Skip to main content

Buku 1 Kehidupan Selepas Diagnosis

Page 1

K mi

Prihatin

Membimbing anda menjalani

diagnosis kehidupan selepas kanser

Sebuah Edisi Khas oleh

untuk Penjagaan Kanser


Para Pembaca, Dengan kerjasama daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Farmaseutikal CCM, HealthToday amat berbesar hati untuk membawa kepada anda KAMI PRIHATIN, risalah bersiri ekslusif yang berfungsi sebagai sumber penting mengenai kanser dan mengandungi nasihat praktikal untuk menangani kanser dengan efektif. Matlamat risalah bersiri ini adalah untuk menggalakkan kesedaran awam tentang kanser, sekaligus meningkatkan kualiti penjagaan kanser dalam kalangan pesakit dan penjaga. Risalah bersiri ini meliputi pelbagai aspek dalam perjalanan kehidupan seorang pesakit kanser bermula daripada diagnosis, rawatan, pemulihan dan selanjutnya; ia sangat berguna untuk mereka yang baru sahaja disahkan menghidap kanser atau sedang menjalani rawatan kanser. Jika anda seorang penjaga kepada pesakit kanser, risalah ini juga akan memanfaatkan anda kerana ia turut memberikan tips yang praktikal dalam menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk orang tersayang supaya kualiti hidup mereka dapat dinaiktaraf. Anda juga boleh mengetahui bagaimana pejuang kanser yang lain berdepan dengan kanser di bahagian akhir setiap risalah. Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menangani kanser seperti mana mereka menangani masalah-masalah lain dalam kehidupan. Namun demikian, kami berharap input yang kami berikan melalui risalah bersiri ini akan menjadi sumber yang begitu berharga untuk membantu anda atau orang kesayangan anda dalam menghadapi liku hidup sebagai seorang pesakit kanser. ‘Membimbing anda menjalani kehidupan selepas diagnosis kanser’ merupakan risalah yang pertama dalam siri ini, di mana fokus diberikan kepada kehidupan selepas diagnosis kanser. Teruskan mengikuti kami dalam risalah-risalah yang akan datang dalam siri ini. Chai Pui Fun Penyunting

Rakan Kongsi Kami: Penerbit Yasunobu Sakai Pengurus Besar Kimberly Lai Penasihat Editorial Lim Teck Choon Penyunting Chai Pui Fun Pereka Ho Kan Keong

Penyelaras Pengeluaran Pramila Lingam Ho Kan Keong Pengurus Perniagaan Kumpulan Violet Lew Pengurus Perniagaan Choong Miew Ling

diterbitkan oleh MIMS.

PP9626/12/2012 (031440) (Malaysia)


Kanser mahupun penyakit-penyakit lain memerlukan sokongan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat untuk mengharunginya. Sebagai sebuah masyarakat, melawan kanser memerlukan usaha bersepadu daripada individu dan organisasi berlainan yang mempunyai kepakaran serta kapasiti tersendiri. Melalui cara ini, sumber-sumber yang diperolehi dapat digunakan secara efektif dalam menangani cabaran kanser bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Siri maklumat kanser ini adalah hasil kerjasama di antara HealthToday, Syarikat Farmaseutikal CCM Sdn Bhd dan MAKNA. Ia adalah satu contoh terbaik di mana kepakaran individu disumbangkan bagi menangani permasalahan yang jauh lebih besar. Selama lebih dua dekad menangani kanser, MAKNA telahpun bekerjasama dengan ramai pesakit kanser, pejuang kanser, keluarga, penjaga, hospital, badan kerajaan, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, individu, penyelidik dan orang awam. Pendekatan yang kami gunakan fokus kepada menjalinkan perkongsian dengan segenap lapisan masyarakat dalam memberi sumbangan terbaik terhadap punca penyakit kanser dari sudut yang berlainan. Terdapat beberapa program yang dianjurkan oleh MAKNA hasil kerjasama dengan organisasi lain. Ini termasuklah pusat kanser yang kami uruskan bersama dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Program Bursari MAKNA yang menerima rujukan dari 88 buah hospital kerajaan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Kejayaan setiap program ini bergantung kepada keteguhan di antara MAKNA dan rakan kongsinya sebagai sebuah pasukan. Bak kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh�. Walaupun sokongan daripada MAKNA amat membantu, namun kami hanya mampu menampung sebahagian daripada jumlah kanser yang ada di dalam negara. Kita bertuah kerana masih terdapat banyak lagi organisasi lain yang turut menyokong perjuangan menentang kanser. Namun begitu, terdapat ramai lagi pesakit kanser yang bertarung bersendirian tanpa sedar akan kewujudan bantuan sokongan yang ada. Oleh itu, peningkatan kesedaran dan khidmat bantuan masih menjadi satu cabaran untuk kita di Malaysia. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, para pembaca, kerana telah mengambil langkah yang signifikan dalam memilih risalah ini dan membuat keputusan untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut tentang kanser. Usaha anda dalam meningkatkan kesedaran diri dan menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam risalah ini kepada sesiapa yang memerlukannya boleh memberikan pengaruh yang besar kepada pesakit kanser di Malaysia.

DATO’ MOHD FARID ARIFFIN Pengasas dan Presiden

1

Kata alu-aluan daripada MAKNA

Kata alu-aluan daripada MAKNA


Asas penyakit kanser

2

Memahami kanser

D

iagnosis kanser pastinya akan membawa perubahan yang besar pada diri serta keluarga anda. Banyak persoalan mungkin menerjah minda anda, seperti mengapakah ia terjadi pada anda, bolehkah kanser diubati, berapa banyak lagi masa untuk hidup dan sebagainya. Anda tidak seharusnya membiarkan persoalan ini menghantui anda kerana saintis sedang bertungkuslumus mencari punca sebenar kanser dan seterusnya, rawatan yang terbaik untuknya. Sebaliknya, anda harus tumpukan perhatian pada perkara yang boleh anda lakukan untuk badan dan

minda anda demi kesihatan untuk tahun-tahun yang akan datang. Kemajuan dalam penyelidikan kanser telah menjadikan kanser sejenis penyakit yang boleh diubati untuk ramai orang. Penghidap kanser mampu meneruskan kehidupan seperti biasa selepas rawatan. Maka janganlah berputus asa atau kecewa! Kami ada di sini untuk membantu anda. Risalah ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik apa itu kanser dan membantu anda membuat keputusan bagaimana untuk meneruskan hidup.

Pertumbuhan secara mendadak pada sel yang mengalami mutasi Mutasi genetik pada sel

Bagaimanakah kanser terjadi?

Kanser invasif

Kanser yang sudah merebak ke tisu sihat di sekelilingnya

Pembentukan sekumpulan sel abnormal


Apakah itu kanser dan bagaimanakah ia terjadi?

puncanya. Ia boleh terjadi pada manamana bahagian di dalam badan – paruparu, payudara, serviks, kolon, kulit, perut atau di dalam darah.

Kanser ialah sejenis penyakit pada sel-sel. Sel-sel merupakan asas kepada tisu dalam tubuh badan kita. Di bawah kawalan gen, sel-sel yang terdapat di dalam tubuh badan kita melakukan replikasi secara teratur – sel-sel akan mati apabila sudah tua atau rosak, dan akan digantikan oleh sel-sel yang baru.

Kadangkala, sel-sel kanser meninggalkan tempat pembiakan asal mereka dan merebak ke bahagian badan yang lain ( juga dikenali sebagai metastasis). Proses ini boleh terjadi melalui darah atau limfa – bendalir jernih yang membekalkan sel dengan air dan zat makanan, dan mengandungi sel darah putih yang membantu badan melawan penceroboh luar (contohnya kuman). Sel-sel kanser yang telah merebak boleh tumbuh dan menggantikan banyak sel-sel normal di kawasan jangkitan yang baru.

Namun, ada kalanya gen-gen mengalami mutasi lalu menyebabkan sel-sel membiak pada kadar yang tidak terkawal dan mengakibatkan apa yang dinamakan sebagai ‘kanser’. Buat masa sekarang, punca mutasi gen masih lagi tidak diketahui. Oleh sebab sel kanser bertumbuh dengan lebih cepat dan boleh hidup lebih lama berbanding sel normal, jumlahnya akan melebihi sel normal, lalu menimbulkan masalah pada anggota badan atau organ yang Kelompok terlibat.

sel kanser

Lama-kelamaan, sel-sel kanser boleh membentuk suatu jisim yang dipanggil tumor utama. Tumor utama yang tidak dirawat boleh merebak melalui bahagian luar sesebuah organ atau struktur dan tumbuh ke dalam tisu-tisu lain, dan seterusnya menyebabkan kanser invasif.

Sel kanser

Aliran darah Salur lumen

Metastasis

Kanser bukan hanya satu penyakit; bahkan terdapat banyak jenis kanser, bergantung pada tempat

Sel darah merah

Penyebaran kanser

Asas penyakit kanser

3


Asas penyakit kanser

4

Siapakah yang berisiko mendapat kanser? Kanser boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, namun risikonya meningkat mengikut umur. Penyebab kanser belum lagi dapat difahami pada masa kini, tetapi sesetengah faktor risiko boleh meningkatkan peluang seseorang itu untuk menghidapi kanser tertentu. Sesetengah faktor risiko ini boleh diubah, manakala sesetengahnya pula tidak. Faktor risiko yang tidak boleh diubah: • Usia • Jantina • Sejarah keluarga

Walau bagaimanapun, kanser adalah penyakit yang rumit. Seseorang yang mempunyai faktor risiko untuk kanser tidak semestinya bermaksud dia akan mendapat penyakit kanser. Terdapat juga kes di mana orang mendapat kanser tanpa mempunyai apa-apa faktor risiko. Walaupun seseorang yang telah disahkan mempunyai kanser memiliki faktorfaktor risiko, ia masih amat susah untuk mengesan faktor risiko yang manakah yang telah mengakibatkan pertumbuhan kanser. Walaupun sesetengah kanser bersifat keturunan, kanser jarang diwarisi daripada ibu bapa kepada anda seperti faktor fizikal yang lain seperti ketinggian, warna mata dan warna rambut. Sesetengah orang masih boleh mendapat kanser walaupun tiada sejarah kanser dalam keluarganya.

Faktor risiko yang boleh diubah: • Gaya hidup tidak sihat, seperti merokok atau meminum alkohol • Gaya pemakanan tidak sihat. Faktor ini dikatakan menyumbang kepada 30% hingga 40% semua jenis kanser

Apakah itu tahap kanser?

Faktor sekeliling, seperti pendedahan kepada bahan kimia dalam asap tembakau dan radiasi berlebihan (contohnya sinaran ultra ungu daripada matahari) untuk jangka masa yang panjang juga boleh merosakkan DNA dan meninggikan risiko seseorang untuk mendapat kanser.

Doktor anda mungkin telah memaklumkan bahawa kanser anda berada di tahap 0, tahap I, tahap II, tahap III atau tahap IV. Ini dinamakan tahap kanser, dan ia mewakili tahap keterukan kanser anda dan sejauh manakah selsel kanser itu telah merebak. Semakin rendah angkanya, semakin kurang tahap keseriusan dan penyebaran kanser itu.

Tahap

Pengertian

Tahap 0

Sel abnormal telah wujud tetapi belum merebak ke tisu berdekatan. Ia juga dikenali sebagai karsinoma in situ, bermaksud ia belum menjadi kanser, tetapi berpotensi untuk bertukar kepada kanser.

Tahap I, II dan III

Kanser telah terjadi. Semakin tinggi angkanya, semakin besar tumor kanser dan semakin banyak ia telah merebak ke tisu berdekatan.

Tahap IV

Kanser telah merebak ke bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

Doktor anda akan menggunakan ini sebagai panduan untuk mengesyorkan rawatan yang paling sesuai untuk anda.


5

Mengharungi diagnosis

Mendapatkan

pendapat kedua

A

dakah anda berasa tidak tenang dan berkeinginan kuat untuk memulakan rawatan dengan segera setelah diagnosis? Walaupun ia penting, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Berundur selangkah dan cuba nilai kembali situasi ini ketika anda lebih tenang. Ia akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan membolehkan anda membuat keputusan yang lebih baik.

Apakah yang boleh anda lakukan? Fikirkan sama ada perlu atau tidak untuk anda dapatkan pendapat kedua (atau lebih). Kebanyakan doktor juga akan menggalakkan pesakit mereka untuk mendapatkan pendapat kedua jika mereka merasakan pesakit itu memerlukan lebih keyakinan sebelum membuat apa-apa keputusan. Mendapatkan pendapat kedua bermaksud merujuk kepada pakar lain (atau sekumpulan pakar) untuk memeriksa kesihatan anda dan meneliti rekod perubatan serta semua keputusan ujian anda. Pendapat kedua boleh membantu mengesahkan diagnosis awal dan pelan rawatan, memberikan anda pilihan rawatan yang lain (tambahan kepada pelan rawatan yang sedia ada), atau mencadangkan rawatan yang berlainan.

Pertimbangkan perkara berikut apabila mendapatkan pendapat kedua: • Adakah pihak insurans anda akan menanggung kos untuk anda mendapatkan pendapat kedua? • Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapat kedua? Jika mengambil masa lebih daripada beberapa minggu, anda harus berbincang dengan doktor anda tentang kelewatan ini dan sama ada ia akan menjejaskan pemulihan anda. • Sudahkah anda membuat keputusan siapa yang akan anda jumpa untuk mendapatkan pendapat kedua? Jika belum, anda boleh meminta doktor yang merawat anda untuk merujuk anda kepada doktor yang lain. Sebagai alternatif, periksa dengan hospital lain atau bincang dengan kumpulan sokongan kanser untuk mendapatkan cadangan. Usah bimbang. Penangguhan rawatan selama beberapa minggu sementara anda melakukan ini biasanya tidak akan menjejaskan peluang untuk pemulihan. Namun, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai penangguhan rawatan. Walaupun setelah menjalani rawatan, anda sentiasa boleh meminta pendapat kedua tentang pilihan rawatan akan datang.


Mengharungi diagnosis

6

Saya boleh lakukannya

Meneruskan hidup

selepas diagnosis

P

erasaan tidak percaya, terkejut, takut, sedih, bimbang, tertekan atau marah adalah biasa setelah anda dimaklumkan tentang diagnosis kanser. Terimalah perasaan itu, dan ambillah masa untuk menguruskan emosi anda dan berfikiran positif tentang diagnosis dan pilihan rawatan kanser.

1

Selidik sebanyak mungkin tentang penyakit kanser anda dan pilihan rawatan yang sedia ada. Mengambil tahu tentang penyakit kanser anda dan pilihan rawatan yang ada membolehkan anda membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan keluarga anda. Maklumat mengenai kanser yang anda hidapi boleh didapati dengan mudah melalui buku dan majalah atau melalui internet. Walau bagaimanapun, pastikan ia datang dari sumber yang bereputasi. Berbincanglah dengan doktor anda dan ambil masa untuk memahami semua maklumat perubatan yang dikongsi oleh doktor tersebut. Paling penting, usah takut untuk bertanyakan soalan jika anda mempunyai sebarang keraguan.


2

Maklumkan keluarga apabila anda telah bersedia. Kanser bukan sahaja menjejaskan individu yang menghidapinya, tetapi juga seluruh keluarga pesakit. Ia mungkin sukar untuk memaklumkan ahli keluarga anda, namun mereka perlu mengetahuinya. Jelaskan kepada mereka tentang jenis kanser yang anda hidapi dan bagaimana ia boleh dirawat. Pada awalnya mereka mungkin rasa terkejut, sedih atau tidak selesa, tetapi usah kecewa kerana mereka mungkin tidak tahu ucapan yang sesuai untuk anda dan ingin menjaga perasaan anda. Tetapi jangan risau, sebaik sahaja anda memberitahu apa yang anda rasakan dan apa yang diperlukan, mereka akan mula memahami keadaan anda, memberikan anda sokongan, membantu anda membuat keputusan, dan memberikan pertolongan semampu mungkin. Beritahu sahaja kepada mereka pertolongan yang anda perlukan, baik daripada segi fizikal atau mental.

3

Luahkan perasaan dan dapatkan sokongan. Dari masa ke semasa, anda mungkin hilang kepercayaan dan merasakan semuanya terlalu berat untuk ditanggung keseorangan. Tidak perlulah anda sembunyikan atau abaikan perasaan ini, atau berpura-pura semuanya berjalan lancar sedangkan ia tidak, kerana ini dapat memenatkan anda dan membuatkan emosi anda bertambah parah. Sebaliknya, luahkanlah perasaan anda secara terbuka dan anda akan rasa lebih terkawal. Bercakaplah mengenai perasaan dan keperluan anda pada rakan-rakan, keluarga atau sesiapa sahaja yang anda rasa selesa bersamanya. Izinkan mereka membantu anda. Anda akan rasa kurang kesunyian. Anda juga boleh menyertai kumpulan sokongan kanser untuk berkongsi ketakutan, harapan dan inspirasi dengan mereka yang sedang mengalami atau telah mengalami perkara yang sama seperti anda.

4

Buat sesuatu yang anda gemar.

5

Teruskan membuat aktiviti yang anda suka, seperti melukis, berkebun, mendengar muzik kegemaran anda. Ia boleh membantu anda mengecapi kehidupan yang serupa sebelum terkena kanser. Anda juga boleh melakukan aktiviti senaman yang sederhana berat seperti yoga, berjalan kaki, berenang atau senaman regangan, namun adalah perlu untuk anda mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan apa-apa program senaman.

Bersedia menerima perubahan. Bertanya pada doktor anda tentang perubahan yang harus anda jangkakan. Perubahan tersebut termasuk perubahan fizikal akibat kesan sampingan daripada rawatan kanser atau perubahan rutin harian. Ia membolehkan anda membuat perancangan terlebih dahulu. Contohnya, jika rawatan itu boleh menyebabkan keguguran rambut, anda bolehlah merancang untuk mendapatkan potongan rambut pendek (kerana rambut pendek boleh membuatkan muka anda kelihatan berisi dan keadaan rambut gugur menjadi tidak begitu ketara). Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memakai penutup kepala, seperti rambut palsu dan skarf untuk membuatkan anda lebih selesa. Dapatkan tips berguna daripada ahli-ahli kumpulan sokongan kanser tentang cara-cara mereka mengharungi situasi-situasi ini. Bertanyalah pada doktor tentang kekerapan temu janji perubatan yang perlu. Jika anda seorang yang bekerja dan pelan rawatan itu mungkin mengganggu jadual kerja anda, berbincanglah dengan majikan anda tentang apa yang mungkin anda perlukan (contohnya, mengatur cuti sakit, bekerja mengikut jadual fleksibel dan sebagainya). Ramai orang masih mampu bekerja walaupun sedang menerima rawatan kanser, tetapi keputusan harus dibuat setelah mengambil kira nasihat doktor.

Mengharungi diagnosis

7


Mengharungi diagnosis

8

Ketahui pilihan rawatan anda

J

enis-jenis rawatan kanser semakin mudah ia dibuang daripada yang utama ialah: badan. • Pembedahan. Prosedur yang dilakukan di bawah • Radioterapi. Rawatan ini bius untuk membuang menggunakan dos radiasi yang tinggi tumor, sebahagian untuk membunuh sel kanser dan tisu normal sekeliling kanser, dan mengecutkan tumor. Sel-sel normal kadangkala, kelenjar limfa yang juga akan terjejas, namun sel-sel paling berhampiran dengan kanser. normal boleh membaiki kerosakan Pembedahan boleh menyembuhkan yang dialami dengan lebih baik kanser yang terkandung sepenuhnya berbanding dengan sel kanser. di dalam satu kawasan dan belum Radioterapi tidak membunuh sel merebak kepada bahagian badan yang kanser dengan segera; ia mengambil lain. Semakin awal kanser ditemui, masa berhari-hari atau berminggu-


minggu sebelum sel kanser mula mati. Selepas terapi berakhir, selsel kanser akan terus mati dalam jangka masa beberapa minggu atau bulan. Doktor anda mungkin akan mengesyorkan rawatan ini jika penyakit telah merebak. • Kimoterapi. Sejenis rawatan yang menggunakan ubat-ubatan khusus untuk membunuh sel kanser. Ubat tersebut akan dimasukkan terus ke dalam peredaran vena melalui picagari atau kateter intravena. Kimoterapi boleh digunakan untuk menyembuhkan kanser, mengurangkan potensi untuk berulang, atau menghentikan atau membantutkan pertumbuhannya. Ia juga boleh digunakan selepas pembedahan untuk membunuh sebarang sel kanser yang masih tertinggal, atau sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor. Kimoterapi berkesan melawan kanser, tetapi ia juga boleh memusnahkan sel-sel sihat dan menyebabkan kesan sampingan seperti kelesuan, keguguran rambut, sakit mulut, muntah-muntah dan mual. Walau bagaimanapun, kesan-kesan sampingan ini selalunya bertambah baik selepas rawatan berakhir. • Terapi sasaran. Sejenis rawatan yang merawat kanser dengan mengganggu protein tertentu yang membantu dalam tumbesaran tumor dan penyebarannya ke seluruh badan. Contohnya, jika sesetengah sel-sel mempunyai sejenis protein secara terlalu banyak, ia akan menyebabkan sel-sel tersebut tumbuh dengan berlebihan. Terapi sasaran boleh mengganggu fungsi protein ini. Berbanding dengan kimoterapi, rawatan sasaran biasanya mempunyai kesan sampingan yang kurang kerana ia tidak menjejaskan keseluruhan badan. Rawatan ini juga

hanya menyebabkan sedikit kerosakan pada sel-sel normal. • Pemindahan sel stem. Rawatan ini adalah rawatan yang paling banyak digunakan untuk kanser yang menjejaskan darah atau sistem imunisasi, seperti leukimia, limfoma atau barah sel plasma sum-sum tulang (multiple myeloma). Pemindahan sel stem juga berguna untuk membantu memulihkan keupayaan badan dalam menghasilkan sel stem selepas rawatan dengan radioterapi dan/atau kimoterapi yang berdos tinggi. • Imunoterapi. Sejenis rawatan yang menolong sistem imunisasi untuk melawan kanser. Sel-sel kanser boleh mengelirukan sistem imunisasi badan dengan membuatkan sistem tersebut tidak dapat mengenalpasti sel kanser sebagai abnormal supaya ia boleh tumbuh tanpa diserang. Dengan imunoterapi, sistem imunisasi boleh dilatih untuk mengenal sel-sel abnormal. Imunoterapi boleh dilakukan dengan memberikan stimulasi kepada sistem imunisasi supaya ia boleh melawan sel kanser dengan lebih berkesan, atau membekalkan sistem imunisasi dengan protein buatan sistem imunisasi. Sesetengah jenis imunoterapi kadangkala dikenali sebagai terapi biologi. Walaupun imunoterapi belum lagi terdapat di Malaysia, penyelidikan luas telahpun dijalankan di institut-institut penyelidikan tempatan. Doktor anda akan mengesyorkan rawatan yang terbaik untuk anda berdasarkan jenis dan tahap penyakit kanser anda, usia, keseluruhan kesihatan dan keperluan peribadi. Anda harus memahami pilihan yang ada dan ketahui pilihan yang terbaik untuk anda. Ingatlah, anda memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kejayaan rawatan anda. Jadi, usah takut bertanyakan doktor jika ada mempunyai keraguan atau pertanyaan.

Mengharungi diagnosis

9


Mengharungi diagnosis

10

kewangan anda Menguruskan

R

4

1

5

awatan kanser biasanya tidak murah, jadi adalah penting untuk memahami kos penjagaan kanser anda. Berikut adalah beberapa tips yang boleh mengurangkan beban kewangan yang dikenakan oleh rawatan anda:

Menilai kewangan anda sebelum memulakan rawatan. Fahami status kewangan anda dengan mencatat pendapatan bulanan, simpanan semasa, perbelanjaan bulanan (belanjawan rumah, bil telefon, pengangkutan dan sebagainya), kos rawatan perubatan (berapa nilai yang dicaj oleh setiap hospital) dan bil-bil yang boleh dijangka pada masa akan datang. Ketahuilah sama ada anda boleh kurangkan sesetengah perbelanjaan supaya lebih banyak dana dapat diperuntukkan untuk perbelanjaan perubatan anda.

2

Fahami jenis insurans yang anda miliki. Hubungi agen insurans anda untuk mengetahui kos rawatan yang akan ditanggung oleh pelan insurans anda. Jika majikan anda turut menyediakan pelan insurans untuk anda, hubungi jabatan sumber manusia untuk mengetahui pegawai khusus yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3

Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan. Berbincang dengan pegawai kredit atau penasihat kewangan untuk menilai aset dan perbelanjaan anda. Mereka boleh memberikan nasihat sewajarnya tentang cara pengurusan kewangan anda.

Timbang kembali pelan pembayaran semula pinjaman. Jika anda bermasalah dalam membayar pinjaman anda, maklumkan kepada pegawai kredit anda dan ketahui jika terdapat sebarang pelan pembayaran yang boleh membantu mengurangkan bayaran ansuran bulanan.

Berbincang dengan penjaga kesihatan profesional anda. Jika anda memerlukan bantuan kewangan, anda boleh berbincang dengan pasukan penjaga kesihatan profesional anda. Kedua-dua hospital kerajaan dan swasta mempunyai program bantuan untuk menolong pesakit dalam kesukaran. Berbincang dengan mereka untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menyertai program-program berkenaan.


Peranan seorang penjaga

11

Khas untuk

penjaga

Adakah anda pasangan, ahli keluarga atau kawan rapat kepada seseorang yang mempunyai kanser dan anda sedang membantu menjaga mereka? Adakah anda kurang pasti apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu semasa menjaga orang kesayangan anda yang mempunyai kanser? Jika ya, seksyen ini adalah untuk anda – penjaga – yang memberi pengaruh besar kepada orang kesayangan anda dalam pertarungan terhadap penyakit mereka.

P

enjaga merupakan anggota yang penting dalam pasukan penjagaan kanser yang terdiri daripada pesakit, keluarga dan rakan-rakan, dan penjaga kesihatan profesional. Oleh itu, anda mempunyai banyak peranan yang

akan berubah mengikut tahap rawatan kanser bagi orang tersayang anda. Anda akan terlibat dengan pelbagai tanggungjawab, seperti menolong mereka dengan tugasan harian (menyediakan makanan, memandikan, mendandan dan menukar pakaian), memastikan mereka mengambil ubat-


Peranan seorang penjaga

12

ubatan, membantu mereka menguruskan kesan sampingan rawatan, melaporkan sebarang masalah kepada penjaga kesihatan profesional, memaklumkan ahli keluarga dan rakan lain tentang keadaan semasa, dan membantu menentukan sama ada sesuatu rawatan itu berkesan. Andalah orang terbaik yang tahu tentang segala yang berlaku pada orang tersayang.

Tips untuk penjagaan optima Berikut adalah beberapa tips penjagaan yang mungkin berguna untuk anda: • Belajar mengenai diagnosis mereka. Fahami jenis kanser yang dihidapi oleh orang tersayang anda, pilihan rawatan, matlamat rawatan dan kesan sampingan yang berkemungkinan timbul selepas rawatan. Ini boleh membantu anda memahami proses penyakit dan bersedia dengan fasa seterusnya.

• Beritahu mereka bahawa anda sentiasa berada di sisi mereka, tetapi biarlah mereka tentukan bilakah bantuan diperlukan. Bantu mereka jalani kehidupan yang normal, tetapi berikan juga galakan kepada mereka untuk membuat pilihan peribadi dan melakukan penjagaan diri sebanyak mungkin. • Bantu mereka berdepan dengan apa jua cabaran. Ambil kira kerisauan mereka dan tenangkan mereka daripada masalah baru yang mungkin timbul susulan daripada rawatan. • Berikan galakan untuk berkongsi perasaan. Berikan perhatian apabila mereka berkongsi perasaan mengenai perjalanan kanser. Isyarat yang ringkas seperti memegang tangan juga amat berkesan untuk menunjukkan sokongan anda terhadap mereka. Jika mereka tidak ingin bercakap apa-


• Bersedia untuk setiap temu janji doktor. Simpan maklumat kesihatan orang kesayangan anda dalam sebuah fail (termasuk senarai ubat-ubatan dan dos) dan bawa fail ini setiap kali ke temu janji. Catat soalan-soalan yang anda perlu tanya atau perkara yang anda ingin beritahu pada doktor. Ambil nota dan jangan takut untuk bertanya jika anda tidak memahami sesetengah perkara yang dinyatakan oleh doktor. • Kenali penjaga kesihatan profesional anda. Kenali siapa ahli pasukan penjagaan kanser dan bagaimana untuk menghubungi mereka. • Berikan galakan. Galakan anda boleh menolong orang kesayangan anda kekal dengan pelan rawatan dan mengambil langkah lain untuk kekal sihat, seperti makan makanan yang sihat dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Jaga diri anda juga! Sebagai seorang penjaga, anda juga perlu belajar cara penjagaan diri sendiri. Dengan ini, barulah anda akan mempunyai keupayaan untuk memberikan penjagaan terbaik kepada orang kesayangan anda. • Kekal tenang. Jika penjagaan pesakit merupakan perkara yang baru untuk anda, usah risau. Anda boleh belajar lebih banyak lagi sepanjang perjalanan rawatan kanser untuk orang tersayang anda. • Luahkan perasaan anda. Memberikan penjagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Sesetengah penjaga mungkin mengalami kesedihan dan tekanan emosi disebabkan oleh penyakit yang dialami oleh orang kesayangan mereka, dan rasa tidak mampu atau kecewa kerana cuba mengatasi terlalu banyak masalah. Jadi, jika perlu, cubalah berkongsi perasaan anda dengan rakan-rakan, kaunselor atau

kumpulan sokongan. Dengan menyertai kumpulan sokongan, anda berpeluang mengenali orang yang berdepan dengan masalah yang sama dan dapat memberikan nasihat berdasarkan pengalaman. • Jangan berkecil hati atas kemarahan orang tersayang anda. Akibat tekanan stres, takut dan risau, adalah perkara biasa bagi orang kesayangan anda untuk melepaskan kemarahan terhadap anda kerana andalah orang yang paling dekat dengan mereka. Cubalah memahami mereka dan usah berkecil hati. • Fokuskan pada perkara yang penting. Nilai tahap kesibukan anda sekarang dan cuba cari cara penyelesaian yang sesuai. Jangan takut untuk meminta pertolongan. Timbangkan sama ada sesetengah tugasan boleh dikongsi bersama dengan orang lain, seperti menyediakan makanan, membersih, melakukan kerja dobi dan tugas penjagaan anak. Cara-cara ini membolehkan anda kekal sihat dan lebih bertenaga untuk menjaga orang kesayangan anda. • Peruntukkan masa untuk diri sendiri, walaupun sekejap. Untuk membantu merehatkan anda, buatlah sesuatu yang anda nikmati. Anda boleh menonton televisyen, berbual dengan kawan atau melakukan aktiviti kegemaran anda. • Teruskan menjaga keperluan kesihatan sendiri. Makan makanan sihat, bersenam dan dapatkan rehat yang secukupnya. Walaupun menjaga orang kesayangan anda yang mempunyai kanser merupakan suatu perkara yang begitu mencabar, anda berpeluang belajar tentang kekuatan dan keupayaan diri anda. Pemberian penjagaan pesakit yang baik boleh memberikan anda tahap kepuasan, kebanggaan dan pencapaian yang mendalam. Kesemua ini boleh memberikan kekuatan dan daya tahan kepada anda untuk meneruskan peranan anda selagi perlu.

13

Peranan seorang penjaga

apa, hormati keputusan mereka tetapi beritahu mereka bahawa anda sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar.


Inspirasi kisah benar

Di sebalik kejayaan

14

Cinta

Menerangi Kegelapan

Ia mungkin susah, namun pulih daripada kanser bukanlah sesuatu yang mustahil. Yong Lee Lee, seorang pejuang kanser payudara, berkongsi kisah inspirasinya dengan kami.

S

etelah berkahwin dan merupakan seorang ibu kepada dua anak perempuannya yang cantik, Yong Lee Lee adalah bekas Pengarah Kewangan bagi Malaysia, Singapura dan Thailand di sebuah syarikat multinasional. Walaupun jawatan ini tampak sungguh baik, ia juga memberikan tekanan yang besar kepada Lee Lee yang menghabiskan kebanyakan masa dan tenaga beliau dalam kerjayanya. Akibat tekanan kerja, beliau mendapat strok ringan pada tahun 2003. “Kejadian strok itu telah menyedarkan saya bahawa saya perlu mengubahsuai cara kehidupan saya,” kata Lee Lee. Oleh yang demikian, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada tahun 2005. Memandangkan beliau masih layak menuntut manfaat perubatan pada ketika itu, beliau mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, di mana beliau disahkan mempunyai ketulan sebesar 2 cm di dalam payudara beliau yang dikelaskan sebagai “majoriti kanser”. “Saya terkejut dan berasa marah,” kata Lee Lee. “Saya berhenti kerja semata-mata untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, tapi nampaknya semuanya dah terlambat.” Beliau kekal tenang dan berdiam ketika doktor beliau memaklumkannya mengenai kanser tersebut. “Akan tetapi, sebaik sahaja saya

melangkah keluar dari klinik itu, saya terus lemah dan menangis teresak-esak di koridor.” Suaminya, Remesh Kumar, yang beliau temui sewaktu mereka menjadi rakan sekelas tingkatan 6, memegang erat Lee Lee semasa beliau mengalami gangguan emosi, sambil menyakinkannya bahawa semuanya akan baik-baik sahaja dan mereka akan menempuhinya bersama. Di dalam hatinya, Remesh benar-benar takut untuk Lee Lee, namun beliau tahu beliau mesti kekal kuat untuknya. Menurut Lee Lee, beliau mengambil masa dua bulan sebelum beliau akur dengan keputusan diagnosisnya. Pada mulanya, beliau dijadualkan menjalani kimoterapi, tetapi beliau dan suaminya membuat keputusan untuk mendapatkan pendapat kedua. Betapa leganya jiwa mereka apabila mendapat kepastian bahawa cuma 1 cm sahaja daripada ketulannya terdiri daripada kanser. Kanser yang dihidapinya diubah ke Tahap I dan beliau bersyukur kerana tidak perlu menjalani rawatan kimoterapi. Sebaliknya, ketulannya berjaya dibuang melalui pembedahan dan beliau melalui 25 kitaran radioterapi. “Ini menunjukkan bahawa pendapat kedua adalah penting sebelum memutuskan untuk menjalani mana-mana rawatan,” tegas beliau.


Di sebalik kejayaan

15

Lee Lee mengimbas kembali dengan penuh mesra betapa kukuh sokongan Remesh terhadapnya sewaktu tempoh mencabar itu. Kansernya tidak mengubah cinta suaminya terhadapnya. Remesh sentiasa menghulurkan bantuan dalam urusan kerja rumah, penjagaan anak-anak perempuannya dan tetap menyokong beliau tanpa mengira penat lesu di samping terus mempamerkan kata-kata optimistik untuk menaikkan semangat semua. Beliaulah tempat bergantung semasa Lee Lee memerlukan seseorang, penenang hidupnya dan sumber ketawanya sewaktu beliau perlu bangkit kembali. “Sokongan adalah sangat penting bagi mana-mana pesakit kanser,” kata beliau. “Anak-anak saya baru berusia 8 dan 12 tahun sewaktu saya disahkan menghidap kanser. Suami saya dan saya tidak memberitahu mereka pada mulanya, kami percaya mereka terlalu muda untuk memahami apa yang saya lalui. Namun saya sangat beruntung kerana mempunyai Remesh di sisi. Dialah yang membuat segala-galanya berbeza.” “Dua tahun pertama selepas rawatan kanser amat sengsara bagi saya. Saya menghabiskan terlalu banyak masa memikirkan kebarangkalian kanser berulang dan masa depan yang tidak terjamin. Saya rasa saya terjerumus ke dalam depresi,” kata beliau. Mujurlah, beliau mendapat tahu cara baru untuk beliau menyalurkan masa dan tenaganya setelah bertemu dengan Datuk Dr M. Devanand, seorang Pakar Perunding

Bedah Payudara, yang menjemput beliau untuk mengambil bahagian dalam projek pengumpulan dana dalam usaha menggalakkan kesedaran kanser payudara. Hari ini, kanser Lee Lee sudah berada dalam remisi buat selama 10 tahun dan harap-harap akan kekal sebegini. Beliau mempunyai perniagaannya sendiri, yang membolehkan beliau mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang lebih baik. Beliau juga terlibat secara aktif dengan Pink Ribbon Wellness (L) Foundation yang diasaskan oleh Datuk Dr M. Devanand dan Lee Lee sendiri, bersama Puan Sri Maniseh Adam sebagai Penaung, untuk menganjurkan syarahan umum dan bengkel-bengkel pejuang kanser payudara di kawasan bandar dan luar bandar, serta persidangan kebangsaan dan larian/ jalan kaki amal. Suaminya dan dua anak perempuannya juga menjadi penyokong tegar segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan itu. Lee Lee amat bersyukur kerana sewaktu perjalanan merawat kansernya, beliau mendapat kasih sayang dan sokongan daripada keluarganya, Datuk Dr M. Devanand dan rakan-rakan untuk membantu beliau kekal kuat dan positif. Kini, biarpun bayangan kanser telah pudar, keluarganya tetap berada di sisinya dalam usaha beliau menebarkan kebaikan menjangkau pejuang kanser payudara yang mungkin kurang bernasib baik berbanding dengannya.


Subscription Promotion

Di sebalik kejayaan

16

SUBSCRIBE & GET A 20% DISCOUNT ON YOUR 1-YEAR SUBSCRIPTION Empowering You to Healthy Living

NOVEMBER 2016 www.healthtoday.net RM 8.50

THIN, BUT A CARDIAC PATIENT?

“Mister, I’m afraid you have

breast cancer”

Men’s Health

NOVEMBER 2016

3.5l0y 9 RM w on 0 No 74.8 RM

MORE AFFORDABLE MEDICATIONS FOR CANCER?

lair ah Sinc rt

Health Bites

h sian Sweethea AMisalay A

Health Today App

facebook.com/HealthToday

KDN PP 9626/12/2012 (031440)

Health Today App

facebook.com/HealthToday

KDN PP 9626/12/2012 (031440)

6102 R E B M EVON

AMisalay weethea hasian h SS inc rtir 11 monthly issueslaof HealthToday print + digital @ RM 74.80 (inclusive of GST) A

of HealthToday • 11 issues • 11-month free downloadable digital edition of e-HealthToday CANCER? FOR magazine cancer” Men’s Health

breast you have

Health Bites

MEDICATIONS AFFORDABLE MORE

I’m afraid Yes! I would like to subscribe to 11 “Mister, PATIENT?

A CARDIAC magazine & monthly issues of HealthToday THIN, BUT e-HealthToday @ RM 74.80 (FREE postage).

Payment by credit card Please charge RM___________________ to my credit card. Visa

Mastercard

Cardholder’s Name__________________________________ My Personal Details Empowering You to Healthy Living

RM 8.50 www.healthtoday.net

NOVEMBER 2016

Mr/Mrs/Mdm/Ms ___________________________________

Card No____________________________________________ Expiry Date _________________________________________

New I/C No ________________________________________ Address __________________________________________ __________________________________________________ Tel No (H) __________________(O)____________________

Cardholder’s Signature

(HP) _____________________________________________ E-mail* ___________________________________________ Mail/fax this form to: MIMS Medica Sdn Bhd (891450-U) (formerly known as UBM Medica Sdn Bhd) *Please provide the correct email address to ensure access to e-HealthToday

Payment

2nd Floor, West Wing, Quattro West, No.4, Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7623 8000 Fax: 03-7623 8188 Email: enquiry@my.healthtoday.net * e-HealthToday is the digital version of HealthToday magazine.

I hereby enclose RM________________________________ in Cheque/MO/PO No______________________________ being made payable to MIMS Medica Sdn Bhd.

Terms and conditions: ▪ This subscription offer is open to residents of Malaysia only. ▪ All payment must be made in Malaysian Ringgit. ▪ Please allow 2-3 weeks for your order to be processed. ▪ Payment is not refundable. ▪ Overseas subscription rates are available upon request. ▪ Subscribers from Singapore are requested to get in touch with Christine Chok at Tel. No. 02-62907459.

November 2016 HEALTHTODAY 13


Di sebalik kejayaan

17


Asas penyakit kanser

18

Rujukan: 1. American Cancer Society. Sumber: www.cancer.org. 2. National Comprehensive Cancer Network. Sumber: www.nccn.org. 3. Mayo Clinic. Cancer. Sumber: www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cancer/in-depth/ cancer-diagnosis/art-20044544. 4. Cancer Research UK. Sumber: www.cancerresearchuk.org. 5. National Cancer Institute. Sumber: www.cancer.gov.

Bahan editorial yang terkandung adalah sebagai informasi sahaja. Pembaca diingatkan supaya tidak menggunakan informasi ini sebagai pengganti kepada penjagaan kesihatan dan perundingan profesional yang sedia ada. Walaupun segala penelitian telah diambil dalam proses penyusunan dan pemeriksaan informasi yang terkandung di dalam penerbitan ini, pihak penerbit, penulis, penasihat dan agen tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara atas penggunaan berterusan informasi atau atas apa-apa kesilapan, pengenepian atau ketidaktepatan dalam penerbitan ini sama ada berpunca daripada kelalaian atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekalipun, atau atas apa-apa akibat yang berpunca daripadanya. Perangkuman atau pengecualian mana-mana produk tidak bermaksud bahawa penerbit mengesyorkan atau menolak penggunaannya sama ada secara umum atau dalam apa-apa bidang atau bidang-bidang tertentu. Pengiklanan adalah tertakluk kepada persetujuan editorial dan langsung tidak mempengaruhi kandungan atau persembahan editorial. Penerbit, penulis, penasihat, dan agen tidak memberi jaminan, secara langsung atau tidak langsung, akan kualiti atau keberkesanan apa-apa produk atau servis yang dinyatakan dalam iklan atau bahan lain yang bersifat komersial. Hak cipta: Š2017 Tiada bahagian di dalam penerbitan ini boleh dihasilkan semula dalam mana-mana bahasa, disimpan atau diperkenalkan dalam sistem perolehan kembali, atau disiarkan, dijual semula, diagihkan semula, dalam apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara elektronik, elektrostatik, pita magnetik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. MY-CCM-095


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Buku 1 Kehidupan Selepas Diagnosis by MAKNAcancer - Issuu