Isu #1, April 2020
Legal_umt
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Dari Meja Penasihat Undang-Undang Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulilah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas penerbitan pertama buletin atas talian PPUU yang diberi nama Legal Buzz. Tujuan penerbitan buletin ini adalah untuk menyampaikan isu perundangan kepada warga UMT dalam gaya bahasa penulisan yang boleh difahami oleh semua peringkat. Legal Buzz edisi pertama ini mengetengahkan isu-isu perundangan seputar COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac 2020 dan sehingga artikel ini ditulis, Malaysia telah masuk fasa ketiga PKP iaitu bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Kelihatannya pihak Kerajaan sangat tegas memastikan rakyat patuh pada arahan PKP ini dengan mengadakan lebih banyak sekatan jalanraya dan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang ingkar. Berdasarkan maklumat Majlis Keselamatan Negara (MKN) seramai 1,057 individu ditahan ingkar arahan pada hari kedua fasa ketiga PKP. Pihak PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu membolehkan bukan sahaja penalti dikenakan ke atas pesalah PKP apabila disabit kesalahan tetapi juga dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 juga memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undangundang ini akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Mana-mana staf UMT yang ingkar (termasuk Ketua Jabatan) jika disabitkan kesalahan di bawah Peraturan PKP ini dan dihukum penjara akan menerima kesan mengikut Seksyen 23 (1), Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 di mana seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik penjara dijatuhkan terhadapnya walaupun hukuman penjara sehari. Oleh hal yang demikian, Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya keperluan kritikal sahaja dengan kebenaran minima diberikan pada staf ke pejabat dalam tempoh yang singkat. Staf yang ingkar jika ditahan, disiasat dan KANDUNGAN diambil tindakan mahkamah akan memberi kesan yg besar kepada staf itu secara khasnya dan memburukkan Dari Meja Penasihat Undang-Undang 1 imej UMT secara amnya. Kata-kata Aluan Naib Canselor 2 Oleh itu, saya menasihatkan semua warga UMT supaya Akta Pencegahan dan Pengawalan 3 duduk di rumah dan sama-sama kita berganding bahu Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]: memutuskan rangkaian Kesalahan-kesalahan di bawah Akta 342 penularan COVID-19 ini supaya kita dapat menjalani kehidupan Bekerja dari Rumah: Tanggungjawab 6 seperti sedia-kala. pegawai di bawah Akta 605
Pekerja Kontrak di Universiti: Hak pembayaran gaji semasa Perintah Kawalan Pergerakan selain daripada perkhidmatan perlu di Universiti
8
Tandatangan Elektronik: Solusi pemeteraian perjanjian semasa PKP
10
Berita Undang-Undang
12
#stayhome #staysafe #kitajagakita
Salam hormat,
Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar Penasihat Undang-Undang UMT