Skip to main content

Alkitab

Page 1


Alkitab

Buku-buku dalam siri ini:

Buku 1: Siapakah Tuhan?

Buku 2: Alkitab

Buku 3: Identiti & Penyelamatan

Buku 4: Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Yesus

Buku 5: Apakah Itu Gereja?

Buku 6: Perkahwinan, Keluarga & Anak-anak

Buku 7: Kehidupan Komuniti

Buku 8: Dunia Roh & Peperangan Rohani

Buku 9: Pengikut Yesus Kristus, Kerajaan & Undang-undang

Buku 10: Akhirat & Kerajaan Allah

Semua rujukan ayat Alkitab dipetik daripada

Alkitab © Borneo Sabda Limited kecuali dinyatakan. Hak cipta terpelihara

Siri Pemuridan 2—Alkitab Hak cipta terpelihara © 2019

KANDUNGAN

Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku! Melalui ajaran-ajaran-Mu aku mendapat pengertian; oleh itu, aku membenci setiap jalan yang palsu.

Firman-Mu lampu bagi kakiku dan cahaya bagi jalanku.

Mazmur 119:103-105

PENGENALAN

Dalam buku ini, kita akan diperkenalkan tentang Alkitab, iaitu firman Allah yang hidup dan berkuasa. Ia juga merupakan buku panduan rohani untuk semua pengikut Yesus Kristus. Kamu akan diberikan penjelasan untuk memahami asal usul, susunan, dasar bagi membaca dan mentafsir (secara ringkas) ayat-ayatnya dan jawapan mengenai pelbagai pertanyaan tentang kebenaran dan kebolehpercayaannya.

Apabila kamu telah melengkapkan siri ini, kamu akan mempunyai keyakinan yang lebih besar dan gambaran yang lebih jelas tentang firman Allah, serta kuasa, wibawa dan penerapannya dalam kehidupan kamu.

BAB 1

ALKITAB—

KEBENARAN YANG MUTLAK

Alkitab ialah firman Allah yang diberikan kepada manusia sebagai medium untuk memahami siapa itu Tuhan dan rancangan-Nya untuk kita di dunia ini. Kitab ini merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah bagi kita untuk mengenal dan mendekati-Nya, serta bertujuan untuk mengubah hubungan kita dengan-Nya agar kita menjadi manusia baru dalamNya (2 Korintus 5:17).

Segala ayat dalam Alkitab ialah Firman Allah

Apakah kesaksian Alkitab terhadap dirinya sendiri? “Seluruh Kitab Suci diillhamkan oleh Allah .…” (2 t imotius 3:16) . “Hukum Taurat disampaikan melalui Musa” (Y ohanes 1:17) dan Yesus berkata “Kitab Suci tidak dapat dibatalkan” (Y ohanes 10:35) . Perkataan-perkataan-Nya ‘datang daripada Roh Kudus dan memberi hidup’ (Y ohanes 6:63) dan perkataan-Nya adalah ‘kata-kata hidup yang kekal’ (Y ohanes 6:68) .

Nota: Alkitab menyatakan ia adalah firman Allah dengan penggunaan istilah seperti “beginilah firman Tuhan” ( contohnYa

Y esaYa 43:1; Y eremia 31:37; Y eheze K ie L 45:9; z a K aria 1:4 dan L ain - L ain ), iaitu frasa yang muncul sebanyak beratus-ratus kali.

Alkitab ditulis oleh pelbagai orang seperti para nabi (contohnya Musa, Samuel, Elias), para pemimpin/murid-murid Yesus (contohnya Matius, Petrus, Paulus, Yohanes) dan lain-lain.1 Walaupun mempunyai ramai penulis yang berbeza, ini tidak menjadi masalah kerana Alkitab menjawab persoalan ini dalam 2 Timotius 3:16 dan 2 Petrus 1:21.

Allah menyampaikan firman kepada umat-Nya melalui para nabi, para pemimpin dan lain-lain dengan menggunakan daya intelek, pemikiran dan budaya mereka sebagai medium penghantaran mesej-Nya. Sebagai contoh, Tuhan membenarkan Lukas “mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya” dan “mengarang cerita-Nya dengan teratur”2 supaya kita boleh mengetahui kebenaran yang sepenuhnya tentang peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Yesus Kristus (L u K as 1:3-4) .

Tuhan tidak melangkaui akal atau fikiran pengikut-Nya yang mencatat firman-Nya; Roh Kudus menjadi panduan, penyelia dan inspirasi penulisan mereka untuk memastikan apa yang ditulis

masih datang daripada-Nya. (Allah menempatkan diri-Nya dalam keupayaan manusia melalui proses dan cara mereka berkomunikasi.)

Kesemua 66 buku yang terdapat dalam Alkitab mengandungi bahan dan gaya penulisan yang berbeza; Alkitab mempunyai genre atau kesusasteraan naratif, hukum-hukum, arahan ritual, puisi, lagu, khutbah, nubuat, ibarat, surat-surat dan lain-lain. Alkitab tidak terhad kepada satu cara kesusasteraan sebab kehendak Allah bertujuan untuk berkomunikasi melalui semua pengalaman manusia agar kita mengerti maksud firman-Nya dengan lebih mudah dan jelas.

Namun, Roh Kudus tetap memainkan peranan yang paling penting untuk memberi kita hikmat kebijaksanaan dan pengertian akan firman-Nya (Y ohanes 14:25-26, 1 K orintus 2:14) .

Alkitab adalah kebenaran yang mutlak kerana ia berasal daripada Allah sendiri dan; Alkitab mengandungi nubuat tentang peristiwaperistiwa yang sudah berlaku. Contohnya:

• Abraham dan Sarah akan melahirkan anak (dinubuat dalam Kejadian 17:15-19 dan digenapi dalam Kejadian 21:1-5).

• Israel diperhambakan oleh kerajaan Mesir (K ejadian 15:13-16) dan dibebaskan oleh Allah (K e Luaran 12:40-41) .

Peristiwa dan nubuat yang berlaku disaksikan oleh para saksi yang mengesahkannya:

• Kematian dan kebangkitan Yesus disaksikan oleh ramai orang (1 K orintus 15:3-8) .

• Kehidupan Yesus didengar dan dilihat oleh para pengikutNya yang juga pernah menyentuh-Nya (1 Y ohanes 1:1-4) .

Manusia cuba menghapuskan firman Allah tetapi Dia berjanji mengekalkan keseluruhan firman itu untuk selama-lamanya (Y esaYa 40:8, m atius 5:18) :

Tujuan Alkitab disampaikan kepada kita

• Pertumbuhan kehidupan rohani kita (1 P etrus 2:2-3) .

• Memberi petunjuk dan menjadi panduan kita ( m azmur 119:105).

• Membawa berkat rohani apabila kita mentaati hukum-hukumNya ( m azmur 1:1-3) .

• Mendedahkan dan mengenalpasti fikiran dan niat kita ( i brani 4:12-13).

• Membimbing kita (2 t imotius 3:16-17).

• Mempertahankan iman dan rohani kita apabila menghadapi serangan daripada musuh Allah ( e fesus 6:17) .

Apakah sikap kita terhadap Alkitab?

Dalam Mazmur, Daud menulis sebuah renungan yang panjang tentang sikapnya terhadap Alkitab. Sila baca keseluruhan Mazmur 119. Kemudian, tuliskan pemerhatian anda tentang sikap Daud terhadap firman Tuhan.

Renungkan sikap anda terhadap firman-Nya. Adakah anda telah melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud?

Bagaimanakah sikap anda terhadap firman-Nya selama ini?

Adakah anda mengalami kesukaran untuk melakukan seperti yang dilakukan oleh Daud? Mengapa?

BAB 2

GAMBARAN BESAR TENTANG ALKITAB

Alkitab harus dipandang sebagai sebuah koleksi kitab yang diwahyukan oleh Allah, ditulis oleh para nabi dan rasulNya. Allah juga memastikan apa yang ditulis oleh para nabi-Nya itu betul, tepat dan tiada cacat-cela.

Catatan sejarah, penghantaran dan penyalinan teks Alkitab amat rumit untuk dibahas di sini. Namun, banyak kandungan Alkitab dapat disemak daripada manuskrip-manuskrip lama. Sebenarnya manuskip Alkitab ialah manuskrip tertua yang wujud di dunia (berbanding dengan manuskrip suci yang terdapat dalam agama-agama lain).

Tema utama Alkitab ialah menyampaikan cerita Allah kepada dunia dan manusia ciptaan-Nya tetapi manusia telah terpesong daripada rancangan Tuhan kerana mereka berdosa kemudian dihukum oleh-Nya (K ejadian 3:1-24) . Oleh itu, Allah merancang untuk membawa kedamaian kepada manusia supaya mereka boleh kembali ke jalan yang lurus.

Perjanjian Lama kepada Perjanjian Baru

Alkitab menunjukkan kasih Allah kepada manusia melalui AnakNya yang diutus ke dunia ini, agar berita baik tentang rancangan penyelamatan-Nya bagi manusia boleh diketahui.

Dua puluh lima tahun selepas Yesus Kristus diangkat ke syurga, para pengikut-Nya mula mengumpulkan kata-kata-Nya, semua tulisan dan wahyu yang disampaikan Allah kepada mereka.

Koleksi pertama dalam Alkitab yang disampaikan kepada para nabi Allah ialah Taurat. Tarikh penulisannya adalah pada zaman Musa, iaitu sekitar abad kelima belas Sebelum Masihi (SM).

Berkaitan dengan sejarah Israel, penulisan buku Taurat sehingga penamatan Perjanjian Lama (iaitu buku Maleakhi) bermula daripada waktu kehidupan Musa (1500 SM) sehingga 435 SM.3

Koleksi yang terakhir, iaitu Injil dan surat-surat lain yang ditulis oleh para pengikut Yesus Kristus, tarikh penulisan adalah pada pertengahan abad pertama Tahun Masihi.

Alkitab ialah koleksi wahyu Allah yang disampaikan kepada umat-Nya dalam tempoh melebihi 1500 tahun.

Alkitab mengandungi 66 buku atau kitab iaitu 39 kitab dalam

Perjanjian Lama (termasuk Taurat dan Mazmur) dan 27 kitab dalam

Perjanjian Baru (termasuk kitab Injil). Keseluruhan 66 buku dalam

Alkitab boleh dibahagikan seperti berikut:

Alkitab Kitab Nama

Perjanjian Lama (39 buku)

Taurat Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan

Sejarah Yosua, Hakim-Hakim, Rut, 1 dan 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-Raja, 1 dan 2 Tawarikh, Ezra, Nehemia, Ester, Ayub

Syair Mazmur, Amsal, Pengkhutbah, Kidung Agung

Para nabi Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel, Daniel, Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia, Maleakhi

Perjanjian

Baru (27 buku dan surat)

Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes

Sejarah Kisah Para Rasul

Suratsurat

Roma, 1 dan 2 Korintus, Galatia, Efesus, Filipi, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika, 1 dan 2 Timotius, Titus, Filemon, Ibrani, Yakobus, 1 dan 2 Petrus, 1, 2 dan 3 Yohanes, Yudas

Wahyu Wahyu

Kebanyakan buku di dalam Taurat ditulis oleh nabi Musa ( u L angan 31:9-13) ; Mazmur oleh Daud, Injil oleh murid-murid Yesus

Kristus (Y ohanes 14:26, 16:12-13) dan Surat-surat oleh Rasul Paulus, Petrus dan lain-lain.

Terdapat juga buku-buku lain dalam Perjanjian Lama yang ditulis oleh para nabi atau pemimpin lain. Misalnya, buku-buku seperti Yosua, Samuel, Yesaya, dan Yeremia diberi nama berdasarkan nama penulis.

Garis besar Alkitab adalah seperti berikut (lihat gambarajah 1):4

Unsur

kehidupan Berkat (Taurat)

Dengan Allah Hubungan yang intim dan baik dengan Tuhan (K ejadian 2:7-18)

Dengan manusia Hubungan yang harmoni antara satu sama lain

(K ejadian 2:22-24)

Dengan bumi Di bumi Tuhan (K ejadian 2:8-15)

Kutukan (Taurat)

Hubungan dengan

Tuhan terputus

(K ejadian 3:10-13)

Hubungan

antara satu sama lain terputus (K ejadian

3:6-7, 12, 16)

Dibuang

dari tanah

Tuhan (K ejadian 3:23-24) dan tanah dikutuk

Penyelamatan (Injil)

Hubungan dengan Allah disambung kembali (2 K orintus 5:18)

Penyelesaian (Wahyu)

Tuhan akan menyertai umat-Nya selamalamanya (W ahY u 21:3-4)

Hubungan

antara satu sama lain disambung kembali ( e fesus 2:13-16)

Tiada tangisan dan perhubungan sosial dengan bangsa lain disembuhkan (W ahY u 21:4; 22:2-3)

Dijanjikan tempat di hadirat Tuhan (Y ohanes 14:1-3)

Tiada kutukan di kota Tuhan (W ahY u 21:1-3, 22-27)

Dengan pekerjaan dan kesihatan Pekerjaan yang sempurna di bawah

Tuhan (K ejadian 2:15)

Pekerjaan dikutuk dan diusahakan dalam kesakitan dan sengsara (K ejadian 3:16-19)

Dengan jiwa manusia Kehidupan kekal (K ejadian 3:22) Maut (K ejadian 3:19, 22)

Penyembuhan

terjadi akibat kesakitan dan kutukan ditanggung oleh Yesus

Kristus (g a L atia 3:13; 1 P etrus 2:24)

Maut dihapuskan akibat kebangkitan

Yesus Kristus (1 Korintus 15:12-28)

Tiada kesakitan atau sengsara, berusaha bagi Tuhan dengan sempurna (W ahY u 21:4; 22:3)

Menerima kehidupan kekal, tiada lagi maut (W ahY u 21:6; 22:3)

Di sini, kita boleh melihat bahawa apa yang manusia telah kehilangan akibat dosa yang muncul dalam kehidupan mereka, kesemuanya diselesaikan pada akhirnya dalam buku Wahyu.

Setelah melihat gambaran dan garis besar Alkitab, apakah

Alkitab bagi anda secara peribadi?

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Alkitab by Our Daily Bread Ministries - Issuu