2024
INSTITUT MILLENNIA | UNIT BAHASA MELAYU
EDISI #1
CIPTA CITA
a t i k n a t a t a c wadah Kata Alu-aluan OLEH CIKGU FUAD
Selamat datang ke Cipta Cita-Wadah Catatan Kita. Kami dengan bangga mempersembahkan edisi pertama majalah digital Cipta Cita, satu wadah catatan citra warga Institut Millennia (MI). Wadah ini merupakan platform yang disediakan untuk pelajar berkongsi pendapat, pandangan, dan bakat mereka dalam bidang penulisan. Kami berharap usaha ini dapat memberikan inspirasi kepada para pelajar dan pembaca melalui karya-karya kreatif dan pemikiran yang berani. Matlamat utama Cipta Cita adalah untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar Institut Millennia (MI) untuk mengekspresikan diri mereka melalui penulisan. Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai daya upaya dan kelebihan yang tersendiri. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang isuisu semasa dan perkara-perkara yang mereka minati, kami berharap untuk merangsang kreativiti dan mendorong pemikiran kritis mereka.
3 Kopi. Kraf. Kawan.
oleh Cikgu Illiana
6 Betul-betul Maggi, bukan main-main!
oleh Cikgu Zaibah
9 Anak Bukan Zuriat
oleh Cikgu Fuad