

JEJAK PERJALANAN LIFEWAVE
TENTANG KAMI
INOVASI MERENTASI LEBIH 20 TAHUN
KISAH DI SEBALIK LIFEWAVE X39
SEMANGAT KEMANUSIAAN KAMI
TEROKAI KOD PENCIPTAAN
KENALI INTERN TERTUA DI DUNIA
PUSAT PENGALAMAN LIFEWAVE
ACARA & BUDAYA


![]()


JEJAK PERJALANAN LIFEWAVE
TENTANG KAMI
INOVASI MERENTASI LEBIH 20 TAHUN
KISAH DI SEBALIK LIFEWAVE X39
SEMANGAT KEMANUSIAAN KAMI
TEROKAI KOD PENCIPTAAN
KENALI INTERN TERTUA DI DUNIA
PUSAT PENGALAMAN LIFEWAVE
ACARA & BUDAYA


Selama lebih 20 tahun, LifeWave telah berkembang menjadi sebuah syarikat teknologi kehidupan yang inovatif, serta menjadi wadah kepada semangat keusahawanan berteraskan inovasi demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat, di samping memelihara kesejahteraan planet kita. Pada tahun-tahun mendatang, anda akan menyedari bahawa semua ini hanyalah permulaan perjalanan kami.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada setiap ahli komuniti LifeWave atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi seorang pereka cipta. Harapan saya agar melalui syarikat ini, anda mencapai kejayaan yang selayaknya, seterusnya mengejar impian anda.
Ramai Brand Partner dalam komuniti kami telah bersama kami sejak awal penubuhan LifeWave, ketika kami memperkenalkan Energy Enhancer™ sebagai produk utama. Kepada kumpulan perintis yang luar biasa ini, saya merakamkan setinggitinggi penghargaan atas keyakinan anda terhadap potensi LifeWave sejak dari awal dan kerana terus bersama kami hingga ke hari ini untuk menikmati hasil usaha dan dedikasi anda.
LifeWave Technology wujud berasaskan satu idea yang ringkas iaitu untuk membawa teknologi kehidupan baharu, yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan Tentera Laut, kepada masyarakat umum. Sejak penubuhan syarikat pemasaran rangkaian kami pada November 2004, usaha yang digerakkan bersama telah membawa kepada pelbagai pencapaian yang amat membanggakan sepanjang lebih dua dekad ini.
Tiada yang lebih layak untuk berkongsi kejayaan ini selain Brand Partner kita. Pada penghujung dekad 2000-an, saya membuat keputusan untuk mula melaburkan sumber syarikat ke dalam penyelidikan. Selepas 10 tahun melaksanakan usaha tersebut, dengan pelaburan berjumlah USD4.3 juta serta lebih 80 paten di peringkat global, syarikat telah melalui transformasi besar yang membawa kemajuan berterusan. Kehadiran
LifeWave telah memberi impak bermakna kepada ramai pihak dan melalui sokongan mereka, syarikat ini terus berkembang menjadi antara peneraju pemasaran rangkaian di peringkat global.
Sepanjang dua dekad yang lalu, LifeWave telah memperluas
jejaknya ke Amerika Utara, Eropah dan pelbagai negara di Asia serta rantau Pasifik. Pertumbuhan pesat dalam tempoh yang agak singkat ini tidak mungkin dicapai tanpa kekuatan model pemasaran rangkaian. Kepada semua Brand Partner yang bermula di pasaran domestik dan kini berkembang ke peringkat global, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha serta pencapaian yang amat membanggakan!
Seiring dengan kejayaan kewangan yang dikecapi, kami turut berpeluang untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Sejak persidangan pertama kami pada tahun 2005, amalan memberi telah menjadi satu tradisi dan jalinan kerjasama dengan pelbagai organisasi terus berkembang hingga kini.
Sama ada anda baru mengenali LifeWave atau telah lama bersama kami, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesediaan anda untuk mendalami teknologi
ini, merasai manfaatnya dalam menyokong perjalanan kesejahteraan anda dan berkongsi dengan insan tersayang.
Apakah yang menanti pada masa hadapan? Kami akan terus berinovasi dan membangunkan teknologi baharu. Bukan sahaja dengan menghasilkan produk kesejahteraan tetapi untuk memperkasa kehidupan, keselamatan dan kesejahteraan kewangan anda. Saya yakin masa depan LifeWave akan terus dipenuhi inovasi serta peluang yang terbuka luas.
Terima kasih atas segala sumbangan anda dalam perjalanan LifeWave. Semoga perjalanan anda terus dipenuhi keberanian, hala tuju yang jelas dan tekad untuk mencipta masa depan yang lebih baik, sekali gus memberi impak kepada setiap insan sambil menikmati hidup yang lebih panjang, lebih sihat, dan lebih muda.
Harapan saya agar melalui syarikat ini, anda mencapai kejayaan yang selayaknya, seterusnya mengejar impian anda.



Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
David mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan dan pembangunan produk. Beliau memiliki latar belakang pendidikan formal dalam Sistem Maklumat Pengurusan dan Biologi dari Pace University di Pleasantville, New York. Beliau kemudiannya menceburi pelbagai usaha keusahawanan dan berjaya membangunkan beberapa syarikat dalam bidang pembuatan serta pembangunan produk. Salah satu daripadanya ialah Advanced Application Group (AAG), sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan yang memberi fokus kepada teknologi penghasilan tenaga untuk kegunaan ketenteraan dan komersial. Sepanjang penglibatannya bersama AAG, David membangunkan kaedah baharu bagi penghasilan hidrogen dan oksigen, mereka bentuk serta menghasilkan prototaip sistem penjanaan kuasa turbin tanpa bilah yang menggunakan pelbagai bahan api dan membina enjin roket berasaskan pembakaran logam.
Hasil daripada pencapaian tersebut, beliau dianugerahkan ijazah kehormat oleh Dr. Alexander Marinaccio dari International Hall of Fame of Inventors. Selain itu, hasil penglibatan beliau dalam mereka
David merupakan pereka cipta teknologi LifeWave serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeWave.
bentuk sistem oksigen kecemasan untuk General Dynamics dan Tentera Laut Amerika Syarikat, David telah dijemput untuk menyertai program pembangunan mini-sub generasi baharu oleh pihak tentera tersebut.
Teknologi LifeWave kemudiannya terhasil setelah melalui penyelidikan intensif selama tiga tahun oleh David sendiri, yang meneroka potensi untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan secara semula jadi melalui peningkatan pembakaran lemak, dengan memanfaatkan komunikasi tanpa wayar kepada tubuh manusia melalui fototerapi.
Di peringkat global, David memiliki lebih 200 paten yang telah diluluskan, dengan banyak lagi dalam proses penyediaan. Lebih daripada 70 paten tersebut adalah dalam bidang sains dan teknologi regeneratif. Salah satu ciptaan beliau iaitu Double Helix Conductor menghasilkan gabungan medan elektromagnet yang unik bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka, setanding dengan keberkesanan suntikan sel stem.
Presiden Global
Colman Dillon merupakan Presiden Global LifeWave, dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri farmaseutikal dan peranti perubatan. Antara pengalaman beliau termasuk memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di organisasi global terkemuka seperti Johnson & Johnson, Henkel dan Johnson Matthey Pharmaceuticals.
Colman menyertai LifeWave pada tahun 2010 dan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan serta memperkukuh kecekapan operasi syarikat. Sepanjang 15 tahun yang lalu, beliau menerajui operasi global yang merangkumi pendaftaran produk, pembuatan, pengedaran serta pengurusan rantaian bekalan, di samping menyelaraskan proses dan hala tuju strategik di seluruh organisasi bagi menyokong pertumbuhan global yang mampan.
Dalam peranan beliau, Colman memberi tumpuan kepada pengukuhan operasi dalaman dan infrastruktur
LifeWave, di samping memastikan organisasi bersedia untuk berkembang secara cekap serta terus menyokong inovasi dan kejayaan jangka panjang. Kepimpinan Colman telah memperkukuh asas operasi LifeWave di seluruh pasaran global kami.
Menurut Colman, “Sejak tahun 2010, peluang untuk bekerjasama dengan David Schmidt dan rakan-rakan di LifeWave merupakan satu perjalanan yang penuh inspirasi. Ia dibina atas dasar saling percaya, saling menghormati, keprihatinan dan pengalaman yang menyeronokkan. Nilai-nilai yang kami pegang mendorong kami untuk terus berusaha setiap hari demi meningkatkan kehidupan masyarakat di seluruh dunia.”

Jules Rudick

Naib Presiden Eksekutif
Jules Rudick merupakan Naib Presiden Eksekutif LifeWave. Sejak menyertai LifeWave pada tahun 2009, jaringan hubungan perniagaan global yang dibina beliau sepanjang lebih 30 tahun di pentas antarabangsa telah memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan LifeWave di seluruh dunia. Jules memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Antarabangsa daripada American Graduate School of International Management di Glendale, Arizona.
Beliau berkata: “Saya berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan David

Schmidt serta pasukan hebat di LifeWave sejak 15 tahun yang lalu. Bermula dari tahun 2004, David telah membina sebuah syarikat dan menghasilkan produk yang terus memberi manfaat dalam meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Saya juga tidak sabar menantikan saat apabila matlamat kita untuk membawa LifeWave ke satu bilion kediaman di seluruh dunia dapat direalisasikan!”
Beliau fasih berbahasa Mandarin dan Kantonis, serta merupakan Ahli Bersekutu bagi Institute for Independent Business.
Mark Lindsay
Ketua Pegawai Kewangan
Mark Lindsay membawa pengalaman kewangan global yang luas sebagai Ketua Pegawai Kewangan LifeWave. Beliau memulakan kerjayanya di KPMG, di mana beliau membina kepakaran dalam perancangan global, pematuhan serta usaha wajar. Mark pernah menerajui operasi kewangan dan peluasan pasaran di pelbagai rantau antarabangsa, berteraskan gabungan kepakaran teknikal dan kepimpinan strategik di sepanjang kerjaya beliau.
Dengan lebih sedekad pengalaman dalam industri pemasaran rangkaian
Saya amat menyukai sistem dua tampalan ini. Ia membantu meningkatkan kekuatan, daya tahan, pemulihan, tenaga, serta memberikan mood yang lebih baik, meningkatkan vitaliti dan memulihkan aliran tenaga dalam tubuh saya yang benarbenar dapat saya rasai.*
- Linda Camelia, Itali
serta latar belakang yang kukuh dalam kewangan korporat, Mark merupakan Akauntan
Bertauliah (Ireland), Penasihat Cukai Bertauliah, serta Akauntan Awam Bertauliah (CPA) di Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki ijazah sarjana muda sains dalam Pengajian Perniagaan.
Gabungan perspektif antarabangsa dan keupayaan pengurusan kewangan yang kukuh membolehkan beliau terus menyokong kejayaan global dan operasi LifeWave.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeWave, David Schmidt, berusia lapan tahun apabila ibu bapanya membawanya melawat bengkel pencipta terkenal Amerika, Thomas Edison. Pengalaman tersebut kemudiannya mencorakkan perjalanan kerjaya dan kehidupan beliau.

Teknologi LifeWave mula dibangunkan pada tahun 2002 dengan penghasilan prototaip tampalan pertama di rumah David. Antaranya ialah prototaip Energy Enhancer™, yang kemudiannya menjadi asas kepada teknologi perintis bukan transdermal yang telah difailkan untuk paten.

David kemudiannya bertemu dengan
Richard Quick, jurulatih renang Olimpik Amerika Syarikat sebanyak enam kali.
Sebelum pertemuan tersebut, jurutera bioperubatan Dr. Karl Maret telah memperkenalkan tampalan Energy Enhancer LifeWave kepada Coach Quick. Hanya dalam tempoh tiga minggu selepas digunakan oleh pasukan Universiti Stanford, enam daripada lapan atlet beliau berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing.
Tidak lama kemudian, ahli pasukan Stanford dilihat memakai tampalan LifeWave semasa Saringan Renang Olimpik, sekali gus menarik perhatian media di peringkat nasional. Susulan itu, lebih 1,000 individu tampil sebagai Brand Partner LifeWave.
NOVEMBER: LifeWave secara rasmi memulakan operasinya sebagai syarikat jualan langsung pada 10 November 2004. Dalam bulan pertama, jualan mencatatkan lebih USD500,000, satu angka yang jauh melepasi jangkaan.

Kajian klinikal pertama telah dijalankan di Troy University dan Morehouse College, sekali gus mengukuhkan komitmen LifeWave terhadap penyelidikan berkualiti bagi membuktikan keberkesanan produk.

Acara ini menampilkan barisan pembentang seramai 40 orang, termasuk atlet profesional dan Olimpik, yang berkongsi pengalaman menggunakan tampalan LifeWave untuk mencapai tahap prestasi tertinggi dalam pertandingan.
SEPTEMBER: LifeWave menyalurkan sumbangan pertamanya kepada Red Cross, mencerminkan semangat kemanusiaan serta nilai khidmat yang menjadi teras kepimpinan dan Brand Partner LifeWave.
NOVEMBER: LifeWave meraikan ulang tahun pertama sebagai syarikat jualan langsung dengan jumlah jualan mencecah USD17 juta.



LifeWave mula berkembang ke peringkat global dengan pelancaran IceWave®, Y-Age™ Carnosine dan Y-Age™ Glutathione.

LifeWave mengembangkan operasinya ke Eropah melalui pelancaran perniagaan di Perancis, Sepanyol, Switzerland dan Itali.
LifeWave turut meluaskan kehadirannya di Asia Tenggara dengan pelancaran perniagaan di Taiwan.

LifeWave memperluaskan ibu pejabatnya di San Diego serta menubuhkan pangkalan pengeluaran di Ireland, termasuk pembinaan fasiliti pembuatan dan pusat pengedaran seluas 25,000 kaki persegi, yang turut menempatkan pusat khidmat pelanggan baharu.
LifeWave sekali lagi diiktiraf dalam senarai Inc. 5000 bagi Syarikat Swasta Berkembang Paling Pesat, dengan kedudukan di tempat ke-1435.

LifeWave terus meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dengan membuka pasaran baharu, termasuk di Hong Kong.
Teknologi LifeWave terus mendapat perhatian atlet di seluruh dunia, dengan beberapa atlet Olimpik menggunakan tampalan LifeWave semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2012 dan mereka turut memenangi pingat.

Tampalan SP6 Complete™ dilancarkan pada Julai 2007. Juara Super Bowl NFL, Brendon Ayanbadejo, bersama abangnya turut menyertai barisan legenda sukan lain dalam menyokong produk LifeWave.
LifeWave meraikan tahun ke lima operasi dengan penganjuran Pelayaran Ulang Tahun ke-5 di Caribbean.
LifeWave turut memperkenalkan Anugerah Richard Quick Pursuit of Excellence sebagai penghargaan kepada mendiang Coach Quick.
Pada masa yang sama, LifeWave mula diiktiraf sebagai sebuah syarikat antarabangsa dan tersenarai di tempat ke-4825 dalam Inc. 5000 bagi Syarikat Swasta Berkembang Paling Pesat.
LifeWave melancarkan Y-Age™ Aeon, yang kemudiannya menjadi antara produk paling popular.

Selepas melalui penilaian selama 11 tahun terhadap teknologi, penyelidikan saintifik dan kajian klinikal kami, Pejabat Paten Amerika Syarikat telah meluluskan dua paten bagi teknologi tampalan bukan transdermal LifeWave yang bersifat perintis. Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan bahawa teknologi tersebut adalah baharu, sah dan disokong oleh bukti saintifik yang kukuh. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi seluruh komuniti LifeWave yang menjadi tonggak penting dalam perjalanan ini.

Rangkaian produk LifeWave yang memberi impak besar tampil dengan wajah baharu melalui pembungkusan produk yang dipertingkatkan.

“Ciptaan Terbaik Setakat Ini” — tampalan LifeWave X39® mula diperkenalkan ke pasaran. Pada musim panas 2018, selepas bertahun-tahun usaha penyelidikan dan pembangunan, produk pertama seumpamanya ini diperkenalkan kepada dunia. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeWave, David Schmidt, menyifatkan X39 sebagai “Ciptaan Terbaik Setakat Ini”.

Walaupun berdepan pandemik global, LifeWave terus mencatat pertumbuhan, termasuk pembukaan pejabat baharu di Utah, Amerika Syarikat.


NOVEMBER: Brand Partner LifeWave bersama barisan kepimpinan menikmati pelayaran Caribbean sebagai ganjaran meraikan satu dekad impak global.

Rangkaian penjagaan kulit Alavida™ diperkenalkan sebagai pelengkap kepada portfolio produk LifeWave yang terus berkembang.
Acara utama LifeWave di Eropah, “Make It Happen, Make It Matter” di Copenhagen, mencatat kehadiran yang memberangsangkan apabila Brand Partner kembali berhimpun untuk berhubung, menimba ilmu dan meraikan momentum pertumbuhan syarikat.
LifeWave turut menerima pengiktirafan daripada Direct Sales Association melalui Anugerah Ethos bagi Inovasi Produk.
Pada tahun 2015, LifeWave Europe terus memperluas operasinya dengan penambahan sebuah bangunan baharu bagi menyokong pertumbuhan.
LifeWave secara rasmi memulakan operasinya di Jepun pada 19 Februari 2019.
LifeWave turut menganjurkan pelayaran ulang tahun ke-15 di Caribbean dengan penyertaan lebih 350 Brand Partner.
Diperkenalkan pada tahun 2021 semasa pandemik global, NOVA iaitu acara tahunan pelancaran maya kami yang kini dikenali sebagai VISION, terus mendapat sambutan setiap tahun.
LIFEWAVE JEPUN: Perpindahan ke pejabat baharu di Tokyo, Jepun.

LifeWave kembali memasuki pasaran Kanada.
SEPTEMBER: Perasmian rasmi pejabat LifeWave di Guadalajara, Mexico.
OKTOBER: LifeWave menganjurkan Konvensyen Global Heart to Heart di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

LifeWave melancarkan inovasi produk terbaharunya melalui pelancaran Cellergize Morning & Evening Duo di Amerika Syarikat.
OKTOBER: LifeWave mencatat rekod kehadiran tertinggi setakat ini melalui Persidangan Global terbesar yang diadakan di Anaheim, California, Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, LifeWave melengkapkan rangkaian Cellergize Duo dengan pelancaran Cellergize Evening di Amerika Syarikat serta memperkenalkan LifeWave X2O™, dengan jangkaan pelancaran pada tahun 2026.
JUN: LifeWave dianugerahkan Stem Cell Innovation of the Year Award di BioTech Breakthrough Awards 2025, sebagai pengiktirafan terhadap kemajuan dalam kesejahteraan selular melalui LifeWave X39® dan Cellergize Morning.

Selepas pra-pelancaran yang berjaya pada penghujung 2021, tampalan LifeWave X49® mula diperkenalkan secara rasmi di Amerika Syarikat dan Eropah pada Januari 2022, sebelum diperluaskan ke peringkat global pada April 2022.
OGOS: LifeWave menganjurkan SHINE Global Convention di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

JANUARI: LifeWave memulakan kempen ulang tahun ke-20 sepanjang tahun, yang merangkumi pelayaran Elite SPD ke Kepulauan Greek serta penerbitan laman web dan majalah khas, dengan kemuncaknya di Persidangan Global 2024.
LifeWave turut mengukuhkan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan kemasukan rasmi ke pasaran Korea.
FEBRUARI: LifeWave memperkenalkan penambahan baharu dalam rangkaian Alavida iaitu krim mata Alavida Revive.
APRIL: LifeWave menerima pengiktirafan berprestij melalui anugerah 2024 Direct Selling News (DSN) Bravo Growth Award, sebagai pengiktirafan terhadap pertumbuhan perniagaan yang berintegriti tinggi dan mampan sepanjang lima tahun lalu.
SEPTEMBER/OKTOBER: LifeWave mengadakan majlis perasmian sempena dua acara Elite SPD, menandakan pembukaan rasmi ibu pejabat global baharu serta Welcome Centre berteknologi tinggi di Draper, Utah, Amerika Syarikat.
OKTOBER: Dalam Persidangan Global 2024 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, LifeWave memperkenalkan identiti jenama baharu, BE THE LIGHT, di samping berkongsi gambaran awal tentang inovasi produk yang bakal diperkenalkan.
“Syarikat ini dibina berasaskan inovasi, integriti dan keprihatinan. Ia bukan sekadar tentang kesihatan, tetapi tentang harapan, tenaga serta menghidupkan kembali cahaya dalam diri kita.*
- Galina Petersen, USA

Evolusi LifeWave
LifeWave ialah syarikat teknologi hayat yang menyerlahkan cahaya dalam diri setiap individu untuk menghasilkan impak nyata dalam kehidupan. Kami memanfaatkan tenaga semula jadi tubuh bagi membuka potensi manusia, di samping berpegang kepada standard produk yang unggul, kepimpinan berintegriti serta dedikasi berterusan demi kebaikan bersama, sekali gus memperkasa individu untuk mengurus kesejahteraan diri. Kami merupakan komuniti global inovator dan usahawan yang komited untuk menerangi masa depan yang penuh kemungkinan.
Kami memperkasa individu untuk Hidup Lebih Lama, Hidup Lebih Sihat dan Hidup Lebih Muda. Setiap teras jenama global kami berteraskan teknologi kesejahteraan yang dipatenkan dan inovasi terkini.
Hidup Lebih Lama: Kami komited terhadap kesihatan dan kesejahteraan, sekali gus mentakrif semula potensi masa depan manusia.
Hidup Lebih Sihat: Kami berusaha meningkatkan kesihatan dan memperbaiki kehidupan secara praktikal.
Hidup Lebih Muda: Kami percaya kepada teknologi yang membantu mengekalkan keremajaan serta membolehkan kehidupan dinikmati sepenuhnya tanpa mengira usia.
Kami menerangi jalan melalui inovasi teknologi hayat yang mentakrif semula potensi masa depan manusia, di samping memperkasa individu untuk mengurus kesejahteraan diri, jangka hayat serta sumber rezeki mereka.

Kami komited dalam memastikan setiap penyelesaian yang ditawarkan adalah berasaskan sains melalui kajian klinikal, paten serta hasil penggunaan sebenar.
• Lebih 80 kajian bebas telah dijalankan di universiti dan institusi penyelidikan bertaraf dunia.
• David memiliki lebih 200 paten yang telah diluluskan, dengan sebahagian besar dalam bidang sains dan teknologi regeneratif.
• Hampir 30 tahun telah didedikasikan oleh David dalam penyelidikan dan pembangunan produk bagi meneroka serta mengesahkan secara saintifik teknologi hayat LifeWave.
LifeWave bukan sekadar teknologi kesejahteraan yang inovatif, malah membuka peluang untuk membina perniagaan yang bermakna sambil memberi impak sebenar dalam kehidupan orang lain. Sama ada sebagai sumber pendapatan tambahan, perniagaan sepenuh masa atau pelengkap kepada amalan sedia ada, LifeWave memperkasa usahawan dengan alat, sokongan dan kredibiliti untuk berkembang dengan yakin.
Seiring dengan perkembangan berterusan inovasi kesejahteraan berasaskan cahaya serta peluasan ke pasaran baharu di seluruh dunia, Brand Partner memainkan peranan penting dalam menerajui langkah ini sekali gus berkongsi produk yang terbukti serta membentuk masa depan kesihatan dan vitaliti, melalui setiap hubungan yang dibina.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, perjalanan LifeWave sepanjang lebih dua dekad telah melangkaui segala jangkaan.
Selain jutaan individu yang telah meraih manfaat daripada teknologi hayat kami yang dipatenkan, ramai lagi turut merasai kehangatan komuniti LifeWave di seluruh dunia, menikmati peluang kewangan yang memberi kesan berpanjangan atau menerima bantuan melalui komitmen berterusan LifeWave terhadap usaha kemanusiaan.
Segalanya bermula ketika David masih kecil, apabila ibu bapanya membawanya melawat bengkel Thomas Edison. Sejak detik itu, beliau tahu bahawa dirinya ingin menjadi seorang pereka cipta dan lebih daripada itu, beliau berazam untuk mengubah dunia.
Sains + Inovasi
David mengembangkan usaha keusahawanannya dengan menggabungkan ketepatan sains dan imaginasi inovasi. Dengan memanfaatkan cahaya, beliau menemui teknologi tampalan yang membantu membawa perubahan dalam kehidupan melalui pantulan cahaya tampak dan inframerah ke dalam tubuh.
Tampalan awal ini kini dikenali sebagai Energy Enhancer™. Pada tahun 2002, paten telah difailkan bagi teknologi perintis bukan transdermal ini.
Lebih dua dekad kemudian, rangkaian teknologi hayat boleh pakai LifeWave serta produk pelengkapnya kini dipasarkan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Namun selepas lebih 20 tahun, perjalanan LifeWave baru sahaja bermula.
Inovasi Produk Berterusan
Sejak penghasilan tampalan pertama LifeWave, David terus membangunkan pelbagai tampalan tambahan yang memberikan manfaat yang ketara, memperkenalkan rangkaian suplemen yang melengkapi setiap tampalan, serta mencipta sistem hidrasi yang pertama seumpamanya iaitu memanfaatkan cahaya untuk memperkaya air paip biasa bagi meningkatkan tahap hidrasi dan penyerapan nutrien.
Seiring dengan usaha David yang terus meneroka potensi cahaya, setiap teknologi yang dibangunkan hanya ditawarkan secara eksklusif melalui LifeWave. Ketika banyak syarikat kesejahteraan mengikuti arus trend, LifeWave dipacu oleh seorang pereka cipta yang memastikan teknologi produknya kekal unik, eksklusif dan memberikan hasil yang sukar ditandingi.
Meraikan Lebih 20 Tahun LifeWave
Pada tahun 2024, LifeWave meraikan ulang tahun ke-20 di samping terus mencatat pencapaian dalam inovasi produk dan kejayaan perniagaan. Setiap tahun, komuniti LifeWave semakin kukuh, bukan sahaja dari segi jumlah, malah dari segi pengaruh dalam membawa kebaikan.
Beribu pejabat global di Amerika Syarikat, LifeWave turut mempunyai pejabat di Ireland, Taiwan, Malaysia, Filipina, Mexico, Korea dan Jepun dengan pengukuhan infrastruktur serta pembukaan pasaran baharu yang terus berkembang. Selepas lebih dua dekad, LifeWave kekal berada pada landasan pertumbuhan yang setanding dengan aspirasi besar pada detik bersejarah tahun 2004, apabila impian zaman kanak-kanak David menjadi kenyataan.
Terdapat kesinambungan dalam penemuan saintifik. Satu idea selalunya mencetuskan satu idea yang lain, seterusnya mendorong kemajuan berterusan yang membawa perubahan berkekalan.
Dua penemuan penting telah mengubah hala tuju kesihatan dan kesejahteraan. Bermula dengan penemuan Dr. Loren Pickart pada tahun 1970an, diikuti oleh pereka cipta David Schmidt pada awal 2000-an, kedua-duanya membuka laluan baharu dalam mentakrif masa depan vitaliti manusia.
Cara Baharu
Berkomunikasi dengan
Tubuh Menggunakan
Cahaya
Ketika mengkaji biokimia dan menghimpunkan hasil penyelidikannya, Dr. Pickart menemui satu peptida yang berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan dan jangka hayat. Penemuan yang ringkas ini membuka pemahaman baharu tentang proses penuaan serta mencetuskan perubahan besar dalam bidang sains regeneratif.
Pada awal tahun 2000-an, ketika bekerjasama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, David Schmidt menemui satu pendekatan baharu untuk berkomunikasi dengan tubuh melalui cahaya. Penemuan ini menjadi asas kepada satu bentuk teknologi tampalan boleh pakai yang memantulkan semula cahaya inframerah semula jadi tubuh ke dalam badan, sekali gus mencetuskan tindak balas fisiologi yang unik bagi setiap tampalan.
Mencetuskan Perubahan
Baharu
Kedua-dua penemuan ini akhirnya bergabung apabila David Schmidt, yang terinspirasi oleh kajian
Dr. Pickart, menemui cara untuk menyokong penghasilan peptida melalui penggunaan tampalan yang ringkas namun berkesan. Dengan penghasilan peptida yang semakin menurun seiring peningkatan usia, pendekatan ini membantu individu di seluruh dunia menghidupkan semula vitaliti dalaman dan kembali menikmati gaya hidup yang aktif.
ini tidak berlaku dalam
sekelip mata.
Selepas hampir 10 tahun penyelidikan, David berjaya menggabungkan sains kesejahteraan berasaskan peptida dengan teknologi tampalan boleh pakainya, lalu memperkenalkan LifeWave X39® kepada umum pada tahun 2018. Dengan merangsang kulit secara lembut melalui cahaya,
X39 menyokong kesejahteraan dan jangka hayat dengan meningkatkan elemen penting yang menyumbang kepada kesihatan, sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr. Pickart sebelum ini.
Sejak diperkenalkan, X39 telah menjadi fenomena global dan inovasi utama LifeWave. Ia digunakan oleh atlet bertaraf dunia di peringkat tertinggi, oleh individu aktif yang ingin meningkatkan prestasi dan pemulihan dan juga oleh mereka yang kembali menikmati pergerakan dalam kehidupan seharian.
Tanpa mengira usia atau tahap aktiviti, X39 mudah disesuaikan dalam gaya hidup sihat harian dan menyokong usaha menjaga kesihatan yang sedia ada. Ia juga ringkas dan praktikal, dengan kesannya dapat dirasai sebaik sahaja digunakan melalui pemanfaatan tenaga semula jadi tubuh untuk meningkatkan keupayaan tubuh menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Selain menyokong kesejahteraan diri, tampalan ikonik ini turut mencetuskan satu gerakan yang semakin meluas. Dengan mekanisme tindakannya yang unik, komuniti LifeWave yang terdiri daripada Brand Partner dan pelanggan bersama-sama menyebarkan kesejahteraan serta membuka peluang baharu di seluruh dunia.
Melalui teknologi hayat yang dipatenkan, LifeWave mengajak semua untuk menyerlahkan cahaya dalam diri, mengoptimumkan kesejahteraan dan potensi diri. Temui kesejahteraan sebenar anda bersama LifeWave X39®.

Mengaktifkan
Aliran Tenaga
Semula Jadi
Tubuh Melalui Cahaya

Sejak tahun 2004, LifeWave bersama komuniti ahlinya terus bekerjasama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Dalam situasi krisis, LifeWave tampil menghulurkan bantuan sama ada melalui sumbangan tampalan kepada golongan terjejas mahupun sumbangan kewangan kepada organisasi seperti Red Cross, UNICEF dan lain-lain.
Sepanjang dua dekad ini, LifeWave telah menyalurkan bantuan di negara yang dilanda konflik, membantu usaha pemulihan selepas taufan dan bencana alam lain, serta menyokong inisiatif penyediaan air bersih di negara kurang berkemampuan dan pelbagai lagi usaha kemanusiaan.

Didorong oleh semangat kemanusiaan komuniti LifeWave, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Schmidt, memanfaatkan kepakarannya untuk membina masa depan yang lebih baik untuk manusia melalui reka bentuk pintar dan inovasi teknologi maju, sekali gus membuka pendekatan baharu dalam usaha kemanusiaan.
Kini, apabila bencana melanda dan pelbagai pihak berusaha mengumpul sumber serta menyelaras operasi, LifeWave berupaya bertindak dengan pantas dan serta-merta apabila keperluan mendesak.


Perasaan tenang dan selesa yang saya alami apabila memakai tampalan Y-Age Aeon menjadikannya pilihan utama saya.* — Kristi Belt, Amerika Syarikat

Teknologi dron yang dibangunkan oleh David memperkenalkan pendekatan baharu dalam penerbangan tanpa pemandu, sekali gus membuka dimensi baharu yang sebelum ini sukar dibayangkan. Dengan teknologi enjin canggih, kecekapan tinggi dan ketahanan unggul, dron generasi baharu ini mampu menghantar sehingga 100 paun bekalan penting. Hal ini membantu mengurangkan penderitaan manusia apabila bencana melanda.
Pada Ogos 2025, Elite SPD LifeWave berkunjung ke Denmark dalam satu perjalanan insentif eksklusif untuk meninjau kemudahan pembuatan dan menyaksikan dron ini beroperasi, seterusnya menandakan permulaan fasa baharu dalam usaha bantuan kemanusiaan LifeWave.
Kelajuan Maksimum: 220 km/j
Tempoh Operasi: Melebihi 30 jam

Pendekatan ini memperluas keupayaan penerbangan tanpa pemandu demi kepentingan kemanusiaan. Walaupun bantuan melalui sumbangan kewangan masih diteruskan, teknologi ini membolehkan penghantaran makanan, air, pakaian dan peralatan perubatan serta memberikan manfaat daripada teknologi tampalan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh yang jauh lebih singkat.
Sama ada dalam aspek kesejahteraan, jangka hayat, sumber rezeki atau bantuan kemanusiaan, LifeWave sentiasa mengambil langkah proaktif. Seperti biasa, kami amat berbangga untuk terus menerajui usaha ini.
Kelajuan Pelayaran: 120 km/j
Jarak Operasi: Melebihi 3,000 km
Ketinggian Operasi: 12,000 kaki
Bahan Api: Keupayaan pelbagai jenis bahan api
Impak Alam Sekitar: Pengurangan pelepasan karbon yang ketara

Ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan pengalaman manusia melalui kemajuan teknologi, LifeWave pula menumpukan inovasinya kepada usaha memaksimumkan vitaliti melalui tenaga yang selaras dengan alam semula jadi.
Sejak kecil, David telah mengetahui bahawa beliau ingin menjadi seorang pereka cipta. Rasa ingin tahu yang mendalam dan penghargaan terhadap alam semula jadi mendorong beliau meneroka potensi cahaya sebagai sumber tenaga bagi tubuh manusia.
Penemuan ini membuka pendekatan baharu dalam meningkatkan kesejahteraan dengan memanfaatkan sumber yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh iaitu cahaya. Dengan memantulkan semula cahaya inframerah ke dalam tubuh melalui tampalan yang ringkas, aliran tenaga dapat dirangsang untuk menyokong kesejahteraan secara menyeluruh dan membawa pelbagai manfaat kesihatan yang unik bagi setiap tampalan. Namun, di situlah segalanya bermula.
Di Persidangan Global di Anaheim, California, Amerika Syarikat, LifeWave telah mempersembahkan sebuah dokumentari asli yang ditulis dan diarahkan oleh Mikky

Willis, seorang pembikin filem penyiasatan bebas yang terkenal dengan usahanya menyingkap kebenaran sepanjang kerjayanya.
Dalam projek terbaharunya, Code of Creation, Willis menemu bual Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeWave, David Schmidt, secara mendalam untuk memahami dengan lebih jelas tentang penuaan, jangka hayat dan kesejahteraan secara menyeluruh.
Melalui dokumentari ini, David mengimbas perjalanan hidupnya dalam usaha meneroka potensi semula jadi tubuh dengan memanfaatkan cahaya.
Seperti yang diketengahkan dalam Code of Creation, inovasi kesejahteraan terbaharu David, LifeWave X20™, menggabungkan dua sumber paling asas dan bernilai di bumi iaitu air dan cahaya. Melalui penyelidikan yang berterusan dan usaha yang berteraskan ilham, David menemui cara untuk memperkaya air dengan cahaya, menjadikan air paip biasa sebagai sumber hidrasi yang dipertingkatkan pada peringkat sel.
Dalam dunia yang semakin berdepan cabaran moden, pendekatan berasaskan alam semula jadi semakin mendapat perhatian. Melalui Code of Creation, LifeWave membawa perspektif baharu tentang kesejahteraan iaitu sejauh mana sains, inovasi dan sumber semula jadi dapat digabungkan untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Menampilkan tokoh-tokoh dalam bidang sains dan inovasi, dokumentari ini mengangkat visi David Schmidt serta teknologi yang memanfaatkan sumber semula jadi sebagai asas kepada pendekatan kesejahteraan yang lebih bermakna.
Melalui pendedahan ini, Code of Creation memperkenalkan misi LifeWave kepada khalayak yang lebih luas, sekali gus memberi ruang kepada individu untuk meningkatkan kesejahteraan diri melalui pendekatan yang ringkas namun berkesan.

Selepas tiga minggu menggunakan X39 dan X49, saya berasa jauh lebih baik, malah lebih baik berbanding ketika berusia 20 tahun.*
- Bianca Fischer, Germany


DARIPADA DETIK PENUH TAWA
KEPADA VITALITI, JANGKA HAYAT
DAN POTENSI TANPA BATAS
Di LifeWave, kami telah bekerjasama dengan ramai individu luar biasa sepanjang lebih dua dekad ini. Namun, membawa William Shatner menyertai kami secara sepenuh masa bukanlah sesuatu yang mudah direalisasikan. Jadi, kami memilih untuk menawarkan kepadanya satu gelaran yang cukup istimewa: pelatih.
Beliau menerimanya dengan penuh gaya.
Untuk satu hari yang cukup istimewa, pelakon tersohor ini tampil sebagai inspirasi di sebalik pelancaran Welcome Center LifeWave yang serba canggih, sambil meneroka setiap sudut inovasi terbaharu yang dipamerkan. Untuk seketika, beliau turut “mengabaikan”

tugasnya sebagai pelatih dan mengambil peluang meninjau sendiri masa depan kesejahteraan bermula daripada teknologi terkini dan inovasi dalam hidrasi selular, hinggalah kepada perkembangan baharu dalam tenaga lestari.
Sepanjang lawatan tersebut, beliau turut “bertemu” dengan… dirinya sendiri. Atau sekurang-kurangnya versi hologram dalam paparan LifeWave Proto, satu detik yang membuatkan bintang legenda sains fiksyen itu terdiam seketika (sesuatu yang jarang berlaku).
Filem pendek ini kini tersedia di saluran YouTube rasmi LifeWave dan aplikasi LifeWave Now untuk Brand Partner. Di dalamnya, “pelatih” kami ini tidak dapat mengelak daripada menunjukkan kenakalan ala sains fiksyen, sesuatu yang memang sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.
MENGALU-ALUKAN WILLIAM SHATNER KE LIFEWAVE
Pada awal Ogos 2025, dalam tempoh penggambaran selama dua hari, ibu pejabat global LifeWave di Draper, Utah, Amerika Syarikat bertukar menjadi set penggambaran ketika kami mengalu-alukan kehadiran William Shatner. Dengan penuh karisma dan profesionalisme, pelakon pemenang anugerah ini dengan mudah menghidupkan wataknya sebagai “pelatih tertua di dunia”.
Sejak kecil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LifeWave, David Schmidt, mendapat inspirasi daripada siri televisyen sains fiksyen terkenal, Star Trek. Kisah Captain Kirk yang meneroka dunia yang belum dikenali, berinteraksi dengan pelbagai bentuk kehidupan dan mengharungi keluasan alam semesta telah mencorakkan imaginasi yang akhirnya memberi kesan kepada dunia kesihatan dan kesejahteraan. Justeru, apabila tiba masanya untuk membangunkan ibu
pejabat global baharu LifeWave, David memastikan ia dibina dengan visi yang besar sebagai penghormatan kepada teknologi maju dan figura yang menjadi sumber inspirasi beliau.
Dalam satu detik yang seolah-olah melengkapkan perjalanan ini, David Schmidt dan William Shatner berkongsi beberapa babak bersama, termasuk di Welcome Center yang menampilkan inovasi kesihatan dan kesejahteraan hasil ciptaan David, inovasi yang terus membentuk masa depan potensi manusia.
Mengejar pendekatan baharu dalam kesejahteraan bukan sekadar memerlukan idea yang berani, tetapi juga semangat seorang peneroka.
BERKONGSI VISI DAN TEKNOLOGI
KESEJAHTERAAN LIFEWAVE
Filem pendek yang ditayangkan buat pertama kali di Persidangan Global LifeWave 2025 di Anaheim, California, Amerika Syarikat ini bukan sekadar hiburan ringan yang menampilkan seorang pelakon terkenal. Lebih daripada itu, ia menjadi medium untuk memperkenalkan LifeWave serta kejayaan luar biasanya dan teknologi yang membantu individu di seluruh dunia mengurus kesejahteraan diri.
Dalam dunia yang sarat dengan pelbagai gangguan, pengguna hari ini sentiasa terdedah kepada pelbagai mesej yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Dalam keadaan ini, pendekatan yang jelas dan tersusun menjadi penting untuk membina identiti jenama, mengukuhkan kepercayaan dan memperluas kesedaran terhadap LifeWave.
Sejak diperkenalkan, The World’s Oldest Intern telah meraih jutaan tontonan di media sosial. Apa yang lebih penting, kisah ini mendapat perhatian dan perkongsian
secara langsung sama ada secara peribadi mahupun melalui platform digital oleh Brand Partner dan pelanggan LifeWave sendiri.

Seperti mana filem ini telah memperkenalkan LifeWave kepada jutaan individu, ia juga akan menyokong usaha anda dalam mengembangkan perniagaan LifeWave. Kongsikan The World’s Oldest Intern yang dibintangi oleh William Shatner bersama keluarga, rakan dan bakal pelanggan anda. Kita sering mendengar bahawa ketawa adalah ubat terbaik, dan kini, ia turut membuka ruang kepada vitaliti baharu, jangka hayat yang lebih panjang dan potensi tanpa batas.


ALAMI PUSAT PENGALAMAN LIFEWAVE Melangkah ke dimensi baharu. Tempah lawatan anda hari ini.
Seperti kebanyakan idea besar, Pusat Pengalaman LifeWave bermula daripada satu lakaran ringkas.
Apabila LifeWave semakin berkembang dan memerlukan ruang yang lebih luas di Utah, David Schmidt mendapat ilham untuk membina sebuah pusat bertaraf dunia, satu ruang yang mengundang orang ramai merasai masa depan potensi manusia dan kemungkinan tanpa batas.
Direka untuk memberi pengalaman yang benar-benar mengagumkan, pusat ini membuka gambaran tentang pemikiran dan imaginasi David Schmidt sebagai seorang pencipta. Di sini, teknologi produk terkini dan kemajuan dalam
pembangunan manusia dipersembahkan dengan penuh impak, sekali gus membayangkan masa depan kesejahteraan yang bakal berubah.
Di bawah pimpinan pereka set Star Trek dan pemenang Anugerah Akademi, Doug Drexler, sebahagian besar pembinaan dilakukan di Hollywood. Setiap rekaan seni dibina dan diuji terlebih dahulu sebelum dibuka semula untuk penghantaran. Setibanya di Utah, setiap komponen diangkat ke tingkat lima ibu pejabat global LifeWave dan dipasang semula dengan teliti.
Setiap perincian, daripada paparan visual berdefinisi tinggi hingga reka bentuk perabot telah direka untuk mewujudkan pengalaman futuristik yang luar biasa.

“Carnosine ialah tampalan kegemaran saya!*
— Kim Halliday, Amerika Syarikat

Secara keseluruhannya, Pusat Pengalaman LifeWave memberi tumpuan kepada empat ruang utama:

Cahaya putih yang memenuhi ruang dari lantai hingga ke siling mencipta pengalaman seolah-olah melangkah dari satu dimensi ke dimensi yang lain.
Di sini, pengunjung disambut melalui teknologi hologram dan AI, membolehkan David Schmidt menyampaikan ucapan kepada setiap kumpulan dalam bahasa mereka sendiri. Masa depan benar-benar mengagumkan.
Dek Pemerhatian:
Pengunjung dibawa menyusuri perjalanan LifeWave bermula daripada penubuhannya pada tahun 2004 sehingga perkembangan teknologi kesejahteraan yang masih berterusan. Dalam masa yang singkat, lebih dua dekad inovasi produk dipersembahkan secara menyeluruh.
Pengunjung berpeluang meneroka rangkaian produk kesejahteraan LifeWave melalui kiosk interaktif yang disediakan. Teknologi paparan terkini memperkenalkan ciri dan manfaat setiap produk dengan jelas dan menarik.
Pengunjung diperkenalkan kepada masa depan teknologi kesejahteraan melalui paparan khusus yang menampilkan inovasi terkini LifeWave. Antaranya termasuk tenaga bersih dan lestari, teknologi air berasaskan cahaya serta teknologi dron yang berpotensi mentransformasikan usaha bantuan kemanusiaan.
Tempat Lawatan
Anda Hari Ini!
Tempah lawatan ke Pusat Pengalaman LifeWave dengan menghubungi pasukan jualan NAM. Lawatan diadakan setiap minggu dan tertakluk kepada ketersediaan. Untuk pertanyaan lanjut atau bantuan, sila hubungi pasukan jualan LifeWave di kawasan anda.



Cahaya Kita Lebih Bermakna Bersama | LifeWave ialah Komuniti Global
Cahaya bersifat universal. Ia melambangkan harapan yang merentasi sempadan, budaya dan bahasa, menyatukan manusia di seluruh dunia dengan menyentuh hati, memperkaya kesejahteraan dan menjadi panduan. Di LifeWave, kami memanfaatkan cahaya ini sebagai asas kepada segala yang kami lakukan.
Bermula sebagai satu inovasi dalam gaya hidup sihat, LifeWave kini berkembang menjadi satu gerakan global yang didukung oleh komuniti Brand Partner.
Sejak ditubuhkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Schmidt, pada tahun 2004, komuniti ini terus berkembang melalui pelbagai bentuk pertemuan, daripada persidangan global tahunan dan perjalanan insentif ke destinasi pilihan sehinggalah acara serantau serta pertemuan kecil yang mengeratkan hubungan.
Persidangan Global LifeWave 2025
22–25 Oktober 2025 • Anaheim, California, Amerika Syarikat
Persidangan global tahunan LifeWave merupakan satu perhimpunan yang meraikan komuniti Brand Partner yang berkongsi semangat dan komitmen yang tinggi. Ia menjadi ruang untuk menghargai pencapaian, berkongsi hala tuju kepimpinan dan memperkenalkan perkembangan produk terbaharu.
Pada tahun 2025, persidangan ini menghimpunkan Brand Partner dari puluhan negara. Kehadiran mereka merangkumi pelbagai rantau antaranya Korea Selatan dan Jepun sehinggalah daripada negaranegara di Eropah dan Amerika Utara. Hal ini mencerminkan kekuatan dan kepelbagaian komuniti global LifeWave.






Setiap tahun, Brand Partner LifeWave berpeluang melayakkan diri untuk menyertai perjalanan insentif eksklusif ke destinasi pilihan di seluruh dunia. Pada tahun 2025, pengalaman ini diraikan di beberapa lokasi ikonik seperti pantai Mexico, laluan pergunungan Switzerland, jalan-jalan bersejarah Dubrovnik di Croatia dan pulau Bali di Indonesia.
Walau ke mana jua destinasinya, pengalaman ini sentiasa dimeriahkan lagi oleh hubungan yang terjalin antara Brand Partner, kepimpinan eksekutif dan warga korporat LifeWave. Inilah kenangan yang akan kekal sepanjang hayat.

Dipacu oleh Brand Partner
Budaya LifeWave yang unik dan berteraskan kebersamaan dibentuk oleh Brand Partner. Acara korporat dan pengalaman destinasi hanyalah sebahagian daripadanya. Kekuatan sebenar adalah terletak pada komuniti luas yang menghidupkan semangat tersebut.
Di setiap rantau, acara yang digerakkan oleh Brand Partner menjadi ruang untuk membina kepercayaan dan berkembang bersama. Di sinilah pasukan diperkukuh, hubungan dieratkan dan setiap individu terus berkembang, secara peribadi dan profesional.
X39 benar-benar memberi perubahan besar kepada saya. Saya melihat peningkatan yang ketara, dan secara keseluruhannya saya sentiasa berasa lebih positif serta bertenaga. Saya amat berterima kasih kepada David Schmidt kerana mencipta LifeWave.*
— Beryl Quaye-Kumah, United Kingdom

*Testimoni
Brand