CIPTA CITA
![]()
Selamat datang ke edisi kedua Cipta Cita - Wadah Catatan Belia. Kami amat teruja dengan kesudian warga Institut Millennia untuk menyahut cabaran menghasilkan karya asli bagi santapan minda oleh sidang pembaca
Proses berkarya memang penuh dengan cabaran, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa cabaran yang dihadapi oleh setiap penulis sudah tentu ada bezanya. Menulis sesebuah karya melibatkan proses yang memerlukan imaginasi, pengamatan, dan kemampuan untuk mengekspresikan pemikiran dengan kata-kata yang sesuai. Yang penting, karya yang dihasilkan sudah pasti akan membawa manfaat kepada para pembaca; sama ada memperoleh maklumat dan sudut pandangan yang baharu atau memperoleh kesedaran tentang hal-hal yang sebelum ini tidak terlintas di minda.
Dalam edisi kali ini, Cipta Cita - Wadah Catatan Belia berjaya memuatkan karya-karya pelbagai genre; termasuk cerpen (cerita pendek) dan skrip drama ringkas! Semoga penerbitan kali ini menjadi penggalak bagi lebih ramai pelajar turut sama meluahkan kreativiti mereka dalam pelbagai bentuk untuk edisi-edisi akan datang!
KANDUNGAN
Artikel EvolusiLaguRaya
Cerpen1 KesaldiPagiSyawal
Cerpen2 Kafe
Reviu TheErasTour
Drama YangSudahTersurat
FARAH ASHIRIN BINTE SAHRIN 22MI02
Sambutan Hari Raya saya bermula seminggu sebelum 1 Syawal. Mendengar irama lagu-lagu raya sambil mengelap tingkap di rumah merupakan tradisi keluarga saya. Lagu raya membangkitkan lagi keghairahan masyarakat Melayu khususnya untuk menyambut akhirnya Ramadan Setiap tahun, sudah pasti ada lagu raya baharu daripada artis terkenal, termasuklah artis-artis daripada Malaysia. Seringkali, lagu-lagu raya ini akan menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri individu Walaupun ramai yang berasa gembira, namun ada juga yang berasa hibakhususnya apabila memohon kemaafan daripada keluarga dan sanaksaundara Namun, budaya lagu raya telah pun berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lagu raya yang pertama yang dikeluarkan merupakan hasil ciptaan Tengku AliBasya (Che Ara Bangsawan) dan dinyanyikan oleh Miss Aminah Raden Nani (1919-2000) pada tahun 1936 Lagu yang kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat bertajuk “Selamat Hari Raya” Lagu ini menyerlahkan keghairahan sambutan Aidilfitri dan kepentingan memohon maaf, dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Lagu ini menggunakan irama tradisi Melayu Banyak perkataan dalam lirik dikaitkan dengan keihsanan Seperti lagu-lagu raya yang dirakamkan pada tahun-tahun seterusnya, konsep yang sama dikekalkan
Antara artis era kontemporari yang telah menyanyikan lagu-lagu raya yang mendapat sambutan baik merupakan penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza Dia merupakan salah satu artis yang membawa lagu hari raya dengan genre yang berbeza daripada irama Melayu klasik. Lagu-lagunyanya seperti “Sesuci Lebaran” dan “Nazam Lebaran” mengingatkan saya tentang keindahan hari yang mulia ini dan menekankan mesej bahawa Hari Raya ialah sambutan untuk semua.
Namun akhir-akhir ini, lagu-lagu raya telah berubah dan lebih terpengaruh dengn budaya “Pop” Lagu yang seringkali beriramakan melodi Melayu, telah kehilangan aspek itu. Lagu seperti “Raya Raya Raya” yang dinyanyikan oleh DOLLA, sebuah kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Kini, kita akan dapati lagu-lagu raya yang menggabungkan elemen-elemen dari pelbagai genre seperti pop, rock, hip-hop, atau EDM Ini mencerminkan perubahan selera muzik dan kesediaan artis-artis untuk bereksperimen dengan bunyi baharu. Penggunaan teknologi dalam produksi muzik telah memainkan peranan penting dalam evolusi lagu raya. Dengan adanya peralatan rakaman yang canggih dan perisian penyuntingan muzik, artis-artis dapat mencipta bunyi-bunyi yang lebih kompleks dan kreatif
Selain itu, platform digital seperti YouTube, Spotify membolehkan lagulagu raya disebarkan secara meluas kepada pendengar di seluruh dunia dengan cepat Kita lihat lagu yang diterbitkan oleh kumpulan wanita Malaysia bernama De Fam yang membawa lagu bertajuk “Alamak Raya Lagi” yang disambut baik oleh para pengguna media sosial di Tiktok. Lagu ini menular dan menjadi trend sepanjang bulan Syawal membawa golongan masyarakat Melayu di mana-mana bersama. Selain daripada aspek muzik, rekaan visual juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan lagu-lagu raya Video muzik yang kreatif dan inovatif dapat meningkatkan daya tarikan lagu dan memperkukuh identiti artis Penggunaan visual yang menarik juga membantu menonjolkan lagu-lagu raya dalam alam digital yang penuh dengan daya saing.
Bagi saya, lagu yang masih ada unsur kemelayuan dalam arus irama kontemporari merupakan lagu “Ketipak Ketipung Raya”, salah satu lagu Hari Raya yang cukup popular di Malaysia kini Lagu ini memiliki melodi yang ceria dan lirik yang menggambarkan kegembiraan dan kemeriahan semasa perayaan Aidilfitri Liriknya yang mudah diingati membuat lagu ini menjadi pilihan yang tepat untuk menyemarakkan suasana perayaan Lagi ini sering dimainkan di radio, televisyen, dan juga di rumah-rumah sepanjang musim perayaan Ia membawa nostalgia dan keceriaan kepada pendengar, serta mengingatkan mereka akan kebahagiaan bersama keluarga dan rakan-rakan semasa beraya! Lagu raya seperti ini membantu menghidupkan suasana perayaan dan memperkukuh ikatan sosial dalam kalangan masyarakat
Secara kesimpulan, lagu raya memang sinonim dengan sambutan Hari Raya Tidak lengkap sekiranya sambutan Hari Raya tidak diiringi dengan lagu-lagu Raya. Lirik lagu bertajuk “Selamat Hari Raya” nyanyian Saloma mewakili perasaan saya sepanjang bulan Syawal!
“Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati ”
d i p a g i S y a w a l
M FARIDHWAN M FADZIR 23MI03Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh estet perumahanku. Aku sedang duduk menyendiri menikmati kegelapan malam sambil suara televisyenku memecahkan kesunyian. Aku menyelitkan sebatang rokok di celah jariku, setelah aku hisapasapnyadalam-dalam
“Seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian rompakan yang didalangi oleh tiga suspek elaki bersenjata api” seorang wartawan melaporkan berita dengan bersungguh-sungguh
Cetusan kata-kata yang sampai ke kekuping telinga,menusukjauhkesanubari.Membawa ingatankukembalimenjangkaukesatuketika 10 tahun yang lalu. Kejadian yang mengubah hidupkuselama-lamanya
Pada ketika itu, aku sekeluarga dalam perjalanan pulang selepas meraikan hari lahir adikku Kelihatan tiga lelaki yang agak mencurigakan mengekori jejak langkah kami Aku tidak mengendahkan kehadiran mereka Maklumlah fikiranku masih sarat dengan saat-saat indah sambutan bersama dengan keluarga tercinta. Aku tidak sangka orangorang yang tidak berhati perut sebegitu wujud. Tanpa aku sangka, ketiga-tiga lelaki ituberdiridihadapankami.Pisaudihunus.
“Akim! Akmal! Larikan diri sekarang! Cari pertolongan! Sembunyi !” teriak bapaku Walau suaranya gagah, mukanya pucat lesi bagaikanditorehtiadaberdarah
Aku bergegas membawa Akmal beredar dari tempat itu. Ingatan aku tentang peristiwa itu tidak begitu jelas. Yang aku tahu, bapaku berjaya melarikan diri tetapi gagal melindungi ibuku. Dia pulang ke rumah dengan titisan air jernih berlinangan dari sudutkelopakmatanya
“Ibumu dah tiada Dah tiada !” Aku terkedu Aku kesal Kesal kerana bapaku tidak dapat menyelamatkannya
Seluruh hidupku berubah dalam sekelip mata Aku hilang tempat mengadu, tempat mendapat curahan kasih sayang. Tempatku menimba ilmu. Ibulah suri teladanku yang membentuk diriku dan mendidikku untuk melayan semua orang dengan penuh hormatdankasihsayang.Kiniakuhanyaada bapaku Bapaku yang dayus Yang lebih mementingkan kerjanya daripada keluarganya Kalau bukan kerana bapaku pengecut, pasti ibu dapat melihat aku dan Akmalmembesar
Lamunanku tenggelam dalam kemuraman suasana setelah kedengaran loceng rumahkuberbunyi.Maya,isteriku,barusahaja sampaidirumahbersamaanaktunggalku.
“Papa! Papa! Tengok ni lampu lap-lip mama beli Cantikkan?!” Ujar Bocey, segaris senyumanterukirdibibirnya
Belum sempat aku membalas, Maya menyampuk
“Ah bang, esokkan raya, dah bertahun-tahun saya ajak abang pulang ke kampung tapi abang asyik mengelak je. Kenapa bang?” Wajah Maya bergayut dengan tompokan kebimbangan.
“Ye lah sayang, tahun ini lepas makan angin, abang bawa awak dengan Bocey ke kampung abang ok?” terpaksa aku mengalah
---
Sejak aku mula bekerja dan memiliki rumahku sendiri, aku tidak lagi jejak kakiku di rumah bapaku Bagiku, aku tidak lagi mempunyai bapa. Setiap kali aku menerima panggilan daripada bapaku ataupun Akmal, aku akan matikan telefon bimbitku. Kadangkala mereka akan muncul di depan rumahku.KerapkalijugaakumenyuruhMaya untuk menghalau mereka pulang atau alasan aku sedang bekerja Aku mengaku kepada semua orang bahawa keluarga kandungku aku telah mati Hanya Maya sahajayangtahukisahsebenar
Kini, bapaku tinggal dengan Akmal yang menguruskan segala keperluannya dan menampung kehidupan mereka berdua. Kebencianku yang meluap-luap menyebabkan diriku untuk sanggup melancong ke luar negara setiap Syawal supaya aku tidak perlu melihat raut wajahnya
Aku jelak memikirkan pasal orang yang tidak pernah hadir dalam hidupku Lebih baik aku melayan tidur jadi aku boleh bangun siang supayatidakterlepaskapalterbang.
Tujahan cahaya matahari pagi menampar dadabilikmengganggulenaku Akubertahan dan menguatkan pejaman mataku Akhirnya, aku melemparkan pandanganku ke arah jam yang terpaku di dinding. Jam menunjukkan bahawa sudah jam 10 pagi. 10 pagi?! Bukankah aku perlu berada di lapangan terbangpadajamsembilanpagi?!
“Ya Allah takkan aku tak dengar jam loceng aku bunyi?!” aku berkata pada diriku sendiri sambilmenggosok-gosokmataku
Aku bergegas membangunkan Maya dan Bocey lalu menyuruh mereka bersiap sedia Semasa perjalanan ke sana, aku masih tidakberhenti mencuba untuk mengubah fikiran Maya. Malangnya dia mati-mati hendak pergi juga. Tiada apa-apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah fikirannyaitu
“Dah 2 jam ni kita drive, masih jauh lagi ke bang? Tak sabar nak tengok tempat kampung abang membesar” Maya tersenyumlebar
Aku hanya mendiamkan diri Tiba saja di hadapan rumah, Maya berkobar-kobar melangkah keluar daripada kereta lalu mengucapkansalam.
“Waalaikumusalam ” sayup-sayup terdengar suarayangtidakbermaya
Kelihatan raut wajah Akmal mengintip melalui tingkap di ruang tamu Dia menjemput kami masuk Aku sedar ada sesuatu yang tidak kena kerana lazimnya Akmal seorang yang ceria tetapi kali ini, cuma kemurungan sahaja yang terpampang dimukanya
“Alah malaslah aku nak ambil tahu. Aku cuma datang sini pasal Maya. Kalau tak, takkan aku jejakkan kaki di rumah buruk ni...”. Akuberbisiksendiri.
“Akmal Diaada?Suruhlahdiakeluarbiliklah” akubersuara
Akmal hanya mampu memberikan aku renungan yang tajam Dia menghidangkan 3 gelasairdandudukbersamaakusekeluarga Tidak ada suasana raya pun di rumah itu Kuih-muih, hidangan raya, hiasan, lampu lap-lip, lagu raya, tidak ada yang disediakan. Setahu aku, rumah ini meriah. Tahun ini suasana hari raya yang sentiasa hadir menghilang.
“Oi Akmal, aku berbual dengan kau kan tadi Suruhlahdiakeluar Diatungguapa?Tunggu aku jemput dia keluar ke?” ujarku dengan nadayangtinggi
Raut wajah Akmal berubah Bintik-bintik air jernih jatuh berlinangan dari sudut kelopak matanya. Mula-mula dia tersedu, akhirnya dia meraung. “Hilang akal ke Akmal ni, tibatibamenangis?”.Akukeliru.Lucupunada.
“Dah hilang akal ke kau ni? Tiba-tiba nangis tak tentu pasal Kenapa? Ayah dah mati ke?” Akumenempelak
Mukanya yang tadi penuh dengan kemurungan bertukar menjadi marah Matanya terbeliak biji matanya hampir terkeluar. Bibit-bibit kemarahan yang mulai membenihdirautwajahnyajelaskelihatan.
“Kau dah bertahun-tahun hilangkan diri baru sekarang kau nak menjelma. Aku sering mengharapkan agar kau berubah hati, ketepikan ego kau yang buat kau buta dan memaafkan ayah Hari ini kau ada hati masuk rumah ayah untuk mempersendakan ayah Ayahdahlamasakitpunkautakambil tahu Dia dah meninggal Akim! Dia sudah tidak ada lagi! Aku sebenarnya malu ada abang macam kau Aku fahamlah kau marah,sedih Tapiayahtakbersalahkautau tak?”
Bertubi-tubi, Akmal mengherdik diriku dengansuaranyayangteresak-esak.
“Akmal. Kisah hidup mati kau jangan mainmain Biar betul ayah dah meninggal?!” Aku gusar
“Takde maknalah aku nak bohongkan kau”
Akmalmembalasbingit
Aku memeriksa setiap bilik di rumah itu tapi tidak kelihatan langsung batang hidung bapaku. Biliknya kosong. Hanya kain bajunya yang rapi dilipat dan diletakkan di atas katilnya. Mataku mulai berair, perasaan berkecamukmelandahatiku.
“Betul ke dia dah meninggal?!” Sebahagian daripada diriku tidak percaya bahawa orang yang aku telah benci seumur hidupku telah wafat Patutnya, aku rasa bahagia yang dia tidak lagi bernafas Tapi tidak! Perasaan sedih dan kesal menyelubungi diriku. Kakiku lemah, bergetar. Aku jatuh melutut lalu air matakumulatumpah.
Akmalceritakisahsebenaryangterjadipada malam itu. Perasaan kesal itu semakin lama semakin padu, aku telah banyak berdosa kepada dia Sangkaanku yang salah Patutnya aku menanyakan apa yang sebenarnya terjadi dan tidak membuat andaian sembarangan Pemergian ibuku pada malam itu bukan kerana ayah melarikandiri
Ibu meninggal kerana dia mengorbankan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan bapakuyangdibelasahterukolehketiga-tiga lelaki itu bila dalam percubaannya melindungi ibuku. Seumur hidup aku, aku sangka bahawa dia seorang yang pengecut dan hanya tahu melarikan diri Sangkaanku salah, rupa-rupanya dialah yang bertaruh nyawa untuk melindungi ibuku Nasib ibuku yangmalang,nyawaibukuterkorban
Kini, aku tidak lagi mampu untuk meminta ampun atas segala dosa-dosaku terhadapnya. Nasi sudah menjadi bubur, aku hanya boleh hidup dengan bebankekesalan inihinggaajalakudatang.
“Akmal Bawa aku pergi kubur ayah Akmal Banyak dosa aku terhadap dia Mal Boleh tak Akmal?Akumohon”Akumerayu
Segaris senyuman terukir di bibirnya sambil dia menanggukkan kepalanya Dia membawa aku ke tempat bapaku dikuburkan Kami sedekahkan bacaan Alfatihahkepadaarwah.
“Aku lega kau telah memaafkan ayah. Itulah satu-satunya permintaan terakhirnya. Sekarangdiamungkindapatberehatdengan hati yang tenteram” suara Akmal menyapa telingaku
Akukesal
Cikgu Mardy
Aidan melangkah masuk ke kafe itu Pandangannya melilau, anak matanya menyoroti sekitaran kafe. Kafe itu tidak terlalu luas, dia membuat anggaran; mungkin boleh menampung paling ramai sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa Beberapa buah sofa dan kerusi yang kelihatan selesa disusun bersama dengan meja samping Beberapa buah lukisan dan poster menghiasi permukaan kasar dinding putih. Di kaunter, seorang wanita muda sedang membersihkan mesin dan peralatan kopi sambil bernyanyi kecil Seorang lelaki yang seusia dengannya sedang berbual dengan pembekal stok kafe, diselang-seli dengan lelucon. Aidan mengagak, mungkin pembekal dan lelaki itu telah lama berurusan dan saling mengenali Cahaya kekuningan dari lampu siling yang hangat membias ke seluruh kawasan kafe, menjadikan ruang tersebut selesa. Irama jazz bermain dengan perlahan menerusi corong speaker
Aidan mengambil tempat di sebuah ruang bersebelahan dengan jendela luas yang menghadap jalan Lampu jalan yang menerangi kawasan di luar membolehkan Aidan untuk mengamati orang-orang yang berlalu-lalang Di seberang jalan, terdapat beberapa buah kedai butik yang nampaknya telah menarik perhatian beberapa orang remaja yang membelek-belek produk sambil bergurau riang.
Aidan bersandar lega dan menghela nafas panjang Lega kerana akhirnya berpeluang untuk duduk setelah berada dalam situasi yang kurang selesa di pejabat. Secawan kopi Americano panas berada di meja samping, wap nipis menari-nari membawa bersamanya harum kopi yang menyegarkan. Aidan sudah mengingatkan dirinya agar tidak mengeluarkan komputer riba dan menyambung tugas Dia ke kafe itu kerana perlukan masa untuk mengasingkan diri Pengasingan itu perlu baginya agar dapat kembali bernafas. Seperti manusia biasa yang sedang cuba untuk teruskan kehidupan.
Aidan menghirup Americano panas, matanya masih melilau, dan ketika itu dia baru menyedari bahawa selang satu meja di hadapannya, ada seorang wanita yang sedang duduk. Aidan tahu bahawa kafe itu baharu dibuka bulan lepas dan lokasinya yang strategik sudah tentunya akan menarik golongan muda untuk melangganinya.
Namun profil wanita ini berlainan daripada jangkaan Aidan. Meja di hadapannya tidak dihiasi komputer riba, namun terdapat sebuah jurnal hitam yang agak tebal serta sebatang pena Aidan melarikan pandangan seketika, kerana takut ditangkap sedang merenung Merenung orang lain lebih daripada tiga saat merupakan sesuatu yang menimbulkan ketidakselesaan. Itu yang Aidan pelajari daripada sebuah majalah psikologi.
Perhatian Aidan terganggu bila terdengar loceng di pintu kafe berbunyi dan seorang lelaki bertubuh sasa masuk. Di bahunya tergalas sebuah beg sukan yang besar. Aidan membuat ramalan, mungkin dia seorang jurulatih di gimnasium ataupun seseorang yang baru lepas bersenam, lebih-lebih lagi dengan pakaian sukan yang warnanya galak dan menggamit perhatian Ketika dia mula membuat pesanan di kaunter, perhatian Aidan sekali lagi tertumpu kepada wanita tadi, yang kini sedang khusyuk menulis sesuatu di jurnal hitamnya.
Aidan meneliti raut wajah wanita itu. Sesekali, dia akan berhenti menulis dan melontarkan pandangan ke luar jendela kafe Kemudian sambung menulis sambil senyuman terukir di bibirnya
“Saya pasti awak pun tahu; merenung seseorang yang tidak awak kenali lebih daripada tiga saat merupakan sikap yang agak antisosial.” Suara wanita itu menoktahkan pengamatan Aidan
Aidan agak tersentak. Mungkin kerana suara wanita itu yang agak garau seperti tidak sepadan dengan penampilannya yang agak ranggi.
Aidan menangkap mata wanita itu, yang kini sedang merenungnya tajam
“Err sorry…saya tidak bermaksud untuk…” Aidan cuak dan cuba memberi penjelasan.
“Tentulah awak akan nyatakan begitu Hanya kerana awak telah ditangkap, bukan?” tanya wanita itu Senyuman terukir di bibirnya, melembutkan ciri-ciri wajahnya
Aid di k di i P l l b l Di lihk
“Ya ini genre kegemaran saya Itulah sebabnya saya kerap ke kafe ini ” Jelas wanita itu
“Jazz bukan suatu genre yang diminati ramai kini. Saya kira mungkin orang-orang dalam usia persaraan yang masih berminat.” Aidan cuba melanjutkan perbualan. Dia mula membuat perkiraan sekiranya dia perlu bergerak ke meja wanita itu atau meneruskan perbualan daripada jarak selang beberapa meter. Namun, dia tidak mahu menjadikan situasi itu lebih kekok.
“Itu tanggapan awak. Yang jelas, saya masih belum bersara. Melainkan awak sebenarnya menyindir yang saya sudah lanjut usia?” Suara wanita itu mengandungi usikan yang Aidan rasakan tertahan. Mungkin satu reaksi yang defensif.
“Maaf, itu bukan maksud saya. Mungkin pendapat saya itu berdasarkan pengalaman saya mengajar muzik selama sepuluh tahun…genre jazz jarang dipilih untuk didalami oleh pelajar yang lebih gemarkan genre lebih kontemporari…mungkin kesemasaannya kurang.” Aidan cuba menerangkan.
Wanita itu terdiam sejenak; bersandar sambil melontarkan pandangan ke luar jendela. Pena yang dipegang menari-nari resah.
“Saya rasa bukan isu kesemasaan…jazz menimbulkan rona neutral yang membolehkan pendengar melampiaskan apa sahaja emosi yang dirasakan secara peribadi. Mungkin itu sebab mengapa ketiadaan sempadan itu bisa menghanyutkan…” Suara wanita itu semakin perlahan. Aidan perhatikan bahawa dia seperti sedang memikirkan sesuatu.
Aidan meragui sama ada dia perlu mengatakan sesuatu atau biarkan wanita itu hanyut dalam deras fikirannya. Mungkin dia tidak perlu diselamatkan.
Lamunan Aidan diceroboh suara lelaki bertubuh sasa tadi yang kini sedang berdiri di kaunter.
“Kan tadi saya sudah jelaskan. Gunakan almond milk. Awak ni pekerja baharu ke? Takkan pengurus awak tidak melatih awak. Ini perkara mudah!” Bentak lelaki bertubuh sasa.
katanya langsung tidak diendahkan.
Pandangan Aidan tertumpu kembali ke hadapan Wanita tadi kelihatan sedang mencatatkan sesuatu dalam jurnalnya
“Saya kehilangan seseorang yang penting. Jazz merupakan genre kegemarannya Berjam-jam lamanya kita menikmati lagu-lagu jazz bersama-sama Terlalu mendalam minatnya terhadap jazz sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa Mati kerana jazz ” Suara wanita itu kedengaran.
“Mungkin sebab itu saya gemar ke kafe ini. Saya rasa kembali rapat dengannya Seolah-olah dia ada sedang mendengar jazz sambil menghirup kopi panas Itu yang kami sering lakukan ”
Pandangan Aidan dan wanita itu bertaut. Namun, Aidan tidak dapat membaca emosinya. Persis dihalang tembok kaca. Aidan seperti bisu, tidak mampu menyusun kata-kata untuk menyelamatkan keadaan
“Saya minta maaf.”
“Mengapa? Untuk apa?”
“Mungkin sebab mengingatkan awak tentang sesuatu yang tidak menyenangkan ” Aidan menjelaskan dengan jujur Wanita itu mengangguk lalu terus mencatatkan sesuatu di jurnalnya.
Ketika itu, Aidan diserang seribu jenis emosi Kata-kata wanita itu tadi menyelinap di celah-celah kewajaran yang sedang mengasak Irama jazz masih tebal mewarnai kafe yang masih lengang itu Ada jarak yang luas antara dirinya dan realiti ketika itu. Ada disonans yang mendakap dirinya mesra.
oleh Nyla Binte Mohamed Fareed 23MI02
2 Mac 2024. Tarikh tersebut merupakan tarikh yang telah saya nantikan sejak Julai 2023 lagi. Setelah beratur semalaman di luar bangunan Pusat Singpost di Simpang Bedok dan menggunakan 6 peranti digital untuk mendapatkan tiket secara dalam talian melalui wadah Ticketmaster, akhirnya saya berjaya mendapatkan tiket konsert The Eras Tour. Pengalaman saya ‘berjuang’ untuk mendapatkan tiket tersebut benar-benar selari dengan tajuk lagu
Taylor Swift iaitu The Great War Hati saya berdebar-debar membayangkan suasana yang bakal saya nikmati di Stadium Negara sepanjang membuat bayaran tiket yang bernilai $1228. Walaupun harga untuk satu tiket itu agak lumayan, saya sanggup membayarnya demi menyaksikan Taylor Swift, penyanyi mapan yang telah saya minati sejak usia 10 tahun lagi secara langsung!
Taylor Swift merupakan penyanyi kegemaran saya sejak kecil lagi. Suaranya yang merdu dan bakatnya yang menyerlah dalam mengarang lagu sentiasa mengagumkan ramai di serata dunia. Tidak dapat dinafikan bahawa bakatnya ini telah membawanya jauh dalam bidang hiburan Kini, beliau merupakan artis global terkemuka yang telah memenangi 14 anugerah Grammy! Saya b t k a
Sementara menantikan tarikh konsert tersebut untuk tiba, saya membuat persiapan seperti membeli baju bertemakan album Taylor Swift yang berjudul Midnights. Berpakaian warna-warni atau bermanik yang berkilauan yang menjadi tema salah satu di antara 11 album Taylor Swift telah menjadi tradisi bagi Swiftiesgelaran bagi jutaan peminat tegar Taylor Swift! Tambahan pula, saya telah menyiapkan 30 gelang manik untuk ditukar-tukar dengan Swifties yang akan menghadiri konsert tersebut. Tradisi ini amat bermakna bagi saya kerana saya berpeluang untuk berkenalan dengan para Swifties dari seluruh dunia
Diam tak diam, hari yang dinantikan telah tiba. Oleh sebab Singapura merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang terpilih sebagai destinasi konsert Taylor Swift, stadium yang boleh menampung 55,000 orang itu bakal diisi penuh setiap meskipun konsert tersebut berlangsung selama 6 hari. Swifties sejagat mengunjungi Singapura semata-mata untuk menonton konsert tersebut. Saya berasa amat kagum apabila berjumpa dan bertukar-tukar gelang dengan Swifties dari berbilang negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Filipina
Seperti yang dijangkakan, konsert yang berlangsung selama lebih 3 jam itu tidak mengecewakan langsung! Tepat pada pukul 6 petang, penyanyi Sabrina Carpenter tampil membuka tirai. Penyanyi yang berbakat itu telah menyanyi pelbagai lagu daripada album terkininya Setelah pembukaan yang cukup mengagumkan itu, Taylor Swift akhirnya membuat kemunculan dengan sebuah lagu daripada album Lover. Setiap lagu dan persembahan yang dipersembahkan pada malam itu amat menakjubkan. Suasana di dalam stadium tersebut turut memukau hati penonton The Eras Tour ini juga unik kerana Taylor Swift menyanyikan lagu-lagu daripada hampir kesemua albumnya. Walaupun konsert tersebut agak lama jika dibandingkan dengan konsert-konsert yang lain, saya tidak berasa penat atau letih sedikitpun. Bahkan, saya ghairah dan teruja menantikan setiap ‘era’ dipersembahkan. Nyanyian Taylor Swift yang memikat hati setiap peminat yang hadir pada malam itu turut disertai dengan gerak tari dan set yang sangat sesuai dengan setiap era yang dipersembahkan itu.
Bagi saya, detik yang paling bermakna ialah ketika beliau menyanyikan lagu Shake it Off. Lagu itu membawa saya kembali ke tahun 2016, waktu pertama kali saya mengenali beliau. Siapa sangka dalam beberapa tahun, saya telah dapat mendengar lagu ini dinyanyikan secara langsung! Selain itu, perkara paling menarik yang dilakukan Taylor Swift ialah beliau menyanyikan lagu-lagu kejutan yang tidak terangkum dalam senarai lagu yang ditetapkan. Setiap penonton konsert tersebut pasti akan menantinantikan saat itu sepanjang malam dan mungkin juga cuba untuk meneka lagu yang bakal dinyanyikan oleh Taylor Swift Saya dapat rasa keghairahan yang meluap-luap di hati para Swifties yang duduk di sekeliling saya. Pada malam itu, Taylor Swift telah menyanyi 4 lagu kejutan daripada 3 album yang berbeza. Saya berasa amat bertuah kerana lagu-lagu tersebut merupakan lagulagu yang amat saya minati sejak dahulu lagi!
Setelah meluangkan masa lebih 3 jam, Taylor Swift menutup tirai dengan menyanyikan sebuah lagu dari album Midnights Suasana terasa sepi setelah konsert yang dinantikan sepanjang 8 bulan itu berakhir. Jika diberikan kuasa, ingin sahaja saya memutar kembali masa dan menyaksikan konsert tersebut sekali lagi. Saya telah menghadiri konsert-konsert oleh pelbagai penyanyi antarabangsa. Namun, tiada satu pun daripadanya yang dapat mengalahkan konsert ini. Setiap unsur konsert tersebut berjaya menarik perhatian saya; daripada nyanyian beliau secara langsung sehinggalah ke set-set berbeza di atas pentas. Tidak dapat dinafikan bahawa konsert Taylor Swift merupakan pengalaman yang paling bermakna bagi saya dan kenangan yang pasti akan saya hargai selama-lamanya
Sempena sambutan Bulan Bahasa, pelajar-pelajar daripada institusi-institusi pendidikan di Singapura diberikan peluang menjadi Rakan Bahasa Antara amanah yang dipegang kumpulan pelajar ini adalah memupuk rasa cinta terhadap bahasa Melayu dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka Tahun ini, dua orang pelajar telah dilantik sebagai Rakan Bahasa; Hannah Athirah Binte Mohamed Hazen dan Nur Aqeelah Binte Abdul Rahim daripada 24MI01!
Kami berharap agar penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan kita (pelajar-pelajar Institut Millennia)
tidak akan mati. Jangan larikan diri daripada identiti sebagai seorang
Melayu! Gunakanlah bahasa Melayu di mana mampu, lebih-lebih lagi dalam kelas bahasa Melayu kita!
Sebagai generasi muda, kita samasama ada tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh!
Kami ingin mempelawa sesiapa sahaja untuk menyumbangkan apa sahaja karya kreatif seperti cerpen, sajak, pantun dan lawak jenaka! Sila imbas kod QR yang tertera untuk hantarkan karya tersebut!
penulis dan pelakon
NUR AQEELAH BINTE ABDUL RAHIM
pelakon
HANNAH ATHIRAH BINTE MOHAMED HAZEN
Kehidupan ialah ujian yang paling getir.
Lina (marah) Kakak sudah muak dengan perangai kau Farah! (mengeluh sambil terbatuk-batuk) Kakak...kakak sudah penat nak leterkan kau!
Farah (marah) Kakak jangan tuduh Farah yang bukan-bukan tau! Kakak tak tahu apa-apa! Jangan pandai-pandai cakap kalau tidak ada bukti!
Lina (semakin marah) Apa kau cakap? Kakak tak tahu apa-apa? Kau ingat aku ini tunggul kayu ke?! Mata aku ini rabun ke? Yang Farah balik rumah malam-malam buta? Berkali-kali pulak tu! (mencabar) Kau ponteng sekolah kan? Sudahlah ponteng sekolah, merambu pula ke sana sini! Farah ingat rumah kita ini hotel ke?!
Farah (mendengus) Farah balik malam ada sebablah Kak. Farah kerja! Cari duit untuk kita juga! Buat tambah-tambah! Mana boleh Farah harapkan Kakak sahaja? Kakak sakit. Sudah tidak kuat. Lemah! Berapa banyaklah upah yang kakak terima daripada kerja sambilan itu?
Lina (berlembut) Itulah sebabnya Kakak mahu Farah pergi sekolah. Belajar betul-betul. Belajar tinggi-tinggi. Keputusan engkau kalau bagus, boleh dapat kerja yang bagus juga! Boleh tampung hidup engkau nanti dik
Farah (tegas) Itu semua tidak penting Kak!
Lina (marah) Tidak penting?? Jadi segala usaha Kakak mencari duit untuk engkau tidak penting? Usaha Kakak menghantar Farah ke sekolah hanya suka-suka? Eh Farah! Kakak hantar Farah ke sekolah kerana pegang amanah! Amanah arwah emak dan ayah...
Farah (hiba) Apa yang Farah boleh buat dengan pelajaran yang ada, kalau takdir kita sama sahaja dengan mak Kak...?
Lina (keliru) Apa yang Farah cakap ni?!
Farah (sedih) Kita akan mati Kak Farah akan mati !!
Lina (masih keliru) Farah, itu kan memang suratan takdir? Semua yang hidup pasti akan mati... (jeda) Mak sudah tinggalkan kita. Kakak pun akan pergi juga. (jeda) Tetapi kau Farah...kau masih muda! Masih ada peluang Farah. Masih panjang masa engkau dik! Jangan sia-siakan peluang!
Farah (sedih, menangis) Farah tahu...ajal maut sudah tersurat. Farah tahu penyakit barah yang Kakak hadapi tidak ada ubatnya... (terdiam) Kak...Kakak nak tahu tak? Farah...Farah sebenarnya sakit Kak Farah Farah pun ada barah!
Lina (terperanjat) Farah cakap apa ni?!
Farah Betul Kak Farah sudah buat pemeriksaan doktor Tidak lama selepas Kakak disahkan menghidap barah payu dara... (sendu) Farah pun disahkan menghidap barah yang sama Kak!
Lina (menangis) Ya Allah Farah ! Oh Tuhan !!
Farah: (menangis) Farah buat semua ini supaya dapat ringankan beban yang Kakak tanggung! Farah mahu Kakak pulih! Farah sayang Kakak! (jeda) Kakak gunakanlah duit ini untuk teruskan rawatan (menyerahkan sampul berisi duit) Janji Kak ?
Lina: (menangis) Farah! Kenapa Farah tidak beritahu awal-awal? Kenapa rahsiakan perkara ini Dik? Kakak tak sanggup Farah Kakak tak boleh terima semua ini!
Farah: (hiba) Kakak sabar ya! Kita sama-sama sabar!