lebih menarik lagi, barisan ahli jawatankuasa simposium turut menempah aksesori seperti tali leher, skarf dan tudung dari Bengkel Digital Tekstil dan lanyard simposium dari usahawan PKS- Secret Bamboo Legacy.Para peserta simposium tidak menyangka di daerah Keningau mempunyai satu lokasi

wisata menarikyang berunsurkan budaya dan warisan seni tempatan. Kemudahan fasiliti yang disediakan sepanjang simposium juga begitu memuaskan hati mereka yang hadir.

Semoga aktiviti mempromosikan kraf tangan usahawan tempatan akan terus mendapat sambutan dari semua golongan masyarakat dan menyemarakkan lagi perkembangan industri kraf tangan di negeri Sabah.

Terdapat juga produk kraf seni “Decoupage” yang dibawakan oleh usahawan kraf dari daerah Sipitang iaitu Puan Dayang Norasyikin Ismail. Beliau baru sahaja berkecimpung dalam seni kraf ini bermula lebih kurang dua tahun yang lalu. Beliau menyifatkan penyertaan sulung beliau di Mini Tamu Kraf @PKS 2026 ini sebagai medan untuk memperkenalkan produk beliau kepada masyarakat dan berkongsi makna dan cerita disebalik seni Decoupage yang diterjemahkan pada produknya. Seorang lagi usahawan kraf, Puan Norasidah Lo membawakan produk berasaskan epoksi, lilin serta sabun artisan yang diolah daripada minyak masak terpakai.

Lilin homemade hasil produk usahawan kraf.
Antara produk kraf tangan yang dipamerkan semasa Mini Tamu Kraf diadakan.

Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka

dan

Futsal

anjuran Innoprise Capital Sdn. Bhd. Kejohanan Tendangan Penalti

Innoprise Capital Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Pengurus Besar Siri-1 serta Kejohanan Tendangan Penalti Futsal yang berlangsung pada 31 Januari 2026 di Gelanggang 1 hingga 4, Arena Futsal, Kompleks Sukan Tun Adnan, Kumpulan Yayasan Sabah. Penganjuran kejohanan ini merupakan salah satu inisiatif mewujudkan platform yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta yang terlibat.

Bagi Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Pengurus Besar, sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kesemua pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada enam kumpulan bagi peringkat kumpulan sebelum meneruskan saingan ke peringkat seterusnya bagi menentukan pasukan yang layak ke peringkat kalah mati sehingga ke perlawanan akhir.

Selain itu, Kejohanan Tendangan Penalti Futsal turut dianjurkan sebagai acara sampingan yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 12 pasukan. Kesemua pasukan yang menyertai acara ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi pertandingan peringkat kumpulan sebelum meneruskan saingan ke peringkat seterusnya bagi menentukan pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir. Pertandingan ini memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan kemahiran serta ketepatan dalam melakukan tendangan penalti di samping menambahkan lagi kemeriahan sepanjang penganjuran kejohanan tersebut.

Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Innoprise Capital Sdn. Bhd., Datuk Jaffari bin Waliam serta Pengurus Besar, Innoprise Capital Sdn. Bhd., Encik Stephen Jilimin, yang bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Bagi Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd., pasukan RZFT telah berjaya muncul sebagai johan selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. Tempat naib johan pula dimenangi oleh pasukan Brulun, manakala tempat saguhati pertama dan kedua dikongsi oleh pasukan NSIX dan CN City yang turut mempamerkan persembahan yang memberangsangkan sepanjang pertandingan.

Sementara itu, bagi Kejohanan Tendangan Penalti Futsal, pasukan Rose FT telah dinobatkan sebagai johan, manakala Six FT Berjaya meraih Naib Johan. Tempat saguhati pertama dan kedua pula dikongsi oleh pasukan YS Team dan Kinabalu Panther yang turut menunjukkan kemahiran dan ketepatan yang baik dalam pertandingan tersebut.

Secara keseluruhannya, penganjuran kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta dan komuniti yang terlibat.

Encik Stephen Jilimin melakukan sepakan penalti sebagai simbolik perasmian.

Datuk Jaffari bin Waliam (sembilan dari kiri) dan Encik Stephen Jilimin (lapan dari kanan) bergambar bersama pasukan RZFT dan Brulun selepas perlawanan akhir Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Datuk Jaffari (empat dari kanan, barisan belakang) menyampaikan hadiah kepada RZFT, Johan Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Pengurus Besar Innoprise Capital Sdn. Bhd.

EDITORIAL

PENASIHAT

Dato’ Sri Dr. Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP

SIDANG EDITORIAL

Izan binti Awang Razli

Annieyldah Peter Hamidon

Nurfaezah Abd. Ghani

Zaidi Abdul Rahman

Mary Joan Taji

Raimin Saindi

Prisca Dyanna Andik

Datuk Jaffari (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan ROSE FT, Johan Pertandingan Tendangan Penalti Futsal.

SUMBANGAN RENCANA

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf YSG Bioscape Sdn. Bhd.

Staf Borneo Nature Tours Sdn. Bhd.

Staf Innoprise Capital Sdn. Bhd.

REKA BENTUK & SUSUN ATUR

Alastair Nicholas Peter Ahmad Fauziee bin Wasimin

Juliana Lim Yuen Ling

Muhammad Fahmi Abdul Alim

Hannah Hidayati Zainudin

JURUGAMBAR

Samson Lawrence Mazlan bin Haruddin

Shazwi Izzry bin Anwar

Azli bin Mohd. Abu Bakar

Junior Juryzam

Zairulazrin Delin

Staf Bahagian Komunikasi Korporat

Staf Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji

Mohd. Fuad Stephens

Staf Pusat Kraftangan Sabah

Staf Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Staf YSG Bioscape Sdn. Bhd. Staf Borneo Nature Tours Sdn. Bhd.

RZFT menentang Brulun di perlawanan akhir.
Tendangan pasukan ROSE FT semasa kejohanan sepakan penalti.

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Berita Kumpulan Yayasan Sabah VOL.1.2026 by Yayasan Sabah Group - Issuu