NZ Day Hiking Brochure: Malay

Page 1

Terokai

Kawasan Luar New Zealand

Berjalan Santai / Mengembara Seharian

Bercuti di kawasan luar dan nikmati alam semulajadi. Nikmati beberapa tempat untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang terbaik di New Zealand, bukti bahawa beberapa perkara terbaik datang dalam pakej yang kecil. Mudah untuk pergi, hebat untuk keluarga dan boleh dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda dengan senang – ada sesuatu untuk setiap orang. Dari utara hingga jauh ke selatan, melalui belukar asli yang subur dan hutan rimba serta sepanjang pantai yang berceranggah, New Zealand bertuah kerana mempunyai banyak pilihan untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang sukar dilupakan. Sebelum anda bermula, gunakan panduan ini untuk membantu anda merancang dan menyediakan pengalaman yang hebat.

Memilih perjalanan yang betul

Merancang pengembaraan anda

New Zealand mempunyai banyak tempat untuk berjalan santai dan mengembara seharian yang berbeza – kebanyakannya menggunakan trek berkualiti tinggi dan mudah dengan penanda trek berwarna oren yang jelas, tetapi ada yang boleh menyeberangi laluan yang mencabar tanpa trek atau penanda, asalkan anda mampu melakukannya. Sebelum anda pergi, pastikan anda memilih tempat untuk berjalan santai atau mengembara seharian yang sesuai untuk anda dan kumpulan anda. Pertimbangkan jauhnya perjalanan dan jangkaan masa yang akan diambil, berapa banyak masa yang anda ada, tahap kecergasan anda dan jika anda mempunyai pakaian serta peralatan yang betul. Sekiranya anda tidak pasti tentang perkara ini, tanya orang tempatan di pejabat Jabatan Pemuliharaan yang terdekat atau i-SITE (mereka tahu tentang kawasan tempatan) atau tanya seseorang di tempat penginapan anda bagi mendapatkan nasihat mereka. Orang Kiwi suka membantu, jadi mereka akan berkongsi pengetahuan mereka dengan gembira.

Amat mudah untuk merancang bagi berjalan santai atau mengembara seharian, dan sedikit usaha sebelum anda pergi akan membantu memastikan anda dapat bergembira. Penting untuk diingat bahawa kebanyakan taman luar yang digemari di New Zealand dianggap sebagai 'luar bandar'. Sesetengah tempat untuk berjalan santai ini mungkin mengambil masa beberapa jam memandu dari kemudahan seperti stesen minyak, pasar raya, stesen polis, bank dan kemudahan/perkhidmatan lain yang anda jangkakan terdapat di bandar atau kotaraya. Mengetahui perkara ini membolehkan anda bersedia dengan sewajarnya. Jika anda merancang untuk berjalan santai/mengembara seharian, ambil peluang untuk menyimpan bekalan dan pastikan anda mempunyai peralatan yang anda perlukan sebelum anda meninggalkan bandar. Sebaik sahaja anda berada di destinasi berjalan santai anda dan anda telah meninggalkan kawasan letak kereta, anda tidak akan menemui sebarang perkhidmatan atau kemudahan, selain daripada pondok asas, tanda trek dan maklumat panel di beberapa tempat.

Lake Matheson, West Coast

Cuaca yang sentiasa berubah New Zealand adalah koleksi pulau di tengah-tengah lautan yang besar, bererti cuaca kami berubah setiap hari dan tidak stabil seperti kebanyakan tempat di benua Eropah, Asia, Amerika dan Australia. Ia adalah perkara biasa untuk matahari memancar selama satu jam, dan kemudian hujan lebat serta angin seterusnya – cuaca yang sentiasa berubah, dan perubahan tersebut boleh berlaku dengan cepat. Kebanyakan persekitaran luar semulajadi kami terletak berdekatan dengan laut atau gunung. Bersedia untuk mengalami empat musim dalam satu hari.

171220.MSC.COM.tourismsheet-dayhikes-MAL.indd 1

Hooker Valley, Canterbury

Tinggalkan tanpa jejak Persekitaran kami sangat istimewa dan kami menghormatinya. Dengan mengikuti cadangan ini, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda untuk membantu mengekalkan New Zealand cantik: sila gunakan trek yang ditandakan, bawa semua sampah bersama anda, hanya gunakan tandas yang ditetapkan, biarkan persekitaran semulajadi seperti yang anda temui (jangan ambil sebarang benda), hormati hidupan liar yang anda jumpa dan elakkan daripada memberi sebarang makanan kepada manamana burung, terutamanya burung cheeky mountain kea di South Island kerana ia boleh memudaratkan kesihatannya.

Managawhai Cliff walkway, Northland

Kekurangan rangkaian telefon bimbit Liputan telefon mudah alih (termasuk liputan internet) sangat kecil di kebanyakan kawasan luar di seluruh New Zealand. Malah, anda tidak perlu mengharapkan sebarang liputan telefon mudah alih semasa berjalan santai atau mengembara sehairan, dan jika ada, ia hanyalah sementara. Di kebanyakan tempat, anda perlu pergi ke bandar terdekat untuk mendapatkan liputan telefon mudah alih, dan ini mungkin mengambil masa beberapa jam memandu di beberapa tempat di New Zealand. Sentiasa bawa telefon anda bersama anda, tetapi jangan harap ia sentiasa berfungsi.

4/27/2018 11:28:02 AM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.