INFOKUS Khas
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
|
Bil. 36
www.umt.edu.my
JULAI 2011
n a t s u e i a r L e s a v Terokaan Selaun of Disco Oce
Dari Minda Ketua Pengarang
Desiran ombak di tengah malam Menyapa hati puteri rupawan Terbitan tidak pernah suram Wacana UMT menjadi tatapan Akad dibaca jiwa disapa Jurus di hati janji dimeterai Sedekad berbicara tanpa leka Infokus UMT bersemi di hati Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia Kini genap sepuluh tahun kami menemui pembaca setia INFOKUS Universiti Malaysia Terengganu. Kerjasama seluruh warga UMT amat kami hargai dalam menjayakan penerbitan majalah utama UMT ini. Harapan kami agar pembaca terus setia bersama kami dalam merencanakan kejayaan penerbitan ini dalam usaha untuk mempromosi Universiti Malaysia Terengganu. Semoga kegigihan, ketabahan dan keikhlasan kita semua untuk perkembangan kampus tercinta diberkati Yang Maha Esa. Selamat ulang tahun ke-10 buat Universiti Malaysia Terengganu, semoga kejayaan dan kecemerlangan terus digenggam erat demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
Sampan di jeti tenangnya kuala Tiap ketika muara haluannya Harapan kami tiada hentinya Penatap bicara setia bersama Selasih disusun bersipi sipi Kudapan tetamu putera puteri Terima kasih daun keladi Di lain waktu berjumpa lagi PROF. MADYA DR. NORAIEN MANSOR
SIDANG REDAKSI Penaung
Pereka Grafik
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman
Mohd Fadli Abdullah Rozliana Mat Hussin
Penasihat YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili
Ketua Pengarang Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Jurufoto Mokhtar Ishak Muhamad Adli Hashim Krew PTM
Editor Rabil Sitta Abdul Rahman
Pembaca Pruf Nor Hafizah Arifin
Hak Cipta Terpelihara Š 2011. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
2
INFOKUS Khas Julai 2011
Sedekad PENAUNG INFOKUS Universiti Malaysia Terengganu
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan
(1994-2004)
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin
(2004- 12 April 2009)
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman
(13 April 2009-kini) INFOKUS Khas Julai 2011
3
Perutusan Khas
Naib Canselor
Sempena Ulang Tahun Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera Salam 1Malaysia Salam 1UMT Tahun 2011 genaplah 10 tahun penubuhan Universiti Malaysia Terengganu atau UMT sebagai sebuah universiti penuh. UMT merupakan hasil penjenamaan semula Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia atau KUSTEM yang telah ditubuhkan pada tahun 2001. Manakala KUSTEM pula terhasil daripada penubuhan awal stesen perikanan oleh UPM pada tahun 1979. Permulaan yang kecil tetapi dengan iltizam yang jelas telah menjadikan stesen kecil berkenaan gah berdiri sebagai sebuah universiti yang memenuhi tuntutan pendidikan untuk anak-anak bangsa. Pada hari ini, UMT boleh berbangga dengan memiliki hampir 7,000 pelajar dengan sokongan hampir 500 orang tenaga akademik (termasuk tutor dan felo akademik) dan hampir 800 orang tenaga pentadbir, profesional dan sokongan. Paduan modal insan ini telah membolehkan UMT menawarkan lebih 25 program akademik peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta menawarkan pelbagai bidang penyelidikan melalui program peringkat sarjana dan kedoktoran. Memenuhi tuntutan infrastruktur terbaik untuk pelajar, UMT melalui program pembangunan kampus RMK-9 telah berjaya membangunkan prasarana termasuk bangunan pejabat, bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, pusat pelajar, kompleks sukan serta rangkaian komunikasi kampus yang setanding dengan IPT yang lain. Semua ini diperolehi hasil kecekapan dan kesungguhan pengurusan universiti terdahulu dan yang sedia ada. Melihatkan kepada saiz kampus yang kecil, kerjasama kukuh dengan kerajaan Negeri Terengganu telah membolehkan UMT mendapat kurniaan kawasan kampus tambahan termasuklah di Bukit Kor dan Tasik Kenyir. Di samping beberapa tapak penyelidikan sedia ada seperti kawasan di Pulau Bidong dan di Cagar Hutang, Pulau Redang, tapak tambahan akan membolehkan peningkatan aktiviti akademik dan penyelidikan dilaksanakan dengan lebih giat lagi. Dengan kos melebihi RM0.5 bilion, infrastruktur yang ada di kampus
4
INFOKUS Khas Julai 2011
utama sekarang akan membolehkan UMT bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa dengan lebih yakin demi menghasilkan graduan yang lebih berwibawa. Berada jauh daripada pusat pertumbuhan negara iaitu Kuala Lumpur, telah memberi cabaran besar kepada UMT mendapatkan tenaga akademik berwibawa. Dengan itu, mulai tahun 2006, program peningkatan bilangan tenaga akademik dengan pelantikan felo akademik secara besar-besaran kini telah membuahkan hasil. Felo akademik ini telah mula kembali dengan ijazah kedoktoran masingmasing mulai tahun 2011. Tenaga pakar industri juga telah dibawa masuk ke UMT untuk menjadi ahli akademik melalui program felo penyelidik yang mula diperkenalkan pada tahun 2008. Pada masa yang sama, UMT telah menyertai universiti besar di negara ini dengan melantik calon pensyarah bagi mereka yang telah mempunyai ijazah kedoktoran sahaja. Usaha yang besar ini dibuat dengan hasrat mengukuhkan kekuatan kepakaran dan kewibawaan tenaga pengajar di UMT bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau PSPTN. UMT berhasrat supaya tenaga akademik yang memiliki ijazah Ph.D akan melampaui angka 70% menjelang tahun 2015 nanti. Pada masa ini bilangan pensyarah yang memiliki ijazah Ph.D telah mencapai angka 40%. Dari segi pengisian program dan aktiviti universiti, satu semakan semula telah dibuat menjelang 10 tahun penubuhan UMT. Dengan saranan pimpinan negara supaya setiap agensi pengajian tinggi memberi sokongan kepada PSPTN, UMT telah membuat kajian dan perencanaan semula terhadap keseluruhan visi, misi dan pelan strategiknya (PSUMT) bersesuaian dengan keperluan PSPTN serta keberhasilan utama negara dalam bidang pendidikan
tinggi. Dalam PSUMT yang baharu, penekanan terhadap tiga teras utama telah dirangka khususnya kepada akademik, penyelidikan dan sosial. Dengan program akademik menjadi nadi universiti, tugas penyelidikan kini telah menjadi sebahagian kewajipan tenaga akademik untuk cemerlang. Tambahan pula, penilaian terhadap prestasi universiti banyak diasaskan dalam kecemerlangan penyelidikan yang dihasilkan. Teras sosial juga telah diberi kedudukan sewajarnya untuk universiti berperanan. Oleh itu lebih banyak program yang melibatkan komuniti di luar universiti dilaksanakan dalam berbagai bentuk seperti perundingan dan penasihatan, program tanggungjawab sosial universiti, pemindahan teknologi dan program pembelajaran dan latihan sepanjang hayat. Setiap warga universiti akan diberi latihan dan kemahiran secara berterusan untuk menjamin kejayaan UMT mencapai hasrat yang telah digariskan dalam PSUMT yang baharu. Melahirkan graduan berwibawa dan berdaya saing adalah matlamat semua institusi pengajian tinggi termasuk UMT. Oleh yang demikian, di samping program akademik yang memenuhi kehendak pasaran kerja, persekitaran pelajar juga telah diberi perhatian utama. Kesedaran terhadap perlunya pendedahan pelajar kepada aspek pengantarabangsaan telah mendorong UMT meningkatkan pengambilan pelajar antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2008 di peringkat ijazah sarjana muda. Di samping itu, pelajar terpilih telah dihantar untuk menjalani latihan di institusi luar negara yang telah mempunyai jalinan kerjasama dengan UMT yang mana bilangannya terus meningkat dari tahun ke tahun. Penglibatan pelajar dalam program peningkatan sahsiah juga diberi penekanan terutama sekali dalam aspek kegiatan badan berpakaian seragam dan juga aktiviti keusahawanan dan kemasyarakatan serta kesukanan. Di akhir-akhir ini,
prestasi pelajar UMT dalam bidang kokurikulum dan kegiatan luar bilik syarahan semakin membanggakan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat nusantara. Dengan mengambil kira pencapaian hingga ke hari ini, warga UMT seharusnya berbangga dengan apa yang telah dicapai. 10 tahun telah menjadikan UMT memiliki budaya kerja cemerlang sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang semakin matang. Namun demikian, usaha membina budaya penyelidikan memerlukan kekuatan tambahan daripada semua warga universiti khususnya untuk UMT mengharungi cabaran yang telah ditetapkan oleh PSUMT dan PSPTM dalam RMK-10 ini. Semoga coretan di atas dapat menyedarkan kita warga UMT tentang betapa kekuatan dalaman sebenarnya amat mencukupi untuk menghadapi cabaran dan mengambil peluang yang tersedia dalam melaksanakan visi dan misi UMT. Semuanya itu terserah kepada kita jua yang telah mencapai usia 10 tahun berorganisasi, bagaimana untuk memanfaatkan kelebihan yang kita punyai demi memenuhi tuntutan agama, bangsa dan negara. Akhir kalam, saya mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa sambutan 10 tahun UMT yang mengadakan pelbagai program untuk meningkat dan menambahkan kekuatan jiwa dan raga warga untuk terus memberikan yang terbaik kepada UMT. Kepada rakan warga UMT yang telah tidak bersama kita lagi, ucapan terima kasih daripada kami di UMT atas usaha yang telah menjadikan UMT tersergam indah berdiri gagah untuk terus bersemangat menyahut seruan negara untuk memakmurkan agenda pengajian tinggi negara. ‘BERSAMA MEMBANGUN UMT’ Jumpa lagi. Wassalam. PROF. DATO’ DR. AZIZ DERAMAN
INFOKUS Khas Julai 2011
5
Perutusan Khas Timbalan Naib Canselor (HEPA) Sempena Ulang Tahun Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera Salam 1Malaysia Salam 1UMT Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana mempertemukan kita dalam penerbitan INFOKUS Khas sempena ulang tahun ke-10 Universiti Malaysia Terengganu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada warga kerja redaksi INFOKUS UMT di atas undangan untuk saya memberikan sepatah dua kata di dalam penerbitan khas ini. Kita semua seharusnya bersyukur di atas rahmat dan limpah kurnia-Nya kini universiti yang kita cintai ini sudah mencapai usia 10 tahun. Dengan berkat ketabahan, kegigihan dan kesungguhan seluruh warga UMT, kita boleh berbangga dengan setiap kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang kita nikmati untuk tempoh sepanjang satu dekad ini. Sambutan Ulang Tahun Ke-10 UMT ini menjadi titik tolak untuk kita membuat semakan diri (muhasabah) kita ke arah kecemerlangan dan kegemilangan dalam setiap perkara yang diperjuangkan demi mencapai visi dan misi UMT. Demikian juga dengan setiap cabaran, rintangan dan dugaan yang kita tempuhi sejak tahun 2001 lagi. Sudah pasti, kita boleh melihat setiap pencapaian sama ada berjaya atau sebaliknya bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini dijadikan sebagai iktibar dan pengalaman buat kita untuk mengorak langkah lebih berjaya di masa hadapan. Harus diingat, cabaran dan tuntutan yang menanti di hadapan adalah lebih besar khususnya dalam mempertahan dan memperkukuhkan setiap kejayaan dan kecemerlangan yang kita nikmati sebelum ini. Seharusnya, universiti sebagai wadah membina intelektualisme, idealisme dan aktivisme untuk melahirkan insan yang mempunyai kredibiliti, disiplin, kreatif, inovatif, kendiri, patriotik dan dinamik di samping cemerlang dalam bidang akademik. Justeru, UMT perlu bertindak selaras dengan hasrat dan matlamat untuk melahirkan insan yang cemerlang menerusi
6
INFOKUS Khas Julai 2011
“
Seharusnya, universiti sebagai wadah membina intelektualisme, idealisme dan aktivisme untuk melahirkan insan yang mempunyai kredibiliti, disiplin, kreatif, inovatif, kendiri, patriotik dan dinamik di samping cemerlang dalam bidang akademik.�
penekanan terhadap kemahiran dan pengukuhan kemahiran serta kefahaman insaniah selaras dengan apa yang digariskan di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara demi agama, bangsa dan negara. Setiap graduan yang dilahirkan oleh universiti perlu memiliki tahap kecemerlangan yang seimbang dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembangunan sahsiah. Persaingan di kalangan graduan untuk menempuh alam pekerjaan, perniagaan dan masyarakat semakin sengit dan mencabar dari semasa ke semasa. Tanpa kejayaan yang cemerlang dalam aspek kokurikulum atau pembangunan sahsiah maka begitu sukar untuk para pelajar universiti menempatkan diri mereka di pasaran kerja dan lain-lain sektor. Justeru itu, peningkatan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan organisasi perlu diberi perhatian oleh pelajar universiti.
Begitu juga cabaran yang dihadapi oleh universiti dalam memastikan setiap pelajar universiti memperoleh ruang dan peluang yang secukupnya bagi menimba pengalaman dan pembelajaran berkaitan kemahiran insaniah sebagai persediaan sebelum melangkah keluar dari universiti ini. Pihak universiti menerusi Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan sentiasa terus merangka program-program menitikberatkan aspek pembangunan sahsiah seperti pelajar berprestasi tinggi, integrasi akademik dan sahsiah pelajar, pelajar berinovasi, program keusahawanan pelajar dan perhubungan alumni yang dilihat dapat memberi nilai tambah kepada peningkatan kecemerlangan pelajar universiti. Kecemerlangan sesebuah institusi pengajian bukan hanya bergantung atas kejayaan pengurusan, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan semata-mata tetapi juga melihat
kepada aspek kecemerlangan pelajar dan graduan yang dilahirkan oleh universiti. Sesungguhnya cita-cita besar, keazaman, usaha dan tekad kita untuk melahirkan generasi cemerlang untuk masa hadapan adalah suatu aspirasi yang harus ditanamkan di dalam hati dan sanubari kita. Segala cabaran dan dugaan yang mendatang tidak seharusnya merentap semangat untuk kita terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di atas bahu kita untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan UMT. Akhir kata, semoga UMT terus berjaya dengan peranannya dalam menyumbang kepada kejayaan pembangunan insan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. PROF. DR. YAHAYA BIN IBRAHIM Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) INFOKUS Khas Julai 2011
7
Perutusan Khas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Sempena Ulang Tahun Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Sejahtera Salam 1Malaysia Salam 1UMT Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Universiti Malaysia Terengganu kerana telah berjaya mengharungi 10 tahun dengan jayanya. Tempoh yang penuh cabaran ini telah menyaksikan UMT bukan sahaja membangun secara fizikal malah memperolehi kejayaan dalam pelbagai bidang seperti akademik, penyelidikan, penerbitan dan juga sukan. Bermula dengan pengisytiharan universiti penuh dengan nama Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia atau KUSTEM pada tahun 2001 dan kemudiannya diberikan penjenamaan semula sebagai Universiti Malaysia Terengganu, UMT telah mengorak langkah dengan begitu pantas setanding dengan universiti-universiti awam lain di Malaysia. Purata hampir 1000 graduan memperolehi ijazah setiap tahun dalam pelbagai bidang berasaskan sains dan sumber alam. UMT telah melahirkan modal insan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan dengan kekuatan tersendiri terutama di dalam bidangbidang berkaitan dengan sains dan teknologi, pemakanan, perikanan, pengurusan dan marin. Program-program pengajian yang diikuti di UMT dengan keistimewaan logistik kampus di tepi laut dan kemudahan di pulau-pulau persekitaran memberikan nilai tambah kepada pelajar UMT untuk keluar sebagai graduan berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan kebesaran ciptaan Ilahi. Sebagai staf akademik yang telah berada di UMT sejak zaman UPM lagi, saya telah melihat perkembangan UMT bukan sahaja dari kampus dengan beberapa buah bangunan kecil kepada suatu kampus yang indah dengan pembangunan yang pesat, malah telah dapat melihat kejayaan dalam akademik dan penyelidikan. Penglibatan pensyarah dalam penyelidikan telah menghasilkan banyak kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa.
8
INFOKUS Khas Julai 2011
“
Penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti oseanografi, perikanan, sains dan teknologi, pemakanan dan pengurusan telah meletakkan UMT setanding dengan universiti-universiti besar yang lain di Malaysia.�
Penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti oseanografi, perikanan, sains dan teknologi, pemakanan dan pengurusan telah meletakkan UMT setanding dengan universitiuniversiti besar yang lain di Malaysia. Bidang-bidang lain seperti ekonomi, kaunseling, bahasa, komunikasi, ekologi sosial, sains tulen dan gunaan juga menyokong akademik dan penyelidikan di UMT. Malah banyak hasil penyelidikan telah dibentangkan di persidangan peringkat antarabangsa. Penyelidikan dalam pelbagai bidang ini telah menarik perhatian penyelidik-penyelidik antarabangsa untuk datang berkongsi pengetahuan melalui seminar tahunan dan juga pembinaan rangkaian penyelidikan bersama pensyarah dan penyelidik UMT. Di samping itu telah ada hasil penyelidikan yang telah dan dalam proses untuk dipasarkan. UMT kini menjadi sebuah universiti terkenal di Pantai Timur Semenanjung dan telah mula menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia serta pilihan pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi dan lepasan Diploma dari seluruh negara. Program-program yang ditawarkan kini menjadi pilihan pelajar dari berbagai bangsa. Selain daripada program-program prasiswazah,
UMT juga menawarkan pengajian pascasiswazah sama ada secara kerja kursus ataupun penyelidikan. Walaupun baru berumur 10 tahun, UMT telah menghasilkan graduan sarjana dan juga doktor falsafah (Ph.D) dalam pelbagai bidang pada setiap kali majlis konvokesyennya. Malah graduan yang dilahirkan bukan sahaja dari kalangan anak tempatan tetapi juga dari luar negara. Ramai dari kalangan pelajar pasc siswazah merupakan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Thailand, Indonesia, India dan negara-negara Arab serta Afrika. UMT juga mempunyai pelajar prasiswazah dari luar negara seperti China, Iran, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Ini adalah pencapaian yang membanggakan dalam tempoh 10 tahun usia UMT. Kejayaan pelajar-pelajar UMT dalam sukan dan kebudayaan telah meletakkan UMT setanding dengan universiti lain walaupun usianya baru 10 tahun. Penglibatan pelajar dalam aktiviti luar atau kokurikulum di dalam dan luar negara telah memperkenalkan lagi UMT di mata masyarakat. Saya merasa amat bangga dengan kejayaan pelajar yang banyak menaikkan nama UMT di seluruh negara. Dalam bidang sukan, staf UMT juga telah banyak memberikan saingan yang hebat dalam pelbagai
acara sukan di peringkat IPTA seluruh negara. Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua warga UMT yang telah berusaha dalam kapasiti masing-masing menjadikan UMT sebagai sebuah universiti terunggul di pantai timur semenanjung. Usia 10 tahun adalah masih muda berbanding dengan kejayaan yang telah dicapai. Saya berdoa agar kita semua diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan yang luar biasa untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam akademik, penyelidikan dan sosial sesuai dengan perancangan strategik UMT untuk 10 tahun yang akan datang. Saya menyeru kepada seluruh warga UMT agar terus berusaha demi mencapai kejayaan dan menjadikan UMT sebuah universiti terunggul di Malaysia dan tercatat sebagai universiti pilihan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia malah juga dari peringkat antarabangsa. Tahniah UMT! Sekian, wassalam. PROF. DR. NOOR AZHAR MOHAMED SHAZILI Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
INFOKUS Khas Julai 2011
9
Transformasi UMT Logo UMT
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Julai 2001
VISI Julai 1999
Universiti Putra Malaysia
Universiti Putra Malaysia Terengganu
Jun 1996
Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.
MISI Memacu bidang sains, teknologi dan pengurusan sumber alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara.
10
INFOKUS Khas Julai 2011
NILAI-NILAI LESTARI Beriman , Berilmu , Berbakti, Bermaruah, Beramanah, Berjiwa Besar dan Berwawasan
UMT Sedekad
di Persada Institusi Pengajian Tinggi Negara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula daripada Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Ia mula beroperasi pada tahun 1979 bagi menyediakan kemudahan latihan kepada pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera, UPM. Pada Jun 1996, UPM melalui penstrukturan semula program akademiknya telah menaik taraf Pusat Perikanan dan Sains Samudera kepada kampus cawangan dan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Kuala Terengganu dan ditukarkan nama kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT). Selain itu Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas dan Pusat Pengajian Matrikulasi turut ditubuhkan di kampus cawangan ini yang dipanggil Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT). Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan pada 20 Jun 2001 dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan bidang sains dan teknologi. Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan penjenamaan semula sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Bangunan Pentadbiran Pusat Perikanan dan Sains Samudera 1979.-Foto Mokhtar Ishak
Bangunan Pentadbiran Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.-Foto Mokhtar Ishak.
Bangunan Canseleri dan Pentadbiran Universiti Malaysia Terengganu kini. INFOKUS Khas Julai 2011
11
Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
Prof. Madya Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhamad Program Pengajian yang ditawarkan:
12
INFOKUS Khas Julai 2011
·
Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian)
·
Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim
·
Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)
·
Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)
·
Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)
·
Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)
·
Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)
·
Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)
·
Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)
·
Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM)
Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan Prof. Dr. Sayed Mohd Zain S. Hasan Program Pengajian yang ditawarkan:
·
Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
·
Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)
·
Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)
·
Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)
·
Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)
·
Diploma Perikanan
INFOKUS Khas Julai 2011
13
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Dekan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin Prof. Madya Dato’ Dr. Saharuddin Dato’ Abdul Hamid Program Pengajian yang ditawarkan:
14
·
Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)
·
Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)
·
Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
·
Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
·
Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
INFOKUS Khas Julai 2011
Fakulti Pembangunan Sosial (FPS)
Dekan Fakulti Pembangunan Sosial Prof. Madya Dr. Noraien Mansor Program Pengajian yang ditawarkan:
¡
Sarjana Muda Kaunseling
¡
Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial)
INFOKUS Khas Julai 2011
15
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)
Dekan
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Program Pengajian yang ditawarkan:
16
·
Sarjana Muda Perakaunan
·
Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)
·
Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
INFOKUS Khas Julai 2011
Sekolah Siswazah
Dekan Sekolah Siswazah
Prof. Dr. Wan Salihin Wong Abdullah PROGRAM PENGAJIAN SECARA PENYELIDIKAN • Program pascasiswazah menawarkan 38 bidang pengajian merentasi tujuh tujahan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Oseanografi & Sains Maritim, Pertanian & Sains Makanan, Komputer & Sains Matematik, Ekonomi & Pengurusan dan Sains Sosial. • Program ini ditawarkan melalui kerjasama di antara Sekolah Siswazah, Fakulti dan Institut/ Pusat. • Senarai program yang ditawarkan oleh Sekolah Siswazah adalah seperti berikut:
Sains Hayat · Sains Akuatik
· Fisiologi
· Zoologi
· Bioteknologi
· Biokimia
· Mikrobiologi
· Ekologi
· Botani
· Genetik
· Biologi Molekul dan Sel
· Biodiversiti dan Pemuliharaan
Sains Fizikal · Sains Kimia · Teknologi Kimia
· Penderiaan Jauh · Fizik
· Pengurusan dan Teknologi Persekitaran
Oseanografi dan Sains Maritim · Teknologi Maritim
· Pengajian Maritim
· Oseanografi · Sains Marin
Sains Komputer dan Matematik · Sains Komputer
· Sains Matematik
Pertanian dan Sains Makanan · Akuakultur
· Sains Makanan
· Perikanan
· Sains Haiwan
· Sains Tanaman
· Teknologi Lepastuai
Ekonomi dan Pengurusan · Perakaunan
· Ekonomi
· Pemasaran
· Pengurusan
· Kewangan
Sains Sosial · Komunikasi · Kaunseling · Pengajian Sosial
· Falsafah dan Ketamadunan · Linguistik Terapan INFOKUS Khas Julai 2011
17
Kemudahan prasarana riadah di UMT Sejak sedekad yang lalu kampus UMT semakin membangun sejajar dengan perkembangan bilangan pelajar dan juga staf. Jika dahulu kemudahan untuk bersukan amat terhad, kini segalanya sudah ada di hadapan mata. Warga UMT boleh memilih apa jua bentuk riadah yang mereka minati.
18
INFOKUS Khas Julai 2011
Gelanggang bola keranjang yang bersebelahan dengan asrama pelajar.
Kemudahan pinggiran kolam renang yang juga dimanfaatkan untuk aktiviti kokurikulum pelajar. INFOKUS Khas Julai 2011
19
Kolam renang bertaraf olimpik yang boleh digunakan untuk berenang dan juga latihan.
Padang trek balapan.
20
INFOKUS Khas Julai 2011
Boling Padang.
Dewan Badminton. INFOKUS Khas Julai 2011
21
Gelanggang Squash.
Tempat untuk bersantai.
22
INFOKUS Khas Julai 2011
Kemudahan Infrastruktur Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran di UMT dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk memberi kemudahan kepada para pelajar mengikuti sesuatu subjek atau kursus dengan lancar.
Kompleks Kuliah.
Makmal As-Safa menempatkan Makmal Kimia Asas.
Makmal Analisis Kimia Makanan.
Makmal Konfeksionari Jabatan Sains Makanan.
INFOKUS Khas Julai 2011
23
24
INFOKUS Khas Julai 2011
Projek Pembangunan yang Bakal Siap Seiring dengan perkembangan bilangan enrolmen pelajar dan staf, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini sedang giat menyediakan bangunan baharu untuk keperluan warga UMT. Aktiviti pembangunan fizikal ini dilaksanakan demi memastikan seluruh warga UMT khususnya golongan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lebih selesa.
Bangunan baharu Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika yang telah siap dan menunggu sijil kelulusan menduduki untuk digunakan oleh warga UMT.
INFOKUS Khas Julai 2011
25
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin.
Kawasan pembinaan tapak Pusat Islam UMT.
26
INFOKUS Khas Julai 2011
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin.
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan.
Sekolah Siswazah.
Kompleks Kuliah Berpusat.
INFOKUS Khas Julai 2011
27
Majlis konvokesyen hari istimewa untuk graduan Tahun 2011 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) genap sedekad dan pada bulan Oktober ini juga, UMT sekali lagi akan meraikan graduan dalam Majlis Konvokesyen buat kali ke-9. Majlis konvokesyen adalah acara kemuncak bagi UMT meraikan para graduan. Pada majlis konvokesyen ini jugalah kampus UMT akan menjadi tumpuan graduan, ibu bapa dan juga masyarakat setempat. Menyingkap sejarah konvokesyen UMT, Majlis Konvokesyen Pertama universiti ini (dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia [KUSTEM]) berlangsung pada 17 Ogos 2003 dengan menyaksikan
istiadat pemasyhuran DYMM Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Canselor pertama. Istiadat gilang-gemilang ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu. Majlis Konvokesyen pertama menyaksikan seramai 770 graduan menerima ijazah, mereka terdiri seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah, tujuh Ijazah Sarjana dan 762 Ijazah Sarjana Muda. Majlis Konvokesyen Ke-2 KUSTEM telah berlangsung buat pertama kali di Dewan Sultan Mizan pada 3 Julai 2004 dengan menyaksikan seramai empat orang graduan Ijazah Kedoktoran, tujuh orang Ijazah Sarjana, 774 orang
Sarjana Muda dan 116 graduan Diploma Perikanan. Majlis Konvokesyen Ke-3 berlangsung pada 6 Ogos 2005 dengan menyaksikan dua orang penerima Ijazah Kedoktoran, lapan Ijazah Sarjana, 1029 Ijazah Sarjana Muda dan 54 orang Diploma Perikanan. Kemuncak majlis menyaksikan penganugerahan Profesor Emeritus kepada mantan Rektor KUSTEM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan. Manakala pada Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-9 nanti, seramai hampir 2000 orang graduan akan diraikan.
23 Februari 2006: Majlis Konvokesyen Khas Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada DYMM Tengku Anis Ibni Almarhum Tengku Abdul Hamid Raja Perempuan Kelantan.
28
INFOKUS Khas Julai 2011
2009: Sebahagian pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut serta meraikan pelajar-pelajar mereka di Majlis Konvokesyen UMT kali ke-7 di Dewan Sultan Mizan.
2010: Keberangkatan SPB Tuanku Canselor UMT dan Perarakan Besar masuk ke Dewan semasa Majlis Konvokesyen UMT Kali ke-8.
2010: Majlis Santapan Malam sempena Konvokesyen Kali Ke-8 UMT.
INFOKUS Khas Julai 2011
29
Canselor Pertama Universiti Malaysia Terengganu
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (PERAK), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K (KELANTAN), D.K. (SELANGOR), S.P.M.J., Commanduer de la Legion d’Honneur (France), The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn (THAILAND), Collar De La Orden Al Merito De Chile (CHILE). IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
30
INFOKUS Khas Julai 2011
Canselor Kedua Universiti Malaysia Terengganu
Seri PAduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
D.M.N., D.K., S.S.M.Z., S.S.M.T. KNIGHT GRAND CROSS (FIRST CLASS) OF THE MOST ILLUSTRIOUS ORDER OF CHULA CHOM KLAO (THAILAND).
INFOKUS Khas Julai 2011
31
Pro-Canselor
Universiti Malaysia Terengganu
YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman
P.M.N., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S., S.J.M.K., S.I.M.P., S.P.M.P., S.P.D.K., D.P.M.S., D.H.M.S., P.G.D.K., D.P.M.J., J.S.M., P.M.P., D.G.S.M., A.M.N., S.M.W.
32
INFOKUS Khas Julai 2011
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu
6
5
4
3
2
1
1
PENGERUSI
7
8
9
10
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus F.A.Sc., F.M.I.F.T., J.S.M., D.M.S.M., P.J.N., P.S.M. B.Sc. Agric.(Hons) (Malaya), M.Sc., Ph.D.(Aberdeen)
AHLI-AHLI YBhg. Dato’ Ir. Dr. A. Bakar bin Jaafar F.A.Sc., D.P.M.P., J.S.M., K.M.N., P.Eng., F.I.E.N. B.E. (Hons) Mechanical (Newcastle), M.E. (Miami), Ph.D. (Hawaii) Mulai 1 April 2010
2
Wakil Kementerian Kewangan Encik Mohd Radzi bin Abd. Hamid, P.J.K B. Econ. & Management (UKM) Sehingga 30 Jun 2010
3
4
Wakil Kementerian Kewangan Tuan Syed Nasir bin Syed Ahmad, P.J.K. Dip. Pengurusan Awam (INTAN), Dip. In Banking Studies (ITM), B. Sc. (Business Administration), USA, MBA (International Business) USA Mulai 1 Julai 2010
5
6
Wakil Tetap Kementerian Pengajian Tinggi Encik Zainal Abidin bin Abu Hassan Dip. Pub. Mgmt. (Intan), B.Sc. Human Dev. (UPM), M.A. (New Haven) Wakil Ganti Kementerian Pengajian Tinggi Encik Abdul Hamid bin Murad B. Econ. (Hons) (Malaya) Sehingga 30 September 2010
AHLI-AHLI 7
Profesor Dato’ Dr. Aziz bin Deraman, S.M.T. B.Sc. Hons.(UKM), M.Sc. (Glasgow), Ph.D. (UMIST)
8
YB Encik Ahmad Razif bin Abdul Rahman B. Ed. (Hons), M.Sc. (UPM) Mulai 1 Julai 2010
9
YB Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri D.P.M.T., A.M.N., K.M.N., P.J.K., Dip. Acc. (ITM), B.A. (Michigan), MBA (Texas) Mulai 1 April 2010
10
YH Dato’ Rahmah binti Haji Abu Kassim D.S.A.P., K.M.N. B.Econ. (Hons), (Malaya) Mulai 1 April 2010
SETIAUSAHA
Haji Mohd Suib bin Haji Maulud B.A. (Hons.) (Malaya) Sehingga 19 Oktober 2010 Haji Zakaria bin Ibrahim B.A. (Hons.) (Malaya) UKM, Master Management, UPM Mulai 20 Oktober 2010
INFOKUS Khas Julai 2011
33
Kunjungan VVIP dan VIP ke kampus UMT Sepanjang tempoh 10 tahun ini juga, warga Universiti Malaysia Terengganu merasa amat bertuah apabila kampus tercinta ini juga turut menerima kunjungan pelawat daripada tokoh negara baik dalam negara dan juga luar negara.
14 Mac 200 : Lawatan Pengarah Urusan, Ferrari Formula One, Mr. Jean Todt ke kampus ini adalah satu penghormatan buat seluruh warga universiti.
2006: Dato’ Mukhriz Tun Mahathir pernah hadir di kampus ini untuk memberi taklimat mengenai Program Aman Malaysia.
34
INFOKUS Khas Julai 2011
13 Mei 2007: Kesudian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mencemar Duli merasmikan majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dan Pelancaran Buku Evolusi Universiti Malaysia Terengganu adalah kenangan paling manis buat seluruh warga UMT.
1 Disember 2008: Kunjungan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim untuk menyampaikan Ucapan Perdana pada Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Era Globalisasi dalam keadaan kampus dilanda banjir adalah kenangan paling mencabar buat warga UMT.
INFOKUS Khas Julai 2011
35
13-15 Jun 2010: Sempena penutup Majlis Konvensyen Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil telah sudi berkunjung ke kampus UMT.
10 April 2010: Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah sudi hadir mencemar Duli memasyhurkan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di kampus UMT.
36
INFOKUS Khas Julai 2011
Penubuhan Syarikat Universiti UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJHSB) telah ditubuhkan pada 8 November 2009 dan telah beroperasi secara rasminya bermula pada 17 Januari 2011. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan ditubuhkan berdasarkan objektif berikut iaitu untuk: •
Mengkomersialkan aktivitiaktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UMT;
•
Mengendalikan latihan dan pendidikan;
•
Menawarkan perkhidmatan perundingan dan penasihatan; dan
•
Mengurus aset UMT
Sesuai dengan hasrat Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’Dr. Aziz bin Deraman iaitu, dengan penubuhan syarikat ini diharapkan usaha UMT untuk menjana pendapatan secara lebih agresif dapat direalisasikan. Penubuhan syarikat ini juga merupakan salah satu inisiatif dan peluang UMT untuk melebarkan kepakaran universiti kepada pihak lain. Ahli Lembaga Pengarah UMTJHSB
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Visi Menjadi wadah penyampai kepakaran universiti kepada masyarakat. Misi Syarikat menjadi sebuah organisasi korporat yang bertanggungjawab, membangun dan mengembangkan kegiatan ekonomi UMT untuk kesejahteraan semua warga kampus khususnya dan masyarakat amnya. Objektif Penubuhan UMTJH akan memberi peluang kepada UMT untuk melebarkan kepakaran universiti kepada pihak lain. Secara khususnya objektif penubuhan UMTJH ini adalah seperti berikut: 1. Menyelaras, memantau, mempromosikan dan mengkomersialkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UMT, bidang pengkomersialan ini akan menumpukan kepada aktiviti perniagaan melalui perlesenan atau jualan terus harta intelek universiti. 2. Mengendalikan latihan dan pendidikan dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti perniagaan berkaitan dengan penawaran program berbentuk latihan jangka pendek dan pendidikan lanjutan. 3. Menguruskan aset-aset universiti dan dalam masa yang sama menyediakan peluang perniagaan. 4. Menawarkan perkhidmatan perundingan dan khidmat pakar runding dalam bidang kepakaran universiti. 5. Mewujudkan aktiviti sayap perniagaan yang dilihat boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat.
Naib Canselor UMT Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman Bendahari UMT Puan Nor Azizah binti Kasim Wakil Lembaga Pengarah Universiti YB Ahmad Razif bin Abdul Rahman Wakil Kementerian Pengajian Tinggi Encik Ahmad Nazri bin Sulaiman Wakil Kementerian Kewangan Tuan Syed Nasir bin Syed Ahmad
Perkhidmatan Pakar Runding Oseanografi dan Sains Marin Akuakultur Pembangunan Sosio-ekonomi Bioteknologi Marin Sains Makanan Persekitaran Mapan
Perkhidmatan Sewaan Dewan Sultan Mizan Rumah Universiti Dewan Kuliah/ Bilik Kuliah Asrama Universiti Kapal/Bot UMT Kemudahan Pusat Sukan Bas Persiaran
UMT Jaya Holdings
Perkhidmatan Kursus Latihan Jangka Pendek Teknologi Maklumat Akuakultur Sains Makanan Pembangunan Sosial
Perkhidmatan Perundingan Lesen Selam Skuba Fotografi Konvokesyen Survival Laut Rakaman Videografi dan Multimedia
INFOKUS Khas Julai 2011
37
MPRI-UMT: 1Himpunan 1Jalinan oleh: Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS)
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman, Naib Canselor UMT dan Staf UMT bergambar dengan rakan Industri UMT sebelum permainan bermula.
S
emenjak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melalui tranformasi yang pesat dalam menjalinkan hubungan industri. Hubungan universiti dengan industri adalah penting bagi membina hubungan yang strategik melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran dan kemudahan serta lain-lain kerjasama ke arah pembangunan universiti. Secara umumnya, hubungan dengan industri meliputi beberapa perkara seperti latihan industri pelajar, penempatan akademia di industri, khidmat perundingan pihak universiti kepada industri, penasihat akademik/ profesor adjung dan sumbangan industri. Hubungan ini memberi faedah kepada industri melalui keupayaan penyelidikan universiti dan pengambilan pelatih dan graduan yang mahir. Manakala, universiti mendapat faedah melalui penyelidikan berasaskan industri dan sumbangan kepakaran kepada kurikulumnya. Sebagai menghargai semua bentuk kerjasama dengan industri ini, Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS) telah menganjurkan satu program tahunan yang dikenali sebagai Majlis Penghargaan Rakan Industri Universiti Malaysia Terengganu (MPRI-UMT) pada
38
INFOKUS Khas Julai 2011
tahun 2009. Program ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan sokongan rakan industri UMT, menjalinkan hubungan yang erat serta berpanjangan dengan pihak rakan industri UMT, meningkatkan serta memperkukuhkan jaringan dan perkongsian pintar dengan rakan industri UMT dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara dekat dengan pihak rakan industri universiti. MPRI-UMT telah mula dilaksanakan pada 12 Ogos 2009 dan pada tahun berikutnya pada 26 September 2010. Secara tidak langsung, aktiviti yang diadakan
seperti sukan, forum dan majlis makan malam telah memberi peluang dan ruang kepada warga UMT untuk beramah mesra dengan rakan industri. Pada tahun 2009, MPRI-UMT telah dihadiri seramai 87 rakan industri dan meningkat seramai 120 rakan industri pada tahun 2010. Hasil maklum balas yang diperolehi daripada rakan industri selama dua tahun berturutturut, rata-rata rakan industri berpuas hati dengan penganjuran MPRI-UMT dan berharap majlis ini diadakan secara berterusan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara rakan industri dan UMT.
Ahli panel forum: Dari kiri En. Muhamed Feroz bin V. N. Muhamed, Eksekutif Operasi Syarikat Pacific Interlink Sdn. Bhd., Kapten Haji Tasripin bin Haji Masotee ,TTK Maritime Consultants, DWI-TTS Corporation Sdn. Bhd dan YBhg. Laksama Pertama Dato’ Ir. Haji Ahmad Murad bin Haji Omar, OMAHAMS Corp. Sdn. Bhd.
Coral Research Group UMT Universiti Malaysia Terengganu, melalui Institut Oseanografi dan Sekitaran mengambil inisiatif di atas beberapa isu dan peluang yang ada untuk menubuhkan Coral Research Group UMT (CRG UMT). Isu kepupusan terumbu karang melalui pemutihan karang global akibat perubahan iklim global, pengasidan lautan, pemendakan sedimen dan pencemaran merupakan faktor yang mencetuskan kesedaran kepada para penyelidik untuk menjalankan program penyelidikan serta pemuliharaan dan seterusnya membantu dalam mengenal pasti jalan penyelesaian ke atas fenomena ini. Penubuhan CRG UMT juga merupakan suatu sokongan kepada Coral Triangle Initiative (CTI) yang telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu dan membangunkan programprogram berkaitan terumbu karang, dengan Malaysia merupakan salah satu daripada enam buah negara yang menjadi ahli. UMT melalui INOS juga mempunyai hubungan erat dengan Jabatan Taman Laut Malaysia (Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar), dan Direktorat Oseanografi Kebangsaan (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi). Kedua-dua institusi ini dilihat mampu menyokong CRG UMT dengan kekuatan dan kuasa eksekutif yang ada. Selain daripada itu, pertubuhan bukan kerajaan seperti Malaysian Nature Society (Terengganu Branch) juga sedia terlibat dengan program CRG UMT. Di peringkat UMT pula, penubuhan kumpulan ini amat diperlukan supaya kepakaran para penyelidik yang ada dapat dikumpulkan dalam sebuah organisasi supaya strategi-strategi berkesan dapat dirancang dan dilaksanakan secara bersama. Idea untuk penubuhan CRG juga merupakan cetusan idea dari Naib Cancelor UMT, YBhg Prof. Dto’ Dr. Aziz Deraman. Matlamat kumpulan ini adalah untuk meneroka dan mendapatkan maklumat mengenai terumbu karang tropika menggunakan kaedahkaedah saintifik bagi kegunaan pihakpihak berwajib dan lain-lain pihak berkepentingan untuk pemuliharaan dan pengurusan mampan kawasan terumbu karang.
INFOKUS Khas Julai 2011
39
Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan/ South China Sea Reference Center & Repository
Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan adalah salah satu unit di Institut Oseanografi (INOS) yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan nama asalnya adalah Muzium Biodiversiti. Misi pusat ini adalah untuk menjadi sebuah tempat rujukan fauna dan flora marin dan air tawar. Di samping menyokong dasar dan visi Malaysia dalam pengurusan biodiversiti, ini juga adalah selaras dengan aspirasi INOS untuk menjadikan UMT sebagai tempat penyelidikan yang berfokuskan penyelidikan marin di Malaysia. Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan berfungsi sebagai tempat bagi penyimpanan dan pemuliharaan sampel-sampel biologi marin dalam tujuan penyelidikan, rujukan dan pembelajaran kepada
pensyarah dan pelajar. Empat tahap asas pengawetan sampel yang telah digunakan di muzium iaitu tahap stabilisasi, pemprosesan, penyimpanan dan penyelenggaraan. Pengurusan sampel yang baik adalah sangat penting bagi mengekalkan keaslian sampel untuk tujuan rujukan di masa akan datang. Data-data sampel yang direkod telah disimpan di dalam database yang telah dibina
bersasaskan web koleksi di mana web database ini dapat diakses oleh pelajar dan penyelidik. Salah satu fungsi yang paling penting adalah untuk mempromosikan rangkaian dan hubungan dengan muzium dan institut lain yang bertujuan dalam penukaran ideal, penambahbaikan dalam pengurusan sampel dan sekaligus dapat memperkenalkan pusat ini di mata dunia luar. Pusat Rujukan dan Repositori
Ruang pameran Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
40
INFOKUS Khas Julai 2011
Laut China Selatan telah menamakan koleksi sampel universiti dengan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada 11 kategori iaitu bagi koleksi ikan (UMTF), koleksi Cnidaria (UMTCnid), koleksi Crustacea (UMTCrus), koleksi Echinoderma (UMTEchi), koleksi Sponges (UMTSpon), koleksi Annelida (UMTAnn), koleksi Mamalia (UMTMamm), koleksi Reptilia (UMTRept), koleksi Alga (UMTAlg), koleksi Tumbuhan (UMTP) dan koleksi
Batu & Sedimen (UMTBS). Dengan adanya sistem ini, perekodan data sampel menjadi lebih sistematik dan teratur. Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan telah merekod lebih daripada 4000 sampel yang sebahagian besarnya terdiri daripada koleksi ikan (3662 individu; lebih 320 spesies) dan seterusnya koleksi sea fan (104 individu; sembilan spesies), koleksi coral (44 individu; enam spesies), koleksi moluska (413 individu;
83 spesies), koleksi Echinoderma (36 individu; empat spesies), koleksi sponges (244 individu; 17 spesies). Pusat ini juga mempunyai simpanan sampel yang terhad dari kumpulan crustacea, annelida, mamalia, reptilia, alga, tumbuhan dan batu dan sedimen. Kesemua sampel di sini adalah bergantung kepada projek yang telah dijalankan setiap tahun di mana fokus sebelumnya adalah tertumpu lebih kepada kumpulan ikan, sea fan, coral dan moluska.
Proses taksidermi bagi ikan kelah.
Proses penanaman bangkai dolphin yang ditemui di Pangkalan Maras, Kuala Terengganu
Proses pembersihan rangka paus, Balaenoptera omurai yang ditemui di Cherating, Kuantan.
Proses pembersihan udang karah bagi sampel pameran muzium.
Scatophagus argus
Melithaea
Cypraea tigris
Diadema setosum
INFOKUS Khas Julai 2011
41
Pangkalan Data Marin dan Oseanografi UMT UMT telah diiktiraf sebagai universiti fokus dalam bidang sains marin dan oseanografi di Malaysia. Melalui aktiviti penyelidikan, pengajaran dan ekspedisi saintifik bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta, para penyelidik UMT telah berjaya mengumpulkan data dari pelbagai disiplin. Proses pengumpulan datadata tersebut memerlukan kos yang tinggi dengan penggunaan pelbagai peralatan saintifik di lokasi lokasi strategik di Laut China Selatan. Pada lazimnya data-data tersebut disimpan oleh para penyelidik berkaitan dan tidak dikongsi dengan penyelidik-penyelidik lain. Oleh itu, proses pengumpulan data-data yang sama akan berulang dalam sesuatu aktiviti penyelidikan yang akan mengakibatkan pembaziran dana universiti. Bagi mengatasi masalah ini, UMT telah membangunkan satu pangkalan data marin dan oseanografi di mana data-data lama dan baharu yang diperoleh para penyelidik UMT akan dikumpul dan disimpan dalam satu pangkalan data spatial bersepadu. Sistem ini melibatkan perancangan, pemerhatian, pengumpulan, penyimpanan, pengurusan serta penganalisaan data bagi menghasilkan
42
INFOKUS Khas Julai 2011
maklumat yang boleh digunakan dalam proses membuat keputusan. Sistem yang dibangunkan juga akan mengumpulkan data secara berterusan menggunakan teknologi satelit. Bagi memudahkan penyelidik untuk merujuk dan menganalisa data di dalam pangkalan data ini, satu sistem berasaskan web dibangunkan. Dengan sistem ini, penyelidikpenyelidik dari seluruh dunia akan dapat mencapai data-data yang terdapat di UMT. Sistem ini terdiri dari empat komponen utama iaitu :• Sistem Pengumpulan data ( dari satelit, In-situ, Kapal) • Sistem analisa dan visualisasi 3D data spatial. • Sistem penyimpanan dan distribusi data. • Pusat rujukan dan repositori Laut China Selatan. Pihak INOS telah melaburkan sejumlah RM1.5 juta untuk membangunkan sistem ini. Salah satu komponen
utama iaitu sistem penerimaan data satelit dilaksanakan dengan kerjasama syarikat ATSB Sdn Bhd iaitu syarikat pakar teknologi satelit di Malaysia. Sistem pangkalan data marin juga dibangunkan secara in house oleh penyelidik di UMT. Sistem ini merangkumi sistem penyimpanan dan distribusi data serta sistem analisa dan visualisasi 3D data spatial. Projek Pangkalan data marin dan oseanografi yang dibangunkan ini akan dapat menjana pelbagai hasil penyelidikan terutama dalam bidang :• Pengurusan sumber laut • Oseanografi satelit perikanan • Impak pemanasan global kepada ekologi terumbu karang • Pemerhatian fenomena laut seperti arus, suhu, taburan klorofil dan lain-lain • Kesan pemanasan global kepada sumber marin dan kawasan pesisir pantai • Visualisasi 3D fenomena laut
Projek ini dilihat sebagai salah satu projek utama UMT yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kepentingan negara terutama dari segi penyediaan maklumat terkini berkaitan persekitaran marin dan oseanografi. Data-data ini dapat menyumbang kepada kerajaan dalam membuat keputusan dan memantapkan polisi dalam pelbagai bidang berkaitan seperti pengurusan sumber marin. Oleh itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan amatlah diharapkan terutama dalam proses penyediaan peralatan, sistem dan infrastruktur supaya projek ini dapat memanfaatkan semua pihak secara optimum. Visualisasi 3D Kuala Terengganu.
Peta menunjukkan taburan klorofil di perairan Laut china selatan. (Sumber: www.esa.int).
Aktiviti seperti industri perikanan akan mendapat manfaat dari projek ini. INFOKUS Khas Julai 2011
43
Penyelidikan Sebagai universiti yang berfokus, Universiti Malaysia Terengganu terus mengukir nama dalam bidang penyelidikan baik di peringkat kebangsaan mahupun global. UMT menetapkan enam bidang tujahan dan sembilan Special Interest Group (SIG). 1. Oseanografi dan Sains Marin (Oceanography and Marine Sciences): i. Oseanografi Fizik dan Geologi (Physical & Geological Oceanography) ii.
Pengajian Maritim (Maritime Studies)
iii. Oseanografi Satelit & Penderiaan Jauh (Satellite Oceanography & Remote Sensing) iv. Oseanografi Biologi (Biological Oceanography) v.
Oseanografi Kimia (Chemical Oceanography)
vi. Kesihatan dan Pengurusan Ekosistem Marin (Marine Ecosystem Health and Management) 2. Sekitaran Mapan (Sustainable Environment): i. Pengajian sekitaran (Environmental Studies) ii.
Pembaharuan Tenaga (Renewable energy)
iii. Penilaian dan Pengurusan Sumber Semula jadi (Natural Resource Valuation and Management) iv. Biodiversiti dan Pemuliharaan (Biodiversity and Conservation) v.
Informatik Gunaan (Applied Informatics)
3. Pembangunan Sosio-Ekonomi (Socio-economic Development): i. Pelancongan Mapan (Sustainable Tourism) ii.
Komuniti Pulau dan Persisir Pantai (Island and Peripheral Community)
iii. Sumber Semula jadi Mapan (Sustainable Natural Resources) iv. Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource Development) 4. Akuakultur (Aquaculture): i. Teknologi Pembiakbakaan (Breeding Technology) ii.
Bioteknologi Akuakultur (Aquaculture Biotechnology)
iii. Nutrisi Akuakultur (Aquaculture Nutrition) iv. Kesihatan Haiwan Akuatik (Aquatic Animal Health) v.
Kualiti Tanah dan Air (Soil and Water Quality)
vi. Kejuruteraan Akuakultur (Aquaculture Engineering) 5. Bioteknologi Marin (Marine Biotechnology): i. Penemuan Ubat-ubatan (Drug Discovery) ii.
Protomik (Proteomic)
iii. Genomik (Genomic)
44
INFOKUS Khas Julai 2011
6. Keselamatan Makanan (Food Security): i. Pengurusan Sumber Perikanan (Fishery Resources Management) ii.
Sains Makanan dan Produk (Food Science and Product)
iii. Lepas–Tuai (Post harvest) iv. Pengeluaran Tanaman (Crop Production) v.
Ternakan Haiwan (Livestock)
Special Interest Group (SIG) i.
Kumpulan Penyelidikan Sekitaran Environmental Research Group (ERG)
ii. Teknologi dan Pengurusan Sekitaran Environmental Technology and Management iii. Sistem Sokongan Keputusan Decision Support System (DecSys) iv. Kumpulan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui Renewable Energy Research Group (RERIG) v.
Rosel Roselle
vi. Penilaian dan Governan Sumber Semula jadi Natural Resource Valuation and Governance vii. Pembangunan Komuniti Mapan Sustainable Community Development viii. Kumpulan Penyelidikan Terumbu Karang Coral Research Group (CRG) ix. Kumpulan Biodiagnostik dan Biosensor Biodiagnostics and Biosensors Group
Gambar-gambar berikut adalah sepintas lalu pencapaian dan aktiviti penyelidikan yang dicapai serta dilaksanakan oleh warga penyelidik UMT.
Pameran Inovasi anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan sempena lawatan YAB Menteri Besar Terengganu.
INFOKUS Khas Julai 2011
45
Penyelidikan
11-15 Disember 2008: Tiga orang penyelidik UMT, Prof. Dr. Sayed Zin, Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang dan En. Mustafa Man telah mengharumkan nama UMT dengan membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa dari Seoul International Invention Fair 2008.
46
INFOKUS Khas Julai 2011
2010: YAB Menteri Besar Terengganu melepaskan benih anak ikan di Pusat Penyelidikan Ikan di Tasik Kenyir.
1-3 November 2010: Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman sedang mengiringi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin yang melawat gerai UMT sempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di KLCC, Kuala Lumpur. INFOKUS Khas Julai 2011
47
Penyelidikan
2010: Sekumpulan penyelidik UMT menyertai Environmental Research Group (ERG) di Taman Negara Terengganu.
2010: Kumpulan pelajar UMT melihat tanaman salad yang ditanam menggunakan kaedah akuaponik.
48
INFOKUS Khas Julai 2011
USR@UMT khidmat universiti untuk komuniti Kewujudan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang ke-14, bukan sahaja memberi impak positif kepada perkembangan di sektor pengajian tinggi Malaysia tetapi juga memberi kesan yang signifikan kepada pembangunan masyarakat sekitar. Seperti yang sedia maklum, penubuhan UMT ialah untuk menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang sains dan sains sosial dengan memberi fokus kepada Sains Maritim, Oseanografi, Sains Lautan, Akuakultur dan Bioteknologi Marin. Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat sekitar, UMT juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar supaya nikmat kewujudannya dapat juga dirasai oleh
masyarakat sekitar melalui beberapa program yang telah dikenal pasti. Program yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Program Tanggungjawab Sosial Universiti Malaysia Terengganu (USR@UMT) yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2009. Pelaksanaan Program USR@ UMT adalah bagi memenuhi salah satu objektif UMT iaitu memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui penyediaan perkhidmatan kepada komuniti setempat dan negara. Inisiatif serta usaha untuk melaksanakan Program USR@UMT ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat sekitar melalui sumbangan kepakaran yang ada di UMT. Selain daripada memanfaatkan kepakaran yang ada di UMT kepada
masyarakat sekitar, usaha untuk mengadakan Program USR@UMT juga merupakan satu pendekatan untuk memasyarakatkan UMT dengan komuniti sekitar. Melalui program USR@UMT, UMT dapat memanifestasikan hasratnya untuk menjalin dan memupuk hubungan yang harmoni dengan masyarakat sekitar. Justeru, kejayaan Program USR@UMT memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), wakil penduduk (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dan juga penduduk setempat di komuniti yang berkaitan. Sokongan padu dan kerjasama erat dari pihak-pihak ini bakal menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan Program USR@UMT.
INFOKUS Khas Julai 2011
49
50
INFOKUS Khas Julai 2011
INFOKUS Khas Julai 2011
51
52
INFOKUS Khas Julai 2011
INFOKUS Khas Julai 2011
53
Hadiah Setia Bakti 10 Tahun Universiti Malaysia Terengganu
Sempena Ulang Tahun Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pihak universiti telah memperkenalkan Hadiah Setia Bakti kepada staf yang berkhidmat melebihi 10 tahun. Hadiah ini merupakan tanda pengiktirafan universiti kepada staf yang setia menabur jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan mereka di UMT. Hadiah ini, menggalakkan staf UMT untuk terus setia berbakti kepada UMT sepanjang masa di samping melestarikan hubungan akrab di antara semua peringkat pegawai dan pihak pengurusan universiti. Hadiah Setia Bakti diberikan kepada staf yang telah berkhidmat secara tetap melebihi 10 tahun pada 1 Mei 2011 (berdasarkan tarikh KUT mendapat kuasa autonomi pada 1 Mei 2001). Kriteria penerima adalah seperti berikut: ·
Tarikh melapor diri selewat-lewatnya pada 30 April 2001.
·
Berkhidmat sebagai pegawai tetap sehingga 30 April 2001 dan masih berkhidmat dengan UMT sehingga sekarang, termasuk Pesara yang masih berkhidmat sebagai pegawai kontrak.
Senarai Penerima Hadiah Setia Bakti 10 Tahun UMT Bil
54
Nama
Gred
Jawatan
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
1
A. AZIZ B AWANG
2
AB. MANAF B MAT DIAH
J22
JURUTEKNIK
3
ABD. FATAH B WAHAB (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
4
ABD. MANAN B MAMAT
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
5
ABD. RASHID B OMAR
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
6
ABDUL AZIZ B K ABDUL HAMID
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
7
ABDUL GHANI B AWANG
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
8
ABDUL RAHIM B IBRAHIM
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
9
ABDULL AZIZ B OSMAN
C22
PEMBANTU MAKMAL
10
ABDULL HABIR B ALIAS
C17
PEMBANTU MAKMAL
11
ABOL MUNAFI B AMBOK BOLONG (PROF. MADYA DR.)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
12
ADIBAH HANIM BT ABDUL RASID
N48
PEGAWAI TADBIR
13
ADNAN B ABD. GHANI
A17
PEMBANTU LAUT
14
ADZEMI B MAT ARSHAD (DR.)
DS51
PENSYARAH UNIVERSITI
15
AHMAD B JAFFAR
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
16
AHMAD B JUSOH (PROF. DR. IR)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
17
AHMAD BIN MUDA
R3
PEMANDU KENDERAAN
18
AHMAD HAWARI B MOKHTAR
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
19
AHMAD SHAMSUDDIN B AHMAD (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI PEMBANTU PERPUSTAKAAN
20
AHMAD SUKRI B JUSOH
S17
21
AKESAH BIN ISMAIL
J22
JURUTEKNIK
22
ANUAR B HASSAN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
23
ASAN B HUSIN
C22
PEMBANTU MAKMAL
24
ASHBAH BT MOHD JAN
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
25
ASMADI BIN ALI @ MAHMUD
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
26
ASMAWATI BT NGAH
C22
PEMBANTU MAKMAL
27
ASYRAF B HAJI ABD. RAHMAN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
28
ATIP B ALI
29
AWANG KODING B CHE TOM
30
AZAN B HARUN
S48
PUSTAKAWAN
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
31
AZIZ B AHMAD (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
32
AZMI B AWANG
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
33
AZMI B MD. ALI
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
INFOKUS Khas Julai 2011
34
BAHARUDDIN B ISMAIL
DS51
PENSYARAH UNIVERSITI
35
CHE HASNIZA BT CHE NOH (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
36
CHE MOHD ZAN BIN HUSIN
C17
PEMBANTU MAKMAL PENSYARAH UNIVERSITI
37
FAIZAH MOHD SHAHAROUM (PROF. DR.)
VK7
38
FARIDAH BT MUSA
C17
PEMBANTU MAKMAL
39
FASHIHAH BINTI HJ. EMBONG
F32
PEN PEG TEK MAKLUMAT PENSYARAH UNIVERSITI
40
FATHILAH BT ISMAIL (DR.)
DS52
41
FATIMAH BT ABDULLAH@ALI
C17
PEMBANTU MAKMAL
42
FATIMAH BT SHAHMAN
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
43
FATIMAH NOR BINTI MOHAMAD
N1
PEMBANTU AM RENDAH
44
FAUZIAH BT HJ ABU HASAN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
45
HAMDAN BIN SUHAIMI (PROF. DR.)
VK6
PENSYARAH UNIVERSITI
46
HAMDILLAH B MOHD
R4
PEKERJA AWAM
47
HAMID B MAT AMIN
N27
PEN PEG TADBIR
48
HAMIN B JUSOH
C22
PEMBANTU MAKMAL
49
HASHIM B EMBONG
N22
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
50
HASSIN BIN ABDULLAH
R4
PEKERJA AWAM
51
HAZLINA BT ISMAIL
S22
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
52
HUSSAIN B CHE ABDULLAH
A17
PEMBANTU LAUT
53
ISMAIL B MOHD (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
54
JAAFAR BIN MAMAT
R3
PEMANDU KENDERAAN
55
JAFFAR B ALI
R6
PEMANDU KENDERAAN
56
JAMILAH BT MOHD.SALIM@HALIM (DR.)
57
JOHARI B MOHD NOR
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
58
JURIFFAH BT ARIFFIN (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
59 60
KAMARI B SULONG
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
KAMARUN B JUSOH
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
61 62
KARTINI BT MOHAMAD
C22
PEMBANTU MAKMAL
KASIM BIN MUDA
A17
63
PEMBANTU LAUT
KELSUM BT HASAN
U32
JURURAWAT
64
KHALID B SAMO (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
65
KU HALIM B KU BULAT (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
66
MAHADZIRAH BT MOHAMAD (PROF. MADYA DR.)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
67
MAHIDAWATI BT MAMAT
C17
PEMBANTU MAKMAL
68
MARHAINI BT A. AZIZ
N32
SETIAUSAHA PEJABAT PENSYARAH UNIVERSITI
69
MARINAH BT MOHD ARIFFIN (PROF. MADYA DR.)
DS54
70
MAT DIAH B AWANG
A17
PEMBANTU LAUT
71
MAZLI B MUDA
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
72
MAZNAH BT SALLEH
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
73
MAZRUL ASWADY B MAMAT
C17
PEMBANTU MAKMAL
74
MD. FAZIL BIN MAT NOOH
J22
JURUTEKNIK
75
MD. GHANI B ADAM
R1
PEKERJA AWAM
76
MD. YAZID B MOHD SAMAN (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
77
MOHAD B IBRAHIM
A17
PEMBANTU LAUT
78
MOHAMAD B ALI
R6
PEMANDU KENDERAAN
79
MOHAMAD B AWANG (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
80
MOHAMAD MALIKI B JUSOH
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
81
MOHAMMAD B SALLEH
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
82
MOHAMMAD FADHLI B AHMAD (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
83
MOHAMMAD ZAIDI BIN ZAKARIA
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
84
MOHD NOR SHOKRI BIN HJ ABD RAHMAN
N52
PEGAWAI TADBIR
85
MOHD NORDIN MOHD ABDULLAH (PROF. MADYA)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
86
MOHD POUZI B HAMZAH (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
87
MOHD RASID B PUTEH
R6
PEMANDU KENDERAAN
INFOKUS Khas Julai 2011
55
56
88
MOHD RUSLI BIN NGAH
A17
PEMBANTU LAUT
89
MOHD. AZMI B AMBAK (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
90
MOHD. B AWANG
A17
PEMBANTU LAUT
91
MOHD. EFFENDY B ABD.WAHID (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
92
MOHD. JAMALUDDIN BIN JUSOH
C22
PEMBANTU MAKMAL
93
MOHD. JAMEL BIN MOHAMAD NOOR
R1
PEKERJA AWAM
94
MOHD. JASMIN B ISMAIL
R1
PEKERJA AWAM
95
MOHD. LOKMAN B HUSAIN (PROF. DR.)
VK6
PENSYARAH UNIVERSITI
96
MOHD. NOOR AZMAN B SENU
G41
PEGAWAI PERIKANAN
97
MOHD. SARIF B ABD. MANAP
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
98
MOHD. SHAROL BIN ALI
C17
PEMBANTU MAKMAL
99
MOHD. TARMIZI BIN MANAF
C22
PEMBANTU MAKMAL
100
MOHD. ZAIN B YAZIZ
G17
PEMBANTU PERIKANAN
101
MOHD. ZAMRI B IBRAHIM (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
102
MOHD. ZULKEPELI B MOHD TEH
103
MOHD. ZULKIFLI B MOKHTAR (DR.)
104
MOKHTAR BIN ISHAK
B21
AHLI FOTOGRAFI
105
MUHAMAD B IBRAHIM
A17
PEMBANTU LAUT
106
MUHAMAD RAZALI BIN SALAM
C26
PEMBANTU MAKMAL
107
MUHAMMAD BIN EMBONG
C22
PEMBANTU MAKMAL
108
MUSTAFA BIN MAMAT (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
109
MUSTAFA BIN RANI
S17
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
110
NAFIAH @ MOHD RAFI B YAZIZ
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
111
NAKISAH BT MAT AMIN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
112
NATRAH BT YUSOF
S22
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
113
NAWANG B HUSIN
N17
TUKANG MASAK
114
NEK ROSLI B MEGAT DERAMAN
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
115
NOLIHA BT MANSOR
C17
PEMBANTU MAKMAL
116
NOOR AZHAR B MOHAMED SHAZILI (PROF. DR.)
VK6
PENSYARAH UNIVERSITI
117
NOOR MAIZURA BINTI MOHAMAD NOOR (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
118
NOOR ROHANA BT MANSOR (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
119
NOORA BT IBRAHIM
C22
PEMBANTU MAKMAL
120
NOR AZIZAH BT KASIM
W54
PEGAWAI KEWANGAN
121
NOR BAHYAH BT MOHAMED
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
122
NOR HAYATI BT IBRAHIM (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
123
NORAAINI BT HAJI ALI (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
124
NORAIDA BT HJ ALI
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
125
NORAIEN BT MANSOR (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
126
NORAZNAWATI BINTI ISMAIL (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
127
NORHAYATI BT MOHD TAHIR (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI PEMBANTU AM PEJABAT
128
NORRIZAN BT AWANG
N1
129
PATHEIAH BINTI MOHAMAD
C17
PEMBANTU MAKMAL
130
RAHAYU BINTI JOHARI
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
131
RAJA RAZALI B RAJA GHANI
C17
PEMBANTU MAKMAL
132
RAMLI B ZAKARIA
KP14
PENGAWAL KESELAMATAN
133
RANI B ISMAIL
A17
PEMBANTU LAUT
134
RASHIDAH BT AB. RASHID
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
135
ROHAMIZA BT OMAR
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
136
ROHANA BINTI ABDUL WAHAB
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
137
ROKIAH BT IBRAHIM
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
138
ROKIAH BT KADIR (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI PEMBANTU AM PEJABAT
139
ROMA BT ISMAIL
N4
140
ROSLAILAWATI BT ALI
N27
PEN PEG TADBIR
141
ROSLAM B ABDUL GHANI
S17
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
INFOKUS Khas Julai 2011
142
ROSLI B ALIAS
N1
143
ROSLI B OTHMAN
A17
PEMBANTU AM PEJABAT PEMBANTU LAUT
144
ROSNAN B YAACOB (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
145
RUHANI BT MAT MIN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
146
RUZAINI BT SULAIMAN
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
147
SABRI B AHMAD (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
148
SAHARUDDIN B ABDUL HAMID (PROF. MADYA DATO’ DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
149
SAKRI B IBRAHIM (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
150
SALEHA BT AWANG ABDULLAH
N26
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
151
SAYED MOHAMED ZAIN BIN S. HASAN ((PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
152
SEMANAT B ABU BAKAR
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
153
SIDEK BIN ABU BAKAR
C17
PEMBANTU MAKMAL
154
SITI HAJI BT ISMAIL
R4
PEKERJA AWAM
155
SITI RAMELAH BT SAMAD
S17
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
156
SUHAIMI B SURATMAN (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
157
SULIMAN BIN KASIM
C22
PEMBANTU MAKMAL
158
SULONG IBRAHIM (PROF. MADYA)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
159
SUMAZLY BIN SULAIMAN
DS45
PENSYARAH UNIVERSITI
160
SURIZA BT MOHAMED
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
161
SYED AHMAD RIZAL BIN TUAN NEK
C17
PEMBANTU MAKMAL
162
UBAIDILLAH B HARUN
F32
PEN PEG TEK MAKLUMAT
163
WAHID B MUDA
N4
PEMBANTU AM PEJABAT
164
WAN ADZMANI B WAN OTHMAN
N41
PENGURUS ASRAMA
165
WAN HAFSAH BT WAN MOHAMAD
N52
PEGAWAI TADBIR
166
WAN IZATUL ASMA BT WAN TALAAT (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
167
WAN MAT NONG B WAN ENDOT
168
J22
JURUTEKNIK
WAN MOHD NORSANI B WAN NIK (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
169
WAN ROSNAINI BT WAN RAZAK
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
170
WAN SALIHIN WONG B ABDULLAH (PROF. DR.)
VK7
PENSYARAH UNIVERSITI
171
WAN SARIMAH BT WAN RAZAK
N32
SETIAUSAHA PEJABAT
G32
PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN
R1
PEKERJA AWAM
172
YAAKUB B RASIP
173
YUSOFF B ABDULLAH
174
YUSOFF B SALLEH
A17
PEMBANTU LAUT
175
ZAHARA BT KEDRI
W52
PEGAWAI KEWANGAN
176
ZAIDAH BT MUDA
N22
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
177
ZAINAL ASHIRIN B SHAHARDIN (PROF. MADYA)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
178
ZAINURIMAN BIN IDERIS
C22
PEMBANTU MAKMAL
179
ZAKARI B ISMAIL
R6
PEMANDU KENDERAAN
180
ZAKARIA B IBRAHIM
N54
PEGAWAI TADBIR
181
ZAKARIA B MOHAMAD (DR.)
DS52
PENSYARAH UNIVERSITI
182
ZARINA BT MOHD SHARIFF
C22
PEMBANTU MAKMAL
183
ZUHAINI BT ALI
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
184
ZULFIKRI B MUDA
R4
PEKERJA AWAM
185
ZULKIFLI B ANANG
R6
PEMANDU KENDERAAN
186
ZUZANA BT MOHD ZAIN
N17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
187
SALLEH B HARUN (PROF. MADYA DR.)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
188
NIK FUAD BIN NIK MOHD KAMIL (PROF. MADYA DR.)
DS54
PENSYARAH UNIVERSITI
189
ABDUL MANAN B ALI
DS51
PENSYARAH UNIVERSITI
190
LIEW HOCK CHARK (PROF. MADYA)
DS53
PENSYARAH UNIVERSITI
191
MOHD. SULAIMAN B MOHAMED
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
192
WAN KAMRI B WAN MOHAMAD
N1
PEMBANTU AM PEJABAT
INFOKUS Khas Julai 2011
57
Sedekad INFOKUS sebagai buletin rasmi UMT oleh:
Rabil Sitta Abdul Rahman Penerbit UMT
Tahukah anda bahawa, isu pertama INFOKUS telah terbit sebagai wahana rasmi penyebaran berita-berita perkembangan KUSTEM untuk pengetahuan umum pada OgosNovember 2001. Perkataan INFOKUS adalah singkatan kepada frasa “informasi KUSTEM”; dan nama ini juga melambangkan aspirasi sebuah IPTA yang terfokus untuk menjadi sebuah Kolej Universiti yang mengungguli bidang “Sains, Teknologi dan Pengurusan Alam Sekitar”-petikan ayat Ketua Pengarang pertama INFOKUS, En. Mohd Nordin Mohd Abdullah (kini Prof. Madya) dalam teks Dari Meja Pengarang. Selain Prof. Madya Mohd Nordin Mohd Abdullah, penerbitan pertama INFOKUS, telah dijayakan oleh barisan editor, Pn. Noraien Mansor (kini Prof. Madya Dr.), En. Mohd Nor Shokri Hj. Abdul Rahman, Cik Norilawati Mohd Nor (kini Dr.) dan Cik Sharon Lim Sui Lin. Mereka telah dibantu oleh barisan pemberita daripada Pusat-pusat Tanggungjawab, staf Unit Teknologi Maklumat (UTEKMA) sebagai editor web dan juga jurufoto, En. Mokhtar Ishak serta En. Mohamad Hussin. Meskipun mensasarkan jumlah penerbitan sebanyak empat kali setahun, tetapi isu kedua telah diterbitkan bagi isu Disember 2001Jun 2002. Penerbitan isu ketiga INFOKUS diterbitkan pada September 2003. Isu ketiga ini, buat pertama kali proses reka bentuk dan reka letak dilaksanakan secara dalaman dan sentuhan pertama penulis sebagai editor. Pada edisi ketiga, INFOKUS lebih banyak mendokumentasikan suasana Majlis Konvokesyen KUSTEM yang pertama telah dilaksanakan dengan penuh gemilang di Pusat Dagangan Terengganu. Sehingga kini, cabaran menerbitkan INFOKUS tetap sama iaitu mendapatkan bahan berita dan artikel sebagai pengisian setiap isu. Perit getir menerbitkan INFOKUS, hanya kami yang berada dalam Sidang Editorial sahaja yang tahu. Penulis
58
INFOKUS Khas Julai 2011
sendiri pernah mengumpul bahan melalui maklumat yang dipaparkan dalam e-mel rasmi universiti. Bak kata pepatah, “alah bisa tegal biasa,” segala cabaran dan halangan tetap ditempuhi demi menjayakan penerbitan INFOKUS. Lapan tahun dahulu juga bahan dihantar secara manual menggunakan disket, kini kaedah penghantaran bahan dilaksanakan dengan lebih pantas melalui kemudahan e-mel rasmi UMT. Kadang kala bahan yang dihantar tidak mengikut format berita dan terpaksalah penulis bertindak sebagai pengarang dan juga editor. Pada tahun 2005, Penerbit UMT mula menerima tanggungjawab menerbitkan bahan penerbitan ilmiah dan hanya dua isu INFOKUS diterbitkan di bawah Ketua Editor Pn. Hjh. Samsiah Abdul Hamid (kini Dr.). Seterusnya, pelantikan Dr. Noraien Mansor (kini Prof. Madya Dr.) sebagai Ketua Pengarang yang ketika itu Penyelaras Penerbit KUSTEM memberikan perubahan baharu kepada penerbitan INFOKUS. Beliau berjaya membawa perubahan kepada skala jadual penerbitan dan juga wajah INFOKUS. Sejajar dengan transformasi yang kampus tercinta daripada Kolej Universiti kepada Universiti Malaysia Terengganu, pemaparan dan wajah INFOKUS juga diubah mengikut zaman. Sejak diterbitkan, reka bentuk tajuk INFOKUS telah lima kali diubah dan disesuaikan mengikut trend semasa. Corak pemaparan reka letak juga mula disuntik dengan elemen majalah komersial. Perubahan ini ternyata menjadikan INFOKUS lebih segar untuk dibaca dan ditatapi oleh masyarakat umum. Meskipun telah mengalami perubahan imej yang ketara tetapi matlamat INFOKUS sebagai medium penyebaran maklumat berkaitan UMT tetap dipertahankan. INFOKUS kekal sebagai alat promosi universiti dan pemaparan maklumat ilmiah tetap diseimbangkan dengan berita aktiviti warga kampus sama ada staf mahupun pelajar. Matlamat utama kami di
sidang editorial ialah memastikan masyarakat umum mengenali UMT melalui INFOKUS! Kami, Sidang Editorial INFOKUS juga amat berbangga dan berterima kasih kepada mantan Rektor KUSTEM, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Mahyuddin Mohd Dahan, Naib Canselor pertama UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin dan Naib Canselor UMT kini, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz Deraman yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat dalam menjayakan penerbitan INFOKUS. Tidak ketinggalan, terima kasih buat semua penyumbang bahan INFOKUS yang terdiri dalam kalangan staf akademik dan juga sokongan akademik. Bantuan dan sokongan kalian yang tidak pernah putus asa menghantar berita dan juga artikel telah menjadikan INFOKUS terus kekal hingga sekarang.Terima kasih daun keladi juga buat staf grafik dan juga jurufoto yang tidak pernah jemu menyumbang tenaga menjayakan penerbitan INFOKUS. INFOKUS bukan milik Ketua Pengarang mahupun editor tetapi ia adalah milik seluruh warga UMT. Kami di Sidang Editorial INFOKUS hanyalah melaksanakan amanah pihak pengurusan tertinggi universiti untuk menjayakan penerbitan INFOKUS. Semoga INFOKUS akan terus kekal menjadi medium wacana rasmi UMT yang terus mendapat sokongan dan perhatian daripada warga UMT amnya dan masyarakat umum khususnya. Tiada apa yang lebih indah untuk kami dengar apabila menerima pertanyaan “Bila INFOKUS seterus diterbitkan?” Meskipun INFOKUS bukan majalah komersial yang terkenal tetapi penantian pembaca bagaikan penawar bagi kami untuk menghilangkan segala cabaran dalam menerbitkan buletin rasmi UMT ini. Barisan individu berikut pernah bertanggungjawab menguruskan penerbitan INFOKUS.
DI SEBALIK TABIR INFOKUS
KETUA PENGARANG 2006 - kini
Rabil Sitta Abdul Rahman Editor 2003-kini Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Dr. Samsiah Abdul Hamid Ketua Editor 2005
KETUA PENGARANG 2001-2005 En. Mohd Nor Shokri Hj. Abdul Rahman Editor 2001-2004
Prof. Madya Mohd Nordin Mohd Abdullah
INFOKUS Khas Julai 2011
59