Skip to main content

Cipta Cita Edisi #4

Page 1


Cipta Cita

WADAH CATATAN KITA

Nota Editor

Menulis bukan sekadar menyusun kata, bahkan tindakan berkongsi cerita, pandangan dan perasaan. Dalam setiap edisi Cipta Cita sejauh ini, kita melihat bagaimana kata-kata mampu mencerminkan kreativiti, imaginasi, dan pemikiran para pelajar serta guru.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar dan guru yang telah menyumbangkan karya mereka untuk edisi kali ini. Dalam edisi ini, kami telah menyajikan karya-karya sajak dan pantun yang indah, artikel yang mengupas pelbagai aktiviti menarik, serta segmen khas sempena Hari Raya. Ucapan-ucapan lebaran yang dihimpunkan bukan sahaja dikhususkan untuk memperkukuh semangat Aidilfitri, malah menjadi satu tanda penghargaan dan keakraban dalam kalangan kita.

Menulis bukan hanya tentang bakat, tetapi juga usaha yang berterusan. Setiap perkataan yang kita ukir memperkukuh keupayaan kita untuk berfikir dan berkomunikasi dengan lebih baik. Saya berharap edisi ini bukan sekadar bacaan, tetapi juga satu inspirasi buat semua. Semoga lebih ramai pelajar akan tampil untuk menyumbangkan hasil karya mereka dalam edisi yang akan datang Bersama-sama kita dapat membentuk sebuah komuniti penulis muda yang lebih bersemangat dan berwawasan!

Teruskan berkarya, teruskan mencipta.

Kandungan

Puisi

Menara Ilmu

oleh Nyla

Cikgu Mardiana

Pengembara Yang Bernyala

oleh Alya Irdina

Artikel

Menghubungkan Budaya: Pengalaman Mengajar Tarian Zapin

oleh Nur Elisya Syazwani

oleh Intan Nuraini

oleh Aliya Nisrina

Di Menara Ilmu

oleh Putri Natasha 23MI05

Pagi sejuk membelai wajah

Udara lembut menenangkan jiwa

Teguh melangkah, semangat membara

Rangkul ilmu, menggapai cita

Impian menanti di sana

Di sinilah ilmu digali, bagai menguak rahsia langit tinggi impian dikejar tanpa henti

seolah mengejar bintang di angkasa

tiada yang hadir tanpa usaha keringat menitis bak hujan mencurah tiada yang datang tanpa jerih payah bak menawan gunung menjulang megah

di Menara Ilmu, satu demi satu tangga kudaki perlahan

pasti

tanpa ragu kadang melangkah, kadang tersandung berpatah balik bukan pilihan

di Menara Ilmu,

sahabat setia di sisi selalu sehaluan, seiringan melangkah maju

tawa dan tangis mewarnai hari

meski jalan berliku, semangat tetap menyala

di sini, air mata kadang terjatuh namun tekad tetap utuh bimbingan guru menjadi penyuluh

bagai pelita di dalam gelita budi disemai, nilai dipupuk

benih disemai ke tanah subur mekar menjadi insan teguh

Menara Ilmu tegak berdiri menyaksikan lahirnya insan berjati diri kejayaan bukan hasil sendiri

guru dan sahabat tetap dihargai setinggi syukur pada Ilahi

tibanya masa suatu hari pasti

mengabdi ilmu, berbudi dan berbakti

semoga Menara Ilmu ini kekal berdiri, terus melahirkan generasi berani.

Kau dan Aku

Oleh Cikgu Fuad

Feb 2025

terinspirasi daripada hasilkarya

@jennaececelia

KopiO kosong dilok hangat dihadapanku

Teh Tarik berbuih berwap pilihankau

kita bertemu seperti berjanji

Aku renung saja wajah kau cuba mengerti

Aku temu kau

di sudut ruang sekolah

di meja hujung kantin

di sebelah kedai menjual air

di luar bilik carrom

kita duduk bertentangan disebelah balapan

Kau berkongsi cerita kegagalan

Kau bercerita perihal kehampaan

Kau meluahkan seribu harapan

Kau puisikan segala kerinduan

Aku mengangguk mendengar

aku tahu bukan rangsangan yang kau perlukan

cuma anggukan pengesahan

dan senyuman dorongan

Kekadang kau duduk kekadang berjalan

Bahu kau memikul bergunung harapan

Pada mata kau tersinar cahaya impian

Aku diam memerhatikan

Tangan kuhulur cuba mencapai lengan

Duduklah, arahku lembut

Minumlah , pelawaku disahut

Manis Teh Tarik dihirup perlahan

Aku senyum memerhatikan

Sebelum berpisah tangan berjabat

Bertentangan mata tersenyum mengangguk

Kau teruskan perjuangan jangan tertangguk

Nescaya berjumpa pada lain ketika

Manisnya kopi O kosong dilok akan dpt kau

rasa.

Bahasa Jiwa Bangsa

oleh Nyla 23MI02

Bunga melur di tepi perigi, Harum mewangi sepanjang masa.

Bahasa ibunda jangan dilupai, Warisan indah sepanjang usia.

Mawar kembang di pagi hari, Dihinggap manis si lebah madu.

Santun bahasa tanda pekerti, Menjaga warisan, bangsa tak layu.

Cempaka kuning berseri-seri, Ditiup bayu menari-nari.

Jika bahasa dijunjung tinggi, Teguh bangsa sepanjang hari.

Orkid menawan di taman syahdu, Mekarnya indah, wangi menyatu.

Bahasa terjaga, jiwa bersatu, Budaya lestari, bangsa pun maju.

Ninda

oleh Cikgu Mardy

Urat yang berakar mengalirkan budi; jasa masa membentur jejari mengusap rajuk di pipi senang mendakap tunas yang enggan meminta-minta.

Pengembara Yang Bernyala

oleh Alya Irdina 24MI09

Dalam hidup kita berusaha, Berjumpa dengan ramai pengembara, Namun, tiada satu yang sama, Kemahiran kita semuanya istimewa.

Jiwa yang teguh membina asas berlapisan Mengawal emosi pandai cendekiawan

Namun, perisai juga ada kelemahan

Apakah pertandingan tanpa perbezaan?

Anugerah diberi yang menahan pedihnya, Dan melalui jalan yang berduri untuk melihat cahaya, Tak peduli jikalau tidak ke mata ramai kelihatan daya upayanya, Ketahuan pula yang hati berdegup selamanya.

Bagi yang tidak berkuasa,

Tiada pilihan untuk mengelaknya, Tidak mungkin isu yang tiba

Tertulis melebihi kebolehan kita.

Mungkin api kelihatan terpadam, Tetapi api masih bernyala seperti bintang di langit malam,

Walaupun kecil, terbang benderang

Mampulah ia untuk berkembang.

Semangat tiada mudah luntur, Bagaikan kayu sejak awal umur

Ke waktu ia menjadi alat megukur.

Walau dihancur

Cerita lanjut pasti akan bercahaya.

“Ternyata karya ini dari arkib penulisanku kerana sajak ini ditulis pada bulan Julai tahun 2022 ”

24hb Februari 2025. Institut Millennia (MI) menerima kedatangan pelajar-pelajar daripada Okinawa, sebuah negeri di Jepun. Saya dan dua rakan yang lain, Putri dan Nyla terlibat sebagai fasilitator dalam salah satu program budaya bersama pelajarpelajar tersebut. Kami bersama-sama Cikgu Yazid, seorang pelatih tarian, diberikan kesempatan mengajar dan menunjukkan kepada mereka tarian zapin Tarian zapin merupakan satu daripada lima bentuk tarian Melayu asas yang terkenal di Singapura.

Walaupun para pelajar itu tidak mempunyai latar belakang dalam tarian Melayu, mereka tetap bersungguh-sungguh mencuba! Semasa sesi itu, saya menjadi pembimbing tarian kepada Oshiro dan Riho. Bukan mudah tugasnya disebabkan halangan bahasa. Saya menjadi malu berinteraksi apabila bertemu dengan orang baharu. Namun, saya teruskan usaha untuk mengajar mereka. Suasana dalam bilik tarian dipenuhi keghairahan dan senyuman manis.

Budaya: Pengalaman Mengajar Tarian Zapin

oleh Nur Elisya Syazwani 23MI03

Untuk mengakhiri sesi tersebut, kami mengambil gambar sebagai kenangan manis. Saya gembira dapat berkawan dan mengenali pelajar-pelajar daripada Okinawa. Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang ini dan saya harap kami akan bertemu lagi!

Dunia Jamu

oleh Intan 24MI02

Saya masih teringat ketika saya kecil dahulu, terdapat seorang penjual jamu yang akan mengelilingi blok saya Ibu saya akan membeli jamu untuk dirinya Saya pun akan mencuba jamu yang disediakan khas untuk kanak-kanak

Sempena sambutan Dwiminggu Bahasa Ibunda 2025, saya berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang minuman yang saya biasa minum semasa saya kecil. Saya dapat tahu bahawa terdapat banyak dorongan untuk meneroka dunia jamu. Encik Suryakenchana Omar, pemimpin sesi tersebut, telah berkongsi lebih lanjut tentang pembuatan jamu. Terdapat banyak

resepi jamu di luar sana dan saya dan rakan-rakan saya berasa teruja apabila diberikan berkesempatan untuk mencuba membuat jamu Asam Kunyit.

Ternyata, membuat jamu itu tidaklah susah dan boleh dibuat di rumah. Kami memulakan persediaan dengan memotong bahan-bahan yang diperlukan sebelum merebusnya selama 20 minit Sementara menunggu jamu untuk mendidih, saya dan rakan-rakan membuat lulur daripada kunyit Seperti jamu, langkah membuat lulur tidaklah susah tetapi saya berasa penat apabila harus melumatkan kunyit sehingga halus dengan batu lesung.

Sebelum sesi ini, saya berpendapat bahawa jamu mempunyai satu manfaat sahaja. Namun, saya telah pelajari bahawa manfaat jamu sebenarnya pelbagai. Secara keseluruhannya, sesi meneroka dunia jamu ini telah menambah pengetahuan saya tentang jamu dan memberikan saya pengalaman yang menyeronokkan.

Dunia Jamu

Sesi mengenali jamu yang telah saya hadiri beberapa hari lepas telah memberi saya pengalaman yang sangat berharga dalam memahami warisan perubatan Melayu tradisional. Sepanjang sesi tersebut, saya mempelajari tentang pelbagai jenis herba yang digunakan dalam perubatan Melayu serta manfaatnya terhadap kesihatan. Salah satu bahan yang menarik perhatian saya ialah temu mangga, yang sering digunakan sebagai ‘appetiser’ atau pembuka selera kerana ia dapat meningkatkan nafsu makan. Ini menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang mengalami masalah kurang selera untuk makan. Selain itu, lempuyang juga digunakan untuk tujuan yang sama, terutama bagi kanak-kanak yang mungkin tidak berselera makan. Pengambilan jamu seperti ini dapat membantu memperbaik sistem pencernaan mereka.

Seterusnya, kami turut belajar cara membuat jamu kunyit asam, yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu menyingkirkan toksin dalam badan Rasa asam dari asam tersebut menjadikannya sebuah minuman yang menyegarkan dan berkhasiat. Selain itu, kami juga membuat lulur kunyit iaitu sejenis pencuci badan tradisional yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ia diperbuat daripada beras, kunyit dan limau purut. Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberikan saya peluang yang sangat bermakna untuk memahami ilmu perubatan Melayu tradisional serta kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Salam Aidilfitri!

Gemersik takbir mengundang tiba, salam diutus tanda ingatan; syawal dinanti menjelang tiba, salam diutus pohon kemaafan.

Salam Aidilfitri kepada semua!

-Maya nazura 25mi01

Ramadhan pergi meninggalkan kita, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri disambut bersama, dengan rasa suka dan gembira.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

-Nur 'izzati 25mi04

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan sentiasa mengiringi hidup kita, bersama orang tercinta. Maaf zahir dan batin!

-Qu'ratul Umaira 25MI04

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf lahir dan batin. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan kita selalu diberkahi dengan kebahagiaan dan kedamaian. Semoga hari-hari penuh kebahagiaan, kedamaian, dan berkah. Mohon maaf atas segala kesalahan, baik yang disengaja maupun yang tidak.

-Nur natasha 24MI06

Hi semua! Saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan Cipta Cita. Semoga segala usaha dan impian diberkati dan berjaya.

-Rossi Nasharuddin 24MI03

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga semua orang sihat dan dapat mendapat markah yang baik untuk peperiksaan.

-Natasha 25mi04

Salam Aidilfitri!

Semoga lebaran tahun ini membawa keinsafan dan membuka tirai kemaafan sesama kita. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin! Khas buat teman-teman seperjuangan dan para pelajar yang disayangi. Mudah-mudahan kita dipanjangkan usia dan bertemu Ramadhan lagi.

-Cikgu Marnee

Selamat hari raya kepada semua warga Institut Millennia. Maaf zahir dan batin.

-cikgu fuad

Selamat Hair Raya Aidil Fitri! Saya harap kamu semua gembira meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan!

-Siti Nurhaliza 25Mi10

Selamat hari raya aidilfitri semua!! Semoga anda telah meluangkan masa yang indah bersama keluarga sepanjang bulan ramadan dan juga pada Hari Raya. Saya juga harap anda semua dapat menikmati makanan yang lazat!!

-ayra, 25Mi10

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada ahli keluarga MI ini dan juga anda sekeluarga.

-Mdm Siti zubaidah

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook