Skip to main content

NILAI INTEGRITI PELBAGAI AGAMA

Page 1

NILAI INTEGRITI PELBAGAI AGAMA Pengikat Persefahaman

Editor

Loganathan Veerasamy


Hak Cipta, 2017 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Cetakan Pertama, 2017 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajuddm Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 KUALA LUMPUR Tel. . 03-62092000 Faks : 03-62031005 E-mel: integnti@integriti.my www.mtegriti.my

Hak Cipta Terpehhara. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku mi dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekamk, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis danpada penerbit terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

NILAI INTEGRITI PELBAGAI AGAMA: PENGIKAT PERSEFAHAMAN I Editor Loganathan Veerasamy ISBN 978-967-5091-37-7 1 Social policy. 2. Religion and social problems. 3. Malaysia--Social policy. 4 Malaysia—Politics and government. I. Loganathan Veerasamy, 1958361.6109595

Dicetak oleh LEGASI PRESS SDN BHD No. 17A (1st Floor), Jalan Helang Sewah Taman Kepong Baru, Kepong, 52100 Kuala Lumpur


KANDUNGAN PRAKATA

4

NOTA EDITOR

8

PROFIL PENULIS

11

NILAIINTEGRITI DALAM AGAMA ISLAM

19

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA KRISTIAN

23

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA HINDU

29

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA BUDDHA

37

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA SIKH

43

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMATAOISME

51

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA BAHA'I

55

KESIMPULAN DAN PENUTUP

61


4

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

PRAKATA

Buku kecil dalam tangan pembaca ini diterbitkan khas dengan hasrat untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dapat menghargai kepelbagaian dalam negara, tetapi pada masa yang sama kita juga dapat menghormati persamaan pada nilai- nilai murni yang dipelopori oleh semua agama. Setiap agama menganjurkan kepada kebaikan. Belum lagi kita terjumpa dalam mana-mana kitab suci agama yang meminta penganutnya melakukan sesuatu kejahatan. Sebab itu kita berpandangan bahawa institusi agama mempunyai peranan penting ke arah memupuk dan memperkasakan nilai- nilai murni antara para penganut agama masing-masing agar lahir masyarakat Malaysia yang berintegriti tinggi dan menghormati kepentmgan integrasi antara pelbagai etnik dalam negara. Keharmonian ini tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak mempunyai tahap toleransi dan penerimaan yang tinggi antara satu sama lain serta menghormati agama rasmi dalam negara. Semua ini menjadi syarat penting untuk menjamin keamanan yang berterusan. Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dibentuk dalam tahun 2004 memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia. Lapan institusi yang dikenal pasti sebagai fokus utama usaha pemantapan integriti

adalah

institusi

keluarga,

komuniti,

masyarakat

sivil,

sosiobudaya, ekonomi, politik, pentadbiran dan agama. Daripada lapan yang dijelaskan di atas, institusi agama dilihat sebagai satu tunjang penting dalam gerakan pemantapan etika dan integriti. Institusi agama mempunyai peranan dalam membina integriti individu dan masyarakat, di samping memupuk persefahaman dan perpaduan antara pelbagai penganut agama.


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

5

Saya secara peribadi berpandangan bahawa bukan mudah untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian di Malaysia kalau dilihat pada kepelbagaian dan kerencaman masyarakat, budaya, bahasa dan agama yang ada di dalamnya. Resipi yang kita ada lebih mudah untuk mengkucar-kacirkan negara dari menyatukannya. Perkara yang sama juga boleh kita katakan dalam konteks integriti dan tadbir urus baik. Sangat mudah untuk orang melakukan perkara yang tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa serta melanggar tadbir urus baik. Secara sinisnya, lebih mudah untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kumpulan etnik bersatu padu untuk melakukan perkara-perkara yang salah daripada bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Andaian ini tidak boleh kita biarkan menjadi realiti. Semua rakyat Malaysia tidak kira keturunan dan pegangan agama harus berganding bahu bersama membanteras apa juga perkara yang menjurus kepada rasuah, salah guna kuasa mahupun pelanggaran integriti yang kecil. Semuanya bermula dengan satu kesilapan kecil tetapi boleh memberi impak yang sangat besar. Sebab itu pada pandangan kami di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), institusi agama adalah harapan penting untuk digerakkan bagi kita mencari titik pertemuan agar integrasi dengan integriti dapat kita capai secara bersama. Seperti yang kita sedia maklum, setiap agama menyarankan kepada nilai-nilai kebaikan. Nilai-nilai murni sejagat yang tersirat dalam setiap ajaran agama perlu diketengahkan dan dimanfaatkan demi meningkatkan persefahaman antara penganut pelbagai agama. Pelan Integriti Nasional yang digubal untuk memenuhi cita-cita dan matlamat Rukun Negara dapat membantu untuk mengembangkan peranan institusi agama dalam gerakan pemantapan etika dan integriti dalam kalangan penganut pelbagai agama. Prinsip pertama dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan prinsip sejagat yang menjadi nadi pembinaan integriti masyarakat Malaysia. Penerimaan dan pengamalan


Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

prinsip pertama Rukun Negara mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang ditekankan oleh agama masing-masing demi menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Editor buku ini, Saudara Loganathan Veerasamy harus diberi pujian kerana kegigihan beliau melalui portfolio Institusi Agama di INTEGRITI yang beliau selaraskan telah berjaya mendapat kerjasama tokoh-tokoh yang mempunyai pengetahuan mendalam dan kepakaran dalam ajaran agama masing-masing dalam penyediaan buku kecil ini. Inisiatif untuk menerbitkan buku kecil ini dengan judul Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman diharapkan dapat menjelaskan kepada kita pandangan pelbagai agama tentang nilai-nilai ketuhanan, keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Kelima nilai sejagat ini menjadi asas dalam pembinaan jati diri dan mampu mengembangkan budaya hormat-menghormati serta menjauhi unsur kejahilan yang sebenarnya menjadi ancaman kepada perpaduan kaum. Semoga usaha kecil INTEGRITI ini akan membuahkan hasil ke arah penyatupaduan bangsa Malaysia yang lebih utuh dengan akar integriti yang kukuh. Semoga kefahaman kita tentang perbezaan yang ada akan menjadi pengikat persefahaman yang lebih utuh. Saya bagi pihak INTEGRITI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua penulis dan semua yang terlibat dalam penyediaan buku kecil ini. Terima kasih yang tidakterhingga diucapkan terutamanya kepada YBhg. Dr. Chandra Muzaffar dan YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Hamid Bugo, kedua-duanya Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, atas kesudian mereka bertindak sebagai penasihat, yang turut telah membantu bagi menilai semua hasil penulisan supaya kandungan penulisan selaras dengan tujuan penerbitan. Terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi melapangkan masa membaca buku kecil ini. Sesungguhnya sebuah buku tidak akan mencapai matlamat penerbitannya kalau ianya hanya duduk


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

7

di rak-rak buku tanpa disentuh. Sebab itu peranan pembaca yang menjadi sasaran buku ini juga sangat penting bagi kami di INTEGRITI. Tuan-tuan dan puan-puanlah yang dapat membantu kami untuk menyebarluaskan mesej yang terkandung dalam buku kecil ini. Semoga buku kecil ini menjadi panduan dan rujukan berguna untuk membudayakan integriti berasaskan nilai-nilai murni pelbagai agama. Salam hormat dan selamat membaca.

DATUK DR. ANIS YUSAL YUSOFF Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia


8

Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

NOTA EDITOR

Hasrat merealisasikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang betapa pentingnya menghormati aktiviti keberagamaan dan memupuk budaya berintegriti dari perspektif agama tel ah mendorong portfolio Institusi Agama di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) untuk menyediakan sebuah buku kecil yang bertajuk Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman.

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menggariskan pelaksanaan agenda integriti untuk institusi agama sebagai salah satu daripada lapan strategi teras bagi membudayakan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. INTEGRITI melihat institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakatdan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Justeru, buku kecil ini mengetengahkan lima nilai utama yang bersifat sejagat,

yang

(kepercayaan

tersirat

dalam

kepada

semua

tuhan),

agama

keperibadian,

iaitu

ketuhanan

kekeluargaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan. Contohnya, nilai ketuhanan yang merupakan sifat sejagat bagi semua penganut agama di negara ini merupakan sumber bagi setiap kebaikan. Kebaikan merupakan nilai sejagat yang diterima oleh kesemua agama. Pembangunan dan pembentukan insan, masyarakat dan negara berintegriti adalah bermula dari nilai ketuhanan atau kepercayaan kepada Tuhan, yang turut termaktub dalam Rukun Negara sebagai prinsip pertama yang diterima oleh setiap rakyat negara ini demi kesejahteraan hidup. Nilainilai

sejagat

yang

lain

iaitu

keperibadian,

kekeluargaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan juga diterima dan dipraktis oleh penganut pelbagai agama.


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

9

Ini bermakna melalui pemahaman dan penghayatan kelima- lima nilai ini, yang dikupas menerusi perspektif tujuh agama, kita dapat mencari satu titik persamaan untuk mengembang dan memantapkan lagi usaha membudayakan integriti dalam kalangan penganut pelbagai agama ke arah menjayakan Gagasan 1 Malaysia. INTEGRITI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felo Kanan/Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia atas tulisan beliau yang bertajuk "Nilai Integriti Dalarr Agama Islam", Rev. Dr. Hermen Shastri, Setiausaha Agunc Majlis Gereja-gereja Malaysia merangkap Ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, yang telah mengupas tajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Kristian", Prof. Dr. Rajantheran Muniandy dari Jabatan Pengajian India Universiti Malaya yang telah membantu menyediakan penulisan bertajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Hindu", Dr. Wendy Yee, Pensyarah Kanan Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri, Universiti Malaya dan Encik Chiew Kiang Keng, seorang guru berpengalaman yang telah sudi untuk menyumbangkan penulisan tentang "Nilai Integriti Dalam Agama Buddha", Prof. Madya Dr. Sarjit Singh, Pensyarah Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Universiti Putra Malaysia merangkap ahli INTEGRITI dan Dr. Charanjit Kaur, Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman yang telah menghasilkan tulisan di bawah tajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Sikh". Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Yam Kah Kean, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghoa, Universiti Malaya yang menyumbangkan tulisan bertajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Taoism" dan Encik T.K. Lee, yang telah sudi dan komited untuk menyediakan penulisan menyentuh "Nilai Integriti Dalam Agama Baha'i". Pada kesempatan ini, kami juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu ke arah penerbitan buku kecil ini. Pertama sekali, YBhg. Dr. Chandra Muzaffar dan


12

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sejak 2010 dan salah seorang ahli Tribunal Antarabangsa Rakyat yang memantau penyelewengan pilihan raya umum Malaysia tahun Profesor Dr. Rajantheran Muniandy, Professor di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah. Ijazah pertama, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah diperoleh dari Universiti Malaya. Mantan Timbalan Dekan (Fakulti Sastera dan Sains Sosial) dan mantan Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (Universiti Malaya). Bidang kepakaran dan fokus penyelidikan - Sastera Bandingan Melayu dan India Klasik, Hubungan Kebudayaan Awal India dan Asia Tenggara, Tamadun India, Kesusasteraan Tamil Klasik, Agama dan Falsafah India & Budaya masyarakat India Malaysia. Penerima Swami Vivekananda Memorial GOLD MEDAL (for excellence in Tamil Studies). Setakat ini telah berjaya menghasilkan 20 buah buku, lebih 80 buah artikel dan membuat lebih 50 pembentangan kertas kerja dalam pelbagai persidangan di dalam dan luar negara. Dr. Wendy Yee Mei Tien merupakan Pensyarah Kanan yang mengajar kursus Hubungan Etnik dan Kursus Pengajian Keamanan dan Kemanusiaan di Universiti Malaya sejak tahun 2007. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Belia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2008. Beliau juga memperoleh Sijil dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia dari Universiti Bangsa-Bangsa Bersatu, Tokyo pada tahun 2006. Sebelum berkhidmat di Universiti Malaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah di Institut Pengajian Sains Sosial, UPM (2004 - 2007); Pensyarah Sambilan di Fakulti Ekologi Manusia, UPM dan Tutor di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan (JPPPL), UPM (2004-2007). Aktiviti penyelidikan dan penulisan utama beliau berfokus kepada isu-isu yang berkait dengan pembangunan belia seperti belia dan hubungan etnik, kesejahteraan sosial, identiti


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

13

remaja, belia dan komunikasi antara budaya, pembangunan negara, belia dan pendidikan. Beliau telah berkhidmat sebagai Adjung Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Felo Penyelidik untuk Projek Kebangsaan dalam mengenal pasti Indeks Belia Malaysia dan Indeks Perpaduan Negara dan Pengulas untuk Malaysian Journal of Youth Studies. Beliau merupakan ahli lembaga penasihat bagi Institut Penyelidikan dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dan juga sebagai ahli dalam Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan untuk Kursus Hubungan Etnik. Beliau bersama penulis lain telah mengarang sebuah buku bertajuk Malaysian Youth: Filial Responsibility & Attitudes towards the Elderly (2008) dan bersama penulis-penulis lain telah mengedit buku yang bertajuk Ethnic Relations and Nation Building: The Way Forward (2010) dan Social Entrepreneurship and Community Engagement: Transforming Societies (2016). Encik Chiew Kiang Keng memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman mengajar di sekolah selama38tahun. EncikChiew Kiang Keng mengajarmata pelajaran Pengajian Am dan Bahasa Malaysia di sekolah menengah. Selain mengajar, Encik Chiew Kiang Keng juga menterjemah ucapan- ucapan Dr. Daisaku Ikeda dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk penerbitan dalam majalah COSMIC. Encik Chiew juga terlibat dalam penyuntingan artikel-artikel dalam Bahasa Melayu untuk penerbitan majalah COMIC. Dr. Charanjit Kaur menerima ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan kajian etnik manakala ijazah Sarjana dan Sarjana Muda bidang Antropologi dan Sosiologi. Beliau kini berkhidmat sebagai Penolong Profesor di Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Bidang pengkhususan beliau adalah antropologi budaya dengan tumpuan khas kepada komuniti Sikh di Malaysia, yang menyentuh tema-tema seperti konflik budaya-agama, identiti gender serta perlakuan sosial. Kebanyakan hasil penyelidikan beliau diterbitkan dalam bab buku termasuk pelbagai jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga sering dijemput sebagai ahli panel


14

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

agama Sikh dalam pelbagai forum akademik dan kemasyarakatan, termasuk yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institut Integriti Malaysia dan juga dalam program TV Al Hijrah dan Radio Traxxfm. Profesor Madya Dr. Sarjit Singh Gill memiliki Ijazah Doktor Falsafah

dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah mantan Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Bidang tumpuan kajian beliau adalah pengajian minoriti dan mengkhusus dalam kajian komuniti Sikh, Orang Asli, Peranakan Chetti, Baba Nyonya, Siam, India Muslim, Gurkha dan Portugis di Malaysia. Beliau ahli Institut Integriti Malaysia sejak tahun 2009 dan juga pakar rujuk Dasar Belia Malaysia yang diselia oleh Kementerian Belia dan Sukan. Dr. Yam Kah Kean yang lahir di Pulau Pinang memperoleh Ijazah

Doktor Falsafah dari University of London. Beliau kini berkhidmat di Jabatan Pengajian Tionghoa, Universiti Malaya dengan memfokus program berkaitan Falsafah Cina, Agama Cina, Sejarah China, dan Kebudayaan Cina. Bidang kajian akademik beliau bertumpu aspek Falsafah Taoisme, Konfusianisme dan Agama Cina. Dr. Yam telah menerbitkan sebuah buku berjudul Daojiao de Shangdi Guan (Konsep Tuhan dalam Taoisme). Selain itu, beliau juga menerbitkan artikelartikel yang merangkumi topik- topik mengenai falsafah moral Tang Junyi, perkembangan doktrin Taoisme dari abad kedua sehingga abad keenam, kedudukan falsafah Cina dalam bidang Sinologi, konsep triniti dalam Taoisme, filial piety dalam tradisi Cina, perbandingan konsep "kekosongan" Buddhisme dan Taoisme, dan sebagainya. Dr. Yam juga merupakan pengasas Persatuan Agama Taoisme Malaysia dan kini memegang jawatan Presiden persatuan tersebut. Encik TK Lee merupakan wakil Komuniti Baha'i Malaysia dan bekas

Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran dalam sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan. Beliau berkhidmat dalam Majlis Rohani Kaum Baha'i Malaysia lebih daripada 20


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

tahun dan menjadi Ahli Jawatankuasa Zon 1 di Perbandaran Subang Jaya selama dua tahun. Encik TK Lee juga merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan sejak 2013 dan ahli aktif dalam aktiviti Inter-faith Spiritual Fellowship Malaysia (INSaF), yang merupakan sebuah jawatankuasa di bawah perlindungan pertubuhan Pure Life Society dan ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.


Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA ISLAM Mohd Farid bin Mohd Shahran

19


20

Nilai Integriti Pelbagai Agama- Pengikat Persefahaman

1. NILAI KETUHANAN Nilai ketuhanan tercermin dalam diri seorang individu melalui rukun iman yang pertama iaitu kepercayaan yang teguh kepada Allah. Melalui nilai ketuhanan ini, manusia diajar bahawa Allah adalah Pencipta yang mempunyai namanama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna seperti yang dirakamkan oleh al- Qur'an melalui ayat, "Dan pada Allah itu nama-nama yang indah" (Surah al-A'raf:180). Antara nama dan juga sifat Allah yang utama ialah Maha Pengasih dan Maha Penyayang seperti yang disebut dalam al- Qur'an "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" (Surah alFatihah:3) Sifat-sifat ketuhanan ini jelas menggambarkan rahmat dan kasih sayang yang dibawa oleh Islam kepada seluruh kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan kelompok. Nabi Muhammad juga dihantar untuk membawa mesej kerahmatan yang universal kepada seluruh alam dengan mengajak lereka kepada ketundukan kepada Tuhan Yang Esa. . NILAI KEPERIBADIAN Al- Qur'an, dalam pelbagai ayat, menekankan kepentingan menjunjung nilainilai yang mulia dan unggul. Antara nilai-nilai peribadi mulia yang disarankan ialah berbuat baik sesama manusia dan bersifat adil tanpa mengira bangsa dan agama. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk berlaku adil dan berbuat baik, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan" (Surah Al-Nahl:91). Sementara itu sebuah hadis menceritakan tentang tiga sifat buruk yang harus ditinggalkan, "Tanda orang munafik (hipokrit) itu tiga , apabila bercakap dia berdusta, jika membuat janji dia mungkir, dan jika diberi kepercayaan dia mengkhianati." Keunggulan akhlak Nabi Muhammad sendiri termasuk dalam menyikapi mereka yang berbeza agama sememangnya menjadi contoh terbaik dalam menyemai nilai- nilai peribadi yang unggul. Al- Qur'an menyebut, "Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung". (al- Qalam:4). Begitu juga Nabi Muhammad menyebut "Tidaklah aku dijadikan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." 3. NILAI KEKELUARGAAN Dalam pembinaan sesebuah keluarga, Islam menekankan hubungan baik berasaskan kasih sayang antara suami dan isteri seperti yang


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

21

disebut dalam al-Qur'an "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang (Surah al-Rum:21). Anak-anak pula mempunyai tanggungjawab besar untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa sepanjang kehidupan mereka, "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa" (Surah al-An'am:6). Setiap ahli dalam keluarga mempunyai hak yang harus ditunaikan kepada ahli yang lain. Al- Qur'an merakamkan kisah Luqman yang bijaksana menasihatkan anaknya supaya mempunyai nilai-nilai yang unggul seperti kepercayaan yang kuat kepada Tuhan, merendah diri dan berbuat baik kepada ibu bapa walaupun berbeza kepercayaan. 4.

NILAI KEMASYARAKATAN

Dalam memperkukuhkan ikatan kemasyarakatan, nilai utama yang dianjurkan oleh Islam ialah nilai tolong-menolong, bersatu padu dan hormat-menghormati sesama anggota masyarakat. Islam menekankan kepentingan memuliakan tetamu dan jiran dengan menunaikan hak- hak mereka yang sebenar. Hadis nabi menyebutkan "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya" (riwayat Bukhari). Dalam masyarakat berbilang kaum, sifat kasih sayang dan kesabaran adalah antara ramuan penting dalam menghasilkan perpaduan dan kesatuan. Dalam membina masyarakat yang unggul nilai kemanusiaan yang unggul mengatasi perbezaan kaum dan kelompok. 5.

NILAI KENEGARAAN

Sebuah negara yang baik, dari sudut pandangan Islam, ialah negara yang menekankan keadilan pemerintah dan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Semua keputusan dilakukan secara musyawarah dan setiap ahli yang mendiami negara tersebut akan mendapat hak dan keadilan yang mereka yang selayaknya. Ahli-ahlinya menjunjung nilai-nilai akhlak yang luhur serta mempunyai semangat kesatuan yang tinggi walaupun dalam keadaan berbeza warna kulit dan kepercayaan. Menurut al- Qur'an sekiranya penduduk dalam sesebuah negara mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi, ia pasti akan menjadikannya


22

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

sebuah negara seperti yang disifatkan oleh al- Qur'an sebagai "negeri yang baik dan yang akan diampuni oleh Tuhan" (Surah Saba':15). Dalam sejarah Islam, perlembagaan Madinah yang dipelopori oleh Nabi Muhammad jelas memberikan hak-hak yang mencukupi kepada semua ahli masyarakat termasuk kepada mereka yang berbeza agama. KESIMPULAN Kesemua nilai yang disebutkan di atas merupakan kerangka asas yang akan membentuk pandangan alam, cara berfikir, sistem nilai serta tingkah laku etika seseorang individu terutama dalam hubungannya dengan Tuhan dan juga dengan manusia. Kefahaman yang betul mengenai nilai-nilai di atas diikuti dengan tindakan dan amalan yang betul bakal menghasilkan seorang Muslim yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan Tuhan di samping menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia di sekelilingnya. Dalam konteks kepelbagaian agama, nilai- nilai yang unggul ini penting bagi menghasilkan suasana yang harmoni di dalam sesebuah masyarakat di samping dapat membudayakan nilai- nilai integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat dan membina sebuah tamadun yang gemilang.


Nilai Integriti Pelbagai Agama; Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA KRISTIAN Hermen Shastri


24

Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman

SINOPSIS Ada rujukan di dalam Injil di mana Yesus menyeru pengikut-pengikut-Nya menjadi "garam" dan "terang" di Negara dan dunia. Garam adalah kimia yang sangat kecil namun sangat perlu bagi hidup. Terang adalah di antara pemberi hidup bagi semua harta jasmani. Seruan Yesus untuk menjadi "garam" dan "terang" merupakan satu cabaran hidup secara rohani dan integriti moral. Nilai-nilai seperti ketuhanan, keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan adalah pelbagai aspek yang hidup di luar dan tatacara keagamaan kita dalam masyarakat. Sehingga harapan kita terhadap keadilan menjadi komitmen kita untuk membina masyarakat yang adil, sehingga doa kita untuk damai dan kesatuan ditonjolkan dalam keluarga yang dibentuk dan dipromosi dalam hidup damai dengan orang lain, dan sehingga asas kepercayaan kita terhadap Tuhan menyebabkan kita berdiri teguh melawan kejahatan, kebencian, keganasan dan kepalsuan dalam masyarakat, maka kita mengkhianati panggilan tertinggi untuk menjadi garam dan terang bagi Kristus. Integriti moral memerlukan perjuangan peribadi bagi memenuhi nilainilai keagamaan bagi Kristian dan komitmen sosial demi mengalahkan kejahatan dengan kebaikan. ebagai seorang yang percaya kepada kehidupan iman Kristian, ia rsirat suatu pencarian yang sungguh-sungguh untuk mengasihi ihan di atas segalanya dalam hidup; dan memberikan respons ?rhadap panggilan Tuhan Yesus dengan hidup sewajarnya dan bertindak sewajarnya menurut pengajaran-Nya dan teladan yang telah Dia berikan sewaktu hidup di dunia. Mengasihi Tuhan adalah bererti taat kepada kehendak dan rencana Tuhan dalam setiap aspek kehidupan kita, secara peribadi, dalam konteks kehidupan berkeluarga, dalam hubungan sosial dengan orang lain dalam masyarakat kita; dan kehidupan kita sebagai warganegara di negara kita. Ketika Yesus disoal apakah hukum yang terutama dari segala hukum, Dia menjawab dengan menyatakan, "... you shall love the Lord your God with all your heart, and with all your soul, and with all your mind, and with all your strength. The second is this, You shall love your neighbour as yourself. There is no other commandment greater than these" (Mark 12:30-31).


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

25

Berdasarkan hukum yang terutama ini yang telah Yesus ajarkan, dapat dilihat Lima prinsip berikut yang menjadi dasar kerohanian dan panduan untuk hidup dalam hubungan dengan satu sama lain. 1.

NILAI KETUHANAN

Nilai Ketuhanan sebagai kuasa Tuhan yang telah menciptakan dunia ini, dan memeliharanya dengan kasih Tuhan adalah dasar dari makna hidup yang teragung. Pertama sekali, dimensi peribadi dari setiap perhubungan seseorang dengan Tuhan di dalam Kristus Yesus adalah melalui pekerjaan Roh Kudus; hati yang menerima kasih Tuhan (Roma 5:5), kehidupan akan di transformasi (Roma 12:2) dan Roh Kudus yang memimpin (Galatia 5:25). Kedua, tanggungjawab sosial sebagai orang Kristian sejati yang melibatkan pekerjaan belas kasihan, pengasihan dan integriti moral. Orang Kristian melihat semua makhluk ciptaan dan manusia adalah ciptaan Tuhan, diciptakan menurut gambar Tuhan, untuk mempertahankan, melindungi dan meneruskan hidup sepenuhnya dalam kepenuhan Tuhan untuk memuliakan kebesaran dan belas kasihan Tuhan. 2.

NILAI KEPERIBADIAN

Orang Kristian mencari hidup yang benar menurut jalan Tuhan, akan mencari hidup yang mengutamakan kasih dan pelayanan kepada orang lain sebagai nilai moral yang terpenting. Yesus mengajar pengikut pengikutnya: "Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti perintah-Ku." (Yohanes 14:15). Yesus menekankan untuk 'hidup kudus.' Hidup kudus yang mana akan selalu melibatkan hidup yang penuh dengan pengorbanan. Ajaran ajaran Yesus mengandungi panggilan Injil untuk transformasi peribadi dan masyarakat.

Nilai-nilai Kristus termasuk 'buah-buah Roh' (Gal 5:22-23) sering dimengerti sebagai hubungan dengan sesama manusia, tetapi anugerah,


26

Nilai Integriti Pelbagai Agama' Pengikat Persefahaman

kejujuran, kasih, sukacita, damai, sabar, kebaikan dan sebagainya dapat menjadi perbuatan yang luar biasa dalam masyarakat juga. 3. NILAI KEKELUARGAAN Kita hidup dalam dunia ini dalam konteks hubungan kekeluargaan. Sebagai unit utama dalam kemasyarakatan, Injil mempunyai banyak ajaran untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan yang kuat, perkahwinan yang kudus, moral untuk membesarkan anak-anak, dan menjaga kebajikan serta melindungi orang tua, para janda dan anak yatim. Seperti yang dituliskan dalam Injil, kesalehan diekspresikan apabila keluarga dikasihi dan dipelihara: "And whoever does not provide for relatives, and especially for family members, Has denied the faith. "(1 Timothy 5'8)

Tetapi selain dari keluarga biologi kita, orang Kristian percaya bahawa kita adalah sebahagian daripada 'keluarga Tuhan' atau 'keluarga seiman' yang mana sama ertinya sebagai gereja. Dalam ibadah sesama kita dalam gereja, ikatan persahabatan adalah sama seperti saudara dan saudari di dalam keluarga seiman. 4. NILAI KEMASYARAKATAN Gereja wujud sebagai 'tubuh Kristus' dalam dunia ini untuk dipanggil menjadi saksi iman yang telah diamanatkan. Tanggungjawab sosial gereja adalah inti utama dari pengorbanan hidup Kristus, dengan meneladani nilai-nilai kebajikan dan pelayanan yang ditunjukkan dalam masyarakat, di dalam atau di luar gereja. Seperti mana Injil menyatakan: "For the grace of God has appeared, bringing salvation to all, training us to renounce impiety and worldly passions, and in the present age to live lives that are self-controlled, upright, and godly. . "(Titus 2 11-12)


Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahamai

27

Contoh dari pengalaman gereja yang mula-mula membangkitkan inspirasi apakah maknanya hidup bermasyarakat: "All who believed were together and had all things in common; they would sell their possessions and goods and distribute the proceeds to all,...they broke bread with glad and generous hearts, praising God and having the goodwill of all the people." (Acts 2:44-46)

Melakukan kebaikan, menunjukkan kebajikan, menjaga, melayani dan memperjuangkan golongan yang susah adalah aspek dari misi kehidupan bergereja kepada masyarakat. 5. NILAI KEWARGANEGARAAN Sebagai terang Yesus Kristus bersinar di dalam dunia yang gelap ini, untuk menebus dan mentransformasi orang Kristian melihat hidup mereka di dalam konteks negara sebagai 'pembawa terang' supaya merefleksikan apakah iman itu. Di dalam Injil menyatakan: "Righteousness exalts a nation, but sin is a reproach to any people" (Proverbs 14:34)

Fakta ini menunjukkan bahawa untuk sesebuah negara berkembang maju, perlu membangun moral yang kuat dan keadilan sebagai dasar. Tapi kita tahu disebabkan oleh kelemahan manusia, sejarah kita dipenuhi dengan kekejaman dan ketidakadilan pihak berkuasa yang telah menindas pihak yang tidak mempunyai kuasa. Oleh itu, umat Kristian mengambil tanggungjawab sosial mereka untuk menjaga kebajikan negara ini dengan seriusdan pemimpin-pemimpin gereja sering dilihat menentang gerakan-gerakan yang boleh menghancurkan negara seperti rasuah, diskriminasi, keganasan, kebencian, penindasan dan sebagainya. Seperti mana para nabi pada zaman dulu dan juga melalui hidup Tuhan Yesus sendiri iaitu bersuara melawan penganiayaan dan eksploitasi yang dalam bahasa metaforanya ialah 'memikul salib', jalan mengikut Tuhan Yesus.


28

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Sebagai orang Kristian adalah tanggungjawabnya kepada negara; ayat terkenal dari seorang nabi yang terlintas dalam fikiran dan itu menjadi inspirasi kepada sekian banyak pembawa pembaharuan sosial Kristian sejak berabad-abad adalah seperti berikut: "He has told you, O mortal, What is good; And what does the Lord require of you But to do justice, And to love mercy and to walk humbly with your God." (Micah 6:8)

KESIMPULAN Hidup dalam negara yang berbagai budaya dan agama seperti Malaysia, adalah menjadi lumrah bahawa nilai-nilai kebersamaan ditemukan dan dikongsikan oleh semua agama, yang boleh mempromosi dan mendukung masyarakat yang adil dan aman. Nilai-nilai seperti ketuhanan, keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan Ian kenegaraan adalah sangat penting kepada iman Kristian seperti nana dengan iman penganut lain. Nilai-nilai menonjolkan kepentingan untuk membawa kerohanian dan dimensi moral kepada aspirasi-aspirasi peribadi dan komitmen sosial.


Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA HINDU Rajantheran Muniandy


30

Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

1. NILAI KETUHANAN Tuhan adalah satu kuasa yang Maha Suci, Maha Besar lagi sempurna, menyelubungi seluruh alam semesta. Tuhan dikatakan dapat dipersepsikan dalam dua tahap. Tahap pertama dirujuk sebagai kedudukan khusus (Soruupa Nilai/Cirappu lyalbu) manakala tahap kedua dirujuk sebagai kedudukan am (Tadathta Nilai/Pothu lyalbu). Pada tahap khusus, Tuhan dirujuk sebagai Parasivam dan Kesaktian-Nya dirujuk sebagai Parasakti. Tuhan dikatakan memiliki lapan sifat asas iaitu Maha Mengetahui, Maha Sempurna, Maha Arif, Maha Mulia, Maha Bebas, Maha Berkuasa, Maha Gembira dan Maha Bahagia dalam kedua- dua kedudukan tersebut. Dalam kedudukan khusus Tuhan berada dalam keadaan statik, tidak mengeluarkan kesaktian-Nya. Tuhan turut disifatkan sebagai Maha Wujud, menyelubungi segala-galanya (Aganditam). Dalam kedudukan ini, Tuhan adalah Kekal Abadi (Sathtu), Maha Tahu (Cithtu), Maha Gembira (Anantham). Hal ini disebut sebagai 'Satchitanantham'. Tuhan dalam kedudukan khusus sukar untuk dijiwai oleh umat manusia. Oleh itu, Tuhan diperibadikan dalam pelbagai rupa suci dan pada tahap ini Tuhan mengerakkan 'Sakti'Nya' lalu melaksanakan aintholil, iaitu aktiviti Penciptaan, Pemeliharaan, Penghapusan, Pengaburan dan Penganugerahan (Padaittal, Kaattal, Alittal, Maraittal & Arulal). Tuhan juga bebas daripada segala kejahilan, Tuhan Kekal Abadi - tiada kuasa melebihi Tuhan. Agama Hindu menegaskan bahawa Tuhan wujud dalam setiap kehidupan. Setiap insan harus menjiwai hal ini. Umat manusia keseluruhannya adalah anak Tuhan, semua adalah bersaudara. Oleh itu, nilai ketuhanan dalam agama Hindu menegaskan supaya persaudaraan sejagat dijulung dan kebaikan dunia diutamakan, mendahului sebarang kepentingan yang lain. 2. NILAI KEPERIBADIAN Keperibadian adalah gabungan ciri-ciri atau sifat yang membentuk watak tersendiri seseorang individu. Keperibadian ini boleh dibentuk dan boleh juga berubah kerana adanya pendedahan baru. Keperibadian penganut agama Hindu dipelihara berdasarkan prinsip dharma. Dharma adalah perintah moral alam semesta dan kod hidup yang meliputi prinsip-prinsip asas hidup bermasyarakat, berkeluarga, undang- undang, agama serta tugas yang menguruskan segala realiti. Prinsip ini menegaskan bahawa sebarang insan yang menuruti dharmanya dengan


Nilai Integrity Pelbagai Agama- Pengikat Persefahaman

31

ikhlas akan mencapai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Dharma menjadi aspek asas dalam pembinaan keperibadian. lanya adalah prinsip yang mempertahankan segala kebaikan dan keadilan pada diri seseorang, menjadi teras moral yang tinggi, memelihara hubungan baik sesama manusia serta segala apa yang wujud di alam ini. Konsep lyama dan Niyama yang ditegaskan dalam karya Patanjali Yoga Sutra dan Thirumantiram juga menjadi sebahagian daripada konsep dharma, lyama bermaksud mengelak diri daripada segala perbuatan tidak bermoral dan Niyama bererti menuruti segala nilai moral yang dituntut oleh umat manusia. Tuntasnya, insan yang menuruti kedua-dua prinsip ini tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada diri mahupun terhadap orang lain. Dharma mendasari segala undang-undangtermasukundangundangsemulajadi. Hakimnya di sini ialah Tuhan. Mematuhi dharma merupakan perbuatan berpahala, melawan dharma adalah perbuatan dosa, melawan nilai kemanusiaan. Oleh yang demikian, dharma menjadi prinsip pemelihara keperibadian yang unggul. Agama Hindu menyatakan bahawa dharma adalah sesuatu yang semula jadi, sedia terbina dalam diri seseorang. Apabila prinsip ini digiatkan, insan biasa akan mengalami transformasi menjadi insan yang terpuji dengan nilai keperibadian yang tinggi. 3. NILAI KEKELUARGAAN Keluarga adalah sebuah unit bio sosial yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak dan hidup bersama, biasanya di bawah bumbung yang sama. Perkahwinan adalah aspek yang penting dalam pembinaan keluarga. Agama Hindu menyatakan bahawa jodoh ditentukan di syurga, dikabulkan oleh Tuhan. Perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh suami isteri. Tiada konsep penceraian dalam agama Hindu. Berkahwin hanyalah sekali. Hal ini ditegaskan dalam agama Hindu sebagai suatu penghormatan kepada kaum wanita. Suami diumpamakan sebagai dewa. la wajib memelihara keperluan fizikal, minda dan emosi isteri. Isteri diumpamakan sebagai dewi kebahagiaan saling melengkapkan kasih sayang. Cahaya mata adalah rezeki Tuhan dan penyambung zuriat yang amat dihargai. Orang perseorangan dianggap tidak sempurna kerana kaum lelaki memiliki lebih sifat kelelakian dan kurang akan nilai kewanitaan. Wanita pula kurang nilai kelelakian dan lebih nilai kewanitaan. Kekurangan pada


30

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

1. NILAI KETUHANAN Tuhan adalah satu kuasa yang Maha Suci, Maha Besar lagi sempurna, menyelubungi seluruh alam semesta. Tuhan dikatakan dapat dipersepsikan dalam dua tahap. Tahap pertama dirujuk sebagai kedudukan khusus (Soruupa Nilai/Cirappu lyalbu) manakala tahap kedua dirujuk sebagai kedudukan am (Tadathta Nilai/Pothu lyalbu). Pada tahap khusus, Tuhan dirujuk sebagai Parasivam dan Kesaktian-Nya dirujuk sebagai Parasakti. Tuhan dikatakan memiliki lapan sifat asas iaitu Maha Mengetahui, Maha Sempurna, Maha Arif, Maha Mulia, Maha Bebas, Maha Berkuasa, Maha Gembira dan Maha Bahagia dalam kedua- dua kedudukan tersebut. Dalam kedudukan khusus Tuhan berada dalam keadaan statik, tidak mengeluarkan kesaktian-Nya. Tuhan turut disifatkan sebagai Maha Wujud, menyelubungi segala-galanya (Aganditam). Dalam kedudukan ini, Tuhan adalah Kekal Abadi (Sathtu), Maha Tahu (Cithtu), Maha Gembira (Anantham). Hal ini disebut sebagai 'Satchitanantham'. Tuhan dalam kedudukan khusus sukar untuk dijiwai oleh umat manusia. Oleh itu, Tuhan diperibadikan dalam pelbagai rupa suci dan pada tahap ini Tuhan mengerakkan 'Sakti'Nya' lalu melaksanakan aintholil, iaitu aktiviti Penciptaan, Pemeliharaan, Penghapusan, Pengaburan dan Penganugerahan (Padaittal, Kaattal, Alittal, Maraittal & Arulal). Tuhan juga bebas daripada segala kejahilan, Tuhan Kekal Abadi tiada kuasa nelebihi Tuhan. Agama Hindu menegaskan bahawa Tuhan wujud dalam setiap kehidupan. Setiap insan harus menjiwai hal ini. Umat manusia keseluruhannya adalah anak Tuhan, semua adalah bersaudara. Oleh itu, nilai ketuhanan dalam agama Hindu menegaskan supaya persaudaraan sejagat dijulung dan kebaikan dunia diutamakan, mendahului sebarang kepentingan yang lain. 2. NILAI KEPERIBADIAN Keperibadian adalah gabungan ciri-ciri atau sifat yang membentuk watak tersendiri seseorang mdividu. Keperibadian ini boleh dibentuk dan boleh juga berubah kerana adanya pendedahan baru. Keperibadian penganut agama Hindu dipelihara berdasarkan prinsip dharma. Dharma adalah perintah moral alam semesta dan kod hidup yang meliputi prinsip-prinsip asas hidup bermasyarakat, berkeluarga, undang- undang, agama serta tugas yang menguruskan segala realiti. Prinsip ini menegaskan bahawa sebarang insan yang menuruti dharmanya dengan


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Perselahaman

31

ikhlas akan mencapai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Dharma menjadi aspek asas dalam pembinaan keperibadian. lanya adalah prinsip yang mempertahankan segala kebaikan dan keadilan pada diri seseorang, menjadi teras moral yang tinggi, memelihara hubungan baik sesama manusia serta segala apa yang wujud di alam ini. Konsep lyama dan Niyama yang ditegaskan dalam karya Patanjali Yoga Sutra dan Thirumantiram juga menjadi sebahagian daripada konsep dharma, lyama bermaksud mengelak diri daripada segala perbuatan tidak bermoral dan Niyama bererti menuruti segala nilai moral yang dituntut oleh umat manusia. Tuntasnya, insan yang menuruti kedua-dua prinsip ini tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada diri mahupun terhadap orang lain. Dharma mendasari segala undang-undang termasuk undangundang semula jadi. Hakimnya di sini ialah Tuhan. Mematuhi dharma merupakan perbuatan berpahala, melawan dharma adalah perbuatan dosa, melawan nilai kemanusiaan. Oleh yang demikian, dharma menjadi prinsip pemelihara keperibadian yang unggul. Agama Hindu menyatakan bahawa dharma adalah sesuatu yang semula jadi, sedia terbina dalam diri seseorang. Apabila prinsip ini digiatkan, insan biasa akan mengalami transformasi menjadi insan yang terpuji dengan nilai keperibadian yang tinggi. 3. NILAI KEKELUARGAAN Keluarga adalah sebuah unit bio sosial yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak dan hidup bersama, biasanya di bawah bumbung yang sama. Perkahwinan adalah aspek yang penting dalam pembinaan keluarga. Agama Hindu menyatakan bahawa jodoh ditentukan di syurga, dikabulkan oleh Tuhan. Perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh suami isteri. Tiada konsep penceraian dalam agama Hindu. Berkahwin hanyalah sekali. Hal ini ditegaskan dalam agama Hindu sebagai suatu penghormatan kepada kaum wanita. Suami diumpamakan sebagai dewa. la wajib memelihara keperluan fizikal, minda dan emosi isteri. Isteri diumpamakan sebagai dewi kebahagiaan saling melengkapkan kasih sayang. Cahaya mata adalah rezeki Tuhan dan penyambung zuriat yang amat dihargai. Orang perseorangan dianggap tidak sempurna kerana kaum lelaki memiliki lebih sifat kelelakian dan kurang akan nilai kewanitaan. Wanita pula kurang nilai kelelakian dan lebih nilai kewanitaan. Kekurangan pada


32

Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

kedua-dua pihak ini dipersepsikan sebagai kelemahan masing-masing. Apabila mereka berkahwin kelemahan kedua-dua orang diatasi dan mereka mewakili kesempurnaan. Kesempurnaan ini harusdiperkukuhkan dengan kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Meminati isteri/suami orang adalah perbuatan berdosa. Perbuatan zina wajib dielakkan, ia dirujuk sebagai karppu vaalkai dalam bahasa Tamil. Menurut agama Hindu, suami isteri wajib memelihara keluarga bahagia. Keluarga bahagia harus menjaga kepentingan anak-anak, orang tua, alim ulamak dan Iain-Iain. Agama Hindu menegaskan bahawa kebahagiaan keluarga akan menjamin kebahagiaan masyarakat dan negara. Suami isteri yang memelihara keluarga yang bahagia juga akhirnya dikatakan akan mencapai kebebasan kerohanian yang dijanjikan oleh agama Hindu. 4. NILAI KEMASYARAKATAN Masyarakat menandakan kelompok manusia yang hidup bersama dalam uatu ruang menurut suatu sistem dan identiti yang sama, bersatu •adu, bersahabat dan mempunyai persamaan tujuan yang diterima dan diamalkan bersama. Agama Hindu menegaskan bahawa umat manusia semuanya (semua masyarakat) adalah sama, satu keluarga besar dipimpin oleh Tuhan Yang Maha Esa. Hal inilah disampaikan menerusi sebutan 'Vasudeva kudumbaka' dan 'ondre kulam'. Bersesuaian dengan semangat ini, orang Hindu tiada konsep 'bukan Hindu'. Kaniyan Poongkundranar, seorang pujangga zaman Sangam (abad ke 3SM) menegaskan bahawa 'seluruh alam ini umpama kampung kita, setiap insan adalah saudara mara kita, segala kebaikan dan keburukan yang dialami kita adalah hasil perbuatan kita sendiri dan bukannya perbuatan orang lain'. Kenyataan ini turut memuatkan ajaran karma yang menegaskan konsep sebab akibat. Nilai integriti di sini ialah tidak memberikan layanan yang berbeza kepada seseorang kerana mereka adalah berlaman agama, bahasa, budaya, kepercayaan, cara hidup, makanan minum, kedudukan, berlainan warna kulit, dan Iain-Iain. Sewaktu berdoa pada Tuhan juga masyarakat Hindu berdoa bagi kebahagiaan seluruh umat manusia. Itulah sebab mengapa sembahyang orang Hindu diakhin dengan sebutan, 'Inbame Sulga, Ellorum Vaalga'/'Lokah Samastah Sukhino Bhavanthu'. Nilai egosentrik dalam apa jua bentuk akan menghakis integriti manusia. Agama Hindu turut menegaskan


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

33

supaya tiada siapa yang berlapar atau dinafikan hak yang sewajarnya. Jangan menjatuhkan sesiapa, utamakan kasih sayang dan keprihatinan. Kepentingan umum harus diutamakan berbanding dengan kepentingan diri. Individu adalah gabungan penjumlahan kelompok masyarakat dan kelompok masyarakat pula menentukan peranan dan identiti individu tersebut. Jika ini dijadikan teras kepercayaan, umat manusia mampu memperkukuhkan integriti masingmasing. 5. NILAI KENEGARAAN Negara disifatkan sebagai sebuah kawasan yang didiami oleh masyarakat dan diperintah oleh sebuah kerajaan. la adalah suatu entiti politik dan geopolitik. Kenegaraan adalah merujuk kepada komitmen rakyat terhadap pembinaan negara bangsa. Menurut agama Hindu, pemerintah adalah wakil Tuhan di dunia. Itulah sebabnya Raja dan pemerintah dirujuk dengan istilah 'Iraivan'. Prinsip dharma (divine law, way of righteousness) menjadi asas pemerintahan sesuatu negara kerana ia adalah undang- undang semula jadi yang ditetapkan oleh Tuhan. Raja bertanggungjawab untuk menjaga keadilan dan kesaksamaan, memberikan perlindungan serta menjaga kebajikan rakyat tanpa sebarang perbezaan. Kekuatan pemerintah dalam memelihara dharma dipercayai akan menambah rezeki negara dan rakyat, kesuburan negara akan bertambah, kekayaan negara akan melimpah ruah, integriti rakyat akan bertambah kukuh, kesetiaan rakyat terhadap Raja akan berterusan. Pemerintahan zalim mesti diatasi kerana ia adalah bertentangan dengan dharma. Negara disayangi dan dihormati sebagai Bharatamatha (ibu pertiwi). Karya Arthasastra (abad ke 3SM) memperkenalkan satu perumpamaan yang amat besar mesejnya. Pemerintah (Raja) adalah umpama suami, negara adalah umpama permaisun (isteri) dan rakyat adalah umpama anak mereka. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga isteri dan anakanaknya dalam konteks ini. Nasihat para menteri kepada pemerintah biarlah bertolakdari kepentingan rakyat. Setiap warganegara hendaklah sentiasa bersedia untuk mempertahankan maruah negara. Agama Hindu turut menyatakan para perwira yang terkorban di medan peperangan demi negara, roh mereka akan ditempatkan di syurga. Kepercayaan kepada Tuhan dan amalan sembahyang yang berterusan dipercayai akan memperteguhkan pemerintahan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


34

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pembinaan integriti seseorang individu dipengaruhi pendedahan yang telah dihayati oleh individu tersebut dalam hidupnya. Agama Hindu menyatakan bahawa pendidikan agama yang sistematik sejak awal dapat banyak mempengaruhi nilai integriti seseorang insan. Apa yang disampaikan itu hendaklah bersifat natural, relevan dan amat dekat dengan realiti serta pengalaman individu tersebut. Jangan sama sekali menanam kebencian terhadap individu lain atas apa juga sebab. Prinsip dharma dalam agama Hindu adalah antara contoh yang amat cocok dalam konteks ini. Prinsip ini walaupun tidak bertulis tetapi sesuatu yang diperakukan oleh umat manusia secara semula jadi. Tiada siapa suka dirinya disusahkan. Oleh itu, dharma seru jangan sama sekali menyusahkan orang lain. Inilah apa yang ditegaskan dalam konsep karma. Prinsip ini secara positif membina nilai integriti dalam diri seseorang individu, membina keperibadian yang unggul, terima tanggungjawab diri dalam keluarga, masyarakat dan negara. Keluarga yang bahagia terbina pada teras ikatan suci yang direstui Tuhan. Unit ini mampu membina asas bagi segala moraliti dalam pelbagai aspek. Segalagalanya bermula dari keluarga. Sekiranya nilai integriti yang ditanamkan dalam keluarga adalah kukuh, ia sukar digugat. Nilai keperibadian individu juga akan mencerminkan integriti masyarakat dan negaranya. Oleh itu, setiap individu harus memelihara integriti masing-masing demi memelihara kebahagiaan hidup bersama.


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persofahaman

35

Rujukan Kitab Suci Bhagavad Gita Brihadaranyaka Upanishad Chandokya Upanishad Mahabharatha Nalayith Thivya Pirabantam Ramayana Rig Veda Sivanyana Bodham Taittiriya Brahmana Tevaram Thirukkural Thirumanthiram Thiruvarudpayan. Thiruvasagam Unmai Vilakkam Antoine, R. (1964). Religious Hinduism. (2nd Edition). Bombay: St, Paul Publications. Bloomfield, M. (1969). The Religion of the Vedas, the Religion of India (From Rig Veda to Upanisads). New York: AMS Press. Bouquet, A., C. (1969), Hindusm. London: Hutchinson University Library. Keith, AB. (1925). The Religion and Philosophy of the Vedas and Upanishads. Cambridge: Harvard University Press. Mahadevan, T., M ., P. (1984). Outlines of Hinduism. (4th Edition). Bombay: Chetana Private Ltd. Michaels, Axel. (2004). Hinduism: Past and Present. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. Morgan Kenneth, W. (1953). The Religions of the Hindus. New York: Ronald Press Co. Nagappan Arumugam. (2011). Siddhantha Saivam. Kuala Lumpur: Aathi Enterprise. Parthasarathy, A. (2004). Vedanta Treatise The Eternities. (12th Edition). Mumbai. Radhakrishnan, S. (1977). Indian Philosophy. (10th Revised Edition). London: George Allen and Unwin Ltd. Rajantheran, M. & Silllalee, K. (2011). Glory and Philosophy of Lord Thirumal. Kuala Lumpur: Sri Maha Mariamman Temple.


36

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Rajantheran, M , Silllalee, K. & Raja Viknarasa. (2009). An Introduction to Hinduism. Selangor: Malaysia Hindu Sangam. Sarma, D., S. (1961). Hinduism Through the Ages. Bombay: Bharatiya Vidya Bhavan. Satguru Sivaya Subramuniyaswami, (1993). Dancing With Siva. USA: Himalayan Academic. Satguru Sivaya Subramuniyaswami. (2004). Living With Siva. USA: Himalayan Academic. Sen, K., M. (1963). Hinduism. Harmodworth: Penguin Books. Sri Paramahansa Yogananda. (2002). The Bhagavad Gita, Royal Science of GodRealization. (Vol I & II). Kolkata: Yogada Satsanga Society of India. Subbu Rediyaar, N. (1982). Mukthi Neri. Chennai: Selvan R Vasudevan Publication. Thatchinamurthy, A. (2005). Tamilar Naagarigamum Panbadum. Chennai: Yaazh Publications. Walker, Benjamin. (1968). Hindu World: An Encyclopedic Survey of Hinduism (Vol. 1). London: G. Allen & Unwin Ltd.


Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA BUDDHA Wendy Yee Mei Tien Chiew Kiang Keng


38

Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman

1. NILAI KETUHANAN Buddhisme bermula dari penerimaan bahawa setiap insan memiliki potensi yang tidak terbatas. Buddha Sakyamuni mendapati bahawa setiap orang memiliki 'Buddhahood' sama dengan beliau. Apabila orang menyedari harta ini dalam kehidupan mereka, maka mereka pun dapat menerima kewujudan hakikat ini dalam diri orang lain dan akan melayan para insan dengan penghormatan ikhlas. Justeru, semua insan wajar dihormati dan tidak ada seorang insan yang lebih baik daripada insan lain. Dengan itu, kita harus menghormati setiap orang tanpa menghiraukan latar belakang agama, etnik atas status sosial ekonominya. 2. NILAI KEPERIBADIAN Daripada berasa cemburu, kita patut sukacita apabila melihat orang lain memperoleh kegembiraan. Samalah dengan ceri, plum, buah persik dan damson blossom kesemua memiliki keunikan kualiti yang tersendiri, maka setiap individu adalah unik. Perkara pentingnya ialah kita menginsafi >iapa kita sebenarnya dan penyebab kehebatan bunga kehidupan kita mtuk berkembang mekar. Tidak perlulah kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Sebaliknya kita harus menimbang sama ada kita telah matang menerusi perbandingan kita kini dengan kita masa lampau. Cara hidup Buddhis ialah memperbaiki diri sendiri setiap hari; pencapaian hari ini melebihi pencapaian semalam dan pencapaian keesokan hari melebihi hari ini. Oleh sebab itu, sebelum kita mengkritik ketidaksempurnaan orang lain, kita perlu pertamanya melihat kita sendiri dan bertanya pada diri kita adakah kita telah menjadi insan yang lebih sempurna. Keagungan sebagai seorang manusia bukan ditentukan melalui latar belakang pendidikan atau status sosialnya. Bersukacita atas kegembiraan dan pencapaian orang lain, menghormati perbezaan dan mengakui kekuatan setiap individu, seperti yang diajarkan dalam ajaran Buddhisme merupakan elemen-elemen nilai keperibadian yang amat penting dalam masyarakat berbilang etnik. 3. NILAI KEKELUARGAAN Dalam Buddhisme, menjadi ahli sesebuah keluarga membayangkan suatu hubungan karmikyang dalam. Oleh sebab itu, semua ahli sesebuah keluarga dihormati secara sama rata sebagai individu. Oleh sebab kita membentuk sebuah keluarga kerana hubungan yang sungguh


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikal Persefahaman

39

mendalam, kita wajar saling membantu untuk bergembira. Kasih sayang, belas kasihan, kesabaran dan ketabahan diperlukan untuk bergembira. Terdapat ramai yang mengimpikan kegembiraan tanpa kesabaran. Tetapi itu semua mimpi. Renting sekali berusaha secara tenang untuk membina sesuatu bersama-sama. Mencipta kehidupan bersama memerlukan perlindungan kediaman seseorang, bekerja dan mendidik anak-anak kita. Dari situ, kasih sayang tulen tumbuh mekar meriap. Sebuah keluarga yang menyokong antara satu sama lain, saling menolong sesama mereka dan membolehkan setiap orang memajukan diri ialah keluarga kreatif dan sebuah keluarga yang semakin maju. 'Keterbukaan rumah' inilah yang menyumbang ke arah komuniti dan masyarakat yang berhasrat untuk mencapai keluhuran visi. 4. NILAI KEMASYARAKATAN Buddhisme ialah satu laluan yang membolehkan semua orang gembira. Dengan tidak menghiraukan kepincangan masyarakat dan mengelakkan diri daripada pemikiran-pemikiran duniawi bukan hala tuju amalan Buddhis. Tapak amalan Buddhis ialah menggilap kehidupan kita sendiri, menggembleng kebijaksanaan tanpa batasdalam kecekalan serta menuju ke alam masyarakat bahkan mara untuk menjadi individu yang memberi sumbangan kehidupan dalam masyarakat. Apa yang diperlukan oleh masyarakat kita lebih daripada segala-galanya ialah semangat empati, keupayaan kita menghayati kesusahan dan penderitaan yang dihadapi oleh mereka. Justeru, kita perlu menjadikan semangat belas kasihan prinsip asas masyarakat. Kita perlu memahami, menjangkau untuk menyokong dan saling membantu tanpa mengendahkan latar belakang agama, etnik atau sosial ekonomi untuk membentuk masyarakat yang lebih mapan. 5. NILAI KENEGARAAN Dari kaca mata Buddhisme, semua manusia sama ada Buddhis atau bukan, memiliki harta kehidupan dan justeru, berhak diberikan penghormatan yang tertinggi secara sama rata. Sami Jepun millennium ke-13 Nichiren mengisytiharkan, "Satu hari kehidupan bernilai lebih daripada semua harta alam semesta." Jika pemimpin-pemimpin masyarakat dapat mengapresiasi martabat dan potensi kehidupan secara mendalam, kerajaan dan hal ehwal masyarakat yang lain pasti


40

Nilai Integriti Pelbagai Agama; Pengikat Persefahaman

dapat dilaksanakan secara berperikemanusiaan. Buddhisme sering kali menegaskan 'berhutang kepada semua hidupan bernyawa.' Hal ini terjadi sedemikian kerana manusia wujud supaya seseorang berupaya bekerja, mempelajari banyak perkara dan menunaikan misi seseorang. Pemimpinpemimpin masyarakat harus merendahkan diri dan bersyukur kepada manusia secara ikhlas. Dari perspektif Buddha, semua lapangan yang diceburi oleh manusia wujud untuk berbakti kepada kegembiraan kemanusiaan. Justeru, untuk memastikan takhta pemerintahan yang baik dapat dilihat secara bersinambungan dalam semua aspek masyarakat, satu transformasi tentang bagaimana masyarakat melihat manusia adalah perlu. Apabila tanggapan masyarakat terhadap manusia berubah, segala-galanya akan berubah. KESIMPULAN Dalam konteks sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, kepelbagaian budaya, bahasa dan agama yang melahirkan perbezaan pendapat, pandangan dan fahaman akan wujud. Tetapi perbezaan ini bukan satu masalah atau halangan untuk masyarakat ini hidup secara harmoni. Dari perspektif agama Buddha, setiap insan mempunyai ^otensi, kekuatan dan kelebihan masing-masing. Oleh itu, setiap individu perlu dihormati dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, etnik atau status sosialnya. Dengan adanya kesedaran ini, setiap individu harus mencari keberanian dalam diri sendiri supaya tidak menafikan perbezaan tetapi berusaha untuk belajar daripada setiap pertemuan dengan mereka yang berlainan etnik, budaya dan agama. Keberanian ini dapat mengatasi rasa takut dan benci akan mereka yang berbeza; yang kerap mendorong seseorang untuk memilih hanya melihat kepada perbezaan superfisial yang tidak bermakna dan membuta kepada persamaan asas yang wujud antara manusia. Sikap empati, rasa kasih sayang, kesabaran dan sikap bersyukur ialah aspekaspek yang penting dalam nilai-nilai integriti universal ini. Sifat-sifat yang unggul ini adalah sifat-sifat sejagat yang wujud juga dalam semua manusia. Kalau setiap individu tanpa mengira etnik, agama atau budaya dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian, kepelbagaian dan segala perbezaan yang wujud dalam masyarakat pelbagai etnik ini akan menjadi satu kekuatan dan satu aset yang dapat diraikan. Mengikut kata-kata Ikeda (2008),


Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman

41

"A great human revolution in just a single individual will help achieve a change in the destiny of a nation and, further, can even enable a change in the destiny of all humankind."

Transformasi yang berlaku dalam setiap individu akibat daripada pengamalan nilai-nilai integriti ini akan membawa kepada perubahan yang positif kepada keluarganya. Keluarga merupakan nuklues sesebuah masyarakat. Justeru, keharmonian dalam sebuah keluarga akan menyumbang kepada keharmonian dan pembangunan sebuah masyarakat. Keharmonian dan pembangunan sebuah masyarakat secar langsungnya akan menyumbang kepada keamanan, kemakmuran de pembangunan sebuah Negara. Rujukan Boey, C. C. M, (2009). The Treasure of life. A Buddhist Perspective on Governance. In Chandra, M. (Ed), Religion and Governance, pp 57 - 67. Kuala Lumpur: Arah Publications. Ikeda, D. (1996). New Studies Series (Part One): Lectures on the 'Hoben'and 'Juryo' Chapters of the Lotus Sutra, pp 18-19. Kuala Lumpur: Malaysia Buddhist Soka Gakkai Association (SGM). Ikeda, D. (1996). New Studies Series (Part One): Lectures on the 'Hoben' and 'Juryo' Chapters of the Lotus Sutra, pp 27. Kuala Lumpur: Malaysia Buddhist Soka Gakkai Association (SGM). Ikeda, D. (1996). New Studies Series (Part Two): Lectures on the 'Hoben' and 'Juryo' Chapters of the Lotus Sutra, pp 14. Kuala Lumpur: Malaysia Buddhist Soka Gakkai Association (SGM). Ikeda, D. (2000). Conversations on the Lotus Sutra (Part 9): The Wisdom of the Lotus Sutra - A Discussion on Religion in the 21st Century, pp 92. Kuala Lumpur: Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM). Ikeda, D. (2000). Conversations on the Lotus Sutra (Part 22): The Wisdom of the Lotus Sutra - A Discussion on Religion in the 21st Century, pp 14. Kuala Lumpur: Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM). Ikeda, D. (2000). Conversations on the Lotus Sutra (Part 22): The Wisdom of the Lotus Sutra - A Discussion on Religion in the 21st Century, pp 27-28, 34. Kuala Lumpur: Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM).

Ikeda, D. (2008). The Human Revolution (Vol. 1 - 12). USA: World Tribune Press.


Nilai Integnti Pelbagai Agama: Pengikat Persofahaman 143

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA SIKH Charanjit Kaur Sarjit Singh Gill


44

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

SINOPSIS Komuniti Sikh adalah komuniti tekstual yang menerima ajaran sepertimana yang termaktub di dalam kitab suci Guru Granth Sahib (GGS) yang juga merupakan Guru Sikh yang abadi dan mutlak (living Guru atau Jivant Guru). Fokus ajaran agama Sikh adalah kod moral (morality), kerohanian (spirituality) dan semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun gender seseorang dalam masyarakat. Ketiga-tiga elemen ini menjadi tunjang utama yang menegakkan lima nilai integriti asas yakni nilai ketuhanan, keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Asas nilai integriti ini sejajar dengan ayat berikut yang mengutamakan kesaksamaan manusia serta keadilan sosial: Naa ko bairee nahee bigaanaa sagal sang ham kaou ban aaee. No one is my enemy, and no one is a stranger to me. I get along with everyone. (GGS, p: 1299)

Ekspresi ini melambangkan disiplin dan nilai integriti yang tinggi dengan hidup secara harmoni dengan masyarakat sekeliling tanpa mengabaikan hak kemanusiaan dan tanggungjawab sosial. Nilai-nilai ini juga menjadikan orang Sikh aktif dalam menjalani kehidupan seharian di samping mendapat peluang untuk berkembang secara rohaniah yang merupakan matlamat unggul seorang Sikh dilahirkan. Pendek kata, Barahm giant kai hoe so bhala. The God-conscious being acts in the common good. (GGS, p: 273)

LIMA NILAI SEJAGAT Lima nilai atau teras yang dibincangkan ini adalah bersifat universal dan disokong dengan ayat suci daripada Guru Granth Sahib. 1. NILAI KETUHANAN Kitab suci Guru Granth Sahib dianggap unik kerana dimulai dengan nombor yakni angka satu (IK) yang bermaksud 'There is One and only One God'. Justeru, agama Sikh adalah agama monoteisme dengan kepercayaan utama mengenai ketuhanan yang Satu, yang bersifat


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

45

nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, sangat berkuasa, berada di manamana jua malah manusia tidak dapat menghuraikannya: Kimat kagad kahi na jai, Kaho Nanak beant gusai. His value cannot be described on paper, Says Nanak, the Lord of the world is infinite. (GGS, p: 1082)

Hanya Tuhan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan (sampooran) dan kewujudanNYA adalah Tertinggi serta Abadi. Setiap individu Sikh mempercayai kepada kewujudan Tuhan yang Satu yang dimanifestasikan sebagai Maha Pencipta dan sentiasa wujud dalam alam ciptaanNya. Oleh yang demikian, amatlah mustahak bagi penganut Sikh untuk sentiasa taat dan mengamalkan segala ajaran yang disarankan secara konsisten agar matlamat utama untuk bersatu kembali kepada Maha Pencipta dapat dicapai: Ap pachhanai man nirmal hoe. Jivan mukat harpavai soe. Those who recognize the self - their minds become pure. They become Jivan-mukta, liberated while yet alive and they find the Lord. (GGS, p: 161)

Walaupun diakui bahawa tiada manusia yang sempurna namun dengan mengamalkan sifat-sifat yang berhubungan dengan Tuhan seperti sikap belas kasihan, saling membantu, bermaafan dan seumpamanya bukan sahaja dapat memperbaiki kelemahan diri tetapi juga dapat mewujudkan suasana harmoni dalam hidup bermasyarakat. Sesungguhnya, nilai ketuhanan tidak mengamalkan sikap pilih kasih (favouritism). Penghayatan dan pengamalan nilai ini dapat melahirkan warganegara yang berhemah dan bertanggungjawab kepada kemakmuran negara. 2. NILAI KEPERIBADIAN Matlamat unggul kehidupan seorang Sikh adalah untuk menjadi seorang Gursikh atau Gurmukh (Guru's person) dengan mempamerkan sikap keperibadian mulia, iaitu raab da gunn (God's virtues). Ini bermakna dengan mengamalkan sifat-sifat kebaikan sebagaimana yang dimiliki Tuhan, maka penganut Sikh mempunyai peluang untuk bersatu kembali dengan Tuhan, justeru menamatkan kitaran kelahiran semula. Antara


46

Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahamai

sikap moral yang dipamerkan dalam kitab suci ini adalah kasih sayang, kejujuran, keikhlasan, ketekunan, dedikasi, kemaafan dan seumpamanya. Walaupun tiada limitasi terhadap raab da gunn, Tere nam aneka rup ananta kahan na jahi tere gun kete. Your Names are so many, and Your Forms are endless No one can tell how many Glorious Virtues You have. (GGS, p: 358)

Ajaran Sikh menyeru manusia untuk mempamerkan sikap keperibadian mulia ini di dalam diri mereka. la boleh dicapai dengan tiga asas kehidupan yang mulia yakni: (i)

Kirt Kami - bekerja secara gigih dan jujur untuk menyara kehidupan keluarga; (ii) Wand Shakna - berkongsi hasil pencarian yang jujur dengan manamana individu khasnya golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengharapkan sebarang balasan; (iii) Naam Japna - manifestasi kepada kewujudan Tuhan yang Satu justeru Tuhan harus diingati ketika melakukan aktiviti keduniaan dan menjalani kehidupan kekeluargaan. Dalam aktiviti harian serta interaksi sosial, sifat kebaikan berasaskan tiga asas tersebut menjauhi lima keperibadian negatif, iaitu nafsu (karri), kemarahan (karod), sikap tamak (lobh), keangkuhan (hankar) dan bersikap materialistik (mob). 3.

NILAI KEKELUARGAAN

Kehidupan berkeluarga atau gristhi jivant dimestikan dan semula jadi sifatnya. Gristhi jivant penting untuk menyedarkan umat manusia bahawa dengan mengamalkan kehidupan berkeluarga, seseorang itu masih boleh berbakti kepada Tuhan dan segala makhluk ciptaanNya. Girhi meh sada har jan udasi gian tat bichari. Immersed in family life, the Lord's humble servant ever remains detached; he reflects upon the essence of spiritual wisdom. (GGS, p: 599)


Nilai Integriti Pelbagai Agama Pengikat Persefahaman

47

Guru Granth Sahib menyaran umatnya untuk memahami hak setara dan tanggungjawab individu dalam institusi famili. Sikap tidak bertanggungjawab seperti mengamalkan pertapaan untuk tidak menyara keluarga umpamanya adalah ditegah keras. Sebaliknya, dengan kehidupan berkeluarga, setiap ahli mempunyai peluang untuk menyemai raab da gunn tadi dan membentuk sebuah keluarga yang boleh berbakti kepada masyarakat dan negara. Selain itu, kesetaraan antara gender memberi mereka hak dan peluang yang sama untuk berusaha membina keluarga yang bahagia serta membanteras masalah sosial yang boleh wujud seperti perceraian, kecurangan, penderaan dan sebagainya. Keluarga yang mengutamakan sikap kasih sayang dan menghormati setiap individu seadanya berupaya menjadi teladan untuk komuniti serta masyarakat sekeliling. Jelas sekali, nilai integriti yang disemai dalam kalangan ahli keluarga bukan sahaja sejajar dengan tuntutan agama malah member1 manfaat kepada masyarakat dan negara. 4.

NILAI KEMASYARAKATAN

Nilai kemasyarakatan yang ditunjangi oleh aspek kesamarataan dan persaudaraan sesama manusia bukan sahaja penting tetapi adalah perkara asas yang ditekankan oleh agama Sikh. Ini dapat dilihat dalam dua keadaan berikut: (i)

Guru Granth Sahib menegaskan bahawa manusia berasal dari benih yang sama dengan lima elemen (panj tat) iaitu air, api, tanah, udara dan ruang yang bukan sahaja membentuk manusia tetapi juga setiap benda yang bernyawa: Mati ek sagal sansara. Baho bidh bhande gharai kumhara. The entire universe is made of the same clay. The Potter has shaped it into all sorts of vessels. (GGS, p: 1128)

(ii) Guru Granth Sahib menjelaskan bahawa kesemua manusia adalah anak kepada Tuhan yang Satu: Ek pitaa ekas ham baarik too meraa gur haaee. The One God is our father; we are the children of the One God. O God, You are our Guru. (GGS, p: 611)


48

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Memandangkan tiada perbezaan yang wujud sesama manusia, agama Sikh menolak ketaksamaan sosial berasaskan kategori sosial seperti kelas, kasta, jantina atau profesion sekeras-kerasnya. Menyedari konsep Kesatuan (Oneness) ini, maka kasih sayang dan semangat kekitaan dapat dipupuk dengan harmoni sesama ahli masyarakat. Malah, orang-orang yang menyayangi dan disayangi sebenarnya adalah God's people, maka berbakti kepada masyarakat secara tidak langsung menggambarkan kebaktian kita kepada Tuhan. Tegasnya, individu yang hidup untuk dirinya bukan makhluk sosial dan mementingkan ahli keluarga sendiri (nepotism) merencatkan silaturahim dan semangat kekitaan dalam masyarakat. Penganut Sikh diberikan kesedaran mengenai tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling dan bukannya tertumpu kepada personal salvation. Di sini, kita dapat lihat bagaimana kehidupan secara berkumpulan (Panthic) diutamakan dan nilai-nilai integriti yang tersemai boleh membentuk masyarakat madani serta membantu negara mencapai kemakmurannya. 5. NILAI KENEGARAAN Dalam aspek kepimpinan, Guru Granth Sahib menekankan konsep keadilan yang saksama khasnya dari aspek gender dan ras. Latar etnik dan biologikal yang berbeza bukanlah sebab untuk menindas dan mendiskriminasi serta menafikan hak seseorang manusia. Lelaki dan wanita boleh bekerjasama untuk memakmurkan negara selagi masing-masing adalah hamba sejati Tuhan yang Esa dan bukannya menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri: Jah gobmd bhagat so dhan des. Blessed is that country where the devotees of the Lord of the Universe dwell. (GGS, p: 1183) Sol sugiana so pardhana jo parabh apna kita. He is the man of spiritual wisdom, and he is the leader, whom God has made His own. (GGS, p: 453)

Oleh itu, agenda politik tidak harus didominasi oleh pemimpin tetapi harus bertanggungjawab untuk memberikan kesejahteraan sosial dan rohaniah kepada masyarakat yang dipimpin. Pada masa yang sama,


Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

49

rakyat juga harus berganding bahu untuk membantu pemimpin negara dalam memastikan keadilan sosial dan kepentingan setiap individu terjamin. Justeru, konsep ego-consciousness harus dihapuskan dan perlu diganti dengan konsep God-consciousness yang wajar dipamerkan dalam setiap tindakan ahli masyarakat sesebuah negara. Pendek kata, sekiranya tanggungjawab dilaksanakan dengan God-consciousness dalam kehidupan harian, maka sudah tentu kehidupan manusia akan diberkati dan direstui Tuhan. KESIMPULAN Guru Granth Sahib menyarankan tatacara kehidupan yang ideal dan bersifat praktikal sejajar dengan lima nilai integriti yang universal sifatnya. Gaya kehidupan yang menekankan disiplin kendiri serta tanggungjawab sosial ini amat penting diamalkan secara konsisten untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara. Insan yang tinggi budi pekertinya, berhemah serta sedar akan tanggungjawabnya adalah insan yang mempunyai nilai keperibadian yang dipuji. Insan sedemikian menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.


Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA TAOISME Yam Kah Kean

51


52

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

SINOPSIS Dalam agama Taoisme, integriti merupakan salah satu ajaran yang penting. Sebagai satu agama yang menekankan sifat semula jadi (ziran §$), Taoisme mengajar bahawa untuk memupuk keharmonian di antara semua benda dalam alam semesta ini, kesahihan sifat semula jadi semua benda harus diakui dan jangan sesekali Cuba mengganggu atau memutarbelitkan sifat-sifat tersebut. Kitab utama Taoisme, Kitab Tao dan Te (ft$*s) ada menyebut, keharmonian di antara Tao (ft), alam semesta (A), dunia bumi (%) dan insan manusia (A) dapat mewujudkan satu keadaan yang seimbang. Dalam konteks insan manusia, demi mencapai keharmonian ini, integriti merupakan satu aspek yang sangat penting. 1. NILAI KETUHANAN Taoisme mengajar bahawa segala kewujudan berasal daripada Tao (ft): entiti tunggal yang transendental, suci, mutlak, dan memberkati kebenaran muktamad. Tuhan (Yuhuang Shangdi sebagai manifestasi Tao, selain daripada memperoleh sifat-sifat Tao, juga merupakan Tuhan Yang Maha Penyayang, sentiasa menyelamat semua makhluk daripada azab sengsara. Manusia menyembah Tuhan bukan kerana rahmat-Nya sahaja tetapi Tuhan telah mengurniakan jalan dan cara yang betul untuk mencapai keabadian. 2. NILAI KEPERIBADIAN Penganut Taoisme harus mempelajari dan mempraktikkan Tao, yakni menjadikan Tao sebagai pedoman. Hanya orang yang ikhlas, baik hati dan bersusila dapat merasai kehadiran Tao. Melalui ketenteraman (qingjing ;W), iaitu menghilangkan nafsu seseorang dapat menyelaraskan diri dengan Tao yang maha suci. Penganut Taoisme juga diajar supaya menghormati alam semesta, menghargai jasa-jasa nenek-moyang, saling mengasihi sesama manusia dan memberi belas kasihan terhadap segala makhluk. 3. NILAI KEKELUARGAAN Mengingati dan memuja nenek-moyang adalah salah satu daripada amalan Taoisme. Hal ini menunjukkan bahawa pertalian kekeluargaan adalah penting. Ibu bapa yang penyayang, anak-anak yang taat, abang-


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

53

adik yang berhormat-hormatan menjamin keharmonian sesebuah keluarga. Selain daripada itu, ungkapan "tulang asing menjadi erat" (Yigu Cheng QinRftfX®) menekankan melayan orang lain seperti anggota keluarga kita sendiri. 4. NILAI KEMASYARAKATAN Taoisme menyebar idea "Keamanan Muktamad" (Taiping *¥), di mana masyarakat berada dalam keadaan saksama dan damai. Tao melahirkan semua insan tanpa pilih kasih, maka semua manusia harus menjauhkan perbezaan, prejudis dan diskriminasi. Keamanan Muktamad dapat dicapai jikalau semua orang mempraktikkan "Sepuluh Jangan" (+T): jangan membunuh, jangan mengejami, jangan cemburu, jangan curiga, jangan berzina, jangan mencuri, jangan tamak, jangan rasuah, jangan membenci dan jangan mengelirukan. 5. NILAI KEN EG ARAAN Disiplin pertama dalam "Sembilan Disiplin yang Benardan Berinspirasi" (Jiuzhen MiaoJie ialah "mentaati Raja". Ini adalah kerana negara menyediakan tempat beribadat, maka penganut Taoisme harus berasa syukur kepada Raja dan negara. Taoisme juga menentang peperangan di antara negara kerana pembunuhan kejam adalah bertentangan dengan sifat Tao. KESIMPULAN Kitab-kitab Taoisme sentiasa mengingatkan penganutnya agar jangan mengabaikan keharmonian di antara segala kewujudan kerana semua benda berasal dari Tao dan mempunyai sifat tersendiri. Ajaran ini harus dipraktikkan dalam kehidupan harian. Pendek kata, keharmonian dalam masyarakat manusia hanya dapat diperoleh jika setiap insan mementingkan nilai integriti walaupun masing-masing mempunyai sifat semula jadi yang berlainan. Hal ini, seperti mana yang disebut dalam Kitab Tao dan Te, andaian lautan besar yang dapat menampung semua sungai, maksudnya sikap toleransi atau murah hatilah yang menjadikan seseorang itu insan yang mulia


54

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Rujukan Kitab Tao dan Te Kitab Penyelamatan Segala Insan Firman Yuanshi Tianzun Kitab Ketenteraman Firman Taishang Laojun Kitab Aksi dan Retribusi Firman Taishang Laojun A±®Ou Kitab Gabungan Asal-usul Yuhuang Kitab Keamanan Muktamad Ringkasan Makna Renting dalam Doktrin Taoisme Schipper, Kristofer. (1993). The Taoist Body. Berkeley: University of California Press. Komjathy, Louis. (2013). The Taoist Tradition: An Introduction. London: Bloomsbury Publishing. Yam Kah Kean. (2013). Daojiao de Shangdi Guan of God). Batu Caves: Mentor Publishing.

The Taoist Concept


Nilai Integriti Pclbagai Agama; Pengikat Persefahaman

NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA BAHA'I TK Lee


56

Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

SINOPSIS Pengasas Kepercayaan Baha'i ialah Baha'u'llah (bermaksud Kemuliaan Tuhan) dan penganut-Nya pula disebut orang Baha'i. Tema utama mesej Baha'u'llah adalah bahawa manusia ialah ras tunggal dan kini sudah tiba masa bagi penyatuannya dalam sebuah masyarakat global. Orang Baha'i sangat beriltizam terhadap prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Baha'u'llah, seorang bangsawan Parsi. Antara prinsipnya termasuk prinsip ketunggalan umat manusia, asas yang sama bagi semua agama, keamanan sejagat didukung oleh kerajaan sedunia, bahasa tambahan yang universal, kesaksamaan antara wanita dan lelaki, keharmonian penting antara sains dan agama, pemansuhan semua jenis dan pendidikan universal, dan siasatan kebenaran secara bebas. Ditadbirkan oleh prinsip-prinsip tersebut, orang Baha'i melibatkan diri secara aktif dalam wacana dan program bersama kerajaan, dan bersama organisasi yang sealiran, serta masyarakat umum untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh individu, keluarga, komuniti dan negara ita. Di samping itu, komuniti Baha'i juga berkhidmat dalam badan- >adan antara agama bukan kerajaan, dan bersama-sama komuniti Jigama rakan-rakan kita dalam usaha untuk memupuk perpaduan dan keamanan antara negara dalam kalangan rakyat negara kita. 1. NILAI KETUHANAN Ajaran Baha'i adalah tegas bahawa kita tidak dapat memahami inti Tuhan, iaitu realiti kepentingan-Nya. Realiti kepentingan Tuhan adalah di luar pemahaman mana-mana makhluk melainkan oleh Diri-Nya sendiri. Secara literal, Tuhan "pada dasarnya tak dapat diketahui". Kita tidak akan memahami Tuhan secara langsung, walaupun kita meneruskan kehidupan kita di luar kewujudan fizikal. Tetapi hal ini tidak bermakna kita tidak boleh mengenal Tuhan. Betapa luas atau berimaginatif pun konsep kita berkenaan dengan Tuhan, barangkali perlu dihadkan oleh batasan minda manusia. "Yang kita bayangkan, bukanlah Realiti Tuhan; Dia, tak dapat diketahui, tak


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

57

dapat difikirkan, adalah jauh daripada konsep manusia tertinggi itu". (1) Apa yang kita boleh tahu tentang Tuhan yang tak dapat diketahui sudah pun diajarkan kepada kita oleh deretan Pengasas agama-agama dunia yang besar, iaitu Penjelmaan Tuhan. Sepanjang zaman, kepercayaan kita kepada Tuhan- dan jalan kita yang diikuti menuju-Nya - telah terbentuk oleh ajaranajaran-Nya. 2.

NILAI KEPERIBADIAN

Satu konsep utama dalam ajaran Baha'i ialah pemurnian watak dalaman serta khidmat seseorang kepada umat manusia yang merupakan aspek yang tak dapat dipisahkan daripada kehidupan. "Kita tidak boleh mengasingkan hati manusia daripada persekitaran luar kita dan berkat bahawa setelah salah satu daripadanya diperbaharui, segala-galan^ akan diperbaiki. Manusia adalah berorganik dengan dunia Kehidupan dalamannya membentuk persekitaran dan dirinya sendiri dipengaruhi olehnya secara mendalam. Yang satu bertindak ke atas lain dan setiap perubahan kekal dalam kehidupan manusia ialah akibat daripada saling reaksi ini. "(2) Dalam hubungan ini, orang Baha'i sudah mula menghargai operasi dua tujuan tersebut yang menjadi asas kepada kehidupan mereka: untuk melayani pertumbuhan rohani dan intelektual mereka sendiri dan untuk menyumbang kepada transformasi masyarakat. Orang Baha'i diwajibkan agar, "Ketulusan dan kejujuran membezakan segala perbuatanmu". (3) "Watak baik, sesungguhnya, perhiasan terbaik bagi manusia di sisi Tuhan; dengan demikian, Tuhan menghiasi jasad sahabat-sahabat-Nya. Demi hidupKu, cahaya kelakuan baik melebihi cahaya matahari dan kecemerlangannya. Dia yang mencapainya dikira sebagai intipati manusia. Ke atas ini kehormatan dan kemuliaan dunia bersandar dan bergantung. Watak baik ialah cara membimbing manusia ke jalan benar dan mesej agung. Diberkatilah dia yang dihiasi sifat dan nilai Himpunan Maha Agung "(4)


58

Nilai Integnti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

3. NILAI KEKELUARGAAN Baha'u'llah muncul untuk membawa perpaduan kepada dunia, dan perpaduan asas ialah keluarga. Justeru, sama rata sepenuhnya dan rasa kukuh tentang perkongsian antara wanita dan lelaki adalah penting untuk kemajuan dan transformasi sesebuah keluarga. Orang Baha'i memahami bahawa keluarga ialah unit asas masyarakat dan selagi binaan unit ini adalah sihat dan bersatu, masyarakat itu sendiri tidak boleh menjadi sihat dan bersatu. Tulisan Baha'i menyatakan bahawa "Jika cinta dan persetujuan wujud dalam keluarga sendiri, keluarga tersebut akan maju, menjadi bersinar-sinar dan spiritual" (5) la menyediakan latar penting bagi kemajuan kualiti dan kapasiti terpuji. Melalui kefungsiannya yang berharmoni dan pembangunan serta penyelenggaraan ikatan kasih sayang yang mengikat bersama ahli- ahlmya. la memberikan penyataan yang berterusan terhadap kebenaran bahawa kesejahteraan individu adalah terikat erat untuk kemajuan dan cesejahteraan orang lain. 4. NILAI KEMASYARAKATAN Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bagi seorang Baha'i terdapat dua tujuan moral - keperluan untuk pertumbuhan peribadi dan keupayaan untuk menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Aspek-aspek dua tujuan ini pada dasarnya tidak dapat dipisahkan. Kami berusaha, sama ada sebagai individu atau sebuah komuniti, untuk melaksanakanperintah Baha'u'llah: "Merekayangdianugerahi keikhlasan dan kesetiaan harus bergaul dengan semua orang dan kaum kerabat di bumi dengan riang dan berseri, oleh sebab bergaul dengan orang telah digalakkan dan akan terus menggalakkan perpaduan dan perdamaian, yang seterusnya menjadi kondusif bagi menjaga ketenteraman dunia dan pertumbuhan negaranegara semula". (6) 'Abdu'l-Baha telah menjelaskan lagi bahawa melalui "pergaulan dan pertemuan, kita menemui kebahagiaan dan kemajuan, secara individu dan kolektif." (7) Beliau menulis berhubung ini, "Apa yang menjadi kondusif untuk persatuan dan tarikan serta perpaduan dalam kalangan anak manusia" ialah "cara hidup di dunia manusia, dan apa jua yang menyebabkan


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

59

perpecahan, penolakan dan pemencilan dengan membawa kepada maut manusia". (8) 5. NILAI KENEGARAAN Baha'u'llah menetapkan kewajipan pengamalan nilai kenegaraan kepada pengikut-Nya: "Di setiap negara-tempat pengikut Baha'i menetap, mereka hendaklah menunjukkan kesetiaan, kejujuran dan kebenaran terhadap kerajaan negara tersebut."(9) Tulisan Baha'i menjelaskan, inti semangat Baha'i adalah kewujudan kesetiaan kepada undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan supaya nilai tersebut akan membantu membentuk aturan sosial dan keadaan ekonomi yang lebih baik.(1O) Sekiranya penganut Baha'i bertindak bertentangan dengan undang-undang kerajaan, kelakuannya dianggap keji di sisi Tuhan. Justeru, setiap ahli komuniti wajib mengamalkan nilai- nilai kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan amanah pada setiap masa."(11) Ketika menerangkan prinsip rohani dan sosial yang kardinal ini, 'Abdul-Baha, Pentafsirsah Kepercayaan telah menulis, "Menurut arahan langsung dan suci Tuhan, kita dilarang untuk memfitnah dan diperintahkan untuk memelihara keamanan dan persahabatan; dan digesa memiliki kelakuan yang lurus dan harmoni dengan semua kaum kerabat serta masyarakat di seluruh dunia. Kita harus taat dan menjadi penyokong kerajaan bumi tersebut " (12) Penganut Baha'u'llah digesa untuk menjadi "warga baik". (13) Ajaran Baha'i memupuk nilai-nilai penghargaan dan patriotisme yang seimbang dalam kalangan penganutnya. Komuniti Baha'i digalakan untuk berkhidmat tanpa mementingkan diri, bersahaja dan berpatriotik yang seimbang terhadap kepentingan negara yang dianggotainya dengan meletak piawaian integriti yang tinggi berasaskan ajaran Kepercayaannya. (14) Setia kepada kerajaan dan memberi perkhidmatan terbaik merupakan kewajipan spiritual yang diperkukuh dan tidak terpisah daripada ajaran Baha'u'llah. Penganut-Nya harus mencorakkan perkembangan moral dan rohani mereka. Menurut Baha'u'llah, "Biarlah ketulusan dan kejujuran membezakan semua perbuatanmu."(15)


60] Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

Tanpa integriti dalam kalangan rakyat dan tanpa kesetiaan kepada kerajaan, sesebuah negara tidak dapat berfungsi dan akan berkecai. Bukan sahaja ajaran Baha'i mewajibkan pengikutnya setia kepada kerajaannya malah melarang pengikutnya menyertai pergerakan politik dan sosial yang subversif. KESIMPULAN Kami berpendapat bahawa matlamat utama agama adalah untuk mengubah bukan sahaja pemikiran kita malah tindakan kita. Tujuan setiap agama ketuhanan adalah "untuk melaksanakan transformasi watak manusia secara keseluruhan, transformasi hendaklah memperlihatkan sendiri dalam kedua-dua luaran dan dalaman, yang akan mempengaruhi kedua-dua kehidupan dalaman dan keadaan luarannya." (16) Rujukan ('Abdu'l-Baha: Paris Talks, him. 25) (Shoghi Effendi, in a letter written on his behalf, 17hb Feb 1933) (Baha'u'llah: Gleanings of Baha'u'llah, him. 285) (Baha'u'llah: A pattern of Baha'i Life, a compilation, him. 31) ('Abdu'l-Baha: The Promulgation of Universal Peace, him. 144) (Baha'u'llah: Tablets of Baha'u'llah, him. 36) ('Abdu'l-Baha: The Promulgation to Universal Peace, him. 35) ('Abdu'l-Baha: Selections from the Writings of 'Abdu'l-Baha, him. 290) (Baha'u'llah: Bisharat, Tablets of Bahaullah revealed after the Kitab-i-Aqdas, him. 22) ('Abdu'l-Baha: The Promulgation to Universal Peace him. 233) ('Abdu'l-Baha: Selection from the writings of 'Abdu'l-Baha, him. 294) ('Abdu'l-Baha: Will and Testament of 'Abdu'l-Baha, him. 8) ('Abdu'l-Baha: Selection from the Writings of 'Abdu'l-Baha, him. 319) (Shoghi Effendi: The World Order of Baha'u'llah, him. 65) (Baha'u'llah: Gleanings from the Writings of Baha'u'llah, him. 285) (Baha'u'llah: Kitab-i-lqan, him. 240)


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Peng.kat Persefahaman 61

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Secara umumnya buku kecil ini menekankan kepentingan integriti daripada perspektif pelbagai agama di Malaysia. Perbincangan yang dibuat berkisar mengenai Lima elemen utama iaitu Nilai Ketuhanan, Nilai Keperibadian, Nilai Kekeluargaan, Nilai Kemasyarakatan dan Nilai Kenegaraan. Buku kecil ini sama sekali tidak berhasrat untuk membuat perbandingan agama mana yang lebih baik dalam membicarakan kelima-lima elemen nilai tersebut dan jauh sekali bersifat liberal mahupun ekstrim dalam konteks ini.

Penulisan ini memberikan penekanan kepada kesederhanaan (wasatiah) dan mengambil pendekatan meraikan pandangan yang berbeza bagi mengekalkan keharmonian hidup dan perpaduan kaum dalam negara yang tercinta ini. Perkara ini selaras dengan Piagam Madinah (Sohifatul Madinah) sewaktu Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib yang kemudiaanya dinamakan Madinatul Munawwarah yang bermaksud Bandar Yang Bercahaya. Jelasnya kehidupan dalam masyarakatyang terdiri dari pelbagai kaum agama ini bukanlah satu perkara yang baharu menelusuri kegemilangan tamadun yang dibina di nusantara ini seperti yang diperlihatkan oleh Kerajaan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya.

Dalam membicarakan Nilai Ketuhanan ini kesemua agama di Malaysia ini mengakui keesaan kepada Pencipta, yang memiliki sifat-sifat sempurna dan kewajipan manusia untuk beribadat kepadanya. Perkara ini penting kerana bukan sahaja ia dizahirkan dalam Rukunegara tetapi juga dilihat sebagai kompas kehidupan dan matlamat hidup masing-masing selaras dengan fitrah manusia itu sendiri. Mengakui kewujudan Pencipta dalam hal ini menjadikan penganut agama lebih tenang dalam melayari


62

Nilai Integriti Pelbagai Agama. Pengikat Persefahaman

kehidupan, mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti kerana percaya kepada pembalasan terhadap setiap amalan yang dilakukan. Dalam memperkatakan Nilai Keperibadian kesemua agama mahukan penganutnya mempunyai keperibadian tinggi serta menjunjung nilai-nilai mulia seperti berbuat baik sesama manusia, mengasihani makhluk, menjauhi perbuatan tidak bermoral, perbaiki diri, jauhi sifat-sifat negatif seperti tamak, angkuh, materialistik dan sebagainya. Tiada agama di negara ini yang menyuruh penganutnya melakukan kezaliman dan mempunyai akhlak yang buruk kerana ianya berlawanan dengan naluri semula jadi manusia itu sendiri. Penganut agama yang mempunyai nilai peribadi yang mulia ini akan mempengaruhi individu yang lain untuk turut berbuat kebaikan dan menjadikan mereka dihormati dalam keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Selain itu elemen integriti dan nilai murni pelbagai agama juga boleh dilihat dalam konteks Nilai Kekeluargaan yang amat signifikan dan mendasari ajaran agama masing-masing. Ketujuh- tujuh agama dalam buku kecil ini melihat perkahwinan itu satu ikatan yang penting dalam membina keluarga yang bahagia dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Anak-anak bertanggungjawab untuk berbuat baik dan mentaati ibu bapa masing-masing, menunaikan hak kepada ahli-ahli keluarga yang lain di samping berbuat baik kepada masyarakat, membantu mereka yang memerlukan. Melalui institusi keluarga yang mengutamakan kasih sayang seumpama ini, maka ianya akan menjadi teladan serta model kepada masyarakat sekeliling. Di samping itu, integriti dari kacamata pelbagai agama di Malaysia juga boleh dilihat secara jelas melalui Nilai Kemasyarakatan. Dalam hal ini, di antara nilai teras kemasyarakatan yang dibahaskan oleh pelbagai agama ini meliputi sikap tolong-menolong antara satu sama lain, bersatu padu hidup dalam masyarakat bagi mewujudkan perpaduan dan suasana harmoni. Dalam pada itu


Nilai Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman

63

perspektif pelbagai agama juga memberi penekanan agar berlaku adil sesama manusia tanpa mengira agama, latar belakang, etnik serta tidak bersikap prejudis dan diskriminasi. Perkara ini penting kerana perdamaian, perpaduan dan keharmonian tidak akan wujud tanpa keikhlasan dan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain khususnya dalam negara yang tercinta ini. Dalam menukilkan integriti berdasarkan Nilai Kenegaraan daripada lensa pelbagai agama, prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, melindungi rakyat dan menjaga kebajikan mereka dilihat adalah antara perkara utama dalam sesebuah negara. Tiada agama yang menggalakkan penganutnya agar terlibat dengan penindasan, keganasan, rasuah dan peperangan. Ini kerana perpecahan yang berlaku hanya akan meleburkan negara dan tamadun yang telah dibina. Uniknya dalam memperincikan nilai kenegaraan ini wujud ikatan antara pengikut dan pemimpin di mana rakyat perlu taat dan akur kepada pemerintah dan pemerintah pula perlu berlaku adil dan sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kesimpulannya, memahami integriti merentasi konteks pelbagai agama akan membolehkan kita mendalami maksud hidup berbilang bangsa, pelbagai agama dalam negara dan memanfaatkan kepelbagaian yang sedia ada untuk melakar masa depan negara ke persada yang lebih gemilang.

Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI


f integriti.my

integritidotmy

0 integriti.my

INTEGRITI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA the Malaysian Institute of Integrity

Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur Tel. : 03-62092000 Faks : 03-62031005 E-mel : integriti@integriti.my

ISBN 978-967-5091-37-7

9 789675 091377


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
NILAI INTEGRITI PELBAGAI AGAMA by Penerbitan IIM - Issuu