Skip to main content

Buku 3 Nafas Baharu Lepas Kanser

Page 1

K mi

Prihatin

Nafas

Selepas Kanser

Baharu Sebuah Edisi Khas oleh

untuk Penjagaan Kanser


Pembaca yang dihormati, Pak cik saya menderita leukemia. Dia sentiasa dalam ingatan saya semasa menghasilkan risalah ini. Ada ketika saat-saat wajahnya tampil bertenaga dan ceria, begitu juga saat-saat tangisannya dan harapannya agar penderitaannya akan berakhir. Ingatan saya kabur kerana ia telah berlalu beberapa dekad, namun saya masih ingat dengan jelas wajahnya apabila diberitahu kansernya beransur pulih. Dia ketakutan. Dia mungkin menyangkakan penghujung yang berbeza, tetapi kini dia dianugerahi satu lembaran baharu dalam hidupnya, untuk menikmati peluang-peluang baharu. Namun, terdapat juga kebimbangan kanser tersebut akan kembali. Meskipun demikian, dia terus tabah menghadapi hari-hari mendatang. Majikan mengalu-alukan kedatangannya kembali, dan air mata kegembiraan mengalir ketika menyambut kelahiran anak keduanya dua tahun setelah kebah. Melalui Nafas Baharu, saya berharap dapat memberi sedikit penghormatan kepada bekas pesakit-pesakit kanser yang tabah seperti pak cik saya. Sebagai catatan terakhir dalam trilogi Kami Prihatin, sebuah siri yang dipersembahkan oleh Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) dengan kerjasama CCM Pharmaceuticals dan HealthToday, risalah ini mengandungi nasihat dan kata-kata perangsang untuk membantu anda menikmati hari-hari yang mendatang. Lim Teck Choon

Rakan Kongsi Kami: Penerbit Yasunobu Sakai

Ketua Kumpulan Perniagaan Choong Miew Ling

Penasihat Editorial Saras Ramiya

Pengurus Perniagaan Sharlyn Tan

Penulis Lim Teck Choon Pereka Ho Kan Keong Penyelaras Pengeluaran Pramila Lingam Ho Kan Keong

diterbitkan oleh MIMS.

PP9626/12/2012 (031440) (Malaysia)


Di dalam situasi kanser mahupun penyakit-penyakit lain, sebuah kerjasama yang dipadu oleh individu-individu daripada segenap lapisan masyarakat sering kali menjadi elemen yang penting dalam mengharunginya. Sebagai sebuah masyarakat, perjuangan kita dalam melawan kanser memerlukan usaha bersepadu di mana individu-individu dan organisasiorganisasi yang berbeza menyumbangkan kepakaran dan kapasiti masing-masing. Melalui cara ini, sumber-sumber yang diperolehi dapat digunakan secara efektif dalam menangani cabaran kanser bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Siri maklumat kanser ini adalah hasil kerjasama di antara HealthToday, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd dan MAKNA. Ia adalah satu contoh baik di mana kepakaran individu disumbang untuk menangani permasalahan yang jauh lebih besar. Sepanjang dua dekad menangani kanser, MAKNA telah bekerjasama dengan ramai pesakit kanser, pejuang kanser, keluarga, penjaga, hospital, badan kerajaan, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, individu, penyelidik dan orang awam. Pendekatan yang kami guna berfokus kepada perjalinan perkongsian dengan segenap lapisan masyarakat untuk memberi sumbangan terbaik terhadap punca penyakit kanser dari sudut yang berlainan. Terdapat beberapa program yang dianjurkan oleh MAKNA hasil kerjasama dengan organisasi lain. Ini termasuklah pusat kanser yang kami uruskan secara kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Program Bursari MAKNA yang menerima rujukan dari 92 buah hospital kerajaan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Kejayaan setiap program ini bergantung kepada keteguhan kerjasama antara MAKNA dan rakan kongsi sebagai sebuah pasukan. Bak kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh�. Walaupun sokongan daripada MAKNA amat membantu, namun kami hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada jumlah kanser yang ada di dalam negara. Kita bertuah kerana masih terdapat banyak lagi organisasi lain yang turut menyokong perjuangan menentang kanser. Namun begitu, terdapat ramai lagi pesakit kanser yang bertarung bersendirian tanpa menyedari akan kewujudan bantuan sokongan yang ada. Oleh itu, peningkatan kesedaran dan khidmat bantuan masih menjadi satu cabaran untuk kita di Malaysia. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, para pembaca, kerana telah mengambil langkah yang signifikan dalam memilih risalah ini dan membuat keputusan untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut tentang kanser. Usaha anda dalam meningkatkan kesedaran diri dan menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam risalah ini kepada sesiapa yang memerlukannya boleh memberikan pengaruh yang besar kepada pesakit kanser di Malaysia.

DATO’ MOHD FARID ARIFFIN Pengasas dan Presiden

1

Kata alu-aluan daripada MAKNA

Kata alu-aluan daripada MAKNA


Sudahkah Saya Sembuh?

2

Sudahkah Saya Sembuh?


Apa maksudnya “kebah”? Terdapat dua jenis kebah. • Kebah separa bermaksud ketumbuhan anda telah mengecil atau sel kanser anda telah berkurang bilangannya. Anda boleh berhentikan rawatan, namun kesihatan anda akan terus dipantau oleh kumpulan penjagaan kesihatan anda untuk memastikan bahawa kanser anda tidak kembali. • Kebah sepenuhnya bermaksud semua ujian, imbasan dan pemeriksaan menunjukkan tiada tanda sel kanser yang dapat dikesan di dalam badan. Biarpun ini adalah berita baik, terdapat kemungkinan masih ada sel kanser di dalam badan anda yang tidak dapat dikesan. Justeru, kumpulan penjagaan kesihatan akan meminta anda kembali untuk pemeriksaan perubatan.

Masih perlukah pemeriksaan perubatan?

Anda mungkin tidak mahu menjejakkan kaki ke hospital selepas apa yang telah anda alami, tetapi pemeriksaan perubatan masih perlu untuk membolehkan kumpulan penjagaan kesihatan anda terus mengesan tandatanda kanser dan masalah kesihatan lain. Justeru, sila buat susulan untuk temujanji perubatan, walaupun anda berasa sihat atau tiada tanda-tanda anda sakit.

Sudahkah Saya Sembuh?

A

nda tidak perlu lagi menjalani rawatan. Namun ini tidak bermakna anda telah “sembuh”. Malah, doktor tidak menggunakan perkataan “sembuh” - istilah yang betul adalah “kebah”. Kami akan berkongsi dengan anda apa yang dimaksudkan dengan kebah dan keertiannya kepada kehidupan anda selanjutnya. Pengertian ini akan membantu anda untuk menikmati sepenuhnya kehidupan anda.

3


Boleh Kanser Saya Datang Kembali?

4

Boleh Kanser Saya Datang Kembali?

A

nda mungkin berharap jawapannya “Tidak!�, tetapi tiada seorang pun yang benar-benar pasti, termasuklah doktor anda. Anda tidak keseorangan jika anda diganggui perasan takut bahawa kanser anda akan kembali semula. Perasaan ini sangat lazim dialami bekas pesakit kanser. Walaupun setelah beberapa tahun berlalu, masih ramai yang mengaitkan sedikit kesakitan atau ketidakselesaan yang mereka alami sebagai petanda kanser mereka menyerang kembali.

Perasaan takut itu mungkin akan beransur hilang seiring dengan masa, tetapi tidak mungkin akan lenyap sepenuhnya. Sekiranya anda mengalami perasaan takut, terima dan hadapi perasaan itu dengan hati yang tenang. Perasaan takut yang anda alami itu bukan tanda anda lemah - ianya bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya, berbincanglah dengan doktor anda tentang cara-cara untuk mengurangkan risiko kanser berulang semula.


Boleh Kanser Saya Datang Kembali?

5

Berikut adalah beberapa petua untuk mengawal perasaan takut anda: • Jaga diri anda sebaik-baiknya. Makan makanan sihat yang seimbang – kurangkan garam, gula dan lemak manakala lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Di samping itu, lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari (bincang dengan doktor anda tentang aktiviti yang paling sesuai untuk anda) dan dapatkan tidur secukupnya setiap hari. • Teruskan dengan janji temu perubatan anda. Ini membolehkan doktor memantau kesihatan anda serta memastikan anda masih bebas daripada kanser.

• Suarakan kebimbangan anda. Minta penjelasan dan pengesahan daripada doktor anda akan tanda-tanda yang perlu diberi perhatian. Ini dapat melegakan kebimbangan anda. • Wujudkan rutin yang normal. Ini memastikan anda sibuk dan minda anda tidak mempunyai peluang untuk memikirkan tentang perasaan takut. • Luahkan perasaan anda. Jika perasaan takut itu mengganggu kehidupan seharian anda, dapatkan bantuan kaunselor atau sertailah kumpulan sokongan. Bagi sesetengah orang, meluahkan perasaan di dalam jurnal juga boleh membantu.


Bangkitkan Semangat & Teruskan Kehidupan

6

Bangkitkan Semangat & Teruskan Kehidupan

M

enjalani rawatan kanser kadangkadang terasa seperti proses yang sangat lama. Bagi kebanyakan bekas pesakit kanser, sebanyak mana kelegaan dan kegembiraan mereka setelah mengetahui bahawa kanser mereka telah kebah, kemungkinan masih terdapat kebimbangan untuk meneruskan kehidupan tanpa jaminan “selamat� oleh kumpulan penjagaan kesihatan mereka. Sesetengah bekas pesakit kanser membandingkan perasaan tersebut dengan menjadi anak kecil semula; mereka terpaksa belajar semula cara memulakan kehidupan baharu. Perasaan ini boleh menyebabkan mereka resah. Jika anda mempunyai perasaan sebegini, fahamilah bahawa ianya adalah normal. Meskipun agak ganjil untuk mengalami perasaan takut, kesedihan dan/atau kesunyian ketika kanser anda dalam keadaan kebah, namun sebenarnya perasaan sedemikian adalah normal.


Tekanan Selama ini anda telah menumpu sepenuh perhatian untuk menjadi sembuh, dan kini apabila anda telah bersedia untuk maju ke hadapan, anda mungkin berdepan banyak perkara yang perlu anda tangani. • Bertenang. Jangan paksa diri anda untuk melakukan semua perkara sekaligus. Ambil masa untuk mewujudkan sesuatu rutin mengikut keselesaan anda. • Ambil masa anda. Tidak salah jika anda ingin berehat dan menikmati aktiviti-aktiviti riadah terlebih dahulu. Penyembuhan kanser bukan sekadar penyembuhan badan, tetapi juga minda. Jika anda perlu merehatkan minda anda, ambil masa dan peluang untuk berbuat demikian. • Utamakan perkara yang penting dahulu. Senaraikan semua perkara yang anda perlu lakukan dan laksanakan perkara paling penting terlebih dahulu. Sediakan senarai untuk membantu anda rancang pemikiran dan tindakan dengan lebih baik – ini akan mengurangkan tekanan minda dan risiko kemurungan. • Dapatkan bantuan jika perlu. Anda tidak perlu melakukan semua perkara keseorangan. Anda harus meminta bantuan daripada ahli keluarga atau rakan apabila anda rasa tertekan. Terdapat juga kumpulan sokongan dan kaunselor yang boleh menawarkan sokongan emosi.

Bangkitkan Semangat & Teruskan Kehidupan

7


Bangkitkan Semangat & Teruskan Kehidupan

8

Kesunyian dan kebimbangan Ramai bekas pesakit kanser rasa terpinggir, kerana pengalaman mereka dan/atau perspektif kehidupan mereka sudah berubah sehingga menyukarkan mereka untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Kadangkala, kanser boleh menjarakkan ahli keluarga serta rakan-rakan, dan seorang bekas pesakit kanser mungkin mendapati dirinya berkurangan kasih sayang berbanding sebelum ini. Tidak mustahil ada antara rakan-rakan dan ahli keluarga bekas pesakit kanser tidak pasti bagaimana untuk berinteraksi dengan bekas pesakit kanser. Jika anda berada dalam sebarang situasi sebegini, anda mungkin kesunyian. Jangan menderita keseorangan, kerana ini akan mendekatkan anda kepada risiko kemurungan. Luahkan perasaan anda kepada doktor anda Sekiranya perlu, anda boleh dirujuk kepada pakar yang boleh membantu anda. Diagnosis awal dan rawatan segera adalah kunci untuk mengatasi kemurungan dengan berkesan. Berhubunglah dengan bekas pesakit kanser lain, sama ada dalam kehidupan sebenar atau alam maya. Bekas pesakit kanser adalah orang yang banyak memberi sokongan dan paling penyayang, dan mereka boleh mendorong anda dan membuatkan anda berasa diterima semula. Anda juga mungkin mahu mendekati bekas pesakit kanser lain dan menawarkan sokongan anda kepada mereka. Walau apapun, anda tidak keseorangan.

“Saya bukan lagi diri saya yang dahulu...â€? Jika rawatan kanser anda telah mengubah penampilan atau aktiviti normal anda, anda mungkin tidak lagi berperasaan seperti diri anda yang dahulu. Anda mungkin bimbang bahawa anda akan menjadi beban kepada orang-orang yang anda sayangi, atau anda akan kehilangan kasih sayang pasangan anda (atau jika anda masih bujang, tiada siapa akan nampak anda menarik). Semua perasaan ini boleh menyebabkan anda menyisihkan diri daripada keluarga dan rakan anda, menyebabkan ketegangan dalam hubungan anda dengan mereka. Berikut adalah beberapa cara untuk menangani perasaan ini. • Terima perasaan anda dan luangkan masa untuk bersedih. Adalah normal untuk berperasaan sedemikian - ramai bekas pesakit kanser menempuhi fasa yang sama. Berikan anda masa untuk bersedih. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah mengatasi kesedihan, atau kesedihan menjadi tidak terkawal sehingga ia mengganggu kehidupan seharian anda, sila berbincang dengan kaunselor. • Fokus terhadap perkara positif. Walaupun ini kelihatan klise tetapi ia benar. Lihat ke dalam diri anda untuk mengetahui bagaimana anda telah berubah ke arah kebaikan. Pengalaman menempuh rawatan kanser telah menjadikan anda lebih kuat, dan kini anda mungkin lebih menghargai insan yang ada dalam hidup anda. Kesedaran sedemikian mungkin tidak hadir dengan mudah kepada anda, jadi


Bangkitkan Semangat & Teruskan Kehidupan

9

luangkan masa untuk menyertai kumpulan sokongan bekas pesakit kanser. Apabila anda ditemani rakan sesama bekas pesakit kanser lain yang menyokong dan bersimpati antara satu sama lain, ini akan menjadi lebih mudah untuk memberi fokus terhadap perkara positif dan mengambil pandangan yang lebih optimistik terhadap harihari mendatang. • Ambil perspektif baharu. Terdapat beberapa cara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam penampilan atau gaya hidup anda. Contohnya, terdapat banyak nasihat fesyen untuk bekas pesakit kanser yang berhasrat untuk kelihatan menarik, boleh ditemui di Internet atau daripada bekas pesakit kanser yang lain.


Bangkit Semula

10

Bangkit Semula


Seks dan keintiman Masalah keintiman adalah perkara biasa dialami oleh bekas pesakit kanser. Kebanyakan masalah ini adalah bersifat jangka pendek dan boleh dirawat. • Berlaku jujur dengan pasangan tentang masalah anda. Anda perlu membincangkan hal ini bersama pasangan anda, supaya anda berdua boleh mendekati keintiman mengikut keselesaan anda berdua. • Berbincang dengan doktor anda. Jangan malu; sebagai seorang yang telah merawat ramai pesakit kanser, doktor anda arif untuk membantu anda sebaik mungkin.

Kelesuan Terdapat banyak penyebab kelesuan - penyebab fizikal (kekurangan nutrisi, lemah otot, dan lain-lain), masalah kesihatan tersirat (anemia, dan lain-lain), masalah mental (tekanan, keresahan, dan lain-lain) atau kombinasi faktor-faktor ini. Jika kelesuan anda serius sehingga menjejaskan kualiti kehidupan anda, bincanglah dengan doktor anda. Pemeriksaan kesihatan menyeluruh seringkali berguna untuk menentukan penyebab kelesuan anda dan cara terbaik untuk menanganinya.

Putus haid Rawatan kanser yang melibatkan perubahan hormon boleh menyebabkan putus haid dalam

pesakit kanser, walaupun mereka belum mencecah umur 50 tahun. Jika anda mengalami putus haid, berbincanglah dengan doktor anda tentang bagaimana anda boleh menangani gejala-gejala tersebut.

Masalah berkaitan ingatan, tumpuan dan fokus (“chemobrain”) Kita belum lagi mengetahui apakah penyebabnya, tetapi beberapa bekas pesakit kanser melaporkan mengalami masalah seperti ingatan yang kurang memuaskan atau kesukaran mencari perkataan-perkataan lazim dalam perbualan dan kurang daya tumpuan. Masalah tersebut menyumbang kepada keadaan yang dipanggil “chemobrain”. Chemobrain boleh menjejaskan keupayaan otak untuk berfungsi secara normal. Mujur keadaan ini semakin lama semakin hilang bagi kebanyakan bekas pesakit kanser. Namun, jika anda mengalami chemobrain, ia boleh menjejaskan keupayaan anda untuk berfungsi di rumah dan di tempat kerja/ sekolah. • Anda perlu berjumpa doktor sekiranya keadaan chemobrain anda berterusan melebihi 6 hingga 9 bulan selepas rawatan terakhir anda. • Tumpukan perhatian kepada satu tugasan pada satu masa, dan elakkan daripada melakukan pelbagai tugasan sehingga anda beransur sihat. • Buat senarai untuk membantu anda mengingati apa yang sedang anda lakukan. • Latih otak anda dengan Sudoku, teka silangkata, mah-jong, bingo dan lainlain. • Kekal sihat dan dapatkan tidur yang secukupnya setiap hari.

11

Bangkit Semula

S

Sekiranya anda perlukan petua untuk membantu anda mendapatkan kembali kekuatan untuk menjalani kehidupan selanjutnya, kami berharap lembaran ini dapat membantu.


Bangkit Semula

12

Masalah saraf

Menelan

Sel saraf anda mungkin akan terjejas disebabkan rawatan kanser, menyebabkan anda mungkin mengalami sesemut, kebas-kebas, kelesuan, kekejangan, rasa sengat seperti terbakar dan juga rasa sengal pada anggota badan anda. Selalunya, anda mula merasakan kederiaan ini di jari tangan dan jari kaki anda, dan akan bergerak perlahan-lahan ke tangan dan tapak kaki anda, seterusnya ke lengan dan kaki anda. Sekiranya anda mengalami kederiaan sebegini, anda mungkin mengalami keadaan yang dipanggil neuropati periferi.

Bekas pesakit kanser di kawasan kepala atau bahagian tekak mungkin mengalami kesukaran untuk menelan. Makanan dan cecair mungkin boleh tersangkut di tekak atau menuju ke paru-paru (ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia yang berulang), mungkin terdapat juga rasa keketatan dan kesakitan apabila menelan, dan pesakit turut mengalami mulut kering atau deria rasa berkurang.

• Anda perlu memberitahu doktor anda sekiranya mengalami kesukarankesukaran tersebut. Doktor mungkin akan merujuk anda ke rawatan yang lebih khusus untuk membantu anda mengawal tindakbalas menelan anda dengan lebih berkesan. Sekiranya anda membiarkan masalah anda kekal tanpa dirawat, anda mungkin akan menghadapi masalah mendapatkan zat dan cecair yang cukup dalam usaha untuk kekal sihat.

• Anda perlu memberitahu doktor anda sekiranya anda mengalami keadaan sebegini. Jika ia tidak dirawat, anda mungkin akan menghadapi masalah mengesan kepanasan dan kesejukan, serta kesukaran untuk mengawal pergerakan anggota badan dalam tugasan seperti mengambil dan memegang barang, membutang • Sementara itu, anda boleh membuat baju malah ketika berjalan serta makanan anda lebih senang untuk mengimbangi badan. Kadangkala ditelan dengan memilih makanan kerosakan pada saraf anda boleh yang lembut atau lembab, menambah menjadi kekal, oleh itu adalah lebih lebih sup/kuah, mengambil kunyahan baik untuk mendapatkan rawatan kecil atau menghirup. secepat mungkin. • Neuropati periferi tidak boleh disembuh tetapi terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan gejala dan membolehkan anda untuk terus menikmati kualiti kehidupan yang memuaskan, jadi jangan bersedih sekiranya anda didiagnosis dengannya. Gabungan ubatan, makanan tambahan dan beberapa penyesuaian pada gaya hidup (seperti memakai kasut dan sarung tangan yang sesuai untuk melindungi anggota badan anda) boleh membantu. Dalam kes tertentu, terapi pekerjaan turut boleh membantu.

Masalah tidur Jika anda mempunyai masalah tidur, cuba petua berikut: • Bangun dan tidur pada waktu yang sama, termasuk hujung minggu. • Elakkan penggunaan peralatan elektronik (TV, komputer, tablet, telefon bimbit) sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. • Pastikan bilik tidur anda selesa (gelap, sunyi dan dengan pengudaraan yang baik).


• Biarkan bilik tidur sejuk dengan penyaman udara jika anda berpeluh malam. Anda boleh juga menyimpan botol air minuman atau sehelai kain yang direndam dalam semangkuk air berhampiran katil anda. • Elakkan minuman yang berkafein sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum tidur.

13

Bangkit Semula

• Aktiviti sebelum tidur yang santai seperti membaca, bermeditasi, mandi dan mendengar muzik yang menenangkan boleh juga membantu.


Kisah Benar

Hadapi Kehidupan Dengan Harapan Dan Kesyukuran

14

Hadapi Kehidupan Dengan

Harapan Dan Kesyukuran Kadulliah Ghazali seorang bekas pesakit kanser. Beliau telah didiagnosis dengan kanser serviks yang agresif pada 2001, dan terpaksa menjalani histerektomi penuh, di mana kedua-dua ovarinya dan keseluruhan rahimnya dibuang.

A

pabila mengetahui bahawa beliau menghidap kanser, timbullah kegeloraan emosi dalam diri Kadulliah. “Saya sememangnya seorang yang berdikari, jadi secara lumrah, saya memendamkan sahaja segala perasaan saya tanpa meluahkannya kepada insan yang saya sayangi,” beliau mengingati kembali. “Saya tertanya berkali-kali apakah yang telah saya lakukan untuk menerima kanser ini. Kenapa saya? Adakah kesalahan saya?” beliau mengimbas kembali. “Dan saya amat marah terhadap pakar onkologi saya, juga dengan Tuhan.” Apabila beliau dimaklumkan bahawa beliau telah bebas dari kanser, beliau juga sedar bahawa beliau tidak semestinya sembuh sepenuhnya. Doktor beliau menerangkan bahawa risiko sentiasa ada untuk kanser tersebut kembali.

MENGURANGKAN TEKANAN JIWA Menyedari emosinya sudah memberi kesan keatas kehidupannya dan bimbang akan tenggelam dalam kemurungan, kumpulan penjagaan


kesihatan Kadulliah merujuk beliau kepada pakar psikiatri.

Akan ada hari-hari apabila mereka akan beremosi negatif, dan ini tidak salah . Apa yang penting adalah untuk mengelakkan emosi negatif tersebut daripada memberi kesan serius sehingga memaksa mereka berputus asa sama sekali. “Berbuallah dengan seseorang,” ulang Kadulliah. “Ia tidak semestinya dengan seseorang yang kita kenali; boleh jadi orang asing, seperti seorang kaunselor atau pakar psikiatri.” Terdapat juga sokongan boleh diperolehi di talian ‘hotline’ kaunseling dan institusi keagamaan serta kumpulan sokongan bekas pesakit kanser. Dalam era ini, tiada bekas pesakit kanser yang patut berasa keseorangan.

TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN SEMANGAT DAN HARAPAN Kadulliah seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kembali semula ke alam pekerjaan adalah pengalaman yang menakutkan pada awalnya, kerana beliau merasakan behawa keupayaannya tidak lagi setanding rakan-rakan sekerjanya. Malah

“Satu cara untuk saya tidak terlalu memikirkan kemungkinan kanser tersebut berulang adalah dengan membuat diri saya sibuk,” beliau berkata. Disamping kerjanya dan keluarga yang dikasihi, beliau juga seorang sukarelawan di MAKNA. Bertemu dan menawarkan sokongan kepada rakan-rakan sesama bekas pesakit kanser tidak hanya membuatkannya sibuk malah memberi kepuasan kepadanya. Beliau masih ingat bagaimana beliau berasa tenang setelah bertemu seseorang yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadu, dan kini beliau pula melakukan perkara yang sama untuk mereka yang memerlukan sokongan. Hargai setiap saat dan jadikan setiap momen itu bermakna. Itu adalah falsafah Kadulliah sebagai bekas pesakit kanser. Beliau tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, tetapi walau apa sekalipun yang mendatang, beliau akan terus menikmati kehidupan setiap hari yang dirahmati kepadanya, dengan caranya yang tersendiri.

15

Hadapi Kehidupan Dengan Harapan Dan Kesyukuran

hari ini, lebih 10 tahun kemudian, beliau kadangkala masih tertanya-tanya sama ada beliau cukup kuat untuk bekerja seperti “Saya sering berfikir bahawa berjumpa dengan sebelumnya. pakar psikiatri adalah satu petanda bahawa anda gila,” beliau melamun mengenangkan “Tetapi saya sedar, akhirnya, anda cuma pengalaman itu, “tetapi saya segera sedar perlu tumpukan semangat and berupaya betapa salahnya pandangan tersebut.” dengan sepenuhnya,” dia berkata. “Saya akan memberitahu rakan-rakan sekerja: Mempunyai seseorang untuk berbual saya boleh lakukannya, tetapi jika saya boleh mengurangkan sedikit tekanan serta jatuh pengsan, sila hantar saya ke hospital!” melegakan kesedihan di hatinya. “Mempunyai tambah beliau sambil ketawa. seorang rakan untuk berbual memberi perubahan yang sangat besar,” beliau berkata Sejak kembali bekerja, beliau telah dua kali sambil tersenyum. “Saya biasanya berasa dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan kekok untuk berbual dengan orang yang saya Cemerlang oleh pihak universiti. Ternyata, kenali tentang masalah saya, jadi dalam kes falsafah dan keazaman beliau berbaloi! saya, berbual dengan orang yang tidak saya kenali adalah lebih mudah.” Sementara itu, Kadulliah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan. Ini perlu bagi Pakar psikiatri Kadulliah membantunya kumpulan penjagaan kesihatan beliau untuk mendapatkan perspektif kehidupan baharu memantau kesihatannya dan mengesan yang lebih jelas. Ramai orang berpendapat tanda-tanda kemungkinan kanser tersebut bahawa anda akan berasa lebih baik hanya kembali. Pemeriksaan kesihatan ini dengan berfikiran positif, tetapi Kadulliah dan berterusan mengingatkannya tentang ramai bekas pesakit kanser lain memahami kanser yang pernah dihidapi, tetapi beliau bahawa realitinya tidak semudah itu. faham akan kepentingannya.


Pesanan Harapan

Pada lewat tahun 2016, CCM Farmaseutikal menjemput tetamu menghadiri pelancaran Kempen Reben Lavender untuk meninggalkan pesanan-pesanan berinspirasi kepada pesakit kanser dan mereka yang terselamat daripadanya. Di sini adalah sebahagian daripada pesanan-pesanan tersebut.

Marilah kita berjuang bersama. Anda tidak keseorangan.

Pela nc Reb aran K e en L aven mpen der

Inilah dunia. Yang indah dan ngeri pasti akan tampil. Usah takut.

Usah berputus asa, kuatkanlah semangat, yakinkan diri. Amalkan sikap positif, beranikan diri dan anda akan berjaya.


Jika anda atau insan yang anda sayangi perlukan sokongan dan nasihat, MAKNA di sini untuk membantu.

Talian Bantuan Kanser MAKNA (bebas tol):

1-800-88-62562

(Isnin hingga Jumaat; 9.00 am hingga 5.00 pm) Emel: cancerhelpline@makna.org.my Laman web: www.makna.org.my Kumpulan sokongan tersedia ada, sila hubungi untuk pertanyaan.

Bahan editorial di sini disediakan untuk maklumat sahaja. Pembaca diingatkan agar tidak menggunakan maklumat ini sebagai pengganti untuk penjagaan kesihatan profesional dan khidmat nasihat yang biasa. Walaupun penjagaan yang baik telah diambil dalam menyusun dan memeriksa maklumat yang diberikan dalam penerbitan ini, penerbit, pengarang, penasihat dan ejen tidak akan bertanggungjawab atau dalam sebarang cara yang boleh dipertanggungjawabkan untuk maklumat sediakala yang berterusan atau untuk sebarang kesilapan, ketinggalan atau ketidaktepatan dalam penerbitan ini sama ada timbul daripada kecuaian atau sebaliknya bagaimana sekalipun, atau untuk sebarang kesan yang timbul dari situ. Kemasukan atau pengecualian sebarang produk tidak bererti penerbit menyokong atau menolak penggunaannya sama ada secara umum atau dalam sebarang bidang tertentu. Iklan adalah tertakluk kepada penerimaan editorial dan tidak mempunyai pengaruh terhadap kandungan atau persembahan editorial. Penerbit, penulis, penasihat dan ejen tidak menjamin, secara langsung atau tidak langsung, kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam iklan atau bahan lain yang bersifat komersil. Hak cipta: Š 2017 Tiada bahagian penerbitan ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bahasa, disimpan atau dimasukkan ke dalam sistem pengambilan semula, atau dipindahkan, dijual, diedarkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, elektrostatik, pita magnetik, mekanikal, salinan foto, rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada penerbit. MY-CCM-094


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Buku 3 Nafas Baharu Lepas Kanser by MAKNAcancer - Issuu