Skip to main content

Ko-Q Disember 2019 Volume 2

Page 1

Volume 2

Disember 2019

SELAMAT DATANG PROF. MADYA. DR. HAFIZ BIN ZAKARIYA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU oleh : Shafie bin Umardi@Kamarol Bahrin

1 Disember 2019, UMT telah menyambut ketibaan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) yang baharu iaitu Prof. Madya. Dr. Hafiz Bin Zakariya yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut bagi tempoh tiga tahun. Beliau dilantik bagi menggantikan Prof Ts. Dr Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali yang telah menamatkan tempoh pelantikan pada 31 Disember 2019. Setibanya beliau di kompleks siswa umt, beliau telah diperkenalkan kepada beberapa orang pegawai HEPA dan staf HEPA. Turut hadir sama adalah ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMT. Selepas itu, beliau terus diiring ke pejabat bagi mengetip waktu kehadiran melalui sistem mynemo UMT dan seterusnya menghadiri sesi

taklimat yang disampaikan oleh En Zainudin Bin Mamat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Dalam ucapan pembukaan, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada beliau bagi melaksanakan tugas di UMT. Beliau amat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada semua staf dan pelajar UMT bagi merealisasikan visi dan misi serta menaikkan imej UMT sebagai universiti yang terunggul. Sebelum ke UMT, beliau bertugas sebagai Dekan di Instititut Antarabangsa Tamadun Islam, UIAM. Bidang kepakaran beliau ialah Islam di Asia Tenggara, Tamadun Islam, Tamadun Barat dan Pendidikan Tinggi di Dunia Islam.


Volume 2

Disember 2019

PELAJAR DAN STAF UMT WAKILI NEGERI TERENGGANU DALAM SUKAN FUTSAL oleh : Mohd Syafiq Aizat bin Abd. Aziz

Pasukan Futsal Negeri Terengganu di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu telah merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan ‘Malaysia Premier Futsal League’ (MPFL 2019) yang julung kali diadakan di Negara ini.

dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30,000. Pasukan Selangor telah menjuarai kejohanan ini dan pasukan Pahang sebagai Naib Johan. Masingmasing membawa pulang RM 100,000 dan RM 50,000.

Kejohanan berprestij yang disiarkan secara langsung di Astro Arena ini diadakan selama enam bulan bermula bulan Mac sehingga September telah menutup tirai pada 29 September 2019. Pasukan Terengganu telah menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 8-3 seterusnya dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3

Dua orang pelajar UMT iaitu Aizat bin Shaari dan Mohamad Idham Shafuan bin Iraman telah terpilih mewakili pasukan, manakala Encik Mohd Syafiq Aizat bin Abdul Aziz, staf Bahagian Sukan dan Rekreasi, PPHK dipilih sebagai Penolong Jurulatih pasukan Terengganu.


Volume 2

Disember 2019

SERBUAN KOMUNITI KE CONVO RIDE

oleh : Siti Noriam binti Yaakob

15 Nov - UMT@TSG Convo Ride 2019 buat julung kalinya diadakan bersempena Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-17. Acara ini merupakan acara pembukaan di Pesta Konvokesyen UMT. Program anjuran Bahagian Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG Team) ini telah menarik minat 405 orang peserta kayuhan termasuk 110 daripadanya yang datang secara walk-in. Kayuhan santai ini bermula di Tapak Pesta Konvo menuju ke Pejabat TSG dengan menyusuri Pantai Seberang Takir dan mercu tanda pelancongan negeri yang tersohor Drawbrigde Terengganu. Profesor Dato’ Dr. Nor’Aieni bt Hj Mokhtar, Naib Canselor UMT telah merasmikan pelepasan peserta konvoi tepat jam 8.00 pagi. Konvoi kayuhan yang diketuai oleh En. Mohd Nor Shokri Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum turut disertai oleh Yang Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah

Terengganu Pro-Asia Cycling Team. En. Mohd Khairul Hakimi bin Mohd Nawi, Presiden Alumni UMT dan Hj. Mohamad Rafee bin Jusoh, Ketua Bahagian Sukan dan Rekreasi selaku Pengarah Program ini, juga hadir sama memeriahkan majlis. Selain untuk mencungkil bakat pengurusan dan pentadbiran sukarelawan sukan dalam penganjuran program oleh pelajar, program ini juga bertujuan mempromosikan Pesta Konvokesyen UMT 2019 yang akan diadakan bermula pada 15 sehingga 18 November 2019. Seawal jam 6.45 pagi, para peserta mula membanjiri dataran tapak pesta konvo yang datang dari pelbagai daerah dan jenis basikal. Tarikan basikal setinggi 7 kaki juga memberi keunikan dalam Convo Ride edisi pertama ini. Para peserta juga berpeluang beramah mesra dan mengunjungi gerai-gerai jualan yang mula dibuka seawal jam 7.30 pagi. Selain itu, mereka juga sempat menyertai beberapa aktiviti sukaneka dan sukan rakyat yang turut diadakan di tapak pesta konvo.


Volume 2

Disember 2019

SOROTAN KeSurga 2019

oleh : Muhammad Aiman bin Aziz

Penganjuran Sukan Warga (KeSurga) telah memasuki Fasa 3 iaitu fasa terakhir untuk edisi 2019 iaitu pada 28 November 2019 (Khamis). Tiga acara telah dipertandingkan bagi fasa 3 KeSurga 2019 iaitu acara Dart, Badminton Beregu dan Bowling berpasukan dan Individu. DART Bagi acara dart individu, 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki individu dan wanita individu. Seramai 28 peserta lelaki telah mendaftarkan diri manakala 24 peserta wanita bersaing merebut kejuaraan untuk edisi 2019 ini. Saingan sengit bagi kedua-dua kategori telah menghasilkan bakat-bakat baru dalam sukan dart di UMT. Kategori lelaki individu telah dimonopoli oleh pasukan Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) dengan membolot tiga tempat teratas, Encik Kamal Azani (PPH) dinobatkan sebagai juara pada edisi kali ini mengenepikan Encik Zulkifli juga dari (PPH) sebagai naib juara manakala Encik Suhailan (PPH) di tempat ke 3 bersama Encik Johari Mat Lela (INOS). Bagi kategori wanita pula pasukan (PPH) turut menjuarai kategori tersebut melalui Puan Mariana (PPH) yang telah menumpaskan saingan terdekat beliau iaitu Puan Nusaibah (FSSM). Berkongsi tempat ke 3 bersama iaitu Puan Aminah dan Puan Mazilah juga dari pasukan PPH.

Aksi yang dipamerkan oleh peserta dart individu

Pemenang acara dart individu bergambar bersama pingat masingmasing

BADMINTON Bagi acara badminton Fasa 3 (KeSurga) 2019 pula, tiada acara individu dipertandingkan, kategori yang dipertandingkan pada edisi kali ini ialah beregu lelaki dan wanita. Sambutan dan tumpuan bagi acara badminton beregu ini sangat luarbiasa. Ini kerana setiap PTj telah memohon pihak penganjur untuk membuka penyertaan sebanyak mungkin bagi satu PTj. Kekangan masa dan jadual yang padat telah menghadkan penyertaan setiap pasukan untuk menyertai acara tersebut. Setiap PTj telah mempertaruhkan pemain terkuat pasukan masing-masing. Bagi kategori beregu lelaki, pasukan HEPA mengesahkan kejuaraan melalui pasangan Encik Mohd Fazli Badauddin dan Encik Mohd Shukur Saad dengan mengenepikan pasangan En. Najhan dan Encik Fadhil dari PPH. Tempat ke 3 bersama kategori lelaki juga daripada pasukan PPH. Untuk kategoti wanita pula, pasukan PPH melalui Puan Suhaiza dan pasangan iaitu Puan Dalina telah mengungguli acara tersebut dengan menumpaskan lawan iaitu Puan Suria dan Puan Mazlina juga dari pasukan PPH di tangga ke 2. Berkongsi di tangga ke 3 bersama ialah pasukan HEPA dan PPH


Volume 2

Disember 2019

Antara aksi dalam acara badminton beregu

Juara beregu lelaki badminton beregu KeSurga 2019

Juara dan naib juara badminton kategori wanita

master individu dan kategori berpasukan. Kategori master individu telah menobatkan Encik Nadzim Nasir sebagai juara individu sekaligus kejuaraan sulung buat beliau pada tahun ini telah meninggalkan Encik Zulkarni di tempat ke 2, Encik Nazrul yang mewakili PPI + Pej. NC sekadar meraih tempat ke 3 kategori individu. Bagi kategori berpasukan pula, gabungan PSNZ dan Pejabat Bendahari membuahkan hasil yang diimpikan oleh setiap pasukan bertanding dengan menjuarai kategori berpasukan menumpaskan pasukan TNCA di tangga ke 2 manakala gabungan pasukan PTM dan Pejabat Pendaftar sekadar menduduki tempat ke 3 kategori berpasukan.

Aksi memukau peserta favourite tenpin bowling KeSurga 2019

Juara masters acara tenpin bowling individu

TENPIN BOLING Acara tenpin boling yang telah dianjurkan pada tahun ini telah mengumpulkan penyertaaan di luar jangkaan penganjur kejohanan dengan rayuan peserta yang tidak sempat mendaftar untuk menyertai acara tersebut. Dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh penganjur kejohanan, segala masalah berkaitan penyertaan peserta dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sehingga tamat kejohanan. Bagi acara tenpin boling pula, 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori

Pemenang bergambar kenangan bersama pingat masing-masing


Volume 2

Disember 2019

SUKARELAWAN UMT AKTIF MENIMBA ILMU

oleh : Mohd Salleh bin Bain

Disember 2019 merupakan bulan sukarelawan bagi pelajar UMT. Selain dari melakukan aktiviti kesukarelawanan di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot pada hujung November 2019, pelajar UMT juga menyertai Karnival sukarelawan Mahasiswa 2019 di Universiti Malaysia Sarawak dan Seminar Sukarelawan Kebangsaan 2019 di Dewan Zaba, Kementerian Pelajaran Malaysia . Pada 23 Nov yang lalu seramai 45 orang pelajar UMT telah terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot. Para pelajar terlibat dalam aktiviti keceriaan iaitu mengecat pagar sekolah, mural dan program motivasi. Aktiviti ini adalah bersempena dengan Program Sekolahku Universitiku. Program yang dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di mana terdapat sekolah yang diberikan kepada universiti untuk dijadikan sekolah angkat dalam membantu membangunkan sekolah tersebut. Pada 30 November hingga 2 Disember 2019, seramai 4 orang pelajar UMT telah menyertai Program Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019 anjuran Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini di hadiri seramai 102 peserta yang mewakili 8 buah universiti awam Malaysia. Antara intipati program adalah seminar keselamatan dan persiapan pasca banjir, simulasi bencana banjir serta program turun padang di Sekolah Kebangsaan Bandi Ulu, Sarawak.

Kebangsaan 2019 yang diadakan pada 12 Disember 2019. Program ini dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM). UMT telah menghantar 20 orang peserta dan jumlah keseluruhan peserta yang terlibat untuk seminar ini adalah seramai 525 orang yang terdiri dari kesemua Universiti Awam Malaysia. Sesi perkongsian ilmu oleh sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Sukarelawan NGO dan Warga Universiti mengisi program pada sebelah pagi dan awal petang. Pada sebelah petang, peserta seminar dibahagikan ke beberapa kumpulan untuk dihantar ke beberapa lokasi rumah orang tua, rumah anak yatim dan pusat pembangunan komuniti.

Peserta Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019, UNIMAS

Misi pencarian ilmu diteruskan di Seminar Sukarelawan

Program Sekolahku Universitiku

Program Seminar Sukarelawan Kebangsaan 2019


Volume 2

Disember 2019

SENI DI KELEK, BUDAYA DI JUNJUNG oleh : Muhammad Shahrul Azmi Hasan

KUALA KUBU BHARU, Selangor : Angkatan Anak Seni UMT atau pun AKASIA sekali lagi berkampung di Asia Camp bagi membina dan memupuk semangat muhibbah, integrasi, toleransi dan kerjasama antara mereka melalui program yang dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Pusat pembangunan Holistik dan Ko-kurikulum, UMT pada 13 – 15 Disember 2020 di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program yang diberi nama ‘Kem Seni dan Retreat Budaya 2019’ ini telah berjaya mengumpul seramai 45 orang mahasiswa dari pelbagai kelab-kelab kebudayaan yang bernaung di bawah panji AKASIA. Program yang dijalankan pada siri keenam ini merupakan penganjuran yang terbaik daripada siri sebelumnya kerana hampir keseluruhan pengurusan dan aktiviti sepanjang program ini dikendalikan sendiri oleh peserta yang terlibat. Selama tiga hari dua malam di Kem Seni dan Retreat Budaya ini, para peserta telah menimba pelbagai pengalaman serta perkongsian ilmu yang cukup bermakna untuk dijadikan bekalan bagi meneruskan

perjuangan sebagai mahasiswa pendokong seni dan budaya di UMT. Setiap peserta diwajibkan untuk mengikuti aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, Obstacle dan Water Floating bagi meningkatkan ketahanan fizikal serta keyakinan dalam diri masing-masing. Selain itu, segmen ‘Seni dan Islam’ dan ‘Minda Kelas Pertama’ merupakan antara aktiviti yang sarat dengan perkongsian informasi dan maklumat yang boleh diterjemahkan oleh setiap peserta semasa di kampus mahu pun setelah bergraduat. Penganjuran kali ini turut diserikan lagi dengan segmen ‘Bicara Tokoh’ dengan menampilkan seorang selebriti, pelakon, pesilat serta pelawak terkenal iaitu Saudara Ebby Yus sebagai tetamu jemputan yang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Antara tokoh lain yang turut menjayakan program pada kali ini adalah Ustaz Dr. Riswadi bin Azmi (Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT) dan Pn. Hazira binti Mohd Nasir (UiTM, Puncak Alam). Melalui soal selidik yang telah dijalankan oleh semua peserta telah memberikan markah cemerlang kepada program ini.


Volume 2

Disember 2019

SAYAP KOLABORASI PPHK KE INDONESIA

oleh : Mohd Nor Shokri bin Hj. Abd Rahman

Buat pertama kalinya PPHK berkolaborasi dengan universiti luar negara melibatkan Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dan Universitas Negeri Malang (UM). Kolaborasi dijalin dalam bentuk menandatangi dokumen Letter of Intent (LoI) di antara En. Mohd Nor Shokri bin Abd Rahman, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum (PPHK) dengan ketiga-tiga Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan di tiga universiti tersebut. Kerjasama ini berlangsung di ketiga-tiga universiti berkenaan pada 16-23 Disember 2019. Antara bentuk kolaborasi dan kerjasama yang disepakati ialah melibatkan kerjasama akademik, pertukaran maklumat berkaitan penyelidikan, pembangunan dan latihan sukan, pertukaran pelajar dan staf serta apaapa aktiviti yang boleh memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Di UNJ, Pengarah PPHK disambut oleh Dr. Johan Ardiansyah, Dekan, Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK). Bersama beliau adalah kedekanan dan para pensyarah FIK, UNJ. Disamping berhajat untuk berkolaborasi dalam bidang yang tercatat di dalam dokumen LoI, UNJ juga berminat untuk bekerjasama dengan kepakaran

yang terdapat di UMT terutamanya dalam kemahiran dan persijilan selam scuba. FIK UNJ juga berhajat untuk menghulurkan bantuan bagaimana mereka boleh membantu untuk menaikkan kedudukan sukan UMT di senarai MASUM.

Di UNY, Pengarah PPHK telah diraikan oleh kedekanan dan para pensyarah FIK, dengan diketuai oleh Timbalan Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK) UNY, Prof. Dr. Siswantoyo. UNY memiliki klinik rehabilitasi sendiri yang memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada atlit, tetapi juga kepada pihak awam di dalam dan luar negara. Ketika di UM Pengarah PPHK telah disambut oleh Prof. Dr. Ibrahim Bafadal, Timbalan Rektor (Perancangan, Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Hubungan Kerjasama). Turut serta dalam majlis tersebut ialah kedekanan dan para pensyarah Fakultas Ilmu Keolahragaan (FIK), UM yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Sapto Adi. Para pensyarah FIK di ketigatiga universiti amat berminat untuk turut serta dalam persidangan sains sukan yang akan dianjurkan oleh PPHK pada September 2020.


Volume 2

Disember 2019

PILIHANRAYA KAMPUS UMT : KE ARAH MEMPERKASAKAN AUTONOMI PELAJAR

oleh : Mohd Salleh bin Bain

17 Disember 2019, berlangsungnya satu Pilihan Raya Kampus UMT (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) pada sesi 2019/2020 yang telah diadakan di Dewan Sultan Mizan mempunyai kemanisan yang tersendiri. Pilihan raya kampus pada kali ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar sepertimana yang disarankan oleh pihak Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Petugas Pelajar - Pilihan Raya Kampus UMT terdiri daripada para pelajar yang menawarkan diri untuk melaksanakan proses pemilihan kali ini. Terdapat peningkatan dalam Pilihan Raya Kampus UMT pada sesi kali ini. 4 daripada 5 fakulti berlaku pertandingan dalam merebut 10 kerusi fakulti berbanding 2 pusat pengajian pada tahun lepas.

Pelajar beratur untuk masuk dewan pengundian.

Bilangan pelajar yang bertanding untuk merebut kerusi umum juga meningkat sebanyak 30% berbanding tahun 2018/2019. Selain itu, peningkatan peratusan pelajar yang turun mengundi juga sangat memberangsangkan di mana 5807 mahasiswa yang bersamaan 60.31% turun mengundi. Satu berita gembira di mana peratusan mengundi meningkat sebanyak 95%, berbanding pada tahun 2018 dimana hanya 34% pelajar turun mengundi. Jawatankuasa Petugas Pelajar - Pilihan Raya Kampus UMT merupakan satu permulaan yang baik bagi mahasiswa UMT mengorak langkah dalam memahami tugas, fungsi dan autonomi sebagai mahasiswa ketika berlangsungnya PRK.

TNC HEPA melihat perjalanan pembungan undi PRK UMT


Volume 2

Disember 2019

KARNIVAL SILAT KEBANGSAAN TERENGGANU 2019

oleh : Siti Noriam binti Yaakob

Tanggal 18-21 Disember 2019, tercipta sejarah dalam persilatan Negeri Terengganu yang telah mengumpulkan 1700 orang pesilat seluruh Malaysia dalam Karnival Silat Kebangsaan Terengganu 2019 Piala YAB Menteri Besar Terengganu. Karnival kali pertama ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Silat Negeri Terengganu (PESAKA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kolej TATI, Kemaman yang telah menyumbangkan jasa dan tenaga sukarelawan pelajar dan staf bagi menjayakan 6 kategori acara yang dipertandingkan. Karnival ini melibatkan 83 Pertubuhan seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan 221 penyertaan (IPT/ Terbuka) dalam pelbagai usia dengan penglibatan 1,600 orang atlet serta pegawai yang menyaksikan sebanyak enam kategori dipertandingkan dengan menawarkan 500 pingat. Kategori yang akan dipertandingkan adalah usia Pra Dini, Dini, Pra Remaja, Remaja, IPT/Terbuka dan SUKMA. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu. Acara perasmian berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. Turut hadir, Ketua Bahagian Sukan

dan Rekreasi UMT Haji Mohamad Rafee bin Jusoh, Prof. Dr. Anuar Bin Ahmad Rektor UC TATI, Pengarah MSNT, Hj.Mohd Amin bin Busu , Timbalan Presiden PESAKA Negeri Terengganu, Hj. Mohamad bin Mat Amin dan Setiausaha Agong PESAKA Terengganu, En Fakrul Azman bin Abu Bakar. UMT telah diberikan penghormatan selaku tuan rumah kepada karnival yang penuh bermakna ini. YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berharap agar karnival sukan ini menjadi pembakar semangat kepada semua untuk mempamerkan aksi terbaik untuk dipilih mewakili negeri dan IPT ke kejohanan silat yang lebih tinggi. Yang Berhormat Dato’ Yahya bin Ali, SPEAKER Dewan Undangan Negeri Terengganu yang juga Presiden PESAKA Terengganu telah merasmikan majlis penutup karnival ini. Pasukan negeri Terengganu telah dinobatkan juara keseluruhan yang membawa pulang Piala YAB Menteri Besar bagi edisi 2019. Atlet silat Universiti Malaysia Terengganu tidak ketinggalan untuk menyertai karnival ini. Adalah satu pencapaian yang membanggakan apabila 11 orang atlet UMT yang bertanding 3 orang membawa pulang 1 pingat Emas dan 2 pingat Gangsa. Berikut adalah pemenang pingat yang akan mewakili UMT di Kejohanan MASUM 2020 dan SUKIPT 2020. EMAS MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUHAMMAD ALI (P4193) GANGSA MUHAMMAD SYAZWAN BIN ISMAIL (S54108) GANGSA MUHAMMAD RAZIQ AZRIE BIN MOHD AZMI (S47416)


Volume 2

Disember 2019

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2019/2020 oleh : Mohd Salleh bin Bain

Pada tanggal 23 Disember 2019 bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020. MPP UMT sesi ini di terajui oleh Saudari Nur Aina Zafirah bt Noor Azhar, pelajar Sarjana Muda Sain Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin.

Majlis penyampaian watikah ini disampaikan oleh Prof. Ir Dr Azuan bin Abu Hassan kepada kesemua 15 orang exco Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2019/2020. Seramai 150 orang para hadirin yang terdiri daripada jemputan VIP dan petugas- petugas PRK serta Jawatankuasa Petugas Pelajar Pilihan Raya Kampus menyaksikan upacara penyerahan watikah lantikan ini.


Volume 2

Disember 2019

PERKASAKAN AKAR, REALISASIKAN IMPIAN oleh : Siti Noriam binti Yaakob

Kecemerlangan sukan adalah satu perkara yang sangat diidamkan oleh atlet, jurulatih, pengurus sehingga kepada pengurusan tertinggi universiti. Tahun 2019 bukanlah tahun kesamaran sukan UMT tetapi tahun yang memberi inspirasi kepada penggerak sukan di Bahagian Sukan dan Rekreasi untuk bekerja lebih kuat dan bersemangat menggapai bintang kecemerlangan sukan universiti. Kehadiran Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum, En.Mohd Nor Shokri Abd. Rahman bergabung idea dan pendapat bersama Ketua Bahagian Sukan dan Reakreasi, En. Mohamad Rafee b. Jusoh memberikan satu ruang dan hala tuju yang lebih berfokus untuk para pengurus dan penyelaras sukan meletakkan nama Universiti Malaysia Terengganu seiring dengan universiti yang mempunyai akademik sukan di Malaysia.

Program Pembangunan dan Pemantapan Sukan UMT 2020 yang diadakan pada 24-26 Disember 2019 di Morib, Selangor telah menghasilkan satu resolusi dalam sukan UMT dengan beberapa langkah berikut ; 1) Pengstrukturan semula Bahagian Sukan dan Rekreasi 2) Penetapan Petunjuk Prestasi Utama setiap seksyen 3) Pemerkasaan penyampaian perkhidmatan dan fasiliti sukan dalam kampus Ketiga-tiga sasaran utama ini menjadi garis pandu kepada Bahagian Sukan dan Rekreasi untuk mengembalikan kecemerlangan sukan universiti bagi tahun 2020.


Volume 2

Disember 2019

UMT FC CIPTA SEJARAH

oleh : Mohd Rostam bin Yusof@Othman

Pasukan UMT FC melakar sejarah tersendiri dalam sukan bola sepak apabila menduduki tangga ke-3 dalam saingan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 2019. Pencapaian ini adalah yang terbaik semenjak pasukan UMT FC menjejakkan kaki ke divisyen 1 pada tahun

2018. Pasukan UMT FC berkongsi mata yang sama dengan naib juara liga iaitu UiTM Perlis dengan 24 mata dengan hanya berbeza 1 perbezaan gol yang menyebabkan pasukan UMT FC turun ke tangga ke 3 liga.


Volume 2

Disember 2019

Apa yang lebih membanggakan, pasukan UMT FC tidak pernah mengalami kekalahan dalam kesemua 12 perlawanan dan pernah menewaskan pasukan juara liga UiTM FC pada pertemuan yang berlangsung di gelanggang lawan. Pasukan UMT FC memenangi 6 perlawanan serta seri 6 perlawanan lagi yang membolehkan pasukan UMT FC mengumpul 24 mata dan menduduki tangga ke 3 liga. Kedudukan yang amat membanggakan warga UMT ini telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan pihak pengurusan universiti yang mensasarkan tempat ke 5 di dalam liga bagi saingan tahun 2019. Dengan kejayaan ini, pasukan UMT FC akan menerima ganjaran hadiah wang tunai kejohanan sebanyak RM 6,000.00. Bagi tahun 2020, pasukan UMT FC akan tetap fokus untuk mencapai matlamat seterusnya iaitu berada di kedudukan pertama dalam liga IPT. Selain itu juga, UMT FC ingin membawa pulang satu piala bagi tahun 2020 iaitu Piala MASUM atau Piala Menteri Pendidikan Malaysia yang akan berlangsung pada awal tahun 2020.

Pihak pengurusan juga telah menghantar beberapa

nama kepada seketariat Liga Bola Sepak IPT untuk diserap ke pasukan IPT Malaysia dalam persiapan ke Kejohanan AUG tidak lama lagi.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook