

Kenali musuhMU
Mendedahkan Kebenaran Tentang Iblis

Greg Dutcher
kandungan
Menghapuskan Dua Mitos Mengenai Iblis
dua Pendakwa Yang Riang Gembira
tiga
Pembalasan Iblis
5
15
27
Buku Asli: Know the Enemy—Revealing Truths About Satan
Hiasan Kulit: Terry Bidgood
Gambar Kulit: iStockPhoto
Reka Bentuk Dalaman: Steve Gier
Gambar Dalaman: (m.s. 1) iStockPhoto; (m.s. 5) Dog Madic / Stock.Xchng; (m.s. 15) Celia Martinez Bravo / Stock.Xchng; (m.s. 27) Hummel_12 / Stock.xchng
Dipetik daripada Living Free in Enemy Territory: Christ’s Triumph Over Satan oleh Greg Dutcher. Hak cipta © 2012 oleh Greg Dutcher. Digunakan dengan kebenaran daripada Discovery House Publishers.
Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 The Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia • Hak Cipta Terpelihara.
© 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di Malaysia

Menghapuskan Dua Mitos Mengenai Iblis
Sebagai seorang pastor, saya telah diberitahu oleh ramai orang Kristian yang ikhlas tentang kebimbangan mereka mengenai Iblis dan kegiatannya. Kebimbangan mereka itu memang benar. Tetapi kadangkala saya tertanya-tanya, kerana mungkin mereka lebih dipengaruhi oleh jenis Iblis versi filem Hollywood, dan bukan oleh penerangan Kitab Suci tentang Iblis.
Iblis versi filem Hollywood sangat menakutkan kita. Tetapi, mengapa? Mengapa kita begitu takut pada makhluk yang dibuat-buat dengan kesan khas, badan bersisik, mata bercahaya merah, dan bertanduk tajam?
Jika kita jujur, ini mungkin disebabkan oleh suatu makhluk yang boleh memadamkan lampu, menurunkan suhu bilik sehingga sejuk seperti di artik, dan bercakap dengan suara yang dalam dan menyeramkan, mempunyai kuasa untuk menaikkan bulu roma kita. Babak terakhir dalam filem

Rosemary’s Baby amat menggentarkan penonton kerana kita takut akan melihat bayi itu—anak Iblis. Sementara pengikut ajaran sesat dalam filem itu memuja anak Iblis tersebut, para penonton duduk tidak selesa kerana ingin melihatnya tetapi takut pula menatapnya.
Inilah yang menjadi masalah besar: kita boleh dihantui oleh fikiran tentang fizikal Iblis. Apakah rupa bentuknya? Di manakah dia memulakan komplotnya? Apakah yang harus saya lakukan, sekiranya dia bersembunyi di dalam patung-patung koleksi milik anak perempuan saya? Soalan-soalan sedemikian mencetuskan idea-idea besar bagi pakar-pakar kesan khas filem seram, penulis-penulis dan pengarahpengarah filem seram, tetapi soalan-soalan itu tidak akan membantu kita berfikir mengikut ajaran Alkitab tentang Iblis dan pengikut-pengikutnya.
Jika kita terus hidup dalam dunia khayalan dan memikirkan bahawa Iblis itu sama dengan makhluk dalam filem Creature from the Black Lagoon, maka kita pasti diperdayakan untuk percaya kepada mitos kedua.
Pada waktu itu saya berusia 15 tahun dan amat suka menonton filem. Namun saya juga bingung terhadap
Kata-Kata Dalam Alkitab Siri Bimbingan
mari BERDOA
Berbual-bual Bersama Tuhan Dengan

James
Banks
satu
Doa untuk Memuji dan Mengagungkan Tuhan
dua
Doa untuk Mengaku Dosa
dan Merendahkan Hati Kita
Doa Tentang Keperluan Harian
empat
Doa Meminta
Bimbingan dan Petunjuk
lima
Doa untuk
Mengucap Syukur
Editor Urusan: J. R. Hudberg
Reka Bentuk Kulit: Stan Myers
Gambar Kulit: Brian A. Jackson / Thinkstock
Reka Bentuk Dalaman: Steve Gier
Gambar-Gambaran Dalaman: (m. s. 1) Brian A. Jackson via Thinkstock; (m. s. 5) jeansef via openphoto.net. Via Stock.xchng: (m. s. 13) Krista Davis; (m. s. 19) Nicole Holte; (m. s. 27) Helmut Gevert; (m. s. 33) Andi O
Dipetik daripada Praying the Prayers of the Bible yang ditulis oleh James Banks. Hak cipta © 2012 oleh James Banks. Digunakan dengan kebenaran oleh Discovery House Publishers.
Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara.
© 2014 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan
Hak cipta terpelihara.
Dicetak di Malaysia

Doa untuk Memuji dan Mengagungkan Tuhan
Tidak jauh dari rumah saya terdapat satu kawasan terkenal dengan legenda tempatan dipanggil
Sennett’s Hole. Perjalanan kaki sejauh 400 meter melalui sebuah hutan akan membawa anda ke satu kelok yang amat cantik pemandangannya di Sungai Eno yang dihiasi dengan batu granit dan pokok-pokok tua.
Penduduk tempatan mengatakan bahawa kawasan tersebut ialah tapak kilang pada tahun 1700-an, dan pengasas yang membina kilang itu telah mati lemas di dalam sungai yang deras semasa banjir pada musim bunga. Ramai orang lain juga pernah terperangkap dalam arus deras di kelok sungai tersebut; hal itu terbukti kerana
operasi mencari dan menyelamat yang sering berlaku di kawasan itu.
Walau bagaimanapun, pada kebanyakan hari lain, air sungai lebih tenang. Pada suatu petang musim panas, air yang sejuk itu membuatkan saya dan anak lelaki saya, Geoff yang berumur 13 tahun berjalan melalui laluan ke pinggiran air, bersama-sama anjing kami “Bear”, seekor anjing berbaka Lab seberat 50 kg, yang berjalan dengan gembira di sisi kami.
Di hujung sungai tersebut, terdapat seutas tali yang tergantung pada sebatang pokok sycamore tua yang teguh, yang memberikan kelegaan ketika berayun dan terjun. Sementara Bear dan Geoff melompat dari satu batu ke batu lain di pinggir sungai, saya berenang ke arah tali tersebut serta memanggil mereka untuk memberitahu bahawa saya berada di sana.
Sebaik sahaja Bear mendengar suara saya, dia akan terjun ke dalam sungai dan mula berenang menuju saya, walaupun jarak di antara kami hampir sepanjang sebuah padang bola sepak. Saya berayun dari tali tersebut dan berenang menuju Bear. Kami berenang bersama-sama ke seberang.
Kejadian pada petang itu mengajar saya tentang kasih. Setelah mendengar suara saya, seekor anjing berani terjun dan berenang di sungai dalam keadaan yang mungkin membahayakan. Saya mengasihinya atas sebab itu dan hal itu membuat saya berfikir. Sekiranya kasih seekor anjing membuatkan saya terharu, apatah lagi reaksi Bapa syurgawi kita yang sempurna (kita dicipta serupa denganNya) sekiranya kita berani bergembira dalam-Nya?

DALAM HADIRAT-NYA
Mengambil Masa Bersama Tuhan

kandungan
Masalah
dua
Persediaan
tiga
Amalan
empat
Ganjaran
Buku asal: In His Presence—Spending Time with God
Editor Urusan: J. r. Hudberg
reka Bentuk Kulit: Stan myers
Gambar Kulit: ©iStock.com / i magineGolf
reka Bentuk Dalaman: Steve Gier
Gambar Dalaman: (muka surat 1) terry Bidgood; (muka surat 5)
Barbara Sanna / Stock.xchng; (muka surat 13) Jeremy lounds /Stock.xchng; (muka surat 21) Steve Woods /Stock.xchng; (muka surat 27) m ihai tamasila /rGBStock
Kecuali dinyatakan, ayat-ayat alkitab dipetik daripada alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of malaysia dan alkitab terjemahan Baru ( tB) © 1974 Bible Society of i ndonesia.
© 2014 rBC m inistries, Grand r apids, m ichigan. Hak cipta terpelihara.
Dicetak di malaysia.

Masalah
Sejurus selepas penciptaan lelaki dan perempuan pertama, Alkitab mengatakan bahawa
“TUHAN Allah berjalan di taman” (kejadian 3:8).
Pencipta alam semesta tidak menyembunyikan Diri daripada segala ciptaan-Nya atau para malaikat-Nya di belakang pintu-pintu yang tertutup. Sebaliknya, Dia mencari Adam dan Hawa sebagai teman rohani-Nya.
Tuhan yang membina persekutuan dengan berjalan bersama Adam dan Hawa pada waktu hari sejuk juga menjangkau kita pada hari ini.
Inilah masa renungan—meluangkan masa bersamasama Tuhan untuk mengalami hadirat, penghiburan dan pimpinan-Nya.
Kebanyakan kita ingin mempunyai masa renungan yang bermakna bersama Tuhan. Namun begitu, kita
sering mendapati bahawa kita berada dalam suasana yang sukar . Keadaan ini boleh menyebabkan kita berasa bersalah sekiranya kita mengabaikan masa renungan kita sendiri bersama Tuhan. Namun, sekiranya kita mengukur kerohanian kita dengan jumlah masa kita bertemu dengan Tuhan sepanjang minggu, masa renungan akan kehilangan maknanya. Segala ini adalah mengenai hati kita, bukan hanya sekadar janji temu di kalendar kita.
Masa renungan ialah masa yang dikhaskan untuk berbualbual dengan Tuhan . Ia terdiri daripada doa, pembacaan firmanNya dan renungan . Biasanya ini dilaksanakan setiap hari pada masa yang tentu .
Semasa saya seorang pelajar tahun dua di universiti, saya mempunyai masalah disiplin. Pelbagai jenis aktiviti dan gangguan telah menghindari saya menyiapkan tugasan tepat pada masanya dan membuat persiapan untuk peperiksaan. Kesibukan hidup sentiasa menyebabkan saya menggantikan satu kegiatan dengan yang lain, atau mengabaikannya sama sekali. Bukan sahaja saya tidak dapat melaksanakan apa-apa hal, malahan saya mengalami kesusahan untuk merancang serta menyiapkan semua hal. Pada suatu malam selepas kelas, saya membincangkan masalah saya dengan seorang profesor. Dia mencadangkan agar saya menyusun jadual harian saya mengikut keutamaan. Semasa saya mengendahkan nasihatnya,
warga kerajaan tuhan
Respons Orang Kristian Terhadap Kerajaan

Orang Kristian “Ateis”? .
dua
Prinsip-Prinsip Kerajaan Tuhan . . . 9
tiga Bagaimana Dengan Cukai?
empat
Berdoa Untuk Pemimpin Kita
lima
Masa Membuat Keputusan
BUKU ASLI: Citizens of the Kingdom—Responding to Government as Christians
REKA BENTUK KULIT: Stan Myers
GAMBAR KULIT: Rob Hill via Hemera
REKA BENTUK DALAMAN: Steve Gier
GAMBAR-GAMBAR DALAMAN: Rob Hill via Hemera (m. s. 1): Hemera Photo Objects (m. s. 5); all others via Stock.xchng: Neil Gould (m. s. 9), Marcin Jochimczyk (m. s. 19), Jesper Noer (m. s. 29), and Andrew Beierle (m. s. 37).
Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara.
© 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan
Hak cipta terpelihara. Dicetak di Malaysia.

Orang
Kristian “Ateis”?
Pada abad ke-2 tm, seorang cendekiawan Rom yang dihormati, bernama Celsus, membuat tuduhan ateisme terhadap pengikut-pengikut Yesus. Kerana mereka tidak menyembah dewa-dewa Rom atau menghormati Kaisar sebagai dewa, Celsus menuduh mereka sebagai pengkhianat negara dengan kepercayaan ateisme.
Apabila penganiayaan datang, gereja awal menanggungnya dengan tabah. Sedikit sekali bukti yang menunjukkan orang Kristian menentang penganiayaan daripada pemerintah.
Tetapi sewaktu Perang Dunia ke-2, orang Kristian adalah antara pembela paling berani bagi kumpulan orang tertindas yang lain. Orang percaya yang salih memainkan peranan penting dalam organisasi seperti penentang Belanda, kumpulan bawah tanah Perancis, dan kumpulankumpulan lain yang menentang serangan Nazi.
Kebanyakan penentang yang sungguh berani ini menggunakan cara aman sebagai pendekatan bantahan. Namun, ada juga mengambil tindakan yang ganas. Pastor gereja Lutheran, Dietrich Bonhoeffer, dibunuh oleh Nazi atas peranannya dalam komplot membunuh Adolf Hitler.
Beberapa tahun kemudian, Dr. Martin Luther King Jr. mengambil langkah yang digelarnya “tindakan tanpa keganasan.” Dalam suratnya bertajuk, “Surat dari Penjara Birmingham,” King menulis, “Ada dua jenis undangundang: adil dan tidak adil.” Dia berkata, “Seseorang mempunyai tanggungjawab moral untuk melanggar undang-undang yang tidak adil.”
Dr . Martin Luther King Jr . menulis suratnya “Letter from Birmingham Jail” pada April 1963 selepas dia ditahan kerana membuat tunjuk perasaan tanpa permit . Dia menghabiskan 11 hari di dalam penjara kerana “kesalahan” itu .
Selagi ada kerajaan yang diperintah oleh manusia, pasti ada rakyat yang tidak menyetujui polisi, keputusan dan aktiviti kerajaan mereka. Pertentangan pendapat boleh bertambah buruk sehingga menjadi suatu krisis. Pada masa itulah pemimpin negara perlu membuat keputusan penting. Haruskah kerajaan