Skip to main content

7 Petala Sasterawan Negara

Page 1

Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus 2019


Petala 7 Sasterawan Negara Hak Cipta Terpelihara Š 2019. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Š 2019 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Director, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Diterbitkan oleh / Published in Malaysia by Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. http://penerbit.umt.edu.my E-mel: penerbitumt@umt.edu.my Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Kandungan Usman Awang 8

A Samad Said 26 Muhammad Haji Salleh 34 Anwar Ridhwan 46 Kemala 68 Baha Zain 86 Zurinah Hassan 97


Secangkir Kata


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.

S

yukur Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Penerbit UMT dapat merealisasikan hasrat mendokumentasikan bait-bait indah puisi karya tujuh orang Sasterawan Negara. Pihak UMT amat berbesar hati dengan kesudian Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang (menerusi anakanda beliau Puan Haslina Usman), Dato’ Seri Abdul Samad Said, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Dato’ Dr. Zurinah Hassan menyumbang puisi-puisi indah mereka dalam buku ini. Penerbitan Petala 7 Sastewan Negara ini adalah langkah proaktif UMT demi menyahut seruan YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik supaya masyarakat universiti menghargai serta mendekati Sasterawan Negara demi melestari kelangsungan persuratan dan sastera Negara. Himpunan puisi yang digarap dalam bahasa puitis ini memberikan banyak pengajaran mengenai kehidupan, kasih sayang dan memupuk semangat patriotisme kepada masyarakat pembaca. Penerbitan Petala 7 Sastewan Negara juga memberi peluang kepada golongan pembaca khususnya pelajar universiti untuk menatap, menghayati dan menikmati puisi indah Sasterawan Negara. Semoga penerbitan buku puisi ini mencipta sejarah sebagai penyatuan puitis tujuh karyawan hebat Negara. Puisi meleburkan hati yang keras, melekap di jiwa dan membuka minda pembaca. PROFESOR DATO’ DR. NORAIEN MANSOR


Usman Awang

Allahyarham Datuk Dr. Usman bin Awang Sasterawan Negara Ke-3

Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Pendidikan yang diterimanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, malah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, dan “Salam Benua.” Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang. Ketokohan Usman Awang menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat”

8

Petala 7 Sasterawan Negara

yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpen-cerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis. Degup Jantung adalah satu-satunya kumpulan cerpennya setakat ini. Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanah air, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Beliau bukan saja hidup sebagai pencipta karya yang asli dan halus, malah sebagai penggerak yang berani kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962 – 1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti seni lainnya. Antologi puisi “Keranda 152” dan “Teluk Gong” adalah hasil daya usaha Usman Awang bersama-sama penyair-penyair lain. Dalam tahun 1982, Usman Awang telah terpilih menerima S.E.A. Write Awards. Pada 11 Ogos 1983, Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985, iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). A Bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang sastera, Usman Awang telah dianugerahi gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1991.


Petala 7 Sasterawan Negara

9


Bagaimana Kalau‌

(Dengan apologi kepada Taufik Ismail dan Dinsman) Bagaimana kalau semua jalanraya ibu kota dibuat jalan sehala untuk semua motokar menuju ke luar bandar, kemudian tiap jalan masuk ke ibu kota dibubuh papan tanda besar: NO ENTRY kecuali Proton Saga. Apakah semua orang membeli motokar Buatan Malaysia? Bagaimana kalau segala simpang tiap jalan raya ibu kota yang malang termasuk simpang Rumah Perdana digali beberapa lubang yang dalam oleh pekerja LLN yang rajin; kemudian digali lagi lubang-lubang lain oleh para pekerja JKR yang lebih rajin; datang pula para pekerja Telekom yang tiga kali lebih rajin menggali lubang lain maka malamnya hujan pun turun dengan lebatnya tanpa henti tujuh hari tujuh malam lamanya? Bagaimana kalau jana kuasa seluruh negara rosak teruk dengan tiba-tiba kemasukan minyak tanah dihentikan semua gas Petronas jadi angin semua lilin jadi cair semua bateri hilang kuasanya,

10

Petala 7 Sasterawan Negara

sedang malamnya nanti jamuan besar pengantin di rumah baru Perdana Menteri? Bagaimana kalau semua fail dan rekod di pejabat Cukai Pendapatan tiba-tiba padam, semua angka pendapatan kecuali fail para tauke besar dan fail para menteri dan M.P. yang banyak perusahaan dan perdagangan yang namanya disamarkan? Bagaimana kalau pada suatu saat ketika menjalankan tugas yang maha berat untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau terpangkas sudah ke pangkal‌ tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan penduduk Malaysia sebanyak 70 juta? Bagaimana kalau YB Menteri berkenaan berucap di Parlimen membentangkan projek negara tiba-tiba sakit perut memulas-mulas lalu tergesa mencari temoat ‘melepas’ tapi malangnya semua tandas penuh sesak dicangkungi oleh YB ahli-ahli pihak pembangkang? 1979/1984


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
7 Petala Sasterawan Negara by Penerbit UMT - Issuu