JUN 2016 Bil. 55
www.umt.edu.my
Dato' Mohammed Azlan Hashim Pengerusi LPU UMT yang Baharu ITEX 2016 UMT Raih 13 Pingat Lawatan Kerja Naib Canselor UMT ke Amerika Syarikat Penyelidik UMT sertai Ekspedisi Antartika 2016 Penerbit UMT hos Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015
Sidang Redaksi Penaung
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Kandungan
6
Sekalung Tahniah YBhg. Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Terengganu
Penasihat
YBhg. Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid
Ketua Pengarang
Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Editor
Rabil Sitta Abdul Rahman Mohd Izham Mohd A. Wahid Harisom Anida Musa Mohd Afifullah Ahmad
Pereka Grafik
Mohd Fadli Abdullah
Jurufoto
Mokhtar Ishak Muhamad Adli Hashim Krew Media Kreatif
8 12 14 16 18 22 26 28 31 32 33 34 37 38 39
Naib Canselor UMT sertai Global Engagement, Global Challenges di Philadelphia, Pennsylvania, USA Penyelidik UMT sertai Ekspedisi Antartika Malaysia 2016 Penyelidik UMT ikuti Pelayaran Saintifik ke Benua Antartika ITEX 2016 Penyelidik UMT rangkul 5 emas, 5 perak dan 3 gangsa Makalah Penyelidik UMT diiktiraf dan diterbit dalam jurnal Applied Catalysis B-Environmentalx Penerbit UMT menjadi hos Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 Kepakaran CRC Australia bantu UMT dalam kajian pengurusan bencana alam UMT Menang Anugerah Program Trisakti Economics, Business Fair Competition 2016 Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan UMT & UNISZA Jalinan Kerjasama antara Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) Lawatan Akademik Universitas Kanjuruhan Malang ke PPPSE Penyelidik UMT Temui Kelulut Emas di Sarawak Majlis Pemakaian Pangkat PALAPES (L) UMT Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 Syurga Si Ulat Buku Renungan
Hak Cipta Terpelihara © 2016. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
4
Secangkir Kata Memburu keredhaan Illahi… Bukan mudah untuk diterobosi… Kekuatan mental dan emosi… Menjadi taruhan ketenangan abadi… (Noraien Mansor, 7 Mei 2016)
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
A
lhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa, INFOKUS UMT edisi Jun 2016 dapat menemui para pembaca budiman. Sidang redaksi mengucapkan sekalung tahniah kepada YBhg. Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu yang baharu. Semoga kehadiran YBhg. Dato’ Pengerusi akan membawa sinar kecemerlangan dan kegemilangan yang utuh untuk UMT meraih kehebatan di pentas lokal dan global.
Memburu keredhaan Ilahi memerlukan kekuatan dan kekentalan mental, fizikal dan emosi. Walaupun bukan mudah untuk kita menerobosi pelbagai kekangan yang mendatang, namun doa yang utuh pasti membuahkan kejayaan dengan keizinan-Nya. Justeru dalam apa jua tugasan yang kita pikul untuk meraih kecemerlangan dan memahat kegemilangan, keikhlasan menjadi keutamaan untuk kita mendapat keredhaan dan keberkatan abadi. Usahlah kita mencanang pencapaian kita dengan penuh keriakan, menggendang sahabat kita dengan kepincangan, pasti kebinasaan menggesek kehidupan kita dengan kemurkaan Yang Maha Esa. Semai dan tatanglah sikap merendah diri dan hangatkan kesyukuran kita dengan nikmat kurniaan Ilahi, semoga ketenangan abadi menjadi taruhan pasti. Insya-Allah.
PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR
Sekapur Sirih
Infokus Jun 2016
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam 1UMT dan Salam Sehati Sejiwa.
S
yukur alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bertemu kembali dalam ruangan Coretan Naib Canselor. Sesungguhnya permulaan tahun 2016 berjaya membentuk citra Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan penuh gemilang di peringkat nasional. UMT telah menjadi tumpuan hasil daripada beberapa kejayaan yang amat membanggakan. UMT telah berjaya menganjurkan Gempak Keusahawanan Kerjaya dan SL1M Zon Pantai Timur 2016 pada 4 – 6 Mac 2016 dan program tersebut ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Gempak Keusahawanan Kerjaya dan SL1M Zon Pantai Timur melibatkan beberapa agensi untuk menjayakannya dari sudut tenaga dan penajaan. Antara agensi yang terlibat adalah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya UMT, ECER, KPT, TalentCorp, Kerajaan Negeri Terengganu, Sekretariat SL1M, JobsMalaysia, Dato’ Ghazali Dato’ Yusuf, MPP IPTA dan IPTS serta Pusat Keusahawanan IPTA dan IPTS di Malaysia. Manakala program Kerjasama Akademia-Industri ataupun Program Industry on Campus dengan Majlis Pelancaran Teaching Accountancy Firm (TAF) antara UMT dengan firma kewangan Salihin. Inisiatif pertama di dunia yang dilancarkan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek kepakaran dalam bidang kewangan. UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diberi kepercayaan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi mempelopori Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan (COMMONALITY & COLLEGIALITY). Bulan Mei 2016 merupakan suatu tempoh yang sibuk bagi UMT apabila pelbagai agensi kerajaan menjalankan kolaborasi serta memilih UMT sebagai rakan kerjasama strategik. Majlis Perasmian Ijtimak Pondok Semalaysia yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri telah menempa satu sejarah besar
bagi UMT. Pelbagai program juga telah dilaksanakan sempena World Ocean Week 2016 dan beberapa agensi kerajaan, NGOs serta syarikat swasta telah menjadikan UMT sebagai hab bidang berkepakaran marin dan maritim. Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga UMT dalam merealisasikan perjalanan program yang dianjurkan amatlah dihargai. Tanpa komitmen serta semangat tanpa mengenal erti lelah telah meletakkan citra UMT di peringkat nasional dalam kelasnya yang tersendiri. Akhir kata dari saya, tiada ungkapan kata-kata yang sesuai bagi mengambarkan ucapan terima kasih saya kepada semua warga UMT. Saya percaya segala rintangan dan cabaran yang terhampar di sepanjang perjalanan, telah kita tempuhi hasil daripada semangat kekitaan yang begitu tinggi hasil daripada perancangan pelaksanaan yang jitu demi memartarbatkan nama Universiti Malaysia Terengganu. Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.
PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI HAJI MOKHTAR
5
6
FOKUS
Infokus Jun 2016
Sekalung Tahniah YBHG. DATO’ MOHAMMED AZLAN BIN HASHIM atas pelantikan sebagai
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu
7
8
FOKUS
Naib Canselor UMT
sertai Global Engagement, Global Challenges di Philadelphia, Pennsylvania, USA oleh: Prof. Madya Dr. Noraien Mansor | Penerbit UMT
Global Engagement, Global Challenges adalah program yang dirangka untuk memberi peluang kepada kepemimpinan pendidikan tinggi bertemu dan berinteraksi tentang isu-isu terkini pendidikan tinggi, kepentingan strategik serta minat bersama dengan rakan seperjuangan mereka dari seluruh pelusuk dunia. Fokus utama perbincangan berkisar kepada isu kepemimpinan, pengurusan dan governan dalam konteks globalisasi dan pengantarabangsaan dengan memberi peluang kepada peserta terlibat untuk melantunkan pandangan melalui perbincangan, perdebatan dan penganalisisan terutama berkaitan permintaan pendidikan tinggi untuk mengadaptasi dan melaksanakan inovasi dalam dunia pendidikan tinggi.
P
rogram Global Engagement, Global Challenges bermula pada tahun 2014 dengan siri pertamanya dianjurkan di Chicago, Amerika Syarikat. Siri kedua dalam tahun 2015 diadakan di Melbourne dan Adelaide, Australia, manakala siri ketiganya diadakan di Philadelphia, Amerika Syarikat. Menurut Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, program ini adalah siri yang keempat yang berlangsung di University of Pennsylvania. Program ini berlangsung selama empat hari bermula pada 24 April sehingga 27 April 2016 padat dengan pembentangan, perbincangan meja
Infokus Jun 2016 “Penyertaan Naib Canselor UMT dalam program ini sudah pasti dapat meningkatkan profesionalisme dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkasa kepemimpinan pendidikan tinggi dan seterusnya melonjak kecemerlangan universiti di Malaysia…”
bulat dan perkongsian maklumat global bertemakan Changing Contexts: The Need for New Business Models, Academic Innovation and Other Responses to a More Resource Constrained Environment. Antara penceramah utama dalam
program ini termasuklah Dr. Tom Kennie, Ranmore dan Profesor Robin Middlehurst dari Kingston University serta Dr. Peter Eckel dan Profesor Matt Hartley dari University of Pennsylvania. Penyertaan Naib Canselor UMT dalam program ini sudah pasti dapat meningkatkan profesionalisme dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkasa kepemimpinan pendidikan tinggi dan seterusnya melonjak kecemerlangan universiti di Malaysia selari dengan slogan “Soaring Upwards” Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.
9
10
FOKUS
Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama peserta lain yang menyertai program Global Engagement, Global Challenges.
Tajuk-tajuk utama dan menarik yang dibentangkan dan menjadi topik perbincangan termasuklah;
Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.
•
Higher Education in the US: Review of Current Business Models and Leadership Challenges
•
Review of Current Institutional Challenges-Developing a New Business Model
•
The Challenges and Responses to the Existing Business Model
•
Innovative Approaches to Revenue Generation and Margin Improvement-Public Private Partnerships
•
Cabrini College-In Pursuit of a New Business model in a Small Liberal Arts College
•
The Challenges and Responses to the Existing Business Model
•
Understanding Our Overseas Colleagues: A Brief Overview of Higher Education Systems and Business Models
Infokus Jun 2016
11
12
FOKUS
Penyelidik UMT sertai Ekspedisi Antartika Malaysia 2016 oleh: Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Hussin | Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur *(dalam edisi lepas, diceritakan tentang kapal layar terpaksa berpatah balik. Ikuti sambungan pengalaman penyelidik UMT.)
19 Januari 2016 Setelah 1 malam di Puerto William (Chile), kami meneruskan perjalanan ke Puerto Toro (19 Januari 2016). Puerto Toro merupakan kawasan penempatan paling selatan di bumi (tidak termasuk Antartika memandangkan Antartika tidak mempunyai penduduk tetap). Setelah satu malam di sini, barulah kami dapat meneruskan pelayaran ke ‘Drake Passage’ yang terkenal sebagai
perairan yang paling bergelora. Pelayaran ini mengambil masa dua hari setengah sebelum kami tiba di stesen penyelidikan milik Korea iaitu King Sejong Station yang terletak di pulau King George, Antartika pada lewat malam 23 Januari. Pengalaman menyeberangi Drake Passage merupakan sesuatu yang sangat mencabar. Sepanjang pelayaran, keadaan laut sangat bergelora sehingga menyukarkan kami untuk bergerak. Kebanyakan daripada kami
hanya mampu berbaring di atas katil dan ada juga yang hanya makan beberapa keping biskut dan separuh botol air sepanjang dua hari setengah tersebut. Namun, ketidakselesaan tersebut bertukar keceriaan apabila kami sampai di Antartika (King Sejong Station). Dengan sekelip mata, kami semua kembali bertenaga kerana terlalu teruja untuk menjejakkan kaki di benua selatan ini. Stesen King Sejong ini juga merupakan stesen persampelan
Infokus Jun 2016 Darboux Island sebagai stesen ke-4 kami. 29-30 Januari 2016
Kapal layar Australis yang membawa penyelidik Malaysia meneroka Antartika.
kami yang pertama. Saya sendiri mengambil sampel bentos (hidupan dasar laut) dan sedimen untuk dikaji ciri-ciri ekologi hidupan ini, dan dibandingkan dengan hidupan di stesen-stesen lain. Selain untuk persampelan, kami juga mendapat bantuan bekalan bahan kimia daripada pihak Korea Polar Research Institute (KOPRI) sebagai urus setia stesen ini. Keadaan cuaca di stesen ini sangat buruk dengan angin kencang dan ribut salji yang berpanjangan. Pada hari pertama, kami tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti luar oleh pihak stesen. Pada hari kedua di stesen ini (25 Januari), barulah kami dibenarkan untuk menjalankan persampelan setelah cuaca agak baik. 26-28 Januari 2016 Pada jam 2.00 pagi (26 Januari), kapal layar Australis menyambung pelayaran ke stesen kedua kami iaitu Greenwich Island yang mengambil masa 6 jam. Pada hari yang sama kami juga ke stesen ke-3 iaitu Deception Island. Pulau ini agak menarik kerana terdapat aktiviti gunung berapi yang masih aktif.
“Pulau ini agak menarik kerana terdapat aktiviti gunung berapi yang masih aktif. Semasa di pulau ini juga, kami telah mendapat maklumat tentang keadaan cuaca yang berubah secara drastik. Oleh itu, kami bersetuju untuk menukar laluan pelayaran, iaitu dengan bergerak ke stesen yang paling mudah yang boleh dituju..�
Semasa di pulau ini juga, kami telah mendapat maklumat tentang keadaan cuaca yang berubah secara drastik. Oleh itu, kami bersetuju untuk menukar laluan pelayaran, iaitu dengan bergerak ke stesen yang paling mudah yang boleh dituju terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke stesen lain. Pada awal pagi 27 Januari, kami bergerak ke stesen paling selatan yang dapat dituju. Kemudian, pada awal pagi 28 Januari, kapten kapal Australis memaklumkan kepada kami bahawa mustahil untuk meneruskan pelayaran ke selatan lagi disebabkan terlalu banyak bongkah ais serta ais terapung yang menghalang laluan. Jadi, kami semua bersetuju untuk menjadikan kawasan berdekatan iaitu
Selepas itu, pada awal pagi 29 Januari, kami bergerak ke arah utara dan berhenti di Danco Coast (stesen ke-5) 4 jam selepas itu. Setelah menikmati cuaca yang agak baik di tiga stesen sebelum ini, keadaan di Danco Coast sangat mencabar. Hampir keseluruhan kawasan ini dilitupi salji dan menyukarkan kami untuk mencari kawasan persampelan. Oleh itu, kami terpaksa melakukan sedikit pendakian untuk mencari kawasan yang sesuai untuk menjalankan kajian. Setelah selesai kerja di sini, kapal Australis terus bergerak ke tempat lain untuk berlindung dan bermalam, iaitu di Paradise Bay. Kami tiba di stesen ke-6 (Paradise Bay) pada malam 30 Januari. Keesokan harinya kami terus menjalankan kerja persampelan di sini sebelum meneruskan pelayaran pada hari yang sama untuk menjalankan kerja di stesen ke-7 iaitu Enterprise Island. 31 Januari- 8 Februari 2016 Pada 31 Januari (jam 3.00 pagi), kapal layar Australis menyambung pelayaran ke stesen terakhir (Trinity Island). Kami tiba di sini pada jam 10.00 pagi. Setelah selesai kerja di sini, kami meneruskan pelayaran balik ke King Sejong Station. Pelayaran kami dari satu stesen ke stesen yang lain terpaksa dilakukan dengan pantas memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami tiba di King Sejong Station pada jam 2.00 petang 1 Februari. Hentian ini bertujuan
13
14
FOKUS
untuk membolehkan sebahagian daripada kami menyambung kerja dan juga memproses sampel menggunakan kemudahan makmal dan peralatan yang disediakan oleh pihak Korea. Mengikut perancangan, kami sepatutnya berada di stesen ini untuk tiga hari, namun, sekali lagi ramalan terkini cuaca ternyata tidak menyebelahi kami. Setelah semalaman di King Sejong Station, kapten kapal Australis mengarahkan semua saintis untuk berpatah balik ke kapal dan kami kemudiannya meneruskan pelayaran balik ke Ushuaia pada jam 6.00 petang. Menurut kapten kapal, Magnus, jika kami tidak mula belayar pada hari tersebut (2 Februari), kemungkinan besar kami akan terkandas di King George Island sehingga 8 Februari kerana dijangkakan cuaca yang sangat buruk akan melanda sekitar Lautan Selatan yang menyebabkan pelayaran menyeberangi Drake Passage adalah mustahil.
Kawanan penguin Gentoo berdekatan pondok tinggalan Argentina di Trinity Island.
Bot getah juga digunakan untuk memudahkan kerja mengutip sampel.
Pelayaran balik menyeberangi Drake Passage pada kali ini tidak seteruk pengalaman pertama kami walaupun keadaan laut dan ombak agak sama dengan sebelum ini. Ini mungkin disebabkan kami semua telah menyesuaikan diri dengan keadaan laut serta juga sudah serasi dengan kapal Australis. Memandangkan kami belayar balik tiga hari lebih awal daripada
dijadualkan, maka kami juga tiba di pelabuhan Ushuaia tiga hari lebih awal iaitu pada malam 5 Februari. Kami semua ‘menginap’ di dalam kapal tersebut untuk tiga malam sebelum bergerak ke hotel pada 8 Februari seperti yang dijadualkan. Semasa di Ushuaia, saya dan beberapa rakan penyelidik mengambil peluang keadaan yang tenang untuk menyiapkan kerja-kerja pemprosesan dan pembungkusan
Infokus Jun 2016
Penulis mengutip sampel sedimen di Danco Coast.
Amphipod. Sejenis krustasia yang banyak dijumpai di semua stesen kajian.
10 Februari 2016 Penerbangan kami dari Buenos Aires adalah pada 12 Februari, dan setelah menempuh perjalanan lebih 24 jam (termasuk transit di Dubai), kami akhirnya selamat tiba di bumi Malaysia. Selain ahli keluarga terdekat, kehadiran kami juga disambut oleh Timbalan Menteri
Bersama Dr. Han-Gu Choi, Ketua stesen King Sejong.
sampel. Kerja pembungkusan sampel terutamanya perlu dilakukan dengan teliti kerana ia melibatkan pengawetan spesimen hidupan laut menggunakan alkohol, dan akan melalui perjalanan yang sangat panjang. 10 Februari 2016 Dari Ushuaia, kami meneruskan perjalanan ke ibu Negara Argentina
iaitu Buenos Aires pada 10 Februari. Di sini kami dijemput oleh Duta Besar Malaysia ke Argentina iaitu TYT Dato’ Mohd Ashri bin Muda untuk menikmati jamuan makan malam di rumah beliau. Setelah hampir sebulan makan makanan Barat di dalam kapal layar, ternyata hidangan Malaysia di rumah Dato’ Ashri sesuatu yang sangat kami hargai.
Sains Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah. Alhamdulillah, walaupun terdapat beberapa perancangan kami terpaksa diubah, secara keseluruhan ekspedisi ini dianggap berjaya dari aspek saintifik. Selain itu, dari segi perjalanan pula, ianya suatu pengalaman yang sangat berharga dan ekspedisi ini akan dijadikan sebagai rujukan kepada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dalam program-progam antartika yang akan datang.
15
16
FOKUS
ITEX 2016 Penyelidik UMT rangkul 5 emas, 5 perak dan 3 gangsa
K
umpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah menyertai 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) yang berlangsung pada12-14 Mei 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kumpulan penyelidik UMT ini telah No
menghantar sebanyak 13 produk penyelidikan dalam lima kategori iaitu Agriculture (2); Environmental & Renewable Energy (5) Education (1); Materials (4); dan Personal Care Products (1) yang disertai oleh 10 penyelidik.
Mereka telah mengharumkan nama UMT apabila berjaya merangkul 5 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan ITEX 2016;
Penyelidik
Produk
Kategori
Pingat
1
Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Wan Mohamed Zin
AC.THIO-SENSE: Green Approach Sensing Material for Carbon Monoxide Gas Detection
Environmental & Renewable Energy
2
Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Wan Mohamed Zin
ThiOLED: A Petit Waste-Reducing New Materials for Lighting Technology Interest
Materials
Gangsa
3
Prof. Madya Dr. Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa
HeXAN Bio-plastic: Smart Materials for Greener Technology
Materials
Perak
4
Prof. Madya Dr. Marina Hassan
LeucaFix: Wound Healing for Fish Injuries
Agriculture
5
Prof. Madya Mohd Zul Helmi Rozaini
SYNERGR8™ Evolving New Paradigm for Natural Hybrid Sunscreen In Cosmeceutical Treatment Towards Zero Fisheries Waste for Global Sustainibility
Personal-care Products
Perak
6
Dr. Mohamad Rosni Othman
The Hurricane Protective Barrier System
Environmental & Renewable Energy
Perak
7
Dr. Noor Zaitun Yahaya
MY_ATMOS : Novel Method With Stochastic Approach to Analyse Big Data Sets
Environmental & Renewable Energy
Emas
8
Dr. Noraida Hj. Ali
User’s Behaviour Analyzer for E-Learning Applications in The Social Network (UBIAR)
Educational Items
Emas
9
Dr. Mohd Hasmizam Razali
NANO-CAT: CO2 Greenhouse Gas Converter into Useful Products
Environmental & Renewable Energy
Perak
10
Dr. Laili Che Rose
ON DEMAND COATED CAPSULE (OD2C) - Novel, Robust and Reliable Coated Capsule Embedded with Magnetic Nanoparticle for Demand Drug Release Especially in Colon.
Materials
Perak
11
Dr. Lam Su Shiung
Mic-Pyro : A Microwave Pyrolyzer to Recover Diesel-Like Fuel from Waste Waste Palm Oil
Environmental & Renewable Energy
Emas
12
Dr. Lam Su Shiung
Microwave Activated Char from Biomass Waste – A Promosing Activated Carbon for Environmental and Catalytic Applications
Agriculture
Emas
13
Dr. Lam Su Shiung
Fruit Peel Char As A Green Solid Fuel, Soil Additive, and Carbon Black
Materials
Emas
Gangsa
Gangsa
Infokus Jun 2016 Tahniah kepada semua penyelidik yang menyertai ITEX 2016 dan mengharumkan nama UMT di persada penyelidikan peringkat kebangsaan.
Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar turut bersama penyelidik UMT di ITEX 2016.
Penyelidik UMT yang menang di ITEX 2016 bergambar bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, YBhg. Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. Wahid.
17
18
FOKUS
Makalah Penyelidik UMT
diiktiraf dan diterbit dalam jurnal Applied Catalysis B-Environmental oleh: Dr. Lam Su Shiung | Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
M
akalah penyelidik UMT berjudul; Catalytic Microwave Pyrolysis of Waste Engine Oil Using Metallic Pyrolysis Char telah diterbitkan dalam Jurnal Berfaktor Impak Tinggi iaitu Applied Catalysis B-Environmental terbitan Elsevier.
“Jurnal Applied Catalysis B-Environmental terbitan Elsevier merupakan jurnal yang diindeks oleh ISI ini memiliki faktor impak 7.435 dan merupakan jurnal terunggul (No.1) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar.�
Grafik Abstrak makalah (Lam et al., 2015). Lam SS, Liew RK, Cheng CK, Chase HA. Catalytic microwave pyrolysis of waste engine oil using metallic pyrolysis char. Applied Catalysis B: Environmental 2015;176-177:601-17.
Jurnal yang diindeks oleh ISI ini memiliki faktor impak 7.435 dan merupakan jurnal terunggul (No.1) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar. Penulis utama makalah ini, Dr. Lam Su Shiung merupakan pensyarah dalam bidang Teknologi Alam Sekitar di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan. Beliau adalah ahli penyelidik Kumpulan SIG, Eastern Corridor Renewable Energy. Beliau telah mengharumkan nama universiti apabila berjaya menerbitkan hasil kajiannya dalam jurnal tersebut. Kajian ini adalah hasil kerjasama dengan mentor dan bakal penyelia PhD beliau, Profesor Emeritus Howard Chase di Universiti Cambridge, dan juga rakan penyelidik di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Hasil usaha kerjasama Dr. Lam dengan mentor beliau, Profesor Emeritus Howard Chase di Universiti Cambridge.
Infokus Jun 2016
Makalah ini telah mencatat 11 sitasi sejak diterbit pada pertengahan 2015 dan ianya melaporkan satu penemuan utama dalam Teknologi Lestari melalui penyelidikan penukaran minyak sisa kepada produk bahan api berasaskan pirolisis gelombang mikro. Pendekatan perintis ini telah menerima pengiktirafan sebagai ‘penyelidikan yang mempunyai piawai akademik tertinggi’ oleh Profesor Paul Williams (pakar dunia yang terkenal dalam Kejuruteraan Alam Sekitar) dan dilaporkan secara meluas di laman Web (Google: ‘New microwave method converts used motor oil into fuel’). Kajian berkaitan
“Makalah ini, telah mencatat 11 sitasi sejak diterbit pada pertengahan 2015, melaporkan satu penemuan utama dalam Teknologi Lestari melalui penyelidikan penukaran minyak sisa kepada produk bahan api berasaskan pirolisis gelombang mikro.”
juga telah memenangi anugerah emas di dalam pertandingan Inovasi UMT 2015 dan telah dipilih untuk pertandingan ITEX 2016. Penggunaan pirolisis gelombang mikro yang berupaya merawat
Muka surat pertama makalah.
dan menjana sumber bahan api daripada minyak sisa menyokong Rancangan Malaysia ke-11 dalam menyediakan laluan baru untuk mengitar semula pelbagai jenis sisa organik di samping menjana sumber bahan api tambahan untuk dunia yang dahagakan tenaga. Pendekatan perawatan sisa kepada bahan yang bernilai tinggi (Waste to Wealth) ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasi dalam industri Rawatan Sisa, Tenaga, Bahan Api, Minyak dan Gas. Semoga pencapaian beliau ini memberi inspirasi dan motivasi kepada penyelidik-penyelidik lain di UMT untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan bagi mencari keunggulan.
Kedudukan jurnal dalam ISI.
19
20
LENSA MEMORI
16 Februari 2016- Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar beramah mesra dengan rakan media yang diraikan dalam Majlis Apresiasi Media (MAM) 2016.
23 Mac 2016- Majlis Apresiasi & Peny Program
9 April 2016- Naib Canselor UMT bersama isteri YAB Menteri Besar Terengganu, YABhg, Puan Hjh. Halina Zakaria di Program Jom Cakna Sihat bersama warga Telok Pasu.
13 April 2016- YBhg. Profesor Dato’ Dr. Tajuddin Abdullah menyampaikan Syarahan Inaugural UMT ke-21 yang berjudul; Evolusi dan Biogeografi Mamalia Malaysia.
Sambutan Hari Hu
yampaian Watikah Pelantikan CEO Faculty mme 2016.
utan Antarabangsa.
Infokus Jun 2016
Pelajar UMT bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Mary Yap Kain Ching di Simposium Pemimpin Muda Kebangsaan 2016 (NYLS) di UTM, Skudai.
11 April 2016- Ulama antarabangsa, Dr. Zakir Naik ketika menyampaikan ceramah berjudul; Islam is the Solution for Humanity di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.
25 April 2016- Pelajar UMT yang menyertai program Jom Baca Bersama untuk 10 minit di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.
21
22
SOROTAN PERISTIWA
Penerbit UMT menjadi hos Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 oleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMT
“Kita mempunyai seramai 2,579 profesor di seluruh negara dan jika 50% daripada mereka menghasilkan penerbitan buku ilmiah setiap tahun, kita mempunyai kira-kira 1,290 judul buku setiap tahun.” – Dato’ Seri Idris Jusoh
Infokus Jun 2016
Para pemenang mengabadikan kenangan bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail merangkap Pengerusi Lembaga MAPIM, Timbalan Ketua Pengarah Tinggi (IPTA), YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tamsir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana MAPIM, YBhg. Profesor Ir. Dr. Jailani Mohd Nor serta Pengarah Penerbit UMT, YBrs. Prof. Madya Dr. Noraien Mansor.
B
ertemakan konsep Pantai Timur, Penerbit UMT buat julung kali membawa “suasana” Pantai Timur di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi di Majlis Anugerah MAPIMKPT 2015. Majlis anjuran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di bawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi adalah kali ke-9 dianjurkan, dan Penerbit UMT dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengerusi Majlis dan dibantu oleh Pusat Sitasi Malaysia (PSM),
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Penerbit Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan semua anggota MAPIM. Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Turut serta memeriahkan majlis ialah kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Mary Yup Kain Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg.
Pada majlis ini, YB Menteri Pendidikan turut melancarkan 35 penerbitan terkini anggota MAPIM untuk awal tahun 2016. Anugerah MAPIM-KPT 2015 diadakan setiap tahun sebagai usaha meningkatkan dan memajukan penerbitan ilmiah di Negara ini dalam kalangan penerbit Universiti Awam (UA). Pada majlis ini sebanyak 11 anugerah telah disampaikan. Majlis penyampaian anugerah dimulakan
23
24
SOROTAN PERISTIWA dengan penyampaian Anugerah Khas MAPIM dan Anugerah Sanjungan Budi yang diberikan kepada individu-individu yang telah banyak memberikan komitmen dan jasa kepada MAPIM. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga MAPIM YBhg. Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail. Manakala Sembilan lagi anugerah iaitu; Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial), Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (bidang Sains, Teknologi dan Perubatan), Anugerah Buku Ilmiah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Profesor. Dr. Mohd Effendy Popular, Anugerah Karya Suntingan Abd Wahid (paling kanan) turut hadir di Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015. Terbaik, Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (bidang Sains, Teknologi dan Perubatan), Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial), Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan), Anugerah Editor Naskhah Terbaik (Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial) dan Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. YB Menteri Pendidikan tinggi dalam ucapannya, menyeru supaya ahli akademik supaya menghasilkan lebih banyak bahan penerbitan ilmiah mengikut kepakaran masing-masing. Kata beliau, “Kita mempunyai seramai 2,579 profesor di seluruh negara dan jika 50% daripada mereka menghasilkan penerbitan buku ilmiah setiap tahun, kita mempunyai kira-kira 1,290 judul buku setiap tahun. Beliau juga menyeru supaya industri, penerbit buku dan ahli akademik di negara ini memperkasa idea serta bahan penerbitan ilmiah versi digital bagi memenuhi trend penggunaan buku elektronik Penerbit UMT membawa “nelayan” ke Putrajaya sebagai gimik pelancaran buku-buku anggota MAPIM.
Infokus Jun 2016 atau e-Book yang semakin pesat berkembang di negara ini. Tambah beliau lagi, industri buku di negara ini perlu bersedia dengan penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) untuk menyahut cabaran penerbitan ke arah digital. “Perkembangan e-Book semakin pesat terutama di negara Barat, justeru Malaysia perlu bersedia
menerbitkan bahan rujukan ilmiah dalam bentuk itu selaras dengan keperluaan dan trend semasa,” kata beliau dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dalam Anugerah MAPIM-KPT 2015. Keputusan anugerah adalah seperti berikut: Kategori
Pemenang
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial
Judul: Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki: Pemerkasaan Islam dan Kepimpinan Erdogan Penulis: Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Otman dan Dr. Masitah Sulaiman Penerbit: Universiti Malaya Hadiah: RM15,000.00, plak dan Sijil
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Anugerah Penghargaan-Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul: Hidrogen: Kesan Prestasi Enjin Pencemaran dan Kos Kitaran Hayat
Anugerah Buku Ilmiah Popular
Judul: Hang Tuah Catatan Okinawa
Penulis: Dr. Halim Razali, Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian , Prof. Dr. Sohit Mat Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia Hadiah: RM5,000.00, plak dan Sijil
Pengarang: Prof. Emeritus Hashim Musa, Dr. Rohaidah Kamaruddin Penerbit: Universiti Putra Malaysia Hadiah: RM7,000.00, plak dan Sijil
Anugerah Karya Suntingan Terbaik
Judul: Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu: Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu sejak Abad ke-5 Masihi Nama Editor/Penyunting: Dr. Shaharir Mohd Zain Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Hadiah: RM7,000.00, plak dan Sijil
Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Hadiah PenghargaanBidang Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul:Peramalan Data Siri Masa Aliran Sungai Dataran Banjir dengan Menggunakan Pendekatan Kalut
Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial
Judul: Ganti Nama Bahasa Mendriq: Analisis Program Minimalis
Penulis: Dr. Nur Hamiza Adenan, Prof. Dr. Mohd Salmi Md Noorani Jurnal: Sains Malaysiana Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia Hadiah: RM3,000.00, plak dan Sijil
Penulis: Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, En. Mohd Romzi Ramli Jurnal:Jurnal Bahasa 15(2): 2015, 177-200 (ISSN: 1511-9084) Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Hadiah: RM7,000.00, plak dan Sijil
Anugerah Editor Naskhah Terbaik Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul: Pengenalan kepada Pencemaran Udara
Anugerah Editor Naskhah Terbaik Hadiah Penghargaan Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial
Judul: Bon Pelaksanaan dalam Kontrak Pembinaan
Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik
Judul: Eternal Storm: Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah
Editor Naskhah: Pn. Rosziana Radli Penerbit: Universiti Sains Malaysia Hadiah: RM7,000.00, plak dan Sijil
Editor Naskhah: Pn. Che Su Yaakub Penerbit: Universiti Sains Malaysia Hadiah: RM3,000.00, plak dan Sijil
Pereka: En. Abdul Razak bin Abdul Aziz, Pn. Intan Siti Zarinah binti Jailani Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad Hadiah: RM5,000.00, plak dan Sijil
25
26
PENYELIDIKAN
Kepakaran CRC Australia
bantu UMT dalam kajian pengurusan bencana alam oleh: Mohd Izham Mohd A Wahid, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
B
ahagian Pendidikan dan Latihan, Pesuruhajaya Tinggi di Malaysia dan Cooperative Research Centre (CRC) telah bekerjasama dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) menganjurkan Australia – Malaysia Research Series II: Disaster Management & Related Issues pada 23 Mac 2016. Seminar ini merupakan usaha UMT melalui Special Interest Group (SIG) – Coastal Disaster Risk
Solution (CDRS) untuk mendapatkan lebih banyak pandangan pakar antarabangsa dalam kajian-kajian mengurus bencana alam. Antara yang membentangkan kertas kerja dalam seminar ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Bushfire and Natural Hazards CRC, Dr. Richard Peter Thornton dan Geoscience Australia, Ir. Martin Wehner. Dua orang ahli akademik UMT, iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Fadhli
Ahmad dan Dr. Edlic Sathiamurthy turut membentangkan kertas kerja mengenai kejadian hakisan pantai dan banjir yang berlaku di sekitar UMT dan Kuala Nerus. Kesemua pembentangan tersebut berkisar kepada pengalaman kajian, mencari penyelesaian terbaik dan kaedah pengurusan bencana semula jadi melalui penemuan-penemuan dalam penyelidikan mereka. Sistem pengurusan dan Prosedur Operasi
Karen Welsh, Richard Peter Thornton dan Ir. Martin Wehner dibawa meninjau keadaan pantai UMT.
Infokus Jun 2016
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar menyambut kehadiran Karen Welsh, Department of Education & Training, Australian Government.
Dekan PPKK, Profesor. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh menyampaikan Cenderamata kepada Ir Martin Frank Wehner.
Prof. Madya Dr. Mohammad Fadhli Ahmad membentangkan kertas kerja di seminar tersebut.
Karen Welsh menyampaikan taklimat peluang menyambung pendidikan tinggi di Australia.
Standard (SOP) yang diamalkan oleh kerajaan Australia turut dikongsi dalam seminar ini. Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, dalam ucapan alu-aluan beliau membayangkan komitmen berterusan UMT dalam meluaskan sumbangan kepakaran ahli akademik UMT terhadap kaedah pengurusan bencana terutama di Negeri Terengganu dan Pantai Timur. Beliau mengharapkan UMT mampu menghasilkan satu saranan yang berkualiti terhadap kecekapan sistem pengurusan bencana alam supaya komuniti setempat termasuk warga UMT tidak terjejas teruk di masa berlakunya bencana. Pengalaman pakar antarabangsa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, disamping membuka peluang kepada ahli akademik UMT untuk membina rangkaian dan jalinan penyelidikan antara kedua-dua belah pihak. Selain daripada itu, Karen Walsh yang merupakan Penasihat Pendidikan Sains dan Latihan Pesuruhjaya Tinggi Australia turut mengambil peluang kehadiran beliau ke seminar ini untuk menerangkan peluang biasiswa dan melanjutkan pengajian di universiti di negara tersebut. Selepas berakhirnya seminar, kedua-dua pakar pengurusan bencana Australia ini berkesempatan untuk dibawa meninjau kesan hakisan pantai yang berlaku di UMT. Mereka turut melihat sendiri kerjakerja pemulihan dan perlindungan pantai yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu dan sempat berkongsi pandangan dengan penyelidik PPKK semasa tinjauan tersebut.
27
28
SOROTAN PERISTIWA
UMT Menang Anugerah Program Trisakti Economics, Business Fair Competition 2016 oleh: Dr. Noorhaslinda Kulub Abd. Rashid, Dr. Suhal Kusairi, Dr. Mohd Nasir Nawawi, Prof. Madya Dr. Suriyani Muhamad, Prof. Madya Dr. Azlina Abd. Aziz
Pemenang tempat kedua dan juara harapan ll bergambar bersama pensyarah pengiring dan penganjur
T
risakti Economics,Business Fair Competition (TEBFC) 2016 merupakan satu program pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Fakultas Ekonomi, Universiti Trisakti Jakarta. Program ini telah mencapai tahun yang ke11 dianjurkan dan ia menjadi acara penting bagi bagi mengembangkan wawasan pengetahuan serta kreativiti mahasiswa/i. Pihak Universiti Trisakti telah menjemput mahasiswa dari program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) atau lebih dikenali sebagai Natural Resource Economics Club (NREC) untuk menyertai program ini yang telah berlangsung pada 17-21 Mac 2016. Justeru itu, pihak NREC telah bersetuju menerima jemputan program ini dengan menyertai dua kategori pertandingan iaitu pertandingan Ekonomi Pembangunan dan pertandingan Pengurusan Perniagaan. Tujuan utama TEBFC 2016 ini dilaksanakan adalah untuk mencapai objektif berikut:
Menjalinkan hubungan kerjasama di antara peserta lain di peringkat ASEAN serta memperkukuhkan MoU yang sedia ada di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universitas Trisakti. Meningkatkan kemahiran pelajar program Sarjana Muda Ekonomi (SME), UMT untuk berinteraksi dengan masyarakat global. Menguji tahap intelektual pelajar dalam membuat kajian ilmiah melalui pertandingan di peringkat antarabangsa. Program ini berlangsung selama tiga hari yang melibatkan pelbagai universiti universiti awam dan swasta di Indonesia seperti Universitas Indonesia, Universitas Brawijaya, Universitas Telkom Bandung, Universitas Sebelas Maret dan pelbagai universiti lain. Mahasiswa/i UMT yang terlibat adalah seramai 12 orang (empat mahasiswa dan lapan mahasiswi) serta diiringi oleh
dua orang pensyarah iaitu Dr. Suhal Kusairi dan juga Dr. Noorhaslinda Kulub Abd. Rashid. Perasmian program TEBFC pada 18 Mac 2016 telah disempurnakan oleh oleh Prof. Farah Margaretha, PhD – Wakil Dekan IV Bidang Kerjasama dan Bapak Muhammad Yudhi Lutfi – Wakil Dekan III Bidang Kemahasiswaan dan juga kakitangan Universitas Trisakti. Selain itu, Seminar Nasional turut berlangsung pada masa yang sama, bertempat di Kampus A, Universitas Trisakti. Sesi pembentangan kertas kerja dijalankan melalui dua fasa pembentangan dan dibahagikan mengikut bidang tujahan masing-masing iaitu bidang pengurusan, ekonomi dan juga perakaunan. Mahasiswa UMT telah memilih tajuk; “Corruption in Business Activities” dan juga “Penyediaan Pelan Perniagaan (Strategi Pemasaran Pau ke Pasaran Global).” Selepas tamat sesi pembentangan pertama, semua peserta
Infokus Jun 2016
Peserta tempat kedua UMT bergambar bersama Pensyarah Trisakti.
pembentangan akan diberikan satu kes yang baharu untuk disiapkan dan akan dibentangkan pada hari berikutnya iaitu pada 19 Mac 2016, dengan tajuk; “Hubungan Tingkat Kebahagiaan dan Tingkat Rasuah.” Pada hari ketiga 20 Mac 2016 pula, para peserta dibawa mengikuti lawatan ilmiah di sekitar Jakarta bagi mengeratkan lagi hubungan di antara peserta TEBFC 2016 dengan semua panitia TEBFC 2016. Hasil daripada penyertaan mahasiswa/i UMT dalam dua acara yang dipertandingkan, UMT telah meraih kemenangan. Pertama, dalam pertandingan yang bertemakan; “Ekonomi Pembangunan,” UMT berjaya merangkul pingat ‘Juara Harapan I’ dengan membawa pulang wang tunai berjumlah Rp1,500,000, trofi dan sijil penyertaan. Manakala bagi pertandingan yang bertemakan; “Pengurusan Perniagaan,” UMT berjaya membawa pulang pingat sebagai ‘Juara II’ beserta wang tunai berjumlah Rp3,500,000, trofi dan juga sijil penyertaan. Menurut Saudari Siti Aishah binti Othman salah seorang peserta dari tahun tiga menyatakan bahawa melalui pertandingan seumpama ini, para pelajar telah berjaya mencungkil bakat terpendam masing-masing
Peserta juara harapan ll UMT bergambar bersama pensyarah Trisakti.
dan juga dapat mempraktikkan segala ilmu, kemahiran mahupun pengetahuan yang mereka ada selama ini ke arah mencapai matlamat untuk memperkasakan mahasiswa/i ke arah pemikiran global melalui perkongsian dan pertukaran idea dan pendapat antara setiap peserta. Selain itu, pertandingan ini dilihat sebagai platform yang mampu menguji kemampuan mahasiswa/i dalam pemahaman dan pengaplikasian teori-teori yang telah diperolehi dalam pembelajaran mereka ke dalam bentuk pengembangan idea kreatif. Mahasiswa/i juga dapat mengasah daya pemikiran kritis mereka ke arah menganalisis dan menginterpretasikan segala persoalan yang cuba dibangkitkan dalam persekitaran perniagaan atau ekonomi yang akan mereka hadapi dan aplikasikan dalam kehidupan seharian dan akan datang. Di samping itu, pertandingan ini mampu melahirkan mahasiswa/i universiti tempatan yang berkebolehan untuk bertanding di peringkat antarabangsa dan berani untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka sendiri ke arah memperkasakan jati diri dan intelektual.
Akhir kata, diharapkan agar Program TEBFC 2016 ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan dengan pengisian yang lebih banyak dan mantap serta bermanfaat pada masa akan datang. Antara impak positif yang jelas diperolehi adalah, TEBFC 2016 dapat membantu pelajar mengasah bakat dan kemampuan diri sebagai persediaan memasuki pasaran pekerjaan selain mampu berinteraksi dengan masyarakat global. Program ini jelas telah mencapai semua objektif yang dirancang. Kami rombongan UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami pada pihak pengurusan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar atas bantuan dan juga peruntukan kewangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Dekan PPPSE, Prof. Madya Dr. Suriyani Muhamad, Pengerusi Program Ekonomi, Prof. Madya Dr. Azlina Abd. Aziz dan juga Penasihat NREC, Dr. Mohd Nasir Nawawi atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini dari mula hinggalah ke peringkat akhir. Mudah-mudahan program ini mampu memberikan manfaat dunia dan akhirat pada semua yang terlibat.
29
30
SOROTAN PERISTIWA
Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan UMT dan UNISZA oleh: Zolarman Mohamad | Pejabat Naib Canselor
U
niversiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah diberi kepercayaan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi mempelopori Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan (COMMONALITY & COLLEGIALITY). Konsep ini membuka ruang kepada kedua-dua universiti awam agar dapat berkongsi pelbagai entiti dalam usaha mengenengahkan pendidikan fleksibel dan kesepunyaan. Beberapa mesyuarat di peringkat pengurusan tertinggi di kedua-dua buah universiti awam telah diadakan.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi menjelaskan konsep tersebut. Manakala pembentangan kepada Penasihat dan Pegawai Khas Menteri Pendidikan Tinggi juga telah dilakukan pada 10 Mei 2016 bagi melihat perkembangan terkini yang telah dilaksanakan.
Kesepunyaan dan Keserakanan Akademik
Empat aspek utama yang diberi keutamaan untuk melaksanakan Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan. Hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi terhadap Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan.
Perbincangan Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan (COMMONALITY & COLLEGIALITY) UMT & UNISZA kali pertama telah diadakan pada 23 Februari 2016 bertempat di UMT. Perbincangan tersebut yang menjurus kepada portfolio akademik manakala perbincangan kali kedua telah diadakan pada 20 Mac 2016 mencakupi portfolio Hal Ehwal Pelajar dan alumni serta Penyelidikan dan Inovasi. Hasil daripada perjumpaan kali kedua itu, satu sesi pembentangan khas kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi telah diadakan oleh kedua-dua
Kedua-dua pihak, UMT dan UniSZA akan menjalin kerjasama erat dalam program akademik, pensyarah, pelajar dan juga fasiliti Pengajaran dan Pembelajaran. UMT dan UniSZA sebenarnya telah pun menjalankan program kerjasama daripada segi pengambilan pensyarah sambilan, penganjuran bersama International Conference on Teaching & Learning in Higher Education 2016, Software Engineering serta guna sama perpustakaan.
Infokus Jun 2016
Program kerjasama sedia ada antara UMT-UniSZA.
Bagi memantapkan lagi Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan ini, UMT-UniSZA akan melaksanakan program segera dalam aspek kesetaraan pindah kredit kursus, MOOCs, penyeliaan bersama pascasiswazah dan Experiential Learning/ MY3L dan mobiliti pelajar & pensyarah. Manakala guna sama fasiliti dipertingkatkan kepada penggunaan makmal, peralatan teknologi tinggi serta fasiliti Pengajaran dan Pembelajaran.
Program kerjasama yang dipertingkatkan antara UMT-UniSZA.
Demi merealisasikan hasrat ini juga, UMT-UniSZA turut merangka Program Jangka Panjang (2017-2025). UMT-UniSZA akan bekerjasama menawarkan program double degree, dual degree dan joint award untuk tujuh kursus sarjana muda di kedua-dua universiti.
Program Jangka Panjang Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan UMT-UniSZA (2017-2025).
Secara keseluruhannya, kedua-dua pihak akan memanfaatkan potensi yang ada di universiti masingmasing seperti kepakaran ahli akademik, pengalaman staf sokongan untuk merealisasikan hasrat menjadikan daerah Kuala Nerus sebagai bandar universiti. Bandar universiti ini bakal menjadi hab pusat pelajar yang menjadi tumpuan kepada pelajar tempatan dan juga pelajar antarabangsa. Pada masa yang sama juga, UMT-UniSZA akan terus bekerjasama dalam penganjuran program bersama seperti penganjuran program kesukarelawan, karnival pendidikan Pantai Timur, Orkestra dan Persembahan Kebudayaan Diraja serta aktiviti sukan muhibah bersama.
31
32
SOROTAN PERISTIWA
Jalinan Kerjasama
Antara Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) oleh:Dr. Siti Salina Abdullah, Rosfarhani Daud
P
rogram Orientasi Seni Kraf Warisan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah berlangsung pada 21 hingga 23 April 2016 bertempat di Scout Inn, Kuala Terengganu. Tahun ini merupakan kali kedua Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) diberi kepercayaan oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan Terengganu untuk menganjurkan program motivasi kepada peserta seni kraf warisan YDSM. Objektif program orientasi ini adalah untuk membentuk ukhwah dan memberikan suntikan motivasi dan hala tuju kepada 31 orang peserta yang baru sahaja mengikuti Program Seni Kraf Warisan YDSM bagi sesi 2016. Modul program orientasi ini telah dirangka khusus oleh Dr Siti Salina Abdullah selaku pensyarah kaunseling di PPPSE. Program orientasi ini juga adalah hasil kaloborasi bersama dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah dan juga UniSZA. Perjalanan program selama 3 hari 2 malam ini telah dibantu oleh enam fasilitator yang terdiri daripada dua orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling dan empat orang pelajar pasca siswazah jurusan kaunseling di PPPSE. Peserta program orientasi ini terdiri daripada mentee yang mengikuti salah satu daripada bidang latihan seni kraf warisan Terengganu
iaitu seni kraf kayu, barangan perak, keris, batik dan juga tembaga yang ditawarkan oleh YDSM. Peserta ini akan mengikuti latihan selama 18 bulan di bawah bimbingan mentor yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Mentor yang dipilih oleh YDSM terdiri daripada Ukiran Kayu Bakawali, Balai Seni Wanpo, Bengkel Besi Pak Ghani, A&M Global, Abdul Halim Bin Harun, Bangsal Keris Che El, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Seni Kayu Warisan dan Wanisma Craft & Trading. Justeru itu, pengalaman mentor yang amat luas ini sangat perlu bagi mengembangkan seni kraf warisan Terengganu kepada generasi muda. Manakala, bagi mentee pula, peluang untuk mendapatkan bimbingan secara langsung oleh mentor seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya. Konsep mentor mentee yang diaplikasikan dalam Program Seni Kraf Warisan YDSM ini ternyata
amat bermakna dan memberi manfaat bukan sahaja kepada mentee malah juga kepada mentor. Komitmen YDSM untuk mewujudkan konsep mentor dan mentee adalah bertujuan melahirkan ramai usahawan muda seni kraf Terengganu yang dapat membuka perniagaan seni kraf sendiri. Komitmen YDSM terhadap Program Seni Kraf Warisan Terengganu sejak tahun 2008 jelas terbukti apabila Ybhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli Bin Yusof selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta isteri dan warga kerja YDSM turut hadir dalam majlis makan malam bagi meraikan mentee yang telah berjaya menamatkan Program Seni Kraf Warisan Terengganu dan juga bagi meraikan mentor dan mentee untuk program seni kraf 2016. Warga PPPSE merngucapkan jutaan terima kasih kepada YDSM atas kepercayaan yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Infokus Jun 2016
Lawatan Akademik
Universitas Kanjuruhan Malang ke PPPSE oleh: Dr. Nor Hayati Sa’at , Muhammad Harya Ramdhoni | Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
U
niversitas Kanjuruhan Malang (UNIKAMA), Indonesia telah membuat kunjungan akademik ke Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 23 Februari 2016. Kunjungan akademik UNIKAMA terdiri daripada Naib Canselor Universitas Kanjuruhan Malang, Dr. Peter Sahertian Selaku, Ketua Yayasan, Dr. Christea Fridiantara, Kepala Jawatan Biro Kerjasama Antarabangsa, Dr. Umiyati dan Pensyarah Kanan, Dr. Suyatno. Fokus utama kunjungan akademik ini untuk mengadakan perbincangan ilmiah sempena promosi di peringkat serantau oleh UNIKAMA dalam rangka lawatan mereka ke beberapa universiti terpilih di Malaysia. Lawatan ke Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), UMT dipilih disebabkan penjurusan bidang sains sosial yang ada kesamaan dengan beberapa fakulti di UNIKAMA iaitu Fakultas Ekonomika dan Bisnis, Fakultas Ilmu Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) serta Fakultas Bahasa dan Sastra. Sesi perbincangan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat mengenai pengajian di UMT dan PPPSE oleh Dr. Nor Hayati Sa’at selaku wakil Dekan PPPSE dan Pengerusi Program Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan
Sekitaran Sosial), disusuli ucapan balas daripada Naib Canselor UNIKAMA. Sesi perbincangan diteruskan oleh pihak PPPSE yang turut disertai Prof. Madya Dr. Azlina (Pengerusi Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dan 10 orang pensyarah PPPSE. Fokus utama perbincangan adalah menjurus kepada potensi membina kerjasama dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar ijazah pertama serta peluang melanjutkan pengajian diperingkat pascasiswazah (sarjana dan PhD) di PPPSE dalam bidang pengajian sosial, kaunseling dan ekonomi. Ternyata sesi perbincangan tersebut telah membuka ruang yang memberangsangkan kepada keduadua pihak hasil integrasi ilmu dan budaya kedua-dua negara walaupun dalam tempoh masa singkat. Semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh para pensyarah PPPSE dan UNIKAMA telah memberikan pengalaman dan maklumat yang amat bermakna kepada kedua-dua pihak.
Akhirnya, melalui lawatan akademik tersebut dibincangkan juga beberapa perkara mengenai potensi kerjasama konferensi dua hala Malaysia-Indonesia mengenai kajian maritim dan masyarakat pesisir yang merupakan salah satu niche penyelidikan UMT. Umumnya, lawatan akademik ini telah memberi ruang yang luas untuk percambahan minda, khususnya mengenai pembelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Di peringkat pentadbiran pula, kedua-dua buah universiti, khususnya Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, UMT dan UNIKAMA telah terjalin satu jambatan ilmu merentas negara dalam bidang pembangunan komuniti, ekonomi dan kaunseling. Pelbagai kerjasama boleh dilaksanakan sama ada dalam bidang penyeliaan program pengajian siswazah, penyelidikan dan penerbitan.
33
34
PENYELIDIKAN
Kembara Borneo
Penyelidik UMT Temui Kelulut Emas di Sarawak oleh: Mokhtar Ishak | Pusat Komunikasi Korporat
S
pesies kelulut emas yang sebelum ini hanya ditemui di Thailand kini telah ditemui oleh kumpulan penyelidik UMT yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak. Prof. Madya Dr. Shamsul melakar sejarah apabila menemui spesies Kelulut Emas atau nama saintifiknya Tetragonula sirindhornae di Kuching, Sarawak.
Penemuan terbaharu dalam Siri Kembara Borneo yang dijalankan pada 3 hingga 8 April 2016, turut membuktikan spesies itu sebenarnya turut wujud di negara ini. Lebih menarik, penemuan spesimen hidup turut membuktikan Tetragonula Sirindhornae (kelulut emas) yang pertama kali ditemui di Thailand pada 2003, wujud di negara ini dan dirakam secara semula jadi oleh jurugambar UMT, Mokhtar Ishak yang turut serta dalam kembara tersebut. Selain daripada spesies tersebut, dua
lagi spesies jarang ditemui turut dijumpa ialah Tetragonula melanocephalan dan Geniotrigona lactefasciata. Penyelidik yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT, Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak berkata, pada awalnya kembara itu diadakan untuk membuat kajian dan pemetaan kelulut yang tidak terdapat di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun katanya, ketika menjalankan kajian,
Infokus Jun 2016
Kelulut emas.
mereka menemui spesies kelulut yang terbukti adalah kelulut emas, yang sebelum ini hanya diketahui terdapat di Thailand. “Penyelidik dapat mengenal pasti spesies ini melalui abdomen yang berwarna emas dan saiz badan, namun kita harap mampu mengkaji secara menyeluruh mengenai spesies ini, terutama melibatkan habitat,� jelas Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri.
35
36
PENYELIDIKAN
Kata beliau lagi, “Kebanyakan kajian mengenai kelulut emas dilakukan sebelum ini juga hanya melibatkan penyelidik dari Eropah, namun kita percaya penemuan terbaru ini akan menjadi tarikan kepada penyelidik tempatan,� katanya. Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri melalui pasukan penyelidikan berharap, akan menemui lebih banyak spesies kelulut memandangkan industri kelulut dilihat mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat.
Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak melihat sarang kelulut emas di Kg, Sg. Kilong, Sematan di Kuching, Sarawak.
Infokus Jun 2016
Majlis Pemakaian Pangkat PALAPES (L) UMT oleh: Leftenan Madya Muhammad Azrie bin Zainuddin PSSTLDM Jurufoto: PKK Muhammad Wafiyahya bin Mohd Agil
P
erbarisan mingguan Badan Beruniform Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan pada hari Rabu setiap minggu dengan menggunakan sistem giliran antara badan beruniform. Perbarisan pada kali ini telah diterajui oleh PALAPES (L) UMT. Julung kalinya, perbarisan mingguan beruniform kali ini telah disempurnakan oleh YBhg Komandan PALAPES (L) UMT, Kepten (K) Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar PSSTLDM merangkap Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah PSTL Setiu, Kepten Prof. Madya Hj. Zainal Ashirin bin Sahardin PSSTLDM merangkap Timbalan Komandan PALAPES (L) UMT. Perbarisan dimulakan setelah semua yang terlibat mengambil tempat di Dataran Canselori UMT, diikuti dengan perbarisan kawalan terdiri daripada 30 orang PALAPES (L) UMT Ambilan 7/2013 masuk padang yang diketuai oleh Pegawai Kadet Kanan Muhammad Faiq Asyraf bin Mohd Haris. Seterusnya ketibaan YBhg Naib Canselor UMT selaku Pegawai Tabik Hormat pada perbarisan mingguan pada kali ini, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Samudera Raya dan UMT Cita Warisan. Majlis diteruskan dengan penerimaan Tabik Hormat dan pemeriksaan kawalan oleh YBhg Naib Canselor UMT dengan diiringi Pegawai Memerintah PSTL Setiu. Kemuncak bagi perbarisan
Pemeriksaan Kawalan oleh YBhg Kepten (K) Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar PSSTLDM.
Pemakaian Pangkat oleh Pegawai Memerintah PSTL Setiu dan Naib Canselor UMT.
mingguan badan beruniform UMT kali ini ialah Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pegawai PSSTLDM UMT dan Pegawai Tadbir PALAPES (L) UMT. Pegawai-pegawai yang terlibat adalah Leftenan Madya Aisamuddin bin A. Jalil PSSTLDM yang telah dinaikkan pangkat Leftenan PSSTLDM. Seterusnya, Leftenan Muda Muhammad Azrie bin Zainuddin PSSTLDM yang telah
dinaikkan pangkat kepada Leftenan Madya PSSTLDM. Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari YBhg Naib Canselor UMT. Sesi penyampaian cenderamata kepada Naib Canselor UMT telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PSTL Setiu. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Leftenan Aisamuddin bin A. Jalil PSSTLDM.
37
38
SOROTAN PERISTIWA
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 Syurga Si Ulat Buku oleh: Nazarudin Othman | Penerbit UMT
P
esta buku Antarabangsa Kuala lumpur 2016 (PBAKL 2016) telah melabuhkan tirai pada 9 Mei 2016 dengan penuh gilang gemilang. Buat julung kalinya, Pesta Buku Antarabangsa 2016 telah berkampung di Malaysia Agro Exposition Park serdang (MAEPS), Serdang selama 11 hari yang bermula pada 29 Mei hingga 9 Mei 2016. PBAKL memang sinonim dengan lokasi sebelumnya iaitu diPusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) setiap tahun. Pesta Buku Antarabangsa ini merupakan kubu bagi penerbitpenerbit di seluruh Malaysia untuk mengetengahkan bahan-bahan ilmiah berkualiti yang menjadi wadah kepada pengunjung memupuk semangat cinta kepada ilmu pengetahuan, Ekspresi kepada “Membaca Jambatan Ilmu�. PBAKL menjadi tumpuan pemain industri buku pelbagai peringkat, daripada pengedar, penerbit, penulis, penyunting dan juga pembaca. Justeru, bagi Penerbit UMT, penyertaan di PBAKL merupakan agenda wajib pada setiap tahun. Antara bidang penerbitan ilmiah yang dapat diketengahkan oleh Penerbit UMT sepanjang pesta buku ini ialah bidang sains marin, sains teknologi, bahasa, pendidikan, agama dan lainlain. Pada kali ini Penerbit UMT telah menghantar petugas untuk bertugas secara bergilir-gilir sepanjang pesta buku ini berlangsung. Seperti penerbit Universiti Awam lain yang bernaung di bawah payung
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Penerbit UMT juga menyertai gerai MAPIM di PBAKL. Penyertaan di PBKL ini merupakan peluang terbaik kepada Penerbit UMT untuk mempromosi bahan terbitan UMT terutama buku-buku terbaharu yang terbit di awal tahun 2016. Walaupun berdepan dengan saingan daripada penerbit-penerbit yang lain, penjualan buku oleh penerbit UMT tidak menghampakan kerana sasaran jualan buku pada tahun ini telah meningkat 37% kadar jualan berbanding tahun 2015. Ini merupakan satu kejayaan besar kepada Penerbit UMT sepanjang penglibatan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung pada setiap tahun. Kejayaan ini tidak datang bergolek tanpa kerjasama semua staf Penerbit yang diketuai oleh Pengarah Penerbit UMT iaitu Profesor Madya
Dr. Noraien Mansor yang sentiasa memberi sokongan kepada semua petugas sepanjang berlangsungnya pesta buku antarabangsa ini. Tiga buku terbitan UMT telah terpilih antara 40 judul buku anggota MAPIM yang laku keras di PBKL 2016. Buku Simple Introduction for Data Analysis using SPSS (laku 90 naskhah; tangga ke-13), buku Data Analysis using SPSS Version 22 (laku 77 naskhah; tangga ke-15) dan buku Sejarah Peperangan Tok Janggut di Kelantan (laku 48 naskhah; tangga ke-26). Diharapkan kejayaan Pesta Buku Antarabangsa pada kali ini akan memberi suntikan semangat kepada Penerbit UMT untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam penerbitan bahan ilmiah yang berkualiti bukan hanya di peringkat universiti malahan ke peringkat global.
Infokus Jun 2016
RENUNGAN Sebaik-baik Amalan Bulan Ramadan merupakan bulan yang dijanjikan Allah SWT pelbagai ganjaran dan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Antara amalan yang sangat dituntut untuk dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah memberi makan kepada golongan miskin. Ini telah dijelaskan oleh baginda Nabi SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW; “Islam bagaimanakah yang paling baik?” Maka beliau menjawab, “Engkau memberikan makan (kepada orang miskin) dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal maupun orang yang tidak engkau kenal”.- Hadis Riwayat Ahmad. Orang yang memberi makan kepada orang berbuka puasa akan mendapat ganjaran pahala puasa tersebut. Sebagaimana sabda Nabi SAW; “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang berpuasa tersebut.” Amalan ini merupakan sebaik-baik amalan yang disukai oleh Nabi SAW dan baginda sentiasa menggalakkan para sahabatnya untuk bersedekah dengan memberi makan kepada golongan miskin.
Riswadi bin Azmi Pusat Islam Sultan Mahmud Universiti Malaysia Terengganu
39
Authors: Noraien Mansor Nik Nor Hidayah M. Zuldin Samsiah Abd. Hamid ISBN: 978-967-0962-08-5 Price: RM23.00
Pengarang: Hamdan Aziz ISBN: 978-967-0962-06-1 Harga: RM28.00
Pengarang: Noor Rohana Mansor Rosyati Abdul Rashid ISBN:978-967-0962-12-2 Harga: RM26.00
Pengarang: Wan Muhamad Amir W Ahmad Nor Azlida Aleng Nurfadhlina Abd. Halim Syerrina Zakaria ISBN: 978-967-0962-10-8 Harga: RM44.00
Author: Abd. Wahab A Rahman
Author: Rosyidah Muhamad
ISBN: 978-967-0962-09-2 Price: RM23.00
ISBN: 978-967-0962-13-9 Price: RM43.00
Pengarang: Mohd Tajuddin Abdullah
Authors: Kasypi Mokhtar Gobi Krishnan Veluplay Wan Muhamad Amir W. Ahmad
ISBN: 978-967-0962-11-5 Harga: RM58.00
ISBN: 978-967-0962-14-6 Price: RM21.00