Skip to main content

Ko-Q November 2019 Volume 1

Page 1

Volume 1

November 2019

PPHK DAN ISN JALINKAN KERJASAMA

PPHK telah menempa sejarah era baru dengan menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama dengan Institiut Sukan Negara Malaysia (ISNM). Pembangunan sukan di UMT merupakan satu agenda penting untuk membawa nama UMT ke persada dunia. En. Mohd Nor Shokri bin Hj Abd Rahman, Pengarah PPHK dan En Kamal Bin Talib, Pegawai Belia dan Sukan Kanan BSR telah hadir ke majlis kolaborasi dengan menandatangani LOI dengan ISNM yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISNM, En Ahmad Faezal bin Md Ramli pada 2 Oktober 2019 di ISN. Kerjasama yang

berbentuk akademik dan perkhidmatan ini jelas menunjukkan komitmen PPHK membawa sukan dan rekreasi UMT ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing. Idea kolaborasi ini telah disambut dengan baik pihak ISNM dalam menjayakan agenda pembangunan sukan negara. Antara perkara yang menjadi asas perbincangan adalah Seminar PENGURUSAN Sukan dan Rehabilitasi (SMaRC2020) yang akan dianjurkan oleh PPHK pada bulan Ogos 2020 dengan kerjasama ISNM dan beberapa institusi lain yang akan turut-serta menjayakannya.

page 1


Volume 1

November 2019

UMT UNGGULI TENIS MAKSAK TERENGGANU Pemain-pemaian tenis UMT tela mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan mendominasi kejuaraan di Kejohanan Tenis MAKSAK Terengganu 2019. Kejohanan berlangsung pada 4-5 Oktober 2019 bertempat di Gelanggang Tenis, Universiti Malaysia Terengganu. Kejohanan disertai oleh hampir semua agensi kerajaan dan badan-badan gabungan MAKSAK Terengganu. Seramai 40 orang peserta mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Keputusan Penuh Kejohanan yang membabitkan staf UMT adalah seperti berikut; KATEGORI PERSEORANGAN TERBUKA Johan : Ahmad Iqbal Bin Ahmad Razali N.Johan : Mohd Shukur Bin Saad Ketiga : Mohd Zulhelmi Bin Azhar KATEGORI BEREGU TERBUKA Johan : Mohd Zulhelmi Bin Azhar / Ahmad Iqbal Bin Ahmad Razali N.Johan : Mohd Nor Shokri Bin Abd Rahman /Mohd Shukur Bin Saad Ketiga : Abd Wahab Bin Mohamad Hashim / Mohamad Khalies Bin Hami Hamzah KATEGORI PERSEORANGAN VATEREN Johan : Abd Wahab Bin Mohamad Hashim KATEGORI BEREGU VATEREN Ketiga : Abd Wahab Bin Mohamad Hashim / Prof. Madya. Dr. Zakaria Bin Mohamad

page 2


Volume 1

November 2019

KELAB BARATHAM CEMERLANG Kelab Baratham sebagai penyandang Johan sekali lagi mengungguli Pertandingan Debat Bahasa Tamil anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan di kampus Sintok pada 5 Oktober 2019. Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, PPHK telah menghantar dua pasukan debat, empat orang satu pasukan dan tiga orang pelajar untuk pertandingan puisi. Pasukan debat UMT A, terdiri daripada Saudara Nedunchudar, Vinothani, Perabudeva dan Saudari Revathy berjaya merangkul gelaran Johan dan Pendebat Terbaik diraih oleh Saudara Perabudeva. Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00 dan Pendebat Terbaik memperolehi RM500.00 berserta trofi. Manakala pasukan debat UMT B, Saudara Jaya Sivan, Saudari Sharon Ann, Thisha Abirami dan Nivasini mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM500.00 berserta trofi. Dalam pertandingan puisi pula, Saudara Shoban Kumar menduduki tempat ketiga. Kejayaan ini sekali lagi melonjakkan nama Universiti Malaysia Terengganu di persada kebangsaan melalui Pertandingan Debat Bahasa Tamil dan juga Pertandingan Puisi Bahasa Tamil Kecemerlangan Kelab Baratham berkesinambungan di dalam Pertandingan Debat Bahasa Tamil melalui penyertaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 19 Oktober 2019. Penyertaan kali ini membariskan tiga orang pelajar lelaki, Saudara Nedunchudar, Perabudeva dan Mohammad Sabran, serta seorang pelajar perempuan, Saudari Thisha Abirami, berjaya membawa pulang gelaran Johan bersama hadiah wang tunai RM400.00 berserta trofi. Kejayaan ini sekali lagi melonjakkan nama Universiti Malaysia Terengganu di persada kebangsaan melalui Pertandingan Debat Bahasa Tamil.

page 3


Volume 1

November 2019

MAHASISWA BERSAMA KOMUNITI

PPHK melalui Bahagian Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar, telah turun padang untuk menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Program ini berlangsung pada 17 – 19 Oktober 2019. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat memahami keperluan masyarakat luar bandar khasnya di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Selain itu, program ini dapat menanam semangat sentiasa ingin berbakti kepada masyarakat di dalam diri pelajar dengan memberi komitmen dari segi masa, tenaga dan buah fikiran mereka. Jati diri para pelajar juga dapat ditingkatkan melalui tanggungjawab yang diamanahkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang di adakan sepanjang OPKIM 2019. Program ini dilaksanakan dengan sinergi dan kerjasama dengan Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT (PRS), Persatuan Anak Felda (PERSADA), Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia UMT (PEMADAM) dan Angkatan Anak Seni UMT (AKASIA). Program ini di mulakan dengan majlis penyerahan 57 pelajar UMT sebagai anak angkat kepada 21 keluarga oleh YBhg. TNC HEPA. Seramai 3 orang pelajar India 51 bumiputera 3 sabah/serawak telah diadakan di Dewan Sivik Kampung Buluh. Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Perasmian OPKIM yang dirasmikan oleh Ustaz Maliaman Kassim, Ahli Undangan Negeri Terengganu yang diadakan di Masjid Kampung Buluh. Melalui Aktiviti Ziarah kasih,10 buah keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan sumbangan berbentuk keperluan harian dan pemberian 1 unit kerusi roda serta wang tunai sumbangan dari warga UMT. Di samping itu, peserta

Aktiviti Melukis Dan Mengecat Mural & Majlis Penyerahan Anak Angkat

juga telah menyumbang tenaga untuk melukis mural di Sek Keb Seri Buluh dan Tadika Kemas Kampung Buluh. Program OPKIM ini di meriahkan lagi dengan kerjasama 7 agensi kerajaan iaitu Team Tabung Darah HSNZ, Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Berang dan serta pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah, Pemeriksaan Pergigian dari Klinik Pergigian Kuala Berang, Pejabat Pertanian Kuala Berang dan Team Unduk2 UMT di Ruang serbaguna, Masjid Kg. Buloh. Pertandingan mewarna membabitkan murid sekolah rendah dan tadika diadakan di lokasi yang sama bertujuan menyuburkan kreativiti di kalangan murid sekolah rendah. Selain itu juga, telah di adakan slot motivasi kepada lebih 50 orang pelajar sekolah yang diadakan di Dewan Sivik Kg Buluh yang dikendalikan oleh seramai 10 orang pelajar UMT. Malam Kebudayaan juga telah diadakan di tempat yang sama pada sebelah malam yang melibatkan penyertaan bersama pelajar Sek Keb Seri Buluh, penduduk kampung dan pelajar UMT. Melalui malam kebudayaan ini, para pelajar UMT dapat mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat budaya setempat. Pada hari terakhir program, telah di adakan gotong royong membersihkan kawasan Masjid Kampung Buluh. Di samping itu, pihak UMT juga telah menyumbangkan satu set tong kitar semula kepada Masjid Kampung Buluh untuk di jadikan pusat kitar semula kampung tersebut. Program ini di akhiri dengan gotong – royong memasak bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Buluh untuk majlis kenduri sekampung. Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. TNC HEPA di Masjid Kampung Buluh.

Slot Ziarah Kasih dan Majlis Perasmian OPKIM

Aktiviti Motivasi, Gotong-royong, Kenduri Sekampung dan Penyerahan Tong 3R

page 4


Volume 1

November 2019

MENELURUSI ARUS MELALUI KAYAK PERPADUAN

Bagi mempromosi UMT sebagai pusat pemindahan ilmu melalui aktiviti sukan dan rekreasi kepada masyarakat sekitar dan juga sekolah yang berhampiran, PPHK pada 17 – 19 Oktober 2019 mengorak langkah untuk bersama dengan 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kua, Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu dan beberapa agensi serta institusi serakanan telah menganjurkan kayak perpaduan menelusuri Sungai Berang.

Antara agensi yang terlibat menjayakan aktiviti ialah MPKK Pengkalan Ajal, Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional Negeri Terengganu, PDRM Hulu Terengganu, Jabatan Bomba & Penyelamat Hulu Terengganu, Jabatan Kesihatan Hulu Terengganu Majlis Daerah Hulu Terengganu, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Sekolah Kebangsaan Kua, UniSZA, Politeknik Kuala Terengganu. Program ini juga berjaya membina sakhsiah para peserta melalui kemahiran merancang, memimpin dan mengurus dengan berkesan.

Peserta Program Kayak Perpaduan 2019. Bersedia untuk meneruskan kayuhan daripada Pengkalan Ajal ke Kampung Buluh

page 5


Volume 1

November 2019

PROGRAM USR “HITTING THE MARK�

PPHK melalui Bahagian Sukan dan Rekreasi telah mengadakan satu program USR di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah dengan pengendalian Sukan Memanah kepada guru dan juga pelajar di sekolah tersebut. Program ini telah diadakan pada 17 – 18 Oktober 2019 dan disertai oleh seramai 52 orang pelajar tahun 4, tahun 5 dan juga Tahun 6, 48 orang guru dan 2 orang ibu bapa. Program ini telah diketuai oleh Encik Kamal bin Talib, Pegawai Belia dan Sukan Kanan Bahagian Sukan dan Rekreasi dan telah dibantu oleh dua orang pelajar dari Kelab Memanah Universiti Malaysia Terengganu iaitu Nurul Izzati binti Ramli (S46024) dan Tuan Amni Basyirah binti Tuan Abdu Aziz

(S54226). Antara kandungan program ini adalah penerangan kepada peralatan sukan memanah, penjagaan peralatan memanah dan keselamatan dalam sukan memanah. Sukan ini dipilih oleh sekolah ini memandangkan sukan memanah ini adalah sukan sunnah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar dan guruguru. Guru Besar sekolah ini Encik Mohd Rosidi bin Saad juga turut bersama sepanjang kursus ini dan telah merakamkan penghargaan kepada UMT dan menyampaikan hasrat bagi menghantar pelajar dan guru sekolah ini ke UMT untuk mendapatkan latihan dan bimbingan yang lebih mendalam.

page 6


Volume 1

November 2019

PROGRAM “FEEL THE ARROW�

Memanah merupakan salah satu kegiatan riadah dan sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selain daripada berenang dan berkuda. Bagi menyokong aktiviti ini, PPHK melalui Bahagian Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kursus Memanah Teknikal Compound khusus kepada kakitangan UMT dengan objektif untuk membentuk sekumpulan jurulatih UMT dalam sukan memanah. Ia juga bertujuan untuk melatih dan membimbing para pelajar yang berpotensi dalam sukan ini. Kursus ini diadakan di Dewan Kompleks Sukan Tengku Muhamad Ismail pada 20 hingga 21 Oktober 2019 dan dikendalikan oleh Coach Tan Peng Loon, Jurulatih Compound (PARA) Kebangsaan. Ia telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari pelbagai

lapisan staf UMT. Kursus ini dirasmi oleh Haji Mohamad Rafee Jusoh, Ketua Bahagian Sukan dan Rekreasi dan perasmian penutupnya disempurnakan oleh Encik Mohd Nor Shokri bin Hj. Abdul Rahman, Pengarah PPHK. Tempoh dua hari yang diluangkan oleh Coach Tan Peng Loon dimanfaatkan sepenuhya oleh para peserta berikutan kursus yang dikendalikan secara santai dan banyak sesi handson berkaitan teknikal memanah baik untuk recurve, compound mahupun barebow. Paling menarik ketika sesi penalaan atau tuning bow berikutan kemahiran ini hanya dikuasai oleh pemanah yang bergelar jurulatih.

page 7


Volume 1

November 2019

INTERNATIONAL OPEN DANCE

Kumpulan Persadatari, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, PPHK mengorak langkah berani menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa iaitu International Open Dance, anjuran International Dance Organization yang berpengkalan di German. Pertandingan ini diadakan di KDU School Damansara pada 26 Oktober 2019. Di bawah bimbingan kareografer tari, Bahagian Kebudayaan dan

Kesenian, Encik Mohd Shareezad Abd Satad, penyertaan UMT Berjaya menerima Anugerah Silver. Satu pencapaian hebat di pertandingan yang disertai oleh 17 kumpulan dari pelbagai negara seperti Malaysia, India, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Pertandingan ini diadili oleh juri-juri professional daripada Negara German, Hong Kong, India dan Malaysia.

page 8


Volume 1

November 2019

KEKAL SIHAT KESURGA

Bagi membudayakan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga UMT melalui aktiviti sukan dan riadhah, PPHK melalui BSR telah menganjurkan Kejohanan Sukan Warga UMT (KeSurga) pada 24 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Sukan Tengku Muhamad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 200 orang warga UMT menyahut cabaran KeSurga yang membabitkan 3 acara sukan yang dipertandingkan. Para peserta di bahagikan kepada 9 PTj dan pemenang setiap acara adalah seperti berikut;

1. Street Soccer Johan N. Johan Ke 3 Bersama

: PPPTK : Pej. Pendaftar : HEPA & PPH

2. Bola Tampar Johan N. Johan Ke 3 Bersama

: PPPTK : TNCA 1 : HEPA & Pej. Pendaftar

3. Ping Pong Johan N. Johan Ke 3 Bersama

: TNCA 1 : PPPTK 1 : Pej. Pendaftar & PPPTK 2

page 9


Volume 1

November 2019

NURSYAMIMI UNGGUL DI SAYEMBARA DENDANGAN SYAIR

Gelanggang Kraftangan Negeri Terengganu menjadi saksi kehebatan seorang pelajar UMT, Nursyamimi binti Ramli, pelajar tahun 1 Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Fakulti Sains Sekitaran Marin, dalam Sayembara Dendangan Syair 6 Zon Peringkat Zon Timur anjuran Jabatan Warisan Negara, dengan menggondol gelaran Johan. Nursyamimi berjaya mengenepikan peserta-peserta dari Pahang, Kelantan serta peserta dari Terengganu sendiri. Beliau yang dibimbing oleh Encik Mohd Shareezad Abd Satad, Pegawai Kebudayaan di Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, membawa pulang hadiah

wang tunai berjumlah RM1,000 dan dipilih mewakili Zon Timur ke peringkat kebangsaan. Manakala di pentas Sayembara Dendangan Syair 6 Zon Peringkat Kebangsaan berlangsung di MATIC, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2019, Nursyamimi binti Ramli telah menggalas cabaran mewakili Zon Timur. Menampilkan 6 peserta terbaik yang mewakili Zon masingmasing, Nursyamimi berjaya mendapat hadiah saguhati di tempat ke 4. Biarpun di tempat ke 4, beliau merasa amat bangga kerana berjaya membawa nama UMT ke persada kebangsaan.

page 10


Volume 1

November 2019

PPHK WALL OF FAME

page 11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Ko-Q November 2019 Volume 1 by Penerbit UMT - Issuu