Dalam dunia moden kita, ramai orang yakin bahawa Alkitab hanyalah sekadar buku kuno yang mengarut. Tulisan keagamaannya tidak berdasarkan fakta atau realiti, dan Alkitab hanya dibaca oleh segolongan kecil orang beragama yang mahu merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain. Ia cuma gabungan mitos, cerita dongeng dan kisah kanak-kanak, semua diubahsuai mengikut peredaran zaman. Ia tidak relevan, membosankan dan sangat tidak tepat. Mungkin anda pernah mendengar orang lain merendah-rendahkan Alkitab dengan kata-kata seperti ini:
• Alkitab tidak tepat dari segi sejarah.
• T idak ada penulis lain dalam sejarah yang menyokong kisah-kisah Alkitab.
• Sains menjadikan mukjizat-mukjizat dalam Alkitab mustahil untuk dipercayai.
Jika semua kenyataan ini betul, bagaimanakah kita dapat menerima Alkitab secara serius? Sudah tentu ia tidak boleh diharap? Kemungkinan ia juga berbahaya! Oleh demikian, apakah kebenaran yang sebenar? Apakah bukti yang dapat menyokong Alkitab sebagai buku yang tepat dan boleh dipercayai?
Apakah itu Alkitab?
Alkitab sendiri menjelaskan bahawa cerita
dan pengajaran di dalamnya adalah sesuatu yang diberikan kepada kita oleh Roh Kudus.
Berdasarkan kenyataan yang diilhami dan diberikan oleh Tuhan, Alkitab sesungguhnya boleh dipercayai dan berwibawa (2 Timotius 3:16; 2 Petrus 1:16-21).
Sebagai tambahan, Yesus, Anak Tunggal Tuhan, berkata bahawa Alkitab (yang ditulis lama sebelum kedatangan-Nya) diberi oleh Tuhan dan menceritakan kisah-Nya. Dia menjelaskan bahawa Perjanjian Lama (bahagian awal dalam Alkitab) bukan sekadar sejarah kebangsaan atau mitos keagamaan (Matius 4:1-11; 5:17-19). Dia percaya bahawa Alkitab adalah mengenai diri-Nya—dan menceritakan janji Tuhan tentang kedatangan seorang Penyelamat (Yohanes 5:39-40).
Dari banyak segi, Alkitab sangat berterusterang. Ia mencatatkan kegagalan moral dan rohani orang dalam kisah-kisahnya. Kejujuran seperti ini adalah sangat penting. Biasanya kisah yang memalukan atau membuktikan kesalahan seseorang akan disembunyikan. Oleh sebab kesalahan didedahkan secara terbuka, maka ini membuktikan bahawa Alkitab adalah buku yang bertekad untuk menyatakan kebenaran, walaupun kebenaran itu mungkin menyakitkan.
Tetapi adakah munasabah untuk kita menganggap Alkitab sebagai buku yang boleh dipercayai? Adakah bukti luaran yang dapat menyokong kenyataan serta kisah-kisah dalam Alkitab?
Bukti dan sokongan dari segi sejarah dan arkeologi
Dalam seluruh Alkitab, kejadian-kejadian yang dicatatkan dikaitkan dengan orang yang mempunyai nama, serta dikaitkan dengan masa dan tempat dalam sejarah. Kebanyakan tempat ini masih dikenali, seperti Mesir, Syria, Yerusalem dan Galilea.
Batu ukir daripada tamadun kuno menyokong kisah-kisah dalam Alkitab. Batu ukir atau tanah liat berbentuk silinder ini merupakan ‘buku sejarah’ pada zaman purba. Itulah cara mereka mencatatkan kejadian, hukum atau perintah.
Satu contoh ialah Taylor Prism (Prisma Taylor, sebuah silinder tanah liat bertarikh antara 705–681
SM) yang mengesahkan serangan kepung Asyur ke atas Yerusalem, yang turut dijelaskan oleh Alkitab dalam 2 Raja-Raja 18–19, 2 Tawarikh 32 dan Yesaya 36–37. Penemuan satu lagi batu ukir, iaitu Tel Dan Stele, mengesahkan kewujudan raja Israel iaitu raja Daud, pada garis masa yang dicatatkan dalam Alkitab. The Cyrus Cylinder (Silinder Sirus) mencatatkan Raja Kores dari Persia mengeluarkan titah bertulis untuk mengizinkan orang Yahudi, yang telah ditawan beberapa tahun sebelumnya, untuk pulang ke
rumah mereka di Israel (Ezra 1:1-3; 6:3; Yesaya 44:28; dan 2 Tawarikh 36:23). The Moabite Stone (Batu Moab) pula mencatatkan pemberontakan bangsa Moab yang disebutkan dalam 2 Raja-Raja 3 dalam Alkitab.
Dokumen-dokumen sejarah juga menyokong kesaksian Alkitab tentang Yesus. Guru Yahudi dan pemimpin tentera yang bernama Josephus (37–100 TM), senator Roma iaitu Pliny yang Muda (61–113 TM) dan ahli sejarah Roma, Tacitus (56–117 TM), mereka semua juga menulis tentang Yesus.
Josephus memanggil Kristus sebagai “seorang yang bijak” dan “telah melakukan perkara yang menakjubkan”. Dalam surat kepada Kaisar, Pliny berkata bahawa orang Kristian menyembah “Kristus sebagai tuhan”. Tacitus mencatatkan “Kristus” sebagai pengasas agama pemberontakan (“pemberontakan” kerana ia bukan agama Kerajaan Roma), dan menyebut bahawa Yesus dihukum mati di bawah arahan Pontius Pilatus.
Antara penulis-penulis yang tersebut di atas, tiada seorang pun merupakan pengikut Kristus. Namun mereka semua tahu bahawa Yesus wujud dan para pengikut-Nya menganggap Dia sebagai Tuhan.
Ini cuma sebahagian contoh daripada segala bukti yang menyokong Alkitab. Dengan jelas ia menunjukkan bahawa sejarah menyokong kisahkisah Alkitab, bukan menolaknya.
Sains telah membuktikan bahawa Alkitab itu palsu?
Bagi ramai orang, Alkitab menggambarkan dunia yang mereka tidak pernah lihat dan tidak boleh terima. Kejadian ajaib dan mukjizat tidak serasi dengan dunia yang ada di sekeliling mereka.
Dasar untuk kritikan ini ialah kepercayaan bahawa sains merupakan cara yang paling sahih untuk mengetahui apa-apa tentang dunia kita. Ada yang berkata bahawa sains ialah satu-satunya cara yang boleh dipercayai. Tetapi adakah ia memang satu-satunya cara, atau cara yang terbaik, untuk mengenali kebenaran tentang dunia kita? Adakah kebatasan bagi apa yang boleh diukur dan diuji oleh sains?
Seorang anak dara melahirkan anak, seorang manusia berjalan di atas air, orang yang mati hidup semula, beberapa keping roti memberi makan kepada beribu-ribu orang—kajian-kajian sains tidak akan membenarkan kita menerima kejadiankejadian itu dengan serius. Ini kerana sains tidak dapat mengukur atau menjelaskan hal seperti itu, maka kebanyakan orang berfikir bahawa segala ini tidak mungkin pernah berlaku.
Sebagai contoh, bagaimana mungkin orang yang bijak akan percaya dengan kejadian seorang dara yang beranak? Orang Kristian sudah tentu juga setuju dengan kenyataan secara saintifik bahawa ini mustahil bagi orang dara untuk melahirkan anak. Namun, mereka percaya bahawa Yesus dilahirkan oleh seorang dara, bukan hanya kerana Alkitab berkata demikian, tetapi mereka juga percaya bahawa
Tuhan dalam Alkitab boleh menyebabkan hal itu terjadi.
Perkara ini mungkin kelihatan terlalu mudah, tetapi ia adalah fokus tentang isu ini. Alkitab memberitahu kita kebenaran tentang siapa itu
Tuhan! Orang Kristian percaya bahawa perkara yang mustahil telah terjadi, walaupun adanya pengetahuan saintifik, kerana mereka percaya bahawa Tuhan, pencipta hukum alam, mempunyai kuasa untuk bertindak di luar hukum itu. Sains mungkin boleh mengukur dan menguji hukum yang diciptakan oleh Tuhan, tetapi itu tidak membataskan apa yang boleh dilakukan oleh Tuhan. Sebenarnya, Alkitab tidak hanya menyebutkan hukum-hukum dunia (itulah peranan sains). Alkitab ialah kisah tentang Tuhan! Adakah Dia betul-betul dapat diukur oleh sains?
Orang yang percaya kepada kajian sains sering berkata bahawa alam semesta wujud begitu sahaja. Pandangan seperti ini tidak memerlukan Tuhan. Jika tidak ada ‘reka cipta’ untuk dunia kita, maka tidak ada pereka cipta.
Tetapi jika Tuhan tidak wujud, tidak mungkin ada mukjizat (hal yang berlaku di luar hukum alam), dan jika tidak ada mukjizat, maka sesuatu tidak mungkin akan terhasil dari ketiadaan. Oleh itu, jika sesuatu perkara tidak boleh wujud dari ketiadaan, maka alam semesta kita tidak sepatutnya wujud … Mengapakah hal ini penting? Kerana pada satu tahap, kita semua akan percaya kepada hal-hal yang tidak boleh dibuktikan oleh sains. Orang yang mempercayai Alkitab bukannya tidak percaya kepada hukum alam; cuma mereka percaya bahawa ada hal yang lebih besar daripada hukum itu sendiri. Tuhan melakukan perkara yang menakjubkan, dan ada kalanya ia mengelirukan pemahaman manusiawi kita. Perkara itu menunjukkan bahawa Dialah Tuhan, dan
Dia boleh mengatasi hukum-hukum yang sebenarnya diciptakan oleh diri-Nya sendiri!
Kebenarannya semua orang, termasuklah mereka yang mempercayai Alkitab dan mereka yang tidak percaya, masih juga percaya bahawa terdapat banyak perkara yang tidak dapat diuji atau dibuktikan. Sains tidak mampu menjawab setiap persoalan. Malahan, sains tidak pernah berfungsi untuk menjawab semuanya.
Sebagai contoh, dapatkah sains membuktikan bahawa:
• Dua orang yang sedang bercinta?
• Pemandangan dari atas gunung sungguh cantik?
• Kebenaran lebih baik daripada kesalahan?
Sains tidak dapat menjelaskan apa yang baik dan jahat, atau memberikan kita asas untuk membuat keputusan moral. Ia tidak dapat memberitahu kita apa yang cantik. Kenyataan “sains telah membuktikan Alkitab itu palsu” juga adalah dakwaan yang tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Alkitab bukan satu karangan atau senaskah sastera; ia merupakan koleksi 66 buku yang ditulis oleh 40 penulis dalam masa hampir 1500 tahun. Adakah sains benar-benar mendakwa bahawa semuanya itu sudah terbukti palsu?
Adakah sains moden menyebabkan kita berpendapat mustahil untuk mempercayai Alkitab? Tidak. Sains hanya memberitahu kita bahawa tidak ada penjelasan semula jadi untuk menjelaskan kejadian ajaib yang dicatatkan dalam Alkitab. Tetapi apabila kita memikirkan hal ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada juga penjelasan semula jadi atau saintifik untuk cinta; namun tidak ada sesiapa akan berkata bahawa sains telah membuktikan cinta sebagai sesuatu yang palsu!
Sains mengukur hukum dunia ini, tetapi ia tidak dapat mengukur Tuhan yang telah menciptakan hukum itu. Sains tidak dapat mengukur keperibadian, karakter atau prinsip moral. Namun seluruh Alkitab mengisahkan siapa itu Tuhan, keperibadian-Nya, karakter-Nya, prinsip-prinsip moral-Nya! Orang yang ingin mengukur Tuhan dengan menggunakan sains umpama menggunakan pembaris meter untuk mengukur suhu!
Ketahanan Alkitab
Tetapi bagaimana pula dengan kekhuatiran
bahawa Alkitab yang kita miliki hari ini adalah tidak sama dengan teks asli yang ditulis
beberapa ribu tahun yang lalu? Adakah mesej asli terpelihara, atau sudah lesap apabila diterjemahkan?
Adakah Alkitab itu buku lama yang tidak boleh dipercayai, seperti yang dikatakan sesetengah orang?
Kebenarannya, buku-buku dalam Alkitab merupakan dokumen yang terpelihara dalam sejarah. Ini suatu dakwaan berani. Tetapi dengan adanya bukti, maka itu juga bukan pernyataan yang berlebihlebihan.
Pada hari ini kita memiliki Alkitab kerana beradababad lalu, ahli-ahli tulis menyalin teks asli untuk memeliharanya. Mereka sungguh terperinci dalam menyalin setiap perkataan, sehingga para cendekiawan pada hari ini berkata bahawa salinan teks itu boleh dipercayai sebagai replika yang tepat bagi teks asal.
Kebenarannya, buku-buku dalam Alkitab merupakan dokumen yang terpelihara dalam sejarah .
Tetapi bagaimana pula dengan ruang waktu yang berlalu antara penyalinan salinan itu? Para pengkritik berkata bahawa masa yang panjang antara tulisan asal buku-buku itu dan salinan tertua sudah tentu menyebabkan kesilapan dalam teks.
Pernahkah anda mendengar tentang Skrol Laut Mati? Ia ditemui pada lewat 1940-an sehingga pertengahan 1950-an. Skrol Laut Mati merupakan koleksi hampir 950 dokumen dan pecahan teks Alkitab. Kebanyakan skrol ini adalah salinan kitabkitab Perjanjian Lama yang bertarikh antara abad ketiga SM sehingga pertengahan abad pertama TM. Bukan sahaja Skrol Laut Mati memberikan kita salinan paling tua daripada Perjanjian Lama, tetapi ia juga memberikan para cendekiawan peluang untuk meneliti perbezaan di antara salinan awal dan salinan kemudian. Apa yang mereka temui sangat menarik.
Apabila mereka membandingkan salinan yang lebih baharu daripada Yesaya 53 (sebagai contoh) dan salinan-salinan petikan yang sama daripada Skrol Laut Mati, para cendekiawan mendapati bahawa dokumen itu adalah sama! Walaupun ada sedikit perbezaan, namun perbezaan itu tidak mempunyai pengaruh ke atas maksud teks itu. Walaupun dokumen ini terpisah oleh tempoh masa hampir 1000 tahun, persamaannya menunjukkan bahawa perhatian sangat terperinci diberi dalam proses menyalin dan memelihara teks asli Alkitab1.
Kita juga boleh membandingkan Alkitab dengan buku-buku kuno lain yang juga dihormati, untuk
melihat bagaimana kesahihan Alkitab selaras dengan buku-buku itu. Sebagai contoh, terdapat 8 salinan
History (Sejarah) yang ditulis oleh Herodotus, dan ruang waktu antara teks asli dan salinan terawal ialah 1350 tahun; 10 salinan Perang Gallic karya
penulisan Kaisar, dan tempoh masa antara teks asli dengan salinannya ialah 1000 tahun; 20 salinan
Annals, catatan sejarah Tacitus; 7 salinan Sejarah
Semula Jadi yang ditulis oleh Pliny Secundus dan 20 salinan Sejarah Rom yang ditulis oleh Livy. Salinansalinan sejarah kuno ini masing-masing mempunyai ruang waktu 1000, 750 dan 400 tahun antara teks asli
dengan salinannya2.
Walaupun terdapat ruang waktu yang besar antara tulisan asal dan salinan
terawal, tidak ada sesiapa pun menyoal ketepatan atau kesahihan dokumendokumen tersebut.
Oleh itu, bagaimana
Alkitab berbanding dengan tulisan-tulisan kuno yang lain? Pada masa kini, kita mempunyai hampir
5,500 salinan penuh atau sebahagian salinan
daripada kitab-kitab
Perjanjian Baru. Salinan paling awal bagi teks
Kajian mendapati bahawa
Alkitab sendiri merupakan dokumen bersejarah yang paling sahih
Perjanjian Baru disahkan bertarikh 114 TM. Ini bererti
bahawa ruang waktu antara salinan terawal dan tulisan asal, paling banyak pun hanya 50 tahun3.
Apabila dibandingkan dengan tulisan-tulisan kuno yang lain, bukti bagi Alkitab orang Kristian sememangnya unik dalam bentuk teks! Kajian mendapati bahawa Alkitab sendiri merupakan dokumen bersejarah yang paling sahih.
1 Norman L. Geisler and William E. Nix, A General Introduction to the Bible (Chicago: Moody Press, 1986), 196, 261-70, 351-85.
2 Craig L. Bloomberg, Jesus and the Gospels: An Introduction and Survey (Nashville: B&H Academic, 2009), 424-44. See also McDowell, New Evidence, 38.
3 Dan Wallace, “Earliest Manuscript of the New Testament Discovered?” The Center for the Study of New Testament Manuscripts, csntm.org/News/ Archive/2012/2/10/EarliestManuscriptoftheNewTestamentDiscovered.
Alasan terbaik untuk mempercayai Alkitab
Jika anda mahu hujah yang pasti dan kalis peluru tentang Alkitab, kita tidak memilikinya. Orang Kristian tidak dapat membuktikan sepenuhnya tanpa sebarang keraguan, bahawa Alkitab itu boleh dipercayai. Begitu juga mereka tidak dapat membuktikan bahawa cinta itu benar atau perkara betul lebih baik daripada perkara salah
Tetapi selepas melihat buktinya, kita boleh berkata dengan cukup yakin bahawa Alkitab adalah benar dan boleh dipercayai. Mengapa? Alkitab itu jujur, penemuan arkeologi mengesahkan cerita-ceritanya, ia bukan sekadar sebuah buku yang ditulis oleh manusia, dan Yesus sendiri berkata bahawa kata-kata dalam Alkitab adalah benar (dalam pengajaran-Nya, Yesus merujuk kepada banyak cerita dalam Perjanjian Lama. Contohnya, sila rujuk kepada Matius 12:38-41 bahawa Yesus menyebutkan kitab Yunus daripada Perjanjian Lama.
Inilah alasan terbaik untuk mempercayai Alkitab. Dalam Alkitab, kita menemui kisah paling menakjubkan yang pernah diceritakan. Tuhan alam semesta—Pencipta dan pereka kita—memilih untuk menjadi manusia agar perhubungan kita
dengan-Nya dapat dipulihkan. Kita telah merosakkan hubungan
kita dengan Tuhan ketika
kita menjalani hidup
tanpa-Nya, melakukan hal sesuka hati kita, mengutamakan diri sendiri serta meninggikan diri tetapi bukan Dia. Itulah sebenarnya dosa.
Tuhan menciptakan
Tuhan alam
semesta memilih untuk menjadi manusia agar perhubungan
kita dengan-Nya dapat dipulihkan
dunia yang baik, tetapi apabila manusia tidak mempedulikan Tuhan dan terus berbuat dosa, kita mengakibatkan terjadinya perpisahan serta jarak di antara Dia dan kita. Tetapi Tuhan tidak ingin mengizinkan perpisahan itu berterusan, oleh itu, Dia melakukan perkara yang tidak mungkin dilakukan oleh kita. Yesus, iaitu Tuhan, mengambil hukuman yang selayaknya kita terima, dengan cara mati di atas kayu salib. Kemudian, Dia bangkit semula dengan hidup baharu selepas tiga hari, serta menawarkan semua orang yang percaya kepada-Nya, suatu kehidupan yang baharu dan kekal dengan-Nya. Inilah kisah Alkitab.
Adakah terdapat alasan-alasan lain daripada bukti sejarah untuk mempercayai Alkitab? Sudah tentu.
Tetapi alasan terbaik adalah mesej tentang Yesus. Ia bukan sekadar berita baik–tetapi merupakan berita yang terbaik.