DISEMBER 2016 Bil. 57
www.umt.edu.my
Gemilang Konvokesyen UMT 2016 Tahniah Zahara Kedri Bendahari UMT UMT Lancar Hari Bebas Kenderaan Bermotor
Sidang Redaksi Penaung
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Penasihat
YBhg. Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid
Ketua Pengarang
YH Dato' Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Editor
Rabil Sitta Abdul Rahman Mohd Izham Mohd A. Wahid Harisom Anida Musa Mohd Afifullah Ahmad
Pembaca Pruf
Nurul Syuhadah Yahya - Pelajar Praktikal UiTM
Pereka Grafik
Mohd Fadli Abdullah
Jurufoto
Mokhtar Ishak Tengku Iskandar Zulfahmie Tengku Mohamad Muhamad Adli Hashim Krew Media Kreatif
Kandungan
6 12 14 16 18 22 24 26 29 31 34 36 39
Gemilang Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu Kali Ke-14 Zahara Kedri Bendahari UMT yang Baharu UMT Endowment Fund (UEF) Patuh Shariah
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Entiti Perniagaan UMT Lensa Memori OMAse Medan Pertukaran Bidang Ilmu Libat 12 Universiti Dalam dan Luar Negara ECERDC dan UMT Iktiraf Ikon Empower Akademik dan Keusahawanan UI-Creates Peluang Dekati Budaya Indonesia UMT Terima 35 Pelajar Antarabangsa Jalani Latihan Industri Barisan Kepimpinan MPP UMT Sesi 2016/2017 Mahu Martabatkan Mahasiswa UMT ke Peringkat Global UMT Lancar Hari Bebas Kenderaan Bermotor Warga UMT Sahut Semangat Hari Sukan Negara 2016 Renungan
Hak Cipta Terpelihara Š 2016. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
4
Secangkir Kata
Detik masa pantas berlari Meniti hari demi hari Tanpa disedari Setahun sudah dilalui Ketika gusarnya hati Menanti dan terus menanti Lembaran cita yang dihajati Hanya pada Mu Ilahi segalanya pasti‌ (Noraien Mansor, 15 November 2016)
Assalamualaikum w.b.t. , Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Sehati Sejiwa.
A
lhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa, INFOKUS UMT edisi Disember 2016 kembali menemui pembaca setia. Tahun 2016 sudah sampai ke penghujungnya, menitipkan seribu satu kenangan untuk dijadikan renungan. Pelbagai peristiwa suka dan duka menjengah lembaran kehidupan setiap insan yang masih bernafas di muka bumi Allah. Kemanisan dan kepahitan menjalani kehidupan sebagai warga kampus pasti memberi seribu satu pengajaran, panduan dan pedoman yang amat bermakna. Justeru sudah tiba masanya untuk kita semua menilai kembali apa jua aktiviti yang telah dilaksanakan sama ada menjurus ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun apa jua yang kita laksanakan, jaluran kebaikan perlu melebihi segalanya agar kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan-Nya. Sepanjang tahun 2016 Universiti Malaysia Terengganu telah memahat pelbagai sejarah di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa. Semoga UMT terus teguh di persada pendidikan, meneroka kemajuan bidang pengajaran, pembelajaran serta arena penyelidikan dan penerbitan. Insya-Allah. DATO’ PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR
Infokus Disember 2016
Sekapur Sirih Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1UMT.
M
ajlis Konvokesyen Kali Ke-14 UMT pada tahun ini amat istimewa kerana ianya merupakan majlis konvokesyen yang paling panjang dari segi tempoh masanya dan peningkatan jumlah graduan yang terlibat. Terdapat enam sidang konvokesyen yang akan berlangsung dalam tempoh tiga hari. Jumlah graduan yang terlibat pula seramai 2,806 orang graduan menerima pelbagai anugerah iaitu 32 orang Ijazah Doktor Falsafah, 133 orang ijazah Sarjana, 2,396 orang Ijazah Sarjana Muda, dan 245 orang penerima Diploma. Syabas dan tahniah diucapkan. Konvokesyen ini juga akan menyaksikan UMT meraikan penerima anugerah istimewa iaitu Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli bin Haji Mohd Nor - Penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan - Penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains, Prof. Dr. Ir. Widi Agoes Pratikto - Penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains dan Prof. Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos iaitu Penyandang Kursi Profesorial Sultan Mizan. Penganugerahan kepada penerima tersebut sebagai menghargai jasa mereka di peringkat nasional, serantau dan global atas bidang kepakaran masingmasing. UMT amat bertuah atas kesudian mereka menerima penganugerahan ini demi meningkatkan citra serantau dan global UMT. Ternyata UMT sesungguhnya amat berbangga dengan pencapaian yang diperlihatkan oleh produknya. Tahniah setinggi-tingginya untuk semua para graduan di atas pencapaian mereka dan para pensyarah yang telah gigih mendidik mereka. Ternyata graduan lulusan UMT telah diterima baik di pasaran kerja, dan merupakan testimoni kepada kebolehpasaran graduan universiti ini, walaupun umum mengetahui keadaan pasaran kerja kini sangat kompetitif. Universiti Malaysia Terengganu meletakkan harapan yang tinggi kepada semua graduan sebagai
pembawa panji-panji UMT yang kelak akan menentukan penerimaan dan persepsi masyarakat terhadap graduan lepasan UMT. Gunakanlah ilmu pengetahuan yang diperoleh sebaik-baiknya serta jadikanlah teknologi dan media sosial secara positif demi pembangunan agama, bangsa dan Negara. Sikap orang berilmu tersingkap pada kematangan mindanya dan bukan pada kepetahan bibirnya. Teladan orang berilmu pada taatnya, bukan pada kilauan zahirnya. Jangan lupa pepatah Melayu bahawa resam orang berilmu adalah semakin berisi semakin tunduk, semakin tinggi ilmu, tinggi tawaduk sikapnya. Akhir kata, saya ingin berpesan supaya kita sentiasa bersyukur dan tidak melupakan hubungan yang telah terjalin selama ini dengan UMT. Mendaftar dan aktiflah dengan Persatuan Alumni UMT, kerana UMT sentiasa ingin menjejaki kemajuan dan perkembangan alumni setelah tamat belajar daripada universiti ini. Teruslah mencintai alma mater dan jenama UMT walau di mana jua anda berada.
PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI HAJI MOKHTAR
5
6
FOKUS
Gemilang
Universiti Malaysia
M
eneruskan acara tahunan, kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kembali meriah apabila tiba musim konvokesyen. Warga kampus UMT, baik pelajar mahupun kakitangan akan sibuk membuat persiapan konvokesyen bagi meraikan kejayaan warga pelajar yang akan bergraduat pada tahun 2016. Inilah saat yang ditunggutunggu oleh pelajar diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah untuk meraikan hasil penat lelah mereka bersama ibu bapa, ahli keluarga, rakan dan para pensyarah.
Majlis Konvokesyen Kali Ke14 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung pada 19 hingga 21 November 2016. Majlis Konvokesyen kali ini telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Sultan Mizan. Kebawah Duli Yang Maha Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT telah sudi mencemar Duli menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kali Ke- 14 UMT. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al–Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut sudi mencemar Duli bersama-sama
memeriahkan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 UMT. Turut hadir, Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Menteri Besar Terengganu, YAB Haji Ahmad Razif Abd. Rahman dan isteri, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Mohd Zubir Embong dan isteri, Pro-Canselor UMT, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman dan isteri, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, YBhg. Dato’ Mohammed Azlan Hashim dan isteri, Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib-naib Canselor, Rektor dan
Konvokesyen
Infokus Disember 2016
Terengganu Kali Ke-14 oleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMT Nurul Syuhadah binti Yahya | Pelajar Praktikal UiTM
Penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, dari kiri YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Haji Mohd Nor, bersama Pengerusi LPU, YBhg. Dato’ Mohammed Azlan Hashim, Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Bentara, En. Abdullah Syukri M. Salleh, Pro-Canselor, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains, YBhg. Prof. Dr. Ir. Widi Agoes Pratikto dan YBhg. Dato’ Pahlawan Mohd Rasip Hassan.
7
8
FOKUS wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pegawai-pegawai Utama UMT, dif-dif jemputan dan juga ibu bapa para graduan. Kebawah Duli Yang Maha Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT telah berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Haji Mohd Nor. Pemilihan beliau selaras dengan sumbangan besarnya dalam bidang perkhidmatan korporat industri maritim negara. Baginda juga telah berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Dato’ Pahlawan Mohd Rasip Hassan. Pengiktirafan diberikan atas sumbangan besar dan khidmat bakti beliau kepada negara khususnya dalam keselamatan negara. Baginda telah berkenan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Prof. Dr. Ir. Widi Agoes Pratikto, pemilihan beliau berdasarkan sumbangan besar terutamanya dalam pembangunan dan pengurusan sumber akuatik serta jaringan strategik antarabangsa dalam bidang ekologi laut, perikanan dan keselamatan makanan. Baginda Tuanku Canselor UMT juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada Nurjannatul Naim binti Kamaruddin graduan Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dan Lew Huey Wern, graduan Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan), Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Elfina binti Azwar, graduan Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Anugerah Pro-Canselor kepada Dr. Khadijah Hilmun binti Kamarudin, Doktor Falsafah (Penyelidikan)-Fizik dan Dr. Noraina Mazuin binti Sapuan, Doktor
Barisan penerima anugerah utama universiti dari kiri Nurjannatul Naim, Elfina, Dr. Noraina Mazuin, Dr. Khadijah Hilmun, Liew Rock Keey dan Lew Huey Wern.
Pelajar antarabangsa UMT yang bergraduat Ijazah Kedoktoran diraikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai mereka.
Falsafah (Penyelidikan)- Ekonomi dan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah kepada Liew Rock Keey, graduan Sarjana Sains (Penyelidikan)Teknologi Kimia. Majlis Konvokesyen Sesi Kedua (petang 19 November 2016) hingga sesi Keenam (petang 21 November 2016) telah disempurnakan oleh Pro-Canselor UMT, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman. Majlis Kovokesyen Kali ini menyaksikan 2,806 orang graduan daripada yang berjaya
menamatkan pengajian masingmasing iaitu 32 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah dan 133 orang menerima Ijazah Sarjana. Manakala 245 orang menerima Sijil Diploma dan 2,396 menerima Ijazah Sarjana Muda yang diraikan dalam majlis yang penuh gemilang. Penganugerahan ijazah serta diploma ini membuktikan keupayaan UMT dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan yang telah diamanahkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan, ibu bapa dan warga universiti.
Infokus Disember 2016
Santapan Malam Konvokesyen
KDYMM Tuanku Sultan Mizan berkenan mengurniakan Kursi Profesorial Sultan Mizan kepada Profesor Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos.
Pada malam 18 November 2016, telah berlangsung Majlis Santapan Malam sempena Konvoksyen UMT di TH Hotel, Kuala Nerus. Majlis diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al–Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, YAB Haji Ahmad Razif Abd. Rahman dan isteri, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Zubir Embong dan isteri, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Idris Jusoh dan isteri, Pro-Canselor UMT, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman dan isteri, YBhg. Dato’ Mohammed Azlan Hashim dan isteri, serta tetamu kehormat yang lain.
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Santapan Malam sempena Konvokesyen UMT.
Pengurniaan Kursi Porfesorial Sultan Mizan Pada majlis ini juga, KDYMM Sultan Mizan telah berkenan mengurniakan Kursi Profesorial Sultan Mizan kepada Profesor Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos. Kursi Profesorial Sultan Mizan ini merupakan pengiktirafan tertinggi dan berprestij kepada
pakar dan malim, selari dengan objektif utamanya iaitu bagi membantu universiti meningkatkan mutu, kualiti penyelidikan dan akdemik UMT melalui nasihat, bimbingan akademik, pencarian dana penyelidikan antarabangsa dan memperluaskan jaringan dalam bidang yang berkenaan.
9
10
FOKUS
Pelancaran Buku Pro-Canselor UMT Pada majlis santapan ini juga, Pro-Canselor UMT, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman bersama Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar telah mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Canselor UMT untuk melancarkan buku mewah terbitan Penerbit UMT. Buku yang dilancarkan berjudul Tan Sri Samsudin Osman Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua. Penerbitan buku Tan Sri Samsudin Osman Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua adalah warkah istimewa daripada seluruh warga UMT buat ProCanselor yang dikasihi YBhg. Tan Sri Samsudin Osman. Buku hasil karya Pengarah Penerbit UMT, YH Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor ini mendokumentasikan perjalanan kehidupan dan kerjaya figura terhormat dalam perkhidmatan awam ini untuk tatapan umum.
"Buku ini mempunyai tujuh bab, dimulakan dengan pembuka bicara, “Mengenali Tan Sri Samsudin Osman” yang memaparkan latar belakang figura terhormat ini. Teraju Governans yag diterokai oleh Tan Sri Samsudin Osman dilakarkan dalam Bab Dua. Kemuncak kerjaya figura governans sebagai Ketua Setiausaha Negara dipaparkan dalam Bab Tiga. Peranan penting sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya dan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dirungkai dalam Bab Empat dan Bab Lima. Bab Enam pula memperjelaskan penglibatan Tan Sri Samsudin Osman sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Terengganu manakala Bab Tujuh menutup bicara figura terhormat ini sabagai teraju governans dengan suara hati beliau tentang kehidupan" (Noraien Mansor, 2016). Tan Sri Samsudin Osman telah masuk tiga penggal dilantik sebagai Pro-Canselor UMT (Penggal I: 1 Februari 2010- 31 januari 2013; Penggal II: 1 Februari
2013-31 Januari 2016; Penggal III: 1 Februari 2016- 31 Januari 2019). Manakala Bab Tujuh menutup bicara figura terhormat ini sebagai teraju governans dengan suara hati beliau tentang kehidupan serta harapan beliau kepada warga UMT. Buku ini menjadi buah tangan istimewa UMT kepada masyarakat umum yang ingin mengenali tokoh perkhidmatan awam yang cukup disegani ini. Perjalanan kehidupan dan kerjaya Tan Sri Samsudin Osman boleh dijadikan sumber inspirasi dan rujukan seluruh warga perkhidmatan awam dan juga masyarakat umum. Penerbitan buku Tan Sri Samsudin Osman Demi Perkhidmatan Awam dan Negara Kerana-Nya Jua ini adalah sebagai usaha UMT meneruskan kesinambungan tanggungjawab sosial dan citra penerbitan UMT kepada masyarakat Malaysia.
Infokus Disember 2016
KDYMM Tuanku Sultan Mizan berkenan menerima persembahan cenderamata daripada UMT berupa barangan artifak dari Pulau Bidong.
YH Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor Pengarah Penerbit UMT/ Pengarang
11
12
FOKUS
Zahara Kedri Bendahari UMT yang Baharu oleh: Dato’ Profesor Madya Dr. Noraien Mansor | Penerbit UMT
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Puan Zahara Kedri dan semoga UMT terus cemerlang di bawah teraju beliau.
S
entiasa tenang dan merendah diri menghiasi peribadi Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu, YBhg. Puan Zahara Kedri. Beliau merupakan seorang Chartered Accountant Malaysia yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan universiti dan juga industri. YBhg. Puan Zahara Kedri rasa bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk menerajui pusat kewangan universiti. Beliau bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana strategi dalam penyediaan dana bagi memastikan objektif strategik UMT dapat dilaksana dengan mapan dan secara berterusan. Fokus tugas beliau antara lainnya termasuklah memainkan peranan penting dalam menggubal dasar, prosedur dan peraturan kewangan serta bertanggungjawab merancang, memantau dan mengawal kewangan bagi memastikan urusan kewangan dilaksanakan dengan betul, cekap, telus dan berkesan. Beliau juga berperanan menasihati jawatankuasajawatankuasa yang berkaitan dengan kewangan mengenai bajet, prestasi kewangan dan kawalan kewangan.
Infokus Disember 2016
“…berazam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berharap agar seluruh warga UMT memberi komitmen yang jitu dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan prestasi kewangan UMT di samping mengukuhkan integriti sebagai pemangkin kegemilangan UMT.”Puan Zahara Kedri
YBhg. Puan Zahara Kedri memulakan kerjaya sebagai Regional Accountant, Northern Region di Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) pada 16 Julai 1990 – 15 Ogos 1996. Di sini beliau bertanggungjawab mengetuai SESCO Finance Division bagi Wilayah Utara yang merangkumi 10 stesen termasuk stesen besar seperti, Miri, Limbang, Lawas, Marudi, dan Bintulu. Sebahagian besar tugas beliau merangkumi perancangan kewangan, pengurusan kewangan, kawalan kewangan, kawalan kredit dan pengurusan tunai di samping pemantauan operasi kewangan semua stesen di wilayah utara. Puan Zahara berhijrah ke Semenanjung Malaysia apabila menjawat jawatan
sebagai Penolong Akauntan di Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT) pada 4 April 1997. Di sinilah terpahatnya kecemerlangan kerjaya Puan Zahara sebagai Pegawai Kewangan, Timbalan Bendahari dan sehingga dilantik sebagai Bendahari UMT yang baharu. Wanita cekal dan sentiasa berpandangan positif ke hadapan ini mampu memimpin dan berkomunikasi dengan baik. Beliau juga sentiasa bertindak sebagai penggerak di dalam melaksana misi jabatan (Get things done) dan menjadi rujukan kepada PTj dan universiti awam dalam pengurusan kewangan universiti. Justeru tidak hairanlah YBhg. Puan Zahara Kedri merupakan penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang, UMT pada tahun 2008 dan 2002 serta Sijil Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2011, 2009, 2007, 2002, 2000 dan 1999. YBhg. Puan Zahara Kedri berazam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berharap agar seluruh warga UMT memberi komitmen yang jitu dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan prestasi kewangan UMT di samping mengukuhkan integriti sebagai pemangkin kegemilangan UMT. Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Puan Zahara Kedri dan semoga UMT terus cemerlang di bawah teraju beliau.
13
14
FOKUS
UMT Endowment Fund (UEF) patuh Shariah oleh :
Dr. Safwan Mohd Nor |Pengurus Dana UEF Harisom Anida Musa | Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
S
alah satu cabang autonomi yang telah diberikan kepada UMT ialah dari aspek pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan. Bagi memastikan pelaburan berkesan dapat dilaksanakan dan mengambil kira pulangan dan risiko yang berpatutan, Sekretariat Endowmen dan Penjanaan UMT telah ditubuhkan pada 25 Januari 2016 yang lalu. Pensyarah kewangan di UMT iaitu Dr. Safwan Mohd Nor, CFTP, RFP yang berpengalaman di dalam industri pelaburan, telah dilantik sebagai Pengurus Dana UMT yang pertama pada 15 Februari 2016. Pengurus Dana UMT dan Sekretariat tersebut telah menghasilkan Terms of Reference (TOR) dan UMT Endowment Fund (UEF) Investment Policy Statement (IPS) yang pertama.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Mohammed Azlan Hashim telah menyempurnakan Pelancaran UEF IPS pada17 Oktober 2016 di Auditorium PSNZ.
Infokus Disember 2016
Sebahagian tetamu yang hadir di Majlis Pelancaran UEF IPS.
“UEF IPS merupakan komponen penting bagi membantu pelaburan dana endowmen UMT menghasilkan pulangan yang bersesuaian dengan risiko yang diambil. Ia juga adalah platform di dalam menghubungkan universiti dengan penderma dan pemegang taruh (stakeholders).” universiti. Instrumen pelaburan yang semakin kompleks turut menyukarkan proses menghasilkan keputusan pelaburan yang tepat.
Endowmen merupakan salah satu medium terpenting bagi menjana pendapatan sesebuah universiti. Dana yang diperolehi daripada penderma (true dan term endowment) mahupun yang dihasilkan dalaman oleh universiti (quasi endowment) akan dilaburkan. Dana yang disumbangkan (didermakan) bagi tujuan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan seterusnya mengurangkan kebergantungan (atau beban) bagi kerajaan untuk sektor pengajian tinggi. Dengan kata lain, tabung endowmen adalah ‘mengumpul dana’ melalui sumbangan alumni, wakaf korporat, keuntungan pelaburan strategik IPT dan derma. Sumbangan sebegini akan ‘mengembalikan wang’ ke
dalam bentuk biasiswa dan bantuan kepada pelajar dan membantu untuk menjayakan kegiatan yang dijalankan oleh pihak universiti. Hasil keuntungan pelaburan iaitu faedah (hibah) ini juga akan digunakan untuk tajaan seperti Kursi Profesor, Biasiswa pelajar dan sebagainya Pelancaran UEF IPS telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Mohammed Azlan Hashim pada 17 Oktober 2016 di Auditorium PSNZ, UMT. Dana endowmen UMT hanya akan dilaburkan di dalam pelaburan yang patuh shariah sahaja. Pengurusan dana endowmen yang berkesan adalah kritikal bagi mencapai matlamat dan misi
UEF IPS merupakan dokumen utama yang menggariskan panduan merangkumi peranan Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen serta keperluan kelayakan Pengurus Dana UMT dan Sekretariat Endowmen dan Penjanaan. Selain itu, ia turut menerangkan polisi pelaburan dana endowmen termasuk agihan aset, pengimbangan semula portfolio dan penanda aras prestasi (performance benchmarking). Oleh yang demikian, UEF IPS merupakan komponen penting bagi membantu pelaburan dana endowmen UMT menghasilkan pulangan yang bersesuaian dengan risiko yang diambil. Ia juga adalah platform di dalam menghubungkan universiti dengan penderma dan pemegang taruh (stakeholders).
15
16
FOKUS
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd Entiti Perniagaan UMT oleh: Sharizal Muhamad Masri | UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd.
UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. (Holdings) telah ditubuhkan pada November 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 yang berfungsi sebagai entiti perniagaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sebagai sebuah syarikat milik penuh universiti, Holdings menyahut cabaran baharu yang dihadapi oleh semua Universiti Awam (UA) untuk merangsang aktiviti pengkomersialan hasil kajian universiti serta menggunakan sumbersumber universiti termasuklah pasaran pelajar sedia ada bagi menjana kewangan. Pada peringkat awal penubuhan, Holdings menjalankan operasi sebagai satu entiti perniagaan yang bersifat membina pengalaman dan kekuatan diri. Di mana, pengurusan syarikat hanya dikendalikan oleh empat orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus Operasi dan Pegawai Eksekutif dan Pembantu Tadbir Perkeranian. Syarikat Holdings, hanya memberi tumpuan kepada bidang-bidang tujahan universiti. Dibahagi kepada tiga iaitu, perniagaan berasaskan Perkhidmatan Pemindahan Ilmu; Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan Pendidikan dan Perniagaan Berasaskan Pekhidmatan Akademik. En. Shahrizal, Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman luas dalam sektor korporat
Namun begitu, hala tuju dan fokus Holdings kini dilihat akan
mengikut strategi keusahawanan sepenuhnya di mana pengurus dan pekerja bertindak lebih proaktif dan inovatif, dan lebih berani mengambil risiko untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan peluang bagi memaksimakan nilai sumber yang sedia ada di dalaman universiti dan luaran tanpa melupakan tanggungjawab sosial. Penubuhan Holdings bervisikan untuk menjadi platform penyampai kepakaran universiti kepada masyarakat di samping menjana pendapatan. Di samping misinya menjadi sebuah organisasi korporat yang bertanggungjawab, membangun dan mengembangkan kegiatan ekonomi UMT untuk kesejahteraan semua warga kampus khususnya dan masyarakat amnya. Teraju Holdings Holdings kini diterajui oleh En. Shahrizal bin Muhamad Masri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang berkelulusan Ijazah Sarjana MBA pengkhususan Pengurusan Projek (University Southern Queensland, Australia). Beliau berpengalaman selama 15 tahun berkhidmat bersama sektor korporat CIMB Investment Bank di jabatan Pasaran Modal Ekuiti. Di samping itu, beliau juga
Infokus Disember 2016
Perbincangan bersama kakitangan Holdings sentiasa dilaksanakan dalam memastikan visi dan misi Holdings berjalan lancar.
adalah seorang ahli perniagaan dan telah beberapa kali memenangi Dana Geran Perniagaan Berinovasi daripada agensi dan kementerian seperti TERAJU SUPERB dan KKMM. Beliau adalah seorang yang proaktif, bersemangat dan mampu menggembleng nilai antara kreativiti, inovasi dan perniagaan, di mana beliau menggunakan kemahiran keusahawanan, analisa kewangan, strategi perniagaan dan kepimpinan beliau dalam mencaturkan dan mengurus sesebuah organisasi untuk mencapai hala tuju yang dikehendaki. Objektif Secara khususnya objektif penubuhan Holdings ini adalah seperti berikut: •• Menyelaras, memantau, mempromosikan dan mengkomersialkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UMT, bidang pengkomersialan ini akan menumpukan kepada aktiviti perniagaan melalui sama ada perlesenan atau jualan terus harta intelek universiti.
••
Mengendalikan latihan dan pendidikan dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti perniagaan berkaitan dengan penawaran program berbentuk latihan jangka pendek dan pendidikan lanjutan.
••
Menguruskan aset-aset universiti dan dalam masa yang sama menyediakan peluang perniagaan.
••
Menawarkan perkhidmatan perundingan dan khidmat pakar runding dalam bidang kepakaran universiti.
••
Mewujudkan aktiviti sayap perniagaan yang dilihat boleh memberi keuntungan kepada syarikat.
Hala Tuju Melihat kepada situasi sedia ada yang dihadapi oleh Holdings dan cabaran penjanaan masa kini, beberapa inisiatif dan pelan tindakan strategik telah dikenal pasti dan dirancang di mana Holdings perlu mempelbagaikan (Diversified) sumber pendapatan. Terdapat empat fasa yang sedang dan akan dilakukan oleh Holdings:
••
Fasa Pertama Rancangan Perniagaan Strategik
••
Fasa Kedua Rancangan Perniagaan Strategik
••
Fasa Ketiga Rancangan Perniagaan Strategik
••
Fasa Keempat Rancangan Perniagaan Strategik
Holdings dengan kata lain mampu menjadi sebuah platform perniagaan yang pelbagai (Diversified Business Entity) dan mampu mempunyai pertumbuhan positif yang stabil agar dapat memberi impak tinggi dalam penjanaan lestari perolehan universiti. Oleh itu, bagi mencapai hasrat murni ini, sinergi atau sokongan yang padu antara Holdings dan jabatan-jabatan termasuk pusatpusat pengajian di UMT amatlah perlu. Ia merupakan suatu cabaran dalam memaksimakan nilai UMT kepada suatu tahap yang boleh dibanggakan. Walau bagaimana pun, risiko tetap berada pada setiap perniagaan yang diceburi dan hanya yang pakar mampu mengalih atau memindahkannya bagi memaksimakan keuntungan yang diperolehi. Insya-Allah, Holdings dengan pasukan yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru dilantik dalam kalangan orang industri ini mempunyai inspirasi yang jitu dan mampu memastikan visi dan misi sedia ada tercapai agar menjadi yang lebih berjaya di masa-masa akan datang demi meningkatkan dan kelestarian entiti perniagaan milik penuh UMT ini.
17
18
LENSA MEMORI
Pusat uhan Wan Hussin dari UMT, Dr. Wan Mohd Ra rsiti ive Un k lidi nye pe m Januari 2016 - Penyelidik ultur bersama ena uak Ak n da di nan 16 ika 20 Per sia Pengajian Sains Antartika Malay Ekspedisi Penyelidikan m gra M) Pro AS i (YP rta nye zan me Mi Awam lain an Antartika Sultan kan Yayasan Penyelidik n Inovasi bawah geran penyelidi rian Sains, Teknologi da nte me Ke a ad rip da a am jas ker dan mendapat (MOSTI).
2 Ogos 2016 - Penyelidik UM T Prof. Madya Dr. Mohd Fad zil bin Mohd Akhir (baju biru) menyertai Ekspedisi Sain tifik Kebangsaan (EPSK) 201 6 dan dilantik sebagai Ketua Pelayaran EPSK 2016.
28 Ogos 2016 - YB Dato' Seri Idris Jusoh bersama isteri, YBhg. To' Puan Seri Che Kamariah Zakaria melancarkan buku Masjid Ulul Albab sambil ditemani oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan YH Dato' Prof. Madya Dr. Noraien Mansor.
Kejayaan
T yang diketuai oleh Dr. Kumpulan Penyelidik UM ty Innovation Fund M uni Lani melalui geran Comm m tinggi melalui camp roti piza inovasi berkalsiu n. daripada serbuk tulang ika
17 Julai 2016 - Warga UMT yang men erima Anug Cemerlang 2015, Hadiah Setia Bakti dan Pesara ba Tahunan UM
ram Sarjana 17-21 Mac 2016 - Mahasiswa prog Economic kti Trisa di ll kedua dan juara harapan tahunan n inga and pert ram prog merupakan satu Trisakti
Warga UMT
r. Mohd Nizam MOSTI hasilkan puran bahan
Infokus Disember 2016
12-14 Mei 2016 - Menang 5 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa di 27th International Invention & Innovatio n Exhibition (ITEX).
gerah Julangan Bakat, Anugerah Perkhidm atan agi tahun 2016 diraikan dalam Majlis Anug erah MT 2016.
menang tempat a Muda Ekonomi (Sumber Alam) (TEBFC) 2016 cs & Business Fair and Competition omi, Universiti Ekon ltas yang dianjurkan oleh Faku i Jakarta.
Wan Prof. Madya Dr. Penyelidik UMT, ng ya in Za d an Moh Mohd Khairul W elidik ny Pe ah er ug An telah menerima m lang 2016 dala Harapan Cemer jal pe Pe i og ol n Tekn bidang Sains da i og ol kn Te n da s Sain oleh Persatuan . S) AS l Malaysia (M Keadaan Pepeja
pingat emas, Padang UMT berjaya merangkul tiga 6-13 Ogos 2016 - Pasukan Boling ra Universiti Anta Staf n Suka an gangsa di Kejohan satu pingat perak dan dua pingat Malaysia (SUKUM)Â ke-41.
3 – 8 April 2016 - Kump ulan penyelidik UMT, yan g diketuai oleh Prof. Ma Shamsul Bahri Abd Razak dya Dr. menemui spesies kelulu t emas Emas atau nam Tetragonula sirindhorna a saintifiknya e di Kuching, Sarawak dalam Siri Kembara Bo rneo.
19
20
LENSA MEMORI
April 2016 - Penerbit UMT hos Majlis Anugerah Penerbitan Ilmi ah Malaysia (MAPIM) –KPT 2015 di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
16 November 2016 - Majlis Menandatangani MoU antara Coral Triangle Initiative on Coral Reefs, Fisheries and Food Security (CTI-CFF) dengan UMT di Auditorium Mahyuddin, UMT.
Lensa Memor
Februari 2016 - Kejadian ombak besar yang m di sepanjang pantai UMT dan sekitar pantai M kegusaran dan masalah kepada warga kamp kejadian pertengahan Januari yang lalu, fenome kejadian hakisan pantai antara yang terburu tempoh dua tahun be
23 Februari 2016 - Konsep Kesepunya
3 Ogos 2016 - Universiti Malaysi a Terengganu (UMT) memulak an jalinan kerjasama kepakaran strategik bersama-sama Univers iti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Bureau Veritas Malaysia Sdn. Bhd. (BV) melalui satu Perj anjian Persefahaman (MoU) dala m satu majlis pada di Pusat Komunikasi Strategik (PKS), Putr ajaya.
ri UMT 2016
mengakibatkan hakisan berskala besar Mengabang Telipot terus menimbulkan pus dan masyarakat sekitar. Dalam ena ombak besar telah mengakibatkan uk di sepanjang pantai UMT dalam erturut -turut.
aan dan Keserakanan UMT dan UNISZA.
Infokus Disember 2016
i Haji UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aien 24-27 April 2016 - Naib Canselor ent, gem Enga al Glob ram prog ai menyert Mokhtar bersama peserta lain yang ikat. Pennsylvania, Amerika Syar Global Challenges di University of
u rtai Pesta Buk it UMT menye rb % ne 35 Pe n ta 16 ka 20 pening 29 April-9 Mei rdang dengan di MAEPS Se 15. a gs 20 n an hu ab ta ar Ant ripada hasil jualan da
rsity, Jepun syarah dari RikKyo Unive 16 orang pelajar dan pen ai am Ser 6 201 os T. Og 12 Hatcheri AKUATROP, UM
telah melawat
21
22
FOKUS
OMAse
Medan Pertukaran Bidang Ilmu Libat 12 Universiti Dalam dan Luar Negara oleh: Mohd Izham bin Mohd A Wahid |Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
P
ersidangan “The 3rd International Conference of Ocean, Mechanical and Aerospace – Scientists and Engineers – (OMAse) 2016” telah memilih Universiti Malaysia Terengganu sebagai destinasi pilihan dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) selaku sekretariat persidangan ini.
Kali pertama diadakan di Malaysia, persidangan yang melibatkan penglibatan peserta antarabangsa ini dianjurkan oleh International Society of Ocean, Mechanical and Aerospace Scientist and Engineers (ISOMAse), berjaya menarik penyertaan peserta daripada 12 universiti tempatan dan luar negara. Lima buah universiti daripada Indonesia dan Jepun telah
menghantar seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik dan pelajar pascasiswazahnya. Antara universiti berkenaan ialah Hiroshima University Jepun, Indraprasta Pgri University, Kalimantan Islamic University, Universitas Riau dan Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia. Pembentangan kertas kerja daripada universiti tempatan terdiri daripada Universiti Sains
Infokus Disember 2016
Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid.
Profesor Dr. Hironori Yasukawa daripada Universiti Hiroshima Jepun, seorang pakar akademik yang terkenal dalam bidang kejuruteraan kelautan menyampaikan ucaptama.
Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) termasuk daripada Akademi Laut Malaysia (ALAM). Ia berlangsung selama dua hari pada 7 - 8 November 2016 di Auditorium, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dan Dewan
Syarahan, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu. OMAse 2016 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah UMT. Ucaptama persidangan telah disampaikan oleh Profesor Dr. Hironori Yasukawa daripada Universiti Hiroshima Jepun, seorang pakar akademik yang terkenal dalam bidang kejuruteraan kelautan.
Sebanyak 55 kertas kerja berjaya dibentangkan merangkumi pelbagai aspek bidang kajian seperti Kejuruteraan Marin, Persekitaran dan Keselamatan, Tenaga Boleh Diperbaharui, Senibina Kapal dan Kejuruteraan Pantai, Struktur Marin dan lain – lain lagi. Pelbagai isu semasa telah dibincangkan seperti teori inovasi, metodologi, rangka kerja, kaedah dan aplikasi dalam bidang – bidang tersebut. Persidangan ini telah mendapat sokongan tajaan daripada syarikat persendirian seperti Terafulk Ship Design, Indonesia, PowerCraft, NUMIT Group dan AfifHazmi Design.
23
24
PENYELIDIKAN
ECERDC dan UMT Iktiraf Ikon empower Akademik dan Keusahawanan
oleh: Dr. Mohd Nizam Lani | Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri
K
arnival Kemahiran Teknikal dan Keusahawanan empower ECER telah dianjurkan pada 27 Oktober 2016 bertempat di Foyer Dataran Kompleks Siswa, Universiti Malaysia Terengganu. Tujuan penganjuran karnival ini ialah untuk memberi motivasi dan maklumat mengenai peluang pendidikan Kemahiran Teknikal, Vokasional dan Keusahawanan kepada pelajar PT3 dan SPM dari sekolah yang terpilih dengan Program empower ECER Latihan Akademik di Daerah Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Selain itu, program ini juga mengiktiraf Ikon daripada usahawan dalam kalangan peserta empower keusahawanan yang telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka setelah menghadiri program empower. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YABhg. Puan Hajah Halina binti Zakaria, isteri kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Melalui ucapan perasmian yang disampaikan oleh beliau, “Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sistem pendidikan negara, malah peranannya juga dalam meningkatkan kemajuan negara�. Beliau juga menegaskan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional turut mempunyai komponen akademik sebagaimana bidang akademik yang lain seperti bidang
sains, kesusasteraan dan bahasa serta perakaunan. Tetapi bidang berkaitan vokasional ini mempunyai lebih komponen yang bersifat teknikal dan fizikal seperti kejuruteraan, penyelenggaraan mesin, pengimpalan dan pertukangan. Para pelajar yang lemah dan kurang minat terhadap akademik, digalakkan untuk menceburi bidang-bidang yang berbentuk teknikal, kemahiran dan keusahawanan yang mana mampu menjamin masa depan mereka. Tambahan pula, kerajaan juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang perindustrian sebagai salah satu penyumbang kepada pencapaian negara maju. Agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menjangkakan akan wujud 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan sasaran sebanyak 60% daripada pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training-TVET). Menyedari keperluan dan kepentingan TVET dalam pembangunan kapasiti dalam kalangan rakyat tempatan bagi menyokong merealisasikan status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, maka Kementerian telah merangka dan
melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional mulai 2012. Usaha murni ini diperhebatkan lagi dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025, iaitu memperkasakan bidang vokasional dan teknikal. Manakala bagi Program empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan pula, objektif program ini adalah untuk menjana pendapatan tambahan kepada komuniti B40 sekitar melalui latihan kemahiran yang membolehkan peserta bekerja dari rumah, menjadi usahawan atau sebagai pekerja bermajikan selaras dengan objektif kerajaan yang digariskan dalam RMK10, RMK11 dan Bajet 2017. Sehubungan itu, para peserta akan melalui lima fasa latihan iaitu, fasa penerapan minda usahawan, kemahiran teknikal dan kemahiran keusahawanan, fasa latihan praktikal keusahawanan, fasa bimbingan dan fasa penempatan untuk tempoh 2 tahun. Melalui program ini, dua kursus telah ditawarkan kepada peserta iaitu Kursus Kulinari dan Kursus Jahitan/ Fesyen. Golongan sasaran bagi kursus-kursus ini adalah ahli yang merupakan isi rumah kepada peserta Akuapolitan Kuala Nerus yang berumur dari 16 hingga 45 tahun. Kursus-kursus ini telah bermula
Infokus Disember 2016 pada bulan Mei 2016 bagi 43 orang peserta yang telah dijalankan di Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER di Seberang Takir, Kuala Nerus dan Pusat Latihan GIATMARA Kuala Nerus di Kampung Bukit Petiti. Pada majlis perasmian itu juga turut menyampaikan ucapan adalah Pengarah Projek empower ECER merangkap Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Nur Azura Sanusi bahawa UMT bertuah kerana mendapat kerjasama penuh dari pihak GIATMARA dalam melaksanakan komponen kedua bagi fasa pertama iaitu kemahiran teknikal bagi kursus kulinari. Manakala komponen penerapan minda usahawan dan kemahiran keusahawanan dilaksanakan oleh pihak UMT. Beliau juga turut berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para peserta iaitu, “Berdasarkan kemahiran soft skill, hard skill dan keusahawanan tersebut, para peserta telah mendapat manfaat dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, ada juga peserta berupaya mengembangkan perniagaan dan impak segera yang dapat diukur adalah peserta berupaya membuat kunci kira-kira asas perniagaan dan mempunyai pelan perancangan perniagaan serta pemasaran secara online�. Seramai hampir 500 orang hadirin terdiri daripada pelajar PT3 dan SPM dari tiga Daerah Kuala Nerus, Setiu dan Besut, 23 orang peserta empower kemahiran kulinari, Pengetua dan guru-guru Penyelaras, serta pempamer dari 8 buah institut pengajian teknikal di Terengganu hadir bagi memeriahkan karnival tersebut.
YABhg. Puan Hajah Halina melawat gerai pameran oleh institut kemahiran teknikal dan UMT.
Para pelajar mendengar penerangan daripada pegawai yang bertugas di gerai Jabatan Pengurusan Akademik, UMT.
25
26
SOROTAN PERISTIWA
UI-Creates
Peluang Dekati Budaya Indonesia
UI-Creates, merupakan satu program pengantarabangsaan berkonsepkan kem musim panas yang ditawarkan oleh Universitas Indonesia (UI). Ia berbentuk program yang mengandungi kursus berkredit yang dibuka sepanjang
oleh: Mohd Izham Mohd A Wahid | Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
tahun kepada pelajar universiti luar negara. UI-Creates membuka peluang kepada pelajar daripada negara selain Indonesia untuk mempelajari diversiti budaya dan masyarakat di sana. UI merupakan antara universiti awam yang dibiayai
oleh kerajaan Indonesia. Ia terkenal sebagai sebuah universiti terulung dalam penyelidikan di peringkat antarabangsa. UMT telah menghantar seramai 15 orang pelajar untuk menyertai UICreates pada awal November 2016
Infokus Disember 2016
“Program ini telah memberikan ilmu baharu dalam aspek mengenali keunikkan budaya dan juga faktor sejarah yang mempengaruhi pembentukan identiti bangsa Indonesia.�
Mencanting batik, antara aktiviti menarik yang dilalui oleh pelajar UMT di, Indonesia Barat.
Lin Shen Yoong yang mengikuti program ini sempat bergambar kenangan di lokasi menarik di sana.
yang lalu sebaik cuti pertengahan semester bermula. Para pelajar yang terpilih telah mengikuti program ini selama seminggu di kampus UI di Daerah Depok, Indonesia Barat. Semua sesi kuliah dalam modul UICreates diadakan di Fakultas Undang
– undang UI dan dikendalikan oleh para pensyarah dalam bidang sosial dan masyarakat. Sepanjang berada di sana, kumpulan pelajar ini diiringi oleh Dr. Isma Rosila Ismail, Timbalan Pengarah, Pusat Antarabangsa UMT. Peserta kali ini dipilih dalam
kalangan calon pelajar daripada semua pusat pengajian berdasarkan syarat yang ditetapkan dan berjaya melepasi temuduga oleh Pusat Antarabangsa. Ia dibiayai sepenuhnya melalui tabung mobiliti pelajar. Lin Shen Yoong, penuntut Tahun 2 Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim), daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, antara yang dipilih mengikuti program ini. Menurut beliau, program pengantarabangsaan seperti ini membuka pengalaman dan peluang untuk mempelajari budaya Indonesia dengan lebih mendalam. Jelasnya, persamaan budaya antara Indonesia dan Malaysia dapat diperhatikan terutama dalam cara hidup, tatacara pakaian, makanan, bahasa, termasuk alat muzik tradisional. Ini memandangkan asal-usul kedua negara ini adalah daripada bangsa serumpun yang sama. Beliau turut mendapat pengalaman menarik apabila berpeluang mengunjungi Perpustakaan Pusat Universitas Indonesia yang dianggap sebagai perpustakaan terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, sepanjang
27
28
SOROTAN PERISTIWA
Seramai 15 orang pelajar menyertai UI-Creates di Daerah Depok, Indonesia Barat.
mengikuti UI-Creates, para peserta turut dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta dan beberapa tempat monumen bersejarah. UI-Creates telah berjaya memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar yang mengikutinya. Menurut Dr. Isma Rosila, para pelajar telah memberikan pelbagai maklum balas positif kepada beliau. Antaranya, program ini telah memberikan ilmu baharu dalam aspek mengenali keunikan budaya dan juga faktor sejarah yang mempengaruhi pembentukan identiti bangsa Indonesia. Kepadatan penduduk di sana dan jurang taraf hidup yang tinggi telah memberikan pengajaran kepada para pelajar ini menyaksikan sendiri, kesukaran masyarakat yang bersaing untuk mendapatkan pendidikan terbaik.
Semua pelajar ini juga sempat mengikuti sesi kuliah dalam modul UI-Creates diadakan Fakultas Undang- undang UI dan dikendalikan oleh para pensyarah dalam bidang sosial dan masyarakat.
Pelajar juga telah didedahkan dengan persamaan atau perbezaan antara kebudayaan mahupun bahasa kebangsaan Indonesia dan Malaysia. Model UI-Creates juga sesuai dibangunkan oleh UMT jika ingin menawarkan program antarabangsa
seumpamanya menggunakan konsep yang sama. Kandungannya boleh disesuaikan dengan bidang kekuatan UMT dan kemudahan infrastrukur yang ada, untuk ditawarkan kepada pelajar universiti luar negara.
Infokus Disember 2016
UMT
Terima 35 Pelajar Antarabangsa Jalani Latihan Industri oleh: Muhammad Haniff Mohd Yusoff | Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur
P
usat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima 35 orang pelajar antarabangsa bagi mengikuti program Latihan Industri berkaitan bidang Sains Perikanan dan Akuakultur di sini. Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Chittagong Veterinary and Animal Science University (CAVSU), Bangladesh.
Para pelajar ini merupakan pelajar Ijazah Sains Perikanan (Dengan Kepujian) tahun akhir daripada Fakulti Perikanan, Chittagong Veterinary and Animal Science University (CAVSU), Bangladesh. Mereka akan berada di UMT selama sebulan bermula dari 7 November 2016 sehingga 5 Disember 2016. Sepanjang mereka di sini, mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan akan mengikuti kursus berkaitan Teknologi Penghasilan
29
30
SOROTAN PERISTIWA
Pelajar-pelajar wanita Chittagong Veterinary and Animal Sciences University, Bangladesh bangga menunjukkan kat matrik mereka sebagai pelajar UMT.
Benih, Kesihatan Organisma Akuatik dan juga Pemakanan dan Teknologi Pemakanan Ikan. Selain itu, mereka juga akan mengikuti aktiviti pembelajaran di pulau, lawatan ke tempat perikanan dan ternakan akuakultur serta aktiviti sampingan yang lain. Objektif latihan industri ini ialah untuk memenuhi Program Mobiliti Pelajar (Inbound and Outbound) untuk pelajar prasiswazah dan pascasiwazah yang merupakan salah satu Key Performance Index (KPI) di bawah Critical Agenda Program (CAPS) pengantarabangsaan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Program mobiliti antarabangsa merujuk kepada pergerakan inbound atau outbound pelajar melakukan aktiviti akademik seperti kursus musim panas, pertukaran pelajar, latihan industri dan penyelidikan bersama dan lawatan sambil belajar dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 hari.
“Program ini juga dapat meningkatkan citra dan usaha-usaha pengantarabangsaan UMT bagi mengeratkan hubungan kerjasama dengan rakan MoU UMT.� Menerusi Program Mobiliti Pelajar Inbound, UMT akan menerima pelajar luar negara untuk mengikuti kursus dan membantu dalam meningkatkan kefahaman mereka bagi isu atau teknologi berkaitan bidang pengajian mereka di sini. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan citra dan usaha-usaha pengantarabangsaan UMT bagi mengeratkan hubungan kerjasama dengan rakan MoU UMT. Ini juga merupakan langkah UMT
dalam mempromosikan program pengajian UMT bagi meningkatkan kemasukan pelajar pasca siswazah antarabangsa dan dapat membuka peluang agar para pensyarah UMT dapat bekerjasama dengan penyelidik dan pensyarah luar negara. Bagi pembangunan pelajar UMT pula, program ini dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka dalam aspek komunikasi terutamanya melibatkan penggunaan bahasa inggeris dan kemahiran melalui perkongsian ilmu berkaitan bidang pengajian mereka. Secara tidak langsung, pelajar UMT dapat menjadi duta kecil bagi UMT dan Malaysia untuk mempromosikan budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Keadaan ini dapat menjadikan pelajar UMT menjadi graduan yang berwibawa dan meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi membolehkan mereka bersaing mendapatkan peluang pekerjaan apabila bergraduan.
Infokus Disember 2016
Barisan Kepimpinan MPP UMT Sesi 2016/2017 Mahu Martabatkan Mahasiswa UMT ke Peringkat Global oleh: Nurul Hidayah Nor Azam | Exco Publisiti dan Penerbitan MPP UMT
M
ajlis perwakilan pelajar (MPP) adalah sebuah organisasi di mana ia terdiri daripada beberapa orang pelajar yang dipilih secara pilihan raya peringkat universiti. Organisasi ini bertindak mewakili para pelajar dalam segala urusan dan menyuarakan isi hati serta pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu institusi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segala sudut aspek iaitu kemahiran, akademik, sukan, sahsiah dan intelek. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempunyai organisasi MPP tersendiri yang melibatkan 24 orang pelajar. Seramai 27 orang pelajar telah
mengambil bahagian dalam pilihan raya umum peringkat universiti ini di mana sembilan orang daripadanya telah memenangi kerusi perwakilan tanpa bertanding. Semua calon yang berjaya untuk memenangi kerusi pilihan raya telah melalui proses kelayakan iaitu calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.5 dan ke atas. Selepas seminggu berakhirnya proses pilihan raya, pihak universiti telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pelajar di Hotel Permai iaitu pada 4 Oktober 2016. Seramai 24 orang pelajar telah terlibat secara langsung dalam upacara mengangkat sumpah dan ikrar bagi menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab
yang diberi dengan sedaya upaya. Berikut adalah barisan kepimpinan MPP UMT 2016/2017: Yang Dipertua Abdul Aziz Mohamed Ridzwan Timbalan Yang Dipertua I Wan Muhammad Naziq Che Nor Timbalan Yang Dipertua II Nur Alia Wahidah Ridzuan Setiausaha I Hayqa Shahyra Ramlee Setiausaha II Nurul Farhana Ismail Bendahari Tan Chiew Sia
31
32
SOROTAN PERISTIWA Barisan kepimpinan MPP UMT sesi 2016/2017 ini dibantu oleh 18 orang exco yang lain. Barisan MPP UMT bergerak dengan visi memartabatkan mahasiswa UMT di arena global dengan misi memperkasa tanggungjawab hakiki sebagai wakil pelajar untuk mencapai penyatuan mahasiswa demi melahirkan mahasiswa yang berkebolehpasaran tinggi melalui akademik dan kokurikulum. Tugas MPP Barisan pucuk pimpinan MPP UMT akan mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya seminggu sekali sebagai usaha merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara individu organisasi. Seterusnya, membincangkan permasalahan dan persoalan yang telah diketengahkan oleh pelajar-pelajar UMT sendiri sekali gus menyelesaikan konflik para pelajar tersebut dengan merujuk kepada pihak berkuasa dan penasihat. Majlis Perwakilan Pelajar UMT telah menggunakan pelbagai medium sebaik mungkin, khususnya media sosial sebagai usaha mendekatkan diri dengan para pelajar. MPP UMT sendiri mempunyai akaun laman Facebook dan Twitter sebagai usaha memudahkan lagi proses pendekatan pelajar. Pelajar juga boleh mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan secara atas talian di mana pihak UMT telah menyediakan borang Google untuk diisi oleh pelajar. Pihak MPP UMT juga akan membantu pelajar yang ingin mengadakan program atau projek istimewa dari segi kewangan, tenaga kerja dan sebagainya.
Untuk aktiviti yang akan datang, MPP UMT akan mengadakan satu sesi diberi nama ‘Santai MPP’ di mana para pelajar boleh mengemukakan sebarang persoalan dan kemusykilan yang mereka hadapi. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara Majlis Perwakilan Pelajar UMT dengan para pelajar UMT sendiri. Seterusnya, meningkatkan komunikasi dua hala di antara pelajar dan pihak Majlis Tertinggi UMT. Sebarang permasalahan dan kemusykilan yang pelajar hadapi perlu diketengahkan ke pihak berkuasa UMT oleh MPP. Sudah menjadi lumrah MPP, menjadi perantara pelajar dan pihak tertinggi UMT. Pada 19 hingga 21 Oktober 2016 yang lalu, telah berlangsungnya program pencarian ahli sekretariat MPP. Program ini telah diadakan di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Aras 1 Kompleks Siswa. Ini bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar menyertai organisasi kecil MPP UMT. Seramai 68 orang pelajar telah melibatkan diri dengan program ini dan hanya 40 orang pelajar sahaja yang berjaya menempatkan diri dalam organisasi ahli sekretariat MPP ini. Fungsi Sekretariat MPP Ahli sekretariat MPP banyak menyumbang tenaga dan memberi bantuan sekiranya terdapat program dan karnival. Seramai 40 orang ahli MPP telah terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan satu-satu program. Antara fungsi sekretariat MPP ini adalah seperti
menjadi pengiring, pengendali majlis dan pengurus sesebuah majlis atau karnival itu sendiri. Pihak berkuasa UMT juga menyediakan sijil tertinggi kepada sesiapa yang menyertai MPP dalam menjayakan program dan karnival. Selain itu, ahli sekretariat MPP tersebut juga mendapat peluang mengendalikan program bersama-sama MPP UMT, sekali gus memperoleh pengetahuan serta pengalaman dalam menjayakan program dan karnival. Antara program yang telah dilaksanakan oleh MPP UMT ialah pada 5 November 2016 telah berlangsungnya Majlis Pengagihan Bubur Asyura di Pantai Tok Jembal yang melibatkan semua wakil pelajar UMT iaitu seramai 24 orang. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar UMT dan penduduk setempat serta badan bukan kerajaan di Kuala Terengganu. Barisan MPP UMT juga telah mengadakan lawatan ke Pusatpusat Tanggungjawab (PTj) di UMT dalam usaha mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat dengan pihak pengurusan UMT. Program ini telah melibatkan semua ahli perwakilan pelajar UMT dan pegawai PTj sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkenalan, beramah mesra serta merapatkan hubungan silaturahim antara pegawai dan ahli perwakilan pelajar. Pada tanggal 10 -12 November 2016 telah berlangsungnya Karnival Jom Masuk Kelab di mana karnival ini melibatkan semua ahli MPP dan pelajar-pelajar UMT. Objektif karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar UMT
Infokus Disember 2016
khususnya pelajar baru tentang kelab dan persatuan yang terdapat di UMT. Kelebihan menjadi ahli MPP Pelajar yang menyertai organisasi MPP akan memperoleh banyak kebaikan, sebagai contoh, individu dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Sepertimana nasihat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, YBhg. Prof. Dr. Anuar Hassan, “Kemahiran insaniah adalah penting dalam kehidupan.� Kebanyakan syarikat menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang berbanding kemahiran akademik semata-mata, ini kerana kebanyakan syarikat di era ini memerlukan graduan yang cemerlang dari sudut praktikalnya bukan hanya pada teori. Ini tidak bermaksud bahawa
teori tidak penting bagi memperoleh tempat dalam bidang pekerjaan akan tetapi teori dan praktikal haruslah bergerak secara selari. Tambahan pula, MPP juga diberi kelebihan untuk menetap di kolej kediaman pelajar bagi memudahkan MPP untuk menjalankan tugas. Selain itu, MPP akan memperoleh elaun sekiranya menghadiri program yang melibatkan pihak luar khususnya pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perkara yang paling penting ialah mendapat peluang menambah pengalaman sendiri. Dalam organisasi MPP juga, kami bekerjasama dalam apa jua bidang, majlis, program, aktiviti dan sebagainya bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan baik. Apabila terdapat sebarang permasalahan yang berlaku atau timbul, pihak MPP akan berbincang
secara profesional bagi menangani dan menyelesaikan masalah tersebut. Di kesempatan ini, kami menyahut cabaran sebagai wakil pelajar untuk mengetengahkan hasrat dan keinginan pelajar UMT bagi mewujudkan suasana universiti yang harmoni dan kondusif. Bak kata Aziz Ridzwan iaitu Yang Dipertua MPP, “Dengan kekuatan seramai lebih 12000 orang pelajar yang mempunyai prestasi serta intelektual yang cemerlang, kami yakin bahawa UMT akan meningkat ke tahap yang paling tinggi serta berjaya melahirkan generasi cemerlang yang bakal memimpin negara�. Kami berbesar hati menerima ini sebagai amanah, tanggungjawab dan cabaran buat kami untuk meningkatkan lagi pencapaian institusi ini tidak kira dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.
33
34
SOROTAN PERISTIWA
UMT Lancar
Hari Bebas Kenderaan Bermotor oleh: Harisom Anida Musa | Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
S
ejak akhir-akhir ini, konsep kelestarian atau sustainability telah diterapkan dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, pembangunan kampus kini turut mengambil kira aspek kelestarian. Konsep Pembangunan Lestari merupakan kaedah penting dalam menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Pembangunan Lestari juga pada dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan generasi kini tanpa menolak idea generasi akan datang bagi penambahbaikan pembangunan lestari itu sendiri.
Salah satu komponen yang terdapat dalam Blueprint Kampus Lestari UMT adalah mewujudkan sebuah kampus mesra pejalan kaki dan berbasikal serta mengurangkan kemasukan kenderaan bermotor. Bagi merealisasikan usaha ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Hari Bebas Kenderaan Bermotor dalam usaha mengekalkan kawasan kampus yang lestari, sihat dan bersih. Program ini melakar sejarah apabila UMT menjadi Universiti Awam pertama di Pantai Timur yang merintis kempen seumpama ini. Pelaksanaan Hari Bebas Kenderaan Bermotor kampus UMT ini akan dilaksanakan pada setiap
hari Khamis minggu pertama bagi setiap bulan bermula 10 November 2016. Kawasan Zon Akademik UMT telah diwartakan sebagai kawasan Bebas Kenderaan Bermotor yang mencakupi satu per dua daripada keseluruhan kawasan kampus dan hanya kawasan tertentu sahaja dibenarkan untuk laluan bermotor pada hari tersebut. Bermula dari jam 12.00 tengah malam sehingga jam 6.00 petang semua warga kampus hanya dibenarkan berjalan kaki atau menaiki basikal di dalam zon yang telah diwartakan sebagai zon bebas kenderaan bermotor. Usaha ini telah disambut baik oleh semua warga kampus dan menyokong penuh
Infokus Disember 2016
“Bacaan udara dalam kampus UMT amat baik tetapi dengan adanya program ini, ianya dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan secara tidak langsung, pembebasan gas karbon monoksida dalam kawasan kampus dapat dikurang dengan lebih optimum.”- YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar bersama Pegawai-pegawai Utama semasa melancarkan Program Hari Bebas Kenderaan bermotor di UMT.
program ini dengan meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan sahaja. Bagi memudahkan pergerakan para pelajar dan kakitangan, sejumlah 262 buah basikal disediakan oleh pihak penganjur dan Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) manakala soal pengurusan penggunaan basikal pula dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Majlis penyerahan basikal dan pelancaran Program Hari Bebas Kenderaan Bermotor telah diadakan di perkarangan Kompleks Siswa dan disertai oleh kakitangan serta para pelajar. Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar berkata, “bacaan udara dalam kampus UMT amat baik tetapi dengan adanya program ini, ianya dapat membantu mengurangkan
Pelajar UMT seronok beramai-ramai menaiki basikal ke dewan kuliah.
penggunaan kenderaan bermotor dan secara tidak langsung, pembebasan gas karbon monoksida dalam kawasan kampus dapat dikurang dengan lebih optimum”, ujar beliau yang ditemui dalam satu sesi yang berbeza. Masalah kesesakan lalu lintas dan kekangan lot parkir adalah isu utama yang dapat ditangani dengan wujudnya Hari Bebas Kenderaan Bermotor di kampus UMT. Produktiviti, kesihatan dan
kesejahteraan warga kampus meningkat serta gaya hidup sihat dapat diamalkan. Turut hadir sama di Majlis Penyerahan Basikal bersempena Hari Bebas Kenderaan Bermotor adalah pegawai-pegawai kanan dan utama UMT bersama-sama 300 orang pelajar dan warga UMT. Usai majlis penyerahan, Naib Canselor turut meluangkan masa berbasikal mengelilingi kampus diiringi ahli-ahli Kelab Cycling UMT dan warga UMT.
35
36
SOROTAN PERISTIWA
Warga UMT
Sahut Semangat
Hari Sukan Negara 2016 oleh : Siti Zainab Mat Zin Pusat Sukan dan Rekreasi UMT
H
ari Sukan Negara (HSN) diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.
Infokus Disember 2016
Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) pertama kalinya di Pavillion pada 24 Mac 2015, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Hari Sukan Negara disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun. Tahun ini HSN berlangsung pada 8 Oktober 2016. Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat UMT bagi tahun 2016 pada 8 Oktober 2016 bertempat di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT. Seramai 2517 peserta yang terdiri daripada staf, pelajar dan penyertaan daripada agensi luar termasuk 300 orang pelajar SK Tanjung Gelam telah hadir dalam menjayakan sambutan HSN pada kali ini. Antara acara yang telah dianjurkan oleh pusat sukan ialah senamrobik, street soccer, bola jaring, renang, bola tampar dan badminton.
37
38
SOROTAN PERISTIWA
Penganjuran sukan ini juga lebih kepada usaha mengeratkan silaturahim antara warga kampus dan memastikan warga UMT berada dalam keadaan sporting nation untuk melakukan sesuatu seperti yang diamanahkan. Sambutan HSN ini dilaksanakan serentak di seluruh negara dan jumlah penyertaan warga UMT akan dilaporkan kepada urus setia negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Infokus Disember 2016
RENUNGAN Islam dan Tanggungjawab Ilmu Ayat pertama Allah SWT berfirman dalam surah Al-Alaq tentang gesaan terhadap manusia agar menuntut ilmu: “Bacalah, (tuntutlah ilmu) dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan semua makhluk.” Menerusi gesaan tersebut, jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama berteraskan ilmu. Manakala golongan yang menuntut ilmu pula akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Perkara ini juga telah dijelaskan dalam surah al-Mujadalah ayat 11: “Allah SWT mengangkat darjat golongan yang beriman dalam kalangan kamu dan golongan yang berilmu.” Firman Allah SWT tersebut telah menggambarkan tentang darjat golongan yang beriman dan berilmu akan dinaikkan oleh Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat. Dengan darjat inilah menjadikan golongan yang berilmu mendapat tempat dalam masyarakat. Seterusnya dilantik menjadi pemimpin yang berwibawa dalam menerajui ketamadunan duniawi dan ukhrawi. Namun begitu, golongan yang menempa kejayaan dengan ilmu jangan terlalu leka sehingga takbur atau menyalahgunakan ilmu ke jalan yang dimurkai Allah SWT. Ini adalah kerana, ilmu juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas dan dipersoalkan pada akhirat kelak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan bergerak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga ditanya empat perkara, tentang umur apakah yang dilaluinya, tentang jasad apakah yang digunakannya, tentang ilmu apakah yang diamalkannya dan tentang harta dari manakah diusahakannya serta dengan bentuk manakah dihabiskan harta tersebut.” Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT
39