Skip to main content

Samudera Jun 2020

Page 1

HARI INTEGRITI

2020 Suksis

KOLABORASI UMT-UNSYIAH, ACHEH

KHAS:

COVID

SUASANA PKP UMT


SIDANG

redaksi

PENASIHAT TIMBALAN PENGARAH PPHK DR IZAN BINTI DATO’ HAJI JAAFAR

KETUA PENGARANG MPP EXCO MULTIMEDIA DAN PENERANGAN WAN MUHAMMAD ‘AFIFI BIN W OMAR BAKRI

TIMB. KETUA PENGARANG YANG DI PERTUA MPP 2019/2020 NUR AINA ZAFIRAH BINTI NOOR AZHAR

PEMBACA PRUF SETIAUSAHA KEHORMAT MPP NUR AINAA’ BINTI MEOR AHMAD NAZIZAN PEREKA NURUL FITRAH BINTI MUHAMAD TAJUDIN NUR AZRA MARZATI BINTI MAHAZIR PENYUMBANG BAHAN MUHAMMAD NUEIM BIN HASSAN MUHAMMAD ROHHUL SUFI FAISAL AMIN HUSNIYAH BINTI AZIZ MUHAMMAD NOR HAKIM


KANDUNGAN 4

Calendar 2020

5-7

Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020

8-11

Suksis- Kolaborasi UMT-Unsyiah, Acheh

12-14

Hari Integriti

15-17

“Integrity Run”

18

Khas: Covid-19, Suasana Pkp Umt

19-23

Kesukarelawanan Dalam Musibah, Hikmah Yang Tersembunyi

24-26

Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (Online)

27-28

Pengagihan Makanan Percuma Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

29-31

Penghasilan Face Shield Heroes Oleh Mahasiswa UMT

32

Cara Pencegahan Covid-19

33

Peristiwa Israk & Mikraj

Hak cipta terpelihara © 2020. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Terengganu Malaysia, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2019/2020 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Disediakan Oleh : Nur Aina Zafirah Binti Noor Azhar

B

arisan mantap Majlis Perwakilan Pelajar UMT yang diketuai oleh Saudari Nur Aina Zafirah binti Noor Azhar selaku Yang Dipertua dan dibantu oleh 14 orang keanggotaan yang berwibawa dan berintegriti. Lantikan rasmi MPP yang telah diadakan pada tanggal 23 Disember 2019 yang merupakan detik bersejarah buat kepimpinan baharu bagi sesi 2019/2020.

V

isi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020 ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai daya juang yang tinggi dan berwawasan dengan berusaha untuk mewujudkan jalinan korporat dengan pihak bertanggungjawab di Universiti secara amnya. Bukan itu sahaja, fokus utama kepimpinan adalah untuk membantu meningkatkan mutu dan kualiti kebajikan mahasiswa di Kampus dengan mengkaji isu dan mencari solusi terbaik untuk membantu mengangkat suara mahasiswa di Kampus.

A

ntara kejayaan utama barisan kepimpinan baharu ini adalah mereka berjaya membawa pulang mahasiswa yang telah terkandas di UMT berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilakukan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020 yang lalu. Keupayaan untuk membantu menjaga kebajikan mahasiswa terbukti sewaktu berada di Kampus di dalam Perintah Kawalan Pergerakan , mahasiswa telah diberikan makan secara percuma sebanyak 3 kali sehari dan membantu memberi khidmat nasihat psikologi kepada mahasiswa yang telah terpisah dari keluarga berikutan PKP ini.

B

ertunjangkan “Mahasiswa Bervisi Pencetus Aspirasi” , kepimpinan ini telah berjuang demi mengangkat martabat mahasiswa dan mengubah sistem pentadbiran siswa.

M

erujuk kepada maksud Kepemimpinan yang menbawa maksud

5


kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.

B

erprinsipkan “If you want to go fast you can go alone, but if you want to go further you must go together” telah menjadikan kepimpinan ini kekal kuat dan sanggup berkorban demi meneruskan perjuangan membawa suara dengan menyampaikan idea dan pandangan bernas daripda mahasiswa.

M

elakukan kebaikan merupakan fitrah setiap insan. Melakukan kebaikan seharusnya menjadi matlamat setiap pemimpin. Kebaikan akan memandu setiap perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kesempurnaan kejadiannya sebagai makhluk Allah SWT di muka bumi ini. Setiap insan diberi pilihan untuk menentukan tindakan mahupun jalan hidupnya sendiri. Maka,

6

wajarlah setiap manusia berusaha menuju kesempurnaan hidupnya agar hidupnya tidak sia-sia.

“Fastabiqul Khairat”

yang membawa maksud berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan untuk kesenangan warga sekeliling. Allah SWT berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 148:

M

aksudnya, “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnyar (ketika solat). Oleh itu, berlumbalumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada Hari Kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap tiap sesuatu”.


7


SUKSIS - KOLABORASI UMT-UNSYIAH Disediakan Oleh : Husniyah Binti Aziz

K

or Sukarelawan Polis Siswa & Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan program kolaborasi bersama Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH) Acheh, Indonesia. Program ini telah dianjurkan oleh Kor SUKSIS Universiti Malaysia Terengganu yang dikendalikan oleh pengarah program iaitu Mohd Johari Bin Ali dan ahli jawatankuasa yang terlibat serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini pada 26 Oktober sehingga 2 November 2019 yang bertempat di Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH) Acheh, Indonesia. Program ini merupakan program yang

8

menjalankan mobiliti pelajar UMT di Universitas Syiah Kuala dan juga menjalankan komuniti di salah sebuah kampung di Acheh, Indonesia. Seramai 6 orang Pegawai, 4 orang jurulatih dan 70 anggota Kor SUKSIS terlibat dengan program ini. SESI SUAI KENAL DAN MALAM KEAKRABAN

S

esi suai kenal antara Kor SUKSIS UMT bersama peserta UNSYIAH yang terlibat memperkenalkan diri masing-masing. Selain itu, pada malam keakraban semua peserta telah menyediakan persembahan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pihak Unsyiah. Terdapat beberapa persembah-

an yang telah disediakan oleh anggota, seperti tarian Nirmala, dikir barat, nyanyian dan sebagainya. Semua peserta telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang majlis berlangsung serta mendapat sokongan yang padu daripada peserta-peserta dari Unsyiah. Hal ini demikian, meningkatkan keyakinan serta dapat memupuk jati diri individu sekaligus mengadaptasi pengalaman yang diperolehi daripada persekitaran baru yang boleh dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Selain itu, dapat membentuk sikap berpasukan yang mantap dalam diri setiap peserta yang terlibat daripada kedua belah pihak dan memupuk sikap hormat menghormati antara satu sama


niah yang tinggi merangkumi semua aspek yang boleh diguna pakai sebagai kemahiran tambahan kepada semua peserta. LAWATAN

S

lain sekali gus dapat merapatkan jalinan silaturahim antara para peserta. PROGRAM KOMUNITI

P

ada 29 Oktober 2019 Kor SUKSIS UMT telah menjalankan Program Komuniti bersama komuniti Kampung Alue Naga. Terdapat beberapa sumbangan yang telah diberikan kepada komuniti kampung tersebut seperti, pembasmi jentik-jentik, penyembur nyamuk dan sebagainya. Kampung ini dipilih kerana lokasinya berhampiran dengan UNSYIAH. Melalui program ini para peserta dapat berinteraksi dengan penduduk kampung tersebut dan dapat mempelajari bahasa dan budaya Acheh. Hal ini demikian, melalui program ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang baik antara peserta program dan penduduk kampung tersebut. Tambahan, dapat memahami dan memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap peserta serta cakna terhadap komuniti. Selain itu, melahirkan individu yang mempunyai kemahiran insa-

emua anggota Kor SUKSIS yang terlibat telah melawat beberapa tempat yang bersejarah seperti, Masjid Baitulrahman, Muzium Tsunami, kapal PLTD Apung dan Banda Acheh bagi menghayati suasana bandar tersebut yang penuh dengan sejarah dan budayanya tersendiri. Anggota Kor SUKSIS juga berkesempatan mendirikan solat di Masjid Baitulrahman atau lebih dikenali dengan Masjid Raya yang merupakan salah satu bangunan yang selamat daripada bencana tsunami. Selain itu, lawatan ke Muzium Tsunami Acheh tempat dimana segala barang-barang yang telah dihanyutkan semasa bencana tsunami dan masih tersisa akan disimpan di muzium ini untuk tatapan para pelancong. Selain itu, la-

9


watan ke Universitas Ubudiyyah Acheh yang berada tidak jauh dari UNSYIAH. Pihak Universitas tersebut telah memperkenalkan tarian tradisional Acheh dan memperkenalkan bangunan-bangunan dan fasiliti Universitas tersebut. Selain itu, para anggota dan pegawai Kor SUKSIS juga telah membuat lawatan kepolisan syariah yang merupakan salah satu sistem kepolisan yang menekan tentang hal-hal syariah. Hal ini demikian, melalui lawatan yang dijalankan dapat anggota mempelajari sejarah dan budaya kerja sesebuah organisasi luar di samping dapat membezakan antara cara kerja organisasi Kor Suksis Universiti Malaysia Terengganu dengan cara kerja organisasi luar. MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM OF UNDERSTANDING(MOU)

M

ajlis menandatangani Memorandum Of Understanding(MOU) antara Universitas Syiah Kuala Acheh Indonesia dengan Universiti Malaysia Terengganu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Rektor UNSYIAH, ahli jawatankuasa UNSYIAH

10

dan juga pihak Kor SUKSIS UMT. MOU tersebut telah ditandatangani oleh Rektor Universitas Syiah Kuala Acheh bersama YDH ACP/KS PROF. TS DR. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali Komandan Kor SUKSIS UMT merangkap Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UMT pada ketika itu. Hal ini dapat meningkatkan hubungan baik bukan sahaja bagi kedua-dua universiti malah bagi hubungan kedua-dua negara. Hal ini demikian, dapat mengenali pelbagai perkara dan dapat bertukar-tukar pendapat bagi kedua-dua universiti dalam pelbagai perkara.


11


HARI INTEGRITI 2020 Disediakan Oleh : Faisal Amin

P

ada tanggal 17 Februari 2020 , Unit Integriti

Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM telah melaksanakan Hari Integriti 2020 yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Objektif Hari Integriti ini dijalankan adalah untuk menyemai sikap benci akan rasuah dalam kalangan warga UMT yang terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan itu sendiri. Program ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Aieni Haji Mokhtar, Naib canselor UMT ,Tuan Ruslan Bin Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu dan Tuan Razim Bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Kehadiran mereka memeriahkan lagi Hari Integriti ini.

A

cara utama yang dilaksanakan adalah ikrar

bebas rasuah (IBR). Ikrar ini diketuai oleh Naib

12

canselor UMT dan diikuti oleh semua warga dewan dengan lantangnya. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut. Antara kebaikan yang diperolehi sepanjang Hari Integriti berlangsung adalah dapat memberi kesedaran tentang bahaya rasuah kepada pelajar dan kakitangan UMT. Individu yang amanah dalam menjalankan tugas akan menjalani kehidupan yang


sejahtera. Manakala individu yang mengambil rasuah atau menerima rasuah akan dijatuhkan hukuman yang berat jika disabit kesalahan. Mereka akan berdepan dengan pelbagai masalah akibat perbuatan mereka. Justeru, rasuah sangat bahaya kepada semua masyarakat kerana boleh menjejaskan maruah dan reputasi individu yang mengambilnya.

S

elain itu, program Hari Integriti juga

berjaya membuka mata masyarakat untuk sentiasa jujur dalam menjalani amanah yang diberikan. Pelbagai akibat yang diceritakan oleh En. Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan dalam sesi Bicara Ibrah. Pengkisahan dari tirai besi yang disampaikan oleh beliau sangat menyentuh hati para pendengar. Beliau menceritakan tentang kisah kehidupan beliau yang terlibat dengan rasuah dan akibat yang dia hadapi atas perbuatan beliau. Hanya kerana rasuah RM3,000, kehidupan beliau musnah apabila beliau ditahan oleh pihak berkuasa sebelum dihukum penjara tiga tahun pada 2012, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan dalam kejadian di Machang, Kelantan. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah sentiasa mengamalkan prinsip integriti ketika melaksanakan tugas untuk kepentingan sejagat.

A

khir sekali, kebaikan yang diper-

olehi daripada program ini ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat. Terdapat banyak input pengetahuan yang baru yang

13


diberikan oleh para jemputan yang hadir pada hari berkhidmat demi kepentingan awam merupakan tersebut. Pada slot Bicara Mufti yang disampaikan intipati kepada istilah integriti dan etika. Orang oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Haji yang menerima rasuah mahupun memberi rasuah Muda yang bertajuk, Integriti Adalah Takwa, beliau akan dibalas di akhirat kelak. Oleh hal yang demikimenceritakan kisah-kisah tauladan yang boleh dija- an, sentiasalah jujur ketika melaksanakan tugas dikan pengajaran kepada semua masyarakat tidak supaya dapat mengelakkan penindasan berlaku mengira usia. Antara yang diperkatakan oleh beliau terhadap sesama manusia. ialah sifat amanah, telus , bertanggungjawab dan

14


INTEGRITY RUN Disediakan Oleh : Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)

P

ada tanggal 15 Febuari 2019, Kelab Angkatan

Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dengan kerjasama Unit Integriti telah menganjurkan Integrity Run bertempat di Dataran Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat UMT terutamanya para pelajar tentang bahayanya akan pengambilan rasuah. Selain itu , kelab AMAR juga ingin merapatkan jurang diantara ahli-ahli kelab AMAR dengan para pelajar dan bagi menggalakkan mereka supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

P

rogram ini telah mendapat sambutan yg sangat

menggalakkan daripada para pelajar dan kakitangan UMT. Seramai 250 orang pelajar dan 50 orang kakitangan UMT telah menyertai program Integrity Run ini. Turut dihadiri Yang Berbahagia. Professor. Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya, Timbalan Naib Cansel-

or UMT bagi merasmikan dan memeriahkan program Integrity Run. Kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,SPRM cawangan negeri Terengganu juga turut menghangatkan program ini. Pihak SPRM juga membuka ‘booth’ pameran bagi memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang bahayanya rasuah kepada kehidupan.

E

ncik Mohd Juhairi Bin Ab. Kadir, Ketua Unit In-

tegriti telah menyampaikan maklumat atau taklimat tentang keselamatan kepada para peserta sepanjang program berjalan. Ini adalah untuk memastikan perjalanan program dapat berjalan dengan lancar. Sebelum memulakan larian, para peserta melakukan pemanasan badan yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa AMAR yang terdiri daripada ahli KORSISPA dan KORSUKSIS. Hal ini adalah untuk mencergaskan lagi fizikal para peserta sekaligus bagi menyelakkan perkara yang tidak diingini

15


berlaku seperti cramp. Jumlah jarak larian adalah 5 kilometer dan larian hanya dilakukan dalam Universiti Malaysia Terengganu.

A

ntara acara menarik yang ter-

dapat dalam program ni adalah 50 cabutan bertuah ,300 pingat pertama dan 50 buah hamper yang bakal diperolehi oleh para peserta. Setelah tamat larian, majlis penyampaian pingat dan hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia. Professor. Madya. Dr Hafiz Bin Zakariya dan Encik Juhairi sebagai tanda penghargaan kepada para peserta kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

P

rogram sebegini haruslah dilak-

sanakan kerana banyak memberikan manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat. Antara manfaat yang boleh diperolehi adalah kita dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini kerana, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita semasa pergerakan yang aktif .Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika menjalani kehidupan seharian. Selain itu, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahu-

16


pun agama. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Akhirnya, program seperti ini merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa lapang secara bermanfaat. Kesibukan kita menyertai program dan aktiviti dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial dan khususnya dalam pengambilan rasuah.

17


KHAS:

COVID-19

SUASANA PKP UMT apakah covid-19? Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18


KESUKARELAWAN DALAM MUSIBAH; HIKMAH YANG TERSEMBUNYI Disediakan Oleh : Muhammad Nueim Bin Hassan

“Ambil Jika Perlu, Sumbang Jika Mampu”

I

terbaik untuk menolong mere- gurusan, penghantaran pulang ka yang sangat memerlukan dan pelajar telah dimulakan secara kurang berkemampuan. Pembe- berperingkat. Terdapat juga perian makanan yang sudah siap lajar yang mengambil keputusan di kiosk AOK dan penyediaan untuk pulang dengan inisiatif

nilah konsep yang sering kali

makanan asas harian di Gerobok sendiri. Dalam keadaan ini, kami

disematkan dalam projek amal Rezeki merupakan aktiviti yang sedar, pasti akan ada pelajar yang ini. Dibawah bimbingan Dr Izan sudah menjadi rutin harian. terpaksa tinggal di kolej kediaBinti Jaafar atau lebih dikenaman sementara menunggu pengli sebagai “mommy”, pasukan

N

amun begitu, situasi terse- hantaran pulang. Bukan itu saha-

kami terdiri daripada pelajar but sudah berbeza bermula dari ja, semestinya kedai makan tidak UMT dari pelbagai latar belakang 15 Mac yang lalu. Telah sampai akan beroperasi, dan tidak pasti jurusan, yang berkhidmat un- berita yang menggemparkan pula bila akan dibuka semula. tuk pelajar UMT. Kami bertugas satu negara, perintah kawalan Makanan tempahan disediakan, atas dasar kesukarelawanan, se- pergerakan (PKP) dikatakan akan namun, apakah nasib bagi mercara berkumpulan dengan kap- bermula dalam masa 3 hari dari eka yang tidak mampu untuk asiti gerakan yang kecil. Walau tarikh pengumuman tersebut. membelinya? Atas daya usaha Dr. bagaimanapun, kami cuba yang Lalu, dengan inisiatif pihak pen- Izan Mommy dan sokongan dari-

19


pada pengurusan pihak kolej kediaman, satu lot di – tindakan itu dapat mengurangkan beban yang kafeteria Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek (KK- dipikul dan kepiluan di hati. Tambahan pula, kelSAM) yang belum beroperasi telah dijadikan pusat uarga kami yang amat memahami, dan memberi pengagihan makanan yang kemudiannya dikenali dorongan serta sokongan terhadap projek ini telah pelajar sebagai ;

“AoK-Gr Kitchen & Store”

M

elihat ramai pelajar yang mulai pulang, mem-

buatkan kami sendiri berasa sangat rindu akan kel-

membuatkan kami lebih cekal dan nekad dengan keputusan kami untuk tinggal di kolej dan memberi sedikit sebanyak sumbangan yang kami mampu.

P

erkara pertama yang kami lakukan ialah pem-

uarga di rumah. Namun, apabila memikirkan nasib bersihan dan kerja-kerja pengubahsuaian lot tersemereka yang terpaksa tinggal di sini, keseorangan but agar menepati garis panduan yang ditetapkan di bilik dalam situasi yang kelam, memberikan kami oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil kekuatan untuk terus berkhidmat di sini. Kami ter- pemeriksaan dan nasihat Pusat Kesihatan Univerfikir, mungkin kehadiran kami dapat memberikan siti (PKU) UMT. Setelah itu, satu persatu peralatan sedikit keselesaan dari segi bekalan makanan, in- elektrik, perkakasan memasak dan bahan makanan teraksi sosial seperti senyuman dan sapaan mesra

dimasukkan ke dalam kafeteria tersebut. Pera-

sewaktu kami bertugas. Kami berharap tindakan latan elektrik yang berat dan besar seperti peti

20


beku dan peti sejuk diangkat dari Gerobok Rezeki

– pelajar yang masih terkandas di kolej. Selain itu,

dengan bantuan HEPA. Beberapa hari yang perta- sumbangan demi sumbangan yang diterima juga ma merupakan antara hari yang amat mencabar, dapat membantu kelicinan operasi kami. Maka, uskerana tanpa disangka – sangka, ramai pelajar aha kami kerah berlipat ganda, kerana kami diberiyang tidak boleh pulang pada malam 18 haribulan kan kapasiti untuk memberikan lebih banyak. Tugas kerana pergerakan keluar telah disekat. Selari den- harian kami meliputi persediaan makanan panas, gan penghantaran pelajar, bermulanya tempoh pengurusan stok dan pembersihan premis tempat PKP sukarelawan AOK-GR yang tinggal adalah ha- operasi kami. Kami mula bertugas seawal jam 8 nya 19 orang. Keadaan di luar jangka telah berlaku. pagi, penyediaan bahan makanan, dan pembelian Kami perlu menyediakan makanan untuk 800 lebih makanan dengan bahan mentah juga dilakukan. orang pelajar. Bahang api di dapur, lagaan bunyi Antara sumbangan yang telah diberikan merangsudip besi dan kuali, tidak berhenti iramanya seh- kumi, mi segera, air kotak, air mineral, bijirin, telur, inggalah menjelang subuh.

minyak, rempah ratus, peralatan mandian. Terdapat

S

juga ladang – ladang yang menyumbangkan buah elepas beberapa hari, kami didatangi dengan tembikai, buah labu dan macam – macam lagi. Ker-

berita baik, projek kami ini mendapat sokongan ja – kerja memasak, pembelian, penyusunan stok dari pihak pengurusan dan dibantu dari segi pe- ini berlanjutan sehinggalah jam 1 pagi. Kemudian, runtukan. Kami berasa amat gembira kerana dapat pengemasan dan pembersihan kawasan dilakukan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada pelajar sehingga lah jam 3 pagi. Selepas itu, perancangan

21


untuk hari keesokan hari dibuat, kadang kala, ia oleh para pelajar, kakitangan malahan orang awam mengambil masa sehingga lah jam 4 pagi. Setelah yang mengetahui tentang apa yang kami lakukan. semuanya selesai, kami pun pulang ke bilik dan Senyuman, ucapan terima kasih dan kata – kata beristirahat, rehat dan rawat untuk menyambung penghargaan daripada mereka menyebabkan segasemula tugas pada jam 8 pagi nanti.

la penat lelah kami terasa berbaloi dan tidak terasa.

A

A

ntara cabaran yang diahadapi semestinya ialah

khir kata, segala pengalaman pahit manis yang

cabaran sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab dilalui sepanjang PKP ini telah mengajar kami bankami sebagai pelajar tidak pernah diabaikan walau- yak perkara. Pengalaman ini mengajar kami erti pun berada dalam gerak kerja ini. Kerja – kerja ber- kepentingan kesepaduan dalam masyarakat, maskumpulan dan kerja individu seperti laporan amali, yarakat yang berganding bahu dan tolong menokerja khusus, kuiz, ujian sentiasa diutamakan. Ia

long antara satu sama lain dalam melalui musibah

merupakan tugas kami untuk mencari keseimban- seperti ini. Positiviti juga amatlah penting untuk gan antara tugas sebagai pelajar dan juga sebagai mengharungi masa – masa yang tertekan sebegisukarelawan di AOK-GR. Selain itu, perasaan rin- ni. Selain itu ,hubungan silaturrahim bukan sahaja du akan keluarga di rumah bertambah dari hari sesama sukarelawan malahan dengan pelajar lain ke hari, walaupun sukarelawan juga mempunyai telah terjalin. Apa yang diharapkan pengalaman masalah peribadi masing – masing, namun mere- ini dapat memberi kayu pengukur kepentingan ka tetap mencuba untuk menunjukkan sikap yang kesinambungan projek ini di UMT malahan di mapositif sepanjang perintah kawalan pergerakan. na-mana IPT kerana pastinya ada pelajar yang kuCabaran – cabaran ini semua diringankan dengan rang berkemampuan dan sangat memerlukan akan bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak. Salah mendapat manfaat. satu faktor yang menyebabkan kami bersemangat untuk bertugas dengan penuh tenaga dari hari ke hari ialah ekspresi dan reaksi serta kata-kata penghargaan yang tidak berpenghujung yang diberikan

22


23


Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian Disediakan Oleh : Afif Bin Mohd Sohaimi

P

embelajaran dan Pengajaran (PdP) di setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak dibenarkan berjalan

secara bersemuka seperti yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga 31 Disember 2020. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berinisiatif merangka dan melaksana tanpa penangguhan pelan kontingensi bagi menjamin kemaslahatan akademik seluruh mahasiswa.

B

antuan kemudahan internet diberikan selama 2 bulan sejak permulaan PdP dalam talian kepada golon-

gan memerlukan untuk meringankan bebanan. Usaha diteruskan dan dipanjangkan melalui perundingan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, YTL dan lain-lain. Hasilnya menjangkakan bantuan kemudahan capaian internet berlanjutan akan disediakan kepada mahasiswa.

P

dP yang dilaksanakan secara longgar telah membuka pelbagai kaedah baharu untuk tenaga pengajar

berinteraksi bersama mahasiswa melalui sesi pengajaran ‘synchronous’ dan ‘asynchronous’. Ini bertepatan kerana memudahkan pembelajaran pelbagai golongan mahasiswa UMT daripada pelbagai latar belakang. Pelaksanaan PdP tersebut telah mencapai peratusan kehadiran setinggi 90% ke atas sebagai langkah permulaan.

24


P

enilaian lanjutan kehadiran direkodkan wajar

P

dP dalam talian telah membuktikan kesanggu-

bagi mengenalpasti tahap-tahap kepuasan dan pan dan kecekalan mahasiswa UMT dalam menunpencapaian. Rekod seperti ini menunjukkan komit- tut pengajian demi masa hadapan. Pengorbanan men warga UMT yang bertungkus lumus komit- tenaga dan perasaan seharian terpaksa dilalui demi ed menjayakan pembelajaran mahasiswa dalam

segulung ijazah. Suasana gamat, capaian internet

keadaan pandemik. Rekod cemerlang menonjol- lemah, tanggungjawab di rumah dan sebagainya kan kebersediaan dan kesiapsiagaan seluruh war- mencabar konsistensi mahasiswa. Kecekalan tersega UMT. Laporan-laporan perlu ditingkatkan bagi but belum dibandingkan dengan ketabahan warga menilai keberkesanan kaedah pelaksanakan. Suatu pengajar menjalankan amanah dan tanggungjawab mekanisme perlu diwujudkan bagi mengukur pen- terhadap anak bangsa. ingkatan kualiti segala aspek PdP.

K

P

asca Covid-19, wajar ada penegasan tentang sig-

aedah PdP tersebut telah membuktikan ba- nifikan memastikan kebajikan bakal graduan. KPT

hawa Malaysia amnya masih menghadapi dilema dan seluruh IPT perlu memastikan industri dapat dijurang tidak mengira mahasiswa atau rakyat seka- adaptasi bakal graduan yang berpotensi membawa lipun. Walaupun UMT berada di landasan yang inovasi, menstabilkan serta melonjakkan industi. tepat, pelaksanaan PdP membuktikan bahawa Penempatan mahasiswa di latihan industri wajar kesenangan tertentu tidak dinikmati majoriti. Ke- diteliti supaya UMT membangungkan sumber mamenterian-kementerian dan pihak berkuasa ber- nusia dan modal insan. tanggungjawab perlu memainkan peranan dengan memastikan meningkatnya kemudahan capaian in-

M

ahasiswa

mengalami

gangguan

pelaksa-

ternet di seluruh pelusuk negara. Ramai mahasiswa naan PdP maka penyediaan khidmat kaunseling mengambil inisiatif tersendiri bagi mengusahakan di setiap fakulti dan setiap kos perlu diterapkan. PdP dan bebanan ini menjelaskan luasnya jurang di

Perkara tersebut tidak mendapat perhatian sewa-

Malaysia.

jarnya. Kesihatan mental mahasiswa penting bagi

25


menjamin kemandirian kecemerlangan akademik UMT. Aspek emosi dan rohani mahasiswa hendaklah ditekankan kerana aspek tersebut menentukan kejayaan pelan kontingensi yang dirangka.

P

erjalanan UMT menjayakan PdP dalam talian menghampiri separuh jalan. Usaha perlu ditingkatkan

melalui perbincangan dan perundingan bagi meningkatkan kebajikan-kebajikan mahasiswa UMT. Suara mahasiswa perlu diberi penekanan dan keutamaan demi pemerkasaan mahasiswa. Pelbagai langkah masih perlu diatur bagi meningkatkan kualiti PdP UMT. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. IPT di Terengganu tersebut wajar dijadikan piawaian dalam pelaksanaan PdP dalam talian.

26


PENGAGIHAN MAKANAN PERCUMA SEPANJANG PERINTAH KAWALAN Disediakan Oleh : Aiman Zolkefle PERGERAKAN (PKP)

I

su Pandemik COVID-19 telah meng-

gusarkan ramai pihak dari segi ekonomi dan juga kewangan. Dengan berita penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020, semua gerai makanan, pasar malam dan restoran diarah untuk beroperasi mengikut Standard Operation Procedure. Kebanyakan kedai makanan di dalam kampus juga diarah tutup segera untuk menjaga jarak selamat (Social Distancing) antara pelanggan. Hal ini turut memberi kesan kepada pelajar yang ma-

pus telah bekerjasama sepanjang PKP untuk memastikan pros-

sih berada di dalam kampus, di mana

es pengagihan makanan berjalan lancar. Pengagihan ini turut

mereka tiada tempat untuk membeli

dibantu oleh seramai lebih 80 orang sukarelawan yang terdiri

makanan. Dengan hal ini, pihak Ke-

daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang tel-

menterian Pendidikan Tinggi telah

ah bersama-sama dalam membantu pengagihan makanan per-

mengambil keputusan untuk mem-

cuma sepanjang tempoh PKP berlangsung.

beri makanan percuma sepanjang tempoh PKP berlangsung.

P

engagihan makanan percuma

telah bermula pada 20 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2020 yang mana memberi manfaat kepada lebih kurang 1800 pelajar yang terkandas di kampus. Seramai 56 orang urusetia terdiri daripada pihak I-Create, Bendahari, Felo Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman dan juga Jawatankuasa Perwakilan Luar Kam-

27


P

engagihan makanan diadakan sebanyak tiga

P

enghantaran makanan ke rumah juga disediakan

kali sehari, iaitu sarapan pagi, makanan tengahari bagi pelajar luar kampus yang tidak mempunyai dan juga makan malam. Tempat agihan terbahagi kenderaan. Terdapat lebih kurang 24 buah rumah kepada dua, untuk pelajar asrama dan juga pela- yang perlu dihantar bagi satu-satu sesi. Proses penjar luar kampus. Bagi pelajar asrama, mereka perlu gagihan bermula apabila makanan dihantar oleh mengambil makanan di Kafe Sheikh Abdul Rahman pihak pengusaha ke tempat agihan. Makanan akan Limbong (KSARL). Untuk pelajar luar kampus pula dihantar 30 minit awal ke tempat agihan sebelum pada awalnya mereka perlu mengambil di Pintu sesi agihan bermula untuk pihak urusetia mengira Utama UMT sehingga diubah ke Kompleks Sukan jumlah dan membahagikan sukarelawan mengipada minggu kedua PKP. Proses agihan makanan kut checkpoint agihan masing-masing. Setelah berlaku lebih kurang 2 jam bagi satu satu sesi. makanan tiba, sukarelawan akan mengasingkan Makanan pula mestilah diambil oleh wakil aras atau makanan mengikut rumah dan kawasan yang akan wakil rumah sahaja untuk menjaga penjarakan so- dihantar. sial. Pihak UMT juga telah menggunapakai inisiatif supaya pelajar membawa beg serbaguna sendiri

A

khir kata, terima kasih diucapkan kepada pihak

untuk mengelakkan pembaziran plastik dan bahan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak penguruyang tidak boleh digunapakai semula.

san UMT yang telah menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu.

28


PENGHASILAN FACE SHIELD HEROES OLEH MAHASISWA UMT Disediakan Oleh : Siti Noorhafiza Binti Zaidi

P

erintah kawalan pergerakan (PKP) bukan

T

s Dr Noor Zaitun Yahaya selaku pengarah

penghalang kepada mahasiswa Universiti Ma- projek Frontliner PPE (Peralatan Perlindungan laysia Terengganu (UMT) untuk menghulurkan DIri) dan merupakan salah seorang tenaga penbantuan kepada barisan hadapan negara. Sera- gajar di UMT telah berkata, bagi menjayakan mai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada projek ini telah mendapatkan bantuan tenaga mahasiswa dan mahasiswi UMT telah memban- kerja yang terdiri daripada mahasiswa UMT dan tu menghasilkan pelindung muka (face shield) NGO yang terlibat. Projek ini telah dipacu oleh dan gaun isolasi bagi kegunaan barisan hada- “The Clean Air Forum Society of Malaysia” (Mypan. Gerak kerja ini turut dibantu oleh Majlis CAS) dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Per- Terengganu, Pertubuhan Ikram Negeri Terengwakilan Kolej Kediaman (JPKK) dan Felo Kolej ganu, Angkatan Belia Islam Malaysia dan NGO Kediaman. Selain itu, sebanyak 12 badan bukan yang lain. kerajaan (NGO) di Terengganu telah bergabung tenaga menghasilkan 14000 pelindung muka

H

dan 3000 gaun isolasi kepada barisan hadapan.

wan untuk memberikan tumpuan kepada kelas

al ini bukan penghalang kepada sukarela-

atas talian yang telah dilaksanakan sejak awal

29


PKP lagi. Gerak kerja ini dilakukan di Dewan Al-Irfan, Kolej Kediaman UMT bermula pada jam 9.00 malam sehingga 12.00 malam. Mahasiswa UMT telah melakukan gerak kerja ini seawal 3 April sehingga 23 April dan berjaya menghasilkan sebanyak 3000 unit pelindung muka. Kesemua pelindung muka dan gaun isolasi yang telah siap dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk diagihkan ke seluruh hospital di sekitar negeri Terengganu dan pusat kuarantin.

T

ambahan lagi, menurut Ts Dr Noor Zaitun Yahaya, bagi memastikan kualiti dan standard penghasilan-

nya dipatuhi, ianya bermula seawal pemilihan bahan yang digunakan sehingga pemilihan tempat pembuatan operasi dipastikan dalam keadaan yang bersih dan terkawal. Proses penghasilan pelindung muka ini sentiasa mematuhi pembekalan PPE oleh The Occupational Safety and Health (Classification Labelling and Safety Data Sheet of Hazardous Chemicals) Regulations 2013 (CLASS Regulation). Hal ini meliputi daripada pemilihan bahan, tempat operasi, pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan adalah sentiasa mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Selain itu, semua sukarelawan perlu mematuhi standard yang telah ditetapkan dimana sebelum memulakan gerak kerja ini, sukarelawan perlu memastikan mereka dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan gejala seperti demam, batuk dan selesema. Mereka perlu mencuci tangan terlebih dahulu menggunakan ‘ hand sanitizer’, memakai ‘gloves’ dan topeng muka

30


31


INFO KESIHATAN Disediakan Oleh : Sekretariat Multimedia Dan Penerangan

32


info ad-din Disediakan Oleh : Sekretariat Multimedia Dan Penerangan

33


LIKE AND FOLLOW US ON

penerbitumt officialmppumt


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Samudera Jun 2020 by Penerbit UMT - Issuu