

SUMBER-SUMBER ROHANI
Nama-Mu dan Firman-Mu Agung
Bahan Renungan Untuk Peribadi dan Keluarga.


Pedoman Harian 2017
Edisi Tahunan
Buku ini mengandungi pembacaan Alkitab dengan huraian berbentuk renungan harian yang cukup untuk 365 hari serta 2 petikan istimewa. Kandungannya adalah ringkas dan jelas, berkait rapat dengan kehidupan orang Kristian. Kesaksian yang pendek merupakan penjelasan lanjutan bagi ayat Alkitab untuk pembacaan hari ini.
Diterbitkan setiap tahun (384 m/s; 125 X 185 mm)


SIRI PERJALANAN IMAN


Bertumbuh Teguh dalam Kristus
Sekiranya kehidupan Kristian diibaratkan satu perlumbaan, surat Kolose dan Filemon telah dituliskan untuk menjadi panduan dan sumber dorongan semasa anda berusaha untuk menuju ke garis akhir. Surat Kolose merupakan campuran teologi dan pengajaran praktikal yang indah kerana rasul Paulus menggesa jemaah di Kolose yang muda ini terus bertumbuh teguh dalam Kristus, mengingatkan mereka tentang janji-janji, keperibadian dan kewibawaan Tuhan. Dalam surat Filemon, Paulus memberikan kita wawasan indah tentang sifat persekutuan Kristian yang dinamik dan mengubah kehidupan. Carilah harta yang terkandung dalam kedua-dua surat ini.
QT938 (72 m/s; 148 X 210 mm)


Rancangan Tuhan yang Sempurna
Kitab Roma menghuraikan apa yang dipercayai oleh orang Kristian dan rancangan Tuhan yang sempurna untuk membawa orang berdosa kembali kepada-Nya. Kitab ini disebut sebagai dokumen teologi teragung yang pernah ditulis. Namun justeru itu, sebahagian orang menganggap kitab ini sukar untuk dipelajari. Dengan gaya tulisan yang istimewa, David Cook menolong anda mencerna dan menghayati kebenaran-kebenaran yang sukar tersebut. Temukanlah sebab yang membuat Injil disebut sebagai Berita Baik dan alamilah peneguhan atas apa yang anda percayai dan sebab anda beriman.
UK304 (108 m/s; 148 X 210 mm)

BAHAN UNTUK ORANG KRISTIAN BARU/PEMURIDAN

Dasar Kehidupan Kristian
ā¢Mengandungi 7 topik penting dan 28 topik kecil secara keseluruhannya
ā¢Dirancang untuk membantu mereka yang baru percaya kepada Yesus Kristus dan muda-mudi
ā¢Soalan-soalan yang disediakan sesuai dibincangkan dalam kumpulan
#GMBCL (64 m/s;210 X 148 mm)

Langkah Pertama
ā¢Bahan pemuridan yang mengandungi 30 hari pembacaan dan soalan perbincangan.
ā¢Bahan yang sistematik untuk membantu orang Kristian baru bertumbuh secara rohani.
ā¢Buku ini merangkumi 15 topik tentang memahami penyelamatan, mencontohi Kristus, serta menjalani kehidupan yang menang selepas menerima Kristus.
#LF500 (64 m/s; 210 X 148 mm)

Tinjauan Perjanjian Lama & Tinjauan Perjanjian Baru
⢠Memberikan gambaran yang lengkap daripada keseluruhan Alkitab.
⢠Menyediakan konteks yang bermanfaat untuk pemahaman peribadi dan penerapan daripada setiap kitab.
⢠Merangkumi ringkasan teks dan ikon pada margin halaman untuk menolong anda mengenali keperibadian, tema, ayat, dan penerapan yang penting.
⢠Berisi tafsiran, kisah hidup, dan anekdot yang bersejarah.
Tinjauan Perjanjian Baru
(395 m/s; 152.4 X 228.6 mm)

Tinjauan Perjanjian Lama
(562 m/s; 152.4 X 228.6 mm)
#QC840
#LS310

SIRI BIMBINGAN





Siri ini merangkumi pelbagai topik kehidupan harian yang berdasarkan Alkitab dan sesuai digunakan untuk bacaan individu mahupun dalam kumpulan kecil.
(40 m/s; 103 X 152 mm setiap buku)
1. Dalam Hadirat-Nya
Penulis, Dennis Fisher mengamati pergelutan kita yang ingin meluangkan masa bersama dengan Tuhan. Sepanjang buku ini, dia memberikan beberapa petunjuk praktikal yang akan membantu ketika kita berusaha untuk berdoa, membaca ļ¬rman Tuhan serta melayani orang lain dalam proses itu.
#U5263
2. Kenali Musuhmu
āApabila seseorang ingin berbuat jahat kepada anda, maka anda mesti mengenali identiti orang itu, penampilannya, pergerakannya, cara kerjanya, niatnya, dan kemahirannya,ā tulis Greg Dutcher. Buku ini membantu melengkapi kita untuk melawan musuh utama orang percaya. Kita diingatkan bahawa Iblis tidak bebas berbuat apa-apa dengan sesuka hatinya, dan kita tidak berjuang sendirian. Hakikat yang paling penting adalah Kristus telah mengalahkan Iblis di kayu salib.
#BV 465
3. Mari Berdoa
Sebanyak apa pun yang ingin kita ucapkan kepada Tuhan, adakalanya kita susah menyusun kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan isi hati kita. Penulis James Banks memperlihatkan doa-doa daripada para tokoh Alkitab untuk menunjukkan bahawa kita dapat menggunakan ļ¬rman Tuhan untuk berbual-bual dengan Dia pada setiap masa dalam kehidupan kita. Kita diingatkan bahawa āDia rindu memberkati kita dan menarik kita mendekat kepada-Nya dengan kasih yang menghidupkan kita,ā dan kita pun berani datang kepada Tuhan dengan pujian dan permohonan kita.
#RU 273
4. Warga Kerajaan Tuhan
Pemahaman untuk menyeimbangkan kerakyatan di dunia dan di syurga tanpa mengkompromikan tanggungjawab kita kepada Tuhan telah menjadi satu isu bagi ramai orang Kristian, sejak wujudnya kerajaan manusia. Buku Warga Kerajaan Tuhan berkongsi pandangan dan hikmat yang bersejarah daripada ļ¬rman Tuhan untuk membantu anda menyedari apa yang dimiliki Tuhan dan dipercayakan-Nya kepada kerajaan. Temukan cara anda berdoa bagi orang yang terlibat dalam kepimpinan, menghormati kuasa mereka, dan mempunyai pendirian lain dengan hormat.
#EP777
5. Apabila Anda Ingin Melarikan Diri
Buku ini meneliti apa yang telah berlaku apabila Daud berkata: āSekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenangā (Mazmur 55:7). Ia juga menemui apa yang Tuhan ingin kita lakukan dan janji-Nya atas beban kita, terutamanya waktu kita ingin melarikan diri.
#R7301







6. Bagaimanakah Mendapat Kepuasan Hati
Buku ini menumpukan dua topik yang utama, iaitu āHad Bebanā dan āHal Ehwal Kewanganā. Bagi pihak Tuhan kita, murah hati bukan semata-mata tentang wang. Kemurahan hati bermaksud kita menemui kegembiraan dan kepuasan hati daripada Tuhan yang telah menciptakan kita untuk diri-Nya sendiri.
#WH449
7. Harga Diri
Sebilangan orang percaya bahawa harga diri dan Alkitab tidak boleh bercampur. Orang lain pula percaya bahawa cara yang tepat untuk mendapatkan hormat kendiri dan penerimaan kendiri adalah melalui Alkitab. Buku ini telah ditulis dengan keyakinan bahawa tiada seorang pun boleh mendapat hormat kendiri dan maruah selain kita melihat diri sendiri dari sudut pandangan syurga. Tiada orang yang mempunyai pendapat yang lebih sihat dan realistik tentang diri mereka selain orang yang percaya bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja jika dimampukan Tuhan.
#YW268
8. Ketika Pengampunan Kelihatan Mustahil
Apakah pengampunan yang benar? Bagaimanakah anda tahu bahawa anda boleh berkata bahawa ālupakan kesakitan sahajaā? Tempuhlah perjalanan bersama kaunselor Tim Jackson yang menuju pengampunan ketika dia menunjukkan pelan pengampunan Yesus. Melalui buku ini, kami harap anda boleh mengalami kesembuhan daripada kesakitan hati, pengkhianatan, kemarahan, dan bagaimana anda boleh memiliki belas kasihan ketika berada dalam situasi sebegini.
#UT244
9. Mengapakah Tuhan Yang Baik Mengizinkan Penderitaan?
Walaupun ini soalan lama, jawapannya tetap ada. Meskipun tidak lengkap, tetapi cukup memberi kita pandangan yang betul tentang penderitaan, dan sanggup menghasilkan yang baik dalam diri kita. Seterusnya buku ini menunjukkan bahawa walaupun syurga tidak semestinya menjawab segala soalan kita, ia memberi kita segala jawapan yang kita perlukan supaya terus percaya dan mengasihi Tuhan, yang memanggil kita semasa kita mengalami penderitaan.
#ME382
10. Menepati Janji Temu Kita Dengan Tuhan
Kadangkala kesibukan dalam kehidupan seharian menyebabkan kita tidak dapat mengambil masa untuk bersama Tuhan. Oleh itu, penulis buku ini, Dennis Fisher memberikan panduan yang praktikal untuk membantu anda menepati janji temu kita dengan Tuhan, membaca ļ¬rman-Nya dan berdoa. Anda akan mendapat perspektif yang baru dalam masa renungan anda untuk berhubung dengan Tuhan yang amat ingin bersekutu dengan anda.
#D0184

KOMPILASI




Mengenal Tuhan
Karya-karya penulisan oleh David Egner ini bermaksud untuk membantu anda memahami Alkitab, tujuannya, siapa orangnya, masa dan tempatnya. Namun yang terpenting, buku susunan ini bertujuan untuk membantu anda lebih mengenal Tuhan dan diri sendiri, melalui buku yang paling hebatāAlkitab.
#Z4172; (150 m/s; 120 x 175 mm)

"Tinjauan Kitab Matius
hingga Kisah Rasul-Rasul"
dan "Perubahan Ada Tujuan"
akan diterbitkan

Pilihan Yang Bijaksana
Bayangkan jumlah pilihan yang kita
harus ambil pada setiap hari, mahupun pada setiap saat!
Kadangkala pilihan atau keputusan ini tidak akan āmenggoncangkanā
dunia kita, namun kita tidak dapat
menaļ¬kan, keputusan yang kita buat pada hari ini dapat membentuk
kehidupan kita pada hari esok. Kami
berharap kompilasi buku ini dapat
membantu kita mengakui kedaulatan
Tuhan, serta menyedari bahawa
tiada sesiapa atau apa-apa
keputusan yang kita ambil adalah di luar jangkauan-Nya, kerana Dialah Penguasa atas segala sesuatu.
#AR224 (120 m/s; 120 X 175 mm)


Doa Yang Sepatutnya
Adakah kamu tahu bahawa doa itu suara iman kita? Jika ini satu kenyataan, mengapakah kebanyakan umat Kristian berasa sukar ketika ingin berkata-kata kepada Bapa kita yang di syurga? Buku kompilasi ini (Berdoa Dengan Iman & Contoh Doa Yesus) akan membantu kita lebih mendekati Tuhan. Melalui pengenalan akan siapa itu Tuhan kita dan contoh-contoh yang berkait rapat dengan kehidupan doa kita, kami berharap buku ini dapat membantu anda menemui makna sebenar dalam doa.
#JA043 (92 m/s; 120 X 175 mm)
WATAK-WATAK ALKITAB


Hidup Dengan Keberanian
Pelajaran Daripada
Kehidupan Daniel
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang mengabdi kepada Tuhan, sedangkan anda dikelilingi oleh budaya yang selalu bermusuhan terhadap kebenaran dan iman? Watak dalam Perjanjian Lama, Daniel menjadi teladan yang cemerlang sebagai seorang lelaki yang hidup dengan pengabdian, keberanian dan iman, dalam budaya yang dibentuk oleh nilai-nilai dan keutamaan hidup yang amat berbeza daripada budayanya sendiri.
#F2326


Mengatasi Cabaran Hidup
Pelajaran daripada
Kehidupan Yusuf
Semasa anda membaca buku ini, anda dapat mencontohi teladan Yusuf yang percaya kepada Tuhan dan hidup bersandar kepada-Nya dengan sepenuhnya. Anda juga akan mula menyedari bahawa beberapa pengajaran yang membina keperibadian dan mengukuhkan iman anda terbentuk pada masa kesusahan dan kesakitan hati. Dengan itu, anda akan dipersiapkan dengan lebih baik untuk menghadapi cabaran pada masa kini dan masa depan, dengan penuh keyakinan kepada kebaikan dan kesetiaan
Bapa syurgawi anda.


BAHAN KANAK-KANAK
(40 m/s; 140 X 178 mm setiap buku)















Siri Cerita Penting menyampaikan cerita-cerita daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang boleh dibaca oleh anak-anak. Ia disediakan dalam dua bahasa (Bhs. Malaysia & Inggeris), merangkumi gambar-gambar yang berwarna-warni dan menarik untuk menjelaskan ajaran dalam Alkitab. Tajuk-tajuk dalam siri ini:

1. Yesus Lahir (#WOW06BM)
2. Bartimeus Yang Buta (#WOW10BM)
3. Zakheus Yang Pendek (#WOW11BM)
4. Anak Perempuan Yairus Disembuh (#WOW12BM)
5. Orang Lumpuh Disembuh (#WOW14BM)
6. Yesus Meredakan Angin Kuat (#WOW15BM)
7. Yesus Disalib (#WOW01BM)
8. Yesus Hidup (#WOW02BM)
9. Anak Yang Sesat (#WOW03BM)
10. Rut Yang Setia (#WOW04BM)
11. Orang Samaria Yang Baik Hati (#WOW05BM)
12. Paulus Mengalami Perubahan Ajaib (#WOW07BM)
13. Yunus Ditelan Ikan (#WOW08BM)
14. Naaman Disembuh (#WOW09BM)
15. Pegawai yang Tidak Mahu Mengampuni Orang (#WOW13BM)

Discovery House Distributors Sdn. Bhd.
(Company No. 368775-M)
JOHOR: No. 7, Jalan Seroja 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
SABAH: Seminari Teologi Sabah, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, 26, Jalan Pinggir, Off Jalan Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.