Skip to main content

A Story Of Hope - BM Version

Page 1


KISAH tentang Harapan

Terbitan Kristian =

Editor:

Chia Poh Fang, Amos Khan, Khan Hui Neon, Leslie Koh

r E ka b E ntuk & susun atur

kandungan: Felix Xu

foto kulit & kandungan: Shutterstock.com

buku asal: A Story of Hope © 2018 Our Daily Bread Ministries. Segala hak cipta terpelihara.

Dicetak di Malaysia.

Kecuali dinyatakan, ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Berita Baik © 1996

The Bible Society of Malaysia.

kisah tentang Harapan

alangkah baiknya

Alangkah baiknya jika tiada kejahatan, penyakit dan bencana alam. Alangkah baiknya jika semua orang boleh hidup damai, bebas daripada konflik keluarga dan komuniti. Alangkah baiknya jika kita tidak perlu bimbang akan makanan, pakaian dan tempat tinggal, atau bimbang akan kehilangan pekerjaan dan keupayaan untuk menyara keluarga kita.

Sedihnya, dunia ini memang tidak sempurna.

Begitu banyak perkara yang tidak benar sedang berlaku di sekeliling kita. Sesetengah masalah

terjadi secara semula jadi, yang lain pula terjadi akibat perbuatan manusia. Kita hidup di dunia yang penuh dengan konflik dan krisis, dan setiap hari kita membaca berita-berita tentang peperangan, kemiskinan, jenayah, penyakit, bencana alam dan kemelesetan ekonomi.

Kebanyakan kita juga menghadapi masalah

k ita hidup di dunia yang penuh dengan konflik dan kri S i S , dan S etiap hari kita membaca beritaberita tentang peperangan, kemi S kinan, jenayah, p enyakit, bencana alam dan kemele S etan ekonomi.

dalam kehidupan peribadi. Ada orang bergelut dengan hubungan yang putus, penyakit atau ketagihan. Atau kita mungkin berasa terbeban oleh kebimbangan yang nyata dalam kehidupan, atau tanggungjawab yang berat dan komitmen yang membebankan. Itulah masanya kita tertanya-tanya: Apakah yang salah tentang dunia ini? Mengapakah kehidupan begitu susah?

Mengapakah saya tidak boleh memiliki hidup yang lebih senang?

Namun kita tahu bahawa sebenarnya kehidupan

boleh menjadi lebih baik. Kita melihat sekilas tentang perkara-perkara yang sempurna dan baik berlaku di sekeliling kita. Kita membaca kisah-kisah tentang masa keamanan, mendengar orang menjalani kehidupan yang gembira tanpa kerunsingan, atau kita sendiri mungkin pernah mengalami saat-saat yang bahagia sebelum ini. Namun ini membuatkan kita berasa lagi kecewa, bukan? Ini kerana kita tahu dalam minda

Akhirnya, yang kita perlukan ialah harapan.

bahawa situasi akan bertambah baik, namun kenyataannya bukan sebegitu. Mungkin itulah sebabnya anda membaca buku kecil ini. Akhirnya, yang kita perlukan ialah harapan: harapan bahawa ada jalan keluar bagi kerunsingan kita, harapan bahawa ada

penyelesaian bagi masalah kita dan harapan bahawa kehidupan yang lebih baik akan datang.

m enemukan h arapan

Bolehkah kami berkongsi dengan anda tentang sesuatu yang telah membantu kami menjawab beberapa soalan tersebut—yang juga telah membawa harapan kepada kami?

Anda tidak perlu menerima segalanya yang

kami katakan—kami hanya ingin meminta anda meluangkan beberapa minit untuk membaca, mempertimbangkan serta berfikir tentang apa

yang kami telah kongsikan. Selepas itu, hanya

anda boleh menentukan bahawa perkongsian kami bermakna bagi anda, walaupun kami

betul-betul mempercayai perkongsian ini akan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan anda.

Pada mulanya, kita bertanya apa yang salah tentang dunia ini. Ramai orang percaya bahawa

kemerosotan adalah satu proses semula jadi— segala sesuatu pasti akan merosot dan menjadi hancur lama-kelamaan. Hal ini mendukung

konsep bahawa alam semesta muncul daripada

kejadian semula jadi yang dipanggil Letupan

Besar, dan manusia yang wujud hasil daripada evolusi, juga satu proses semula jadi. Yang lain pula mempercayai dunia ini mungkin diciptakan oleh suatu kuasa rohani atau makhluk yang luar biasa, kemudian dibiarkan sahaja, malah bebas untuk menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, Alkitab, yang menjadi asas

a lkitab memberitahu

kita bahawa hanya ada

S atu tuhan—d ialah yang menciptakan alam S eme S ta, bumi, S emua makhluk hidup dan manu S ia.

kepercayaan orang Kristian, mengemukakan penerangan yang berlainan. Alkitab memberitahu kita bahawa hanya ada satu Tuhan, dan Dialah yang menciptakan alam semesta, bumi, semua makhluk hidup dan manusia. Namun cerita Alkitab mengenai penciptaan tidak berakhir begitu sahaja. Tuhan Pencipta ini juga ingin membina hubungan dengan umat manusia: selepas menciptakan manusia, Dia terus berhubung dengan mereka dan menjaga mereka. Dia menempatkan lelaki dan perempuan pertama—Adam dan Hawa—di sebuah taman yang indah serta dipenuhi dengan banyak benda baik yang boleh dimakan, malah mereka bebas pergi ke sana dan ke sini. Tuhan juga sering bertemu serta bercakap dengan mereka. Mengapa? Ini kerana Tuhan menciptakan kita untuk menjalinkan hubungan yang penuh kasih dengan Dia. Seperti ibu bapa yang mempunyai

anak kerana mereka ingin menikmati hubungan

dengan anak itu, tuhan pun senang hati apabila kita hidup dalam hadirat-nya. Inilah sebabnya

Dia menciptakan manusia yang memiliki perasaan dan emosi, keinginan dan keupayaan untuk mengasihi dan dikasihi orang—sifat-sifat yang memantulkan sifat-sifat Tuhan sendiri. Bagi menyatakan kasih sejati, kita perlu bertindak dengan betul. Maka, Tuhan juga menciptakan lelaki dan perempuan dengan naluri untuk

melakukan perkara yang betul dari segi moral dan etika. Dengan demikian, manusia dapat

mencerminkan sifat semula jadi Tuhan yang baik, suci dan adil.

Oleh sebab Tuhan itu baik, maka dunia yang diciptakan-Nya juga baik. Mula-mula manusia mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan

dan sesama sendiri, serta tidak perlu bimbang akan kesakitan atau kematian.

Kemudian, terjadilah hal yang tidak diingini.

d o S a pertama

Ibu bapa yang baik ingin dikasihi oleh anaknya

sepenuh hati, bukan disebabkan oleh kewajipan atau dipaksa. Hubungan ibu bapa dan anak yang ideal dihasilkan apabila kedua-dua pihak memilih untuk saling mengasihi. Mereka

menyatakan kasih mereka, namun, dengan cara yang berlainan: ibu bapa menunjukkan kasihnya kepada anak dengan mengasuh, melindungi dan menjaga anak itu, manakala anak itu mengasihi

ibu bapanya dengan mentaati dan melakukan perkara yang menyenangkan hati ibu bapanya.

Itulah gambaran hubungan yang ingin dimiliki

Tuhan dengan kita. Apabila Dia menciptakan

Adam dan Hawa, Dia meletakkan naluri semula

jadi dalam hidup mereka agar mereka melakukan yang baik. Namun yang penting sekali, Tuhan memberikan mereka kebebasan untuk membuat keputusan sama ada mereka ingin mengasihiNya atau tidak. Dia ingin manusia mengasihi-

Nya dengan kehendak bebas mereka sendiri.

Di taman yang mereka tinggal, pemilihan ini wujud melalui sebatang pokok.

Tuhan ingin manusia mengasihi Dia dengan kehendak bebas mereka sendiri.

Adam dan Hawa diberitahu dengan jelas bahawa mereka boleh makan daripada pokok apa sahaja kecuali satu pokok.

Hal ini memberikan mereka pilihan untuk mentaati atau menentang Tuhan.

Sedihnya, mereka memilih untuk tidak mentaati pencipta mereka. Mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Tuhan—makan buah daripada pokok larangan. (Tanggapan popular mengatakan bahawa buah itu ialah buah epal, namun sebenarnya Alkitab tidak menyebutkan begitu!) Tuhan telah memberi amaran kepada mereka bahawa jika mereka makan buah itu, mereka akan mati. Namun mereka masih menentang perintah Tuhan. akibatnya, dosa pertama pun terjadi.

Dosa bermaksud “terlepas daripada sasaran,”

yakni gagal mencapai standard Tuhan yang sempurna. Apabila Adam dan Hawa tetap mentaati Tuhan, ini menyenangkan hati Tuhan. Namun apabila mereka memilih untuk menentang Dia dengan makan buah itu, pada dasarnya mereka telah menolak kewibawaan Tuhan. Perkara yang teruk sekali, keputusan ini bukan hanya

Apabila mereka memilih untuk menentang Dia dengan makan buah itu, pada dasarnya mereka telah menolak kewibawaan Tuhan.

mempengaruhi mereka sendiri, malahan juga generasi yang seterusnya. Anak-anak pasangan ini mencontohi sikap memberontak ibu bapa mereka, melakukan apa-apa sesuka hati mereka—tidak mengikut standard Tuhan. Manusia mula melakukan perkara yang salah dari segi moral dan

etika, seolah-olah mereka tidak perlu

mempertanggungjawabkan segala perbuatan mereka kepada Tuhan.

Ekoran daripada itu, seperti seorang kanakkanak yang tidak mentaati dan asyik melawan serta menjauhi ibu bapanya, manusia

memusnahkan hubungan yang sempurna dengan Tuhan dan sesama sendiri. Mereka semakin menjauhi Tuhan. Meskipun Dia terus mengasihi mereka, mereka masih enggan mendekati Tuhan.

Hari ini, kita melihat bukti melalui hubungan kita yang terputus dengan Tuhan dan sesama sendiri. kita sepatutnya mengalami kasih, kesejahteraan dan kepercayaan, tetapi kita mengalami ketakutan, kemarahan, kebencian dan kepahitan. Kita melihat orang bergelut untuk percaya kepada Tuhan, atau taat kepada segala bentuk kepimpinan dan pemerintahan, malah orang saling membenci dan menganiayai.

Dosa Pertama

Akibat dosa yang lain kerana makan buah larangan ialah kematian. Tuhan telah memberi amaran kepada Adam dan Hawa jika mereka makan buah daripada pokok terlarang, mereka akan mati. Mengapa? Ini kerana Dia tahu bahawa apabila mereka mengambil keputusan untuk melawan Dia, mereka akan memusnahkan hubungan dengan-Nya yang sempurna, dan memisahkan mereka daripada Tuhan, sumber kehidupan yang kekal. Mereka seakan-akan

mencabut palam satu alat peranti elektrik daripada soket kuasa—tanpa menghubungkan

sumber elektrik, mereka telah kehilangan kuasa. Kematian ini terjadi secara fizikal dan rohani. Oleh sebab fizikal kita dipengaruhi oleh dosa, badan kita yang tidak sempurna akan menjadi rosak dan akhirnya mati. namun oleh sebab kita juga makhluk rohani, kita mempunyai roh—dan roh ini akan terpisah daripada tuhan selama-lamanya. Oleh sebab kita bersifat

a kibat do S a yang lain kerana makan buah larangan ialah kematian.

k ehidupan kita

Seakan-akan

kehilangan tujuan

dan makna hidup

kerana kita terpi S ah

daripada S umber

kehidupan yang S ejati.

melawan dan berdosa, maka kita tidak dapat kembali kepada hadirat Tuhan yang suci, adil dan benar. Sebagaimana Tuhan menghendaki Adam dan Hawa bertanggungjawab atas keputusan mereka yang menentang Dia di Taman Eden, kita juga harus bertanggungjawab terhadap segala dosa kita. Kesemua ini ialah peraturan, atau Taurat yang ditetapkan-Nya untuk umat manusia.

Hubungan dengan Tuhan yang terputus juga

mempengaruhi kehidupan kita sekarang. Seperti seseorang yang sesat, kita berasa kehilangan tujuan hidup dan tidak berdaya. Kebanyakan kita menjalani kehidupan dengan perasaan putus asa. Walaupun kita mungkin tidak memahami sepenuhnya sebab kita mempunyai perasaan tersebut, kita tetap berasa tersesat di lubuk hati— akibat perpisahan dengan Tuhan. Kehidupan kita seakan-akan kehilangan tujuan dan makna hidup

kerana kita terpisah daripada sumber kehidupan yang sejati.

Inilah masalah dunia pada hari ini. Tuhan menjadikan segala-galanya sempurna, tetapi Adam dan Hawa memilih untuk berdosa, akibatnya, mereka terpisah daripada Tuhan dan mempertanggungjawabkan segala perbuatan dan sikap mereka kepada Tuhan. kita melakukan perkara yang sama pada hari ini, menolak tuhan dan tidak mengendahkan standardnya yang sempurna, dan akan menghadapi akibat bagi perbuatan-perbuatan kita. Alkitab menyatakan dengan frasa yang mudah difahami. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka”, maka “kematian adalah upah dosa” (Roma 3:23; 6:23). Adakah ini bermaksud penghukuman Tuhan pasti akan menimpa kita? Apakah yang dapat kita lakukan?

m emperbaiki m a S alah

Sejak pertama kali manusia terpisah daripada

Tuhan, kita telah mencuba untuk mengatasi masalah dosa dan akibat-akibatnya; mencegah penyakit dan menangguhkan kematian dengan sains dan perubatan; menegakkan kemoralan

masyarakat dengan menguatkuasakan undangundang dan mengajar orang mengenai tingkah laku etika; mengelakkan konflik dan peperangan, memelihara kedamaian dan perpaduan antara jiran, komuniti dan negara; mengurangkan rasa bersalah dan menyenangkan hati Tuhan dengan berbuat baik dan mengamalkan hukum keagamaan.

Namun, seperti yang anda perhatikan, bukankah kita belum benar-benar berjaya? Kita belum dapat mencegah penyakit dan kematian, atau menghalang orang melakukan jenayah dan melancarkan peperangan. Kebanyakan kita masih bergelut untuk mencari makna dalam kehidupan.

kita seperti orang yang sesat, yang sedang mencari kasih dan rasa selamat.

Mengapakah hal ini berlaku? Kerana sesungguhnya kita mendapati bahawa hati kita bercela. Kita telah kehilangan keupayaan untuk melakukan perkara yang betul secara konsisten dan sempurna, walaupun kita telah mencuba dengan bersungguhsungguh. Bahkan apabila kita ingin menjadi baik, kita cenderung menuju ke arah yang sebaliknya. Kita lebih mudah menjadi marah dan suka membalas dendam, bukannya mengampuni orang dan berbelas kasihan. Kita lebih cenderung mengikut keinginan sendiri dan mengutamakan kepentingan diri, bukannya kepentingan orang lain.

Bagaimanakah segala ini boleh berlaku?

Sebenarnya kuasa dosa yang mengawal sedikit serupa dengan penagihan dadah. Dosa menguasai dan memaksa kita terus berbuat salah, walaupun kita tidak ingin melakukannya.

Bahkan apabila kita ingin menjadi baik, kita cenderung menuju ke arah yang sebaliknya.

Dosa mempengaruhi keputusan dan tindak balas kita, sehingga amat sukar bagi kita melakukan perkara yang betul dan lebih mudah untuk berbuat salah. Akhirnya pergelutan ini menjadi semakin biasa sehingga kita menentang Tuhan dan bukan mentaati kata-Nya.

Maka bagaimanakah kita boleh mengubah hati kita? Bagaimanakah kita boleh mempunyai

hubungan yang baik dengan Tuhan lagi sedangkan dosa menghalang kita melakukan yang betul secara konsisten? Kita tidak dapat melakukan segalanya ini dengan usaha sendiri.

Namun Tuhan sanggup.

Tuhan sanggup kerana Dia ialah Pencipta dan berkuasa atas segala-galanya. Hanya Tuhan yang Memperbaiki Masalah

boleh melupakan kesalahan masa lampau kita dan menghapuskan segala kesan dosa kita, supaya

kita boleh berdamai dengan Dia dan hidup dalam

keadaan yang harmoni dengan Dia. Dialah satusatunya yang boleh memulihkan hati kita, supaya

kita tidak lagi berada di bawah kawalan dosa dan kematian. Walaupun Dia sanggup, tetapi adakah Dia berbuat demikian?

inilah khabar yang luar biasa: tuhan mahu memulihkan hubungan kita dengan-nya.

Ya, walaupun umat manusia terus-menerus tidak

mentaati Dia, Tuhan ingin berdamai semula

dengan manusia sejagat. Ingatkah gambaran

ibu bapa yang penuh kasih yang kita sebutkan tadi? Tuhan adalah seperti ibu bapa itu yang tidak pernah berhenti mengasihi anak-Nya, walaupun anak ini telah melarikan diri dan tidak lagi mengakui Dia sebagai bapa. Oleh sebab Dia adalah Tuhan yang berbelas kasihan, Dia ingin mengampuni dan mengalu-alukan kita pulang ke pangkuan-Nya.

Namun, kita ada sedikit masalah. Tuhan yang

benar dan kudus tidak boleh menutup satu mata, atau tidak mengendahkan dosa kita dan berkata, “Tidak apa, masih okey lagi.” tuhan tidak boleh membiarkan dosa kita dan menganggapnya tidak pernah berlaku. Sekiranya Tuhan betulbetul menutup dosa kita, ini akan menentangi sifat-Nya sebagai Tuhan yang baik dan kudus.

Jadi munculnya keadaan serba salah: Tuhan ingin menyelamatkan kita daripada kuasa dosa yang menguasai kita, tetapi sebagai Tuhan yang

benar dan kudus, Dia tidak boleh begitu sahaja melepaskan kita daripada hukuman yang kita patut terima kerana perbuatan dan sikap kita. Bagaimanapun, Dia telah menyediakan jalan keluar untuk kita.

ye S u S kri S tu S mati

bagi pihak kita

S upaya kita dapat

di S elamatkan daripada hukuman mati.

d i S elamatkan daripada kematian

Hukuman ke atas dosa kita digambarkan seperti hutang kita kepada Tuhan. (Sudah tentunya gambaran ini tidak lengkap, tetapi ini membantu kita menerangkan hukuman itu.) Oleh sebab

sifat kita yang berdosa, hutang ini adalah terlalu

besar bagi kita untuk membayar diri sendiri.

Namun Tuhan memberikan satu jalan keluar.

Apabila hukum-Nya menuntut manusia

membayar hutang kerana dosa sendiri, hukum ini

juga membenarkan orang lain membayar hutang

ini bagi pihak kita. Bagaimanapun, orang ini tidak

boleh mempunyai hutang dan dia tidak berdosa.

Inilah yang benar-benar berlaku. Tuhan menghantar anak-Nya sendiri, Yesus Kristus

untuk membayar hutang ini. Dia mati bagi pihak

kita supaya kita dapat diselamatkan daripada hukuman mati. Kira-kira 2,000 tahun yang

lalu, Yesus datang ke dunia ini dalam rupa

seorang manusia. Dia disalibkan pada kayu salib (hukuman bagi penjenayah yang dihukum mati)

dan dikuburkan selepas Dia mati. pengorbanan tersebut dimungkinkan kerana yesus ialah sepenuhnya tuhan dan sepenuhnya manusia. Sebagai anak Tuhan, Dia adalah baik dan sempurna, maka Dia tidak perlu

bertanggungjawab untuk apa-apa dosa sendiri.

Pada masa yang sama, oleh sebab Dia mati

sebagai manusia, Dia mewakili kita sepenuhnya

untuk menanggung hukuman. Alkitab

mengatakan ini mengenai Yesus: “Tetapi Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia melakukan hal ini

dengan membiarkan diri-Nya terkutuk kerana kita” (Galatia 3:13).

Memandangkan Yesus telah mati, ini kelihatan bahawa Dia sendiri pun tidak terlepas daripada akibat dosa, iaitu kematian. Jikalau begitu,

bagaimanakah Dia boleh menyelamatkan kita daripada kutukan atau hukuman Tuhan?

Tiga hari selepas Dia mati, Yesus bangkit dan hidup, Dia menampakkan diri kepada beratusratus saksi sebelum diangkat ke syurga. kebangkitan-nya menunjukkan bahawa

dia telah menterbalikkan kesan dosa: dosa

membawa kematian kepada manusia, tetapi

sekarang, yesus telah mengalahkan kematian.

Kebangkitan Yesus menunjukkan bahawa

kematian-Nya bagi pihak kita telah diterima oleh Tuhan.

Anda mungkin bertanya, “Maka, bagaimanakah kematian dan kebangkitan Yesus boleh membantu saya?” Alkitab memberitahu

kita bahawa jika kita menerima pemberian pengampunan dengan percaya bahawa Yesus

mati untuk pihak kita, dosa kita akan diampuni

dan kita dapat berdamai dengan Tuhan. Oleh sebab kita tidak lagi dibebani dosa, kita akan

dapat menikmati hubungan yang sempurna

dengan Tuhan—seperti yang dikehendaki-Nya sejak permulaan.

Tambahan lagi, hubungan kita dan Tuhan akan kekal selama-lamanya. tiada apa-apa yang dapat memisahkan kita daripada tuhan— bahkan kematian.

Inilah harapan yang kita boleh miliki jika kita percaya bahawa Yesus datang ke bumi, mati, dan bangkit semula dan hidup, serta mengikut dan mengakui Dia sebagai Tuan dan Penyelamat kita.

Alkitab berkata, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16).

m enerima hadiah dari pada tuhan

Tuhan Bapa bukan hanya Tuhan yang baik dan pengasih, tetapi juga Tuhan yang penuh rahmat.

Ini bermaksud tiada syarat diperlukan untuk menerima hadiah Anak-Nya dan pengampunan bagi dosa anda. Anda tidak perlu menjadi “baik”, dan anda tidak perlu memperoleh penyelamatan dengan usaha anda sendiri.

Anda hanya perlu bergantung kepada Tuhan yang boleh menyelamatkan anda. anda hanya perlu mengakui dosa anda kepada tuhan dan anda memerlukan pengampunan-nya; percaya bahawa Yesus mati bagi menggantikan anda supaya hubungan anda dan Tuhan dapat didamaikan; dan mengikut Dia sebagai Tuhan dan Penyelamat anda. Betapa mudahnya!

Penyelamatan Tuhan adalah seperti sebuah hadiah: ia diberikan kepada anda tanpa syarat,

tetapi anda sendiri perlu mengakui pemberi ini dan mengambil langkah untuk menerimanya.

Alkitab mengatakan: “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa ‘Yesus itu Tuhan,’ dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9).

y e S u S mati bagi

menggantikan anda S upaya hubungan anda dan t uhan dapat didamaikan; dan anda mengikut d ia

S ebagai t uhan dan p enyelamat anda.

a nda akan menerima pengampunan tuhan

bagi do S a a nda.

apakah mak S udnya

bagi anda

Sebelum anda membuat keputusan untuk menerima hadiah penyelamatan Tuhan, anda mungkin bertanya: apakah yang akan berlaku selepas ini?

pada saat anda percaya kepada yesus, perkaraperkara yang luar biasa akan berlaku.

Pertama, anda akan menerima pengampunan

Tuhan bagi dosa anda. Dengan membayar hutang anda, Yesus mendamaikan anda dengan Tuhan supaya anda dapat diterima-Nya sepenuhnya.

Apatah lagi, Dia berjanji untuk menjadikan anda sebagai anak-Nya dan anda dapat memasuki

hadirat-Nya dengan penuh keyakinan, seperti

Adam dan Hawa di Taman Eden pada masa dahulu. Seperti seorang kanak-kanak yakin sepenuhnya terhadap penerimaan ibu bapanya yang penuh kasih, anda juga boleh hidup dengan

yakin bahawa Tuhan mengasihi anda seadanya, tidak kira apa yang anda telah lakukan pada masa dahulu atau betapa teruknya sifat anda, kerana kematian Yesus telah menanggung hukuman dosa anda. Pada masa yang sama, Dia juga akan membantu anda mengubah perangai anda dan belajar untuk hidup mengikut standard-Nya yang suci.

Hubungan anda dengan Tuhan akan berterusan selamalamanya—bahkan selepas kita mati. Ini bermaksud anda tidak perlu takut akan kematian lagi. Anda boleh hidup dengan keyakinan bahawa kematian fizikal akan membawa anda ke dalam hadirat Tuhan—suatu tempat yang sempurna.

Anda akan mempunyai harapan. Kehidupan anda tidak akan tanpa tujuan dan maksud lagi.

Alkitab juga memberitahu kita bahawa Yesus akan kembali pada suatu hari nanti. Apabila itu

berlaku, badan fizikal kita juga akan dibangkitkan seperti Yesus dan dijadikan sempurna oleh Tuhan. Dia telah berjanji untuk menyelamatkan kita secara keseluruhan, bukan roh kita sahaja.

Pada hakikatnya, hubungan ini bermula sekarang, bahkan dalam kehidupan ini.

Menjadi seorang Kristian tidak semestinya bermaksud segala masalah anda akan hilang dengan serta-merta. Anda masih perlu menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian serta pergelutan lain yang timbul daripada dunia yang hancur dan berdosa. Namun anda akan menemukan perbezaan sekarang: anda boleh menghadapi semua cabaran bersama dengan Tuhan yang telah berjanji untuk menyertai anda dengan tinggal dalam hati anda. anda boleh datang kepada dia dan meminta pertolongan-nya pada bila-bila masa, di mana-mana, dan dia akan berjalan di sisi anda sepanjang kehidupan ini, menggalakkan,

menguatkan, mengingatkan dan membantu anda menjadi orang yang dikehendaki-nya. Sekarang anda boleh bersandar pada Tuhan yang menciptakan dunia ini dan mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas segala sesuatu.

Kesemua ini bemaksud anda akan mempunyai harapan. Kehidupan anda tidak akan tanpa tujuan dan maksud lagi; sebaliknya, anda akan hidup dengan keyakinan, tujuan dan menerima janji bahawa ada kehidupan kekal selepas anda meninggal dunia.

m engambil l angkah p ertama >

adakah anda bersedia untuk mengikut yesus?

Jika ya, carilah tempat senyap yang anda sendiri boleh memberitahu Tuhan bahawa anda ingin menerima tawaran pengampunan-Nya dengan percaya kepada anak-Nya, Yesus, iaitu Dia yang mati untuk anda pada kayu salib dan bangkit, dan anda bersedia untuk menerima Dia sebagai Tuhan dan Penyelamat anda. tuhan selalunya mendengar, maka anda hanya perlu bercakap dengan dia seolah-olah dia berada di depan anda. Jika boleh, carilah seorang kawan Kristian untuk berdoa bersama dengan anda dan menjadi saksi bagi keputusan anda.

Anda boleh menggunakan doa di bawah untuk membantu anda memahami keputusan yang anda buat di hadapan Tuhan. Perkataan-perkataan ini hanya satu panduan; anda juga boleh menggunakan katakata sendiri. Yang penting ialah sikap anda—keikhlasan anda, kerana inilah yang dinilai oleh Tuhan.

Berdoalah sedemikian:

Tuhan, aku tahu bahawa aku telah berdosa terhadap-Mu.

Aku percaya bahawa Yesus ialah Anak-Mu,

Dia mati pada kayu salib untuk menanggung hukuman bagi dosa aku, dan Dia bangkit daripada kematian untuk membuktikannya.

Kini aku menerima hadiah pengampunan dan kehidupan kekal yang Engkau telah berikan.

Aku menerima Yesus sebagai Penyelamat aku, dan aku ingin mengikut Dia.

langkah Seteru S nya >

Setelah berdoa demikian, langkah seterusnya adalah anda boleh memulakan kehidupan baru dengan Tuhan, dan bertumbuh dalam hubungan anda dengan Dia. Berikut adalah beberapa cadangan kita: Atau, jika anda masih mempertimbangkan keputusan untuk percaya kepada Yesus, jangan bimbang. Kami menggalakkan anda mendapat maklumat lanjut mengenai Yesus, supaya anda dapat membuat keputusan yang betul-betul boleh mencerminkan isi hati anda. Anda masih boleh melakukan seperti berikut untuk membantu anda lebih memahami Tuhan.

mula berdoa. Sebagai anak Tuhan, anda boleh bercakap dengan Dia pada bila-bila masa. Dia sentiasa mendengar dan gemar bercakap dengan anda. Anda boleh memberitahu Dia tentang segala masalah, ketakutan, keperluan dan berkongsi kebimbangan serta sukacita anda dengan Dia.

Ambillah masa untuk bercakap dengan Tuhan setiap hari, dan anda akan mendapati anda semakin mendekati Dia.

mula membaca alkitab. Alkitab merupakan mesej Tuhan kepada dunia ini; kitab ini mengandungi

segala yang Tuhan ingin kita ketahui, termasuklah rancangan penyelamatan-Nya dan bagaimana kita menjalani kehidupan sebagai anak-Nya yang sudah diampuni. Bagaimanapun, anda mungkin

memerlukan panduan untuk membaca dan memahami firman Tuhan. Tanyalah seorang rakan Kristian atau gereja mengenai cara untuk memulakan pembacaan Alkitab.

mula menghadiri gereja. Menjadi seorang Kristian bermaksud anda boleh menyertai komuniti orang percaya yang berkongsi iman dan harapan yang sama dalam Yesus. Ini akan membantu anda menerima galakan daripada orang lain dan anda juga boleh mendorong mereka apabila anda menyembah Tuhan dan lebih mengenal Dia. Setiap kita adalah orang berdosa yang diampuni, kini dapat berjalan bersama dalam perjalanan seiman dengan Yesus. Maka tanyalah rakan Kristian anda supaya anda boleh pergi ke sebuah gereja dengan dia.

CETAKAN

Dijual pada harga sudsidi.

E-MEL

Menerima e-mel secara harian.

APLIKASI

Our Daily Bread/Pedoman Harian di Android & iOS.

JOHOR: No. 7, Jalan Seroja 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. (07) 353 1718 (07) 353 4439 012-3371718 orders@dhdmalaysia.com

SABAH: Seminari Teologi Sabah, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, 26, Jln Pinggir, Off Jln Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. (088) 212912 http://pedomanharian.org/pengedar-bahan-bahan/ pedoman.harian/ pedomanharian.org

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
A Story Of Hope - BM Version by Our Daily Bread Ministries - Issuu