INFOKUS UMT MAC 2014 Bil. 48
www.umt.edu.my
Amanat Naib Canselor UMT Tahun 2014 Menerjah Antartika Dialog Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Tinggi Buku Mewah Terbaik 2013 Milik UMT Teroka Industri Lebah Kelulut
2
Dari Minda KETUA PENGARANG
”Meskipun kita rapuh dalam melangkah meniti detik waktu yang terus berjalan, meskipun kehidupan kita dihiasi gelap dan terang… suka dan duka…tangis dan tawa, meskipun goresan mimpi dan sepi silih berganti, NAMUN kekuatan hati mengundang kehangatan untuk membicarakan kesinambungan sebuah kehidupan”. (Noraien Mansor, Mac 2014)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diizinkan-Nya untuk bertemu dalam INFOKUS UMT edisi MAC 2014. Masih terasa kehangatan menyambut Tahun Baharu 2014 dan Tahun Baru Cina, justeru masih belum terlambat untuk sidang redaksi menghulurkan ucapan kepada semua warga pembaca setia dan rakyat Malaysia. Pantasnya masa berlalu tanpa disedari kita menyapa kembali tahun baharu yang kita sendiri tidak mengetahui rona kehidupan yang akan kita
tempuhi. Namun apa jua pengalaman yang kita rasai sudah pasti akan mematangkan diri kita sebagai insan yang amat kerdil di muka bumi ini. Sebagai hamba-Nya, kita akan berusaha sedaya upaya untuk menabung kebaikan dan bangkit menghadapi setiap cabaran yang menerpa, namun goresan hati yang ditaburi dengan igauan mimpi menyedarkan kita tentang pelbagai ragam manusia yang kita mampu atau tidak untuk mempercayai mereka… walaupun sedetik kehibaan mencengkam, pedihnya tetap terasa, sebagai insan biasa kita hanya mampu merancang dan hanya doa menjadi taruhan… PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR
SIDANG REDAKSI Penaung YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
Pereka Grafik Mohd Fadli Abdullah Rozliana Mat Hussin
Jurufoto Penasihat YBhg. Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid Mokhtar Ishak Muhamad Adli Hashim Ketua Pengarang Krew Produksi Prof. Madya Dr. Noraien Mansor Penyumbang Bahan Editor Canselori Rabil Sitta Abdul Rahman Pejabat Pendaftar Mohd Izham Mohd A. Wahid Pejabat Bendahari Harisom Anida Musa Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah Pembaca Pruf Institut Oseanografi dan Sekitaran Krew Penerbit UMT Pusat Pembangunan Sosioekonomi
Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan Pusat Pengurusan Bakat Akademik Penerbit UMT Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra Pusat Jaringan Antarabangsa Pusat Sukan dan Rekreasi Pusat Kesenian dan Kebudayaan UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd
Hak Cipta Terpelihara © 2014. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
INFOKUS Mac 2014
KANDUNGAN
Fokus Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UMT Membudaya Nilai Teras, Memacu Kecemerlangan Akademik
6
Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi: Rais Yatim Gesa Bahasa Melayu Dibudayakan
11
Anugerah Perdana Buku Mewah Terbaik 2013 Milik UMT
14
Menerjah Antartika
16
Akademik & Pengantarabangsaan Bengkel Pembangunan Bakat Akademik Penggerak Momentum Akademik Berbudaya Cemerlang Pegawai Cuti Belajar di United Kingdom
20
Perkukuh Jaringan Kerjasama UMT - Universiti Kagoshima
23
Penyelidikan & Inovasi e-Disiplin Versi 2.0 Menang Dua Anugerah Utama di CIGIF 2013 Korea
26
Jana Tenaga Boleh Diperbaharui Melalui Ombak
28
UMT sertai Training Workshop on Technopreneurship for Gulf Countries 2013 di Kuwait City, Kuwait
32
Bidang Mikroskopi Pemangkin Penyelidikan Komprehensif dan Berfokus
35
Kaedah Pemindahan Koloni Kelulut Tanpa Memusnahkan Habitat Asal
36
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Teroka Industri Lebah Kelulut
39
Sorotan Peristiwa Majlis Julangan Karyawan 2013 Suburkan Budaya Wacana Ilmiah
42
INOS Menerima Lawatan Kerja Prof. Tim Jickells
45
Majlis Menandatangani Kontrak Sistem Simulasi
46
Voyages of Discovery Majalah Antarabangsa Pertama UMT
47
Mesyuarat Sidang Majlis dan Pelaksana Pusat Bahasa Melayu Institusi Pengajian Tinggi Nusantara
48
Fungsi dan peranan Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya
49
Penerbit UMT Timba ilmu di Karangkaf dan Media Prima
50
UMT Praktik Model Kewangan Lestari
51
USR CSD bersama MAIDAM dan UPEN Sumbang Bangunkan Ekonomi Ibu Tunggal
53
Gemilang Siswa Persadatari Cemerlang di Festival Zapin Johor
55
Kejayaan “Voice of Harmony� di Festival Koir MAKUM IPTA 2013
55
Sukan & Kesihatan SUKUM ke-38 Kontinjen UMT Cemerlang
56
UMT Sertai Kejohanan SUKIPT 2014
57
3
4
Coretan NAIB CANSELOR Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
UMT
bakal melancarkan Pelan Strategik 2013-2017 bagi memacu wawasan kita ke puncak kecemerlangan. Ia merupakan pelan pelaksanaan lima tahun yang dibangunkan secara bersama, berasaskan kekuatan sedia ada dan peluang di lautan biru. Pelan ini menggariskan objektif strategik lima tujahan utama: pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan dan inovasi; pemindahan pengetahuan; memperkasa bakat akademik; dan pembangunan citra. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kita akan memberikan tumpuan kepada strategi menarik pelajar cemerlang datang ke UMT, memantapkan kualiti program pengajian prasiswazah, memperkenalkan program pengajian antarabangsa, dan memperbanyakkan program pengajian siswazah yang relevan dengan pembangunan negara. Penyelidikan dan inovasi pula perlu dijajarkan dengan fokus UMT iaitu ‘sains kelautan dan sumber akuatik’. Tumpuan akan diberikan kepada membina budaya ‘penyelidikan sepanjang hayat’ untuk mengukuhkan kepelbagaian kepakaran untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
inovasi ilmu. Pada masa yang sama, beberapa kumpulan penyelidikan khas diperkukuhkan bagi membolehkan UMT menyumbang kepada meningkatkan kesejahteraan komuniti dan keupayaan bersaing negara. Pelan Strategik ini juga memberikan perhatian padu terhadap gagasan pemindahan ilmu kepada industri dan masyarakat. Kita akan membangunkan konsep ‘inovasi sosial’ sebagai satu pendekatan berterusan memindahkan kebijaksanaan yang telah dikembangkan di universiti untuk faedah masyarakat. Pada masa yang sama, beberapa program khas diperkenalkan untuk memperkasa bakat akademik dan pembangunan citra UMT. Kepada semua rakan di institusi kerajaan, industri dan awam, berilah kepercayaan anda kepada potensi yang ada di UMT. Kepada ahli akademik, staf profesional dan sokongan buktikan kepada mereka, anda adalah golongan istimewa yang boleh menerajui masyarakat dan zamannya. Kepada pelajar pula, rebutlah peluang menimba ilmu di universiti tercinta ini, dan jadilah pemimpin masa hadapan yang ditunggu-tunggu. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo Naib Canselor UMT
INFOKUS Mac 2014
5
6
Fokus
Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UMT Membudaya Nilai Teras, Memacu Kecemerlangan Akademik oleh: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo | Canselori
INFOKUS Mac 2014
A
manat tahun ini menggariskan hasrat di sebalik penyediaan Pelan Strategik 2013-2017, serta menjelaskan mengenai iltizam penubuhan pusat pengajian dan pendidikan. Kita tidak akan berjaya mengharungi perubahan tanpa perancangan yang berstrategi. Terjemahan objektif strategik kepada program dan aktiviti membolehkan tindakan susulan yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya. Saya juga berharap dengan kefahaman yang mendalam mengenai potensi penubuhan pusat pengajian, anda mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bersama menjayakan gagasan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Pada masa yang sama, kita perlu terus melaksanakan transformasi untuk mencapai kecemerlangan menyeluruh. Pencapaian Tahun 2013 Pada tahun 2013, UMT telah berjaya menghasilkan 1962 graduan iaitu 15 daripadanya ijazah PhD, 114 ijazah Sarjana, 1727 ijazah Sarjana Muda dan 106 ijazah Diploma. Kita turut memperkenalkan dua program pengajian Sarjana Muda baharu iaitu Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dan Sains Sosial (Pembangunan Komuniti). Dalam konteks bilangan pelajar antarabangsa, kedudukan UMT masih di tahap rendah dan saya berharap UMT dapat meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa sehingga 5% menjelang 2020, dan mencapai 10% menjelang 2030. Namun, usaha membangun bakat akademik berjalan lancar. Suatu yang membanggakan ialah jumlah ahli akademik yang memiliki ijazah PhD kini telah meningkat kepada
67.3%, antara yang tertinggi daripada kalangan universiti komprehensif berfokus di Malaysia. UMT boleh berbangga dengan pencapaian penerimaan geran penyelidikan yang tinggi pada tahun 2013. Kita telah menerima geran sebanyak RM14.5 juta daripada kerajaan (KPM dan MOSTI), RM73,000 daripada agensi swasta (dalam negara), dan RM32,000 daripada luar negara.
“…jumlah ahli akademik yang memiliki ijazah PhD kini telah meningkat kepada 67.3%, antara yang tertinggi daripada kalangan universiti komprehensif berfokus di Malaysia.” Pencapaian inovasi ilmu (penerbitan ilmiah) sehingga November 2013 pula ialah sebanyak 309 makalah jurnal, lebih rendah berbanding 402 pada tahun 2012. Bagaimanapun, nisbah makalah dalam jurnal terindeks berbanding makalah tidak terindeks terus meningkat daripada 1.8:1 (2012) kepada 2.2:1 (2013). Ini menunjukkan telah timbul kesedaran sebahagian daripada ahli akademik kita untuk menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal berkualiti. Pencapaian inovasi teknologi (harta intelek) masih terhad. Sehingga akhir tahun 2013, UMT hanya mampu menghasilkan 5 paten dan sebuah cap dagang, sementara 15 paten dan sebuah cap dagang yang telah difail sedang menunggu kelulusan. Ini satu permulaan yang baik dan usaha berterusan masih perlu dipergiatkan lagi. Pada tahun 2013, UMT telah berjaya menyiapkan beberapa kemudahan prasarana akademik untuk pendidikan dan penyelidikan. Antaranya ialah bangunan Kompleks Makmal, Kompleks Kuliah Berpusat dan empat buah bangunan untuk meningkatkan keupayaan pusat
pengajian. Dengan meningkatnya kemudahan prasarana, kini UMT mampu menampung peningkatan jumlah pelajar sehingga 13,000 orang pada satu masa. Pelan Strategik 2013 – 2017 Pelan Strategik ini dimulakan dengan beberapa kenyataan dasar yang perlu dihayati oleh semua warga UMT. Bagi memantapkan gagasan ‘Akademik Berbudaya Cemerlang’, kita telah memperkenalkan nilai teras (core values) UMT berikut: •
Ghairah kepada kebenaran
•
Mengejar kecemerlangan
•
Pemerkasaan kepimpinan akademik
•
Menghormati kepelbagaian keserakanan
•
Menyemai kecintaan alam
Saya menyeru kepada semua ahli akademik, staf profesional dan sokongan supaya menghayati nilai teras ini dan sentiasa berazam untuk mengamalkannya. Amalan nilai teras ini bukan sahaja mampu mengukuhkan kewibawaan UMT, tetapi menjadikan setiap individu sebagai ahli akademik yang dihormati dan direstui Ilahi. Pelan Strategik 20132017 menekankan lima bentuk transformasi: pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan dan inovasi; pemindahan ilmu; memperkasa bakat akademik; dan pembangunan citra. Semua transformasi ini diterjemahkan kepada 17 objektif strategik, 43 program dan 115 projek yang perlu dilaksanakan sepanjang 5 tahun ini. Transformasi Akademik Pada prinsipnya, transformasi akademik merupakan usaha pemodenan urusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mengukuhkan iltizam menjadikan P&P urusan teras terpenting UMT. Dalam konteks ini, kita perlu menyediakan program pengajian (pra dan pascasiswazah) yang
7
8
Fokus berkualiti dan relevan dengan keperluan negara; menyediakan bakat akademik pelbagai disiplin ilmu yang berkepakaran tinggi; dan menyediakan sistem penyampaian ilmu yang terbuka dan berkecekapan tinggi. Sistem fakulti digantikan dengan sistem pusat pengajian bagi membolehkan UMT memberikan fokus kepada bidang tujahan (nic) yang telah dipersetujui dan direstui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Transformasi ini melibatkan penyusunan semula semua program pengajian berdasarkan disiplin keilmuan dan sektor pembangunan. Pendekatan ini tentunya dapat menyokong gagasan pembangunan ‘Sains Kelautan dan Sumber Akuatik’. Untuk mencapai hasrat baharu ini, kita telah memperkenalkan lapan Pusat Pengajian berikut: •
Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA)
•
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG)
•
Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS)
•
Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA)
•
Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM)
•
Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM)
•
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE)
•
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)
Semua pusat pengajian ini perlu memberikan tumpuan kepada menjayakan dan mengembangkan program pengajian (pra dan pascasiswazah) dalam keilmuan dan sektor pembangunan masingmasing. Pada masa yang sama, penyelidikan fundamental dan gunaan untuk memperkasa kepakaran bakat akademik diperkukuhkan, dan proses pemindahan ilmu kepada masyarakat (kerajaan, industri dan komuniti) diarusperdana.
Bagi membolehkan P&P bersifat holistik, UMT memperkenalkan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal. Pusat Pendidikan ini perlu memberikan tumpuan kepada penyampaian kursus wajib dan elektif universiti sebagai sebahagian daripada perkhidmatan P&P untuk melengkapkan suatu program pengajian. Perkhidmatan ini penting bagi membolehkan pelajar terdedah kepada kursus asas dan liberal yang diperlukan untuk membentuk insan yang holistik, mempunyai daya kreativiti tinggi dan berkeyakinan diri. Status kebertanggungjawaban pusat ini sama seperti semua pusat pengajian yang lain, kecuali ia tidak menawarkan program pengajian.
“Ahli akademik berwibawa perlu mengasah bakat akademik melalui ‘penyelidikan sepanjang hayat’. Dan hasilnya perlu diterbitkan dalam jurnal ilmiah (scholarly journal) dan digunapakai untuk pengajaran dan pembelajaran.” Dalam syarahan tahunan 2012, saya telah memberikan penekanan kepada kepentingan mewujudkan program pengajian bersifat antarabangsa. Perlu ditegaskan semula program pengajian antarabangsa mempunyai kepentingan strategik berganda. Program ini bukan sahaja boleh dijadikan asas untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa yang belajar di UMT, tetapi lebih penting lagi, ia dapat membebaskan sebahagian besar daripada program pengajian sedia ada yang dikhususkan untuk memenuhi keperluan pembangunan modal insan negara daripada tekanan arus globalisasi. Dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu memperkasa pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di
Institusi Pendidikan Tinggi boleh kita laksanakan sepenuhnya. Oleh itu, pada tahun 2014 ini, saya ingin melihat sekurang-kurangnya satu program pengajian di semua Pusat Pengajian diangkat menjadi ‘Program Pengajian Antarabangsa’. Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Penyelidikan fundamental untuk meningkatkan kepakaran atau kemahiran individu akademik merupakan ‘tanggungjawab asas’ semua ahli akademik. Ahli akademik berwibawa perlu mengasah bakat akademik melalui ‘penyelidikan sepanjang hayat’. Dan hasilnya perlu diterbitkan dalam jurnal kesarjanaan (scholarly journal) dan digunapakai untuk pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan daripada anda juga perlu menjalankan penyelidikan bersifat gunaan atau tindakan (applied or action research) yang lazimnya dilakukan dalam satu kumpulan kecil. Ini membolehkan kepakaran bersama digembleng untuk menghasil ‘produk penyelidikan’ yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Berasaskan kepakaran sedia ada dan dapatan daripada penyelidikan gunaan, anda boleh memindah ilmu atau teknologi kepada industri dan komuniti. Proses pemindahan ilmu sama ada melalui ‘penyelidikan kontrak’, perundingan, keterlibatan komuniti atau penasihatan dasar perlu dijadikan sebahagian daripada amalan kita. Kini aktiviti memindah ilmu kepada mesyarakat telah diiktiraf sebagai peranan baharu muncul atau Peranan Ke-3 Universiti. Dalam perkembangan terbaharu, pada akhir tahun 2013, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah memperkenalkan Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS) kepada universiti komprehensif dan universiti komprehensif berfokus. Ini merupakan satu anjakan paradigma JPT yang sangat dihargai. UMT perlu menjadi peneraju halatuju kebangsaan bagaimana program penyelidikan NRGS ini dapat dilaksanakan dengan tepat dan berwawasan.
INFOKUS Mac 2014
Transformasi Penyelidikan dan Inovasi (P&I) yang telah dimulakan sejak pertengahan tahun 2013, akan diberikan penegasan yang lebih tinggi pada tahun ini. Konsep Special Interest Group (SIG) dan Research Interest Group (RIG) perlu dimantapkan supaya kefahaman semua ahli akademik terjajar. Mulai tahun 2014, UMT telah mampu menggiatkan program memperkasa pemindahan ilmu. Saya melihat pemindahan ilmu dalam konteks yang luas iaitu meliputi semua proses pemindahan ilmu daripada ilmu janaan penyelidikan untuk kesarjanaan, hingga penangguhan oleh pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, saya mendefinisikan pemindahan ilmu daripada perspektif bagaimana ilmu diterjemahkan kepada ‘produk inovasi’ yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Secara prinsipnya, produk inovasi ini boleh dibezakan dalam tiga bentuk: inovasi ilmu, inovasi teknologi dan inovasi sosial. Inovasi teknologi seperti yang diharapkan daripada R&D Komersial masih perlu diperkasakan. Usaha perlu dipertingkatkan melalui pembangunan produk yang lebih berkualiti, berinovasi dan memenuhi kehendak pasaran masa hadapan.
Produk prototaip perlu diuji, ditambahbaik dan dipatenkan. Isu mengawal hak milik intelek untuk menjaga kepentingan pencipta dan UMT perlu diberikan perhatian. Pada tahun 2014, UMT perlu mengembangkan aktiviti inovasi sosial dengan lebih berfokus dan melibatkan semua warga universiti. Setiap pusat pengajian dan institut penyelidikan perlu membangunkan program inovasi sosial secara terancang dan berwawasan. Hasil penyelidikan perlu diterjemahkan kepada inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti tempatan dan masyarakat sejagat. Kita harus menekankan proses pemindahan ilmu ini secara berterusan dan dalam jangka panjang sehingga impaknya terjelma dengan jelas.
pembelajaran secara terintegrasi. Mod pertama ialah pembelajaran formal di pusat pengajian bagi membentuk gagasan ilmu dan keupayaan intelek. Mod kedua melalui pembelajaran formal di pusat pendidikan melibatkan pembangunan world view, keterbukaan minda dan pembinaan keyakinan diri. Mod ketiga, melibatkan pendidikan informal di PPHP dan PPAK, bermatlamat meningkatkan kemahiran melalui program kokurikulum, amalan libat sama dan berpersatuan. Sementara mod keempat pula melibatkan pendidikan informal dan tidak formal di persekitaran Kolej Siswa. Mulai tahun 2014, saya mencadangkan Unit Pelajar Luar Kampus diwujudkan. Unit ini berperanan untuk mencari atau menyediakan penempatan di luar kampus secara bersepadu. Selain itu, Unit ini boleh juga bertindak sebagai memberikan beberapa perkhidmatan sokongan lain seperti yang diamalkan oleh Kolej Siswa. Pada masa yang sama, jika kita mahu menjadi pemain global, isu mendesak yang perlu diatasi segera ialah kemudahan penempatan dan sistem sokongan pelajar antarabangsa. Pada tahun 2014, saya ingin melihat perancangan rapi dan berterusan untuk menyediakan kemudahan baharu serta meningkatkan kemudahan sedia ada supaya pelajar antarabangsa kita merasa mereka seperti di negara sendiri. UMT perlu menyediakan Kolej Antarabangsa yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan mereka dan keluarga.
Transformasi Pelajar
Mengarusperdana Pengantarabangsaan
Matlamat akhir pembelajaran di UMT ialah menghasilkan ‘graduan berminda kelas pertama’ dan mampu menentukan masa hadapan berasaskan pertimbangan yang tepat. Untuk menghasilkan graduan berminda kelas pertama, kita perlu menyediakan program pengajian yang seimbang melalui empat mod
Universiti pada asasnya merupakan institusi pendidikan bersifat global yang didasari oleh kepentingan kebangsaan dan tempatan. Oleh itu, penterjemahan dasar pengantarabangsaan harus dilaksanakan secara bijak dan menyeluruh. UMT akan menterjemahkan dasar
9
10
Fokus pengantarabangsaan ini dalam empat konteks: •
Mobiliti pelajar
•
Mobiliti akademik
•
Program pengajian antarabangsa
•
Ahli akademik berpemikiran global
Pemantapan Bakat Akademik Akademik berbudaya cemerlang ialah gagasan pegangan setiap ahli akademik yang menyintai atau taksub kepada ilmu. Mereka percaya kepada nilai teras akademik, dan sangat profesional dan sentiasa membangun kepakaran melalui ‘penyelidikan sepanjang hayat’. Pada prinsipnya, pembangunan bakat adalah pembangunan kepakaran dan kemahiran berasaskan konsep ‘pembangunan kendiri’. Oleh itu, Pusat Pengurusan Bakat Akademik bersama pusat pengajian hanya dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengurusan bagi membolehkan potensi setiap ahli akademik diserlahkan. Pada tahun 2014, saya ingin melihat pendekatan baharu penilaian prestasi tahunan digunakan sepenuhnya. Penilaian prestasi tahunan perlu peka kepada kelainan peranan dan disiplin ilmu setiap bakat akademik, dan perlu mengambil kira lima aktiviti utama akademik iaitu: •
Pengajaran dan penyeliaan
•
Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah
•
Pemindahan Ilmu
•
Pembangunan Kendiri
•
Kepimpinan Akademik
Semua ahli akademik perlu menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap jika prestasi akademik tahunannya ingin dinilai dengan sebaik mungkin.
Asas pembangunan bakat ialah sumbangan dan pencapaian akademik sepanjang kerjaya yang diterjemahkan dalam bentuk Curriculum Vitae (CV). Memandangkan CV lazimnya disediakan oleh individu ahli akademik untuk menonjolkan kekuatan masing-masing, setiap satunya berbeza daripada aspek pendekatan dan senarai sumbangan utamanya.Oleh itu, PPBA telah membangun profil akademik atau e-Bakat yang seragam dan berupaya untuk mengumpul semua sumbangan dan pencapaian akademik penting dalam bentuk pangkalan data rujukan rasmi UMT. Pemerkasaan Staf Profesional dan Sokongan Untuk memperkukuhkan sistem sokongan profesional, kita perlu melihat kembali pendekatan latihan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan sikap terhadap kerja. Saya ingin menggalakkan pendekatan pembangunan bakat daripada perspektif hierarki pengurusan iaitu pengurus, pengurus kanan, pengurus utama dan jawatan lebih tinggi. Kenaikan pangkat perlu dikaitkan dengan pengalaman pengurusan dan pendedahan kepada tahap latihan tertentu. Saya juga ingin menggalakkan staf profesional kanan didedahkan dengan program pendidikan Sarjana Pengurusan. Bagi staf sokongan pula, sistem latihan mereka pula perlu memberikan tumpuan kepada meningkatkan kemahiran, amalan terbaik, pembelajaran kendiri, dan sikap kerja yang positif (amalan berkhidmat dan berbakti). Citra Kebangsaan dan Global Untuk membina citra positif, kita perlu mengembangkan citra kebangsaan dan global. Pada peringkat kebangsaan, kita perlu dikenali sebagai universiti
terunggul dalam ilmu kelautan dan sumber akuatik. Dalam konteks ini, kita seharusnya memiliki ramai bakat akademik tersohor, program pengajian terbaik, dan prasarana penyelidikan tercanggih dalam pelbagai ilmu kelautan dan ekosistem akuatik. Citra ini perlu ditonjolkan secara berterusan dalam pelbagai bentuk, khususnya melalui aktiviti kemasyarakatan dan penerbitan korporat. Pada peringkat antarabangsa, kita mahu UMT dikenali dalam bidang sains marin, kepelbagaian biologi akuatik, serta pengurusan dan teknologi maritim. Oleh itu, pembangunan citra global perlu ditumpukan kepada kekuatan dan keupayaan kita dalam sektor ini. Jika kita beriltizam untuk membawa ahli akademik cemerlang dan pelajar antarabangsa terbaik bersama kita, maka fokus citra perlu ditumpukan kepada sasaran yang tepat - wakil kerajaan di luar negara, universiti terkemuka dunia, universiti berfokuskan marin dan semua rakan jaringan global yang telah dibina selama ini. Kenyataan Penutup Kejayaan semua usaha ini memerlukan sokongan dan komitmen seluruh warga UMT. Marilah kita bersama mengukuhkan sebuah pasukan idaman melalui kepercayaan dan amalan terhadap Nilai Teras UMT. Saya juga ingin menasihati anda semua, binalah sikap yang positif terhadap kerja. Anggaplah pekerjaan sebagai amanah dan tanggungjawab penting dalam hidup kita. Cintailah kerja anda, dan lakukan dengan penuh keceriaan dan kebanggaan. Jika kita amalkan semua prinsip ini dengan penuh yakin, kita akan berjaya memacu kecemerlangan akademik.
INFOKUS Mac 2014
Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi: Rais Yatim Gesa Bahasa Melayu Dibudayakan
K
oleh: Afifullah bin Ahmad | Penerbit UMT
esinambungan dari kajian asas penggunaan bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pusat Majlis Bahasa Melayu IPT Nusantara yang dipengerusikan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah
menganjurkan Majlis Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi. Majlis dialog ini yang diadakan pada 10 Disember 2013 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur telah membariskan tiga orang panel jemputan yang terdiri daripada
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan anggota sidang pelaksana Pusat Majlis Bahasa Melayu IPT Nusantara, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong.
Dari kiri, ahli panel Majlis Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong,Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan moderator Tn. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
11
12
Fokus
â€œâ€Śkita terlalu sibuk untuk mencapai hal-hal berhubung dengan ekonomi dan hal-hal berkaitan sehingga survival bahasa dan budaya itu seolah-olah ditinggalkan .-Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Dari kiri, Pengerusi Majlis Dialog Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi, Prof. Madya Dr. Noraien Mansor, bersama ahli panel Majlis Dialog.
INFOKUS Mac 2014
“…stigma dalam pemikiran ahli akademik menganggap bahasa Inggeris lebih global dan hanya segelintir sahaja yang mampu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi .”- Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
Dikendalikan oleh moderator Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, dialog ini yang menghimpunkan para ilmuwan dan akademia serta pejuang bahasa telah menjadi medan perkongsian idea dan pandangan dalam meneliti dan mencari ramuan bagi memperkasa bahasa Melayu di peringkat tinggi. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut merasmikan majlis ini menegaskan bahawa polemik bahasa Melayu tidak akan berakhir selagi ianya tidak diiktiraf dan dibudayakan ke dalam semua cabang bidang pengajian. Secara lantang, beliau turut menyatakan bahawa kita terlalu sibuk untuk mencapai halhal berhubung dengan ekonomi dan hal-hal berkaitan sehingga kemandirian bahasa dan budaya itu seolah-olah ditinggalkan. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo pula berpandangan cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah sikap ahli akademik. Ini kerana stigma
dalam pemikiran ahli akademik menganggap bahasa Inggeris lebih global dan hanya segelintir sahaja yang mampu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Beliau turut menyarankan agar ahli akademik yang cintakan bahasa Melayu perlu dilahirkan lebih ramai dan penulisan jurnal harus diubah ke dalam bahasa Melayu untuk disasarkan kepada pembaca tempatan.
“ Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa Negara di dunia yang tidak dihormati oleh rakyatnya sendiri.”- Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong Kenyataan Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong “Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa negara di dunia yang tidak dihormati oleh rakyatnya sendiri” membuatkan
hadirin terpana dan terkesan. Beliau berpendapat anjakan terhadap bahasa Inggeris berlaku kerana kekuasaan dan bukan kerana kepentingannya. Beliau turut menyatakan penggunaan bahasa Melayu di IPT perlu ada perimbangan dan lebih ditonjolkan kerana statusnya sebagai identiti nasional serta merupakan sebahagian dari dimensi budaya. Manifestasi yang dihasilkan dari penganjuran dialog ini adalah penubuhan Majlis Bertindak Bahasa Melayu dalam usaha memartabat bahasa kebangsaan yang bakal disertai para sarjana serta ahli akademik, badan bukan kerajaan dan individu. Badan itu boleh menggunakan pendekatan berhemah untuk menasihatkan kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan, bukan saja dalam merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahkan menterjemahkannya sebagai bahasa ilmu tinggi.
13
14
Fokus
Anugerah Perdana Buku Mewah Terbaik 2013 Milik UMT oleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMT
Sejajar dengan perkembangan tersebut, usaha penggalakan perlu diadakan secara berterusan bagi memperkasa kebangkitan budaya ilmu untuk mendukung agenda pembangunan masyarakat berpengetahuan (Knowledge Economy Society). Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur, Universiti Kuala Lumpur sera Oxford Centre of Excellence of United Kingdorm telah menganjurkan Anugerah Buku Negara sempena Ekspo Buku 1Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 10-12 Disember 2013 baru-baru ini.
K
ajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah kategori masyarakat yang kurang membaca. Menurut UNESCO, kira-kira 46% sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca. Mereka ini terdiri daripada pelajar dan ahli-ahli profesional. Namun begitu, perkembangan drastik semangat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 2 Mac 2010, menunjukkan; “Jumlah jualan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2009 mencatatkan RM27 juta berbanding dengan RM22 juta pada tahun 2008.” Kebangkitan budaya membaca semakin berkembang pesat dalam negara kita, sepanjang tahun 2013 sebanyak 24,000 judul buku telah diterbitkan.
“Budaya membaca perlu diangkat dan dijadikan amalan dalam masyarakat Malaysia. Untuk melihat sesuatu tamadun itu maju dan berjaya, ilmu daripada membaca ini perlu. Apatah lagi jika mahu menulis. Tidak akan mudah menulis jika kita tidak membaca. Dunia penulisan ini sangat luas, maka untuk berjaya (dalam bidang penulisan) seseorang itu harus kuat membaca,”-Datuk A. Kadir Jasin, Tokoh Wartawan 1000 judul buku telah dinilai oleh sebuah panel khas dipengerusikan oleh Ketua I GAPENA, YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan buku mewah UMT berjudul; Terbitan Khas Tuanku Canselor UMT Seri Paduka
Prof. Madya Dr. Noraien Mansor pengarang buku Terbitan Khas Tuanku Canselor UMT Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersama piala yang dimenanginya.
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang ditulis oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Aziz Deraman dan Prof. Madya Dr. Noraien Mansor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Buku Mewah Terbaik pada tahun 2013. Kemenangan ini termasuk 20 individu dan penerbit yang menerima Anugerah Buku Negara 2013 bagi kategori Anugerah Perdana. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan majlis perasmian dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Za’ba Tokoh Pengarang. Anugerah Perdana
INFOKUS September 2013
Prof. Madya Dr. Noraien Mansor menerima Sijil Penghargaan dan plak kemenangan daripada Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Para pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara 2013 bergambar dengan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Penerbit Universiti Awam dimenangi oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia. Anugerah Pengarang Diraja dimenangi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menerusi buku; On Common Ground: A Collection of Articles terbitan MPH Distributors Sdn. Bhd. Menurut Pengerusi YPBN, En. Hassan Hamzah, penganjuran ekspo tersebut diadakan bertujuan untuk memartabatkan industri penulisan dan penerbitan negara. Ia juga sebagai landasan untuk memupuk sikap supaya rakyat Malaysia menjadikan
bacaan sebagai budaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Penganjuran Anugerah Buku Negara diperkenalkan bagi mengiktiraf serta menghargai warga kerja di balik tabir aktiviti penerbitan buku dan penulisan kreatif. Ia secara tidak langsung akan memberi suntikan semangat kepada pemain industri buku sebagai galakan untuk terus menghasilkan buku berkualiti dan tidak hanya tertumpu kepada buku-buku komersial. Datuk Abdul Kadir Jasin yang dipilih sebagai Pemenang Anugerah Perdana Zaa’ba berkata, “Budaya
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan perasmian.
membaca perlu diangkat dan dijadikan amalan dalam masyarakat Malaysia. Untuk melihat sesuatu tamadun itu maju dan berjaya, ilmu daripada membaca ini perlu.” Sambung beliau, “Apatah lagi jika mahu menulis. Tidak akan mudah menulis jika kita tidak membaca. Dunia penulisan ini sangat luas, maka untuk berjaya (dalam bidang penulisan) seseorang itu harus kuat membaca,” tegas beliau yang dipetik daripada akhbar Berita Harian yang disiarkan pada 13 Disember 2013.
15
16
Fokus
Menerjah
Antartika oleh: Profesor Dato’ Dr. Aziz Deraman
B
enua Antartika adalah sebuah benua yang pada hakikatnya tidak dipunyai oleh mana-mana negara dan tidak mempunyai penduduk asal. Bagaimanapun beberapa negara besar telah membentuk Antarctica Treaty System (ATS) yang berkuat kuasa pada tahun 1961 untuk menguruskan Antartika (yang didefinisikan sebagai semua kawasan tanah di selatan latitud 60 darjah). ATS menetapkan Antartika hanya untuk tujuan kajian saintifik dan melarang sebarang aktiviti ketenteraan di atas tanah Antartika. Dalam inisiatif ini, Malaysia pula telah bergiat dalam penyelidikan Antartika selama 11 tahun dan pada Oktober 2011, telah menjadi ahli ATS. Di antara negara-negara yang bekerjasama dengan Program Penyelidikan Antartika Malaysia adalah negara Chile melalui Institut Penyelidikan Antartika Chile
(INACH). INACH telah memberi jemputan khas kapada YAB Menteri Besar Terengganu serta YB Menteri Sains Teknologi dan Inovasi untuk melawat beberapa stesen penyelidikan INACH. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah diwakili oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato´ Dr. Rosli Mohamed. Penulis pula berpeluang untuk turut serta dalam lawatan bersejarah ini apabila dijemput oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu untuk menyertai delegasi YAB Menteri Besar. Lawatan ini telah diatur oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan INACH. Di antara objektif lawatan ini adalah: •
Membina jaringan yang lebih rapat dengan Instuto Antarctico Chileno (INACH);
•
•
•
Berbincang dan menandatangani MoU kerjasama antara National Antarctic Research Center of Malaysia (NARC) dengan INACH; Mengkaji operasi dan pengurusan pusat penyelidikan Chile ke arah pembentukan pusat penyelidikan Antartika secara bersama Malaysia-Chile; dan Berbincang mengenai peluang aktiviti kerjasama saintifik yang lain termasuk pertukaran staf akademik dan pelajar antara kedua negara.
Lawatan kerja ini turut disertai oleh Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pemegang Amanah, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM); Duta Ganeson Sivagurunathan, Duta Malaysia
INFOKUS Mac 2014
ke Chile; Prof Dato’ Dr. Azizan Abu Samah, Pengarah, NARC; Mohd Nasaruddin Abdul Rahman, CEO, YPASM dan Azman Ghani, Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar Terengganu. INACH yang mengundang delegasi Malaysia telah merancangkan ekspedisi saintifik ke Antartika kali ini secara besarbesaran sempena perayaan penubuhan yang ke-50 tahun. Kali ini hampir 70 orang saintis dan pelawat dibawa ke beberapa pulau di Semenanjung Antartika di mana para saintis menjalankan kajian mereka dan pelawat dibawa melawat stesen penyelidikan dan tempat bersejarah. Pelayaran menggunakan kapal pengangkut tentera laut Chile, Aquiles bermula 15 Januari 2014 hingga 15 Februari 2014. Kapal penumpang ini beroperasi dengan sokongan
103 orang anggota tentera laut pelbagai pangkat. Kapal ini juga dilengkapkan dengan kemudahan mengangkut barang-barang dan urusan logistik yang lain. Perjalanan dengan kapal ini juga memberi peluang kepada saintis dan pelawat lain melihat kekayaan khazanah lautan Antartika khusus ikan paus, penguin dan burung-burung yang bebas menjalani kehidupan masingmasing. Delegasi Malaysia bersama para saintis telah mendarat di bumi Antartika pada jam 12.40 tengah hari 22 Februari 2014 dengan pesawat sewa khas selepas 2 jam 10 minit penerbangan daripada Punta Arenas, Chile. Pendaratan dilakukan di King George Island yang mempunyai semua kemudahan asas untuk pendaratan kapal terbang dengan landasan sepanjang 1.3 km sahaja yang
diperbuat daripada tanah keras dan berbatu kecil. Delegasi dibawa oleh stesen penyelidikan Prof. Julio Escudero, INACH di King George Island. Di sini lawatan singkat diadakan untuk melihat kemudahan yang ada di stesen seperti bilik penginapan, bilik makan, makmal, bilik basuh dan segala kemudahan lain. Bagaimanapun, menurut Dr. Jose Retamales Espinoza selaku ketua ekspedisi, keselamatan sangat diutamakan khususnya daripada aspek kebakaran. Oleh itu kebanyakan kemudahan stesen dibina secara berasingan untuk mengurangkan risiko kebakaran walaupun pergerakan daripada satu bangunan ke bangunan lain lebih sukar. Semasa musim sejuk biasanya stesen ini akan dijaga oleh pasangan suami isteri sehingga enam bulan lamanya. Inilah ciri umum kesemua stesen penyelidikan di selatan kepulauan Shetland ini. Stesen yang lebih moden mempunyai mesin penapis air laut untuk menjadi air minum seperti di stesen King Sejong kepunyaan Korea yang terletak di penghujung King George Island. Seperti yang dirancangkan, satu majlis menandatangani MoU diadakan di antara NARC dengan INACH dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Dengan perjanjian persefahaman ini, kerjasama penyelidikan berkaitan Antartika tentu boleh dipergiatkan lagi dan dengan ini tentulah kehadiran Malaysia di arena antarabangsa lebih terserlah. MoU ini juga boleh menyokong kepada usaha NARC dan YPASM untuk mencadangkan kepada kerajaan berhubung dengan penubuhan stesen penyelidikan Malaysia di Antartika. Kehadiran KSU MOSTI sebenarnya menjadi sebahagian daripada usaha merealisasikan impian ini. Selain daripada lawatan ke stesen penyelidikan Prof. Julio Escudero, delegasi juga dibawa melawat stesen penyelidikan tertua kepunyaan Chile yang dibina pada tahun 1947 dan dinamakan sebagai stesen penyelidikan Captain Arturo Pratt. Stesen ini memberi
17
18
Fokus
fokus penyelidikan dalam bidang “ionospheric” dan “meteorologic”. Delegasi juga dibawa melawat ke stesen di semenanjung Coppermine di kepulauan Roberts, Teluk Chile. Kami dibawa khusus untuk melihat stesen penyelidikan kepunyaan Chile yang sedang dirobohkan untuk dibina satu stesen baharu yang lebih baik setelah ianya digunakan sekian lama. Selain daripada lawatan ke stesen kepunyaan Chile, delegasi juga berpeluang melawat stesen penyelidikan milik negara Peru yang bernama Pichu Michu dan stesen King Sejong yang diketuai oleh Hor Soondo. Motivasi utama melawat King Sejong adalah untuk berjumpa Dr. Rauhan, penyelidik muda UMT. Secara khususnya Dr. Rauhan membuat kajian yang bertajuk “Effects on Melting Glaciers on Seabed Ecosystem” dan telah mendapat hadiah fellowship daripada YPASM untuk selama dua bulan. Perjalanan 5 km mengambil masa kira-kira 30 minit daripada stesen Prof Julio Escudero menggunakan bot getah dan disambut oleh ketua stesen. Walaupun King Sejong berada di King George Island, perjalanan darat agak merbahaya memandangkan kebanyakan kawasan daratan
diseliputi salji sepanjang tahun. Seperti biasa, delegasi dibawa melawat keseluruhan kemudahan di stesen berkenaan seperti tempat tinggal, makmal penyelidikan, dewan makan, bilik rekreasi, stesen penjanaan kuasa (terdapat tiga enjin jana kuasa operasi harian dan dua enjin simpanan). Delegasi juga dibawa melawat pusat rawatan air masin yang boleh menghasilkan air tawar cukup untuk kegunaan stesen sepanjang masa. Stesen Korea ini mempunyai rangkaian kerjasama yang besar dengan beberapa negara lain dan selalu mempunyai pengunjung asing untuk bersama menjalankan penyelidikan di Antartika ini. Bagaimanapun pada masa ini hanya Dr. Rauhan sahaja penyelidik bukan warga Korea yang ada di stesen ini. Selain daripada stesen penyelidikan, delegasi juga sempat dibawa melawat beberapa tempat tumpuan penyelidik dan pengunjung lain ke Antartika. Kawasan tumpuan antaranya adalah Kepulauan Deception. Kepulauan ini adalah kawasan letusan gunung berapi yang masih aktif. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1967 dan 1970. Peninggalan sejarah yang paling utama di sini adalah saki baki kawasan industri pengumpulan minyak ikan paus yang telah tamat
eranya pada tahun 40an apabila berlaku kejatuhan harga minyak ikan paus. Di antara peninggalan yang jelas kelihatan ialah rumah pelaut, tangki minyak, bot kayu, mesin pemproses serta tulang ikan paus yang berselerakan di pantai. Di samping itu terdapat dua kubur nelayan yang dikatakan telah memulakan aktiviti penangkapan ikan paus ini sejak pertengahan kurun ke-18 lagi. Selain daripada peninggalan nelayan, tumbuhan lumut liar yang kehijauan jelas kelihatan di beberapa bahagian pantai di samping burung laut yang agak jinak. Bagaimanapun, pengalaman bersama kawanan penguin mungkin yang agak menarik hati delegasi. Penguin ini seakan jinak-jinak merpati, bila didekati mereka mula menjauhkan diri. Semasa di pulau ini, delegasi dihujani salji yang turun dengan agak lebat yang menandakan cuaca Antartika memang boleh berubah secara tibatiba sahaja. Delegasi juga dibawa melawat semenanjung Coppermine di kepulauan Roberts yang merupakan kawasan paling utara di semenanjung Antartika sehingga cuaca di sini agak panas dan membolehkan lebih banyak flora dan fauna hidup. Burung, anjing
INFOKUS Mac 2014
Malaysia dari sudut saintifik di benua Antartika. Kerjasama saintifik ini juga akan menyediakan peluang bagi memperluas kerjasama saintifik dalam bidang-bidang lain selain daripada sains Antartika. Sehingga hari ini lebih 150 orang saintis Malaysia telah berkunjung ke Antartika untuk menjalankan penyelidikan khususnya dalam bidang-bidang sains fizikal, sains biologi dan sekitaran serta polisi. Langkah ini juga akan membantu Malaysia untuk mencapai hasrat untuk menjadi ahli konsultatif kepada ATS. Sehingga ke hari ini, seramai empat orang penyelidik UMT telah menjalankan penyelidikan di Antartika. Mereka ini adalah:
dan singa laut serta penguin begitu banyak kelihatan. Hidupan ini kelihatan sangat mesra apabila didekati. Kepulauan ini juga nampaknya menjadi sarang atau tempat berehat binatang-binatang ini khususnya pada musim panas. Yang paling menarik sekali apabila YAB Menteri Besar dapat melihat secara dekat seekor singa laut yang lebih dikenali sebagai “Leopard Seal” yang merupakan pemangsa ganas di laut. Menurut kata Dr. Jose, inilah kali pertama beliau dapat melihat “Leopard Seal” secara dekat selepas 25 tahun bertandang ke Antartika. Para delegasi juga dibawa ke satu lagi kawasan tumpuan penyelidik iaitu Hannah Point. Walaupun kawasan mendaratnya agak kecil tetapi kekayaan flora dan faunanya agak menarik. Terdapat banyak tumbuhan seperti lumut dan yang istimewanya adalah kehadiran banyak singa laut, penguin dan burung-burung. Pulau ini seolaholah menjadi tempat tinggal sebahagian daripada hidupan ini. Tempat terakhir disinggah oleh delegasi ialah Harmony Point. Para saintis turun mendarat lebih awal untuk membuat kajian selama empat jam di kepulauan ini. Kepulauan ini adalah kawasan
larangan yang dikawal oleh pihak berkuasa Argentina. Mereka yang ingin mendarat di pulau ini perlu mendapat permit. Dr. Jose berusaha mendapatkan permit mendarat untuk YAB Menteri Besar. Akhirnya kebenaran untuk mendarat diperoleh oleh pihak Dr. Jose pada jam dua petang. Bagaimanapun hanya empat permit diberikan termasuk Dr. Jose. Pulau ini kelihatannya seperti menjadi tempat tinggal ratusan penguin yang sedang membesarkan anak masingmasing. Di samping itu, banyak burung-burung berterbangan menjaga wilayah dan sarang masing-masing. Pengalaman penulis bersama para saintis pelbagai negara semasa ekspedisi di Antartika ini sungguh menyentuh perasaan. Komitmen yang ditunjukkan oleh para saintis amat tinggi sehingga ke tahap menggadai nyawa apabila bot pengangkut dilanda ombak dan angin yang mengganas. Sesungguhnya Antartika memerlukan lebih ramai saintis untuk membuat pelbagai kajian lagi supaya kewujudannya di penjuru bumi ini boleh terus dinikmati oleh generasi akan datang. Kerjasama dengan Chile akan mempertingkatkan lagi kehadiran
• • • •
Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang Dr. Amiruddin Ahmad Dr. Sumazly Sulaiman Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Husin
Dengan gabungan penyelidik lama dan baharu, mungkin UMT berpeluang untuk menubuhkan sekumpulan pasukan yang lebih cergas untuk bekerjasama dengan NARC. Bidang tujahan UMT khususnya berkaitan dengan Sains Marin tentu mempunyai potensi yang sangat besar dengan menjadikan Antartika sebagai makmal kajian. Kehadiran UMT yang lebih kerap dan berterusan di Antartika tentu sekali akan menyerlahkan lagi nama UMT di persada antarabangsa. Manakala YPASM dan kerajaan negeri Terengganu pula tentunya sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan kewangan bagi penyelidik khususnya daripada negeri Terengganu dalam pelbagai bentuk untuk bergiat cergas dalam penyelidikan di Antartika. Akhir kata, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar negeri Terengganu dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu kerana telah menyediakan peluang untuk penulis menyertai lawatan saintifik ke Antartika.
19
20
Akademik & Pengantarabangsaan
Bengkel Pembangunan Bakat Akademik
Penggerak Momentum Akademik Berbudaya Cemerlang Pegawai Cuti Belajar di United Kingdom
P
oleh: Noor Hazila Hashim | Pusat Pengurusan Bakat Akademik
embangunan bakat ahli akademik dicetuskan sejak perancangan awal laluan kerjaya seseorang ahli akademik. Perancangan yang strategik merupakan titik paling penting bagi memastikan laluan kerjaya ahli akademik berada di landasan yang tepat. Ini termasuklah pembangunan ilmu dan kepakaran yang direncanakan ketika pengajian Doktor Falsafah (PhD). Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada pegawai yang sedang melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau di luar negara. Seiring dengan itu, Pusat Pengurusan Bakat Akademik (PPBA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Bakat Akademik di London dan Edinburgh, United Kingdom pada 29 September
hingga 2 Oktober 2013. Penganjuran bengkel bukan sahaja bertujuan untuk memantau perkembangan cuti belajar malah pegawai tersebut turut diberi informasi terkini mengenai pengajian tinggi. Ceramah pembangunan bakat akademik diterajui oleh Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid serta Pengarah Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP), Profesor Emeritus Dr. Mohd Azmi Ambak. Memetik ucapan YBhg. Dato’ Naib Canselor, beliau menekankan bahawa konsep akademik berbudaya cemerlang yang perlu ada pada seseorang ahli akademik adalah konsep; ‘Wibawa, Integriti
Pegawai cuti belajar memberi maklum balas mengenai status pengajian ketika Bengkel Pembangunan Bakat Akademik di Edinburgh.
dan Profesionalisme.’ Konsep ini juga diadaptasikan dan diserapkan dengan Nilai Teras Akademik antaranya yang mementingkan pencarian pengetahuan secara bebas dan pengukuhan kualiti dan kecemerlangan sebagai petunjuk prestasi ahli akademik. Pengukuhan bidang nic universiti yang dilaksanakan melalui transformasi penyelidikan dan inovasi perlu dipergiatkan supaya pemerkasaan kepimpinan akademik dapat dipertingkatkan. Pegawai yang menjalani cuti belajar juga dikongsikan dengan kepentingan hasil penyelidikan yang perlu didefinasikan melalui penerbitan. Generasi muda ini perlu memulakan momentum penyelidikan dan penerbitan semasa proses pengajian PhD lagi supaya kesinambungan akan terus
YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo ketika menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk; “Akademik Berbudaya Cemerlang”.
INFOKUS Mac 2014
berlaku apabila tamat pengajian. Pengalaman yang luas dalam penyelidikan dan penerbitan ini disampaikan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inivasi) dan YBhg. Profesor Emeritus Dr. Mohd Azmi Ambak. Pencarian bakat akademik antarabangsa melalui sesi temuduga jawatan akademik turut diadakan dengan bantuan hebahan oleh pegawai cuti belajar di United Kingdom. Bakat akademik antarabangsa diperlukan untuk merealisasikan hasrat universiti yang diselarikan
Sebahagian dari pegawai cuti belajar yang menyertai Bengkel Pembangunan Bakat Akademik di London, UK pada 29 September 2013
dengan keperluan bidang akademik universiti. Temuduga tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan akademik antarabangsa di United Kingdom. Hasil temuduga tersebut, tiga orang calon dalam bidang perikanan yang terdiri dari warganegara British, India dan Libya dijemput sebagai pensyarah kanan UMT. Selain daripada penganjuran bengkel dan temuduga, perjalanan delegasi tersebut direncanakan dengan program kerjasama penyelidikan antarabangsa. Mesyuarat penyelidikan telah diadakan dengan University of South Brittany (UBS), Perancis bertujuan untuk memperkukuhkan dan memantapkan hubungan kerjasama MoU yang telah dijalinkan sebelum ini. Perbincangan kerjasama penyelidikan yang akan menggalakkan kehadiran pakar dari UBS ke UMT ini pasti akan memberi pelbagai manfaat kepada ahli akademik. Delegasi UMT juga turut dijemput oleh University of Heriot Watt (HWU), Edinburgh untuk bertukar idea di samping memajukan kolaborasi dalam bidang sains marin. Terdahulu, pakar bidang marin biologi HWU, Profesor James M. Mair telah menjalankan penyelidikan bersama INOS dan kunjungan UMT ke HWU pada kali ini telah memperkukuhkan
YBhg. Dato’ Naib Canselor menjelaskan fokus bidang UMT kepada Profesor Andrew Curtis, School of Geosciences, Edinburgh University.
Timbalan Naib Canselor (P & I), YBhg. Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid menerangkan kepentingan penyelidikan serta peranan institut penyelidikan
“…konsep akademik berbudaya cemerlang yang perlu ada pada seseorang ahli akademik adalah konsep Wibawa, Integriti dan Profesionalisme.”Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
21
22
Akademik & Pengantarabangsaan hubungan dengan merancang peluang kerjasama lebih luas pada masa akan datang. Antara bidang penyelidikan yang kian ditonjolkan kini di peringkat antarabangsa adalah bidang renewable energy. Bidang tersebut turut diterokai oleh pegawai cuti belajar UMT yang menjalankan pengajian di University of Edinburgh. Mesyuarat penyelidikan yang diadakan di Institute of Geography, School of Geosciences turut dihadiri oleh Profesor Andrew Curtis (Dekan) dan beberapa orang pakar dalam bidang tersebut. UMT turut mengalu-alukan dan menjemput pakar bidang Sains Marin dari University of Edinburgh untuk menjalankan penyelidikan melalui program lantikan pasca kedoktoral. Hubungan dengan rakan jaringan global dari universiti terkemuka dan universiti berfokuskan marin perlu diperhebatkan supaya aktiviti perolehan ilmu secara dua hala dapat ditingkatkan selaras dengan matlamat universiti. Lawatan, bengkel, jaringan dan pertemuan dengan pegawai akademik serta rakan jaringan di Perancis dan United Kingdom merupakan aktiviti tahunan untuk menggerakkan momentum akademik berbudaya cemerlang UMT.
Delegasi UMT bergambar bersama Profesor Alan Miller (Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Pemindahan Ilmu HWU), Profesor James M. Mair dan salah seorang profesor ketika perjumpaan kerjasama penyelidikan di Heriot Watt University, Edinburgh.
YBhg. Dato’ Naib Canselor dan YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) sedang bermesyuarat bersama pensyarah University of South Brittany, Perancis pada 28 September 2013.
Delegasi UMT bergambar bersama wakil School of Geosciences, Edinburgh University.
YBhg. Dato’ Naib Canselor menerima cenderamata dari Presiden University of South Brittanny, Profesor Dr. Jean Peeters.
INFOKUS Mac 2014
Perkukuh Jaringan Kerjasama
UMT - Universiti Kagoshima oleh: Munira Iskandar | Pusat Jaringan Antarabangsa
P
engerusi Lembaga Pengarah UMT, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus dan Naib Canselor UMT, YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah menjalankan lawatan rasmi ke Universiti Kagoshima, Jepun pada 1 hingga 3 Disember yang lalu. Mereka turut diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Anuar Hassan, Pengarah Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP), Profesor Emeritus Dr. Mohd Azmi Ambak dan TImbalan Pengarah AKUATROP, Prof. Dr. Sakri Ibrahim. Universiti Kagoshima merupakan antara universiti yang mempunyai fakulti perikanan yang tertua di Jepun, ia ditubuhkan pada tahun 1949 dan kini mempunyai
kira-kira 9000 pelajar siswazah dan 2000 pelajar pasca siswazah termasuk kira-kira 300 orang pelajar antarabangsa. Ia mempunyai persamaan yang unik dengan UMT dari aspek kepakaran dalam bidang tujahan iaitu sains marin, perikanan dan akuakultur. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama seperti yang terkandung dalam MoU yang telah ditandatangani sebelum ini. Selain itu kunjungan rasmi ini juga diharapkan agar dapat meningkatkan kerjasama dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti dengan Universiti Kagoshima. Delegasi UMT juga telah mengadakan perjumpaan dengan 14 orang pelajar Malaysia yang
belajar di Universiti Kagoshima. Tidak ketinggalan, terdapat juga pensyarah UMT turut menyambung pengajian di universiti yang tersohor ini. Pada keesokan harinya, delegasi telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Universiti Kagoshima, Dr. Yoshizane Maeda, Timbalan Presiden Eksekutif (Penyelidikan), Dr. Fumio Sumiyoshi, Penasihat Presiden (Hal Ehwal Antarabangsa), Prof. Katsunori Takeuchi dan beberapa orang pegawai kanan Universiti Kagoshima. Seterusnya perbincangan turut diadakan bersama Dekan Fakulti Sains dan staf Akademik Jabatan Perikanan. Setelah tamat perbincangan, delegasi turut dibawa
Dari kiri; Prof. Ichikawa Toshihiro, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Masanori Satoh, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Prof. Dr. Anuar Hassan, Prof. Emeritus Dr. Mohd Azmi Ambak dan Prof. Dr. Sakri Ibrahim bergambar ketika melawat kampus Universiti Kagoshima.
23
24
Akademik & Pengantarabangsaan
Perbincangan dengan Presiden, Timbalan-timbalan Presiden serta pegawai-pegawai kanan Universiti Kagoshima.
melawat kemudahan dan makmal di Fakulti Sains dan Fakulti Perikanan. Pada hari terakhir, delegasi dibawa melawat kemudahan penyelidikan yang terdapat di Jabatan Akuakultur. Antara infrastruktur yang terdapat di sana ialah tangki ujian model serta muzium perikanan yang dipenuhi dengan beribu-ribu spesies ikan yang telah diawet. Setelah itu delegasi dibawa melawat kapal dan diberi taklimat mengenai kemudahan yang terdapat di kapal tersebut. Lawatan ke muzium perikanan yang dipenuhi dengan beribu-ribu spesies ikan yang telah diawet.
INFOKUS Mac 2014
Perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Kagoshima.
Lawatan ini membolehkan jaringan kerjasama antara pihak pengurusan UMT dan Universiti Kagoshima dapat diperkukuhkan, iaitu jaringan kerjasama khusus dalam bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang sains marin, perikanan dan akuakultur. Selain itu Universiti Kagoshima turut bersedia menerima dan mengadakan pertukaran pelajar praktikum dan latihan industri. Pertukaran pegawai akademik dan bukan akademik fakulti juga turut dialu-alukan sebagai wadah untuk pertukaran budaya kerja dan pengembangan ilmu serta pengalaman luar negara. Tidak ketinggalan, pertukaran Profesor Pelawat antara kedua-dua universiti turut dipersetujui bertujuan untuk meningkatkan tahap penyelidikan, pengajaran dan penyeliaan.
Makan tengah hari dengan Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan Fakulti Perikanan, Universiti Kagoshima.
25
26
Penyelidikan & Inovasi
e-Disiplin Versi 2.0
Menang Dua Anugerah Utama di CIGIF 2013 Korea oleh: Dr. Mustafa Man
| Ketua Penyelidik Projek e-Disiplin Online Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
S
istem e-Disiplin versi 2.0 yang telah melalui proses penambahbaikan bermula pada Januari 2013 menerusi pembiayaan geran inovasi (Innovation Fund) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berjaya dibangunkan menerusi kerjasama Penyelidik UMT bersama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN). Secara amnya, MAPAN merupakan sebuah NGO di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bergerak aktif membantu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama dengan 70 NGO lain bagi meningkatkan tahap disiplin murid sekolah. Projek pembangunan sistem e-Disiplin ini telah bermula pada tahun 2008 yang lalu. Selain kerjasama MAPAN, UMT dan BPSH, KPM, ia juga disokong oleh Persatuan Psikologi Malaysia yang merupakan NGO yang bertanggungjawab membuat kajian impak terhadap pembangunan sistem e-Disiplin atas talian ini. Model merit dan demerit merupakan asas bagi pembangunan sistem e-Disiplin ini. Teknologi sumber terbuka menjadi asas kepada pembangunan enjin pemprosesannya. Anugerah Khas Dua anugerah utama telah dimenangi menerusi produk inovasi e-disiplin versi 2.0 sempena “The 4th Cyber International Genius Inventor Fair (CIGIF) 2013 Korea” yang telah
di adakan pada 23 November 2013 yang lalu. Sistem berkesan yang dibangunkan bagi memantau dan mengawal persekitaran disiplin murid mengguna pakai modul pengurusan disiplin yang cekap dan kemaskini itu berjaya merangkul Anugerah Emas daripada Korea Invention News dan Anugerah Khas daripada Asia Invention Association (AIA) berdasarkan nilai komersil antarabangsa serta nilai inovasi reka cipta yang tinggi. Sebanyak 40 buah negara menyertai CIGIF 2013 Korea yang dianjurkan oleh Korea Invention News dengan kerjasama badan akreditasi teknologi dan inovasi dunia antaranya World Invention Intellectual Property Organization (WIPO), Asia Invention Association, International Intectual Property Forum, Asia Creative Student Inventor Association, Envex (UNiMAP), Romanian Inventors Association dan National Association of Inventors Italy. e-Disiplin sebelum ini turut menerima pelbagai pengiktirafan di atas keberkesanannya dalam meningkatkan profesionalisma pengurusan disiplin dan pengurusan sekolah oleh badan akreditasi di forum serta pameran bertaraf antarabangsa sama ada di dalam mahupun luar negara. Antaranya ialah pingat emas di pertandingan reka cipta Malaysia Technology Expo dan 20th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX), anugerah perak di Geneva Salon International invention, Switzerland serta anugerah gangsa di British innovation Show London dan Seoul
Penyelidik Bersama Anugerah Khas Asia Invention Association (AIA) sempena CIGIF 2013 Korea.
International Invention Fair, Korea. Selain itu e-Disiplin juga telah diiktiraf sebagai antara TOP 10 Aplikasi Perisian Sektor Awam Terbaik dalam persidangan CIO Malaysia & MYGOSS-CON 2011, anjuran Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang menggunakan teknologi sumber terbuka dan telah menerima pengiktirafan khas kategori “King Sejong Inventor Merit of Order” di World Inventor Awards Festival (WIAF) 2012, Korea. Projek Rintis Pembangunan sistem e-Disiplin telah melalui R&D secara bersama dalam usaha bersepadu menangani isu disiplin murid di sekolah-sekolah Malaysia. Bermula pada tahun 2010 sehingga sekarang ia telah diaplikasi secara rintis di 318 buah sekolah termasuk 97 sekolah di kawasan FELDA. Aplikasi secara menyeluruh akan mewujudkan keseragaman dalam pengurusan disiplin, selain
INFOKUS Mac 2014
membolehkan penyertaan oleh pelbagai peringkat pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kementerian. Usahasama di antara UMT, MAPAN, KPM dan Bahagian Pendidikan FELDA juga membawa kepada usaha menambahbaik e-Disiplin bagi membolehkan usaha bersepadu untuk menangani gejala disiplin murid dimantapkan lagi dengan membabitkan lebih banyak kumpulan pengguna. Melalui dana inovasi komuniti MOSTI, e-Disiplin ditambah nilai dengan beberapa modul tambahan seperti notifikasi SMS/e-mel, ketidakhadiran kelas/ subjek, pemantauan pencapaian peperiksaan murid, aduan dan cadangan dan sekali gus membolehkan usaha bersama menangani gejala disiplin diperluaskan penggunaannya kepada ibubapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Sistem e-Disiplin ini bakal diperluaskan lagi kepada 200 sekolah FELDA seluruh negara bermula pada tahun 2014. Proses ini akan berterusan sehingga 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia bakal menggunakannya dalam tempoh masa 5 tahun akan datang. Selain itu juga, ia bakal dibentangkan kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di dalam jangka waktu terdekat ini bagi membolehkan konsep atau model merit dan demerit ini boleh digunapakai sebagai satu sistem yang piawai dan bersepadu. Proses pengintegrasian diantara pelbagai bentuk aplikasi dan pangkalan data yang terdapat di KPM bakal digabungkan menjadi satu aplikasi yang boleh berinteraksi di antara pelbagai jenis pangkalan data dan persekitaran yang berbeza sama ada di dalam persekitaran Windows ataupun sumber terbuka dan juga boleh dicapai menggunakan aplikasi mobil. Konsep atau model rekabentuk integrasi telahpun dicadangkan oleh penulis bagi membolehkan ia digunapakai oleh KPM sebagai satu model yang boleh menyelesaikan masalah pengintegrasian pelbagai
Modul e-Disiplin Versi 2.0 melalui Geran Inovasi Komuniti (MOSTI).
Metodologi dan Model Integrasi Pelbagai Jenis Data di KPM.
aplikasi dan pangkalan data supaya bebanan guru untuk kemasukan data yang berulang dapat dikurangkan. Model yang dicadangkan ini
adalah berdasarkan model hasil kajian PhD penulis. Isu ini akan dibincangkan oleh penulis dalam keluaran INFOKUS UMT yang akan datang. Insya-Allah.
27
28
Penyelidikan & Inovasi
Jana Tenaga boleh diperbaharui melalui ombak
D
oleh: Mohd Izham Mohd A. Wahid | Pejabat Pendaftar
i seluruh dunia, pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari sumber tenaga pengganti kepada sumber sedia ada yang semakin berkurangan dan merosot pengeluarannya. Para saintis dan pengkaji seluruh dunia sentiasa berusaha mencari jalan sumber tenaga alternatif yang mampu menggantikan sumber utama. Kenaikan dan ketidakstabilan harga bagi sumber tenaga berasaskan fosil turut menyumbang kepada situasi semasa ekonomi sesebuah negara dan sekali gus menggalakkan kajian ke atas penghasilan tenaga melalui kaedah dan penemuan sains. Dalam masa yang sama, sumber berasaskan fosil, iaitu petroleum pula semakin menyusut. Tenaga boleh diperbaharui merujuk kepada kuasa yang dijana oleh sumber semula jadi seperti tenaga solar, tenaga ombak, tenaga angin, termasuk tenaga daripada biojisim. Para pengkaji melalui syarikat-syarikat korporat utama sedang giat mempertimbangkan dengan teliti untuk mengeksploitasi kuasa gelombang lautan untuk memanfaatkan tenaga bersih dan hijau. Dalam hal ini, seorang penyelidik UMT daripada bidang tenaga diperbaharui mula menjalankan kajian untuk mendapatkan tenaga melalui penjanaan kuasa ombak semenjak tahun 2010. Bagi menjalankan penyelidikan ini, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim telah membida Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi Pembiayaan projek yang dinamakan sebagai EVO WAVE.
Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim, yang mengetuai projek penyelidikan ini, merupakan seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Sains Marin. Beliau juga merupakan Pengarah
bagi Makmal Berpusat, UMT. Menurut beliau, tenaga ombak adalah sumber tenaga boleh baharu yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi untuk dibangunkan secara komersial
Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim menang pingat emas di International Conference and Exposition on Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2013).
INFOKUS Mac 2014
di Malaysia. Walaupun masih di peringkat awal, tenaga ombak turut mempunyai potensi pembangunan sepertimana juga pembangunan penggunaan tenaga solar dan angin. Ombak laut didapati mengandungi tenaga yang amat besar untuk dikaji dan dimanfaatkan. Tambahan pula tenaga ombak ini adalah merupakan sumber tenaga semula jadi yang berpotensi dibangunkan terutama pada musim monsun di perairan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. EVO WAVE dibangunkan berdasarkan prototaip Wave Energy System for Electricity Power Generation. Komponen utama EVO WAVE ini dibina daripada struktur asas Wave Energy Converter (WEC) dan Permanent Magnet Generator (PMG) yang mampu menukar tenaga dari ombak kepada tenaga elektrik. Bagaimanapun, pelaburan awal yang besar diperlukan dalam menyediakan Wave Energy Converter yang digunakan untuk menukarkan tenaga mekanikal daripada ombak kepada tenaga elektrik. Begitu juga dengan konsistensi dan keseragaman gelombang yang berbeza dari satu lautan dengan lautan yang lain. Alat ini boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dari ombak walaupun pada kekuatan ombak yang kecil secara berterusan untuk bekalan elektrik di kawasan pesisir pantai atau penempatan terpencil di kawasan pulau. Reka bentuk WEC yang menyerupai kapal katamaran ini membolehkan ia terapung dengan lebih stabil di permukaan laut bagi mendapatkan terjahan ombak. Antara kelebihan lain EVO WAVE ini ialah pengeluaran tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan mesra alam. Peralatan ini juga berupaya berfungsi di tepi laut atau di atas permukaan laut menggunakan sauh yang boleh diubah suai dan pembangunan sistem ini tidak melibatkan kos yang tinggi.
EVO WAVE penjanaan tenaga melalui kuasa ombak.
Pingat emas dalam International Trade Fair Ideas-Inventions-New Products (iENA 2013), yang diadakan di Nuremberg, Jerman.
Projek ini telah menarik perhatian banyak pihak semasa pameran penyelidikan dan turut mendapat liputan media memandangkan kajian terhadap tenaga daripada ombak jarang sekali dilakukan di negara ini. Menurut En. Wan Ab. Hafiz Wan Ibrahim, pegawai dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu (IKTC) UMT, hasil penyelidikan pembangunan prototaip ini telah mendapat pengiktirafan dan mencatat
kejayaan antaranya pingat emas dalam International Trade Fair IdeasInventions-New Products (iENA 2013), yang diadakan di Nuremberg, Jerman dan pingat emas dalam International Conference and Exposition on Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2013). Pada masa ini, EVO WAVE telah dilindungi dan didaftarkan oleh UMT di bawah Akta Paten dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
29
30
16 November 2013- Naib Tanah Bencah Setiu seba ah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UMT
16 Disember 2013- Majlis Penyerahan Watik
turun padang membantu sekolah yang 13 Disember 2013- Sebahagian warga UMT menjadi mangsa banjir di Kemaman.
erah dalam pementasan teater Kampung Sem 21 Disember 2013- Aksi lakonan pelajar m. Padi sempena Karnival Kokurikulu
2013/2014.
19-21 Disember 2013- Berlangsung K
21 Disember 2013- Perlawanan bola se
INFOKUS Mac 2014
Bengkel Pewartaan b Canselor UMT ketika melawat pameran UMT dan Yayasan agai Taman Negeri Terengganu kerjasama Diraja Sultan Mizan.
Karnival Kokurikulum di kampus UMT.
. epak sempena Karnival Kokurikulum UMT
enterian Pertanian dan 16 Disember 2013- Ketua Setiausaha Kem Abdullah melawat salah im Industri Asas Tani, YBhg. Datuk Mohd Hash s UMT dan Seminar grosi MyA Kelab sebuah gerai semasa merasmikan . UMT di awan Usah unan bang Pem
Abu Zahar jungi oleh selebriti Zizan Razak dan Dira 12 November 2013- Kampus UMT dikun Ku. u ggan bagi penggambaran rancangan Teren
perima MOSTI, YB Datuk Dr. Ewon Ebin bersama 21 November 2013- Sesi Dialog Menteri . enai dana MOSTI di UMT dan pemohon dana serta taklimat meng
31
32
Penyelidikan & Inovasi
UMT sertai
Training Workshop on Technopreneurship for Gulf Countries 2013 di Kuwait City, Kuwait oleh: Dr. Mustafa Man
P
enulis telah ditawarkan oleh International Science, Technology and Innovation Centre for SouthSouth Cooperation Under The Aucpieces of UNESCO (ISTIC) untuk menghadiri satu bengkel yang dikenali sebagai Training Workshop on Technopreneurship for Gulf Countries di Kuwait City, Kuwait pada 29 September sehingga 3 Oktober 2013 yang lalu. Bengkel ini adalah hasil kerjasama ISTIC bersama dengan Kuwait Institute for Scientific Research (KISR) yang
| Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
telah diadakan di The Regency Hotel, Kuwait. Peserta bengkel ini terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada dalam kalangan penyelidik dan pensyarah daripada universiti dan juga orang perseorangan serta usahawan. Peserta juga adalah terdiri daripada pelbagai negara seperti Malaysia, Kuwait, Arab Saudi, Oman, Tunisia dan lain-lain lagi. Menerusi bengkel ini, penulis sebagai salah seorang pereka cipta produk inovasi dilatih dan diberikan pendedahan
untuk membangunkan sebuah pelan strategik perniagaan bagi membolehkan sesebuah syarikat atau pelabur membeli idea dan hasil inovasi R&D yang telah dibangunkan bagi tujuan pengkomersialan. Fokus Utama Bengkel Pelbagai isu telah dibangkitkan menerusi bengkel ini seperti keperluan pendaftaran untuk IP, pemasaran produk, pencarian rakan
Para peserta merakam kenangan bersama penganjur, Pengarah ISTIC, Dato’ Dr. Samsudin Tugiman (duduk, tiga diri kiri) diikuti di sebelah beliau Ketua Pengarah KISR, Dr. Naji M. Al-Mutairi.
INFOKUS Mac 2014
kongsi, pelabur dan isu-isu untuk mewujudkan sesebuah syarikat baharu yang berkaitan dengan hasil produk yang telah melalui kajian dan penyelidikan (R&D) terutamanya dalam kalangan pusat penyelidikan dan juga universiti. Berdasarkan pengalaman pelbagai agensi sama ada di Malaysia dan juga di Kuwait, masalah yang dihadapi adalah dari segi pemasaran hasil inovasi R&D ini yang masih berada pada tahap rendah. KISR juga menghadapi masalah yang sama untuk memasarkan produk serta kerjasama dan sokongan dengan industri. Kerajaan Kuwait telah memperuntukkan untuk penyediaan pelbagai kemudahan bagi membangunkan pusatpusat penyelidikan terkemuka bertujuan membantu menjana ekonomi serta pemindahan ilmu. Namun ia masih tidak memberikan hasil yang dikehendaki oleh pihak pemberi dana. Pelbagai kemudahan dan peralatan untuk kajian telah ditambahbaik dan diberikan sejumlah peruntukan kewangan untuk menjadikan pusat penyelidikan tersebut berjaya dalam memasarkan produk hasil R&D mereka. Pelabur atau syarikat luar masih lagi tidak mempercayai tahap atau sejauh mana produk hasil R&D universiti ini mampu bersaing di pasaran secara terbuka. Selain itu juga, kerenah birokrasi membantutkan proses pengkomersilan dijalankan dengan lebih cepat. Masalah untuk mendapatkan pelabur juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Pelabur mahu melihat sejauh mana Pelan Strategik Perniagaan atau Business Plan yang dicadangkan mampu memberi pulangan antara tempoh masa 3 - 5 tahun. Maka, menerusi bengkel inilah kesemua peserta dikehendaki Penulis bersama salah seorang peserta (usahawan Kuwait – Mustafa Behbahani) di sebelah kiri dan Pengajur bengkel (Pengarah ISTIC, Dato’ Dr. Samsudin Tugiman dan Ketua Pengarah KISR, Dr. Naji M. Al-Mutairi, di sebelah kanan.
membangunkan satu pelan perniagaan yang mampu menghasilkan satu bentuk kertas cadangan dan dimajukan kepada pelabur untuk menaja dan memajukan produk yang telah dihasilkan terutamanya produk yang pada tahap atau berbentuk prototaip sahaja. Proses seterusnya menjadi lebih panjang kerana penghasilan prototaip tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhan. Oleh yang demikian, peranan pelabur amatlah diperlukan bagi membolehkan produk R&D di dalam bentuk prototaip ini dapat dikembangkan dan dikomersialkan dengan skala yang lebih besar. Teknologi Pemasaran dan Jualan Produk Secara Atas Talian (online) Implikasi yang besar sekiranya pihak pencipta hasil inovasi ini tidak mampu memberikan perkaitan di antara kos dan keuntungan, maka proses untuk pengkomersialan produk universiti tidak akan maju ke hadapan dan banyak duit geran yang diperolehi sekadar untuk menjalankan kajian dan penyelidikan sahaja. Faedah daripada hasil R&D ini tidak akan sampai kepada komuniti setempat dan global. Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan dan pengembangan serta penyebaran ilmu sukar untuk dilaksanakan
menerusi produk hasil R&D. Universiti hanya pengeluar prototaip produk tetapi tidak dapat dipasarkan serta pulangan tidak diperolehi. Menerusi bengkel ini, pelbagai pihak saling bertukartukar kaedah dan model bagi membolehkan sesuatu produk tersebut berjaya dipasarkan dan menjana keuntungan yang berpatutan. Jemputan daripada industri yang berfokus kepada perniagaan menerusi teknologi maklumat menjadi isu yang paling utama dan mudah untuk dipasarkan. Menerusi pembentangan salah seorang penceramah, model perkhidmatan tempahan makanan secara online telah menjadi satu trend yang bagus dan berjaya memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak sama ada penjual, syarikat yang memberikan perkhidmatan tempahan atas talian dan juga
33
34
Penyelidikan & Inovasi
Pelbagai syarikat perkhidmatan makanan berkerjasama dengan talabat.com
kemudahan kepada pelanggan tanpa membuang masa untuk mendapatkan tempat letak kerata dan menghadapi kesesakan lalu lintas. Perniagaan yang dikenali sebagai talabat.com mampu menjana pendapatan yang baik dalam masa tiga tahun beroperasi. Menerusi tempahan makanan secara online ini, syarikat talabat. com mampu mengembangkan perkhidmatan mereka hampir ke semua negara Arab. Menerusi model dan perkhidmatan serta capaian internet dan promosi menggunakan kaedah push and pull mampu memberikan kepuasan dan sambutan yang memberangsangkan. Pelbagai faedah yang terbaik boleh digunakan oleh universiti untuk memasarkan hasil R&D mereka menggunakan kemudahan dan perkhidmatan berdasarkan konsep perniagaan atas talian menerusi bengkel ini. Penggunaan teknologi ICT mampu memberikan impak yang besar dalam urus niaga harian untuk seseorang usahawan. Selain itu juga, perlu diwujudkan pelbagai kaedah atau model bagi membolehkan setiap hasil R&D dapat melalui fasa pengkomersilan seperti dengan kaedah Joint Venture secara bersama tanpa
Laman sesawang talabat.com
perlu pihak universiti mengeluarkan modal permulaan yang banyak serta pelbagai lagi kaedah lain yang dibentangkan. Komitmen daripada para pereka produk dan idea inovasi perlulah berada pada tahap yang mampu memberikan impak bagi memasarkan produk hasil rekaan mereka tanpa mengharapkan seratus peratus kepada pihak universiti sahaja untuk memasarkan produk mereka. Peranan sebagai penyelidik dan juga pereka cipta
inovasi haruslah lebih jauh dan mempunyai satu prinsip untuk memasarkan produk untuk kegunaan umum dan memberikan kebaikan kepada semua yang terlibat. Pihak pemberi dana juga ingin melihat setiap kos yang dikeluarkan untuk R&D berjaya memberikan pulangan sama ada di dalam bentuk wang ringgit atau faedah-feadah lain seperti peluang pekerjaan dan sebagainya.
INFOKUS Mac 2014
Bidang Mikroskopi
Pemangkin Penyelidikan Komprehensif dan Berfokus
B
oleh : Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak | Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan Cik Masitah
udaya penyelidikan merupakan salah satu aspek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia dan diberi keutamaan dewasa ini. Penyelidikan yang komprehensif dan berfokus mampu memberi jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Atas kesedaran pentingnya untuk menyemai budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik terutamanya di universiti, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Jabatan Agroteknologi, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan bersama Persatuan Mikroskopi Malaysia (MSM) telah menganjurkan satu persidangan saintifik berfokus iaitu “22nd Scientific Conference of Microscopy Society Malaysia” (MSM 2013) di Primula Beach Hotel and Resort, Kuala Terengganu pada 26 hingga 28 November 2013. Persidangan kali ke22 ini telah memilih tema ‘Microscopy – Exploring Deep Into Knowledge and Discoveries’ seiring dengan transformasi akademik dan penyelidikan di UMT. Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Bazlan bin Abd Rahman. Seramai 106 orang warga penyelidik dan ilmuwan dari dalam dan luar negara telah membentangkan hasil kerja mereka di persidangan ini. Profesor Emeritus Dr. Faizah Mohd Shaharom, Pengarah Institut Penyelidikan Tasik Kenyir/ Institut Akuakultur Tropika, UMT telah memberikan ucaptama pada persidangan kali ini. Beliau telah berkongsi pengalaman melalui hasil penyelidikan beliau menggunakan pelbagai teknik
mikroskopi yang menarik melalui penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Di persidangan ini juga, satu pertandingan mikrograf mengikut kategori dan bidang penyelidikan (Sains Biologi, Sains Material, Sains Polimer dan Sains Kesihatan) juga telah dianjurkan dan telah mendapat sambutan menggalakkan di mana 39 mikrograf telah dipertandingkan. Selain daripada itu, pameran peralatan mikroskopi berteknologi tinggi serta alatan berkaitan mikroskopi dari pembekal-pembekal tempatan dan antarabangsa turut diadakan bagi mendedahkan peserta dengan perkembangan terkini teknologi mikroskopi. Pada majlis makan malam persidangan tersebut, beberapa anugerah oleh Persatuan Mikroskopi Malaysia juga telah diadakan. Anugerah Jasamu di kenang disampaikan kepada Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor (USM, Mantan Presiden MSM) sebagai
menghargai jasa beliau menerajui persatuan sebelum ini. Manakala Anugerah Khidmat Bakti MSM diberi kepada Prof. Dr Nakisah Mat Amin (UMT), Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak (UMT), Dr. Zulkefli Ishak (UiTM) dan Pn. Zubaidah Hasan (UM) kerana telah terlibat secara langsung menyumbang kepada kemajuan persatuan. Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden MSM, Prof. Madya (Kapten) Dr. Farid Che Ghazali. Persidangan tersebut dilabuhkan tirainya oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk penganjur persidangan. Menerusi ucapan penutup, beliau telah mengumumkan Universiti Teknologi Petronas telah terpilih untuk menjadi penganjur persidangan tahunan tersebut bagi tahun 2014.
Majlis perasmian yang disempurnakan oleh YB Bazlan bin Abd Rahman (dua dari kanan) diiringi oleh Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili TNC (A&A), Prof. Dr. Anuar bin Hassan, TNC (HEPA) dan Prof. Dr. Sayed Mohd. Zain bin S. Hasan, Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan.
35
36
Penyelidikan & Inovasi
Kaedah Pemindahan
Koloni Kelulut
Tanpa Memusnahkan Habitat Asal oleh : Mohd Shahrul Zainudin | Siti Aisyah Mohammad Taupik
L
Spesies Heterotrigona yang banyak terdapat di sekitar UMT.
Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
ebah tanpa sengat ataupun dikenali sebagai kelulut merupakan salah satu penyumbang kepada penghasilan madu. Berbanding dengan lebah, kelulut kurang dikenali dan sejak kebelakangan ini kelulut mulai terkenal kerana dikatakan madu yang dihasilkan lebih berkhasiat berbanding lebah madu. Justeru itu, ramai penternak mula berjinak-jinak untuk menternak kelulut untuk penghasilan madu bee bread dan propalis yang boleh diguna untuk penghasilan pelbagai produk. Pelbagai kajian dan penyelidikan telah giat dijalankan terutamanya oleh MARDI, Jabatan Pertanian dan Universiti Sains Malaysia. Menurut kajian daripada MARDI terdapat 32 spesies kelulut di Malaysia. Spesies kelulut yang berpotensi mengeluarkan madu adalah daripada spesies Heterotrigona itama, H. thorosica, H. apicalis, H. terminata. Spesies Heterotrigona itama adalah mudah didapati dan senang diternak disebabkan spesies ini tidak menyengat berbanding dengan spesies lebah menyengat.
INFOKUS Mac 2014
Selain daripada penghasilan madu, ramai tidak menyedari bahawa kelulut merupakan salah satu agen pendebungaan yang penting bagi industri perhutanan dan industri pertanian di Malaysia. Di UMT, satu kajian telah dilakukan oleh Dr. Wahizatul Afzan Azmi untuk mengkaji fungsi kelulut sebagai agen pendebungaan pokok dengan menganalisa kandungan debunga yang dibawa oleh kelulut. Menerusi kajian ini, sumber debunga kegemaran kelulut dan pemetaan spesies pokok di sesuatu kawasan dapat diketahui.
â€œâ€Śramai tidak menyedari bahawa kelulut merupakan salah satu agen pendebungaan yang penting bagi industri perhutanan dan industri pertanian di Malaysia.â€? Kebiasaannya penternak kelulut akan mencari sarang kelulut yang biasanya bersarang di dalam pokok-pokok berongga, dindingdinding rumah, dalam tanah dan sebagainya. Sekiranya sarang berada di dalam pokok, penternak terpaksa menebang pokok tersebut untuk mendapatkan sarang kelulut. Kaedah ini merupakan salah satu cara yang mudah tetapi akan menyebabkan kemusnahan kepada spesies pokok yang ditebang serta memusnahkan tempat habitat asal
Sarang kelulut spesies Heterotrigona itama yang berhabitat di dalam pokok Jambu Laut Eugenia granilis.
Percubaan yang telah dijalankan di sekitar UMT untuk memindahkan koloni kelulut tanpa memusnahkan habitat asal.
37
38
Penyelidikan & Inovasi Info Spesies kelulut yang keluarkan madu; Heterotrigona itama, H. thorosica, H. apicalis, H. terminata.
kelulut ini. Bagi mengatasi perkara tersebut beberapa percubaan telah dilakukan untuk memindahkan koloni kelulut yang bersarang di dalam pokok tanpa perlu menebang pokok tersebut. Melalui kaedah ini koloni kelulut dalam batang pokok akan dipaksa untuk membina sarang baharu di dalam sebuah kotak. Kotak yang diperbuat dari kayu ini, tidak merosakkan habitat sarang asal kelulut di dalam pokok. Beberapa percubaan telah dijalankan di sekitar UMT untuk menjayakan kaedah ini bagi menambahkan bilangan koloni kelulut di UMT dan menambahkan pelbagai kajian tentang keistimewaan spesies ini. Terdapat beberapa sarang spesies heterotrigona itama yang sudah lama bersarang di batang pokok seperti pokok jambu laut, akasia dan ara. Ini menunjukkan spesies ini sesuai diternak di sekitar UMT bagi menjalankan pelbagai penyelidikan akan datang. Dengan keunikan ciptaan Allah SWT ini diharap banyak kajian dapat dijalankan di UMT.
Kotak kayu yang hampir berjaya memindahkan koloni kelulut.
Kotak kayu yang kosong disediakan untuk menarik koloni kelulut bersarang di dalamnya.
INFOKUS Mac 2014
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
Teroka Industri Lebah Kelulut oleh: Dr. Mustafa Man | UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd Prof. Madya Dr. Shamsul Bahari Abd. Razak | Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
P
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (UMTJ) bakal meneroka industri lebah kelulut dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Kelantan BioTech Corporation Sdn. Bhd. bagi menjayakan industri lebah kelulut sebagai salah satu aktiviti perniagaannya.
elan perniagaan UMTJ yang berteraskan kepada empat bidang utama yang merangkumi; a. Perniagaan berasaskan pemindahan ilmu; b. Perniagaan berasaskan perkhidmatan pendidikan; c. Perniagaan berasaskan inovasi teknologi dan d. Perniagaan berasaskan pekhidmatan akademik. Keempat-empat bidang utama ini adalah berdasarkan teras pelan strategik yang telah digariskan oleh UMT yang merupakan pemilik penuh UMTJ. Menerusi Projek kerjasama Industri lebah kelulut ini, UMTJ bakal melaksanakan beberapa program secara bersama seperti penganjuran seminar, bengkel dan perkhidmatan perundingan dan juga beberapa projek berbentuk kontrak berkaitan R&D secara bersama. Lebah Para saintis dan ilmuwan telah membahagi lebah kepada dua kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih
Pokok Ara yang terdapat 17 sarang lebah kelulut pelbagai spesies pada batangnya.
dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah AnNahl yang berkaitan dengan lebah berdasarkan ayat 68 dan 69 ertinya:
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarangsarang di bukit-bukit, di pohonpohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.”
39
40
Penyelidikan & Inovasi
Salah satu spesis kelulut yang biasa didapati dan boleh dipelihara bagi mendapatkan madu ialah Trigona (Heterotrigona) itama.
Fizikal Lebah Kelulut Ukurannya hanya 3-8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakannya tidak begitu lincah. Ciri-ciri Khas Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai tiga pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Di bahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangat lebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah
kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah di udara.Â
iklim khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semula jadinya.
Jenis-jenisnya
Taman Pertanian Sekayu terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ianya mempunyai dua fungsi utama iaitu tempat rekreasi dan taman pertanian dan juga tempat kajian bagi projek pertanian. Jaraknya kira-kira 52 kilometer dari Kuala Terengganu dan 15 kilometer dari Kuala Berang. Taman Pertanian Sekayu merupakan taman pertanian terbesar dengan keluasan kira-kira 93 hektar. Pelbagai taman terdapat di Taman Pertanian Sekayu seperti Taman Orkid, Taman Buahbuahan atau Taman Eksotika, Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi.
Daripada kajian yang dijalankan di seluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi. Di antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesies), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan
Lawatan Tapak Taman Pertanian Sekayu
INFOKUS Mac 2014
Prof. Madya Hj. Abdullah memberikan penerangan kepada Pegawai Pertanian mengenai teknik untuk mewujudkan sarang baharu tanpa memotong pokok yang terdapat sarang lebah kelulut.
Tempat ini juga menyediakan chalet, tempat latihan, perkhemahan, perkelahan dan beberapa kemudahan rekreasi dan permainan air. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat berbanding dengan beberapa kawasan di Air Terjun Sekayu. Taman Pertanian Sekayu ini juga bakal dijadikan tempat pertenakan lebah kelulut bagi Zon Timur yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu dalam masa terdekat. Pada 27 Januari 2014 yang lalu, Pengurus Besar UMTJ Dr. Mustafa Man bersama dengan beberapa orang penyelidik UMT iaitu Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri, Prof. Madya Abdullah dan En. Masri Man serta Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Tn. Hj Abdullah telah mengadakan satu lawatan kerja ke tapak yang bakal dijadikan pusat latihan dan showcase untuk penternak dan juga bakal penternak lebah kelulut ini. Terdapat pelbagai spesies lebah kelulut yang didapati di kawasan sekitar taman pertanian ini. Kami berkesempatan untuk
Para Penyelidik UMT bersama dengan Pegawai Pertanian di Ladang Ternakan Kelulut Komersial.
melihat aktiviti lebah kelulut dan juga aktiviti penanaman pokok yang boleh dijadikan sumber makanan bagi membolehkan lebah kelulut ini membentuk komunitinya dan seterusnya dapat memberikan hasil madu kelulut yang baik dan berterusan. Bengkel Lebah Kelulut Pertama UMTJ Pada 21 dan 22 Februari 2014, UMTJ dengan kerjasama Syarikat Mentari Bees Biotech dan Kelantan Biotech bakal mengadakan Bengkel Penternakan Lebah Kelulut di UMT. Bengkel ini terbuka kepada 30 orang peserta sahaja yang merupakan program pertama hasil kerjasama yang terjalin ini. Bengkel ini merangkumi pelbagai topik yang menarik dengan penceramah jemputan yang berpengalaman di dalam industri lebah kelulut ini. Pakej bengkel selama dua hari ini dengan kadar bayaran RM550.00 seorang termasuk modul latihan teori dan amali serta makan dan minum.
Sekiranya ada yang berminat boleh menghubungi UMTJ menerusi e-mel: umtjaya@umt.edu.my untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Selain bengkel, UMTJ akan mengadakan seminar kebangsaan berkaitan dengan industri kelulut ini yang merangkumi hasil-hasil penyelidikan, penternakan dan produk pada bulan Oktober 2014 nanti. Kesimpulan UMTJ bakal mengorak langkah ke hadapan bagi memartabatkan tenaga pakar UMT untuk bekerjasama dengan agensi swasta dan umum di dalam bidang industri lebah kelulut ini. Menerusi projek ini, insya-Allah UMT akan menjadi sebuah pusat yang berdaya saing dan dapat membantu komuniti serta memperolehi sumber dana di dalam bentuk keuntungan berasaskan perniagaan pemindahan ilmu, perkhidmatan pendidikan, inovasi teknologi dan juga perkhidmatan pendidikan.
41
42
Sorotan Peristiwa
Majlis Julangan Karyawan 2013
Suburkan Budaya Wacana Ilmiah oleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMT
Bahan bacaan yang dihidangkan kepada pembaca perlu membentuk generasi yang berfikiran kritis dan kreatif, bahkan juga dapat membina budaya mengkaji, menyelidik dan mencipta yang kemudiannya melahirkan generasi baharu yang prolifik dan produktif serta dapat memberi sumbangan positif kepada negara� antara pesanan Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan ketika merasmikan Majlis Julangan Karyawan 2013. Menurut beliau lagi, kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Rakyat atau sumber manusia yang cemerlang juga terbentuk hasil daripada bahan bacaan yang bermutu dan tinggi sifat ilmiahnya. Para cendekiawan perlu memainkan peranan dalam
menghasilkan bahan bacaan ilmiah yang bermutu tinggi kepada masyarakat pembaca demi membentuk generasi yang tinggi daya akalnya serta mempunyai keperibadian yang unggul. Kata beliau lagi, “Kita faham bahawa universiti sebagai institusi pengajian berprestij, diharapkan dapat membentuk minda pemikiran
mahasiswa. Namun, bagaimana kita dapat membentuk minda mahasiswa jika budaya membaca pendidik, guru dan pensyarah belum benar-benar terbentuk. Satu lagi budaya pendidikan yang perlu kita suburkan ialah budaya wacana ilmiah. Kita galakkan wacana intelektual di universiti dalam suasana menghormati
Para jemputan VIP mengabadikan kenangan di hadapan photo booth Majlis Julangan Karyawan 2013.
INFOKUS Mac 2014
ketinggian ilmu dan santun serta memuliakan kampus sebagai premis ilmu. Persoalan dalam wacana itu perlu basuhan intelektual akademik. Wacana sebegini berjaya jika pendidik di universiti mampu menjadi petunjuk atau penentu arah kepada mahasiswa.” YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan hadir menyempurnakan Majlis Julangan Karyawan 2013 yang dianjurkan oleh Penerbit UMT bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 11 Disember 2013. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, YBhg. Tan Sri. Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo dan isteri, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norzaini binti Azman dan Pengarah Penerbit UMT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Julangan Karyawan 2013, YBrs. Prof. Madya Dr. Noraien Mansor. Majlis Julangan Karyawan 2013 dianjurkan bagi menjulang karyawan-karyawan UMT yang telah menjayakan penerbitan ilmiah dan juga penerbitan korporat yang diterbitkan oleh Penerbit UMT sepanjang tahun 2013. Majlis ini menyaksikan pelancaran 41 judul terbitan ilmiah dan 12 Penerbitan korporat sepanjang tahun 2013.
YB Tuan Kamalanathan meminta golongan pensyarah menyuburkan budaya karya ilmiah di IPTA.
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menyampaikan ucapan alu-aluan.
Penari JKKNS mengadakan gimik pelancaran buku Terbitan UMT 2013.
YB Tuan Kamalanathan melancarkan buku Let’s Talk basic talk karya Prof. Madya Dr. Noraien Mansor.
43
44
Sorotan Peristiwa Pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan telah melancarkan buku Let’s Talk basic talk karya Prof. Madya Dr. Noraien Mansor, buku yang terhasil daripada program Let’s Talk TERENGGANU fm yang dikendalikan oleh pengarang setiap hari Sabtu serta Program Perdana Let’s Talk and Let’s Go Global: Memperkasa Komunikasi Bahasa Inggeris, iaitu program transformasi ilmu UMT bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan RTM Terengganu. UMT adalah perintis kepada program tanggungjawab sosial komunikasi bahasa Inggeris kepada 260 pelajar daripada 13 buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu. Pada majlis ini juga, UMT telah membayar RM22,945.60 kepada 12 orang pengarang yang mendapat bayaran hasil jualan buku-buku mereka sepanjang tahun 2012/2013. Karyawan terbanyak mendapat bayaran royalti buku pada tahun 2013 dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Noraien Mansor, diikuti oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd Azmi bin Ambak dan Prof. Madya Dr. Wan Muhamad Amir W. Ahmad.
YB Tuan P. Kamalanathan ketika ditemu bual oleh pihak media.
YB Tuan P. Kamalanathan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UMT), YBhg. Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid.
Semua Jawatankuasa Pelaksana Majlis Julangan Karyawan 2013 bergambar kenangan sebaik sahaja tamat majlis.
INFOKUS Mac 2014
Lawatan Kerja Prof. Tim Jickells oleh: Prof. Madya Dr. Suhaimi Suratman | Institut Oseanografi dan Sekitaran
U
niversiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) telah menerima lawatan kerja Prof. Tim Jickells daripada Universiti East Anglia, United Kingdom (UK) pada 3-16 November 2013. Beliau yang merupakan pakar dalam bidang oseanografi kimia seperti kitaran biogeokimia, kajian kimia dalam alam sekitar terutamanya di kawasan pesisir pantai dan lautan, sedimentasi laut dala, angkutan dan enapan atmosfera nutrien serta spesies surih. Beliau merupakan Penyandang Pertama Kursi Profesor Sultan Mizan. Ini merupakan lawatan pertama beliau daripada beberapa siri lawatan yang akan dilakukan kelak ke UMT. Tujuan utama lawatan pertama ini adalah untuk beliau mengetahui lebih lanjut mengenai UMT dan INOS khasnya, bertemu dengan pensyarah dan penyelidik terutamanya dalam bidang sains marin dan melihat kemudahan penyelidikan dan
pengajaran yang sedia ada di kampus ini. Beberapa aktiviti telah dilakukan sepanjang lawatan pertama ini. Beliau telah dibawa bertemu dengan pegawai pengurusan tertinggi UMT seperti Naib Canselor, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Timbalan Naib Canselor (A&A), Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili dan Timbalan Naib Canselor (P&I), YBhg. Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid. Beliau juga telah dibawa melawat ke beberapa makmal di INOS, Institut Bioteknologi Marin dan Institut Akuakultur Tropika untuk melihat kemudahan dan kelengkapan penyelidikan yang sedia ada dan aktiviti penyelidikan yang berkaitan. Di samping itu, Prof. Tim Jickells telah dibawa ke limbungan Kay Marine untuk melawat kapal penyelidikan RV Discovery. Prof. Tim Jickells turut berkesempatan menyampaikan
Prof. Tim Jickells dibawa melihat kemudahan penyelidikan yang ada di INOS.
Syarahan Umum yang bertajuk “Anthropogenic impacts of riverine inputs to coastal waters: Results from North Sea and Questions for Malaysian Coast� di Auditorium INOS. Majlis yang berlangsung telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai Utama UMT serta pelajar dan juga tetamu luar. Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili dalam ucapan aluan menyatakan bahawa kehadiran Prof. Tim Jickells dapat memberi impak yang besar kepada universiti kerana pengalaman beliau dalam kajian pencemaran terutamanya nutrien di sungai dan kawasan persisiran pantai di UK dapat diaplikasikan di Malaysia terutamanya apabila UMT sendiri telah menuju ke arah universiti berfokus dalam bidang sains marin dan akuatik. Dalam syarahannya, Prof. Tim Jickells telah menerangkan mengenai kepekatan nutrien yang semakin bertambah di sistem sungai di UK. Kepekatan nutrien yang tinggi telah menyebabkan proses eutrofikasi melalui pertumbuhan alga yang banyak di perairan pantai terutamanya di Laut Utara. Antara kesan proses ini akan menyebabkan kandungan oksigen di dalam persekitaran akuatik akan berkurangan dan hidupan dalam air akan musnah. Beliau juga telah menerangkan beberapa proses kimia, fizikal dan biologi di muara sungai yang boleh mempengaruhi angkutan nutrien melalui sungai ke laut. Di akhir lawatan ke UMT, Prof. Tim Jickells telah menyatakan kekaguman beliau dengan segala kemudahan dan kepakaran yang ada di UMT terutamanya di INOS dalam penyelidikan oseanografi. Adalah diharapkan hasil daripada lawatan beliau akan dapat memberi kesan jangka panjang untuk meningkatkan lagi mutu penyelidikan oseanografi di UMT.
45
46
Sorotan Peristiwa
Majlis
Menandatangani Kontrak
Sistem Simulasi oleh: Mohd Hafiz Salleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
P
ada tanggal 20 Januari yang lalu, satu majlis menandatangani kontrak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ismail Ali, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim di antara Universiti Malaysia Terengganu dan HJS Maritime Sdn Bhd. Kontrak tersebut ditandatangani setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berkenaan pembekalan, pemasangan, pengujian, penugasan semula serta penyediaan latihan Kongsberg Full Mission Ship Handling Simulator oleh HJS Maritime Sdn Bhd. Sistem simulasi tersebut akan menjadi yang pertama dipasang di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Sistem simulasi tersebut adalah bertujuan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar UMT yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim serta menyediakan latihan yang berkaitan navigasi kapal, perancangan dan pengurusan pelayaran serta komunikasi maritim kepada pelaut-pelaut sekitar wilayah Timur. Selain itu ianya juga boleh dimanfaatkan pelajar-pelajar yang mengambil kursus lain di UMT seperti kursus Teknologi Maritim untuk mereka bentuk kapal, menguji kesan hidrodinamik dan pada masa yang sama mereka bentuk kawasan latihan simulasi bedasarkan topografi serta kawasan persisiran pantai yang sebenar. Sistem yang menepati konvensyen antarabangsa berkenaan standard latihan, pensijilan dan pengawasan untuk pelaut (‘STCW 78 as amended’) ini
En. Hamzah Abdul Wahab selaku Pengarah dari HJS Maritime Sdn Bhd menandatangani kontrak disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd Shaladdin bin Muda, Dr. Noorul Shaiful Fitri bin Abdul Rahman and Kapt. Mohd. Naim bin Fadzil.
Full Mission Ship handling Simulator yang dimiliki oleh Plymouth University, United Kingdom.
juga akan memberi peluang kepada para penyelidik untuk membuat kajian yang berkaitan perkapalan, penyiasatan kemalangan kapal dan sebagainya. Sistem simulasi yang akan dimiliki oleh UMT ini terdiri daripada 270Âş sudut pandangan serta simulasi peralatan navigasi yang sebenar seperti RADAR, Automatic Radar Plotting Aids, Electronic Chart Display and Information System, Automatic Identification System, perisian mereka bentuk kapal serta perisian mereka bentuk kawasan latihan. Bilik latihan separa penuh dan bilik taklimat juga disediakan untuk pelajar-pelajar menjalani latihan asas serta menerima taklimat awal sebelum menggunakan sistem tersebut. Ianya juga berupaya untuk mensimulasikan kapal di dalam keadaan cuaca yang berbeza dari keadaan laut yang tenang hingga laut bergelora di waktu siang
ataupun malam. Sistem simulasi pengendalian kapal ini merupakan sistem yang dapat meningkatkan kualiti kemahiran pelaut secara amnya dan juga pelajar-pelajar UMT khususnya sebagai salah satu persediaan pelajar ke alam pekerjaan sejajar dengan kehendak semasa industri maritim dunia. Dengan memiliki sistem simulasi ini, UMT akan dapat berdiri sama tinggi dengan Institusi Pengajian Tinggi Maritim luar negara yang lain seperti World Maritime University di Malmo Sweden, Plymouth University di United Kingdom dan Kobe University di Jepun, di mana sistem simulasi pengendalian kapal ini tidak hanya digunakan untuk latihan dan pendidikan maritim tetapi juga di dalam kajian bagi mempertingkatkan sistem navigasi kapal, keselamatan serta menambah baik pelabuhan.
INFOKUS Mac 2014
Voyages of Discovery Majalah Antarabangsa Pertama UMT oleh : Lailatul-Akmal Abd Rahman | Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra
S
atu langkah yang besar telah digalas oleh Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra (PKKPC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini. Untuk merealisasikan aspirasi dengan Pelan Strategik UMT maka satu majalah bertaraf antarabangsa berjudul Voyages of Discovery (VOD) telah berjaya diterbitkan dan dilancarkan. Majlis pelancaran majalah VOD ini telah berlangsung di Hotel JW Marriot Putrajaya dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching. Dalam ucapan alu-aluan Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata bahawa dalam usaha untuk menempatkan UMT di arena global, UMT tidak ketinggalan dalam mempromosikan majalah ini ke luar negara. “Tujuan kami adalah untuk lebih ramai lagi warga antarabangsa mengenali dengan lebih dekat, apa yang ada di UMT, kepakaran di sini adalah setara dengan di luar negara dan ia juga membuka peluang besar untuk penyelidik luar negara dan Malaysia berkolaborasi bidang ilmu dan menghasilkan penyelidikan baharu,” ujar Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo ketika memberi ucapan beliau. Dalam ucapan perasmian Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata bahawa pelancaran majalah tesebut memberi bukti bahawa UMT walaupun terletak di Pantai Timur Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1 bersama-sama Tan Sri Dato’ Ahmad Zaharudin dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo ketika perasmian majlis pelancaran Majalah VOD dan Bahtera Ilmu UMT.
tetapi inisiatif melancarkan majalah ini merupakan satu kejayaan dan satu pembaharuan yang sepatutnya dicontohi oleh universiti-universiti lain. “Media di sini sepatutnya memberi peluang lebih besar lagi untuk mengetengahkan lagi penyelidikan serta kepakaran yang ada di UMT kerana mereka sememangnya universiti yang berpotensi serta berdaya saing tinggi seperti universiti lain di Lembah Klang,” jelas beliau lagi ketika merasmikan Majlis Pelancaran Voyages of Discovery dan Portal Bahtera Ilmu UMT. Majalah VOD yang mempunyai 65 halaman muka surat ini mengisarkan tentang keunikan dan keistimewaan UMT terutama dalam bidang penyelidikan yang berfokuskan pengajian dalam bidang maritim dan oseanografi. Majlis yang sama juga memaparkan perasmian Portal Bahtera Ilmu UMT yang diuruskan oleh Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah (PPDSNZ). Portal ini adalah saluran baharu
bagi UMT untuk pembelajaran digital selepas ini. Bermula tahun 2013, UMT dalam usaha untuk mendigitalkan semua bahan-bahan pembelajaran serta buku yang ada untuk memastikan semua buku tersebut boleh diakses melalui portal ini serta di mana-mana sahaja lokasi dan ia akan digunakan sebagai aplikasi e-book. Aplikasi portal ini diharapkan dapat menjadi model terbaik dalam usaha UMT untuk memartabatkan kedudukan UMT di arena kebangsaan dan global. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, YBhg. Tan Sri Dato’ Ahmad Zaharuddin Idrus dan Pegawai-pegawai Kanan UMT.
47
48
Sorotan Peristiwa
Mesyuarat
Sidang Majlis dan Pelaksana Pusat Bahasa Melayu Institusi Pengajian Tinggi Nusantara
P
oleh: Mohamad Adam bin Zakria | Penerbit UMT
ada 10 Disember 2013 yang lalu, bertempat di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, telah berlangsung satu mesyuarat bagi membincangkan hala tuju kedudukan Bahasa Melayu di peringkat Nusantara. Mesyuarat ini telah dihadiri dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan turut dihadiri oleh lima orang anggota Pusat Majlis Bahasa Melayu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Nusantara. Antara agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah latar
belakang, Projek Penyelidikan Asas Kedudukan Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, hala tuju dan hal-hal lain berkaitan pusat ini. Oleh kerana ini merupakan kali pertama mesyuarat ini diadakan, fokus mesyuarat lebih tertumpu kepada usaha untuk memantapkan struktur dan fungsi Pusat Majlis Bahasa Melayu IPT Nusantara terlebih dahulu. Justeru, melalui mesyuarat ini telah diputuskan beberapa keputusan yang diyakini mampu untuk melancarkan pergerakan pusat ini di masa hadapan. Antara kata putus yang dicapai bersama termasuklah penambahan bilangan keanggotaan,
aktiviti pengembangan pusat dan penetapan bilangan mesyuarat sidang-sidang dijalankan. Mesyuarat yang ditangguhkan pada jam 4.30 petang ini disifatkan sebagai satu kejayaan untuk memastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan penggunaannya khususnya sebagai bahasa ilmu tinggi dalam kalangan IPT Nusantara. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan sinar baharu kepada aspek pengukuhan fungsi bahasa Melayu itu sendiri supaya tidak tenggelam ditelan arus modenisasi.
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (tengah) mempengerusikan mesyuarat.
INFOKUS Mac 2014
Fungsi dan Peranan Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya oleh: Engku Nurul Aima Tengku Amri | Pusat Komunikasi Strategik Putrajaya
Tn. Haji Zukiferee Ibrahim Pengarah Pusat Komunikasi Strategik UMT
U
niversiti Malaysia Terengganu mengorak selangkah ke hadapan seiring dengan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dengan penubuhan Pusat Komunikasi Strategik di Putrajaya. Penubuhan pusat ini adalah bagi memastikan perluasan akses dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan untuk mengembangkan citra dan imej nasional UMT sebelum memacu ke dunia global. Pusat Komunikasi Strategik UMT (PKS) telah mula beroperasi secara rasminya pada 1 Jun 2013 di pejabat yang terletak di No 77B, Jalan Diplomatik Presint
15, Putrajaya. PKS diketuai oleh Pengarah, dan dibantu oleh lima warga kerja yang lain iaitu, Penolong Pendaftar, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan dua orang pemandu. Objektif utama penubuhan PKS adalah sebagai perantara bagi membina rangkaian dan jaringan yang strategik dengan agensi pusat terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak media di samping agensi kerajaan dan swasta yang lain khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya PKS juga akan berganding bahu dengan Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra dalam menjalankan aktiviti komunikasi
korporat dan pembangunan citra serta membantu Pusat Jaringan Antarabangsa untuk membina dan mengukuhkan jaringan antarabangsa UMT. Sebagai sebuah pusat yang baru beroperasi, PKS berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi dan semua warga UMT yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama untuk pusat ini terus maju seiring dengan hasrat penubuhannya. Bersesuaian dengan kedudukannya di Presint Diplomatik, kita berharap PKS akan menjadi duta untuk membawa UMT meneroka dengan lebih jauh lagi.
49
50
Sorotan Peristiwa
Penerbit UMT Timba ilmu di Karangkaf dan Media Prima oleh: Azeeha Ibrahim | Penerbit UMT Nur Aaminah Azhar
P
engetahuan berkaitan penerbitan dan percetakan amat penting bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam bidang penerbitan. Tugas di bahagian penerbitan juga memerlukan tahap kreativiti yang tinggi. Daya kreativiti perlu dipupuk dari semasa ke semasa sama ada melalui pembacaan, kursus mahupun menghadiri sesi taklimat dan juga seminar. Menyedari hakikat inilah, warga Penerbit UMT telah menghadiri sesi Taklimat Penerbitan dan Percetakan di Media Prima Berhad pada 12 Disember dan Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam pada 13 Disember 2013. Taklimat ini telah membuka lembaran baharu kepada staf Penerbit UMT untuk meningkatkan prestasi dengan menjadikan Media Prima Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai sumber rujukan. Taklimat Media Prima Warga penerbit UMT telah berpeluang menghadiri sesi taklimat di Seri Pentas Utama, Damansara Utama, Selangor. Media Prima Berhad, syarikat yang memiliki 100% stesen televisyen TV3, 8TV, ntv7 dan TV9
Warga Penerbit UMT dibawa melawat ke Bahagian Grafik, Kumpulan Media Karangkraf.
dan tiga buah stesen radio iaitu Fly FM, Hot FM dan One FM serta 98% kepentingan dalam The New Straits Times Press yang merupakan sebuah syarikat yang seharusnya dijadikan contoh dalam mengembangkan idea dalam berkarya serta kreativiti. Saban tahun Media Prima Berhad memperbaharui idea dan konsep agar identiti setiap stesen televisyen, radio dan anak syarikat mereka berkembang seiring dengan arus semasa. Taklimat telah diberikan oleh wakil Pegawai Perhubungan Awam Media Prima Berhad, En. Mohamad Farris Effendy Md. Salim. Warga Penerbit UMT telah dibawa melawat ke studiostudio televisyen dan radio, di mana rakaman mahupun siaran langsung rancangan televisyen dijalankan. Studio A adalah studio lama di mana reka letak studionya kekal dan antara rancangan yang pernah dirakam di studio ini adalah Nightline dan Sukan. Manakala, Studio B pula merupakan studio yang masih digunakan di mana latar belakangnya menggunakan teknik layar hijau (green screen). Bagi rakaman rancangan-rancangan tertentu yang menggunakan studio berlatar belakang layar hijau, latar belakangnya akan ditetapkan menggunakan perisian khas yang dikawal di komputer. Antara rancangan yang menggunakan
INFOKUS Mac 2014
Karangkraf Mall menyediakan pelbagai pilihan bahan bacaan terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Penerbit UMT bergambar kenangan bersama Pengerusi/ Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Dr. Hussamuddin Hj. Yaacob (tujuh dari kiri).
Warga Penerbit UMT di hadapan Seri Pentas.
Studio B adalah Buletin Pagi pada setiap hari. Warga Penerbit UMT juga telah dibawa melawat ke konti stesen radio HotFM, FlyFM dan OneFM. Warga Penerbit UMT amat berbesar hati dan berterima
kasih atas kesudian wakil Media Prima Berhad yang meluangkan masa dalam menyampaikan taklimat berkaitan produksi Media Prima Berhad. Dari pengamatan dan pemerhatian, Media Prima mengamalkan konsep gunasama dan penugasan berbilang (multitasking) dalam pengurusan studio-studio dan ruang sedia ada. Reka letak dan reka bentuk poster-poster serta konsep sesuatu ruang juga dilihat sangat praktikal dan sentiasa segar. Diharap, Warga Penerbit UMT dalam mengaplikasikan idea yang diperoleh dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat khususnya Penerbit UMT dan UMT di masa akan datang. Taklimat Kumpulan Media Karangkraf Sesi taklimat di Kumpulan Media Karangkraf dimulakan oleh Encik Hashim Anang dengan memberi sedikit penerangan
selain menyingkap sejarah awal penubuhan Karangkraf. Taklimat pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Dr. Hussamuddin Hj. Yaacob yang sudi melapangkan masa mengalu-alukan kunjungan Penerbit UMT ke Kumpulan Media Karangkraf. Taklimat Penerbitan dan Percetakan diteruskan dengan lawatan ke Bahagian Grafik dan Bahagian Editorial Karangkraf yang memuatkan sejumlah 800 orang staf dan wartawan. Kumpulan Media Karangkraf turut menyediakan satu ruang jualan yang dinamakan Karangkraf Mall, di mana karyakarya terbitan Karangkraf boleh didapati dengan kadar diskaun istimewa. Warga Penerbit UMT juga turut dibawa berkunjung ke Ultimate Printing di bawah kelolaan Group Percetakan Ultimate dan membuatkan staf Penerbit UMT dapat menimba ilmu daripada proses suntingan majalah, buku dan akhbar, proses rekaan grafik dan seterusnya sehingga ke proses percetakan. Kerjasama Penerbit UMT berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak Kumpulan Media Karangkraf selaras dengan hasrat universiti untuk mengetengahkan bidang penerbitan ke peringkat tertinggi. Hasrat ini disokong oleh pihak Karangkraf dengan membuka peluang kerjasama di masa hadapan melalui MoU penerbitan bahan ilmiah dan sebagainya. Kumpulan Media Karangkraf juga dapat menyumbangkan majalahmajalah mereka sekiranya dimohon oleh pihak universiti untuk sebarang kegunaan yang mana sekali gus dapat membantu mempromosi penerbitan mereka. Sesungguhnya, kunjungan Penerbit UMT ke Kumpulan Media Karangkraf telah menyuntik satu semangat baharu bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran Penerbit UMT semakin kukuh di masa hadapan.
51
Sorotan Peristiwa
UMT Praktik Model Kewangan Lestari eiring dengan transformasi yang sedang berlangsung di UMT, sepertimana transformasi governan, akademik, penyelidikan dan pelajar, kewangan juga tidak ketinggalan bersama dalam arus transformasi ini. Bengkel sehari telah diadakan bagi membangunkan satu kerangka atau model kewangan yang lestari untuk UMT. Bengkel Kelestarian Kewangan UMT telah diadakan pada 21 Januari 2014 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Terengganu. Bengkel yang dihadiri Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama universiti, Dekan-dekan Pusat Pengajian dan Pengarah Institut diketuai oleh Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo. Model Kelestarian Kewangan UMT, menurut Naib Canselor UMT, akan dibangunkan berdasarkan keperluan fungsi utama universiti. Beliau mencadangkan, kerangka dibangunkan atas empat komponen iaitu; •
Pengajaran dan Pembelajaran
•
Penyelidikan dan Inovasi
•
Perkhidmatan dan Pemindahan Ilmu
•
Perancangan Strategik dan Pengurusan
Kumpulan dekan-dekan, pengarah-pengarah institut dan pengurusan tertinggi perlu mengenal pasti keperluan, profil atau faktor penentu yang menyokong fungsi, serta mengenal pasti sumber dana mengikut subkomponen setiap fungsi utama sepertimana jadual berikut. Dengan menggunakan pendekatan Blue Ocean Strategy, setiap kumpulan akan menghasilkan strategy canvas masing-masing
mengikut fungsi. Kumpulan perlu mengenal pasti tahap kekuatan dan kelemahan profil setiap fungsi. Profil-profil yang masih rendah, perlu diperincikan tindakan strategik yang boleh melonjakkannya ke tahap sederhana atau lebih tinggi. Corak keperluan dan sumber pembiayaan dana akan dikenal pasti dengan hasil gabungan strategy
canvas dan tindakan strategik yang akan diambil untuk tahun 2015 dan seterusnya menjelang tahun 2020 sehingga 2030. Hasil daripada bengkel, hasrat YBhg. Dato’ Naib Canselor ialah supaya UMT berjaya merangka model kewangan yang baharu, yang dikenali sebagai MODEL KEWANGAN LESTARI.
Jadual Sub komponen Mengikut Fungsi Utama. Fungsi Utama
Pengajaran dan Pembelajaran
Kumpulan
Dekan P & P
Sub Komponen
S
oleh: Zahara Kedri | Pejabat Bendahari
Penyelidikan dan Inovasi
Perkhidmatan dan Pemindahan ilmu
Pengarah Institut
Perancangan Strategik dan Pengurusan Pengurusan
Program Pengajian
Program Penyelidikan
Perkhidmatan Ilmu
Perancangan Strategik
Kemudahan Pelajar dan Pembelajaran
Program Inovasi
Pihak Berkepentingan
Pengurusan Tertinggi
Pelajar
Kemudahan Penyelidikan
Kemudahan Perkhidmatan dan Sumber Manusia
Sumber Manusia Akademik (Bakat Akademik)
Sumber Manusia Penyelidik
Sumber Manusia Sokongan Akademik SUMBER DANA
52
GERAN KERAJAAN -
YURAN -
HASIL UNIVERSITI
INFOKUS Mac 2014
CSD bersama MAIDAM dan UPEN Sumbang Bangunkan
Ekonomi Ibu Tunggal oleh: Dr. Zalailah Salleh | Pusat Pembangunan Sosioekonomi
M
enjana perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negeri merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimainkan oleh universiti. Peranan universiti bukanlah hanya tertumpu kepada melahirkan modal insan berkualiti, namun universiti perlu membantu menyumbang kepada pembangunan masyarakat, melalui kepakaran serta kekuatan yang dimiliki. Adalah menjadi hasrat universiti untuk memastikan segala penemuan dan pemerhatian kajian dapat diaplikasikan demi kepentingan semua masyarakat setempat. Demi merealisasikan hasrat ini, Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD) UMT telah melaksanakan kajian yang berteraskan pelbagai disiplin. Ini kerana, kajian berbentuk pelbagai disiplin dilihat berupaya membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat dan persekitaran yang akhirnya meningkatkan kesejahteraan hidup. Perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat melalui penyelidikan dan pemindahan ilmu dilihat amat penting oleh CSD. Oleh itu, satu program pendidikan pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu telah dilaksanakan. Ia merupakan program yang berbentuk kajian bagi menganalisis situasi dan keperluan keluarga miskin di Teluk Ketapang. Hasil daripada kajian tersebut, CSD telah mengenal pasti bentuk keperluan dan bantuan yang diperlukan oleh kumpulan sasar ini. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara CSD, Majlis Agama Islam dan Adat
Puan Salaumi, seorang ibu tunggal yang kematian suami kini memulakan perniagaan menjual keropok lekor yang dihasilkannya sendiri.
Terengganu (MAIDAM) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN). Pihak MAIDAM dan UPEN merupakan penyumbang kepada sumber kewangan, manakala CSD merupakan pelaksana kepada program ini. Program ini telah dibahagikan kepada empat fasa iaitu analisis situasi komuniti, perancangan pelan pembangunan, pelaksanaan projek untuk setiap kumpulan sasar, serta pemantauan dan penilaian kesan setiap projek. Pada masa kini projek ini telah mencapai fasa ke tiga dan keempat. Dalam fasa ketiga beberapa projek perintis yang boleh membantu keluarga miskin telah dikenal pasti. Salah satunya adalah projek bantuan memulakan perniagaan pemprosesan keropok
lekor dan kering oleh seorang ibu tunggal. Puan Salaumi, merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak yang masih bersekolah. Untuk menyara kehidupan harian, beliau bergantung sepenuhnya kepada kerja sambilan dan bantuan bulanan sebanyak RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, beliau juga dibebani oleh hutang bank yang telah ditinggalkan oleh arwah suaminya. Pada peringkat awal projek ini dilaksanakan, CSD telah membuat beberapa siri rundingan dan perancangan yang rapi dengan pihak MAIDAM, UPEN, JKKK Teluk Ketapang dan juga Puan Salaumi. Pihak CSD telah membimbing dari segi perancangan
53
54
USR perlaksanaan dan pemilihan lokasi projek. Khidmat rundingan CSD bermula dengan pemilihan lokasi dan jumlah sewanya, untuk memastikan bahawa lokasi yang dipilih adalah bersesuaian dan sewa juga berpatutan. Setelah penelitian dibuat, lokasi yang bersesuaian telah dipilih iaitu di Gong Badak. Lokasi ini dikatakan bersesuaian kerana ia terletak di tepi jalan besar dan tidak terdapat persaingan di sekitar kawasan ini. Selain daripada itu, bagi memastikan kejayaan dan penggunaan bantuan kewangan dengan baik, pihak CSD telah membantu dalam menyediakan kelengkapan asas yang diperlukan untuk proses pengeluaran keropok lekor tersebut. Ini adalah selaras dengan kehendak pemberi bantuan iaitu MAIDAM dan UPEN. Pemberi bantuan telah menyalurkan sumber kewangan ke tabung amanah CSD bagi dibelanjakan untuk projek yang boleh membantu meningkatkan ekonomi kumpulan sasar. Khidmat nasihat Berbekalkan peralatan yang diberikan serta sedikit pengalaman dalam industri pembuatan keropok ini, Puan Salaumi telah memulakan projek ini pada awal Disember, 2013. Pada masa kini projek perniagaan ini telah dilaksanakan dengan baik dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Pihak CSD telah memantau dari segi operasi pelaksanaan dan juga meminta Puan Salaumi merekodkan semua urus niaga dengan baik. Khidmat nasihat dan pemantauan dari semasa ke semasa, terutamanya dari segi pengiraan pendapatan dan kos pengeluaran, juga telah dilakukan bagi memastikan perniagaan ini berdaya saing dan mapan. Puan Salaumi diberi khidmat nasihat oleh pihak CSD dari segi pengiraan kos dan juga bagaimana penjimatan kos dapat dilakukan bagi meningkatkan margin keuntungan jualan. Selain daripada itu beliau juga didedahkan dengan cara perekodan hasil dan kos harian
Gerai keropok lekor Puan Sulaumi, penerima sumbangan CSD, MAIDAM dan UPEN.
memandangkan rekod ini akan digunakan untuk tujuan pemantauan oleh CSD. Berdasarkan rekod pendapatan harian ini CSD dapat mengukur tahap peningkatan ekonomi sesebuah projek. Bermula dengan pengeluaran dan penjualan yang hanya sebanyak RM100 sehari, kini kutipan hasil jualan telah meningkat kepada RM200 sehari. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai sumbangan kecil, namun ia sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan ekonomi seorang ibu tunggal. Dengan projek yang telah dilaksanakan seorang ibu tunggal kini telah memiliki perniagaan sendiri dan mampu untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi semenjak kematian suami. Dengan pendapatan ini beliau dapat menyara lima orang anak yang masih bersekolah dengan lebih selesa tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerja sambilan dan bantuan Kebajikan Masyarakat. Tinjauan telah dilakukan oleh CSD, mendapati beliau amat bersyukur kerana mendapat khidmat bimbingan dan juga peluang untuk mempunyai perniagaan sendiri. Beliau menyatakan hasrat untuk bekerja bersungguh-sungguh demi menjayakan projek perniagaan ini. Peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau tidak akan dipersiakan. Bagi beliau ini merupakan sumbangan yang amat besar daripada Universiti Malaysia Terengganu, UPEN dan MAIDAM
yang pernah beliau kecapi. Dalam keadaan yang terhimpit dari segi kewangan untuk menyara hidup anak-anak yang sedang membesar, derita dan kesusahan beliau telah mendapat perhatian dari sebuah universiti. Beliau berharap agar universiti dan juga pihak berwajib yang lain dapat meneruskan usaha murni seperti ini dalam meningkatkan serta mengembangkan masyarakat dari segi ekonomi. Bantuan berbentuk peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat adalah amat baik diberikan berbanding pemberian kewangan yang bersifat sementara. Beliau tidak menafikan bantuan berbentuk kewangan penting dan membantu tetapi peluang berniaga seperti ini lebih berbentuk kekal dan jangka panjang. Pihak CSD akan terus memantau perkembangan projek ini kerana ia merupakan kayu pengukur kepada kejayaan salah satu projek di bawah program pendidikan pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Terdapat beberapa projek lagi akan dilaksanakan yang sedang diteliti oleh pihak jawatankuasa program ini. Kerjasama strategik dengan pihak berwajib seperti MAIDAM dan UPEN boleh merealisasikan hasrat kerajaan yang menginginkan universiti menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.
INFOKUS Mac 2014
Persadatari Cemerlang di Festival Zapin Johor oleh: Suriaty binti Khalid dan Mohd Shahreezad bin Abd. Satad | Pusat Kesenian dan Kebudayaan
F
estival Kebudayaan Zapin Johor telah dilaksanakan pada 6 Oktober 2013 bertempat di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT melalui pelajar kumpulan Persadatari Pusat dengan Gabungan Anak Johor (SOHOR) telah mewakili UMT ke pertandingan
ini. Festival ini telah disertai oleh enam IPTA bagi mewakili universiti masing masing. Dengan membawa koleksi zapin Johor, UMT telah berjaya membawa pulang empat anugerah iaitu; Anugerah Koreografi Terbaik Anugerah Busana Terbaik Kordinasi Muzik Terbaik
Kedudukan Keseluruhan: Johan : UPM Naib Johan : UMT Ketiga : UTHM Anugerah Khas Juri : USIM
Kejayaan “Voice of Harmony” di Festival Koir MAKUM IPTA 2013
F
oleh: Suriaty binti Khalid | Pusat Kebudayaan dan Kesenian
estival Koir Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2013 merupakan program yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan pelajar dapat mencipta idea-idea baharu di samping mencungkil bakatbakat baharu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di peringkat IPTA. Program ini juga berhasrat memantapkan lagi kumpulan-kumpulan kesenian di peringkat IPTA selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang kesenian sebagai satu pengisian kepada masyarakat yang semakin berkembang maju. Dalam usaha untuk memastikan seni terus dipelihara dan meningkatkan martabat seni dan negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama MAKUM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Festival Koir MAKUM IPTA 2013 pada 29-30 November 2013 bertempat di Dewan Canselor
Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 10 IPTA mewakili universiti masing-masing iaitu UTM, UMT, UiTM, UPSI, UKM, UPM, UTEM, UMP dan UM. Pasukan koir UMT melalui Kelab Voice of Harmony (VOH) telah mempersembahkan lagu-lagu medley tradisional Terengganu yang menceritakan tentang budaya, adat, keindahan dan menyemai semangat cintakan Terengganu melalui lagulagu rakyat iaitu Ulek Mayang, Burung Baniong, Anak Udang, Patendu Patende, Joget Terengganu dan Kain Songket. Kejayaan ini telah meletakkan UMT sebagai Naib Johan dan membawa pulang wang tunai RM2,000.00, trofi dan sijil penyertaan. Lebih manis lagi, pasukan UMT telah menggondol Anugerah Busana Terbaik dan menerima wang tunai RM500.00 dan trofi. Keputusan penuh adalah
seperti berikut; Anugerah Komitmen - UTEM, UPM, UTM Anugerah Harapan - UMP, UPSI Anugerah Busana Terbaik - UMT Anugerah Gubahan Muzik Terbaik - UiTM Anugerah Persembahan Terbaik - UM Anugerah Khas Juri - USIM Keseluruhan
Johan : UiTM Naib Johan: UMT Ketiga : UKM
Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Johari Salleh, Felo Kanan Karyawan Tamu, UKM. Turut hadir ialah Pengarah, Pusat Kebudayaan UKM dan Pegawai-pegawai MAKUM.
55
56
Sukan & Kesihatan
SUKUM ke-38
Kontinjen UMT
Cemerlang oleh: Mohd Fadzli Badaudin | Pusat Sukan dan Rekreasi
K
ontinjen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menyertai kejohanan Sukan Staf antara Universiti-Universiti Malaysia (SUKUM) ke-38 pada 2 hingga 10 November 2013 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan SUKUM merupakan kejohanan tahunan yang disertai oleh staf yang berkhidmat di IPTA di seluruh Malaysia termasuk dari Kementerian Pengajian Tinggi. Pada sesi 2009 UMT telah diberi tanggungjawab menganjurkan Kejohanan Sukan Staf antara Universiti-universiti Malaysia dan menjenamakannya sebagai SUKUM. Nama tersebut terus diguna pakai sehingga sekarang. Kontinjen UMT kali ini disertai seramai 120 orang atlet, urus setia dan pegawai yang diketuai oleh Ketua Kontinjen, Tuan Pendaftar UMT, En. Mohd Nor Shokri Abd. Rahman. Majlis Penyerahan Bendera disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMT, YBhg. Prof. Dr. Mohd. Effendy bin Abd.Wahid pada 30 Oktober 2013 di Auditorium Mahyudin, FPE. Pencapaian kontinjen UMT pada kejohanan kali ini adalah sangat membanggakan. Kontinjen UMT berjaya menduduki tempat ke-9 daripada 21 IPTA yang bertanding dengan membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan empat gangsa. Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama UMT di dalam arena sukan kebangsaan. MT Kontinjen U Pencapaian , as em 1 dang: •• Boling Pa 3 gangsa 1 perak dan ton: 1 perak • • Badmin perak :1 al ts •• Fu par:1 gangsa m Ta la Bo ••
Kontinjen UMT pamer aksi cemerlang di kejohanan SUKUM ke-38.
Kontinjen UMT melakukan lintas hormat.
Tn. Hj. Mohamad Rafee Jusoh menerima cenderamata kejohanan daripada tuan rumah.
Pasukan badminton UMT, Berjaya membawa pulang satu pingat Perak.
Pasukan boling padang, bertindak cemerlang mengharumkan nama UMT.
Pasukan bola tampar membawa pulang pingat gangsa.
INFOKUS Mac 2014
UMT Sertai Kejohanan SUKIPT 2014 oleh: Harisom Anida Musa | Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
U
niversiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghantar seramai 132 orang atlet yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan ke Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 yang berlangsung di UiTM, Shah Alam pada 3-16 Februari 2014. Perasmian pembukaan kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bertempat di Stadium UiTM, Shah Alam. Sebanyak 107 kontinjen yang merangkumi 8,000 orang atlet, 2,500 orang pegawai dan 1,500 orang sukarelawan terlibat dengan kejohanan ini. Kontinjen UMT menyertai 12 acara sukan seperti bola jaring, bola tampar pantai, taekwando, silat, olahraga, judo, woodball, squash, tenis, boling padang dan acara renang.
Pihak pengurusan tertinggi UMT dan warga UMT khususnya berkeyakinan bahawa atlet UMT mampu memberikan saingan kepada IPT-IPT yang bertanding.
Saudara Khairul Khir Johary A. Rahman (SM Pengurusan Maritim), berjaya mendapatkan pingat emas menerusi acara judo.
Semoga penyertaan di kejohanan ini akan memberikan pendedahan yang menyeluruh dalam usaha meningkatkan kualiti dan mutu sukan di UMT. Kejohanan ini pastinya akan menyerlahkan permata yang digilap untuk pembangunan sukan negara. SUKIPT telah menutup tirai pada 16 Februari 2014, Atlet UMT telah berjaya membawa kejayaan cemerlang dalam semua acara yang disertai sepanjang kejohanan ini. UMT telah mencapai sasaran berada dalam kedudukan di antara 20 IPT terbaik keseluruhan, kontinjen UMT mendapat tempat ke-19 daripada 107 kontinjen yang bertanding. UMT juga mendapat tempat ke-12 daripada 20 IPTA seluruh Malaysia. Atlet UMT membawa pulang dua pingat emas dalam acara judo dan pencak silat. Empat pingat perak menerusi olahraga dan boling padang yang masing-masing meraih dua pingat perak. Selain itu,
Atlet UMT bergambar dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, YBhg. Prof. Dr. Anuar Hassan di majlis penyerahan bendera.
57
58
Sukan & Kesihatan atlet UMT juga membawa pulang enam pingat gangsa menerusi acara teakwando (1), woodball (2), pencak silat (2) dan boling padang menyumbang satu pingat. Tahniah kepada semua atlet UMT yang telah mengharumkan nama universiti dalam pentas sukan negara. Sekalung budi buat semua urus setia SUKIPT 2014, jurulatih, penyelaras sukan dan semua pihak yang menjayakan kejohanan ini. Semoga atlet UMT akan terus cemerlang pada masa akan datang. Semoga kejayaan ini berterusan dengan adanya sokongan dan bantuan pihak Pengurusan UMT bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan mutu modal insan melalui sukan.
Pasukan Woodball Lelaki UMT berjaya meraih Gangsa yang dibarisi oleh Mohamed Azraai bin Ariffin (UK 27379), Mohd Asraf Shazerin bin Sulaini (UK 25944), Mohamad Almunthaziirii bin Mohd Ruzuki (UK 26874), Nuramni Haziq bin Muhamad (UK 25347), Shamshul Izham bin Abdul Nazir (UK 25128) daripada Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim.
Pencapaian MT Kontinjen U as
Em •• 2 Pingat
k
Pera •• 4 Pingat
gsa
Gan •• 6 Pingat
Saudari Nur Amirah Saadon (SM Sains Kimia) berjaya mendapatkan pingat perak.
Saudara Sri Balamurugan a/l Manokaran telah menyumbang satu pingat gangsa melalui acara taekwando.
Kontinjen UMT di majlis perasmian kejohanan SUPKIT 2014.
INFOKUS Mac 2014
Renungan
Indahnya Sunah Rasulullah Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan sahaja sebagai penyampai wahyu Yang Maha Esa, bahkan tatacara kehidupan Baginda juga wajar dijadikan amalan. Sunahnya penuh dengan hikmah dan pengajaran yang perlu diselusuri. Sesungguhnya kehidupan seorang Muslim akan sempurna dengan menjadikan sunah sebagai pedoman dan itulah tanda kecintaan kepada baginda. Zun Nun alMasri pernah berkata: “Di antara tanda cintakan Allah SWT, iaitu mengikut jejak kekasih-Nya dalam akhlak, perbuatan, perintah dan sunah Baginda”. Sunah juga merupakan jawapan kepada permasalahan yang timbul pada hari ini. Perselisihan dan perbalahan yang sering berlaku adalah punca apabila manusia semakin jauh dari sunah Baginda. Tiga sunah ringkas tapi sebenarnya memberi impak yang besar apabila ianya menjadi amalan dalam masyarakat Yang pertama mengucapkan salam, daripada Abdullah bin Amr r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW “Islam mana satu yang terbaik?” Baginda menjawab “Anda memberi makan dan memberi salam kepada orang yang anda kenal dan orang yang anda tidak kenal” - Riwayat Bukhari dan Muslim. Yang kedua senyum, daripada Abu Zaar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Jangan kamu memandang kecil terhadap sesuatu perkara ma’ruf walaupun anda bertemu saudara kamu dengan bermuka manis” Riwayat Muslim.
Yang ketiga berjabat tangan; “Tiada mana-mana dua Muslim yang bertemu lalu berjabat tangan melainkan diampunkan untuk mereka berdua sebelum mereka berdua berpisah”- Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah. Ketiga-tiga sunah ini nampak ringkas dan mudah, namun sejauh mana kemampuan kita untuk istiqamah dalam melaksanakannya terutama kepada mereka yang tidak dikenali mahupun mereka yang telah bersengketa. Mulakanlah sekarang, pasti kita merasai indahnya sunah. Hj. Riswadi Azmi Ketua Pusat Islam UMT
59