R OBE R T E . C OLEMAN

![]()



BY Robert E. Coleman
ISBN: 9781648174179
Master plan of evangelism – Malay version
Robert E. Coleman
First Fruits Press, ©2026
Digital version at http://place.asburyseminary.edu/firstfruitsheritagematerial/5/
First Fruits Press is a digital imprint of the Asbury Theological Seminary, B.L. Fisher Library. Asbury Theological Seminary is the legal owner of the material previously published by the Pentecostal Publishing Co. and reserves the right to release new editions of this material as well as new material produced by Asbury Theological Seminary. Its publications are available for noncommercial and educational uses, such as research, teaching and private study. First Fruits Press has licensed the digital version of this work under the Creative Commons Attribution Noncommercial 3 0 United States License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc/3.0/us/
For all other uses, contact:
First Fruits Press
B.L. Fisher Library
Asbury Theological Seminary
204 N. Lexington Ave. Wilmore, KY 40390
http://place.asburyseminary.edu/firstfruits
Coleman, Robert E., 1928-
Master plan of evangelism [electronicresource] / by Robert E. Coleman. –Malay version. – Wilmore, Kentucky : First Fruits Press, ©2026
Reprint. Previously published: Malaysia : National Evangelical Christian Fellowship, [20 ?]
1 onlineresource 213 pages ; : port.): digital.
ISBN: 9781648174179 (uPDF) (electronic)
ISBN: 9781648174186 (Mobi)
OCLC: 1586880882
1. Coleman, Robert E., 1928- 2. Evangelistic work. I. Title.
BT590.E8 C61664 2026eb 269/.2
Cover design by Amanda Kessinger

First Fruits Press
Te Academic Open Press of Asbury Teological Seminary 204 N. Lexington Ave., Wilmore, KY 40390 859-858-2236
frst.fruits@asburyseminary.edu asbury.to/frstfruits



Buku Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan memaparkan satu pengajian yang mendalam tentang penginjilan yang berdasarkan peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam injil, serta membentangkan matlamat Yesus dan strategi penginjilan-Nya. Dr. Robert Coleman memusatkan tumpuan perhatian-Nya pada prinsip-prinsip dasar yang selalu menentukan setiap pergerakan yang diambil oleh Tuhan Yesus pada setiap keadaan. Dengan menjadikan corak-Nya sebagai cermin perbandingan, anda pasti dapat melayani keperluan orang yang dibawa oleh Tuhan dalam kehidupan kamu. Edisi baru ini memuat buku panduan yang disiapkan oleh Dr. Roy Fish dan terdiri daripada 13 bab yang menerapkan prinsip-prinsip Kristus untuk penginjilan. Dengan bantuan buku Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan, anda dapat menentukan sama ada tindakan yang anda ambil itu sesuai dengan rancangan Tuhan untuk Amanat Agung. Setiap orang Kristian yang ingin mengikut dan bersaksi bagi Yesus Kristus harus membaca buku yang penting dan releven ini.

Dr. Robert E. Coleman merupakan pengarah Sekolah Misi Dunia dan Penginjilan, beliau juga pengerusi di jabatan Misi dan Penginjilan di Trinity Evangelical School di Deerfield, Illinois. Beliau lulus daripada Universiti Southwestern, Seminari Asbury, Seminari Princeton, dan kemudian menerima P .hd beliau daripada Universiti Ilowa.
Dr. Coleman juga pengarang yang terkenal dan bekas pendeta gereja. Beliau sering berceramah di kolej-kolej dan seminaries, persidangan gereja dan persekutuan penginjilan di negara sendiri mahupun di luar negeri.
Penginjilan melalui gaya hidup dan bimbingan pengikutpengikut merupakan metode dan beban yang diterapkannya dalam pendidikan teologi dan pelayanannya.
Dr. Coleman juga berjabat sebagai pengasas Persekutuan
Penginjilan Lausanne Se Dunia. Dia melayani sebagai pengerusi Christian Outreach Foundation (Persekutuan
Penginjilan Orang Kristian) dan pernah memegang jawatan pengerusi bagi Akademi Penginjilan dalam Pendidikan Teologi. Buku-bukunya telah diterbitkan ke dalam 75 bahasa, edisi bahasa Inggeris sudah melampaui 4 juta naskah.


Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan balik, disimpan dalam sistem simpan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara sama ada cara elektronik, sawatan, salinfoto, rakaman atau sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari National Evangelical Christian Fellowship, Malaysia.
Buku ini asalnya dalam bahasa Inggeris berjudul "The Master Plan of Evangelism" oleh Dr. Robert E. Coleman dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Tan Hwee Yong berjudul "Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan untuk NECF.
"The Master Plan of Evangelism" hakcipta © 1963, 1964, oleh Robert E. Coleman. "Study Guide" hakcipta © 1972 oleh Fleming H. Revell Company.
Diterbit oleh: National Evangelical Christian Fellowship, Malaysia.




Karl Marx pernah berkata, "Ahli-ahli falsafah menafsir dunia ini dari sudut pandangan yang berbeza namun titik penekanannya tetap sama, matlamat mereka tetap untuk mengubah dunia."
W alau bagaimanapun berbeza sekalipun, pengakuanpengakuan asas yang terdapat antara kepercayaan injil orang Kristian dan Komunis, mereka tetap sama pada titik penekanan ini. Tetapi kita melangkah lebih jauh lagi. Gereja dengan secara khusus mengurnunkan bahawa dunia boleh berubah hanya akibat perubahan yang terjadi dalam diri manusia. Dengan manusia yang mempunyai fikiran tajam barulah dapat menghasilkan ahli-ahli falsafah baru. Kunci untuk masyarakat yang baru ialah manusia yang baru.
Keyakinan yang berdasarkan Berita Baik bahawa "Tuhan berada dalam Kristus, memperdamaikan dunia dengan Diri-Nya sendiri" telah menjadikan penginjilan kita lebih daripada sekadar teori ataupun perpatah kata. Keyakinan ini menegaskan kepentingan perubahan manusia sebagai satu keperluan.

Setakat perbincangan ini, timbullah satu pertanyaan: Bagaimanakah kita dapat melaksanakan penginjilan
sehingga kita boleh menambahkan jumlah orang yang
telah diubah dan yang mempercayai Tuhan Yesus sebagai Juruselamat? Tambahan lagi bukan sahaja
mereka menjadi orang beriman tetapi mereka juga giat mempengaruhi dan mendorong orang lain.
Di bawah judul Perancangan Pelan Induk Untuk
Penginjilan, Dr. Robert E. Coleman membentangkan satu set prinsip dan melukiskan satu corak penginjilan. Jika metode penginjilan ini dikaji dengan baik pasti coraknya akan membuktikan bahawa penginjilan bukan
sahaja terjadi di alam yang luarbiasa dan berlaku sekali sekala sahaja. Sebaliknya penginjilan sangat penting dan harus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan kesaksian jemaah gereja.
Anda tidak akan ketemu satu halaman dalam buku ini yang memperkecil pekerjaan yang dilakukan oleh
Roh Tuhan melalui penginjilan yang dilakukan secara besar-besaran dalam kehidupan penginjil-penginjil
seperti Moody, Sundayatau Graham. Di pihak yang lain, kami merasa penting sekali untuk melatih pengikut-pengikut melalui kelompok kecil dan melengkapi jemaah untuk bersaksi. Isinya menggambarkan suatu perhubungan antara injil yang kita harus sampaikan dan kehidupan yang dimampukan melalui injil.
Dalam karya ini, pengarang telah memusatkan perhatiannya kepada corak penginjilan Tuhan kita dan pengikut-pengikut-Nya. Kesemua huraiannya diambil daripada contoh-contoh Alkitab. Gayanya tak berbelitbelit tetapi jelas dan tak mempunyai maksud yang tersirat. Karya ini menggambarkan satu kejujuran fikiran yang ternyata telah lama bergelut dengan thema yang dikemukakan.
Baru pagi ini, saya mendengar penyiar radio memberi

pandangannya. Beliau berkata dalam setiap perkara kita mempunyai dua arah yang boleh dipilih: daripada perkataan kepada perbuatan, ataupun daripada perbuatan kepada perkataan. Kita tidak bertolak daripada teoriteori dan impian ke situasi konkrit kerana situasi yang konkrit akan menjadi kabur oleh perkataan-perkataan yang mengelirukan.
AKULAH JALAN
YAHYA 14:6

PENDAHULUAN
Matlamat dan relevennya - merupakan isu-isu penting yang terpaksa kita hadapi dalam pekerjaan kita. Kedua-duanya saling menyaling dan sejauh manakah kita mampu mengkaitkan kedua-duanya akan menentukan betapa pentingnya aktiviti kita. Betapa sibuk seseorang sekalipun, betapa mahir kemampuannya tidak semestinya bererti dia sedang mencapai sesuatu. Pertanyaan yang penting ialah: Adakah pekerjaannya bernilai? Dapatkah usahanya mencapai pekerjaan itu? Pertanyaan yang sedemikian harus selalu diajukan terhadap aktiviti penginjilan di gereja kita. Mampukah usaha kita memenuhi Amanat Agung? Mungkinkah dari hasil usaha kita akan terlahir serombongan manusia yang berdedikasi serta rela men-

jangkau dunia dengan injil? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita senentiasa sibuk mencuba satu program lepas satu program yang lain. Namun adakah kita sedang menuju ke objektif kita?
Tumpuan perhatian kita pada tahap ini ialah merumuskan suatu strategi yang matang hari lepas hari untuk mencapai sasaran jangka waktu yang panjang. Kita harus tahu bagaimana sesuatu tindakan kita ambil itu sesuai dengan seluruh rencana Tuhan dalam kehidupan kita. Kesedaran tujuan dan arah akan menaikkan semangat kita. Langkah ini perlu bagi setiap prosedur atau teknik yang kita gunakan untuk menyebarkan injil. Seperti sebuah bangunan yang didirikan menurut pelan demikian juga setiap perkara yang kita lakukan harus ada rancangan. Kalau tidak, aktiviti kita akan lenyap akibat kekurangan tujuan dan kita mungkin sesat dalam kekeliruan.
Penelitian prinsip-prinsip menjadi tujuan penyelidikan kami. Kami berusaha melihat prinsip-prinsip yang menguasai setiap tindakan Tuhan Yesus supaya kami dapat mengikut telunjuk-Nya dalam usaha penginjilan kita. Buku ini berusaha mentafsirkan metodemetode Tuhan Yesus sama ada penginjilan peribadi ataupun penginjilan massa. l
Buku ini merupakan pengkajian prinsip-prinsip yang terselindung di sebalik pelayanan Yesus - prinsipprinsip yang menentukan metode- Nya. Seseorang boleh menjudulkan sebagai penginjilan-Nya yang berkisah di sekitar kehidupannya sewaktu Dia di dunia.

Hanya sedikit buku mengenai topik ini telah di
terbitkan, walaupun banyak buku tentang metode penginjilan pernah menyentuh sub jek ini. Hal sedemikian juga boleh diperkatakan mengenai penerbitan buku tentang metode pengajaran Y esus, 2 dan juga sejarah umum yang menceritakan kehidupan dan pelayanan Kristus.'
Satu-satunya buku yang memuat pengkajian yang teliti mengenai rancangan penginjilan Tuhan Yesus ialah A.B. Bruce "The training of the twelve" (bimbingan ke 12 pengikut). Buku ini mengkaji cara Tuhan Yesus
melatih pengikut-pengikut-Nya' merupakan yang terbaik. Buku ini diterbitkan pada pertama kali dalam tahun 1871 dan kemudian direvisi pada tahun 1899, memuat cerita mengenai pengikut-pengikut yang hidup bersama Yesus. Buku ini banyak memberi wawasan fikiran mengenai subjek ini. Pada tahun 1890, Henry Latham menulis sebuah buku yang memuat cara Tuhan Yesus melatih pengikut-pengikut-Nya. Walaupun buku ini tidak terlalu lengkap dalam analisisnya,' sejak penerbitan buku itu banyak naskah kecil telah diterbitkan untuk melanjutkan thema ini. 6
Tidak semua karya ini memiliki pandangan teologi yang sama namun mereka tetap bersetuju dalam pendapat mereka ketika menganalisa pelayanan Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.
Buku-buku lain yang memiliki ciri yang hampir sama ialah buku-buku tentang pelbagai aspek kehidupan gereja khususnya kelompok kecil yang sedang berkembang biak dan aspek lain seperti gerakan kaum awam. Kita tetap terhutang budi kepada mereka yang telah meneliti prinsip-prinsip dasar pelayanan dan misi Tuhan kita walaupun mereka tidak meninjau dari sudut pandangan penginjilan.

Namun setakat ini, subjek tentang strategi Yesus jarang diberi tumpuan perhatian yang sangat diperlukan. Walaupun kita menghargai mereka yang berusaha meneliti subyek ini, kita tetap perlu mengajinya lebih lanjut lagi, dan kita perlu memberi penjelasan lagi, khususnya daripada sumber-sumber dasar ini.
Untuk melihat rancangan ini, seseorang perlu menyelidiki Perjanjian Baru dan injil-injil. Injil sahajalah yang menyediakan kesaksian tentang pelayanan Tuhan Yesus (Lukas 1:2,3; Yahya 20:30; 21:24; I John 1:1). Tujuan dasar penulisan kitab injil adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa Kristus ialah Anak Tuhan, dan kita boleh memperolehi kehidupan kekal dalam nama-Nya melalui iman kita (Yahya 20:31). Kadangkala kita gagal menyedari bahawa pernyataan kehidupan Kristus termasuk juga gaya kehidupan-Nya, maka kita gagal mengajar orang untuk hidup mencontohi Dia. Kita perlu ingat bahawa saksi-saksi ini menulis tidak hanya berdasarkan kebenaran tetapi mereka telah diubahNya. Oleh kerana ini, sewaktu mereka menceritakan peristiwa-peristiwa ini mereka tidak dapat mengelakkan perkara-perkara yang mempengaruhi mereka dan orang lain untuk meninggalkan segala yang mereka ada untuk mengikut Tuhan. Tidak setiap peristiwa dilaporkan oleh mereka. Seperti pelapor sejarah lain, penulis ini hanya mementingkan pengalaman mereka, sifat manusia dan beberapa peristiwa lain yang menonjol. Daripada beberapa peristiwa yang terpilih dan dicatat dibawah pimpinan Roh Kudus, kita yakin tulisan mereka berupa tunjuk ajar tentang Jalan Tuhan. Tentu sahaja, Alkitab memuat cerita Yesus yang paling baik, dan satu-satunya buku teks penginjilan.
Pengajian ini bertujuan untuk meninjau langkah-

langkah Kristus seperti yang tercatat dalam injil tanpa merujuk kepada bahan-bahan lain. Dalam usaha ini, cerita mengenai kehidupan dan pelayanan-Nya yang terilham telah dikaji berulang kali dan ditinjau daripada pelbagai sudut. Strategi Pelayanan-Nya telah dianalisa dari sudut pelayanan-Nya pada keseluruhannya supaya kita dapat melihat metode yang digunakanNya untuk manusia. Tugas ini memang tidak mudah, saya mengaku saya perlu belajar lebih banyak terlebih dahulu. Dimensi kesempurnaan Tuhan yang mulia tak terbatas kepada penafsiran manusia. Semakin kita merenung pada-Nya semakin dalam dimensi-Nya.
KRISTUS CONTOH YANG SEMPURNA
Namun pengajian subjek ini tetap menguntungkan, Walaupun akal pemahaman kita terbatas, kita tahu bahawa dalam Tuhan kita mempunyai contoh yang
sempurna. Dia tidak pernah bersalah. Dia pernah hidup seperti kita dan pernah menghadapi pencubaan dari pelbagai segi. Dia tak pernah terbatas oleh kekurangan tubuh yang dijelma demi kita. Fikiran-Nya tetap jelas walaupun pada waktu Dia tidak menggunakan kemahatahuan ilahi-Nya. Dia selalu tahu Diri-Nya benar,
Diri-Nya manusia yang sempurna dan Dia hidup sebagai Tuhan di tengah-tengah manusia.
Kehidupan-Nya sebagai manusia merupakan pembentangan rancangan Tuhan sejak dari mula-mulanya.
Rancangan Tuhan selalu di benak fikiran-Nya. Dia ingin menyelamatkan segolongan manusia untuk diriNya sendiri untuk membangun gereja dari Roh dan yang tak akan terhancur Dia melihat jauh ke depan, ke suatu hari bila kerajaan-Nya akan datang dalam kemuliaan dan kuasa. Dunia ini kepunyaan-Nya dan

ciptaan-Nya namun Dia tidak memilih-Nya sebagai tempat tinggal. Istana-Nya berada di syurga. Dia pergi menyiapkan tempat tinggal bagi umat-Nya iaitu suatu tempat yang kukuh di syurga.
Tidak ada seorang pun yang terasing dari tujuan-Nya yang merahmati. Kasih-Nya untuk sejagat manusia. Dialah "luruselamat Dunia" (Yahya 4:42). Tuhan ingin semua orang diselamatkan dan mengenal kebenaranNya. Hakikat ini telah menyebabkan Dia menyerahkan diri-Nya demi keselamatan manusia daripada semua dosa. Dia mati bagi seorang dan juga semua orang.
Tidak seperti kita, Tuhan Yesus tidak pernah membuat perbezaan antara missi di negara sendiri mahupun di luar negeri. Bagi Yesus penginjilan di negara sendiri ataupun luar negeri boleh dianggap sebagai penginjilan sedunia.
DIA MERANCANG UNTUK MENANG
Seluruh kehidupan Tuhan Yesus ditentukan oleh matlamat yang ingin dicapai-Nya. Semua yang pernah dilakukan atau dicakap-Nya termasuk sebahagian daripada seluruh corak rancangan-Nya. Setiap langkahNya menyumbang ke tujuan penebusan dunia untuk Tuhan. Inilah visi yang mendorong dan menguasai setiap pergerakan-Nya. Perhatikanlah faktor ini dengan baik-baik. Tidak pernah ada satu saat disia-siakan dan menyeleweng daripada sasaran-Nya. Kita patut memerhatikan metode yang digunakan oleh Tuhan Yesus dalam kehidupan-Nya supaya matlamat-Nya tercapai. Dia mempunyai keyakinan pada masa depan-Nya kerana Dia hidup menurut rancanganNya pada setiap tahap kehidupan-Nya. Tidak ada sesuatu pergerakan-Nya boleh dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Dia tidak pernah menggunakan kekuatan dan perkataan-Nya dengan sia-sia, cakap-Nya berisi.

Seluruh kehidupan-Nya bagi Tuhan (Lukas 2:49) Dia hidup, mati dan bangkit semula menurut rancanganNya. Anak Tuhan hidup bagaikan seorang askar, Dia merancang untuk menang. Dia tidak bergantung pada nasib sahaja. Dia selalu mempertimbangkan setiap pilihan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengalaman hidup manusia. Dia telah merancangkan satu pelan penginjilan yang tak akan gagal.
Kita dapat memperolehi banyak pengertian melalui pengajian ini. Renungan yang serius akan menolong seseorang pelajar membuat kesimpulan yang mendalam dan menakjubkan walaupun proses kesedaran ini mungkin mengambil waktu yang lama dan sulit. Pendekatan lain mungkin akan ketemu teknik yang tertentu tetapi teknik ini tidak dapat membuka rahasia corak yang terselindung di sebalik teknik ini. Inilah salah satu keistimewaan strategi-Nya. Pendekatan-Nya tidak ketara ataupun menonjol, seringkali strategi yang unik ini terkabur kepada anggota gereja yang sibuk. Kalau metode yang dipakai-Nyadifahami dan direnung dengan fikiran yang terbuka pasti seseorang akan terkagum dengan kemudahannya dan tentu sahaja dia akan tertanya-tanya bagaimana dia boleh terbuta terhadapnya. Rancangan penginjilan Yesus begitu berbeza filasat-Nya kalau dibandingkan dengan gereja moden. Implikasi teknik-Nya tidak jauh kurang daripada teknik revolusioner.
Bab-bab yang berekoran bab ini akan menjelaskan lapan prinsip yang menguasai perancangan pelan induk penginjilan-Nya. Akan tetapi kita tidak boleh menganggap langkah-langkah ini sebagai suatu susunan yang kaku, seakan-akan langkah lain tak dapat dilaksanakan tanpa mengikut aturan ini. Sebenarnya

setiap langkah saling berkaitan dan boleh dikatakan ada benar juga bahawa setiap langkah tak dapat dimulakan tanpa yang pertama. Garis besar yang tersiap ini bertujuan memberi satu struktur yang logik untuk metode yang dipakai oleh Tuhan Yesus. Seseorang akan mengerti bahawa apabila pelayanan Tuhan Yesus mula berkembang, setiap langkahnya menjadi jelas dan susunan-Nya mula difahami.

LUKAS 6:13
Pemilihan ini bermula ketika Tuhan Yesus memanggil beberapa orang untuk mengikut Dia. Panggilan ini segera memperlihatkan arah strategi penginjilan yang diambil oleh Yesus. Perhatian-Nya bukanlah pada program untuk menjangkau orang ramai, tetapi sebaliknya pada beberapa orang yang kemudian akan menjadi pemimpin orang ramai. Tuhan Yesus bermula dengan mengumpulorang ini sebelum Dia melaksanakan pelayanan lain seperti mengatur kempen penginjilan atau berkhutbah di awam. Manusialah yang menjadi fokus untuk memenangi dunia kepada Tuhan. Objektik-Nya yang mula-mulanya ialah mendapat manusia yang dapat bersaksi tentang kehidupan-Nya dan melanjutkan pelayanan-Nya sebelum Dia pulang ke Bapa-Nya. Yahya dan Andreas merupakan orang yang pertama kali diundang oleh Tuhan Yesus untuk meninggalkan tempat tinggal mereka yang sedang mengalami pembaharuan rohani akibat pelayanan pembaptis di Betani, untuk ke tempat di luar Y ordan (Yahya 1 :35-40). Andreas kemudian membawa adiknya Petrus (Yahya 1:41, 42). Pada keesokan hari, Yesus bertemu dengan Filipus sewaktu dia sedang menuju

ke Galilea, dan Filipus kemudian menemui Nataniel (Yahya 1 :43-51). Dalam hal pemilihan ini, tidak terdapat kesan bahawa Yesus terburu-buru sewaktu memilih pengikut-pengikut-Nya, hanya ketekadan-Nya. Yakub, adik Yahya, tidak disebut sebagai salah satu kelompok itu setakat ini. Dia baru muncul sewaktu 4 nelayan itu dipanggil semula ke laut Galilea (Markus 1:19, Matius 4:21). Sejenak kemudian Matius dipanggil mengikut Tuhan ketika Yesus melalui Kapernaum (Markus 2:13, 14; Matius 9:9, Lukas 5:27, 28). Maklumat-maklumat yang terperinci tentang panggilan pengikut-pengikut lain tidak tercatat dalam injil. Kita percaya mereka telah dipanggil pada tahun-tahun awal dalam pelayanan Tuhan Yesus.'
Kita mungkin menyangka pelayanan awal Yesus yang tidak banyak berusaha memenangi jiwa tidak mempunyai banyak kesan kepada agama. Di sebaliknya usaha awal Yesus sangat berkesan kerana beberapa orang pengikut ini akan kemudian menjadi pemimpinpemimpin gereja-Nya, dan kepentingan hidup mereka terasa hingga berkekalan. Inilah sebab usaha awal ini sangat penting.
Sifat yang paling ketara mengenai orang yang terpilih-Nya adalah mereka bukan orang yang penting. Tidak ada di antara mereka pernah memegang jawatan yang penting di Sinagogue dan tidak seorang pun yang pernah menjadi imam Levi. Sebahagian besar daripada mereka hanya pekerja yang biasa yang kemungkinan besar tidak pernah menerima latihan profesional selain daripada kemampuan yang diperIu oleh pekerjaan mereka.
Mungkin ada juga di kalangan mereka datang daripada keluarga yang kaya seperti anak-anak Zebedee,

tetapi tidak ada di kalangan mereka yang boleh dianggap sebagai orang kaya. Mereka tidak mempunyai kelulusan akademik dalam kesusastraan mahupun falsafah-falsafah zaman mereka. Seperti Yesus, pendidikan formal mereka hanya terjadi di Sinagogue. Banyak antara mereka berasal dari daerah miskin di Galilea. Akan tetapi, salah satu pengikut Yesus, Yudas, datang dari kawasan yang terdidik. Kalau mereka diukur dengan kebudayaan sofiskated yang wujud di masyarakat kini, tentu mereka akan dianggap sebagai orang-orang yang kasar. Seseorang mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana Yesus dapat memakai mereka. Mereka merupakan orang yang begitu tergesa-gesa, berubah selalu seperti angin, panas hati dan selalu mempunyai kecurigaan terhadap alam sekeliling mereka. Dengan kata ringkas, orang yang dipilih oleh Yesus mewakili orang umum dalam masyarakat hari ini. 8 Mereka bukanlah kelompok orang yang boleh diharap untuk memenangi dunia. Tapi ini bukan menjadi persoalan bagi Yesus, Dia melihat mereka sebagai orang yang berpotensi dalam kerajaanNya. Mereka bukanlah orang yang terpelajar dan boleh tergolong mereka yang kurang pengetahuan menurut ukuran dunia (kisah Para Rasul 4: 13) namun mereka dapat diajar. Sekalipun mereka sering salah dalam pemikiran mereka, lambat laun mereka mengerti halhal rohani. Mereka jujur, rela mengaku keperluan mereka. Budi Bahasa mereka mungkin kurang, kemampuan mereka terbatas namun mereka memiliki hati yang besar kecuali Yudas, pengkhianat itu. Yang menjadi keistimewaan mereka adalah kehausan mereka akan Tuhan agar mereka boleh mengenal Dia. Hidup mereka begitu jujur. Kedangkalan pengertian agama mereka telah menyebabkan mereka tidak terlalu mementingkan pengharapan untuk seorang Mesias (Yahya

1:41, 45, 49; 6:69). Mereka merasa begitu frustrasi dengan kemunafikan golongan aristokrat. Beberapa
orang di kalangan mereka telah mengikut gerakan
Yahya Pembaptis (Yahya 1:35). Pengikut-pengikut ini sedang mencari seseorang yang boleh membimbing
mereka ke jalan keselamatan. Manusia seperti ini mudah dibentuk menjadi orang yang baru - Tuhan
Yesus dapat menggunakan sesiapa yang diingini-Nya.
Dalam meneliti fakta bahawa perhatian Tuhan hanya kepada beberapa orang, kita tidak dapat menggelakkan diri untuk melihat betapa praktisnya strategi-Nya.
Prinsip-Nya ialah memberi perhatian kepada beberapa orang yang ingin dipakai-Nya. Di sini terletaklah kebijaksanaan Tuhan kita. Seseorang tidak dapat mengubah dunia kecuali individu-individu tertentu juga diubah. Keperluannya bukan sekedar memilih tetapi Dia perlu membimbing satu kelompok kecil agar mereka boleh bekerjasama dengan Dia secara berkesan. Memandang hal ini, ketika pengikut-pengikut Tuhan
Yesus bertambah pada tahun kedua dalam pelayanan
Nya, Dia terpaksa menghadkan orang yang dipilihNya supaya Dia tetap dapat menangani kelompok ini dengan mudah. Yesus memanggil 12 pengikut yang dinamakan sebagai para rasul. Kita tidak akan mempersoalkan lambang simbolik 129 kerana ada maksud 'lain yang jelas, tanpa ragu-ragu lagi, mereka telah diberikan keistimewaan dan tanggungjawab yang unik dalam pelayanan mereka. Ini tidak bererti Tuhan Yesus telah menyingkirkan orang lain yang ingin mengikut
Dia. Banyak orang lain yang terpilih sebagai ternanteman sekerja Tuhan Yesus di kemudian hari juga menjadi pekerja-pekerja yang berkesan dalam kerajaan-

Nya. Antara contohnya 70 pengikut yang tercatat dalam (Lukas 10:1); Markus dan Lukas, pencerita injil, Yakub, abangnya sendiri (l Korintus 15:7; GaI2:9, 12; Yahya 2:12 dan 7:2-10). Namun kita tetap mengakui bahawa Yesus memberi keterutamaan bagi ke 12 pengikut itu. Di antara kelompok rasul ini yang menikmati perhubungan yang lebih akrab dengan Yesus ialah Petrus, Yakub dan Yahya. Hanya mereka yang terpilih ini diundang masuk ke bilik anak perempuan J airus (Markus 5:37; Lukas 8:51); mereka mendampingi Tuhan Yesus sewaktu dia dimuliakan di gunung (Markus 9:2; Matius 17:1, Lukas 9:28). Pengikutpengikut menyertai Tuhan Yesus sepanjang waktu. Suasana yang makin bahaya tidak mematikan semangat mereka. Di tengah-tengah pohon ara ternampaklah bayang-bayang yang di bawah sinaran bulan pada hari paskah. Kelompok intim ini menunggu Yesus sewaktu Dia sedang berdoa (Markus 14:33, Matius 26:37). Penjelmaan Tuhan Yesus dan kerelaanNya untuk merendahkan diri manusia telah melenyapkan perasaan marah pada pengikut sewaktu dia mencurahkan lebih banyak perhatian kepada ketiga rasul ini. Alkitab tidak mencatat mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap keistimewaan yang diberi kepada tiga rasul ini. Sikap mereka membukti bahawa Yesus telah memberi keutamaan dan tumpuan perhatian
Nya kepada tiga orang ini dengan pendekatan yang baik tanpa menyakiti hati mereka. Namun Alkitab pernah mencatat bahawa pengikut-pengikut ini pernah bersungut-sungut tentang hal yang lain tetapi bukan tentang kecemburuan mereka kerana Yesus pilih kasih."
PRINSIP YANG DIPERHATIKAN-NYA
Semua strategi yang dipakai oleh Tuhan Yesus

memberi kesan kepada kita bahawa Dia telah mengarahkan seluruh kehidupan-Nya demi mereka yang dilatih-Nya. Langkah ini memberi satu gambaran tentang prinsip dasar-Nya: walaupun perkara lain juga penting namun lebih kecil sesuatu kelompok lebih banyak kesempatan untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan."
Tuhan Yesus mendedikasi kebanyakan daripada sisa hidup-Nya untuk pengikut-Nya. Dia mempercayakan pelayanan-Nya kepada mereka. Dunia pada waktu itu boleh bersikap acuh terhadap Yesus namun mereka tetap tidak boleh mengalahkan strategi-Nya. Dia tidak terganggu perasaan-Nya sewaktu pengikut-pengikutNya seakan-akan putus asa dan lepas tangan serta berpaling daripada-Nya apabila mereka terpaksa menghadapi kenyataan kerajaan Tuhan yang sebenarNya. (Yahya 6:66). Akan tetapinya Dia mengambil berat apabila pengikut-pengikut-Nya yang terdekat tidak mengerti kebenaran-Nya dan tidak mengalami pengudusan oleh firman-Nya (Yahya 17:17). Oleh kerana itu Dia berdoa bukan "untuk dunia" tetapi beberapa orang yang diberikan kepada-Nya dari dunia (Yahya 17:6, 9). Segala sesuatu tergantung pada kesetiaan mereka, dunia akan percaya kepada Yesus melalui perkhabaran mereka (Yahya 17:20).'2
Andaikata berdasarkan prinsip yang ditekankan di sini, kita membuat kesimpulan bahawa Tuhan Yesus telah mengabaikan orang ramai, maka kita sebenarnya memegang pra-anggapan yang salah. Sebenarnya Tuhan Yesus telah melakukan segala yang dapat dilakukan oleh manusia, dan mungkin Dia telah melakukan lebih banyak kerja daripada kita untuk menjangkau orang ramai. Perkara pertama yang

dilakukan oleh Tuhan Yesus sewaktu Dia memulakan pelayanan-Nya ialah mengenali pembaharuan yang terjadi kepada orang ramai melalui pelayanan Yahya (Markus 1:9-11; Matius 3:13-17; Lukas 3:21, 22), kemudian Dia memuji pelayanan yang dilakukan oleh nabi yang hebat itu. (Matius 11 :7-15; Lukas 7:24-28).
Dia juga tidak pernah gagal berkhutbah kepada kelompok-kelompok orang yang mengikut pelayanan
Nya yang penuh dengan mukzizat. Dia mengajar mereka. Dia menyuap mereka ketika mereka merasa lapar. Dia menyembuhkan kesakitan mereka dan mengusir iblis daripada mereka. Dia memberkati anakanak mereka. Kadangkala Tuhan Yesus menumpu seluruh waktu untuk melayani keperluan mereka sampai dia tidak mempunyai waktu lapang untuk makan. Tuhan Yesus menunjukkan keperihatin-Nya kepada manusia sedapat mungkin. Merekalah manusia yang
Dia datang untuk selamatkan - Dia mengasihi mereka, Dia menangis untuk mereka dan akhirnya Dia mati untuk menyelamatkan mereka daripada dosa. Tidak ada
seorang pun yang boleh berfikir bahawa Tuhan Yesus telah melalaikan penginjilan kepada orang ramai.
SEMANGAT ORANG RAMAI DIBANGKITKAN
Sebenarnya, kemampuan Tuhan Yesus untuk menarik perhatian orang ramai telah menimbulkan banyak masalah yang serius dalam pelayanan-Nya. Dia begitu mampu mengungkapkan perasaan simpati dan kuasaNya sehingga mereka hampir ingin, "mereka berniat hendak menjadikan-Nya raja dengan paksaan," Yahya 6:15. Menurut laporan Yahya Pembaptis, banyak orang bergegeran untuk mendapat perhatian-Nya (Yahya 3:26). Orang Farisi pun mengakui bahawa seisi dunia sedang mengikut Dia (Yahya 12:19). Iman-iman besar terpaksa bersetuju mengenai kenyataan yang pahit ini

(Yahya 11 :47, 48). Jika kita meneliti catatan injil jelaslah Yesus tidak kekurangan sokongan orang ramai walaupun kadangkala mereka merasa ragu-ragu dalam kesetiaan mereka, mereka tetap mengikut Yesus hingga ke akhir riwayat-Nya. Justru, ketakutan penuduh terhadap orang ramai yang makin menyukai Tuhan Yesus telah menyebabkan mereka tidak berada di sisi-Nya (Markus 12: 12; Matius 21 :26; Lukas 20: 19).
Yesus hanya perlu memberi sedikit dorongan lagi untuk menggalakkan sentimen ini dan pasti seluruh kerajaan manusia akan menyembah Dia. Dia cuma perlu memuaskan keinginan sementara mereka dan perasaan ingin tahu dengan kuasa luarbiasa-Nya. Inilah teknik yang dipakai oleh iblis untuk menggoda Yesus, iblis menggoda Dia untuk mengubah batu-batu menjadi roti dan kemudian untuk melemparkan diri-Nya daripada tempat tertinggi di Bait Suci supaya Tuhan akan mengutus malaikat untuk selamatkan-Nya (Matius 4:1-7; Lukas 4:1-4,9-13). Perbuatan yang menakjubkan pasti akan memenangi tepukan orang ramai. Iblis sebenarnya tidak menawarkan sesuatupun untuk/Tuhan Yesus. Ketika Dia berjanji memberi seluruh Dunia hanya kalau Yesus menyembah Dia (Matius 4:8-10) penipu yang paling nakal mengetahui bahawa Tuhan Yesus akan memiliki segala yang dijanjikan' kepadaNya hanya jika Dia rela berpaling daripada perkaraperkara yang penting dalam kerajaan kekal." Tetapi Tuhan Yesus tidak mahu mempamerkan diri-Nya sendiri. Sebaliknya, Dia cuba meredakan sokongan orang yang hanya bersifat di permukaan sahaja yang terjadi akibat daripada kuasa luarbiasaNya (Yahya 2:23-3:3; 6:26, 27). Seringkali Dia meminta agar mereka yang disembuhkan oleh diri-Nya tidak menghebohkan kepada orang lain." Demikian juga, tatkala pengikut-pengikut-Nya melihat permuliaan

Yesus di gunung, Yesus berpesan, "J anganlah kamu memberitahu sesiapapun tentang kemuliaan yang telah kamu nampak," sehingga sesudah kebangkitan-Nya (Markus 9:9; Matius 17:9). Pada peristiwa yang lain, ketika Yesus diberikan tepukan, dia akan menghilangkan diri dan pergi ke tempat lain untuk melanjutkan pelayanan-Nya."
Sikap-Nya memang menjengkelkan hati pengikutnya yang tidak mengerti strategi-Nya. Bahkan saudarasaudara Yesus sendiri mendesak Dia untuk tinggalkan prinsip-Nya dan menonjolkan diri-Nya kepada dunia namun Yesus tidak menghiraukan mereka (Yahya 7:2-9).
HANYA SEGELINTIR ORANG DAPAT MENGERTI
Dengan pemakaian polisi sedemikian, tidaklah hairan kalau hanya segelintir orang saja yang menerima-Nya dan pelayanan-Nya. Banyak orang yang mempercayai Yesus kerana pelayanan ilahi-Nya boleh diterima tetapi
hanya beberapa orang yang dapat menanggapi erti injil yang sebenarnya." Jumlah pengikut yang berdedikasi pada akhir pelayanan-Nya di dunia mungkin kira-kira
lebih kurang 500 orang. Yesus menampakkan diri-Nya sesudah kebangkitan-Nya (1 Kor 15:6). Hanya kirakira 120 yang menunggu di Yerusalem untuk menerima pembaptisan Roh Kudus (Kisah Para Rasul 1:15). J umIah ini tidak kecil kalau kita menghitung pelayanan aktif-Nya hanya meliputi jangka waktu tiga tahun, namun kalau kita mengevaluasi keberkesanan-Nya tidaklah ragu-ragu lagi Yes us tidak boleh tergolong penginjil massa (orang) yang cukup produktif.
Kenapa? Kenapa Yesus sengaja memusatkan per-

hatian-Nya pada beberapa orang sahaja? Bukankah Dia datang untuk selamatkan dunia? Bukankah dengan
pengumuman Yahya Pembaptis yang begitu mulia mengenai diri Tuhan Yesus yang masih berdenging di telinga orang ramai pasti beribu-ribu orang dapat dimenangi? Kenapa Dia tidak merebut kesempatan ini untuk mendapat satu bala tentera pengikut sehingga mereka boleh menakluk dunia dengan angin badai? Pasti anak Tuhan boleh cari muka dan gunakan satu program yang lebih menarik untuk mengambil pengikut-pengikut beramai-ramai. Mengapakah Tuhan
Yesus yang memiliki segala kuasa di dunia meninggalkan beberapa pengikut yang kasar.? Bukankah hanya dengan perintah-Nya dunia ini sudah tercipta? Mungkinkah Dia yang telah mati untuk dunia cuma tinggalkan beberapa pengikut? Jawapan soalan ini mudah difahami kalau kita memusatkannya pada strategi-Nya untuk penginjilan. Tuhan Yesus bukan sedang ambil muka dan menarik perhatian orang ramai tetapi Dia sedang memasuki ke satu kerajaan. Dia perlukan pengikut-pengikut yang mampu memimpin orang ramai. Apa gunanya kalau matlamat muktamad Tuhan Yesus hanya untuk membangkitkan perasaan orang ramai kalau tak seorangpun antara mereka boleh memimpin orang ramai kepada kebenaran? Sudah terbukti oleh beberapa peristiwa orang ramai ini mudah menjadi sasaran dewi-dewi palsu kalau mereka tidak dibimbing dengan baik. Orang ramai ini seperti domba sesat akan berkeliaran seperti domba sesat tanpa arah kerana mereka tidak mempunyai gembala (Markus 6:34; Matius 9:36; 14:14). Mereka akan mengikut sesiapa yang bermulut manis, cepat terperdaya oleh janji-janis yang menyakinkan kebaikan mereka, tanpa mengira teman atau musuh. Inilah tragedinya - cita-cita mereka pasang surut dengan cepat. Semangat mereka untuk

Tuhan Yesus cepat naik namun sayang sekali cepat luntur oleh pemimpin-pemimpin agama. Walaupun pemimpin-pemimpin ini hanya merupakan segelintir orang sahaja mereka telah menguasai urusan orang ramai." Tentu sahaja orang ramai akan terperangkap oleh kekeliruan dan kehampaan sehingga keadaan mereka menjadi lebih buruk dari semulanya kalau mereka tidak dibimbing oleh pengikut-pengikut Yesus yang berkemampuan. Sebelum dunia ini boleh tertolong, Yesus perlu membimbing pengikut-pengikut mengerti firman Tuhan. Yesus selalu manghadapi kenyataan. Dia sedar akan kelemahan sifat manusia dan juga kuasa iblis yang sentiasa menyerang manusia. Dengan pengetahuan sedemikian, Yesus memasang satu strategi yang dapat memenuhi keperluan masalah ini. Orang ramai yang 'selalu keliru dan takut itu sudah bersiap sedia untuk
mengikuti Dia, tetapi Tuhan Yesus seorang saja tidak mungkin memenuhi segala keperluan mereka. Satusatunya cara untuk menangani keadaan ini ialah melatih
orang yang dipenuhi oleh kuasanya dan yang kemudian akan melanjutkan pelayanan-Nya. Ini bermakna dia harus memberi banyak tumpuan perhatian-Nya kepada mereka yang akan memegang teraju kepemimpinan. Sesungguhpun dia berusaha sedapat mungkin untuk menolong orang ramai namun fokus perhatian-Nya tetap pada pengikut-pengikut ini. Di sinilah terletak kepintaran strategi-Nya.
Berbalik ke zaman sekarang, anehnya prinsip ini sudah jarang difahami secara praktis. Pengiraan umum tentang penginjilan pada dasarnya ialah penginjilan ini bermula dengan orang ramai. Ini dilaksanakan dengan pra-anggapan bahawa gereja boleh menampung semua

hasil ini. Ekoran dari ini, kita sangat mementingkan jumlah orang yang bertaubat, calon-calon baptisan dan penambahan anggota gereja tanpa memberi banyak usaha untuk membimbing jiwa-jiwa ini dengan kasih dan kuasa Tuhan; lebih-lebih lagi pemeliharaan dan kelanjutan pekerjaan ini. Harus diambil perhatian bahawa kalau para pendeta ingin mengikut corak ini, mereka mesti memastikan suatu asas terlebih dahulu
mesti dirancangkan supaya pelayanan kepada orang ramai dapat dilanjutkan. Dalam hal ini pula, ia bererti memberi banyak waktu dan bakat untuk beberapa orang di gereja sementara tidak mengabaikan perasaan untuk dunia.
Ini juga bererti membangunkan pucuk kepemimpinan yang terlatih demi tugas "memenuhi keperluan ini?" (Efesus 4:12) dan yang dapat melayani berdampingan pendeta. Hanya segelintir orang tapi dunia akan digoncangkan bagi Tuhan. Kemenangan tidak terletak di tangan orang ramai. Atas sebab-sebab ketakutan pendekatan ini mungkin menjadi seperti pilih kasih atau anak mas, sebahagian orang menolaknya. Walau bagaimanapun, suka atau tidak, cara ini dititikberatkan oleh Yesus dan cara inilah yang akan melahirkan pemimpin untuk gereja. Kalau prinsip ini dilaksanakan dengan kasih yang tulus untuk seluruh gereja, demi keperluan orang lain segala pertentangan akan diredakan ketika misi terlaksana. Tetap ditegaskan di sini, matlamat muktamadnya mesti jelas, harus tidak terwujud tanda-tanda ada pilihan kasih dalam perhubungan dengan orang-orang ini. Daripada strategi ini segala sesuatu yang dilakukan bersama beberapa orang adalah demi keselamatan orang ramai.
Prinsip pemilihan dan pemusatan perhatian terukir

di dunia ini, dan prinsip ini akan memberi hasil kepada orang yang menggunakannya sama ada gereja percaya padanya atau tidak. Komunis yang selalu peka telah memakai strategi yang berkesan seringkali telah menggunakan cara ini secara besar-besaran sebagai metode mereka sendiri. Penerapan langkah-langkah ini telah melipat gandakan pengikut-pengikut fanatik 75 tahun lalu sehingga mereka menjadi satu kelompok yang menguasai lebih daripada setengah orang di dunia ini. Mereka membuktikan met ode Yesus berkesan sekali. Beberapa orang boleh memenangi orang ramai. Perkembangan falsafah komunis yang begitu pesat harus menjadi penilaian bagi gereja bukan sahaja dari segi semangat tetapi juga keberkesanan metode yang dipakai oleh gereja.
Sudah tibalah waktu bagi gereja untuk menghadapi kenyataan akan situasinya. Kita tidak boleh lagi meremeh-remehkan tugas kita kerana waktu makin singkat. Penginjilan di merata tempat begitu mancek. Lebih buruk lagi, gerakan mis i di daerah-daerah baru telah hilang kuasanya. Di hampir semua negara gereja yang lemah, tidak dapat memenuhi keperluan penduduk yang kian bertambah. Selama ini serangan iblis terhadap dunia ini bertambah gawat dan hebat. Hal ini amat memilukan kita kalau kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bayangkan, pada zaman atom di mana kemudahan-kemudahan untuk kommunikasi tersedia bagi gereja, kita sebenar tidak begitu berkesan memenangi dunia untuk Tuhan jika dibandingkan dengan zaman ciptaan kereta yang tak berkuda.
Namun sewaktu kita menilaikan keadaan yang genting ini, kita mesti sabar kerana kita tidak dapat menukar keadaan ini dalam sekejap waktu. Mungkin

inilah masalah kita. Dalam usaha untuk menyelesaikan keadaan waktu ini, kita memeras otak untuk mengadakan satu program lepas satu program untuk menjangkau orang ramai. Masalah pokoknya bukanlah bagaimana memenangi orang ramai tetapi bagaimana mereka akan dibimbing dan diberikan makanan rohani yang seimbang. Semua perkara yang begitu penting telah disalahgunakan oleh orang lain. Oleh kerana itu, sebelum kita dapat menyelesaikan masalah ini, marilah kita menjangkau orang yang diikut oleh orang ramai. Tetapi kalau kita tidak dapat mencapai mereka yang berada di posisi tinggi, marilah kita cuba melatih mereka yang berada di peringkat rendah supaya mereka boleh menjadi hebat. Mari kita beringat bahawa seseorang tidak perlu mempunyai kedudukan di dunia sebelum dia dipakai oleh Tuhan. Sesiapa sahaja yang rela dipakai oleh Tuhan boleh menjadi pengaruh besar kepada dunia. Dia cuma perlukan latihan.
Kita patut mengikut jejak langkah Yesus. Proses ini mungkin lambat, sulit, menyakitkan hati dan mungkin tidak dialu-alukan manusia pada mula-mulanya.
Tetapi hasilnya akan hebat walaupun kita mungkin tidak hidup untuk melihatnya. Meninjau dari sudut ini, kita seakan-akan sedang membuat keputusan besar dalam pelayanan kita. Seseorang terpaksa memilih antara mendapat pujian dan penghargaan sementara ataupun menghasilkan kehidupannya kembali dalam beberapa orang yang akan melanjutkan pekerjaannya sesudah dia meninggal dunia. Untuk generasi manakah kita patut hidup?
Kita patut tetap berjuang. Kita perlu melihat bagaimana Yesus melatih pengikut-pengikutnya untuk melaksanakan pekerjaan-Nya. Corak-Nya pada keseluruhannya tetap merupakan metode yang sama, dan satu peringkat tidak boleh terpisah daripada peringkat lain.


MA TlUS 28:20)
Setelah memanggil pengikut-Nya, Yesus sering tinggal bersama mereka. Inilah intisari rancanganNya - dia membiar pengikutnya mengikut-Nya.
Tak tersangka metode-Nya begitu mudah. Yesus tidak mempunyai sekolah, tidak mempunyai seminari ataupun garisbesar kursus dan tidak ada makalah kelas untuk mendaftar nama pengikut-Nya. Prosedurprosedur tersusun yang dianggap begitu penting pada hari ini tidak terdapat pada pelayanan-Nya. Yang mengkagumkan ialah Yesus menarik mereka kepada diri-Nya untuk mengajar mereka. Dia mempunyai sekolah dan kurikulum sendiri.
Cara-Nya tak formal, bersahaja dan berlainan sekali dengan metode yang diterapkan oleh para ahliahli taurat yang mengamal pengajaran intelektual. Guru-guru agama ini memaksa pengikut-pengikut ini untuk mengikut segala adat dan rumusan pengetahuan mereka dengan terperinci supaya mereka boleh membeza-bezakan diri mereka daripada orang lain. Di sebaliknya, Yesus hanya menyuruh murid-Nya untuk mengikut Dia. Pengetahuan tidak diajar hanya dengan hukum-hukum dan dogma-dogma tetapi ia disampai

melalui peribadi diri-Nya yang hidup dan yang pernah berjalan di kalangan mereka. Pengikut-pengikut-Nya dikenali kerana mereka bersama dengan Yesus dan hasilnya mereka menjalankan doktrin-Nya dan bukan kerana mereka mengikut adat dan ugama (Yahya 18:19).
Persekutuan ini memampukan pengikut-pengikutNya "mengetahui rahasia kerajaan Tuhan" (Lukas 8: 10). Pengetahuan dipelajari melalui persekutuan sebelum pengetahuan ini dijelaskan dengan perkataan. Ketika salah seorang pengikut-Nya mengungkapkan frustrasinya, "Bagaimanakah kami tahu jalan." Kata Yesus kepadanya, "Akulah jalan, kebenaran dan Hidup." (Yahya 14:5, 6) yang bererti pertanyaan itu sudah terjawab dalam diri Tuhan Yesus. Pengikut-Nya cuma perlu membuka mata mereka untuk melihat kenyataan rohani yang terjelma di tengah-tengah mereka.
Metode yang mudah ini dinyatakan sejak awal-awal lagi ketika Tuhan Yesus mengundang mereka. Yahya dan Andreas diundang untuk "datang dan melihat" tempat pendiarnan Yesus (Yahya 1:39). Catatan tidak menceritakan peristiwa yang selanjutnya. Adakah ia perlu disebutkan? Tentu di rumah Yesus, mereka bercakap dan di tempat tinggal-Nya mereka dapat melihat pelayanan dan sifat-Nya secara intim. Filipus juga dipanggil dengan sikap yang penting, "Marilah ikut Aku" (Yahya 1 :43). Ternyata Filipus yang terkagum dengan perkataan yang mudah ini telah mengundang Nataniel untuk "Marilah dan melihat Tuhan." (Yahya 1 :46). Khutbah hidup-Nya jauh bernilai daripada ratusan penjelasan. Ketika Yakub, Yahya, Petrus dan Andreas sedang menjahit jala mereka, Yesus

ingatkan mereka dengan kata-kata yang sama, "Mari ikutlah aku," tetapi pada kali ini Dia menjelaskan tujuan-Nya, "mulai dari sekarang engkau akan menjalarnanusia" (Markus 1:17; Matius4:19; Lukas 5:10). Demikian juga Matius dipanggil dari rumah cukai dengan undangan yang sama, "Ikutlah Aku." (Markus 2:4; Matius 9:9; Lukas 5:27).
Lihat betapa hebat strategi ini. Dengan menjawab panggilan yang pertama ini, para pengikut sebenarnya sedang mendaftar diri mereka di sekolah Tuhan di mana pengertian mereka akan diperluaskan dan iman mereka akan diperkukuhkan. Banyak perkara yang tidak dapat dimengerti oleh mereka telah terselesai kerana mereka mengungkapkannya dengan bebas sewaktu bersekutu dengan Tuhan. Dengan kehadiran Yesus mereka dapat belajar segala sesuatu yang mereka perlu tahu.
Prinsip ini telah diimplikasikan oleh Yesus sejak mula-mulanya, kemudian diberi penjelasan yang lebih khusus sewaktu dia memilih kedua belas pengikut ini, "supaya mereka akan bersama Dia" (Markus 3: 14; Lukas 6: 13). Dia menjelas lebih lanjut lagi, dia akan mengutus mereka "untuk berdoa dan mempunyai kuasa untuk mengusir iblis." Seringkali kita gagal mengerti persekutuan bersama Tuhan datang terlebih dahulu sebelum pelayanan. Yesus mengajar dengan teliti bahawa sebelum mereka "berkhutbah" atau mengusir "iblis" mereka harus menyertai Dia. Pemilihan mereka sebagai pengikut yang dilakukan secara peribadi oleh Yesus merupakan sebahagian daripada pengutusan mereka untuk menginjil. Nyatalah, persekutuan ini sangat penting pada saat itu demi persiapan mereka.

Kebulatan tekad Tuhan Yesus untuk memenuhi amanat ini terbukti dalam peristiwa-peristiwa selanjutnya, seperti yang tercatat dalam injil. Di luar sangkaan kita, sewaktu pelayanan Yesus memasuki tahun kedua dan ketiga, Dia memberi lebih banyak waktu untuk penginjil-penginjil yang dipilih-Nya."
Dia selalu membawa mereka dengan Diri-Nya, di tempat sunyi supaya tidak banyak orang akan mengenal Dia, misalnya di daerah pergunungan. Mereka bersama-sama mengembara ke Tyre dan Sidon, kemudiannya ke barat laut (Markus 7:24; Matius 15:21), lantasnya ke pinggiran Decapolis (Markus 7:31; Matius 15:29) dan kemudian ke daerah-daerah "Dalmantha" dan juga ke bahagian tenggara Galilea (Markus 8:10; Matius 15:39) dan kemudian ke kampung-kampung Kaesara di Filipi dan kemudian ke Timur Laut (Markus 8:27; Matius 16: 13). Perjalanan ini mungkin juga diakibatkan oleh pertentangan daripada orang Farisi dan permusuhan daripada Herodes. Yang terpenting dalam peristiwa ini adalah kesempatan Yesus untuk mengasingkan diri-Nya dengan pengikut-pengikut-Nya di Timur Yordan (Lukas 13:2219:28; Yahya 10:40-11:54; Matius 19:1-20:34; Markus 10: 1- 52). Pertentangan ini terjadi begitu hebat sehingga Tuhan Yesus "tidak dapat lagi berjalan di muka umum antara orang-orang Yahudi, Dia berangkat dari situ ke padang gurun ke sebuah kota yang bernama Efraim, dan di situ Dia tinggal bersama-sama murid-Nya" (Yahya 11:54). Kemudian tibalah waktu bagi Dia ke Yerusalem, "Dia memanggil kedua belas murid-Nya untuk sendiri," terpisah dari orang ramai dan perlahanlahan meninggalkan kota itu (Matius 20: 17; Markus 10:32).

Memandang hal sedemikian, maka tak hairanlah pada waktu penderitaan-Nya, Dia jarang membiarkan
mereka tinggalkan Dia.
Pengikut-pengikut hanya berada daripada-Nya sejarak sahaja sewaktu Dia berdoa dan bergomol
sendiri di Getsamani. Bukankah kita merasa lebih
dekat dengan anggota keluarga kita kalau kita tahu mereka akan tinggalkan kita? Setiap saat yang dilewati bagaikan emas dan persekutuan bertambah lebih erat
kerana tubuh ini akan lenyap. Kata-kata yang diungkapkan saat itu intan. Pengikut-pengikut pada
saat-saat keakhiran hidup Yesus telah meresapi banyak erti daripada kehadiran-Nya (Yahya 16:14). Tanpa ragu-ragu lagi, oleh kerana saat penting ini, penulis injil telah banyak tulis mengenai hari-hari terakhir ini.
Hampir setengah daripada catatan dalam injil berkisah sekitar minggu yang terakhir.
Prinsip pelayanan ini masih dipakai oleh Yesus sesudah kebangkitan-Nya. Dia hanya menampakkan
Diri-Nya kepada pengikut-pengikut-Nya, khususnya mereka yang terpilih." Tidak ada seorang yang tidak percaya dibenarkan untuk melihat Tuhan yang sudah dimuliakan. Hal ini tidak aneh. Yesus tidak mahu mendebarkan semangat orang ramai dengan peryataanNya yang ajaib. Apakah yang mungkin dilakukan oleh mereka jika Yesus menampakkan diri kepada mereka? Yesus perlu memperbaharui iman pengikut-pengikut yang telah melarikan diri mereka sewaktu penyalibanNya. Mereka perlu diyakinkan akan missi mereka kepada dunia. Seluruh pelayanan Yesus bersekitar pengikut-pengikut-Nya. Yesus sengaja menggunakan strategi menumpukan lebih banyak waktu untuk pengikut-pengikut-Nya; waktu yang jauh melampaui waktu yang diluangkan-Nya untuk orang lain. Dia makan bersama mereka, tidur bersama mereka, ber-

cakap dengan mereka sepanjang pelayanan-Nya. Mereka berjalan bersama-sama di tepi jalan-jalan yang sepi; mereka mengunjungi kota yang padat dengan penduduk, mereka berlayar dan mengail ikan bersamasama di lautan Galilea, mereka berdoa di padang gurun dan menyertai Tuhan Yesus untuk beribadah di Sinagogue dan Bait Suci.
Sewaktu Yesus melayani orang ramai, pengikutpengikut-Nya menyertai-Nya. Mereka mendengar segala yang disabdakan oleh Yesus kepada orang ramai yang bergeseran mengikut Dia, ataupun sewaktu dia bercakap dengan pengemis miskin di perjalanan.
Dengan cara ini Yesus melipatgandakan penggunaan waktu-Nya - seperti kata perpatah, "sambil menyelam minum air." Y esus melayani keperluan orang ramai yang mengikut Dia dan pada waktu yang sama Dia tetap melayani pengikut-pengikut yang menyertai Dia. Pengikut-pengikut memanfaat daripada segala yang diajar dan dilakukan-Nya tambahan lagi mereka mendapat penjelasan dan kaunseling peribadi. Persekutuan ini banyak memakan waktu Yesus dan ini juga bererti Yesus tidak mempunyai waktu sendiri. Seperti kanak-kanak kecil yang sering merebut perhatian daripada ibubapa mereka demikianlah sikap pengikut-pengikut yang berada di bawah sayap jagaan Tuhan. Walaupun Yesus terpaksa pergi untuk mengadakan saat teduh bersama Bapa-Nya, Dia tetap sekali-sekala diganggu oleh pengikut-pengikut-Nya (Markus 6:46-49; Lukas 11: 1). Tetapi Yesus tak dapat mengelakkannya kerana Dia ingin bersama mereka (Markus 6:46-48, Lukas 11: 1). Mereka anak rohaniNya, satu-satu cara seseorang boleh memberi perhatian kepada keluarganya ialah tinggal bersama mereka.

Asas pembimbingan ternyata sangat perlu namun applikasi prinsip ini sering diabaikan. Pembimbingan tidak ternampak kepentingannya dan seringkali seseorang condong mengabaikan perkara yang kelihatan biasa. Namun Yesus tidak akan mengabaikannya. Pada hari-hari terakhir dalam pengembaraan-Nya, Yesus merasa perlu untuk mematangkan fikiran mereka tentang apa yang sedang dilakukan oleh diriNya. Misalnya, Dia pernah berpaling kepada mereka yang mengikut Dia selama tiga tahun, "kamu pun akan bersaksi mengenai aku, sebab kamu semua berada bersama aku semenjak permulaan." (Yahya 15:27).
Tanpa mengheboh-hebohkan dan tak diperhatikan dunia, Yesus berkata bahawa selama ini Dia sedang melatih orang ini untuk menjadi saksi-Nya sesudah Dia meninggalkan dunia dan metode-Nya mudah sahaja, dia menyertai dan tinggal bersama mereka. Sesungguhnya, pada waktu yang lain Dia berkata oleh kerana pengikut-pengikut telah berada bersama Dia selama pencubaan-Nya, mereka kelak akan dijadikan pemimpin dalam kerajaan-Nya yang kekal. Mereka akan makan di meja-Nya dan duduk di atas takhta-takhta, menghakimkan dua belas.suku bangsa Israel. (Lukas 22:28-30).
Tidaklah benar kalau kita mengatakan prinsip pembimbingan peribadi yang dilakukan Yesus hanya terbatas pada para rasul ini. Yesus memberi perhatian kepada beberapa orang ini tetapi dia juga tunjukkan perhatian-Nya kepada orang lain. Misalnya, Dia mengunjungi rumah Zakius setelah dia bertaubat di Yerikho (Lukas 19:7) dan Yesus telah meluangkan waktu-Nya di sana sebelum Dia meninggalkan kota itu. Sesudah pertaubatan wanita dekat satu perigi di Samaria, Yesus tinggal di sana selama dua hari di

Sychar untuk mengajar orang yang sudah percaya kepada Dia akibat kesaksian wanita itu. Pergaulan
Yesus secara peribadi dengan mereka juga menyebabkan "banyak yang percaya" bukan kerana kesaksian wanita itu tetapi mereka telah mendengar daripada
Tuhan sendiri (Yahya 4:39-42). Biasanya, seseorang yang mendapat pertolongan daripada Tuhan diizin untuk mengikut kelompok orang yang mengikut Yesus, misalnya Bartimaeus (Markus 10:52; Matius 20:34; Lukas 18:43). Dengan cara ini, banyak orang telah mengikut rombongan rasul seperti yang dibuktikan
oleh 70 orang yang bersama-Nya sewaktu pelayanan
Nya di Yudea (Lukas 10: 1,17). Semua penganutpenganut ini telah menerima perhatian yang peribadi tetapi memang perhatian yang diberikan tak dapat dibandingkan dengan dua belas pengikut itu. Kita juga harus menyebut tentang sekumpulan wanita yang melayani Yesus dengan keupayaan mereka, seperti
Maria dan Marta (Lukas 10:38-42), Maria Magdalena, Yoanna, Suzanna dan banyak lagi (Lukas 8:1-3).
Beberapa wanita ini tetap menyertai Dia hingga ke akhir kehidupan-Nya. Dia tidak menolak kebaikan mereka dan pada waktu yang tertentu menolong mereka dalam iman mereka. Namun, Yesus juga sedar akan batasan seks, dan walaupun Dia menyambut pertolongan mereka, Dia tidak memilih wanita ini sebagai pengikut-pengikut terpilih. Pembimbingan jenis ini memang ada batas dan harus disedari oleh kita. Selain daripada melaksanakan prinsip-Nya, Yesus mempunyai waktu untuk diberikan kepada orang ini, wanita atau lelaki yang memerlukan perhatian. Dia bekerja sedaya upaya untuk memberi perhatian peribadi kepada pengikut-pengikut baru ini tetapi Dia tetap menyerahkan diri-Nya untuk melatih beberapa orang yang kemudiannya akan memberi perhatian kepada

orang lain.
Sesungguhnya, masalah pemberian perhatian peribadi kepada setiap pengikut hanya dapat diselesaikan kalau kita mengerti sifat dan missi gereja. Kita patut memerhatikan bahawa penggunaan prinsip gereja oleh Yesus, satu orang yang percaya dibawa ke dalam persekutuan dengan orang lain. Cara yang dilakukan oleh Yesus kepada 12 pengikut-Nya telah dikerjakan ke dimensi yang lebih besar." Gerejalah sarana untuk memberi pembimbingan. Kelompok orang yang percaya akan menjadi tubuh kristus dan mereka harus melayani antara sesama sama ada secara peribadi mahupun dalam kelompok.
Setiap anggota yang beriman mempunyai peranan untuk dimainkan demi menggenapkan pelayanan ini.
Tetapi mereka hanya boleh memainkan peranan mereka kecuali mereka dilatih dan diilhamkan. Selama Yesus berada dalam tubuh-Nya, Dialah pemimpin tetapi sesudah ini, gerejalah yang memegang jawatan kepemimpinan. Ditekankan lagi di sini, Yesus terpaksa melatih mereka yang bermaksud Dia harus bergaul akrab dengan beberapa orang yang terpilih ini.
Bilakah gereja akan belajar daripada pelajaran ini? Berkhutbah kepada massa (orang ramai), walaupun perlu, tidak cukup untuk mempersiapkan pemimpinpemimpin untuk penginjilan. Persekutuan doa yang diadakan sekali-sekala dan kelas-kelas latihan untuk pekerja-pekerja kristian tidak cukup untuk melaksanakan tugas ini. Membina manusia bukanlah tugas yang mudah: Ia perlukan perhatian tetap seperti perhatian yang diberikan oleh seorang Bapa kepada anaknya.

Tugas ini tak dapat dilakukan oleh suatu organisasi mahupun kelas. Anak-anak kita tidak boleh dididik oleh
orang lain sahaja. Yesus memberi contoh bahawa anak -anak kita hanya dapat oleh dididik oleh orang yang tinggal dengan mereka.
Gereja telah gagal dengan teruk sekali dalam hal ini.
Memanglah di gereja terdapat banyak percakapan tentang penginjilan dan pembimbingan kristian tetapi tidak ada persekutuan peribadi ketika gereja menyedari bahawa usaha ini melibatkan pengorbanan kerana ia terpaksa memberi tumpuan peribadi. Kebanyakan gereja menegaskan bahawa anggota-anggota baru mesti menghadiri kelas konfirrnasi selama kira-kira satu jam seminggu tetapi pada waktu yang lain, penganut yang baru ini tidak mempunyai hubungan dengan program latihan yang tertentu, kecuali dia mungkin menghadiri gereja atau sekolah minggu. Orang kristian yang baru ini, kecuali dia mempunyai orangtua atau yang dapat menolong dia, terpaksalah mencari jawapan bagi segala masalah yang dihadapi olehnya dalam kehidupannya. Hal ini mungkin akan menjejaskan imannya.
Dengan pembimbingan yang begitu kelam kabut, tak hairanlah kalau separuh orang yang percaya dan datang ke gereja kemudian berpaling daripada iman ataupun kehilangan kehangatan pengalaman kristian. Beberapa saja antara mereka akan bertumbuh dalam pengetahuan yang lengkap dan mengalami rahmat Tuhan untuk melayani kerajaan Tuhan. Kalau kebaktian minggu dan kelas latihan keanggotaan sahajalah yang boleh disediakan oleh gereja untuk membimbing orang beriman yang baru, mereka sebenarnya hidup dalam keselesaan yang berpura-pura dan akan membawa lebih banyak
ancaman daripada kebaikan kerana contoh mereka yang malas. Kita tidak ada cara yang singkat untuk membimbing orang. Luculah kalau kita hanya berfikir

satu mukjizat boleh membangun kepemimpinan yang kukuh. Kalau Yesus, anak Tuhan terpaksa tinggal bersama dengan pengikut-pengikut-Nya selama tiga tahun, dan dengan itu pun salah satu pengikut-Nya sesat, bagaimana mungkin kita boleh melaksanakan tugas itu secara ramai-ramai dalam beberapa hari setahun?
Polisi yang dipakai oleh Yesus mengajar kita bahawa metode pembimbingan yang digunakan oleh gereja harus didasarkan pada keperihatinan yang peribadi untuk mereka yang berada di bawah sayap jagaannya. Dengan tidak melakukan bimbingan peribadi kita seakan-akan membiarkan orang yang baru percaya kepada iblis.
Ini bererti kita mesti mempunyai satu sistem. Setiap orang yang baru percaya itu harus diberi seorang teman kristian yang dapat memberi dia pembimbingan. Kaunseler itu harus membimbing orang yang baru percaya itu, berdoa bersama, membaca Alkitab dan cuba menjelaskan semua jawapannya, serta menjelaskan kebenaran dan cuba bersama dengan penganut baru ini mencari orang lain. Andaikata gereja tidak mempunyai kaunseler sedemikian, ia harus bermula untuk melatih orang. Satu-satunya latihan yang boleh diberikan ialah memberi mereka seorang pemimpin untuk diikut.
Cara in akan menolong mereka mengerti bagaimana pembimbingan dapat dilakukan. Sesuatu metode akan mencapai tujuannya kalau pengikut-pengikutnya dapat melakukan yang dipelajarinya. Dengan demikian satu prinsip dasar dalam strategi Tuhan kita dapat dimengerti oleh mereka.

PIKULLAH KUK YANG AKU PASANG
MATIUS 11:29
Tuhan Yesus mengingini ketaatan daripada para pengikut-Nya. Mereka tidak perlu berlagak pintar tetapi mereka hanya perlu selalu taat kepada-Nya. Para pengikut Yesus dikenali oleh sifat istimewa ini. Walaupun mereka kemudiannya telah mencerminkan sifat pemimpin mereka, tetap mereka dipanggil "murid-murid
Tuhan" atau "pelajar Tuhan" buat sementara waktu.
Istilah Kristian hanya muncul agak kebelakangannya (kisah Para Rasul 11 :26).
Pendekatan-Nya yang begitu mudah sungguh menakjubkan. Tidak ada seorang pun di antara mereka disuruh membuat penyataan iman mereka ataupun melafazkan pengakuan-pengakuan yang tertulis sempurna. Mereka cuma mengakui Tuhan Yesus sebagai Mesias mereka (Yahya 1:41, 45, 49; Lukas 5:8) dan cuma perlu mengikut Yesus. Tentu sahaja pada waktu
Tuhan Yesus mengundang mereka, panggilan itu adalah panggilan untuk beriman kepada Tuhan Yesus dan untuk menuruti firman-Nya. Kalau mereka masih belum mengerti firman-Nya, mereka akan menanggapinya perlahan-lahan sewaktu mengikut Yesus. Tidak mungkin seseorang dapat mengikuti orang yang tidak di-

percayai olehnya dan tidak mengkin dia dapat melangkah terus dalam kehidupan beriman kecuali dia rela
menurut yang disebut oleh pemimpinnya.
Mengikut Yesus kelihatan seakan-akannya mudah pada mula-mulanya kerana pengikut-pengikut ini belum lagi mengharungi perjalanan yang lebih lanjut. Makin lama makin tampaklah bahawa menjadi pengikut bukan sekadar menerima perjanjian Messianik melainkan pengabdian hidup yang tuntas dan kepatuhan yang sepenuhnya kepada kedaulatan-Nya. Kita tidak boleh berkompromi: "Seorang hamba tidak dapat mengabdi kepada dua tuan kerana jika demikian dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengendahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada "Tuhan dan kepada Mammon" (Lukas 16: 13). Mereka perlu meninggalkan semua dosa mereka. Corak pemikiran yang lama, perangai, kenikmatan dunia perlu
diubah untuk mengikut corak baru yang menuruti kerajaan Tuhan. (Matius 5:1-7:29; Lukas 20-49). Kasih yang sempurna ialah sifat yang dikehendaki oleh Yesus (Matius 5:48), dan kasih ini harus dinyatakan dalam ketaatan mereka kepada Kristus (Yahya 14:21, 23) yang terungkap dalam sikap mereka kepada orang yang disayangi oleh Tuhan (Matius 25:31-36 dan Dia rela mati untuk selamatkan mereka. Penyangkalan diri demi orang lain melibatkan penanggungan satu kayu salib. (Markus 8:34-38; 10:32-45; Matius 16:24-26; 20: 17-28; Lukas 9:23-25; Yahya 12:25, 26; 13:1-20).
Inilah pengajaran yang tegas dan tidak semua di antara mereka dapat menerimanya. Mereka hanya mengecap diri mereka sebagai pengikut-Nya sewaktu boleh mengenyangkan perut mereka dengan ikan dan

roti, tetapi ketika Yesus menyebut tentang kerohanian yang sebenarnya dalam kerajaan-Nya, dan pengorbanan yang diperlukan untuk mencapainya (Yahya 6:25-29), banyak antara mereka "mengundurkan diri dan tidak .lagi mengikut Dia" (Yahya 6:66). Mereka berkata, "Perkataan ini keras, siapakah yang sanggup mendengarkannya?" (Yahya 6:60). Yang menghairankan kita ialah Y esus tidak mengejar mereka dan memujuk agar mereka tetap menjadi anggotanya. Dia sedang menggembleng pemimpin-pemimpin untuk kerajaanNya dan kalau mereka ingin menjadi bejana yang baik, mereka perlu membayar harga pengorbanannya.
Mereka yang tidak sanggup mengikut Dia akan gagal di tengah-tengah perjalanan mereka. Mereka memisahkan diri mereka daripada kelompok yang terpilih kerana mereka hanya memikirkan diri mereka sahaja. Yudas yang terdedah kepada iblis (Yahya 6:70) tetap mengikuti Yesus, tetapi akhirnya ketamakannya menentukan ajal
nya (Markus 4:10, 11, 43, 43; Matius 26:14-16, 47-50; Lukas 22:3-6, 47-49, Yahya 18:2-9). Seseorang tidak mungkin mengikut Yesus tanpa menyangkal dunia, dan mereka yang hanya berpura-pura akan membawakan penderitaan dan tragedi pada jiwa-jiwa mereka (Matius 27:3-10; Kisah Para Rasul 1:18, 19) sendiri.
Oleh kerana itu Yesus bercakap dengan serius kepada ahli taurat yang berjumpa Dia. "Guru, akau mengikut Engkau, ke mana saja Engkau pergi." Tuhan Yesus segera memberitahu pengikut sukarela ini, "Serigala mempunyai liang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kepala-Nya" (Matius 8:19, 20; Lukas 9:57,58). Seorang pengikut lain meminta agar dia dibenarkan untuk menjaga bapanya yang tua dan oleh itu buat

sementara waktu dia tidak dapat menunaikan penggilannya. Yesus tidak membenarkan dia berlengah-lengah.
Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku dan biarlah orang-orang mati menguburkan orang-orang mati mereka" (Matius 8:21, 22; Lukas 9:59, 60). Seorang lagi ingin mengikut Yesus tetapi harus menurut waktunya sendiri. Dia ingin mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya dan meluangkan waktu bersama mereka.
Tetapi Yesus berkata, "Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang, tidak layak untuk kerajaan Allah" (Lukas 9:62). Yesus tidak ingin menghamburkan waktu-Nya untuk menurut cara penggemblengan mereka sendiri.
Dengan demikian, pengikut-pengikut-Nya diminta menghitung harga pengorbanannya. Yesus berkata, "Sebab siapakah di antara kamu yang kalau mahu mendirikan sebuah menara tidak dahulu membuat anggaran biayanya, supaya cukup untuk menyelesaikan pekerjaan itu? (Lukas 14:28). Tanpa penghitungan ini mereka akan mengundangan sindiran daripada dunia.
Hal yang sama juga benar untuk seorang raja yang berperang dan tidak mengira kemenangannya. Yesus menyimpulkannya secara kasar, "Demikian pulalah tiap-tiap orang di antara kamu yang tidak melepaskan dirinya dari segala miliknya, tidak dapat menjadi muridku" (Lukas 14:33; Markus 10:21; Matt 19:21; Lukas 18:22).
HANYA BEBERAPA PENGIKUT RELA MEMBA YAR KORBAN
Sebenarnya sewaktu pengikut-pengikut yang mementingkan keuntungan sendiri telah meninggalkan Kapernaum kerana Yesus tidak dapat memuaskan kehendak mereka, Yesus hanya tertinggal beberapa peng-

ikut. Dia menoleh kepada 12 pengikut ini dan bertanya, "Apakah kamu tidak ingin pergi juga?" (Yahya 6:67).
Ini merupakan pertanyaan penting. Kalau beberapa orang ini meninggalkan Dia, siapakah yang akan mengikut Dia dalam pelayanan-Nya? Tetapi Simon Petrus menjawab, "Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Perkataan-Mu adalah perkataan hidup yang kekal" (Yahya 6:68, 69). Perkataan-perkataan rasul ini menyakinkan Tuhan Yesus lalu Dia bercakap kepada pengikut-pengikut-Nya tentang penderitaan-Nya dan kematian-Nya dengan begitu terus terang."
Ini tidak bererti para pengikut-Nya dengan segera mengerti semua yang dikatakan oleh Tuhan. Ceritanya berlainan. Kemampuan mereka untuk mengerti pelayanan Tuhan yang bersifat pengorbanan tetap dibatasi oleh kekurangan sifat manusiawi. Apabila Yesus memberitahu para pengikut-Nya setelah pengesahan-Nya di Kaesarea Filipi bahawa Dia akan dibunuh oleh pemimpin-pemimpin agama di Yerusalem, Petrus menegur-Nya dan berkata, "Tuhan, kiranya Allah menjauhkan hal ini! Hal itu sekali-kali takkan menimpa Engkau" (Matius 16:22, Markus 8:32). Maka Tahan Yesus terpaksa memberitahu nelayan yang bertubuh besar ini bahawa iblis telah menipu dia pada saat itu, "Enyahlah Iblis. Engkau batu sandungan bagi-ku, sebab engkau bukan memikirkan apa yang difikirkan Tuhan, melainkan apa yang difikirkan manusia" (Matius 16:23, Markus 8:33). Penjelasan Yesus tidak berakhir di sini. Yesus berulang kali merasa terdesak untuk menceritakan kematian-Nya, dan maksud-Nya kepada mereka, tetapi ianya tidak difahami hingga ke hari terakhir sewaktu Dia dikhianati oleh musuh-

musuh-Nya.
Kekaburan pengertian mereka mengenai berita kayu salib telah menyebabkan mereka salah mengerti peranan mereka di kerajaan Tuhan. Betapa sulitnya bagi mereka untuk menerima pelayanan yang memerlukan mereka untuk merendahkan diri demi orang lain (Lukas 22:2430; Yahya 13: 1-20). Mereka bergaduh antara sesama tentang siapa yang paling hebat di kerajaan Tuhan (Markus 9:33-37; Matius 18:1-5; Lukas 9:46-48). Yakub dan Yahya inginkan tempat yang terpenting (Markus 10:35-37; Matius 20:20) sementara 10 pengikut yang lain menunjukkan kecemburuan mereka dan mereka merasa marah akan ketidakadilan hal ini (Matius 20:24; Markus 10:41). Mereka bersikap kasar terhadap sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan mereka (Lukas 9:51-54). Mereka memarah orangtua yang ingin Yesus memberkati anak-anak mereka. (Markus 10:31). Jelas sekali, penerapan erti mengikuti Kristus yang sebenarnya tidak dialami oleh mereka dengan sepenuhnya. Yesus menanggung kegagalan dan kelemahan manusia ini dengan penuh kesabaran kerana pengikut-pengikut ini walaupun mempunyai banyak cacat cela tetap sanggup mengikut Dia. Mereka pernah kembali ke pekerjaan nelayan mereka untuk beberapa hari sesudah panggilan mereka yang pertama (Markus 1:16; Matius 4:18; Lukas 5:2-5; Yahya 1:35-42). Tetapi tindakan ini bukan disebabkan oleh ketidaktaatan mereka. Mereka belum menyedari tujuan-Nya dalam peranan kepermimpinan mereka, yang mungkin disebabkan Yesus belum memberitahu mereka. Sekalipun demikian, pada waktu Yesus tampil di tempat kerja mereka dan menyuruh mereka untuk mengikut Dia menjadi penjala manusia, "mereka segera meninggalkan jalanya dan mengikuti Dia" (Lukas 5:11; Matius 4:22; Markus 1 :20). Setelah mengikuti Yesus beberapa lama, mereka

tetap berdedikasi kepada Kristus (Markus 10:28; Matius 19:27; Lukas 18:28). Dengan manusia seperti mereka, Yesus bersabar dengan banyak perkara yang muncul daripada ketidakdewasaan rohani mereka. Dia tahu mereka akan menguasai kekurangan mereka apabila mereka bertumbuh dalam rahmat dan pengetahuan mereka. Kemampuan mereka untuk menanggapi segala Wahyu yang disampaikan kepada mereka tergantung sama ada mereka terus menerapkan kebenaran yang mereka mengerti.
Ketaatan kepada Kristus merupakan satu-satunya sarana yang memampukan pengikut-pengikut belajar lebih banyak tentang kebenaran. Dia tidak meminta pengikut-pengikut untuk mengikut Dia dalam hal yang belum mereka mengerti namun tidak ada seorang pun boleh mengikut-Nya kecuali mereka belajar yang benar (Yahya 7:17). Yesus tidak mendesak pengikutpengikut-Nya untuk mengabdi diri mereka kepada suatu doktrin, tetapi kepada diri-Nya yang adalah doktrin itu, dan makin mereka meneliti kasih-Nya, makin mereka mengetahui kebenaran-Nya (Yahya 8:31, 32).
BUKTI KASIH
Ketaatan yang tuntas ditafsirkan sebagai akibat pengungkapan kasih. Pelajaran ini ditegaskan pada petang sebelum kematian-Nya. Ketika pengikutpengikut berkumpul di loteng dan sedang mengikuti jamuan paskah, Yesus berkata, "Jika kamu mengasihi aku, turutlah perintah-perintahku. Maka Aku akan memohon kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kamu Penolong yang lain Barangsiapa menerima dan menurut perintah-perintahku, orang itu mengasihi Aku, Bapaku akan mengasihi orang yang mengasihi Aku, dan Aku pun mengasihinya dan menyatakan diri kepadanya jika kamu menurut perintah-perintahku,

Aku tetap mengasihi kamu sebagaimana Aku menurut perintah-perintah Bapaku, dan Dia mengasihi Aku" (Yahya 14: 15, 21, 23, 24; 15: 10, 12).
Prinsip yang menguasai kehidupan Yesus ialah ketaatan yang sepenuhnya kepada kehendak Tuhan. Dia tetap menujukkan ketaatan-Nya kepada BabaNya sewaktu Dia berada dalam tubuh-Nya. Ini memampukan Dia mencapai tujuan-Nya. Yesus berkata, "Makananku ialah taat kepada kehendak Dia yang memanggil Aku, dan menyempurnakan pekerjaan-Nya" (Yahya 4:34); "Dengan kuasa Aku sendiri, Aku tidak dapat berbuat apa-apa... Aku tidak menurut kehendakku sendiri, melainkan kehendak Dia yang memanggil Aku." (Yahya 5:30; 6:38) "Jika kamu menurut perintahperintahku, Aku akan tetap mengasihi kamu, sebagai
mana Aku menurut perintah-perintah Bapaku, dan Dia tetap mengasihi Aku" (Yahya 15:10; 17:4). KetaatanNya boleh disimpulkan oleh tangisan-Nya di Getsemani, "Tetapi janganlah kehendakku, melainkan kehendakmu terjadi." (Lukas 22:42; Cf Markus 14:36; Matius 26:39, 42, 44).
Kayu saliblah puncak lambang pengabdian Yesus dalam melaksanakan kehendak Tuhan. Ia tetap akan melambangkan bahawa ketaatan tidak boleh dikompromi melainkan pengabdian hingga ke maut.
Pemimpin-pemimpin duniawi ini telah menyatakan suatu kebenaran ketika mereka memperolokkan Yesus, "Orang lain diselamatakannya, tetapi diri-Nya sendiri tidak dapat dia selamatkan!" (Markus 15:31; Matius 27:42, Lukas 23:35). Ya, Dia tak dapat selamatkan diri-Nya kerana Dia telah datang untuk selamatkan dunia. "Sebab Dia yang diutus Tuhan memberikan nyawanya untuk membebaskan ramai orang" (Markus

10:45; Matius 20:28). Dia datang, "kerana Dia yang diutus Tuhan itu datang untuk mencari dan menyelamatkan orang-orang yang sesat" (Lukas 19: 10). Dia datang untuk memberi diri-Nya sebagai korban untuk Tuhan demi dosa manusia. Dia datang untuk mati.
Tidak ada cara lain yang dapat memuaskan hukum
Tuhan yang tak boleh dilanggar oleh manusia. Kayu salib yang sudah diterima oleh Allah (Wahyu 13:8; Kisah Para RasuI2:32) menyebabkan Yesus sedar bahawa setiap langkah-Nya sedang mengenapi rencana
Tuhan dalam kehidupan-Nya. Sewaktu Tuhan Yesus menyebut tentang ketaatan ianya merupakan sesuatu yang boleh dilihat dalam penjelmaan-Nya. Yesus berkata, "Aku telah memberikan teladan bagi kamu
semua, supaya kamu boleh melakukan apa yang telah dilakukan Aku untuk kamu. Dengan sebenarnya aku berkata kepadamu: Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya. Seorang pesuruh tidak lebih besar daripada orang yang menyuruhnya" (Yahya 13:15, 16).
Tidak ada sesiapa yang boleh tertinggal pelajaran ini.
Seperti Tuhan Yesus yang telah mengalami berkat Allah dengan melaksanakan kehendak Bapa-Nya, demikian juga pengikut-pengikutnya akan menikmati pengalaman yang sama. Ini peranan tunggal seorang hamba. Kalau sesuatu perkara itu pernah dilakukan oleh Yesus maka para pengikut-Nya harus mempertahankan nilai pekerjaan-Nya dengan pekerjaan yang semutu (Lukas 17:6-10; 8:21; Markus 3:35; Matius 12:50).
Dari sudut pandangan strategi, Yesus hanya dapat membentuk kehidupan mereka dengan sabda-Nya. Tanpa sabda-Nya pengikut-pengikut tidak mungkin akan mengalami pertumbuhan dalam watak mereka dan juga tujuan hidup. Seorang bapa akan mengajar anak-

nya untuk mentaatinya kalau dia ingin anaknya menyerupainya.
Kita harus selalu mengingat bahawa Yesus sedang membentuk manusia ini untuk memimpin gereja-Nya untuk menakluk, dan tidak ada seorang pun boleh menjadi pemimpin tanpa mengikut seorang pemimpin terlebih dahulu. Dia membimbing panglima-panglima masa depan-Nya dari latar belakang mereka masingmasing; melatih mereka dengan kesungguhan khususnya perihal displin dan hormat akan yang berkuasa. Tidak boleh terjadi sebarangan keingkaran di antara mereka. Kuasa-kuasa iblis sedang melawan mereka dengan begitu teratur dan terlengkap, dan oleh kerana ini mereka boleh gagal dalam usaha penginjilan yang dilaksanakan tanpa bersungguh-sungguh. Mereka tidak mungkin dapat mengatasi kuasa-kuasa iblis kecuali mereka menurut Dia yang mengetahui strategi kemenangan. Ini memerlukan ketaatan sepenuhnya pada kehendak Tuhan meskipun mereka terpaksa meninggalkan strategi sendiri.
PENERAPAN PRINSIP INI PADA HARI INI
Kita perlu belajar pelajaran ini lagi sekali pada hari ini. Patutnya kita tidak berlengah-lengah dengan perintah kristus, kita sedang berperang, isu-isunya ialah hidup dan mati, dan setiap hari yang dilewati tanpa menghiraukan tanggungjawab kita merupakan satu hari yang hilang untuk kristus. Kalau kita sudah berlajar kebenaran yang paling dasar tentang penggemblengan atau pelatihan pengikut-pengikut, kita tahu kita dipanggil sebagai hamba Tuhan maka patut kita mentaati firman-Nya. Tugas kita bukan untuk mengerti kenapa Dia bersabda seperti itu, tetapi tugas kita ialah menjalankan perintah-Nya. Kecuali kita mempunyai dedikasi terhadap semua yang diperintah-Nya, walaupun

pengertian kita mungkin cetek, kita tidak akan maju dalam kehidupan dan misi Kerajaan Tuhan tidak mempunyai tempat untuk si pemalas, kerana sikap sedemikian akan menghalangi pertumbuhan rahmat dan pengetahuan serta menghancurkan keberkesanan kita dalam perjuangan penginjilan dunia.
Seseorang mungkin akan tertanya-tanya kenapa begitu banyak orang Kristian terbantut dalam pertumbuhan mereka dan tidak berkesan dalam kesaksian mereka. Atau kita mungkin akan menanyakan soalan ini dalam konteks yang lebih besar. Kenapa gereja kini begitu frustrasi dengan kesaksiannya di dunia? Bukankah di antara kaum awam dan pekerja Kristian terdapat sikap ketidakacuhan terhadap perintah Tuhan?
Bukankah mereka merasa puas dengan keadaan sederhana? Di manakah terletaknya ketaatan kepada mereka kepada salib? Sesungguhnya ajaran Kristus mengenai pengabdian diri telah diganti dengan sikap "kerjakanlah menurut sesuka hatimu" iaitu suatu falsafah yang menurut kepintaran kita.
Tragedi yang paling besar ialah walaupun orang ini sedar akan situasi ini, mereka tetap tidak berusaha untuk memperbaikan situasi ini. Keperluan pada saat ini bukanlah untuk berdukacita tetapi melainkan bertindak. Tibalah saatnya bagi gereja menafsir dan memperteguh maksud penggemblengan dan pelatihan orang Kristian. Tetapi mengambil tindakan ini sahaja tidak cukup. Pengikut-pengikut memerlukan pemimpinpemimpin, dan ini bererti sebelum kita dapat melaksanakan sesuatu tugas untuk anggota gereja, kita perlu melatih pemimpin-pemimpin gereja. Kalau tugas ini seakan-akan kelihatan terlalu besar maka kita perlu mengikut teladan Yesus, dengan memilih beberapa orang dan menanamkan maksud ketaatan yang sebenarnya.

Hanya jikalau prinsip ini diterima, baru kita boleh mengikut strategi Tuhan yang selanjutnya untuk mencapai kemenangan.

TERIMALAH ROH KUDUS
YAHYA 20:22
Yesus ingin para pengikut-Nya menurut Dia. Kesedaran-Nya akan kepentingan ketaatan mereka juga menyebabkan Dia menyedari bahawa para pengikutNya akan mengalami pengalaman yang lebih mendalam dalam Roh-Nya. Dengan menerima Roh kudus, mereka akan memahami kasih Tuhan bagi dunia yang sesat. Oleh kerana ini, perintah-Nya akan dituruti tanpa sebarang perbantahan. Pengikut-pengikut tahu mereka bukan sedang menurut suatu hukum tetapi mereka sedang menuruti Dia yang mengasihi mereka dan yang sedia memberi Diri-Nya kepada mereka.
Seluruh hidup-Nya dikhaskan oleh kerelaan memberi kepada orang lain apa yang diberi oleh Bapa-Nya kepada Dia. (Yahya 15:15; 17:4, 8, 14). Dia memberi damai yang telah menopang Dia sewaktu Dia mengalami kesengsaraan (Yahya 16:33; Matius 11:28). Dia memberi mereka sukacita-Nya sewaktu mereka bekerja di tengah-tengah penderitaan dan kesedihan hati. (Yahya 15:11; 17:13). Dia memberi mereka kunci untuk kerajaan-Nya, di mana kuasa nereka tidak boleh

melawan mereka (Matius 16:19; Lukas 12:32). Malahan, Dia memberi kemuliaan-Nya yang menjadi miliknya sebelum dunia ini tercipta, supaya mereka boleh menjadi satu, seperti Dia dan Bapanya adalah satu (Yahya 17:22; 24). Dia memberi segala yang ada pada dirinya - tidak ada sesuatu yang disembunyikan dalam diriNya bahkan hidup-Nya. Kasih adalah seperti sikap ini, ia selalu memberi diri kepada orang lain. Kalau kasih itu hanya terpendam dalam diri sendiri maka ia bukanlah kasih. Dengan cara ini, Yesus memberi gambaran yang jelas kepada pengikut-pengikut-Nya tentang maksud, "Tuhan begitu mengasihi dunia" (Yahya 3:16). Ia bererti Tuhan sanggup memberi semua yang ada pada diri-Nya termasuk anaknya sendiri. Dan bagi Anak-Nya, penjelmaan-Nya bermaksud Dia terpaksa mengingkari hak-Nya untuk hidup mulia di syurga demi dunia serta memberi nyawa-Nya sendiri. Kita hanya dapat mengerti maksudnya kayu salib kalau kita mengerti maksudnya penjelmaan Anak Tuhan di dunia. Kasih Tuhan telah diungkapkan secara tak terbatas dan berkekalan melalui kayu salib. Seperti akibat dosa, kita terpaksa mati demikian juga kerana kasih-Nya Tuhan Dia terpaksa mati untuk kita. "Tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya" (Yahya 15:13).
PENDESAKAN PENG/NJ/LAN
Tuhan Yesus mengambil segala kesempatan untuk mempengaruhi para pengikut-Nya tentang desakan jiwa-Nya supaya mereka memahami semangat-Nya yang berkorbar-korbar dengan kasih Tuhan untuk dunia yang sesat. Segala sesuatu yang diucapakan-Nya dan dilakukan-Nya membara dengan perasaan ini. Seluruh kehidupan-Nya merupakan Wahyu rencana

Tuhan untuk selamatkan satu umat bagi diri sendiri. Inilah hal utama yang mereka perlu belajar bukan hanya dalam teori tetapi melalui pelaksanaannya.
Mereka telah bersaksi bagaimana teori ini diterapkan dalam pelbagai cara setiap hari. Walaupun tunjuk ajar-Nya sukar diterima, seperti sewaktu Dia mencuci kaki mereka tetapi mereka tidak mungkin tak mengerti maksudnya (Yahya 13:1-20). Mereka melihat dengan mata sendiri bagaimana pemimpin mereka telah menyangkal diri daripada keselesaan dan kesenangan dunia untuk menjadi hamba di kalangan mereka.
Mereka melihat bahawa hal-hal yang mereka sukai seperti pemuasan jasmani, keterkenalan, kedudukanDia menolaknya; sedang perkara-perkara yang tidak disukai mereka seperti kemiskinan, kerendahan diri, kesedihan sampai kematian diterima oleh Yesus demi mereka. Sewaktu mereka melihat bagaimana Dia melayani orang sakit, menghibur mereka yang berdukacita dan menyampaikan injil kepada orang miskin maka barulah mereka mengerti tidak ada pelayanan
yang terlalu kecil bagi-Nya ataupun tidak ada pengorbanan yang boleh dianggap terlalu besar demi kemudian Tuhan. Mereka mungkin tidak selalu mema
haminya dan tidak dapat menjelaskannya namun mereka tidak kabur akan hal ini.
Tuhan Yesus mengalami pembaharuan melalui pengabdian-Nya kepada Tuhan dan pelayanan yang penuh dengan kasih sayang-yang juga merupakan hasil pengkudusan- Nya. Hal ini diungkapkan dalam doa imam besar, "sama seperti Engkau telah mengutus Aku ke dalam dunia, demikian pula Aku telah mengutus mereka ke dalam dunia; dan Aku menguduskan diriku bagi mereka, supaya mereka pun dikuduskan dalam

kebenaran", (Yahya 17:18, 19) Perkataan "pengkudusan" di sini tidak memberi indikasi "menguduskan diri-Nya" kerana Dia suci; ataupun pengudusan untuk penerimaan kuasa kerana Yesus mempunyai segala kuasa. Pengudusan dalam konteks ini memperlihatkan dedikasinya untuk tugas yang Tuhan utuskan, "Engkau telah mengutus Aku ke dalam dunia.' '23 dan tanggungjawabnya kepada tugas penginjilan; Dia terus memberi kehidupan-Nya "demi kebaikan mereka".
Pengudusan ini bukanlah untuk tujuan diri-Nya sendiri, tetapi untuk pengikut-pengikutNya, supaya mereka dapat dikuduskan dalam kebenaran. Tuhan Yesus tidak hanya memberi diri-nya" kepada Tuhan tetapi juga kepada mereka yang menyertai Dia, supaya mereka dapat mencontohi dedikasi yang serupa dalam misi. mereka. Misilah tujuan kedatangan Tuhan di dunia ini.
Kewibawaan pelayanan mereka dapat diukur daripada sikap mereka terhadap pelayanan yang dilakukan oleh mereka atas nama-Nya. Mereka mesti rela memberi cuma-cuma seperti mereka telah menerimanya (Matius 10:8). Mereka mesti saling mengasihi seperti Tuhan mengasihi mereka. (Yahya 13:34, 35) Mengasihi sesamalah yang menjadi syarat untuk menjadi pengikutpengikut-Nya (Yahya 15:9, 10). Inilah perintah-Nya (Yahya 15:12, 17; Matius 22:37-40; Markus 12:30, 31; Lukas 10:27). Kasih Kalvarilah yang menjadi ukuran kasih mereka. Pengikut-pengikut harus memberi dedikasi yang sama seperti dedikasi yang dilihat oleh mereka dalam diri Tuhan. Mereka mesti membelakangkan diri sendiri demi Allah Bapa yang mengasihi mereka, dan juga demi umat Tuhan yang dikasihi oleh Tuhan Yesus; sehingga Dia rela mati untuk merebus mereka. Kasihlah satu-satunya cara untuk menyakinkan dunia

ini bahawa injil adalah benar. Dengan cara lain bagaimanakah orang lain dapat diyakinkan? Kasih merupakan satu-satunya cara untuk memenangi hati manusia dan ini hanya boleh terjadi dengan kehadiran kristus di hati manusia. Oleh kerana itu, Yesus berdoa, "Ya
Bapa yang adil, memang dunia tidak mengenal Engkau, dan mereka ini tahu bahawa Engkaulah yang mengutus Aku; dan Aku telah memberitahukan nama-Mu kepada mereka dan Aku akan memberitahukannya, supaya kasih yang Engkau berikan kepada-ku ada di dalam mereka dan Aku di dalam mereka" (Yahya 17:25,26).
J angan seorangpun yang kira hidup kekristianan dapat direka-reka oleh manusia. Tuhan Yesus menjelaskan bahawa kehidupannya dihidupkan oleh Roh Kudus. "Rohlah yang memberi hidup, daging sama sekali tidak berguna" (Yahnya 6:63). Oleh kerana ini, untuk memulakan kehidupan dalam Kristus seseorang mesti dilahir kembali. (Yahya 3:3-9). Sifat manusia yang ternoda perlu diperbaharui oleh Roh Tuhan sebelum ia boleh menurut tujuan dan hakikat ciptaannya dalam imej ilahi. Demikian juga, Roh Kuduslah yang men
dukung dan memberi makanan rohani kepada kehidupan baru seseorang murid sewaktu mereka bertumbuh dalam pengetahuan dan rahmat (Yahya 4:14; 7:38, 39). Melalui Roh yang sama seseorang dikuduskan oleh firman dan dikesampingkan untuk pelayanan Tuhan yang suci (Yahya 15:3; 17:17; Efesus 5:26)
Mengalami Kristus yang hidup dalam kehidupan seseorang merupakan pekerjaan Roh Kudus dari permulaan hingga ke akhir.
Demikian juga hanya Roh Kudus yang memampukan seseorang untuk melaksanakan missi penebusan dalam penginjilan. Yesus membuktikan kebenaran ini

melalui pekerjaan-Nya dengan menyatakan bahawa yang dilakukan-Nya berhubungan akrab dengan "Roh Allah". Menyampaikan khabar baik kepada orangorang miskin, membebaskan orang-orang tawanan, memberi penglihatan bagi orang-orang buta, membebaskan orang-orang yang tertindas, memberitakan bahawa rahmat Tuhan telah datang, kesemuanya ini mewarnai ciri khas pelayanan-Nya. (Lukas 4:18; Matius 12:28). Yesus merupakan wahyu Tuhan tetapi Roh Tuhanlah sarana operasinya. Dialah agen Tuhan yang mengerjakan rencana keselamatan Tuhan yang kekal dalam Manusia. Yesus menjelas kepada pengikutpengikut-Nya bahawa Roh kudus akan mempersiapkan jalan bagi penginjilan mereka. Dialah yang akan memberi mereka kata-kata untuk diucapkan. (Matius 10:19, 20; Markus 13:11; Lukas 12:12). Dialah yang menyakinkan, "Pendapat mereka tentang dosa, sebab mereka tidak percaya daku" Yahya 16:9. Dia menerangi kebenaran-Nya supaya para pengikut-Nya boleh mengenal Tuhan. (Matius 22:43, cf. Markus 12:36, Yahya 16:14).
Para Pengikut-Nya dapat melaksanakan pekerjaan Tuhan dengan kuasa-Nya (John 14:12).25 Dari sudut pandangan ini, maka penginjilan tidak boleh diinterpretasi sebagai usaha manusia tetapi pekerjaan Tuhan sejak dari permulaan hingga tujuan Tuhan digenapi. Ianya merupakan pekerjaan Roh. Pengikut-pengikut hanya membiarkan Roh kudus menguasai kehidupan mereka.
Para pengikut perlu belajar perhubungan antara Roh kudus dan Yesus demi untuk pengertian dan kepuasan pengetahuan mereka sendiri. Yesus memahami keperluan ini dan oleh kerana itu, Dia bersabda lebih mendalam tentang oknum Roh Kudus, Ketika Dia

hampir menuju ke saat-saat yang terakhir dalam riwayat-Nya dalam tubuh. Hingga ke takat ini, Dialah
yang selalu menyertai mereka. Dia telah menjadi Penghibur mereka, Guru mereka, dan Pembimbing mereka. Para pengikut-Nya mengalami keberanian dan kuasa
melalui persekutuan mereka dengan Dia; mereka merasa segala sesuatu dapat dilakukan. Tetapi apakah yang akan terjadi kepada mereka apabila Yesus pulang ke syurga? Keadaan inilah yang menyebabkan Yesus terpaksa menjelaskan kepada mereka bagaimana mereka dapat meneruskan kehidupan mereka sesudah
Dia pergi.
Pada saat ini, Yesus memberitahu mereka mengenai Roh kudus iaitu "Penghibur Yang lain", Pembela; seseorang yang selalu berada di sisi rnereka," satu
Oknum yang mengambil ahli tempat yang pernah diambil oleh Yesus secara nyata dalam tubuh-Nya; namun Roh mengisinya dalam alam yang tak terlihat. (Yahya 14:16). Yesus pernah melayani mereka selama tiga tahun, demikian juga Roh akan membimbing mereka dalam segala kebenaran. (Yahya 16:13). Dia akan menunjukkan kepada mereka segala hal yang akan datang (Yahya 16:13). Dia akan mengajar mereka halhal yang mereka perlu tahu. (Yahya 14:26). Dia akan menolong mereka untuk berdoa (Yahya 14:12, 13; 16:23, 24). Secara ringkasnya, Dia akan memuliakan Anak dengan mengambil segala perkara mengenai kristus, dan jadikan ia nyata kepada pengikut-pengikut ini (Yahya 16:14,15). Dunia tidak dapat menerima kebenaran ini kerana mereka tidak mengenal Yesus, tetapi para pengikut-Nya mengenal-Nya, mereka menyertaiNya, dan dalam Roh Kudus-Nya mereka akan tetap bersama Dia, hingga ke selama-lamanya. (Yahya 14:17) Yesus tidak bersabda tentang teori, pengakuan iman, ataupun suatu pengaturan yang tertentu. Roh kuduslah

penganti Tuhan Yesus yang akan menjadi penopang mereka. "Penghibur lain" akan memenuhi mereka dengan kehadiran Tuhan. Sesungguhnya, keistimewaan yang akan dinikmati oleh para pengikut-Nya dalam perhubungan mereka dengan Roh Kudus lebih hebat
daripada apa yang pernah dialami oleh mereka sewaktu mereka berjalan di Galilea bersama Tuhan Yesus. Lagipun, Yesus, dalam tubuhnya, hanya terbatas
kepada satu tempat dan satu tubuh, tetapi dalam Roh Kudus semua keterbatasan ini dapat disingkirkan. Kini, Dia menyertai mereka selalu dan tidak akan meninggalkan mereka (Matius 28:20; Yahya 14:16).
Memandang dari sudut pandang ini, maka lebih baiklah bagi Yesus menyelesaikan tugas-Nya, kembali kepada
Bapa-Nya dan mengutus Roh Kudus-Nya untuk mengambil alih tempat-Nya. (Yahya 16:7).
Yesus berharap agar para-pengikut ini akan menunggu hingga perjanjian ini menjadi satu kenyataan kepada mereka kerana Roh Kudus akan memberi kemenangan. (Lukas 24:49; Kisah Para Rasul I :4, 5, 8; 2:23). Dengan cara bagaimanakah mereka boleh memenuhi amanat agung Tuhan kita dengan sukacita dan kedamaian kalau bukan dengan Roh Tuhan?
Mereka perlu mengalami Kristus secara nyata supaya kehidupan mereka boleh dipenuhi dengan kehadiranNya. Penginjilan harus menjadi satu desakan yang berkorbar-korbar dalam kalbu mereka, menyucikan keinginan mereka, dan membimbing fikiran mereka maka mereka tidak boleh mengalami sesuatu yang lebih kurang daripada pembaptisan Roh Kudus. Pekerjaan yang luar biasa ini juga bererti mereka perlukan pertolongan yang luar biasa - suatu pengurniaan kuasa dari atas.' Pengikut-pengikut melalui pengakuan keang-

kuhan dan kemusuhan mereka serta penyerahkan diri mereka kepada kristus, telah mengalami pembaharuan dan pengudusan akibat dipenuhi oleh Roh Tuhan."
Walaupun mereka ini hanya manusia biasa, ini tidak menjadi halangan. Hal ini mengingatkan kita tentang kuasa keajaiban Roh Anak Tuhan yang mengerjakan tujuan-Nya dalam kehidupan manusia yang menyerahkan diri mereka kepada penguasaan-Nya. Tambahan pula, kuasa hanya berada dalam Roh Kristus. Pekerjaan Tuhan dalam hidup kita tidak berdasarkan siapa diri kita tetapi siapa Diri-Nya, Dia-lah yang membuat satu perbezaan.
Hanya mereka yang mengikut Yesus sepanjang masa boleh mengetahui kemudian pengalaman ini. Mereka yang mengikut Yesus dari jarak yang jauh, seperti orang ramai, orang Farisi tidak pernah mendengar tentang pekerjaan Roh Kudus. Yesus tidak akan melemparkan permata kepada mereka yang tak menginginkannya. 28
Inilah ciri khasnya yang mewarnai seluruh kehidupan-Nya dan pengajaran-Nya. Yesus sengaja menyisihkan diri-Nya untuk para pengikut yang dipilih-Nya, khusus 12 pengikut dan mengajar mereka hal-hal yang paling jelas. (Lukas 10:22, Matius 11 :27; 16:17). (Lukas 10:22, Matius 11:27; 16:17). Sesungguhnya mata mereka dan telinga mereka diberkati. Banyak nabi dan raja ingin melihat hal-hal yang dilihat oleh mereka, dan mendengar perkara yang mereka dengar. (Matius 13:16, 17; Lukas 10:23,24; Matius 13:10,11; Markus 4:10; 11; Lukas 8:9, 10). Polisi sedemikian mungkin kelihatan aneh kalau kita tidak menyedari bahawa Tuhan Yesus perlu menumpukan segala-galanya pada beberapa orang supaya mereka dapat di-

persiapkan dengan mantap untuk pekerjaan-Nya.
Secara dasarnya, kehidupan-Nya menggambarkan cara-Nya. Seluruh perhatian terpusat pada diri-Nya Yesus. Para pengikut-Nya juga memusatkan diri mereka pada-Nya. Kita perlu mempunyai kehidupan-Nya kalau kita ingin melakukan pekerjaan-Nya dan melaksanakan pengajaran-Nya. Sebarang pekerjaan penginjilan tanpa Roh kudus merupakan sesuatu yang tak bernyawa dan tak bermakna. Hanya kalau Roh kudus berada di dalam diri kita baru kita dapat meninggikan anak-Nya serta menarik orang ramai kepada Allah Bapa. Tentulah, kita tidak dapat memberi sesuatu yang kita tidak miliki. Kemampuan kita untuk memberi suatu kehidupan dalam kristus membuktikan bahawa kita mempunyai kehidupan sedemikian. Kita tidak mungkin menahan sesuatu yang kita milik dalam Roh kristus dan tetap dapat menyimpannya. Roh kudus selalu ingin kristus diberitakan. Inilah paradoks kehidupan-kita perlu mematikan diri kita sendiri supaya kita dapat hidup dalam kristus malahan kita juga perlu menyangkal diri supaya kita boleh melayani dengan sungguhsungguh. Metode penginjilan Yesus, pada mula-mulanya hanya ditanggapi oleh beberapa pengikut-Nya namun melalui merekalah kuasa Tuhan dinyatakan kepada dunia.
Tetapi kita tidak boleh berhenti di sini. Orang lain perlu melihat suatu contoh di dalam diri kita yang mencerminkan kehidupan-Nya. Oleh kerana demikian, kita perlu mengerti satu lagi aspek strategi Yesus dan para pengikut-Nya.
SEBAB AKU TELAH MEMBERIKAN SUATU
TELADAN KEPADA KAMU
YAHYA 13:15

TUNJUKKAN
Yesus memastikan para pengikut-Nya belajar daripada cara kehidupan-Nya bersama dengan Tuhan dan manusia. Dia sedar bahawa sekedar membawa orang untuk menjalin persekutuan dengan-Nya tidak cukup. Pengikut-pengikut ini perlu tahu bagaimana pengalaman-Nya dapat dijalankan dalam kehidupan mereka dan bagaimana hidup ini dapat disebarkan dalam penginjilan. Dari sudut pandangan teknikal, hidup mendahului perbuatan kita namun kualiti hidup kita biasanya ditentukan oleh cara dan gaya kehidupan kita. Seseorang mesti bernafas, makan, bersenam kalau dia ingin bertumbuh. Apabila fungsi tubuh ini diabaikan, tentu kehidupan ini akan menemui ajalnya. Usaha Yesus untuk menyedari para pengikut-Nya akan rahsia kehidupan rohani-Nya harus dianggap sebagai strategi yang sengaja dilakukan-Nya. Dia mengetahui akan kepentingan hal ini - yakni kehidupan rohani dan perbuatan.

Mari kita melihat contoh kehidupan doa Yesus.
Tuhan Yesus selalu membiarkan para pengikut-Nya
melihat Dia sewaktu Dia bercakap Allah Bapa.29
Mereka dapat melihat sumber kekuatan dalam hidup
Nya, dan walaupun mereka belum mengerti dengan sepenuhnya, mereka akan menyedari bahawa ia merupakan rahsia kehidupan. Perhatikan Yesus tidak memaksa pelajaran ini ke atas mereka, Dia hanya berdoa dengan tekun sehingga mereka merasa akan kehausan rohani malahan mereka sendiri yang meminta Yesus untuk mengajar mereka berdoa.
Yesus merebut kesempatan ini, lantaran Yesus memberi mereka apa yang hati mereka sudah bersiap sedia untuk menerima. Dia menjelaskan kepada mereka prinsip-prinsip asas doa dan sebelum menyelesai doaNya, Dia memberi mereka satu contoh doa (Lukas 11:1-11; Matius 6:9-13). Kita mungkin akan berfikir berdoa mungkin sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh pengikut-pengikut ini - kata-kata tak mudah diungkapkan daripada mulut mereka. Yesus mengambil berat akan hal ini. Sesungguhnya, usaha-usaha yang dasar perlu diajarkan kepada orang sebelum mereka bermula melakukannya. Bagaimanapun, Yesus cuba sedaya upaya untuk membuat pengikut-Nya mengerti. Kemudian Dia berulang kali menekankan kehidupan berdoa sewaktu bercakap dengan para pengikut-Nya. Makin lama makin Dia memperluaskan maksud dan applikasinya apabila mereka mampu mengerti kenyataan Roh Kudus. Kita dapat memastikan satu hal, kecuali mereka menanggapi maksud doa, dan belajar bagaimana sering melakukannya, tidak banyak hasil dapat diperolehi dari kehidupan mereka.
PENGGUNAAN ALKITAB

Satu lagi aspek kehidupan Yesus yang terpapar dengan jelas kepada para pengikut-Nya ialah kepentingan menggunakan kitab suci. 30 Penggunaan Alkitab ternyata dalam ibadah peribadi-Nya dan cara Dia memenangi orang lain untuk mengikut jalan itu. Dia
secara khusus menekankan bahagian tertentu dalam
Alkitab, tambahan pula dalam percakapan-Nya dengan mereka, Dia sering memakai Alkitab. Dialog-Nya dengan mereka mempunyai banyak kutipan daripada
Perjanjian Lama, jumlah kutipan-Nya dalam keempatempat injil itu berjumlah sebanyak 60 kutipan dan 90 kiasan lain yang juga bersumber daripada Perjanjian Lama."
Semua ini membuktikan kepada pengikut-pengikut ini bahawa mereka perlu menggunakan Alkitab dalam kehidupan mereka. Prinsip-prinsip Alkitab ini sering dipratikkan di depan mata mereka sehingga mereka dapat menanggapi interpretasi dan applikasi prinsipprinsip asas dalam Alkitab.
Di samping itu, kemampuan Yesus untuk mengingat begitu banyak perenggan dalam Alkitab memberi kesan yang mendalam kepada para pengikut. Mereka menyedari kepentingan menghafal Alkitab dan membiarkan Alkitab menguasai kehidupan mereka. Yesus membuktikan bahawa firman yang tercatat dalam Alkitab dan firman yang disabdakan Diri-Nya tidak saling bertentangan malahan saling melengkapi perkara-perkara yang dipercayai oleh pengikut-pengikut ini. Dengan demikian, Alkitab dan sabda Yesus telah menjadi dasar objektif iman mereka dalam Kristus. Tambahan pula, Yesus menjelaskan dengan teliti bahawa sesudah kepergian-Nya, mereka akan lanjutkan persekutuan dengan-Nya dan mereka perlu tinggal dalam firman-Nya.

MEMENANGI JIWA DENGAN BERSUNGGUH
Tunjuk ajar Tuhan Yesus yang ditunjukkan secara peribadi dalam setiap aspek telah diwarisi oleh para pengikut-Nya." Perkara yang paling penting dalam proses pengajaran ini ialah tujuan muktamad-Nya, yakni untuk mengajar pengikut-pengikut ini untuk memenangi jiwa-jiwa.
Setiap hal yang dikatakan oleh Yesus mahupun dilakukan-Nya releven dengan penginjilan sama ada penjelasan kebenaran rohani atau pengajaran tentang bagaimana menangani orang. Tuhan Yesus tidak perlu secara sengaja merancang satu metode pengajaran, Dia mengambil kesempatan yang berada di sekeliling-Nya dan menjadikan pengajaran-Nya begitu realistik. Secara tidak sedar pengikut-pengikut ini sedang meresapi pengajaran-Nya tanpa mengetahui bahawa mereka sedang dilatih untuk memenangi orang.
Metode pengajaran-Nya yang bersahaja telah ditekankan beberapa kali. Yesus begitu mahir dalam pengajaran-Nya sehingga Dia tidak membiarkan metode-Nya mengaburi pelajaran-Nya. Dia membiarkan kebenaran itu menarik perhatian dan bukan cara presentasi-Nya." Metode-Nya menyembunyikan fakta bahawa sebenarnya Dia mempunyai metode.
Pendekatan-Nya mungkin sulit dimengerti pada zaman moden ini yang banyak menggunakan teknikteknik profesional dan alat licik untuk memperolehi hasil segera. Di organisasi yang tertentu, kita tidak mungkin dapat menjalankan pekerjaan kita tanpa buku panduan yang lengkap mahupun gambar rajah yang berwarna warni. Pendekatan Yesus mungkin tidak akan digunakan dalam kelas moden yang menggemblengkan

orang untuk memenangi jiwa. Aneh sekali, para pengikut Tuhan Yesus tidak mempunyai metode-metode
yang boleh kita anggap sebagai strategi penting pada hari ini
Pengikut-pengikut ini cuma belajar daripada seorang
guru yang mempratikkan apa yang diajarkan-Nya bersama mereka. Penginjilan dinyatakan kepada mereka dengan bersemangat dan berteknik. Dia membimbing mereka untuk mengenal pasti keperluan yang tersemai umum di hati manusia, dan cara yang paling baik untuk mendekati mereka. Mereka memerhatikan bagaimana
Dia menarik orang ramai kepada diri-Nya sendiri; bagaimana Dia memenangai keyakinan mereka dan mengilhamkan mereka dalam iman; bagaimana Dia membuka jalan untuk keselamatan mereka dan bagaimana Dia membimbing mereka untuk membuat satu keputusan. Tuhan Yesus memenangi jiwa dari pelbagai latar belakang sama ada dari latar belakang kaya miskin, orang sihat atau berpenyakit, kawan atau musuh. Metode-Nya tidak tercatat di kelas yang sesak atau buku panduan yang berjudul "Anak kunci penginjilan" Metode-Nya begitu nyata dan pratikal dan cara-Nya datang secara bersahaja.
Satu ciri yang mewarnai pendekatan Yesus ialah kelas-Nya dilansungkan sepanjang waktu tanpa menghirau sama ada dia sedang melayani orang ramai atau beberapa orang sahaja. Para pengikut selalu berada di samping-Nya untuk memerhatikan cara Dia bersabda dan juga melihat setiap gerak geri-Nya. Kalau mereka tidak mengerti sesuatu, mereka cuma perlu menanyakan Yesus dan meminta Dia untuk menjelaskannya lagi. Misalnya sewaktu Yesus mencerita perumpamaan tentang penabur kepada"orang banyak yang sangat

besar jumlahnya" (Markus 1 :4; Matius 13: 1-9; Lukas 8:4-8), pengikut-Nya telah bertanya "apa maksud perumpamaan itu" (Lukas 8:9; Markus 4: 10; Matius 13:10). Kemudian Yesus menjelaskan erti analogi yang dipakai dalam perumpamaan itu. Dia telah meluangkan kekuatan yang bertiga kali lipat untuk menjelas perumpamaan ini kepada pengikut-pengikut ini dibandingkan dengan penjelasan yang diberikan kepada orang ramai (Matius 13:10-23; Markus 4:10-25; Lukas 8:918).34
Ketika pengikut-pengikut ini tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak faham, Yesus akan mengambil initiatif dan menjelaskan kekeliruan mereka. Misalnya cerita tentang raja yang kaya. Setelah Yes us menangani raja muda yang kaya itu dengan tegas, raja muda itu pergi daripada dia dengan perasaan sedih sebab dia lebih mengasihi kekayaan daripada kerajaan Tuhan. Yesus berpaling kepada pengikut-pengikut ini dan berkata, "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam kerajaan syurga" (Matius 19:23; Markus 10:23; Lukas 18:24). "Murid-murid-Nya begitu mengkagumi perkataan-Nya itu" (Markus 10:24). Tuhan Yesus menjelaskan dengan panjang lebar tentang pendekatan terhadap orang yang bermoral baik ini sambil mengajar mereka menerapkannya dalam kehidupan iman mereka (Markus 10:24-31; Matius 19:24-20:16; Lukas 18:25-30).
PEMUSATAN FOKUS
Metode yang dipakai oleh Tuhan Yesus bukan sahaja berkutbah secara beterus-terusan, Dia juga memakai banyak objek dan illustrasi dalam tunjuk ajar yang diselenggarakan-Nya. Dia tidak pernah memanggil orang lain melakukan sesuatu yang Dia sendiri tidak pernah lakukan. Dengan itu Dia membuktikan bahawa

cara pengajaran-Nya dapat dilaksanakan bahkan releven untuk missi-Nya dalam kehidupan-Nya. Dia dapat melakukan hal ini kerana Dia selalu menyertai. pengikut-pengikut-Nya. Kelas penggemblengan-Nya tidak pernah dibatalkan. Setiap hal yang disabdakanNya, dan dilakukan-Nya merupakan satu pengajaran yang bersifat peribadi dan nyata, maka pengikutpengikut ini berada di sisi-Nya untuk memerhatikannya malahan mereka belajar setiap saat kehidupan mereka.
Cara bagaimanakah mereka dapat mempelajari cara-Nya selain daripada ini? Memberitahu orang lain
apa yang mereka harus lakukan baik tetapi menunjukkan cara pelaksanaannya jauh lebih baik. Orang ramai sedang mencari satu tunjuk ajar dan bukan sahaja penjelasan.
PENERAPAN PRINSIP INI PADA HARI INI
Analisis-analisis ini memberitahu kita yang sedang melatih orang lain bahawa kita mesti bersiap sedia, supaya mereka boleh mengikut kita seperti kita mengikut Yesus. (l Kor 11:1) Kita harus jadi tauladan (Filipi 3:17; 1 Tessalonika 2:7,8; 11 Tim 1:13). Mereka akan melakukan segala yang dilihat dan didengar daripada kita (Filipi 4:9). Kalau kita memberi waktu untuk jenis kepemimpinan ini, tentu sahaja kita dapat menanamkan cara kehidupan kita kepada mereka kita pimpin.
Kita harus menerapkan kebenaran ini dalam kehidupan kita. Kita tidak boleh mengelakkan diri atau menjauhkan diri kita daripada bertunjuk ajar kepada mereka yang kita sedang latih. Dia samping itu, kita harus membuktikan kenyataan Roh Kudus yang mendalam dalam kehidupan kita melalui pelayanan yang pratikal. Tidak ada cara lain yang cukup berkesan selain daripada metode Tuhan kita.
Kita tahu pengetahuan sahaja tidak cukup. Tibalah

masanya bagi kita untuk bertindak. Melepaskan kesempatan dan kehormatan yang diberikan kepada kita juga bererti meniadakan segala sesuatu yang kita perolehi dalam proses pembelajaran. Sesungguhnya pengetahuan yang tidak diapplikasi oleh mereka yang rohani akan menjadi batu sandungan terhadap penerimaan kebenaran rohani yang lebih mendalam. Tidak ada orang lain yang dapat mengerti kebenaran ini dengan lebih baik selain daripada Tuhan kita. Dia menggembleng manusia untuk melakukan satu pekerjaan, dan apabila mereka sudah mempunyai banyak pengetahuan, Dia akan memastikan mereka menggunakannya. Applikasi prinsip ini begitu jelas dan harus dianggapkan sebagai salah satu strategi-Nya untuk menjangkau orang lain melalui orang yang terlatih dan peka dalam kehidupan rohani mereka.
AKU AKAN JADIKAN KAMU PENJALA MANUSIA
MATIUS 4:1

DIA MENGUTUS MEREKA UNTUK BEKERJA
Yesus selalu mengusahakan pelayanan dengan sedemikian supaya sampai pada waktu yang tertentu, pengikut-pengikut-Nya akan mengambil alih pekerjaanNya, dan pergi ke seluruh dunia dengan injil penebusan. Pelan atau rancangan ini makin lama makin dijelaskan kepada mereka sewaktu mereka mengikut Yesus.
Kesabaran Yesus sewaktu Dia menjelaskan hal ini, menampakkan bahawa dia bertimbang rasa terhadap kemampuan mereka untuk belajar. Dia tidak mendesak para pengikut-Nya melakukan suatu pekerjaan kalau mereka belum matang lagi. Pada pertama kali para pengikut diundang untuk mengikut Dia, tak pernah disebut tentang pergi dan menginjiii dunia walaupun ini memang menjadi tujuan-Nya sejak mula-mulanya. Dia terlebih dahulu membimbing pengikut-pengikut ini untuk menjalin satu perhubungan dengan Tuhan, dan menunjukkan kepada mereka cara Dia bekerja, sebelum memberitahu mereka apa yang harus mereka lakukan. Di pihak yang lain pula, Yesus tidak menolak reaksi spontan yang menyebabkan pengikut-Nya bersaksi tentang iman mereka, malahan dia begitu gembira dengan keinginan mereka untuk membawa orang lain

mengenal siapa yang mereka kenali. Andreas membawa Petrus, Filipus membawa Nataniel, Matius mengundang semua kawan-kawannya ke perjamuan yang diadakan di rumahnya dan Yesus menyambut kawan-kawan ini dengan sukacita. Perlu kita perhatikan bahawa Yesus pernah menyuruh merek-a untuk menolong Dia dalam pelayanan-Nya dengan menyebut sedikit mengenainya kepada orang lain. Namun Dia tidak pernah menjadikan penginjilan sebagai perintah yang tegas pada tahap yang awal.
Dia menggunakan pengikut-pengikut ini untuk perkara-perkara yang lain seperti menolong Dia menguruskan keperluan pekerjaan-Nya: menguruskan keperluan jasmani, seperti mendapat makanan dan mengatur tempat tinggal, bagi kelompok yang mengikuti Dia. Dia juga mengizinkan mereka membaptis orang yang terharu oleh berita-Nya (Yahya 4:2).35 Selain daripada itu, kita mungkin merasa terkejut kerana injil menggambarkan bahawa penginjil-penginjil ini tidak melakukan pekerjaan yang lain, melainkan memerhatikan bagaimana Tuhan menjalankan pelayanan-Nya, selama satu atau dua tahun. Dia selalu menetapkan visi untuk mereka melalui aktiviti-Nya, dan sewaktu Dia memanggil keempat nelayan itu, Dia mengingatkan mereka bahawa mereka akan menjadi penjala manusia (Markus 1:17; Matius 4:19; Lukas 5:10) tetapi nampaknya, seakan-akan mereka tidak melakukan tugas ini. Walaupun setelah mereka telah diangkat secara resmi untuk pelayanan beberapa waktu kemudian (Markus 3:14-19; Lukas 6:l3-16), mereka masih tidak menunjukkan bukti bahawa mereka sedang melakukan penginjilan. Observasi seperti ini seharusnya menolong kita untuk lebih bersabar terhadap penganut-penganut baru.

Tetapi sewaktu Yesus bermula pelayanan dan pengembaraan yang ketiga kali di Galilea (Markus 6:6; Matius 9:35), tak dapat dinafikan bahawa Dia menyedari bahawa waktu sudah tibalah bagi kedua belas pengikut ini untuk melibatkan diri secara lansung dalam pekerjaan. Mereka telah melihat cukup banyak pelayanan dan ini memampukan mereka untuk memulakannya. Mereka perlu mempratikkan pekerjaan yang dilihat daripada Tuhan mereka. "Dia memanggil kedua belas murid itu dan mengutus mereka berdua-dua." (Markus 6:7; Matius 10:5; Lukas 9:1, 2). Seperti ibu helang yang mengajar anaknya dengan menolak anakanaknya dari sarang, demikian juga Yesus membimbing pengikut-pengikut ini ke dunia supaya mereka boleh cuba melayani.
Sebelum para pengikut-Nya keluar melayani, Yesus terlebih dahulu memberi mereka petunjuk-petunjuk untuk misi mereka. Segala yang dikatakan oleh Yesus mengenai misi mereka sangat penting untuk pengajian kita, kerana boleh dikatakanIah bahawa Yesus telah meletakkan garisbesar secara eksplisit, untuk perkaraperkara yang diajari-Nya secara implisit selama ini. Pertama-pertama, Dia menegaskan tujuan-Nya dalam kehidupan mereka. Mereka harus pergi dan "memberitakan kerajaan Tuhan dan menyembuhkan orang" (Lukas 9: 1, 2; Matius 10: 1; Markus 6:7). Amanat ini tidak mempunyai sesuatu yang baru, melainkan amanat ini menjelaskan pekerjaan mereka. Namun dalam petunjuk-petunjuk yang baru ini, Dia menegaskan kegentingan tugas mereka dengan pengumuman, "Kerajaan syurga sudah dekat" (Matius 10:7). Dia juga menjelaskan lingkungan kuasa mereka

dengan memberitahu mereka bahawa mereka tidak sahaja menyembuh tetapi juga' 'tahirkan orang kusta; usir syaitan-syaitan dan membangkitkan orang yang mati." (Matius 10:8).
Petunjuk yang disampaikan oleh Tuhan Yesus tidak hanya sampai setakat ini. Dia memberitahu mereka siapa yang mereka perlu berjumpa terlebih dahulu. J anganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota Samaria; tetapi pergilah kepada domba-domba yang hilang daripada umat Israel" (Matius 10; 5, 6). Yesus seakan-akan memberitahu mereka untuk pergi ke tempat yang paling mudah menerima berita mereka. Yesus memulakan pelayanan-Nya dengan cara ini walaupun kemudianNya Dia tidak membataskan Diri-Nya. Oleh kerana sanak saudaralah mempunyai kebudayaan dan latar belakang yang sama dengan mereka, maka wajarlah mereka memulakan pelayanan dengan mereka. Akan tetapi, beberapa bulan kemudian ketika 70 diutus, petunjuk ini tidak diulangi lagi, mungkin kerana tibalah waktu bagi mereka untuk menjangkau mereka yang di luar perikatan bangsa.
U ntuk keperluan. mereka cuma perlu percayakan pemeliharaan Tuhan. Mereka diberitahu bahawa mereka mesti memberi pelayanan mereka dengan cuma-cuma seperti yang mereka terima daripada Tuhan. Kemudian, Yesus memberi petunjuk agar mereka tidak mengambil terlalu banyak bekal untuk perjalanan mereka (Matius 10:9; Markus 6:8, 9; Lukas 9:3). Oleh kerana mereka setia kepada Tuhan maka Tuhan akan memenuhi segala keperluan mereka, "sebab seorang pekerja patut mendapat upahnya." (Matius 10: 10).
MENGIKUT METODE-NYA
Rancangan yang Tuhan Yesus berikan kepada mereka

lebih khusus lagi. Mereka harus mencari di setiap bandar orang yang ramah dan tinggal di sana selama mereka menjalankan pelayanan penginjilan mereka. "Apabila kamu masuk kota atau desa, carilah di situ seorang yang layak dan tinggallah dengannya sampai kamu berangkat." (Matius 10:11; Markus 6:10; Lukas 9:4). Bahkan para pengikut ini disuruh untuk menumpukan waktu mereka untuk beberapa orang yang berpotensi supaya pekerjaan mereka boleh dilanjutkan oleh mereka sesudah mereka meninggalkan tempat itu. Hal ini diberikan keutamaan bandingkan dengan perkara yang lain. Dan apabila tidak ada seorang pun yang mahu mendengar perkataan mereka, mereka harus keluar dan tinggalkan rumah atau kota itu dan kebaskan debu daripada kaki mereka. Tuhan Yesus berkata kepada mereka, "Sesungguhnya pada hari penghakiman tanah Godom dan Sodom akan menerima tanggungan yang lebih ringan daripada kota itu." (Matius 10:14, 15; Lukas 9:5; Markus 6:11). Prinsip mendirikan pusat pertemuan yang penting di tempat yang baru serta memilih pemimpin-pemimpin tidak boleh diremehkan. Yesus telah menggunakan cara yang sama, dan Dia juga mengharapkan mereka melakukan sedemikian. Seluruh rancangan penginjilan tergantung pada metode ini. Di sebaliknya, tempat-tempat yang menolak kedatangan pengikut-pengikut ini akan menerima penzhakiman kegelapan atas diri mereka sendiri.
MENGJANGKA PENDERITAAN
Yesus menegaskan bahawa pengikut-pengikut akan ditolak oleh orang yang tertentu, maka tidaklah hairan kalau kemudiannya mereka diperlakukan sedemikian. "Tetapi waspadalah terhadap semua orang; kerana ada yang akan menyerahkan kamu kepada majelis agama, dan kamu akan disesah di rumah ibadah mereka. Dan

kerana Aku, kamu akan didakwa di hadapan penguasapenguasa dan raja-raja sebagai satu kesaksian kepada mereka dan orang-orang yang tidak mengenal Tuhan." (Matius 10:17,18). Ini merupakan perkara yang biasa kerana seorang murid tidak lebih daripada gurunya atau seorang hamba daripada tuannya." (Matius 10:22, 23). Walau bagaimanapun, Yesus memberitahu mereka agar mereka tidak takut. Tuhan tidak akan meninggalkan mereka. Walaupun kesaksian mereka akan mendatangkan banyak kebahayaan kepada mereka, Roh kudus akan menolong mereka pada waktu kecemasan (Matius 10: 20, 21). Apa pun yang terjadi, Yesus berkata, "Setiap orang yang mengakui Aku di depan manusia, Aku juga akan mengakuinya di depan Bapaku yang di syurga." (Matius 10:32).
Tuhan Yesus selalu mengingatkan pengikut-pengikut ini secara realistik tentang kekuatan musuh, mahupun penolakkan manusia terhadap injil penebusan. Sesungguhnya peringatan Dia kepada mereka ialah, "Ingatlah! Aku mengutus kamu seperti domba di tengah-tengah serigala." (Matius 10:16). Meskipun mereka bersopan santun dan berhati-hati dengan katakata mereka, tetap mereka harus menerima fakta bahawa dunia ini tidak akan menerima mereka dengan baik ketika mereka menyampaikan injil dengan setia. Mereka bagaikan domba yang diutus di tengah-tengah serigala! (Matius 10: 16).
INJIL YANG MEMISAHKAN
Harus diambil dalam perhatian bahawa Yesus juga mengingatkan mereka tentang sifat ketegasan yang terdapat pada undangan Khabar Baik. Injil tersebut tidak berkompromi dengan dosa, maka orang yang tinggal berjauhan dengan Tuhan, tentu akan merasa terganggu oleh khutbah mereka. Mereka tidak boleh

berbasa basi dan membiarkan keadaan suam-suam untuk berlanjutan. "J angan kamu menyangka, bahawa
Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. Sebab Aku datang bukan untuk memisahkan orang daripada ayahnya, anak perempuan daripada ibunya, menantu perempuan daripada ibu mertuanya, dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya. Barangsiapa mengasihi bapa dan ibunya lebih daripada Aku, dia tidak layak bagiku. Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, Dia tidak layak bagiku." (Matius 10:34-38). Andaikata para pengikutNya mempunyai pra anggapan bahawa pelayanan mereka mudah, maka tentu pada saat ini segalanya telah dihapuskan. Mereka akan pergi dengan injil yang bersifat revolusioner yang akan mengakibatkan pengubahan yang revolusioner dalam kehidupan manusia dan masyarakat mereka.
Satu hal yang ingin ditegaskan oleh Tuhan Yesus dalam petunjuk-petunjuk ini ialah missi yang akan dijalankan oleh pengikut-pengikut-Nya tidak berbeza daripada metode-Nya sendiri. Dia memulakannya dengan memberi kuasa dan mandat-Nya untuk menjalankan pekerjaan-Nya (Markus 6:7; Matius 10:1; Lukas 9:1), dan Dia menyakinkan mereka bahawa apa yang mereka sedang lakukan itu seakan-akan menyerupai apa yang Dia sedang lakukan untuk diriNya sendiri.
"Barangsiapa menyambut kamu, dia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, dia menyambut Dia yang mengutus Aku" (Matius 10: 40; Yahya 13:20). Demikianlah identiti mereka! Pengikut-pengikut ini sebenarnya wakil Kristus. Yesus menjelaskan bahawa

barangsiapa memberi secawan air sajapun kepada salah seorang yang kecil, kerana dia murid-Nya, sesungguhnya, dia tidak akan kehilangan upahnya. (Matius 10:42).
Yesus menyuruh pengikut-pengikut ini untuk melayani berpasangan. "Dia memanggil kedua belas murid itu dan mengutus mereka berdua-dua." (Markus 6:7)36
Tak dapat disangkallagi, Dia ingin memberi pengikutpengikut ini persekutuan di sepanjang perjalanan mereka. Mereka dapat saling menolong dan ketika berhadapan dengan keadaan yang sulit mereka boleh saling menghibur sesama. Persahabatan mereka menggambarkan ciri-ciri persekutuan yang dikehendaki oleh Tuhan Yesus.
"Lalu pergilah mereka memberitakan orang bahawa mereka harus bertaubat," dan mereka mengusir banyak iblis, dan mengurapi ramai orang sakit serta menyembuhkan mereka" (Lukas 9:6; Markus 6: 12). Kelompok pengikut yang kecil ini mula menangani pelayanan Kristus.
Tentu sahaja, ini tidak bererti Kristus mengabaikan pekerjaan-Nya. Dia tidak menyuruh sesiapa pun untuk melakukan pekerjaan yang mereka tidak rela. Oleh kerana demikian, ketika pengikut-pengikut ini keluar melayani, Tuhan Yesus, "Pergilah Dia dari sana untuk mengajar dan memberitakan Injil di dalam kota-kota mereka" (Matius 11: 1).
Setelah beberapa bulan kemudian, ketujuh puluh pengikut yang lain diutus berpasangan untuk bersaksi bagi Tuhan (10:1). Kita tidak dapat memastikan siapakah ketujuh puluh pengikut ini, tetapi kita mempunyai bukti bahawa mereka termasuk kelompok kedua belas

pengikut Yes us. Pertambahan bilangan pengikut ini mungkin juga disebabkan oleh aktiviit penginjilan yang kian giat di antara pengikut.
Petunjuk-petunjuk yang diberikan kepada kelompok besar ini sama dengan petunjuk-petunjuk yang diberi kepada kelompok 12 orang ini. (Lukas 10:2-16). Satu petunjuk tambahan' 'ke setiap kota dan tempat yang hendak dikunjungi-Nya." (Lukas 10:1). Pengikutpengikut ini merupakan utusan-utusan yang mempersiapkan segala sesuatu yang diperlukan oleh Yesus dalam pelayanan-Nya. Segala sesuatu yang diperlukan dalam pelayanan-Nya sudah disampaikan oleh Yesus kepada mereka beberapa minggu awal sebelum mereka pergi ke Samaria. (Lukas 9:52), maka pelayanan ini bukan sesuatu yang mereka tidak mempunyai pengetahuan sama sekali. Semuanya ini menyatakan bahawa mereka perlu menerapkan segala sesuatu yang pernah mereka belajar daripada strategi penginjilan ketua mereka.
PERINTAH-PERINTAH SESUDAH KEBANGKITAN
Prinsip memberi tugasan penginjilan kepada para pengikut-Nya, diberikan secara muktamad sebelum Dia kembali ke syurga, sesudah penyaliban dan kebangkitan-Nya. Dia menemukan mereka hampir empat kali serta menyuruh mereka untuk pergi dan melakukan pekerjaan-Nya. Yesus pertama kali menyebutkan hal ini kepada pengikut-pengikut ini, kecuali Tomas, ketika mereka berada di loteng atas. Kemudian Yesus menunjukkan tangan-Nya dan kaki-Nya yang terpaku kepada pengikut-pengikut yang terkejut ini (Lukas 24:38-40), dan makan bersama mereka (Lukas 24:41-43). Kemudian Dia berkata kepada mereka, "Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian

juga sekarang Aku mengutus kamu" (Yahya 20:21).
Tuhan Yesus menyakinkan mereka lagi tentang perjanjian dan kuasa Roh Kudus dalam pelayanan mereka.
Beberapa waktu kemudian, Yesus makan sarapan bersama dengan pengikut-pengikut ini di tepi laut
Tiberias. Pada waktu itu, Dia menyuruh Petrus memberi makanan kepada domba-Nya, sebanyak tiga kali (Yahya 21:15, 16, 17). Arahan ini ditafsirkan oleh
nelayan yang berbadan besar ini sebagai tanda kasihNya kepada Tuhan.
Di atas sebuah gunung di Galilee, Dia memberi
Amanat Agung-Nya tidak hanya kepada kesebelas pengikut itu, (Matius 28:16) tetapi kepada seluruh gereja yang berjumlah 500 orang (1 Kor 15:6). Dia memberi
pengumuman yang jelas mengenai strategi memenangi dunia," KepadaKu telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi. Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu sentiasa sampai ke akhir zaman." (Matius 28:1820; Markus 16:15-18).
Akhirnya, sebelum Dia kembali ke Bapa-Nya, Yesus mengulangi semua yang pernah diajarkan kepada pengikut-pengikut ini, dan menunjukkan bagaimana ia harus digenapi iaitu seperti sewaktu Dia bersama mereka (Lukas 24:44, 45). Penderitaan-Nya, kematian-Nya dan kebangkitan-Nya tiga hari sesudah kematian-Nya semuanya mengikut jadual yang ditentukan oleh Tuhan (Lukas 24:46). Yesus menunjukkan kepada para pengikut-Nya bahawa, "pertaubatan dan pengampunan dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, mulai dari Yerusalem" (Lukas 24:47). Sesudah mengenapi pekerjaan ini, pengikut-pengikut terbukti mampu

melaksanakan pekerjaan Tuhan. Mereka alat manusia yang mengumumkan berita baik, dan Roh Kuduslah
yang akan memenuhi mereka dengan kuasa untuk misi mereka. "Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan men
jadi saksiKu di seluruh Yudea, dan Samaria dan sampai ke ujung bumi." (Kisah Para Rasull:8; Lukas 24:48, 49).
Jelaslah Yesus tidak membiarkan pekerjaan penginjilan-Nya ditafsirkan sesuka hati manusia atau dilaksanakan menurut kesenangan mereka. Dia memberi perintah khusus walaupun pada permulaan penggemblengan pengikut-pengikut ini hanya merupakan suatu dorongan, tetapi lama kelamaan menjadi jelas dalam pemikiran mereka, ketika mereka mengikut Dia dan akhirnya dinyatakan dalam penyataan yang jelas. Tidak ada sesiapa yang mengikut Tuhan Yesus sedemikian akrab dapat mengelakkan diri daripada kesimpulan sedemikian. Kalau penginjilan itu merupakan suatu perintah pada waktu itu, demikian juga ia harus menjadi perintah pada hari ini.
Pengikut-pengikut Kristian adalah orang yang diutus yakni diutus untuk pekerjaan penginjilan yang pernah dilakukan oleh Yesus yang diutus, dan demi misi ini
Dia telah memberi nyawa-Nya. Penginjilan bukanlah suatu pilihan dalam kehidupan kita. Ia merupakan denyutan jantung panggilan kehidupan kita. Penginjilan ialah amanat gereja yang memberi maksud kepada segala sesuatu aktiviti yang dilaksanakan dalam namaNya. Dengan penginjilan sebagai fokus kita, maka segala sesuatu yang dikata dan dilakukan harus mempunyai penggenapan penebusan Tuhan sebagai permulaan - institusi pendidikan, program sosial, hospital-

hospital, persekutuan gereja yang pelbagai jenis harus bertujuan mengenapi misi ini.
Tidaklah cukup kalau kita hanya menjadikan pelajaran ini sebagai ukuran atau cita-cita sahaja. Mereka yang mengikut luruselamat kita harus menghasilkan buah yang nyata. Cara yang paling baik untuk memasti
kan pekerjaan ini dilakukan ialah memberi tugasan yang pratikal dan menjamin penginjilan dilaksanakan. Kalau orang ini bermula pekerjaan ini, dan mereka juga melihat pekerjaan ini terlaksana dalam kehidupan guru mereka, maka tidak ada alasan yang dapat menghalang penyelesaian pekerjaan ini. Apabila gereja mengambil sikap yang sungguh-sungguh terhadap pelajaran ini, pasti mereka yang berada di dalam gereja, juga akan tergerak untuk memulakan sesuatu bagi Tuhan.
Namun, seseorang yang memulakan sesuatu pelayanan tidak selalunya melanjutkannya. Sesudah kelembapan pertama diatasi, seseorang harus tetap bergerak ke arah yang betul. Tuhan Yesus tidak memberi tugasan kepada pengikut-pengikut ini tanpa terlebih dahulu menggembleng mereka di sekolah pelatihan
Nya. Mereka mempunyai cukup waktu untuk belajar sebelum mereka dapat dianggap lulus, dan kalau waktu ini belum tiba, Dia tidak akan membiarkan mereka pergi tanpa pengarahan peribadi-Nya. Pusat perhatian pada tahap ini begitu eksplisit, dan metode-Nya begitu jelas, sehingga strategi ini boleh dianggap sebagai satu langkah lagi ke arah kemenangan.

BELUM JUGAKAH KAMU MENGERTI?
MARKUS 8:17
DIA MENGAWASI MEREKA
Yesus selalu berkumpul bersama dengan pengikutpengikut ini dan mengawasi setiap pergembaraan penginjilan mereka. Dia mendengar laporan mereka dan juga memberitahu mereka apa yang sedang dilakukan oleh diri-Nya dan berkat yang diperolehi dalam pelayanan-Nya yang menyerupai pelayanan mereka. Kalau direnung, kita boleh mengatakan pelayanan Tuhan
Yesus bersilih ganti antara memberi ajaran dan memberi tugasan. Setiap waktu bersama mereka akan digunakan dengan baik oleh Yesus, sama ada untuk menjelaskan pelayanan mereka atau mempersiapkan mereka untuk pengalaman yang baru. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dia, contoh-contoh, peringatan dan amaran serta teguran bertujuan mengemukakan perkara-perkara yang mereka perlu tahu demi mengenapi pekerjaan-Nya yakni penginjilan dunia.
Jadi, tidak lama sesudah kedua belas ini diutus, mereka berkumpul bersama dengan Tuhan Yesus dan memberitahu kepada-Nya semua yang dikerjakan dan diajarkan mereka (Markus 6:30; Lukas 9: 10). Dari catatan Alkitab, kita boleh menganggap pertemuan ini sebagai sesuatu yang telah dirancangkan mereka terlebih

dahulu, dan oleh kerana itu pengembaraan untuk pelayanan tanpa Yesus cuma merupakan tugasan praktikal.
Pengumpulan para pengikut ini juga memberi mereka peluang untuk merehatkan badan dan jiwa mereka sesudah setiap penginjilan.
Pembimbingan lanjutan yang dilakukan oleh Yesus atas pekerjaan pengikut-pengikut setelah perkunjungan mereka digambarkan dengan begitu hidup dan jelas. Ini membuktikan Yesus mempunyai strategi sepanjang hidup-Nya. Sewaktu dia meninjau pengalaman mereka, Dia juga memberi beberapa applikasi pratikal untuk kehidupan mereka.
Misalnya, mari kita melihat satu illustrasi, yakni bagaimana Dia menanggapi kegagalan para pengikut untuk menyembuh seorang budak yang dirasuk iblis. Kejadian ini terjadi secara mendadak ketika
Tuhan Yesus berada di gunung Transfigurasi bersama dengan Petrus, Yakub, dan Yahya. Sewaktu mereka tidak berada di situ, pengikut-pengikut yang lain cuba menyembuhkan budak yang telah dirasuk oleh iblis, yang telah dibawa oleh bapanya kepada mereka. Kes itu melampaui kesanggupan iman mereka dan mereka tidak dapat mengusir iblis. Ketika Yesus kembali untuk melihat keadaan pelayanan mereka, didapati-Nya seorang ayah yang gelisah serta seorang anak yang terpelanting di tanah di depan pengikut-pengikut yang tak dapat berbuat apa-apa. Tentu saja, Yesus, menangani budak itu, tetapi Dia tidak membiarkan peristiwa itu berlalu tanpa memberi pengikut-pengikut yang frustrasi ini satu pelajaran yang sangat diperlukan oleh mereka. Mereka belajar bahawa hanya melalui doa dan puasa

mereka dapat memperolehi kesetiaan Tuhan. (Markus 9: 17'-29; Matius 17: 14-20; Lukas 9:37-43).
Atau, mari kita renungkan cara Dia mengingatkan mereka tentang peranan mereka sewaktu mereka memberi makanan kepada orang ramai. Dia menarik perhatian mereka kepada kekuasaan-Nya namun pada waktu yang sama Dia juga mengajar mereka tentang ketajaman rohani (Markus 6:30-44; 7:31-8:9; 13-21; Matius 14:13-21; 15:29-38; Lukas 9:10-17; Yahya 6:1-13). Peristiwa ini terjadi sewaktu mereka berada di dalam perahu dan sedang melintasi laut Galilea dan pada waktu itu Tuhan baru mengecam sikap mereka yang terlalu mementingkan tanda; khususnya salah satu golongan agama pada waktu itu (Markus 8:10-12; Matius 15:39-16:4). Tuhan Yesus yang merasa tidak senang dan susah hati kerana kejadian di seberang tasik itu, berpaling kepada pengikut-pengikut ini dan berkata:
"Berjaga-jagalah dan awaslah terhadap ragi orang Farisi dan ragi Herodes." Tetapi para pengikut-Nya yang lamban hati dan lapar pada saat itu, dan yang hanya mempunyai sebuku roti berfikir bahawa Tuhan
Yesus melarang mereka membeli roti daripada orang kafir, maka mereka bertanya-tanya sesama dari manakah mereka akan mendapat makanan mereka. Tuhan
Yesus menyedari bahawa mereka telah bersalah faham akan pelajaran rohani-Nya, berkata demikian: "Dan ketika Yesus mengetahui apa yang mereka perbincangkan, Dia berkata: Mengapa kamu membincangkan soal tidak ada roti? Belum jugakah kamu faham dan mengerti? Tetapi degilkah hatimu? Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi, pada waktu Aku memecah-mecahkan lima roti untuk lima ribu orang itu, berapa bakul penuh dengan potongan-potongan roti yang kamu kumpul-

kan? Jawab mereka: Dua belas bakul." (Markus 8:17-19).
Tidak dapat diragu lagi, teguran ini mengingatkan mereka pada hari itu, ketika orang ramai memerlukan makanan malam, dan bagaimana Tuhan Yesus melaksanakan mukjizat atas beberapa buku roti. 37 Mereka ingat juga, bagaimana Dia menggunakan mereka untuk membagikan makanan kepada orang ramai, sehingga mereka mendapat cukup bekalan makanan, dan kemudian mengumpulkan sisanya. Sesungguhnya kejadian itu masih segar di dalam ingatan mereka, kerana pada waktu itu setiap pengikut mempunyai sebakul roti yang penuh. Demikian juga mereka masih ingat mereka mempunyai tujuh bakul sisa roti sesudah menyuap empat ribu orang itu. Alkitab tidak memberitahu kita tentang jangka waktu pelayanan pratikai mereka. Jangka waktunya mungkin berlansung beberapa hari atau seminggu. Yang penting di sini bukanlah jangka waktu tapi pengikut-pengikut ini dapat menceritakan pengalaman mereka antara sesama, sesudah pelayanan neraka.
Demikian juga, sesudah ketujuh puluh pengikut itu keluar melayani beberapa jangka waktu, Yesus memanggil mereka untuk memberi laporan. Kemudian ketujuh puluh murid itu kembali dengan gembira dan berkata: "Tuhan, iblis-iblis juga takluk kepada kami demi nama-Mu." (Lukas 10:17). Alkitab tidak mencatat tentang kemenangan mereka yang lebih awal, tetapi secara khusus pada waktu ini, mereke telah dilaporkan menang. Hal ini mungkin disebabkan mereka telah memperolehi lebih banyak pengalaman. Tidak ada perkara lain yang dapat memberi Tuhan Y esus begitu banyak kesukaan selain daripada hal ini. Sedang Dia membayangkan kemenangan pekerjaan mereka, Yesus berkata, "Aku melihat iblis jatuh seperti
kilat dari langit." (Lukas 10: 18). "Pada waktu itu juga bergembiralah Y esus dalam Roh Kudus dan berkata, Aku bersyukur kepada-Mu" dan memuji Tuhan Bapa atas segala pekerjaan-Nya (Lukas 10:21,22). Pelayanan yang telah dilakukan oleh Yesus berbulan-bulan kini
ternampaklah hasilnya. Yesus begitu pintar dan peka menggunakan setiap pengalaman untuk mengajar kebenaran pada waktu ini, Dia memberi amaran kepada para pengikut-Nya agar jangan terlalu bermegah atas kejayaan mereka. "Namun demikian janganlah bersukacita kerana roh-roh itu takluk kepadamu, tetapi bersukacitalah kerana namamu ada terdaftar di syurga." (Lukas 10:20).
Berdasarkan bukti-bukti kuasa mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan Y esus maka mereka seharusnya tidak boleh ragu-ragu terhadap kemampuan-Nya untuk memberi roti jika diperlukan oleh mereka. "Ketika itu barulah mereka mengerti bahawa maksudnya bukan supaya mereka waspada terhadap ragi roti, melainkan terhadap ajaran orang Farisi dan Saduki." (Matius 16:21).
TENTANG

KESABARAN
Salah satu pengajaran Tuhan Yesus yang paling tajam terjadi berekoran dengan sikap para pengikut-Nya terhadap pekerjaan orang lain, yang tidak termasuk dalam rombongan para rasul ini. Sewaktu mereka berada dalam perjalanan, mereka bertemu dengan beberapa orang yang sedang mengusir iblis dalam nama Tuhan Yesus. Oleh kerana mereka bukan daripada denominasi yang sama, pengikut-pengikut ini menegur mereka (Markus 9:38; Lukas 9:49). Walaupun Tuhan Yesus merasa mereka sedang melakukan perkara yang betul, tetapi ketika mereka melaporkan hal ini kepada-Nya,

Dia terbeban mengajar mereka tentang mengecewakan usaha murni yang dilakukan oleh orang lain demi Dia. (Markus 9:39-50; Matius 18:6-14). Yesus berkata: "Guru, kami lihat seorang mengusir iblis demi namaMu, lalu kami cegah orang itu, kerana dia bukan pengikut kita." Kemudian Dia cuba menerapkan pengajaran untuk orang yang tidak bersalah, khususnya kanak-kanak, "Barangsiapa menyesatkan salah seorang daripada kanak-kanak kecil yang percaya ini, lebih baik baginya jika sebuah batu diikatkan pada lehernya lalu dibuang ke dalam laut" (Markus 9:42). "Demikian juga Bapamu yang di syurga tidak menghendaki supaya seorangpun daripada kanak-kanak ini hilang" (Matius 18: 14).
Pada suatu perjalanan yang lain, para pengikut menerima penolakan daripada orang Samaria sewaktu menjalankan tugasan yang diberikan Tuhan Kita. Mereka segera menurut dorongan naluri mereka, yang mahu memanggil api dari syurga untuk membinasakan orang Samaria (Lukas 9:51-54). "Akan tetapi Dia berpaling dan menegur," dan bertambah, "Engkau tidak pantas bersikap demikian. Kerana anak manusia tidak datang untuk membinasakan manusia melainkan untuk menyelamatkan mereka" (Lukas 9:55,56). Dan kemudian Dia tunjukkan kepada para pengikut-N ya bagaimana Dia boleh menyelesaikan masalah ini, "Lalu mereka pergi ke desa yang lain." (Lukas 9:56)
Banyak contoh lain yang dapat kami kutip untuk menunjukkan bagaimana Y esus mengawasi tindakan dan reaksi para pengikut-Nya terhadap masalah sulit yang dihadapi oleh mereka dalam pelayanan mereka. Dia mengawasi mereka dengan dekat, dan memberi mereka lebih banyak perhatian ketika pelayanan-Nya

di dunia hampir mengakhiri. Dia tidak hanya membiarkan mereka sendiri dalam kejayaan mahupun
kegagalan mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka, tetap mereka mempunyai lebih banyak untuk belajar atau untuk dilayani. Dia merasa sukacita dengan kejayaan mereka, tetapi yang menjadi sasaran-Nya ialah kemenangan dunia, dan Dia selalu mengarah mereka untuk mencapai sasaran-Nya."
Di sinilah tersedia satu contoh "berkhidmat sambil belajar" yang terbaik. Yesus akan membimbing pengikut-pengikut ini untuk mengalami sesuatu, atau menyuruh mereka membuat observasi sendiri, dan kemudian
Dia akan menyampaikan pengajaran untuk penggemblengan mereka. Oleh kerana mereka pernah cuba melakukan pekerjaan-Nya, walaupun mereka gagal, pengalaman ini menyedari mereka akan kekurangan mereka, dan mereka juga berkesempatan belajar daripada tunjuk ajar Tuhan. Tambahan pula, pertemuan mereka dengan situasi kehidupan memampukan Tuhan Yesus menentukan sasaran yang tepat dalam pengajaran-Nya dan menyatakannya secara konkrit. Biasanya seseorang akan menghargai pendidikan sesudah dia mempunyai kesempatan untuk mengapplikasi apa yang pernah dipelajarinya.
Satu hal yang penting dalam pengarahan yang diberi oleh Yesus, ialah arahan-Nya mengarah pengikutpengikut ini ke sasaran yang telah ditentukan oleh Dia untuk mereka. Dia tidak mengharapkan pekerjaan yang di luar kemampuan mereka, tetapi Dia mengharapkan yang terbaik daripada mereka, dan Dia mengharapkan kemajuan mereka semakin bertumbuh dalam anugerah dan rahmat. Rancangan-Nya untuk mengajar mereka dengan contoh, tugasan dan selalu mengawal mereka, bertujuan untuk mendatangkan hasil yang terbaik.

Pada hari ini kita tetap memerlukan pengarahan yang
tegas namun juga sabar untuk menggembleng orang lain untuk tugas penginjilan. Seseorang tidak boleh menyangka dia sudah melakukan tugasnya kerana telah menunjukkan seseorang bagaimana melakukannya, dan mengharapkan hasil yang cemerlang. Banyak perkara dapat menghalangi dan menyimpang pekerjaan ini, dan kecuali perkara-perkara ini ditangani oleh orang yang mahir dan penuh dengan pengertian, seseorang pekerja akan merasa kecewa dan kegagalan. Demikian juga banyak pengalaman rahmat Tuhan yang dialami oleh jiwa seseorang, perlu dijelaskan dan diperdalami dengan penafsiran maksudnya menurut misi Kristus di seluruh dunia. Betapa pentingnya, untuk orang yang terlibat dalam pekerjaan penginjilan menerima pengarahan peribadi hingga ke suatu ketika dia sudah mantap untuk melaksanakannya.
Kita harus mengingat juga, bahawa sasarannya ialah memenangi dunia. Kita tidak boleh membiarkan perhatian lain menghalangi strategi ini. Banyak kali seseorang telah dibawa ke dalam pelayanan tanpa diberi penggemblengan dan inspirasi yang selanjutnya. Akibatnya, hasil yang diperolehi daripadanya cuma sekedar semangat yang berkorbar-korbar sahaja dan tidak ada pertumbuhan. Kemampuan dan potensi yang terdapat pada seseorang pekerja tidak pernah dilatih, dan tidak lama kemudian seseorang pekerja akan gagal akibat kekurangan pengarahan. Kemenangan yang hilang ini sebenarnya harus menjadi bahagian kita. Apa yang pernah dilihat sebagai sesuatu yang baik kemudian menjadi batu sandungan saja. Tidak dapat dinafikan lagi, banyak daripada usaha

kita untuk kerajaan Tuhan lenyap begitu sahaja. Kita gagal, bukan kerana kita tidak melakukan sesuatu, tetapi kita membiarkan usaha yang tak sungguhsungguh menjadi alasan kita untuk tidak melakukan lebih banyak. Hasilnya kita kehilangan buahnya kerana tidak bekerja dengan baik-baik dan mensia-siakan pengorbanan dan kerajinan kita.
Bilakah kita akan belajar dari contoh Kristus yang tidak puas hanya kerana Dia melihat hasil pertama daripada mereka yang diutus untuk bersaksi? Para pengikut perlu dibentuk ke kedewasaan. Kita tidak ada pilihan yang lain untuk mencapai kemenangan yang tuntas, dan ladang kita ialah dunia. Kita tidak dipanggil untuk mempertahankan benteng, tetapi juga dipanggil mengharungi kecapaian yang tinggi. Pengertian seperti inilah yang memampukan kita mengerti strategi penginjilan Tuhan Yesus yang selanjutnya.

PERGI DAN MENGHASILKAN BUAH
YAHYA 15:16
DIA MENGKEHENDAKI MEREKA MENGHASILKAN BUAH
Tuhan Yesus mengkehendaki pengikut-pengikut ini menghasilkan sifat yang ada pada Diri-Nya, di dalam dan melalui gereja yang terdiri daripada orang yang terkumpul dari dunia. Dengan ini, pelayanan-Nya dalam Roh Kudus akan menjadi berlipat ganda melalui kehidupan pengikut-pengikut ini. Melalui mereka dan orang lain, lingkungan orang yang percaya tetap akan bertambah sehingga pada suatu ketika orang ramai akan memiliki kesempatan untuk mengenal apa yang mereka kenal dalam Yesus. Suatu kesan timbal balik yang talitemali sudah terjadi dalam hal ini. Dengan memakai strategi ini, sasaran untuk memenangi dunia cuma tergantung pada waktu dan kesetiaan kita kepada rencana-Nya.
Tuhan Yesus telah membentuk di dalam diri para pengikut-Nya suatu struktur gereja yang dapat menantang dan mengatasi kuasa maut dan neraka. Gereja ini bermula seperti sebiji sesawi yang kecil, tetapi apabila sudah bertumbuh, sesawi itu lebih besar daripada sayuran yang lain. (Matius 13:32; Markus 4:32; Lukas 13:18, 19). Yesus tidak mengharapkan semua orang

diselamatkan (Dia menyedari sifat pemberontak yang ada pada manusia walaupun anugerah tersedia bagi mereka), tetapi Dia melihat jauh ke depan, ke suatu ketika apabila injil akan diberitakan kepada setiap insan. Melalui kesaksian ini, gereja yang berjuang akan menjadi gereja yang sejagat, dan gereja yang menang! Namun kemenangan ini tidak mudah tercapai. Banyak orang akan menderita penganiayaan dan mati syahid dalam perang ini. Walaupun betapa banyak yang akan terugi akibat pertempuran yang kecil, gereja pada akhirnya tetap akan menang." Tidak ada sesuatu pun yang boleh mengatasinya, "alam maut tidak akan menguasainya." (Matius 16:18).
Keyakinan-Nya yang begitu menakjubkan didasarkan pada pengetahuan- Nya mengenai orang yang menyembah Dia pada waktu itu. Dia tahu bahawa para pengikut-Nya sekurang-kurangnya telah mempelajari inti kemuliaan-Nya. Petrus, jurubicara kelompok pengikut ini menyimpulkan keyakinannya dengan, "Engkau adalah Mesias, Anak Tuhan yang hidup!" (Matius 16: 16; Markus 8:29; Lukas 9:20). Inilah kebenaran yang tidak dapat dihancurkan, dan atas dasar inilah Yesus mendasarkan kemenangan-Nya, "Dan Akupun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaahku dan alam maut tidak dapat menguasainya." (Matius 16: 18).
Penekanan perkataan-perkataan ini memberi indikasi tentang initiatif manusia untuk menjayakannya. Tanpa mengendahkan maksud yang mungkin tertimbul akibat tafsiran ekklesiastika dari perenggan ini, kita sekurangkurangnya, bersetuju bahawa perkataan Tuhan Yesus ini ditujukan kepada seseorang yang mengaku imannya

pada Tuhan." Sesungguhnya, kesedaran bahawa Tuhan adalah Anak Tuhan bukanlah sesuatu yang direka
rekakan oleh Petrus, kerana hal ini dinyatakan oleh Yesus (Matius 16: 17).
Wahyu ini mengalir di dalam darah dan tubuhnya, sehingga pengakuan yang diakui dengan setia kepada orang lain, tentu akan menyebabkan gereja menang." Bagaimana mungkin gereja dibinasakan? Iman para rasul dalam Kristus begitu tertanam dalam jiwa mereka, bagaikan batu yang teguh - batu yang dikenali oleh Petrus sebagai, "Batu penjuru" dan pengikutpengikutnya bagaikan "batu hidup" untuk membangunkan gereja. (1 Petrus 2:4-8; Efesus 2:20-22).42
Namun kita tidak boleh gagal melihat bahawa suatu perhubungan wujud di antara usaha bersaksi untuk Kristus dan kemenangan muktamad atas dunia. Kemenangan tak mungkin wujud tanpa kesaksian. Menggabungkan kedua fakta ini dengan kuasa Roh Kudus merupakan strategi penginjilan Tuhan Yesus yang paling bijaksana.
Kemenangan ini tergantung pada para pengikut-Nya, merekalah askar yang akan meluaskan misi-Nya, "yang percaya kepadaku oleh pemberitaan mereka" (Yahya 17 :20), dan orang yang diinjili inilah yang akan menyampaikan berita-Nya kepada orang lain sehingga dunia ini akan mengenal Diri-Nya Siapa dan kenapa Dia datang ke dunia. (Yahya 17:21, 23). Seluruh strategi penginjilan-Nya yakni tujuan kedatangan-Nya ke dunia ini, kematian-Nya di kayu salib dan kebangkitan-Nya dari kubur tergantung pada kesetiaan beberapa pengikut yang terpilih ini untuk memberitakannya. Metode yang digunakan oleh mereka tidak menjadi soal, yang penting ialah mereka menghasilkan buah dan mengajar peng-

ikut-pengikut yang lain untuk menghasilkan buah. Inilah cara yang harus dipakai oleh gereja untuk memenangi orang. Kita menggunakan beberapa orang yang mengenal J uruselamat dengan akrab, dan yang dipenuhi oleh Roh Kudus serta yakin akan metodeNya serta terdorong untuk bersaksi. Cara ini kedengaran mudah tapi sesungguhnya cara inilah yang dipakai oleh injil untuk menang. Tuhan Yesus tidak mempunyai rancangan dan cara yang lain.
Adakah pengikut-pengikut ini akan meneruskan pekerjaan-Nya sesudah Dia telah pergi? Di sini terletak ujiannya. Adakah mereka dapat melaksanakan pekerjaan yang baik tanpa kehadiran-Nya secara jasmani? Pertanyaan ini kedengaran terlampau batas. Namun, kalau pengikut-pengikut ini tidak mencapai tahap ini,
Tuhan Yesus tidak boleh memastikan adakah segala perhatian yang diberikan kepada mereka akan membawa hasil yang setimpal. Kalau mereka gagal memberi
Roh-Nya dan metode-Nya kepada orang lain yang dapat meneruskan pekerjaan, maka pelayanan-Nya kepada mereka untuk beberapa tahun itu akan merupakan sesuatu yang sia-sia sahaja, dan tidak akan menghasilkan buah.
Atas sebab-sebab inilah, Yesus seringkali menegaskan betapa penting dan perlunya untuk menghasilkan buah dalam kehidupan-Nya. Satu contoh yang digunakan oleh Yesus ialah perumpamaan pohon anggur dan cabangnya (Yahya 15:1-17). Perumpamaan ini sungguh mudah namun ia merupakan analogi yang amat berkesan daripada Tuhan. Kristus menjelaskan tujuan pohon anggur (Dia Sendiri) dan cabang-cabangnya (pengikut-pengikut Kristus) ialah untuk berbuah. Oleh kerana itu, setiap cabang yang tidak menghasilkan buah

akan dikerat oleh pekebunnya kerana cabang itu tidak bernilai. Setiap cabang yang berbuah akan dibersihkanNya supaya dapat lebih banyak berbuah (Yahya 15:2). J elaslah kuasa yang mendukung hidup tidak dikurnia pada cabang-cabang yang tidak mempunyai hidup. Setiap cabang yang bergantung pada pohonnya harus berbuah kerana itulah tujuan keberadaannya. Yesus kemudian menggunakan perumpamaan ini sebagai applikasi untuk pengikutnya. Sebagai penerima-penerima hidup-Nya, mereka harus berbuah. (Yahya 15:5, 8), malahan buah mereka harus tetap ada. (Yahya 15:16)43 Seorang Kristian yang tidak berbuah, sebenarnya hidup bertentangan dengan keberadaannya. Kualiti sebuah pokok diketahui daripada buahnya.
Prinsip ini berulang kali disebutkan oleh Yesus sepanjang pelayanan-Nya. Buah yang dihasilkan dalam hidup-Nya merupakan hasil pengorbanan hidup-Nya bagi dunia. (Yahya -12:24; Yahya 17:19). Buah hidup juga menjadi tanda kenyataan mereka yang melakukan kehendak Bapa di syurga (Matius 7:16-23; Lukas 6:43-45). Ia juga ditafsirkan sebagai ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Dia kepada mereka yang bekerja di ladang (Yahya 4:36-38). Buah ini tidak diberikan kepada mereka yang membiarkan, "kekhuatiran dunia ini dan tipu daya kekayaan dan keinginan-keinginan akan hal yang lain menghimpit firman itu sehingga mereka tidak berbuah" (Markus 4:18-20; Matius 13:22; Lukas 8:14,15). Yesus perhatikan bahawa penghasilan buah merupakan sesuatu yang kurang dalam kehidupan orang Saduki dan orang Farisi. Inilah yang menyebabkan mereka begitu keji di pandangan Tuhan. (Matius 3:7, 8; 12:33, 34; Lukas 13:6-9). Tuhan Yesus telah memanggil manusia untuk menilai hasil kehidupan mereka dari segala sudut. Hanya penilaian yang jujur dapat memberi wahyu tentang keadaan diri mereka.

Sesungguhnya, kalau kita melihat penghasilan buah dalam konteks yang lebih luas maka penghasilan
kehidupan Yesus dalam keperibadian manusia akan mencakup semua perbuatan dan perkataan seseorang yang membuktikan bahawa dia menghasilkan buah.
Amanat Agung yang diberi oleh Tuhan Yesus kepada gereja boleh disimpulkan oleh perintah," jadikanlah semua bangsa muridku," (Matius 28:19). Perkataan "murid" memberi indikasi murid ini terpaksa pergi ke dunia dan memenangi orang lain supaya mereka dapat menjadi seperti diri mereka sendiri - murid-murid Kristus. Misi ini lebih jelas lagi kalau kita mengaji teks Yunani, dan melihat perkataan-perkataan seperti "pergi," "baptis," dan "mengajar" semua partikel berasal daripada satu kata kerja "menjadi muridmurid" .44 Amanat Agung bukan· sahaja bererti kita pergi hingga ke ujung bumi untuk mengabarkan injil (Markus 16:15), membaptis banyak orang dalam nama
Tuhan Tritunggal, ataupun mengajar mereka tentang hukum-hukum Tuhan, melainkan untuk menjadi mereka pengikut-pengikut - untuk membentuk manusia yang
kemudiannya terbeban oleh amanat Kristus sehingga mereka tidak hanya mengikut bahkan akan memanggil orang yang lain untuk mengikut jalan-Nya. Hanya kalau pengikut-pengikut ini dijadikan makhluk baru segala aktiviti-aktiviti amanat dapat mencapai tujuannya.
Kepemimpinan merupakan penekanan Yesus. Yesus telah dalam pelayanan-Nya menegaskan bahawa orang ramai yang sesat itu sudah siap untuk dituai. Bagaimanakah mereka dapat dimenangi? "Maka kata-Nya

kepada murid-murid-Nya: Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Kerana itu mintalah kepada tuan
yang empunya tuaian, supaya Dia mengirim pekerjapekerja untuk tuaian itu." (Matius 9:37; Lukas 10:2).
Perkataan-perkataan ini bernada genting - suatu pera
saan terdesak yang lahir daripada keperluan dunia ini untuk pekerja-pekerja yang menyayangi jiwa manusia. Berdoa bagi dunia sahaja tidak berguna. Tuhan sudah mengasihi mereka dan sudah mengutus Anak-Nya untuk selamatkan mereka. Berdoa secara samar-samar tidak berkesan. Dunia ini sesat dan telah dibutakan oleh dosa. Satu-satunya harapan bagi dunia ini ialah kerelaan manusia untuk membawa injil keselamatan kepada mereka dan setelah memenangi mereka tidak mengabaikan mereka tetapi bekerja dengan setia, sabar, bersungguh-gungguh sehingga mereka menjadi orang Kristian yang berbuah dan mengharum dunia ini dengan kasih Sang Penebus.
KEHIDUPAN KITA
Kita patut menilai sama ada sumbangan kehidupan dan kesaksian kita bertuju kepada tujuan Juruselamat dunia. Adakah mereka yang 'kita bimbing kepada Kristus, kini sedang membimbing orang lain kepadaNya dan menjadikan orang lain pengikut-pengikut Tuhan? Perhatikan, memenangi dan menyelamatkan mereka yang akan terbinasa tidak cukup walaupun pelayanan ini perlu dilakukan; membimbing bayi-bayi yang baru beriman kepada Kristus tidak cukup sungguhpun bimbingan ini penting bagi menjamin buah itu bertahan lasak; untuk memastikan agar mereka bersaksi tetap tidak mencukupi walaupun perbuatan yang terpuji. Yang memberi kesan maksimal pada usaha penyebaran injil ialah kesetiaan orang yang beriman

untuk menjadikan penganut yang lain sebagai pemimpin. Sudah tentu kita ingin memenangi generasi ini
untuk Kristus, dan kita harus lakukannya dengan segera, tetapi ini tidakmencukupi, Pekerjaan kita tidak boleh dianggap sebagai selesai melainkan kita sudah
terjamin bahawa orang lain yang tertebus oleh injil ini akan meneruskan pekerjaan ini.
Hasil penginjilan bukan sesuatu yang kita dapat lihat
dengan segera, ataupun dengar daripada laporan persidangan, tetapi keberkesanan kerja itu diukur oleh kelanjutannya pada generasi yang akan datang. Demikian juga kriteria yang dipakai oleh gereja untuk mengukur kejayaannya tidak terletak pada nama-nama baru yang tersenarai pada daftar nama; ataupun budget penginjilannya, tetapi melainkan berapa orang Kristian terlibat secara aktif dalam memenangi jiwa-jiwa orang lain dan berapakah yang dimenangi ini telah digembleng untuk memenangi orang ramai. Kelanjutan kesaksian kitalah yang penting, hanya nilai-nilai sedemikian dapat diukur secara kekal.
Maka tibalah waktu bagi kita untuk menyelidiki kehidupan dan pelayanan kita dari perspektifini. Seperti yang dikatakan oleh Dawson Trotman, "Di manakah orang kita?' '45 Apakah yang dilakukan oleh mereka untuk Tuhan? Bayangkan apa yang akan terjadi kepada masa depan gereja kalau kita hanya mempunyai seorang pengikut setia hasil daripada pekerjaan kita. Bukankah orang ini menggandakan pengaruh kita? Andaikata kita dapat menjadi seorang lagi seperti diri kita. Tidakkah ini akan menggandakan kehidupan kita empat kali ganda? Dari sudut teori ini, sekurang-kurangnya multiplikasi seperti ini akan memampukan kita untuk menjangkau orang ramai melalui pelayanan kita sendiri. Dalam hal ini, orang yang kita panggil sebagai pengikut kita harus mengikut langkah Tuhan Yesus dengan

sungguh-sungguh.
Kita boleh mengucapkan syukur kerana melalui beberapa pengikut yang pertama ini prinsip ini terlaksana. Mereka tidak hanya memberi injil kepada orang ramai, tetapi sepanjang waktu itu juga, mereka sedang membentuk persekutuan dengan mereka yang percaya. Sambil Tuhan menambahkan jumlah orang yang percaya, para pengikut ini juga giat melatih orang-orang lain supaya mereka dapat menghasilkan pelayanan mereka hingga ke seluruh dunia. Kisah Para Rasul memanglah merupakan suatu pemaparan pengamalan prinsip-prinsip penginjilan yang dibentangkan dalam kehidupan Kristus oleh suatu gereja yang sedang bertumbuh.
Gereja awal menunjang fakta bahawa prinsip-prinsip pelan perancangan Tuhan kita berkesan. Kesan kesaksian mereka begitu hebat sehingga sebelum satu abad dilewati, gereja-gereja awal telah berjaya menggoncangkan masyarakat kafir pada zaman itu. Banyak gereja didirikan di pusat-pusat bandar. Jika kepesatan daya gerak itu dilanjutkan dalam usaha penginjilan hari ini, tentu dalam beberapa abad yang akan datang orang ramai akan mengenal Tuhan.
Tetapi waktu sudah berubah dan perlahan-lahan cara yang mudah dipaksakan dalam acuan yang baru. Tentu sahaja, kita perlu mengubahsuai prinsip-prinsip ini kerana keadaan yang sedang berubah, tetapi di tengahtengah pencubaan untuk memberi penginjilan rupa yang baharu, kita telah menjadi keliru. Prinsip-prinsip pembentukan kepemimpinan yang bernilai ini serta penghasilan semula pemimpin-pemimpin telah diambil alih

oleh strategi yang lebih mudah yakni pengambilan penganut-penganut baharu secara ramai-ramai. Objektif
jangka pendek yang mendapat sambutan orang ramai seringkali mengambil alih sasaran jangka waktu panjang untuk menjangkau dunia, dan metode-metode peng
injilan yang diguna oleh gereja secara sendiri atau dalam kelompok seringkali mementingkan hasil yang sementara ini. Sekali sekala, pada waktu pembangunan rohani prinsip-prinsip Yesus diutamakan, tetapi biasanya tekanan-tekanan sebegini biasanya singkat dan tidak pernah meresapi daya fikiran orang ramai. Pelan perancangan Yesus bukan tidak diakui tetapi diabaikan begitu saja. Prinsip-prinsip ini menjadi sesuatu untuk memuliakan masa lampau, tetapi tidak pernah dianggap secara serius sebagai nilai ukuran masa kini.
Isu kita pada hari ini ialah masalah metode-metode yang kita harus pakai kini. Upacara-upacara yang mempunyai tujuan yang baik, program-program, organisasi-organisasi, pengutusan missionari dan krusadekrusade merupakan kebijaksanaan manusia gagah untuk melakukan pelayanan yang hanya dapat dilakukan oleh manusia dalam kuasa Roh Kudus. Kami tidak bermaksud meremehkan segala usaha-usaha yang terpuji kerana tanpanya gereja tidak dapat berfungsi seperti kini. Namun walau bagaimanapun kecuali misi Tuhan Yesus diterapkan dalam semuajalinan polisi dan rancangan, gereja tidak dapat berfungsi seperti yang seharusnya. Bilakah kita dapat menyedari bahawa penginjilan tidak dilakukan oleh sesuatu tetapi oleh seseorang? Penginjilan merupakan pengungkapan kasih Tuhan dan Tuhan ialah peribadi itu. Tuhan kita, oknum yang hidup dan berperibadi hanya dapat dinyatakan melalui satu keperibadian, yakni pertamanya dalam

Kristus, dan kini diungkapkan dalam Roh Kudus-Nya melalui kehidupan orang yang menyerahkan diri mereka kepada-Nya. Jawatankuasa boleh menolong mengarah dan menguruskan penginjilan, tetapi sesungguhnya pekerjaan ini dilakukan oleh manusia yang menjangkau
orang lain bagi Kristus.
Oleh kerana ini, kami mesti bersetuju dengan E.M. Bounds bahawa, manusialah metode Tuhan.':" Tanpa manusia yang dipenuhi oleh Roh Kudus dan berdedikasi kepada pelan perancangan-Nya, tidak ada satupun dari metode kita dapat berfungsi.
Inilah penginjilan baru yang kita perlu amalkan. Ia bukan metode-medote yang lebih baik tetapi manusia yang lebih baik, yakni manusia yang mengenal Penebus mereka bukan sekedar yang didengar mereka. Mereka harus bervisi dan merasa perasaan Tuhan untuk dunia malahan mereka adalah manusia yang rela. menjadi tidak penting supaya mereka dapat menjadi segalanya, serta manusia yang hanya ingin Kristus dihasilkan melalui kehidupan-Nya menurut kesukaan Tuhan sendiri. J alan dan cara inilah yang dirancangkan oleh Tuhan supaya matlamat-Nya dapat digenapi di dunia, dan jika strateginya dilaksanakan gerbang neraka tidak akan mengatasi ataupun melawan penginjilan dunia.
AKU ADALAH ALFA DAN OMEGA
WAHYU 1:8

Apakah rancangan kehidupan anda? Setiap orang patut mempunyai rancangan hidup. Rancangan ini ialah prinsip yang akan mengatur sasaran kehidupan anda. Kita mungkin tidak sedar akan rancangan ini dalam setiap gerak geri kita, ataupun pada waktu pelaksanaannya kita tidak tahu bahawa kita mempunyai rancangan, tetapi setiap perbuatan itu sebenarnya bermekar daripada sejenis corak yang bersumber daripada suatu pusat yang menguasai semua perkara.
Apabila kita cuba menyelidiki pelayanan kita dengan teliti, dan cuba melihat objektif kita serta berfikir bagaimana kita dapat mencapainya, kita akan menemui sesuatu yang tidak memuaskan. Tetapi penilaian yang jujur ini harus menyebabkan kita lebih mengambil perhatian akan panggilan kita. Panggilan haruslah

menjadi ukuran bagi setiap perbuatan yang kita lakukan khususnya untuk kita yang percaya kepada Yesus.
Mungkin juga rancangan yang kita cintai harus disusun kembali, ataupun ditinggalkan sama sekali. Yang lebih sulit lagi ialah penyesuaian gereja untuk menurut pandangan Tuhan tentang pelayanan. Segala konsep kita mengenai kejayaan harus dievaluasi semula. Kalau prinsip-prinsip yang tersedia di sini mempunyai keabsahan maka prinsip-prinsip ini patut dianggap sebagai panduan untuk setiap tindakan. Hanya kalau prinsip-prinsip ini diterapkan dalam kehidupan seharihari, baru ia boleh mendatangkan manfaat untuk kehidupan kita. Kalau kita menganggap prinsip-prinsip ini sebagai benar ia harus menjadi releven untuk kita.
Setiap kita patut berusaha untuk menerapkan kebijaksanan strategi Yesus dalam met ode penginjilan yang kita sukai. Ini tidak bererti setiap orang akan dibimbing untuk mengamalkan tatacara dan organisasi prosedur yang sama dan tidaklah seharusnya kita semua menurut berkas yang sama. Keserbaragaman merupakan struktur dunia ini, dan setiap metode yang Tuhan mahu guna boleh dianggap sebagai metode yang baik, walau bagaimanapun ini tidak mengecualikan kemungkinan untuk membaikkan cara kita. Tuhan telah mem beri kita satu garisbesar untuk diikut, tapi kita yang patut mengisi butir-butir perinciannya sesuai dengan keadaan dan tradisi tempatan. Hal ini memerlukan segala kepandaian dan akal kita untuk mencari jalan. Pendekatan yang baru dan berani patut dicuba apabila keadaan berubah, dan ini juga tidak bererti setiap perkara yang dicuba akan menjadi berkesan. Namun seseorang yang tidak mahu berusaha mencari jalan melaksanakan suatu pekerjaan kerana takut gagal, tentu

tidak akan memulakan pekerjaan itu, demikian juga kalau seseorang tidak berani mencuba berulang kali
sesuatu pelayanan tidak akan mengalami banyak kemajuan dalam pelayanannya.
Bentuk atau metode apapun yang kita guna, Yesus tetap mengajar kita untuk memberi keutamaan mencari dan melatih manusia. Orang ramai tidak mungkin dapat mengenal injil kalau mereka tidak mempunyai contoh kesaksian yang hidup. Memberi mereka keterangan sahaja tidak mencukupi. Orang ramai yang sesat di dunia ini memerlukan satu contoh, mereka memerlukan
seseorang yang akan berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Ikutlah aku kerana aku tahu jalannya. " Manusia harus menjadi pusat rancangan kita. Tidak kira tekanan rohani apapun yang kita amalkan, keberkesanannya tergantung pada pelaksanaan mi si ini. Kita patut tahu bahawa pekerja yang diperlukan
Kristus tidak datang begitu sahaja tanpa mengingininya. Pekerjaan yang paling baik bermula daripada beberapa orang sahaja. Bukankah lebih baik untuk memberi satu atau dua tahun bagi satu atau dua orang yang tahu erti berjuang bagi Tuhan daripada meluangkan sepanjang hidup untuk satu jemaah yang hanya tahu melansungkan program? Kita juga tidak boleh mementingkan betapa besar permulaan kita atau kehebohannya, kerana yang penting ialah kemampuan pengikut yang kita banyak berkorban itu, dapat memberi hidup mereka untuk orang lain.
Satu-satu cara -untuk memungkinkan persekutuan dengan para pengikut ialah bersekutu selalu dengan

mereka. Kalau kita ingin pengikut-pengikut melihat cara kehidupan kita, kita harus sering menyertai mereka.
Inilah intisari rancangan - membiar mereka melihat gerak geri kita supaya mereka boleh menanggapi visi dan mengetahui bagaimana mengkaitkannya dengan pengalaman sehari-harian. Nah, maka dengan cara ini penginjilan menjadi sesuatu yang pratikal dan dapat dikaitkan dengan segala cabang kehidupan. Penginjilan dapat dilihat sebagai suatu cara kehidupan dan bukan satu dogma teologi. Tambahan pula, oleh kerana pengikut-pengikut selalu bersama dengan kita, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada menceburi pelayanan kita.
Tidak dapat kita menafikan bahawa rancangan sedemikian tentu memakan waktu yang panjang. Setiap karya yang bernilai memerlukan waktu yang lebih panjang. Kalau kita berfikir jauh ke depan, kita sebenarnya dapat melakukan banyak perkara bersama pengikut kita tanpa membebankan diri kita. Mereka boleh disertakan dalam program kita seperti pengkunjungan, menghadiri persidangan, berekreasi dan juga mengadakan waktu beribadah bersama-sama. Ya, kalau kita peka sebenarnya pengikut-pengikut kita dapat menyertai kita sewaktu kita melayani orang lain, dan sesungguhnya, mereka dapat menolong kita menjangkau lingkungan yang lebih besar.
Untuk memberi kestabilan kepada sistem ini, kita perlu mengatur waktu yang khusus untuk bertemu dengan kelompok ini. Pada waktu yang tidak formal ini, kita boleh berbincang, mengaji Alkitab, berdoa dan berkongsi beban dan keinginan kita kepada sesama.

Kita tidak perlu mengumumkan apa yang akan kita lakukan, ataupun memberitahu kelompok kita tentang rancangan kita. Kita boleh membiarkan persekutuan ini tumbuh daripada satu keinginan untuk bertemu .dan bersekutu. Kemudian kelompok ini dapat mengadakan persekutuan seperti ini dalam gereja."
Pertemuan kelompok seperti ini telah diperbaharui di banyak tempat pada hari ini. Ia merupakan satu tanda pengharapan yang bersinar di sebalik kesedaran yang baru ternampak bertunas.
Dalam pelbagai jenis hidup dan gereja yang berbeza, organisma rohani ini mula berkembang biak, ada yang sedang bergelut untuk arah, ada pula yang sudah menyimpang dari tangan dan garisnya, tetapi pada keseluruhannya, gerakan ini menyatakan kehausan manusia yang dalam untuk realiti pengalaman kekristianan. Oleh kerana kelompok-kelompok ini tidak terbatas oleh tradisi mahupun hukum-hukum tertentu, gerakan-gerakan ini mempunyai penekanan dan bentuk yang berbeza, tetapi prinsip persekutuan akrab dan displin ini hampir terdapat pada setiap kelompok. Prinsip ini yang telah menjadi pusat tumpuan kelompok ini telah menjadikan metode itu begitu subur dan pesat bertumbuh, dan kerana ini, kita akan menjadi effektif kalau kita menggunakannya dalam pelayanan kita dengan manusia."
Dalam memperkatakan hal ini, salah seorang penginjil kita yang terkenal Billy Graham mengakui potensi perancangan ini kalau metode di amalkan oleh gereja.
Penginjil Billy Graham pernah ditanyakan demikian, "Kalau anda seorang gembala sidang sebuah gereja yang besar di salah sebuah kota besar, apakah yang menjadi tindakan anda untuk pelayanan?" Encik Graham menjawab, "Saya fikir perkara yang saya akan lakukan terlebih dahulu ialah memilih satu kelompok

kecil berjumlah lebih kurang 8 atau 10 orang yang akan bertemu selama beberapa jam seminggu dan rela membayar harga pengorbanan mereka!" Menjadi pengikut memerlukan pengorbanan waktu dan usaha. Saya akan menceritakan segala yang saya pernah alami selama beberapa tahun. Dengan ini saya mempunyai 8,10 atau 12 pendeta di kalangan kaum awam yang kemudiannya akan mengumpulkan 8,10 atau 12 orang dan mengajar rnereka. Saya mengenal satu atau dua gereja yang mengamalkan metode ini dan sedang mengalami perubahan yang hebat. Saya fikir, Tuhan Yesus sendiri yang meletakkan corak ini. Dia telah meluangkan kebanyakan waktu-Nya bersama dengan kedua belas pengikut ini. Dia tidak menghabiskan waktu-Nya dengan orang ramai yang banyak. Padahal, menurut saya, setiap kali Dia bersama dengan kelompok besar, Dia kelihatan seperti tidak mempunyai banyak hasil.
Menurut saya hasil-hasil-Nya yang hebat sering tercapai ketika Dia berada bersama dengan kedua belas murid." Encik Graham menggemakan kebijaksanaan metode Tuhan Yesus.
MEREKA
Tidak mencukupi sahaja kalau kita melibatkan orang-orang ini dalam pergaulan kelompok yakni gereja merupakan kelompok yang lebih besar. Mereka mesti diberi beberapa cara untuk mengungkapkan pelajaranpelajaran yang diterima oleh mereka. Kecuali rnereka diberi peluang untuk menjangkau orang, kelompok ini boleh menjadi terbantut dan lembap kerana rnereka telah merasa puas, dan akhirnya akan membeku rnenjadi kelompok yang saling mengkagumi sesama sahaja. Kita mesti mempunyai tujuan yang jelas. Zaman kita tidak bebas dari konflik, tetapi dengan perancangan

yang bijaksana kita dapat memperolehi lebih banyak kekuatan untuk menang.
Tanggungjawab kita ialah memberi mereka yang menyertai kita sesuatu untuk dilakukan menurut bakat mereka. Setiap orang mesti mempunyai sesuatu untuk dilakukan." Mula-mulanya kita boleh memberi mereka pekerjaan yang agak routine dan biasa, seperti mengirim surat, mendirikan satu sistem alamat untuk pengunjungan ataupun membuka rumah mereka untuk melayani kita. Tetapi lama kelamaan tanggungjawab ini menjadi lebih besar ketika mereka mampu melakukan lebih banyak pelayanan. Mereka yang mempunyai bakat untuk mengajar akan diminta untuk mengajar di sekolah minggu. Kita juga boleh meminta mereka melakukan pelayanan penggembalanan yang sesuai dengan kemampuan mereka, Mereka boleh melawat hospital atau mengunjungi orang yang sakit. Mungkin ada di antara mereka boleh digalakkan untuk berkhutbah atau memenuhi keperluan mezbah di tempat lain. Dan tentu sahaja, setiap orang harus diberi cara pelayanan yang khusus yakni" penginjilan peribadi. 51 Sumbangan mereka yang penting dalam pelayanan gereja ialah pembimbingan orang kristian yang baru." Dalam pelayanan ini mereka memainkan peranan yang penting dengan mengumpulkan mereka yang masih bayi dalam Kristus dan mengajar mereka tentang kehidupan kekristianan yang pernah diajarkan kepada mereka. Dengan demikian mereka yang kita latih akan menjadi kunci untuk memelihara hasil-hasil penginjilan gereja," bukan hanya untuk memastikan gereja maju ke depan, tetapi juga usaha menjangkau orang akan terus dilansungkan.
Untuk menggalakkan pengikut-pengikut kita terus

maju, kita perlu memberi mereka banyak pengarahan, iaitu sama ada perkembangan peribadi, atau melalui
pekerjaan mereka dengan orang lain. Kita perlu selalu bertemu dengan mereka dan mendengar keadaan pelayanan mereka. Ini bererti kita perlu menemukan mereka dan memberi mereka kaunseling sewaktu mereka berada bersama dengan kita dalam aktiviti yang tertentu. Pertanyaan yang timbul akibat pelayanan mereka perlu dijawab sewaktu keadaan yang menyebabkan masalah ini masih segar di dalam fikiran mereka. Sikap dan tindak balas yang karnal patut dikesan sejak awal-awallagi dan dihadapi dengan tegas, serta perkaraperkara lain yang menghalangi peranan keimaman mereka dengan Tuhan dan manusia perlu diambil dalam perhatian.
Perkara yang paling penting ialah menolong mereka untuk bertumbuh dalam rahmat dan pengetahuan. Kita boleh membuat satu senarai iaitu jadual yang merangkumi segala yang kita akan ajarkan dalam penggemblengan pengikut ini supaya kita boleh mengingat setiap program dengan baik. Di samping itu, kita perlu membuat catatan tentang kemajuan. Langkah ini sangat diperlukan khasnya ketika sedang bekerja bersama dengan beberapa orang yang berada dalam tahap pertumbuhan dan pengalaman yang berbeza. Kita perlu bersabar kerana pertumbuhan mereka mungkin lambat dan dihalangi pula oleh pelbagai kemunduran. Namun jika mereka sungguh-sungguh mencari kebenaran, dan rela mengikutnya, satu hari nanti mereka akan bertumbuh ke kedewasaan dalam Kristus.
Yang menjadi bahagian yang paling sulit dalam seluruh proses penggemblengan ini ialah kita mesti men-

duga masalah-masalah mereka dan cara kita menyiapkan mereka untuk menghadapinya. Tindakan ini merupakan sesuatu yang sulit dan juga melelahkan. Ini bererti kita tidak dapat melupakan mereka dalam fikiran kita. Bahkan kadangkala sewaktu kita mengadakan ibadah dan pengajian Alkitab peribadi, pengikut-pengikut ini tetap berada dalam mimpi dan doa "a. Dapatkah seorang ibu atau bapa tidak mengambil
Jerat dan lupa akan anak-Nya? Kita harus menerima beban ketidakdewasaan mereka hingga ke saat mereka dapat melakukan pelayanan bagi diri sendiri. Kalau kita mengambil sikap bahawa mereka dapat menangani segala sesuatu pada tahap awal dalam pertumbuhan mereka, pasti kita akan menemui kebencanaan. Kita patut peka. Sebagai penjaga dan penasihat mereka, kita bertanggungjawab mengajar anak-anak rohani kita bagaimana mereka boleh hidup bagi Tuhan.
Segala sesuatu yang kita lakukan harus bersifat
membimbing orang-orang yang terpilih ini ke suatu hari nanti ketika mereka mampu menangani pelayanan mereka menurut pengaruh dan bakat mereka. Sesudah
satu jangka waktu yang mereka lewati, setiap mereka harus mempunyai program penggemblengan mereka sendiri bagi orang yang mereka menangi kepada Kristus hasil kesaksian mereka atau pengikut yang diberikan kepada mereka untuk pembimbingan yang selanjutnya. Tanpa disedari strategi yang kita gunakan sudah diterapkan oleh mereka. Namun, kita patut menjelaskan strategi yang kita guna secara eksplisit yakni rancangan kita dari permulaan sebelum kita mengundurkan pengarahan kita supaya mereka tidak akan berada dalam kekaburan. Mereka perlu mengetahui metode kita secara jelas dalam akal mereka supaya mereka dapat

mengukur kehidupan mereka berdasarkannya, dan memberi diri mereka kepada orang lain yang sedang mencari pertolongan.
Perkara yang paling penting dalam diri seorang pengikut ialah pengalaman rohani mereka sendiri.
Sebelum mereka dapat dibebaskan untuk berdikari
mereka perlu diperlukuhkan dalam iman mereka supaya mereka boleh mengatasi dunia ini. Syaitan yang ditolong oleh segala iblis-iblis neraka, akan selalu cuba mengalahkan mereka dengan pelbagai tekniknya dan tipu muslihatnya. Dunia ini berada di dalam kebelengguan syaitan dan oleh kerana itu pengikut-pengikut Kristus akan menghadapi perang sepanjang jalan. Setiap inci itu dapat dimenangi hanya melalui penalukan kerana musuh kita tidak akan menyerah diri. Hanya kalau seseorang dipenuhi oleh Roh Kudus baru dia dapat menghadapi tantangan ini. Kecuali mereka hidup dalam persekutuan dengan Dia, dan maju ke depan dalam kesucian dan kuasa-Nya, mereka boleh diatasi oleh kuasa yang selalu menentang mereka, dan segala pekerjaan akan terbengkalai. Kelanjutan setiap perkara yang sudah kita lakukan tergantung pada kesetiaan orang ini. Yang penting bukanlah berapa banyak orang yang telah mendaftarkan diri untuk perjuangan ini tetapi berapa banyak yang dapat menakluk bagi Kristus. Oleh kerana ini sepanjang perjuangan kita, penekanan kita haruslah kualiti kehidupan kita. Kalau kita mempunyai kualiti kepemimpinan yang betul, maka yang lain akan mengiringinya dengan baik; kalau kita tidak mempunyai kepemimpinan yang baik, orang yang lain tidak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk dicontohi.

Tuntutan yang paling tinggi dalam proses penggemblengan tentulah kerelaan untuk membayar harga pengorbanan yang mahal. Mungkin banyak di kalangan pengikut kita akan memikir tuntutan ini terlalu berat, dan akan mengundur diri. Kita lebih baik menghadapi kenyataan ini. Pelayanan kekristianan "itu berat, dan kalau seseorang itu ingin dipakai oleh Tuhan, mereka mesti terlebih dahulu belajar mendahului kerajaan Tuhan. Ya, tentu kita akan menghadapi kekecewaan. Tetapi bagi mereka yang menang, dan berjaya memberi hidup di ladang pelayanan jauh melampaui batas, mereka akan memperolehi banyak kegembiraan yang berkekalan bertahun-tahun.
Kita tidak hanya hidup untuk masa kini. Kepuasan kita terletak pada pengetahuan kita bahawa pada generasi yang akan datang, kesaksian kita tetap berbuah melalui lingkungan orang yang sentiasa meluaskan penginjilan hingga ke seluruh dunia dan akhir zaman.
Dunia ini begitu terdesak untuk mencari seseorang yang dapat diikuti oleh mereka. Hal ini sesuatu yang pasti, tetapi orang yang akan diikuti orang ramai harus mengenal cara Kristus, kalau tidak mereka akan membimbing orang ke dalam kegelapan yang lebih gawat. Ini merupakan pertimbangan yang penting dalam rancangan kehidupan kita. Sama ada pekerjaan kita itu releven dan berkesan tergantunglah pada hasilnya, dan nasib orang ramai tergantung pada pertimbangan ini.

1. Beberapa buku telah dituliskan mengenai pelbagai tahap berita penginjilan dan metode yang dipakai Yesus. Di kalangan buku yang memberi gagasan fikiran yang bermanfaat adalah seperti berikut: Raymond Calvins, How Jesus Dealt with Man (Nashville: Abingelon-Cokesbury Press, 1982) Allan Knight Chalmers, As He Passed by (New York: The Abingdon Press, 1939) Ozora Davis, Meeting the Master (New York: Association Press, 1917); F.V. Mc.Fatridge, The Personal Evangelism of Jesus (Grand Rapids: Zondervan, 1939) G. Campel Morgan, The Great Physician (New York: Fleming H. Revell Co. 1937). L. R. Scarborough, How Jesus Won Men (New York: George H. Doran Co, 1926): John Calhoun Sligh, Christ's Way of Wining Souls (Nashville; Publishing Huse of the M. E. Church, South, 1090); John Smith, The Magnetism of Christ (London: Hodder and stoughton, 1904); Mack Stokes The Evangelism of Jesus (Nashville: Methodist Evangelistic Materials, 1960); ernest Clyde Wareing, The Evangelism of Jesus (New York: The Abingdon Press, 1918); and Faris 0, Whrtesell, Basic New Jestanent Evangelism (Grand Rapids: Zondervan, 1949) Tambahan pada karya-karya ini yang telah membahas secara lebih khusus tentang metode penginjilan Yesus, dan banyak yang memberi tumpuan mereka dalam satu atau dua bab seperti R. W. Cooper, Modern Evangelism (New York: Fleming H. Revell, 1929) Chapter II, Charles G. Turnbull, Taking Men Alive (New York: Fleming H. Revell, 1927). Chapter IX; dan S.A. Whitmer, Golilean Fisherman (Berne, Indiana: Life and Hope Publications, 1940). Bab X. telah membentangkan setiap pekerjaan yang bersangkutan dengan kehidupan Kristus dan merujuk kepada metode penginjilan-Nya. Pekerjaan yang lebih besar patut diberikan keterangan terperinci. Tak dapat dinafikan bahawa, kita akan memperolehi banyak bahan-bahan untuk bidang ini, kalau kita rajin mencarinya.
2. Beberapa buku yang berhubungan dengan topik dan halaman yang releven ialah: Walter Albeon Squires, The Pedagogy of Jesus (Philadelphia: West-Minister, 1927) hal 67-168; Norman E. Richardson The Christ of the Class Room (New York: Macmillan, 1931) Hal 121-182; dan J. M. Price, Jesus the Teacher (Nashville: Convention Press, 1954) Hal 31-60.
3. Contoh dan informasi yang berguna boleh didapati daripada karya terkenaloleh Samud J. Andrews, The Life of Our Lord, yang dicetak kembali pada tahun 1891 ed (Grand Rapids: Zondervan, 1954) Hal 121, 122, The Life of the Lord Jesus Christ, 4 vol yang diterbit kembali (Grand Rapids: Zondervan, 1958), I hal 393-410 II, Hal 182-197; Alfred Edersheim, "The Life and

times of Jesus the Messiah, 2 vols (New York: E. R. Herrick & Co., 1886), I, hal 472-477 , David Smith, The Days of His Flesh (London: Houder + Stoughton 1905) Hal 157-167; dan A. T, Robertson, Epochs in the Life of Jesus (New York: Charles Scribner's Sons, 1921), hal 98-119.
4. A.B. Bruce, The Training of The Twelve, 3rd ed.
5. Henry Latham, Pastor Pastorum (Cambridge: Deighton Bell and Co, 1910).
6. Seseorang merasa ragu-ragu untuk membuat daftar senarai karya-karya ini kerana kepentingan tesisnya berlainan dan tertakluk pada pernilaian. Namun kami dapat menyebutkan beberapa pilihan yang menarik perhatian kami: Edwin A. Schell, Traits of the Twelve (Nashville: Cokes bury Press, 1939); F. Noel Palmer, Christ's Way with People (London: Marshall, Morgan & Scott, Ltd, 1943) dan T. Ralph Morton, The Twelve together (Glasgow: The Ilona Community, 1956). Halaman yang perlu kami sentuh ialah beberapa bab daripada Alexander C. Purdy, Jesus Way With People (New York: The Womans Press, 1926), hal 101-115; dan Alexander Rattray Hay, The New Testament Order for Church and Missionary (Audubon, N. J. New Testament Missionary Union, 1947) hal. 36-43.
7. Salah satu syarat seorang rasul yang tercatat dalam kisah para Rasul l :21 ialah dia harus menyertai Yesus iaitu mulai daripada baptisan Yahya sampai hari Yesus terangkat ke syurga walaupun ayat ini tidak memberitahu kita tentang jangka waktu baptisan Yahya bilakah yang harus kita pastikan. Namun catatan ini membuktikan bahawa para rasul mempunyai pergaulan yang akrab mungkin sejak dari waktu kepenjaraan Yahya Pembaptis. Lihat Samuel. J. Andrew op. cit, p 268; cf. Alfred Edersheim, op. cit., I p. 521.
8. Banyak pengarang cuba memberi gambaran tentang ke 12 rasul ini. Antara mereka yang memberi penjelasan tentang kesemua pengikut, seperti yang teleh terdapat catatan kaki lalu. Mereka yang menyediakan pembacaan menarik ialah: George matheson, The Representative Men of the New Testament (New York: Eaton & Mains, 1905) Edward Augustus Geroge, The Twelve (New York: Fleming H. Revell, 1916); W. Mackintosh Mackay, The Men Whom Jesus Made (New York: GeorgeH. Doran Co. 1924); J. W. G. Ward, The Master and the Twelve (New York: George H. Doran Co, 1924) Charles R. Brown, The Twelve (New York:

Harper; 1926) Francis Witherspoon, The Glorious Company (New York: Harrcourt, Brace and Co, 1928) Asbury Smith, The Twelve Christ Chose (New York: Harper 1958) William Barclay, The Master's Men (London SCM Press, 1959) William Sanford Lasor, Great Personalities in the New Testament (Fleming Revell, 1961)
9. Pelbagai pendapat telah dikemukakan untuk menjelaskan kenapa 12 telah dipilih untuk para rasul. Teori yang mungkin dapat diterima ialah 12 ini bertuju kepada perhubungan rohani para rasul ini dengan kerajaan Messianik Tuhan. Seperti yang dikatakan oleh Edwin Schell, "12 ialah nombor untuk Israel yang rohani. Nombor 12 ini melambangkan kehadiran Tuhan sama ada 12 bapa leluhur, 12 suku atau 12 gerbang di Yerusalem syurgawi kemasukan keilahian ke dunia. Schell berkata, op. cit. Hal 26, rujuk pada, Bruce op. cit. hal 32. Mungkin 12 pengikut ini melihatnya sebagai literal dan berimpian memulih Israel dari sudut politik. Mereka sedar akan kedudukan mereka dalam pilihan 12 ini, dan oleh kerana ini mereka mencari penganti Yudas (Kisah Para Rasull:15-26; kepentingan pelayanan mereka di kerajaan Tuhan.
10. (1) Henry Latham mencadangkan bahawa pemilihan tiga rasul ini dilakukan untuk memberi kesan kepada seluruh kelompok tentang keperluan, "mengingkari diri". Dalam analisinya, dia berkata dia memberi tugas kepada yang dipilih dia; dan di dalam pelayanan Tuhan kita harus merasa satu kehormatan kerana diberi tugas sedemikian; dan bahawa tidak boleh sesiapa boleh merasa kecewa kerana dia melihat orang lain diberi tugas yang kelihatan seakan-akan lebih tinggi daripada pelayanan-Nya" Latham op. cit., Hal 325.
11. Prinsip "memusatkan perhatian kepada kelompok kecil" dalam pelayanan bukanlah hal yang baru kepada-Nya. Strategi ini telah menjadi prinsip Tuhan sejak dari permulaan-Nya. Langkah ini sudah memang menjadi strategi Tuhan. Dalam perjanjian lama mencatat bagaimana Tuhan telah memilih satu negara kecil, Israel, untuk melaksanakan penebusan bagi umat manusia. Di dalam negara itu pun, kepemimpinan juga berpusat di sekitar keturunan keluarga, khususnya keturunan Daud, dari suku Yehuda.
12. Doa Iman Besar Kristus pada bab 17 dalam kitab Yahya sangat bermakna berhubungan dengan hal ini. Daripada 26 ayat itu, 14 memuat doa berkenaan kedua belas pengikut-Nya (Yahya 17: 6-19)

13. Penafsiran ini tidak bererti bahawa pencubaan hanya melibatkan hal yang sedemikian. Penjelasan ini bertujuan menekankan bahawa pencubaan ini cuba diarahkan kepada strategi Yesus untuk penginjilan dunia dan juga terhadap tujuan rohani misiNya. Penafsiran lain tentang pengalaman pencubaan ini diarahkan terhadap met ode pengijilan-Nya telah dibirikan oleh Colin W. Williams dalam bukunya, "Where is The World? (New York: Nat'l Council of Churches of Christ) Hal 24-27
14. Salah satu peristiwa ialah pesakit kusta (Markus 1 :44, 45; Matius 8:4; Lukas 5: 14-16;); mereka yang dibebaskan dari roh kotor di gigi air Galilea (Markus 3: 11, 12) Yairus yang melihat anaknya dibangkitkan dari maut (Markus 5:42, 43; Lukas 8:55, 56); kedua orang buta yang dipulihkan dari penglihatan mereka (Matius 9:30), dan orang buta di Baitsada (Markus. 8:25, 26).
15. Beberapa contoh ini boleh dilihat daripada (Yahya 1:29-43; 6:14, 15; Markus 4:35,36; 6:1, 45, 46; 7:24-8:30; Matius 8:18, 23; 14:22, 23; 15:21, 39; 16:4; Lukas 5:16, 8:22; dan lain-lain).
16. Contoh-contohnya Yahya 2:23-25; 6:30-60; 7:31-44; 11:45, 46; 12: 11; 17-19; Lukas 14:25-35; 19:36-38.
17. Orang Farisi dan orang Saduki merupakan pemimpinpemimpin terpenting di Israel, selain daripada penguasa-penguasa di Rom. Mereka menguasai segala sistem agama, sosial, pendidikan dan ke tahap yang tertentu kehidupan politik. Lebih kurang 2,000,000 umat di Palestina dibentuk oleh tindakan mereka. Anggota serikat sekerja orang Farisi ini terdiri daripada orang rabbi dan orang awam yang kaya, menurut anggaran Yosephus (Ant., XVII, 2,4) lebih.kurang 6,000; sementarajumlah orang Saduki terdiri daripada iman-iman besar dan keluargakeluarga Sanhedrin di Yerusalem tidak lebih daripada beberapa ratus. Lihat Anthony C. Dean, "The World Christ Knew" (London: Guild Books, 1944), hal 57, 60; Edersheim, op. cit., 1 hal. 311. Kalau kita mengerti bagaimana kelompok kecil ini telah menguasai lebih kurang 7,000 orang yang mewakili YJ daripada satu negara maka tidak sulit bagi kita untuk memahami sebabnya Tuhan Yesus sering menyebutnya dan juga sementara mengajar murid-murid tentang strategi yang penting untuk kepemimpinan yang lebih baik.
18. Idea ini disampaikan dengan jelas dalam Efesus 4: 11 dan 12 dalam "New English Bible" yang tercatat, "Dan ini karuniakarunia-Nya: ada yang menjadi rasul-rasul, setengah-tengah

penginjil, yang lain pula pendeta dan guru untuk melengkapi umat Tuhan demi pelayanan-Nya untuk membangun tubuh Kristus."
Naskah-naskah Alkitab moden lain yang memuat maksud yang penting termasuk Weymouth, Phillips, Wuest, Berkeley, Williams dan Amplified New Testament. Tiga klausa dalam ayat 13 ini saling berhubungan dengan ayat terakhir sebagai puncak-Nya. Menurut terjemahan ini, Kristus memberi karunia yang khusus kepada pemimpin-pemimpin di gereja, dengan tujuan supaya mereka dapat menyempurnakan orang-orang salih; untuk pelayanan yang perlu dimainkan oleh setiap mereka, demi melaksanakan satu sasaran penting iaitu pembinaan tubuh kristus. Pelayanan gereja dilihat sebagai melibatkan semua anggota tubuh Kristus. Pelayanan gereja dilihat sebagai melibatkan semua anggota tubuh Kristus (l Kor 12: 18; II Korintus 9:8). Luther dalam buku tafsirannya "Efesus" juga mengungkapkan hal yang sarna seperti Weiss, Meier, De Witte dan Salmond. Untuk mendapat huraian yang baik baca "The Expositor's Greek Testament" (Grand Rapid: Wm. B. Eerdmans Publishing Co.), hal 330-331. Pandangan lain terdapat di dalam Abbott dalam "Ephesians and Colossians, International Critical Commentary (Edinborough: T. T. Clark, 1897), hal 119, 120; dan Lange "Galatians-Colossians," Commentary on the Holy Scripture (Grand Rapids: Zondervan hal 150-151. Pendekatan pratikal dari "Gaines S. Dobbins book, "A Ministering Church (Nashville Broadman Press, 1960), Ch. II, "A Church Needs Many Ministers, "haI15-29, dan dari sudut pandangan lain Watchman Nee, The Normal Christian Li/e" (Washington, D. C.: International Student Press).
19. Beberapa sarjana seperti Henry Latham berkata sebelum para rasul diterima secara resmi, Yesus telah memberi perhatian-Nya kepada orang ramai. Hanya kemudian-Nya, Dia memberi tumpuan perhatian kepada mereka Henry Latham hal 188-269. Sama ada anggapan tersebut boleh diterima tidak akan menjadi soal kalau kita melihat catatannya dalam injil. Yang jelas ialah Yesus telah memberi diri-Nya kepada 12 rasul ini.
20. Fakta ini diakui oleh para pengikut seperti yang dikatakan oleh Petrus, "Tetapi pada hari ketiga, Tuhan membangkitkan Dia dari kematian, dan memperlihatkan Diri-Nya" (Kisah Para Rasul 10:40, 41)
21. Seseorang tidak dapat menggelakkan dari memerhatikan rujukan kepada para pengikut ditujukan kepada seluruh kelompok lebih sering jika dibandingkan dengan rujukan secara

peribadi. T. Ralph Morton berkata rujukan yang ditujukan pada individu seringkali mengenai kegagalan peribadi. Perkataan yang ditujukan kepada kelompok biasanya menyebut tentang kegembiraan, pengertian serta pencapaian. Peristiwa ini dituliskan oleh penulis yang diilhamkan oleh Roh Kudus, dan tidak dicatatkan oleh Yesus dan mereka telah menentukan kedudukan mereka sendiri. Namun kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa pengikut-pengikut ini tidak penting, padahal Yesus menganggap mereka sebagai tubuh orang yang beriman dan yang sedang dilatih untuk misi yang tertentu. Mereka melihat diri mereka dalam Kristus sebagai satu gereja, dan kemudian sebagai anggota kelompok itu.
22. Sekurang-kurangnya 16 kali sebelum penahanan-Nya oleh askar, Yesus menceritakan penderitaan dan kematian-Nya. Rujukan pertama tersirat maksudnya tetapi implikasi cukup jelas - tubuh-Nya dibandingkan dengan Bait Tuhan yang akan dihancurkan (Yahya 2: 19); Anak Manusia akan ditinggikan seperti ular tembaga di kayu salib (Yahya 3:14); akan tibanya waktu mempelai lelaki akan diambil daripada mereka (Markus 2:20; Matius 9:15; Lukas 5:35); analogi Yesus Diri-Nya dengan roti hidup yang harus dipecahkan dan dimakan (Yahya 6:51-58); dan rujukannya kepada nabi Yunus sebagai tanda (Matius 16:4). Yesus lebih berani mengemukakan diri-Nya kepada para pengikutNya, "Bahawa Anak Manusia harus menanggung banyak penderitaan dan ditolak oleh tua-tua, imam-imam kepala dan ahliahli Taurat, lalu dibunuh dan bangkit setelah tiga hari." (Markus 8:31, Matius 16:21; Lukas 9:22). Dia menceritakan kepada para pengikut-Nya tentang kematian-Nya dan kebangkitan-Nya secara terperinci sewaktu mereka melalui kelompok orang yang berada di Galilea (Markus 9:30-32; Matius 17:22,23; Lukas 9:43-45); dan kemudian lagi pada perjalanan akhir di Yerusalem sesudah pelayanannya di Perea (Markus 10:33, 34; Matius 20:18-19; Lukas 18:32-33). Diajuga menceritakan kematian-Nya kepada Musa dan Elia sewaktu di gunung di mana Dia dimuliakan (Lukas 9:31). Berita itu juga diimplikasikan-Nya sewaktu Dia berkata seorang nabi tidak akan diterima oleh kotanya sendiri (Lukas 13:33), dan sewaktu Dia bercakap tentang penderitaan dan penolakan-Nya oleh orang sebelum kepulangan-Nya dalam kemuliaan (Lukas 17:25). Dia membandingkan Diri-Nya dengan gembala baik yang memberi hidup-Nya untuk dombanya (Yahya 10:11, 18), dan gandum yang jatuh ke tanah dan mati sebelum membawa buah (Yahya 12:24). Beberapa hari sebelum hari paskah, Yesus mengingatkan para pengikut-Nya bahawa Dia akan ditahan dan disalibkan (Matius 26:2). Akhirnya, perjamuan terakhir dengan para

pengikut-Nya tentang kematian-Nya yang makin mendekat (Lukas 22: 15) dan kemudian Dia melambang kematian-Nya dengan makan roti dan minum arak (Markus 14:22-25; Matius 26:26-29; Lukas 22: 17-20).
23. Pengudusan yang dipakai juga merujuk kepada Yesus dalam Yahya 10:36. Applikasinya bersifat penginjilan.
24. Kala yang digunakan untuk perkataan "pengudusan" membezakan pengudusan Yesus dan pengudusan murid-muridnya. Perkataan pengudusan Tuhan menunjukkan sesuatu yang berlansung terus menerus, yakni satu perbuatan yang berlanjutan "Saya akan tetap menguduskan diri sendiri." Di pihak yang lain pula, ketika Yesus memakai pengudusan untuk pengikutpengikut, perkataan ini bererti sesuatu krisis penyerahan dalam pengudusan para pengikut. Tafsiran Yahya 17:19 "Demi untuk mereka, Aku terus menerus saat lepas saat-memperbaharui penyerahan diriKu untuk penginjilan, dan saya rela membuat suatu pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai tujuan Tuhan. Oleh kerana tidak ada hal lain yang mencukupi pekerjaan Tuhan saya meminta agar engkau pergi ke dunia dan melaksanakan pekerjaan Tuhan, sedaya upaya dan dedikasi untuk penginjilan Tuhan dalam kehidupan engkau setiap hari." Dedikasi tersebut jika dijalankan dengan penuh hati akan melaksanakan penginjilan dunia. Inilah dimensi kehidupan rohani yang perlu banyak penekanan.
25. Ayat Yahya 14:12 mempunyai satu applikasi penginjilan yang melampaui batas pengertian kita kerana ayat ini tidak hanya menyebut bahawa pengikut-pengikut ini akan melakukan pekerjaan Kristus, bahkan ayat-ayat ini mengatakan "pekerjaan yang lebih hebat" kerana Yesus akan pergi ke Bapa-Nya. Perenggan ini mengajar bahawa pengikut-pengikut dalam kuasa Roh Kudus dapat melakukan segala sesuatu yang dilakukan oleh Yesus bahkan lebih. Yesus tidak menyebut jenis tugas hebat yang akan dilakukan pengikut-pengikut ini, tetapi dari Kisah Para Rasul ia mungkin berkaitan dengan arena penginjilan. Sekurang-kurangnya dalam bidang penginjilan mereka telah melihat lebih banyak hasil. Malahan dalam satu hari pada hari Pentekost lebih banyak orang telah ditambahkan kepada gereja kalau dibandingkan dengan buah yang diperolehi oleh Yesus selama tiga tahun.
26. Perkataan "Seorang lagi" (Another) mempunyai kepentingan yang tertentu dalam bahasa Yunani. Perkataan ini tidak digunakan untuk membezakan dua objek yang berbeza kualiti,

tetapi sebaliknya perkataan ini digunakan untuk membandingkan kualiti yang sama, cuma oknum yang berbeza. Oleh kerana ini nilai perkataan yang digunakan untuk Roh Kudus dapat dibandingkan dengan Anak-Nya yang terjelma, walaupun Roh wujud dalam oknum yang berbeza, Roh ini mempunyai pelayanan yang sama seperti Yesus dalam pelayanan kepada pengikutpengikut ini. Lihat G. Campbell Morgan, "The Teaching of Christ" (New York: Revell, 1913) Ha165. Pengajaran yang baik mengenai pengajaran Yesus tentang Roh Kudus boleh diperolehi daripada, "The Teaching of Jesus Concerning the Holy Spirit" (New York: American Tract Society, 1095) dan J. Ritchie Smith, The Holy Spirit in the Gospels (New York: Macmillan, 1926).
27. Perjanjian ini digenapi dalam kehidupan pengikut-pengikut pada hari Pentekost. (Kisah Para RasuI2:4). Namun perjanjian ini tidak berakhir di sini. Lukas memberitahu kita tentang pemenuhan Roh Kudus sebagai satu pengalaman yang berkekalan dalam pengalaman gereja (Kisah Para RasuI4:8, 31; 6:3, 5; 7:55; 9:17; 11:24; 13:9,52). Kehidupan yang dipenuhi oleh Roh Kudus merupakan satu pengalaman Kristian yang biasa walaupun bukan kenyataan kepada semua orang. Oleh kerana itu, Paulus begitu terbeban untuk menegur orang-orang di Efesus, "Untuk dipenuhi oleh Roh Kudus" (Efesus 5:18). Berhubungan dengan topik ini bacalah William Arthur, "The Tongue of Fire" (London: The Epworth Press, 1956); John Wesley, "A Plain Account of Christian Perfection" (London: Epworth Press n.d); Samuel Chadwick, "The Way to Pentecost" (New York: Fleming H. Revell 1932); Charles G. Finney, "Be Filled With the Spirit" in Revival Lectures (New York: Fleming H. Revell 1958); Andrew Murray, "The Full Blessings of Pentecost" (London: Oliphants Ltd. 1954); Samuel Logan Brengle, "When the Holy Ghost is Come" (New York: Salvation Army Printing and Publishing House 1911); R.A. Torrey, "The Baptism With The Holy Spirit" (New York: Fleming H. Revell, 1932); Charles G. Finney, "Be Fil/ed With The Spirit" dalam ceramah-ceramah pembaharuan (New York: Fleming H. Revell, 1958); Andrew Murray, "The Full Blessing of Pentecost" (London: Oliphants Ltd., 1954); Samuel Logan Brengle, "When The Holy Ghost is Come" (New York: Salvation Army Printing and Publishing House, 1991); R.A Torrey, The Baptism with the Holy Spirit (New York: Fleming H. Revell, 1895); V. R. Edman, "They Found the Secret" (Grand Rapids: Zondervan 1960); dan khutbah, 'Wow to be Filed With The Holy Spirit," oleh Billy Graham, "Revival in our Time" (Wheaton: VanKampen, 1950) adalah buku-buku yang menyebut tentang subjek ini. Istilah yang dipakai untuk menjelaskan

pengalaman ini mungkin berbeza tergantung pada perspektif teologi, tetapi satu pengajian sejarah tentang kenyataan pengalaman ini wujud dalam semua tokoh yang dipakai oleh Tuhan secara hebat untuk menjadikan injil releven kepada orang lain.
28. Salah satu contoh yang baik ialah Khutbah di Bukit (Matius 5:3-7: 27; Lukas 6:20-49. Berita ini tidak ditujukan kepada orang ramai, tetapi mereka telah mendengarnya (Matius 7:28, 29).
Kalimat-kalimat yang begitu indah ini diucapkan kepada para pengikut yang terdekat dan yang dapat menghargainya. Setelah Dia melihat orang ramai, Dia pun kembali ke gunung dan duduk di situ dengan para pengikut-Nya dan mula bersabda kepada mereka dan mengajar mereka. (Matius 5:1, 2; Lukas 6:17-20). Yesus juga menggelakkan diri-Nya dari menghubungkan diri
Nya dengan Perjanjian Messianik. Walaupun pada awal pelayanan-Nya, Dia menyebutkan hal ini kepada teman-temanNya (Yahya 4:25, 26, 42) dan mengizinkan pengikut-pengikutNya memastikan bahawa diri-Nya ialah Mesias (Yahya 1 :41,45, 49), kita tidak memperoleh dari catatan bahawa Dia pernah mengumumkan Diri-Nya Mesias kepada pemimpin-pemimpin agama di Yerusalem. Hanya pada waktu pengadilan-Nya, Dia mengakui ketika imam besar bertanya secara langsung (Markus 14:62; Matius 26:63,64).
29. Lebih dari 20 kali injil menyebut tentang doa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus. Injil secara khusus menyebut tentangnya pada waktu pembaptisan Tuhan Yesus (Lukas 3:21); pemilihan 12 pengikut (Lukas 6: 12); pemuliaan-Nya di gunung (Lukas 9:29) dan perjamuan terakhir (Matius 26:27; di Getsemani (Lukas 22:39-46) dan di atas kayu salib (Lukas 23:46). Penginjil-penginjil ini juga mencatat tentang doa Tuhan Yesus berkaitan dengan pelayanan mereka sendiri, pengakuan Diri-Nya Mesias (Lukas 9:18); sewaktu Dia mendengar laporan pengijilan mereka (Lukas 10:21,22); mengajar mereka untuk berdoa (Lukas 11: 1) doa Iman Besar sebelum Dia mati (Yahya 17:6-19); kasih-Nya untuk Petrus (Lukas 22:32) dan sewaktu Dia bersama dengan dua pengikut di Emmaus setelah kebangkitan-Nya (Lukas 24:30). Doa juga penting sewaktu Dia melaksanakan mukzizat - menyembuh orang ramai (Markus 1 :35); memberi makanan kepada 5,000 orang (Markus 6:41; Matius 14:19; Lukas 9:16 Yahya 6:11) memberi makanan kepada 4,000 orang (Markus 8:6; Matius 15:36) menyembuh orang yang buta dan tuli (Markus 7:34) dan membangkitkan Lazarus dari maut (Yahya 11 :41). Tambahan pula, doa tetap disebutkan oleh Yesus ketika Dia melihat orang ramai membondong-bondong kepada Dia untuk diselamatkan -

sebelum konflik terjadi dengan para pemimpin agama (Lukas 5:16); perbincangan-Nya dengan orang Yunani yang datang berjumpa dengan Dia (Yahya 12:27); setelah Dia melihat 5,000 kembali setelah diberi makanan (Markus 6:46; Matius 14:23); memberkati kanak-kanak (Markus lO:16); dan akhirnya, bagi mereka yang memakukan Dia di kayu salib (Lukas 23:34).
30. Dia tidak mempunyai kekeliruan atau keraguan tentang kewibawaan dan kesaksian mereka kerana Dia tahu mereka telah diilhamkan oleh Roh Kudus (Markus 12:36; Matius 22:43). Alkitab merupakan firman Tuhan bagi Diri-Nya (Yahya 10:35; Markus 7:13; Matius 15:6; Lukas 8:12). Dalam pengertian unik, firman ini perkataan-Nya yang ditafsir dan diperdalarni (Matius 5:21, 22, 27, 28) seperti yang diumumkan oleh Dia, "firman Tuhan akan memberi saksi tentang Diri-Ku" (Yahya 5:39; Matius 5: 17, 18). Dengan kesedaran ini, Dia menyedari bahawa kehidupan-Nya merupakan penggenapan Alkitab, dan Dia sering menarik perhatian mereka kepada hal ini (Matius 5:18; 8:17; 13:14; 26:56; Markus 14:49; Lukas 4:21; '21:22; Yahya 13:18; 15:25; 17:12). Tidaklah aneh kalau Yesus menggunakan sumber yang tersedia sebagai pengetahuan untuk pelayanan-Nya. Firman Tuhan adalah makanan yang memuaskan jiwa-Nya (Matius 4:4) dan menguatkan hati-Nya terhadap pencubaan (Matius 4:4, 7, lO; 12:3; Lukas 4:4,8, 12). Firman Tuhan merupakan buku Teks yang dipakai oleh Yesus untuk mengajar di awam dan juga kepada lingkungan terdekat mengenai kebenaran kekal daripada Tuhan (Lukas 4:17-21; 24:27, 32, 44, 45).
31. Pada beberapa peristiwa yang tertentu, Yesus merujuk kepada Perjanjian Lama sama ada melalui kutipan secara langsung, atau untuk menjelaskan sesuatu peristiwa malahan bahasa yang diguna oleh Yesus mempunyai kesamaan dengan Kitab-kitab Yahudi. Kalau kita menghitung semua peristiwa yang mempunyai kesamaan dengan Kitab pada waktu-Nya, maka jumlah ayat yang dipakai oleh Yesus ialah 160. Hampir dua pertiga daripada Perjanjian Lama dimasukkan ke dalam rujukan ini. Dari sudut pandangan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ajaran Kristus ini dipenuhi dengan pengajaran bapa leluhur, raja-raja dan nabi-nabi. Seluruh fikiran-Nya berkisar di sekitar firman yang terilham itu. Lihat Herman Harrell Home, "Jesus the Master Teacher" (New York: Association Press, 1920) hal 93-lO6; dan J. M. Price, 8-11; 62-64. Hampir seluruh senarai Perjanjian Lama ini terdapat dalam kitab injil boleh juga didapati dari A. T. Robertson, "Harmony of the Gospel for Students of the Life of Christ" (New York: Harper, 1922) Hal 295-301.

32. Perbincangan yang terbatas ini tidak mengizinkan saya untuk menyebut semua perbuatan Yesus yang mempengaruhi kehidupan-Nya. Sikap-Nya dalam menyiapkan para pengikut-Nya untuk berdoa dan menggunakan Alkitab merupakan cara Dia menyiapkan pengikut untuk pelayanan-Nya. Untuk menyelidiki subjek ini seseorang perlu menimbangkan ibadah kehidupanNya, perhatian-Nya atas tatacara dan hukum-hukum masyarakat, sikap-Nya terhadap tanggungjawab sosial dan undang-undang. Yang paling penting dalam kesemua hal ini ialah Yesus mengajar pengikut-Nya untuk menjalani kehidupan yang releven dan penuh dengan kemenangan di tengah-tengah dunia kafir.
33. Beberapa pengarang cuba menganalisis teknik pengajaran Tuhan Yesus. Pelajar-pelajar yang ingin menyelidiki subjek ini boleh menyelidiki buku-buku seperti, "D. M. Ross, "The Teaching of Jesus" (Edinburgh: T & T, Clark, 1904); khususnya halaman 46-59; Georga Barker Stevens, "The Teaching of Jesus" (New York: Macmillan, 1918) hal 33-46; Charles Francis McKay, "The Art of Jesus as a Teacher" (Philadelphia: The Judson Press, 1930); dan Luther Allan Weigle, "Jesus and the Educational Method" (New York: Abingdon, 1939) karya yang dihasilkan oleh Horne, Squires, Richardson dan Price, telah disebutkan dalam catatan kaki yang lalu juga sangat berguna.
34. Pada peristiwa lain, ketika Yesus mengajar tentang perumpamaan lalang (Matius 13:36). Dia menegur para Farisi yang telah meniadakan nilai firman Tuhan dalam tradisi mereka (Matius 15:15); pelajaran tentang orang kaya yang mudah dan Lazarus (Lukas 17: 1); firman-Nya kepada orang Farisi tentang kerajaan yang akan datang (Lukas 17:220 dan hal-hal tentang penceraian menurut hukum Musa (Markus 10: 10; Matius 19:7).
35. Saya tidak dapat mengelakkan diri saya dari memerhatikan bahawa pengikut-pengikut Yesus diberi kesempatan membaptiskan orang lain sebelum mereka mula berkhutbah. Kalau kita menafsir hukum polisi ekklesiastik tafsiran ini menunjukkan bahawa pelayanan berkhutbah lebih penting dan lebih banyak kebahayaan dan kesempatan jika dibandingkan dengan pelayanan sakramen-baptisan. Seseorang yang telah dipercayakan pelayanan memberitakan firman lebih bertanggungjawab daripada mereka yang hanya membaptis orang, dan oleh kerana tanggungjawab yang besar ini harus mencakup tanggungjawab baptisan. Applikasi polisi seperti ini tentu akan membawa pengubahan yang besar kepada masyarakat orang Kristian.

36. Corak keluar dalam pasangan untuk penginjilan merupakan cara yang diamalkan dalam injil. Misalnya, dua pengikut disuruh mencari anak kuda supaya Yesus dapat menunggangnya ke Yerusalem (Lukas 19:29). Petrus dan Yahya disuruh untuk menyiapkan Perjamuan Kudus (Lukas 22:8). Yakub dan Yahya mungkin berada di Samaria sebelum Yesus datang kerana keduaduanya dicatatkan merasa begitu marah ketika ditolak (Lukas 9:52, 54). James I. Vancer dalam makalah kecilnya. "The College of the Apostle" (New York: Fleming H. Revell, 1896), cuba menjelaskan bahawa semua rasul itu berpasangan, beliau menjadikan mereka enam pasangan. Hal ini diaturkan oleh Tuhan Yesus supaya mereka saling mengisi kelemahan sesama atau mengukuhkan kekuatan sesama. Petrus si pelampau dipasangkan dengan Andreas yang konservatif; Yakub yang lebih tua dengan Yahya yang muda; Filipus si pandir dan Bartholomew si bijak; Tomas peragu bersama dengan Matius seorang yang mempunyai keyakinan; Yakub yang hebat bersama dengan Yudas yang arif dengan doktrin; Simon yang berkorbar-korbar bersama dengan Yudas pengkhianat. Pendapat ini dibuktikan oleh senarai para rasul yang dituliskan oleh Matius (Matius 10:2-4). Latham hal 162, kita menganggap teori ini sebagai satu hypotesis. Walau bagaimanapun, fakta ini dibuktikan oleh para rasul dan missonari gereja yang mengembara secara berpasangan atau mungkin lebih dari dua.
37. Sebelum Yesus memberi makanan kepada lima ribu Dia terlebih dahulu meminta para pengikut-Nya sesuatu untuk makan. Ini dilakukan supaya para pengikut menyedari betapa kecil iman mereka (Yahya 6:6) dan masalah yang dibawa oleh mereka. Hanya ketika Tuhan Yesus mengetahui bahawa para pengikutNya tidak mampu menghadapi situasi ini baru Dia bercampur tangan, dan menyelesaikan masalah mereka.
38. Dia begitu berhati-hati mengajar mereka bahawa Roh Kudus akan mengarahkan kehidupan mereka setelah mereka terpisah dari Diri-Nya yang terjelma. Seorang pekerja Kristian selalu harus dikawal.
39. Janganlah sesiapa salah sangka bahawa penginjilan dunia yang ditekankan di sini bererti kita tidak perlu kedatangan Kristus yang mulia pada kedua kali. Biarlah saya mengulangi lagi bahawa pemberitaan injil hanya menyiapkan kedatangan Tuhan Yesus (Matius 24: 14). Pemberitaan injil juga tidak dapat meniadakan campur tangan Tuhan Yesus secara peribadi atau memberi

implikasi bahawa kerajaan yang akan datang itu dapat diusahakan oleh kebijaksanaan manusia. Campur tangan Tuhan Yesus secara peribadi sangat penting tanpa mengira pandangan millennial apapun.
40. Sifat intim dalam mesej ini kadangkala dikaburkan oleh mereka yang cuba menggelakkan fakta bahawa Petrus telah diberi kedudukan utama dalam gereja. Langkah seperti ini tidak perlu dilakukan kerana tiada sesuatu bahagian dalam Alkitab yang memberi bukti untuk kuasa papal seperti yang ditegaskan oleh Roma Katolik. Untuk mengatakan perkataan "batu" itu ditujukan kepada Kristus hanya menegaskan kepentingan dan kepemimpinan yang diteguhkan oleh iman Petrus dalam Yesus, rujuk pandangan ini pada, "The Expositor's Greek Testament" oleh Nicoll, Reprint (Grand Rapids, Eerdmans) hal 224, 225; Philip Vollmer, The Modern Life oj Christ (New Y ouk, Revell, 1912), hal 162, 163; dan buku-buku tafsiran yang lain dari Meyer, Alford, Brown dan Bengel. Namun, beberapa sarjana lebih suka memisahkan Petrus sebagai batu yang menjadi asas pembangunan gereja. Mereka mengikut beberapa aliran tafsiran dan mengatakan perkataan 'batu' dirujukkan kepada pengakuan iman Petrus. Salah satu contohnya ialah A. T. Robertson, "Perkataan yang bergambar dalam Perjanjian Baru; I (New York, Harper 1930), hal 131-133; juga buku-buku tafsiran Luther dan Clark dan juga Alkitab Pilgrim. Yang berhubungan erat dengan pendapat ini, dan berbaur dengan pendapat ini ialah pendapat lain yang mengatakan Kristus sendiri merupakan batu itu. Lihat catatan dalam Berkeley dan Alkitab Scofield yang menyokong pendapat ini seperti yang disokong oleh Augustinus dan Yerome. Yang lain pula percaya batu itu ditujukan kepada Petrus sebagai wakil kepada semua orang yang percaya. Salah satu penyelidikan ialah Yahya Calvin, "Commentary On A Harmony of Evangelists, II, Cetakan kembali (Grand Rapids, Eerdmans, 1949) hal 291. Beberapa antara orang ini menggunakan perkataan rohani (xetpos) yang dituliskan dalam gender masculin tetapi perkataan (zetpa) dicatatkan dalam bentuk feminin. Perbezaan ini memungkinkan mereka menafsirkan Petrus sebagai sebahagian dari "pembentukan batu" dibandingkan dengan, "bentuk batu itu" di mana asas gereja akan didirikan. Tanpa mengira pandangan seseorang, fakta yang tetap berdiri penting ialah Petrus disebutkan secara peribadi oleh Kristus, dan dia tidak akan dianggap sebagai batu kalau dia tidak mengakui imannya pada keilahian Yesus. Kesimpulan ini saya merasa merupakan kebenaran yang jauh melampaui tafsiran-tafsiran yang diberikan kepada batu seperti yang dikatakan di atas.

41. Lihat Peter Lange untuk mendapat analisa yang menarik tentang pengakuan kesetiaan Petrus yang dianggap sebagai tafsiran yang tepat untuk "batu" yang sebenarnya merupakan satu lagi pandangan yang lain. Peter Lange, "Commentary on the Holy Scripture" Matius, Reprint (Grand Rapids, Zondervan) hal 298. Pandangan yang saya kemukakan di sini berhubungan dengan nada seluruh perenggan dan bukan pada perkataan tertentu.
42. Kita patut perhatikan bahawa Petrus sendiri yang membuat analogi ini. Surat-surat Petrus yang tidak mencatat kedudukannya yang lebih tinggi dan hal ini memberi indikasi bahawa dia tidak menganggap dirinya telah diberi pangkat gerejawi yang istimewa atau keistimewaan rohaninya.
43. Agak menarik juga kalau kita boleh perhatikan seluruh perenggan ini, setiap penghasilan buah telah disebutkan dengan kala "present" yang bererti dalam naskah Yunani penghasilan buah itu merupakan sesuatu yang terjadi terus menerussesuatu, yang berbuah sepanjang masa.
44. Saya terhutang budi kepada Dr. Ronald G. Leavell yang pertama-pertama menarik perhatian saya pada subjek ini dalam bukunya, "Evangelism, Christ's Imperative Commission" (Nashville: Broadman, 1951), hal. 3. Perkataan "pergi" mempunyai hubungan dengan kata kerja dan menunjukkan perbuatan itu sebagai sesuatu yang wajib. Saya merasa hairan sewaktu saya membaca buku-buku tafsiran kerana tidak ada sesuatu buku pun yang memerhati aspek tatabahasa Yunani yang penting ini.
45. Dawson Trotman, Born to Reproduce (Lincoln, Nebr: Back to the Bible Publishers, 1959) ha142. Makalah yang kecil ini oleh Navigators harus menjadi bahan bacaan setiap orang yang berminat dalam subjek ini.
46. E. M. Bounds, Power through Prayer, dicetak semula (Chicago: Moody Press) hal 7. Cerita yang memuat setiap pembangunan rohani dan gerakan missionari di sejarah gereja akan membuktikan kebenaran kalimat ini. Oleh kerana itu selain dari membaca Alkitab, pembacaan buku-buku biografi akan memberi dorongan untuk penginjilan. Alang baiknya kalau anda menurut senarai buku bacaan ini dan menyediakan rancangan sendiri untuk membacanya. Beberapa buku yang boleh dijadi rujukan dan salah satu buku yang anda tidak boleh tinggalkan ialah, "Life and Diary of David Brainerd, " yang disunting oleh

Jonathan Edwards (Chicago: Moody Press, 1949); Dr. dan Mrs. Howard Taylor tentang ayah mereka dalam Hudson Taylor's Spiritual Secret (London: China Inland Mission, 1950); The Memoirs of Rev. Charles G. Finney (New York: Fleming H. Revell Co., 1873), yang masih dicetakan; Clarence Wilbur Hall cerita tentang "saintly Brengle, Portrait of A Prophet" (New York: Salvation Army, 1933); dan Jim Elliot dalam "Under the Shadow of the Almighty (New York: Harper & Brothers, 1958). Cerita seperti ini dan banyak cerita hidup tentang manusia yang bervisi dan berdedikasi akan menggalakkan kita untuk bekerja lebih rajin untuk Tuhan.
47. Seseorang yang ingin mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti kelompok kecil dapat dilaksanakan di gereja boleh melihat kursus yang disediakan oleh Lyman Coleman yang dipanggil "Growth by Groups." Untuk menerapkan pengajian Alkitab induktif, hafazan Alkitab, doa dan penginjilan untuk menjangkau orang ramai dalam konteks kelompok, kursus inilah paling menarik. Buku ini boleh dipesan dari Christian Outreach, kotak pos 115, Huntingdon Valley, Penna.
48. Kita mempunyai banyak informasi tentang gerakan ini termasuk fungsi dan organisasi kelompok ini. Seseorang perlu berhati-hati sewaktu membaca bahan-bahan ini kerana banyak antaranya mempunyai inti teologi yang cetek. Namun kami tidak membiarkan hal ini menyimpang minat kami terhadap idea gerakan ini. Cuba membaca buku-buku ini yang memanfaatkan: Harry C. Munro, Fellowship Evangelism Through Church Groups (St. Hall), Two or Three Together (New York: Harper & Brothers, 1954); John Casteel, "Spiritual Renewal through Personal Groups (New York: Association Press,1957); Paul Miller, Group Dynamics in Evangelism (Scottdale, Penn.: Harold Press, 1958); Robert A. Raines, New Life in the Church (New York: Harper & Brothers, 1961); dan Samuel M. Shoemaker, "With the Holy Spirit and With Fire" (New York: Harper & Brothers, 1960).
49. Billy Graham, "Billy Graham speaks: 'The Evangelical World Prospect, (Prospek orang Kristian Injili) satu temuduga yang dijalankan oleh Christianity Today, Vol. III, No I, October 13, 1958, hal. 5. Digunakan dengan keizinan.
50. Banyak telah diperkatakan baru-baru ini tentang pemulihan pelayanan kaum awam tetapi tidak ada buku yang menjelaskan hal ini dengan lebih baik selain dari buku Paul Rees, "Stir Up the Gift" (Hidupkan karunia Anda) (Grand Rapids: Zondervan,

1952). Karya lain yang menerapkan applikasi ini ialah "Every Member Evangelism" (New York: Harper & Brothers, 1922); Tom Allan, "The Face of My Parish" (New York: Harper & Brothers, 1953). Elton Trueblood, 'The Company Of The Committed" (New York: Harper & Brothers, 1961); dan cerita missionari yang menarik tentang "Evangelism-in-Depth" (Chicago: Moody Press, 1961). Satu karya yang hampir sama yang ditulis dari sudut misi yang memberi kesan yang begitu besar dan telah diterbitkan satu generasi lalu ialah buku Roland Allen, "Missionary Methods; St Paul's or Ours" (London: World Dominion Press, 1953), dan bukunya yang berpasangan, "The Spontaneous Expansion of the Church (London: World Dominion Press, 1949).
51. Bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penginjilan peribadi begitu banyak dan boleh diperoleh di mana-mana. Tidak semua bahan ini mempunyai nilai yang sama, penilaian itu harus diukur oleh pengajinya. Oleh kerana kita mempunyai begitu banyak pendekatan untuk menghampiri subjek ini, alangkah berguna kalau kita sempat membaca beberapa kaunselorang yang telah menulis bidang ini. Di kalangan mereka ialah: Arthur Archibald, Dawson Bryan, Robert H. Belton, S. L. Brengel, Shelby Carlett, J. Wibur Chapman, Percy Crawford, David Dawson, Horace F. Dean, Gaines I. Dobbins, Murray W. Downey, Howard Ellis, William Evans, Leroy Gager, Gene Edwards, Albert F. Harper, Elmer Kauffman, Philips Henderson, E. M. Harrison, Lionel Hunt, Nate Krupp, A. W. Knock, Florence Kee, Oscar Lowry, C. S. Lovett, J. C. Maculay, H. S. Miller, Roscoe Pershall, Rosaland Rinker, Stephen F. Olford, John A. O'Brien, Percy O. Ruoff, J. O. Sanders, Lorne C. Sanny, L. R. Scarborough, John T. Sisemore, Edgar J. Smith, Charles H. Spurgeon, John S. Stamm, Dimmock Steeves, G. Ernest Thomas, D. P. Thomson, R. A. Torrey, Charles G. Trumbull, H. Clay Trumbull, Orville S. Walters, Alonzo F. Wearner, F. D. Whitesell, S. A. Witmer, dan Walter L. Wilson. Senarai ini bukanlah senarai yang lengkap tetapi daftar ini memberitahu kita bahawa kita tidak kekurangan informasi.
52. Panduan dalam pembimbingan boleh diketemui dalam Arthur C. Archibald, Establishing The Converts (Philadelphia: Judson Press, 1952); Lorne C. Sanny, "The Art of Personal Witnessing" (Lincoln, Nebraska: Back to the Bible Publications, 1957); Sidney Powell, "Where Are The Converts" (Nashville: Broadmans Press, 1958); dan khususnya buku oleh Waylon B. Moore, New Testament "Follow Up for Pastors and Laymen" (Grand Rapids: Wm. B. Eerdmans, 1963).

53. Dalam memperkatakan pekerjaan peribadi, banyak bahan telah dituliskan dalam bidang pratikai tentang penginjilan gereja.
C. E. Aturey, Arthur Archibald, Jesse Bader, J. N. Barnette, Andrew Blackwood, Theron Chastain, Kenneth Cole, J. E. Conant, Wildon Crossland, C. Lloyd Daughery, Eugene Golay, Charles L. Goodell, Byron Green, W. E. Grendstaff, Roland G. Leavell, William B. Riley, W. E. Sangster, Samuel A. Shoemaker, Roy H. Short dan John S. Starn adalah penulis-penulis berwibawa yang boleh kita rujuk. Satu ulasan tentang banyak aspek pekerjaan di gereja yang baik ialah naskah yang ditulis oleh George E. Sweazey, "Effective Evangelism" (New York: Harper & Brothers, 1953).







Pendahuluan
Strategi penginjilan pada hari ini merupakan salah satu isu kritis yang sedang dihadapi oleh para Kristian injili. Objektif dasar buku panduan ini bertujuan menolong anda menemui strategi penginjilan yang digunakan oleh Yesus dalam Perjanjian Baru dan yang seperti dihuraikan dalam buku, "Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan" oleh Robert E. Coleman.
Matlamat-matlamat inti buku panduan tersedia seperti berikut:
(1) Untuk menggalakkan pengajian Injil supaya kita dapat menemui strategi Yesus.
(2) Untuk mengulang kaji maksud dan nilai prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh Tuhan.
(3) Untuk lebih bertanggungjawab kepada rencana-Nya.
(4) Untuk menerapkan strategi-Nya dalam kehidupan kita.

Kami mempunyai dua cadangan yang boleh menolong anda menggunakan buku panduan ini dengan lebih berkesan. Yang pertama, buku panduan ini dicorakkan supaya anda boleh menulis di dalamnya, oleh itu pakailah pensel sewaktu anda mengajinya. Yang kedua, gunakan Perjanjian Baru untuk rujukan anda.
Buku panduan ini terdiri daripada 13 bab. Setiap pelajaran mempunyai garisbesar Buku ini menyediakan ringkasan isi setiap bab atau perenggan tertentu daripada "Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan " yang dapat dipelajari. Bahagian ini mengemukakan pokok fikiran atau penekanan bab itu, dan menarik perhatian kita kepada matlamat dasar

setiap bab itu. Berekoran setiap bahagian ini terdapat satu bahagian yang dipanggil Prosedur Belajar yang mengandungi soalan-soalan bertujuan membimbing seseorang mencari intisari setiap bab. Hanya satu bab harus dijawab setiap kali, dan kalau boleh cuba selesainya dalam setiap pelajaran. J awapan soalan-soalan tersedia di belakang buku ini, kalau anda perlu merujuknya.
Setiap bahagian juga disusulkan cadangan untuk menolong pembincangan kelompok dan aktiviti-aktiviti kelompok yang berguna. Anggota setiap kelompok digalakkan mencari jawapan soalan-soalan ini sebelum kelompok ini bertemu.
Matlamat muktamad pengajian ini ialah pelaksanaan "Pelan Induk Penginjilan dalam kehidupan pembacanya. Oleh kerana ini, setiap pelajaran mempunyai sasaran-sasaran yang boleh dilaksanakan serta prosedur-prosedur yang menggalakkan applikasi strategi Yesus dalam kehidupan peribadi pembaca. Penutupan setiap bab juga memuat perenggan singkat yang memberi pendapat untuk mencari bahan rujukan.
Buku panduan ini disediakan dengan doa agar kehidupan anda akan diberkati oleh Tuhan. Kiranya, anda akan menemui dan melaksanakan rencana Tuhan dalam kehidupan anda.

Gereja pada hari ini seperti mempunyai minat yang baru untuk menurut Amanat Agung Tuhan. Gejala ini disertai oleh pengorakkan fikiran untuk metode yang baru dan yang kreatif. Bersama dengan minat yang berkorbar-korbar dan kreativiti dalam metode, kita perlu mempertimbangkan satu hal yang lebih penting. Kita perlu belajar strategi, khususnya strategi penginjilan yang dipakai oleh Yesus.
Kita tidak ragu-ragu lagi bahawa Yesus pernah berjalan di dunia serta memakai strategi penginjilan yang dirancangkanNya dengan baik-baik. Dia selalu mengingat kenyataan bahawa
Dia diutus, "untuk mencari dan menyelamatkan mereka yang sesat" (Lukas 19: 10). Seluruh hidup-Nya ditentukan oleh objektif-Nya. Semua yang dikatakan dan dilaku-Nya merupakan sebahagian daripada strategi ilahi-Nya dalam penginjilan. Konsep yang tidak boleh diabaikan oleh gereja pada hari ini ialah sewaktu Tuhan Yes us melaksanakan pelayanannya, Dia sedang memaparkan satu strategi penginjilan untuk gereja sepanjang zaman.
Dengan demikian, tugas gereja bukanlah mencipta strategi baru. Tugas kita menemui strategi-Nya dan cuba mengikut langkah-Nya. Dengan mengikut tradisi dan kebudayaan agama, banyak gereja terhalang daripada menanggapi konsep strategi-Nya. Kalau kita menanggapi konsep ini maka terbuktilah strategi-Nya begitu revolusioner. Tetapi untuk memperolehi berkat yang terbaik dalam penginjilan kita terpaksalah kita menerapkan strategi Tuhan kita, sedaya upaya. Ia mungkin terpaksa dilakukan dengan mengesampingkan aktiviti-
aktiviti agama yang tak penting ataupun juga mengubahkan struktur-struktur organisasi kita.
1. Lihat daftar isi Perancangan "Pelan Induk Untuk Penginjilan " selama 60 saat. Tersedia dibawah adalah judul
judul bab yang tidak teratur. Sesudah mempelajarinya, cuba menyusunnya secara teratur. Selidiki daftar isi buku ini dan kemudian bandingan dengan senarai ini.
Pengarahan
Pengutusan
Pemilihan
Persekutuan
Pengabdian Diri
Penghasilan Buah
Pemberian Roh Kudus
Tunjuk Ajar
2. Di halaman 11, pengarang ceritakan tentang aktiviti penginjilan di gereja. Tuliskan definisi anda untuk penginjilan.

3. Ketika Dr. Coleman menggunakan perkataan strategi, perkataan mana yang paling dekat dengan apa yang dikatakannya?
Tandakan jawapan yang betul.
Sasaran Metode-metode
Prinsip-prinsip
4. Buku-buku teks penginjilan yang terbaik ialah

5. J awap betul atau salah dengan menulis S atau B di tempat kosong yang tersedia untuk setiap soalan.
(a) Yes us membuat perbezaan yang jelas antara misi di rumah dan misi di dunia.
(b) Lapan langkah atau prinsip-prinsip yang digunakan oleh Yesus untuk melatih manusia disusun dengan langkah yang bertahap-tahap.
(c) Metode dan strategi dalam penginjilan adalah sama.
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
Perbincangan kelompok ini tertumpu pada empat soalan yang berkaitan erat. Ia harus dibincang menurut susunannya.
1. Bincangkan matlamat-matlamat dasar untuk gereja menurut Yesus. Lihat Amanat Agung dalam Matius 28:19, Yahya 20:21 dan Kisah Para Rasul 1:8.
2. Evaluasi gereja anda atau kelompok orang Kristian dan bandingkan dengan matlamat-matlamat-Nya.
3. Kemudian tanya: Adakah organisasi atau aktiviti gereja atau kelompok kita didirikan atas dasar mencapai matlamat-matlamat dasar Yesus?
4. Perubahan-perubahan apakah yang harus dilakukan oleh gereja atau kelompok untuk mencapai matlamatmatlamat Tuhan?
Sasaran-sasaran Pencapaian
Daripada permulaan pengajian ini, nilaikan kejayaan anda dalam penginjilan anda:
1. Saya memberitahu orang lain mengenai Kristus dengan tujuan memenangi mereka kepada-Nya selalu kadangkala tidak pernah
2. Saya cuba menolong penganut baru untuk menjadi

lebih dewasa dalam kehidupan kekristianan mereka. selalu kadangkala tidak pernah
3. Tanyalah diri anda: Adakah saya mempunyai strategi penginjilan dalam kehidupan saya? Kalau saya tidak ada strategi, relakah saya menjadi sebahagian rancangan-Nya?
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
l. Satu rangkaian kaset oleh Dr. James Kennedy yang asalnya daripada Gereja Coral Ridge Presbyterian di Fort Lauderdale, Florida, sangat berguna untuk seluruh pengajian ini. Kaset ini dihasilkan oleh David C. Cook syarikat penerbitan, Elgin, Illinois. Kasel #1 sangat sesuai untuk bab ini.
2. Filem, "Charlie Churchman and the church Week" filemfilem injil, Muskegon, Michigan 49440 sebuah filem sindiran (karikatur) orang Kristian yang sibuk dan tidak melakukan apa-apa untuk memenuhi missi gereja.

Sewaktu menimbangkan pelan atau rancangan Tuhan dalam penginjilan, kita akan terkagum dengan strategi-Nya yang mudah. Strategi-Nya boleh digambarkan oleh perpatah, "Penumpuan Perhatian kepada Beberapa Orang." PermulaanNya tak menonjol kerana y esus hanya memanggil beberapa orang untuk mengikut Dia. Seseorang tidak akan merasa tertarik dengan kelayakan pengikut-Nya. Mereka orang biasa saja tetapi mereka begitu rela belajar. Pada kelompok kecil inilah, Yesus menumpukan perhatian pelayanan-Nya di dunia.
Kita tidak patut berfikir dengan serta merta bahawa Yesus telah mengabaikan orang ramai demi beberapa orang sahaja. Visi orang ramai tetap di sanubari-Nya, dan seringkali injil menyebut pelayanan-Nya kepada orang ramai. Akan tetapi kebijaksaan Yesus, memampukan Dia melihat bahawa sebelum orang ramai tertolong, Dia harus menumpu perhatian dan pemeliharaan kepada beberapa orang ini. Harapan pelayananNya terletak pada pelatihan atau penggemblengan kelompok kecil ini, yang kemudian akan membimbing orang lain, untuk mengerti Tuhan.
Corak-Nya mengajar kita, pemimpin rohani, untuk meletakkan dasar dalam penginjilan kita. Untuk meletakkan dasar ini kita perlu memusatkan usaha demi bakat dan waktu beberapa orang sahaja. Walaupun hasil usahajenis ini lambat dan tidak terlalu menonjol, ganjaran baiknya serta jumlah orang yang dijangkau lebih besar.
1. Bulatkan jawapan yang betul daripada tiga jawapan yang tersedia bagi setiap soalan.
(a) Kebanyakan pengikut-pengikut datang dari Galilea. Hanya satu yang datang dari Yudea:a. Tomas b. Yudas c. Petrus.
(b) J umlah pengikut setia Yesus pada waktu kematianNya berjumlah: 100, 500, 10,000
(c) Di kalangan para rasul, tiga antara mereka menikmati perhubungan yang khusus dengan Yesus. Salah satu antara mereka: Andreas, Matius, Yahya.
2. Isikan tempat kosong ini dengan jawapan yang betul. Rujuk pada "Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan" untuk mendapat jawapan.
(a) Perhatian Yesus bukanlah pada untuk menjangkau orang ramai tetapi pada yang akan diikuti oleh orang ramai.

(c) Orang yang dipanggil oleh Yesus digambarkan oleh oleh penulis sebagai orang yang dan mempunyai terhadap suasana mereka.
(d) Seseorang tidak boleh mengubah kecuali di dunia telah di dan seseorang tidak boleh berubah kecuali di bawah tangan Tuhan kita.
3. Jawab betul atau salah dengan menulis B atau S di tempattempat yang kosong.
(a) Tuhan Yesus memberi begitu banyak perhatian-Nya kepada 12 orang ini oleh kerana itu Dia telah mengabaikan orang ramai.
(b) Yesus memanggil 12 ini untuk mengikut Dia membawa kesan rohani pada zamanNya.
(c)

Perkataan-perkataan "penumpuan-perhatian" merupakan perpatah terbaik untuk menjelaskan prinsip dasar Y esus dalam pelayahan-Nya.
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
l. Selidiki bahagian Alkitab ini dan cari persamaannya dengan prinsip yang diguna oleh Yesus (2 Timotius 2:2). Lukis satu gambar rajah untuk menjelaskan prinsip ini. Paulus - Timotius - Orang Setiaorang lain
2. Di halaman 31, Dr. Coleman menyatakan bahawa jika seseorang mengukur keberkesanan penginjilan-Nya dengan jumlah orang yang bertaubat maka Yesus tidak boleh dianggap sebagai penginjil massa (orang ramai) yang berhasil. Kalau hal ini benar, bagaimanakah kita boleh menganggap Yesus sebagai penginjil hebat. Sesudah berbincang, cuba baca bahagian "Strategi-Nya" hal. 28-30.
3. Bincangkan penentangan yang mungkin timbul terhadap prinsip "penumpuan perhatian" kepada beberapa orang.
4. Bahaskan pendapat ini, "Pada zaman atom ini, sewaktu gereja berkesempatan menggunakan kemudahan-kemudahan untuk penyampaian injil yang berkesan, kita sebaliknya, men ghasilkan sedikit kesan berbanding dengan zaman sebelum terciptanya kereta."
Sasaran-sasaran Pencapaian
l. Buat satu senarai mengenai kesempatan persekutuan yang anda mungkin adakan dengan orang-Kristian yang baru ataupun belum dewasa. Setengah-tengah kesempatan sudah sedia ada: seperti guru sekolah minggu dengan kelasnya; atau seorang deakon, tua-tua atau orang yang
bertanggungjawab dalam pelayanan tertentu. Kesempatan pertemuan yang lain perlu dirancang.
2. Mintalah Tuhan untuk memimpin engkau kepada salah seseorang yang engkau boleh tolong dan bimbing untuk kehidupan pengkaderan/pelatihan sebagai pengikut.
3. Tentukan syarat-syarat yang engkau inginkan daripada orang itu.

4. Senarai hasil-hasil yang engkau lihat tercapai dalam kehidupan orang itu.
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Untuk bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan bab ini; yang berikut berguna (Lihat bibliografi untuk informasi yang lengkap untuk buku-buku ini).
(a) Bab satu dan dua dalam buku, Pastor Pastorum oleh Henry Latham.
(b) Bab pertama dalam buku, "The Men Whom Jesus Made" oleh W. Mackintosh Mackay.
(c) Bab yang berjudul, "Characteristics Of His Pupils" dalam buku, Jesus the Teacher oleh J.M. Price.
(d) Bahagian ketiga dalam buku, "The Apostles of Our Lord" oleh J.G. Greenbough.
2. Kaset kedua dari kaset Kennedy yang disebutkan dalam bab pertama yang menghuraikan cara gereja kini memilih orang untuk pelayanan.

Intisari program Latihan Yesus hanyalah persekutuan dengan pengikut-pengikut-Nya. Untuk melatih manusia yang boleh memenangi dunia, Dia perlu bersekutu akrab dengan mereka. Mereka terlebih dahulu belajar bagaimana bersekutu dengan-Nya. Yes us tahu bahawa dengan kehadiran-Nya, pengikut-pengikut-Nya dapat belajar apa yang mereka perlu tahu. Kita tidak perlu merasa hairan bahawa ketika pelayanan Yesus memasuki tahun kedua dan ketiga, Dia memberi lebih banyak waktu kepada kedua belas murid ini. Hampir semua pelayanan-Nya dilakukan dengan kehadiran pengikut-Nya. Dia sedang membentuk manusia dengan menyertai mereka.
Gereja pada hari ini begitu lambat menanggapi prinsip ini. Usaha pembimbingan yang dilakukan oleh orang Kristian kurang memberi perhatian peribadi yang diperlukan oleh orang Kristian yang belum dewasa. Hasil metode pembimbingan yang serbah-serbih ini, hampir 50% daripada mereka yang bergabung dengan gereja-gereja ini kemudian menjadi inaktif. Kita hanya berusaha menghasilkan pengikut-pengikut beramairamai dan akibatnya akan menjadi suatu bencana. Satu sistem perlu didirikan supaya setiap orang Kristian yang baru dapat dibimbing oleh orang Kristian yang dewasa sehingga dia menjadi dewasa dan dapat membimbing orang lain. Untuk melatih orang bagi pelayanan pembimbingan kini sesuatu yang harus dilakukan oleh gereja yang belum ada program ini.
1. Bab 8 dan 9 dalam kitab Lukas, memberi contoh tentang persekutuan pengikut-pengikut dengan Yesus, ketika pengikut-pengikut menyertai Tuhan Yesus. Dari beberapa pengalaman ini, mereka mempunyai hampir 8 contoh untuk memerhatikan bagaimana Yesus berkerja. Senaraikannya di bawah.

2. Isikan tempat-tempat kosong ini dengan jawapan yang betul.
(a) Intisari program latihan Yesus ialah
(b) Pengetahuan itu diperolehi melalui sebelum ia dapat dimengerti oleh
(c) Tiga contoh pembimbingan yang lain untuk 12 pengikut ini ialah
3. Bulatkan jawapan yang betul dalam soalan-soalan berikut:-
(a) Pada tahun kedua dan ketiga dalam pelayanan Yesus, Yesus telah memberi (banyak) (kurang) waktu untuk 12.
(b) Sekurang-kurangnya (liS) (1/3) (1/2) orang yang mengikut gereja akhirnya juga berpaling daripadanya.
(c) Sewaktu kebangkitan Tuhan Yesus menampakkan 10 kali kepada (orang yang tidak percaya, supaya dia percaya) (pengikut-pengikut dan pemimpin-pemimpin Yahudi) (pengikut-pengikut sahaja).
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti

1. Dapatkah data keanggotaan gereja anda atau kelompok anda kemudian berbincang
(a) Berapakah anggota yang menghadiri Pengajian Alkitab atau sekolah minggu?
(b) Berapakah peratus anggota yang setia menghadiri ibadah gereja?
(c) Berapakah anggota yang mengikut persekutuan doa?
(d) Berapakah di antara mereka yang terlibat dalam pelayanan Kristian?
(e) Kalau peratus anggota gereja yang melibatkan diri sangat kecil, cuba cari sebabnya.
2. Andaikata, anda anggota sebuah gereja atau sebuah organisasi Kristian yang hanya mempunyai beberapa orang yang mampu, atau tidak mempunyai dedikasi membimbing orang ke kedewasaan. Bagaimanakah anda dapat memulakannya?
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Setelah anda telah memilih seseorang untuk membimbing, bilakah anda akan menghubungi dia?
2. Betapa seringkah anda akan menyertai orang itu.
3. Langkah pertama apakah yang anda akan ambil terhadap orang ini?
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Banyak kaset dari "Foundation Library", 435 W. Boyd, Norman, Oklahama, 73069) sesuai untuk bab ini dan juga bab-bab lain. Satu katalog boleh diperolehi dari alamat yang tercatat di atas.
2. Pembacaan yang selanjutnya boleh dicari dari buku-buku ini.
(a) New Testament Follow Up, oleh Waylon B. Moore,

hal. 23-32.
(b) Jesus the Teacher, oleh J .M. Price, hal. 46-60.

Syarat terutama yang diinginkan Yesus daripada pengikutpengikutnya ialah kerelaan untuk menurut Dia. Tanpa raguragu lagi setengah-tengah pengikut ini orang yang pintar tetapi bukanlah kepintaran yang menjadi syarat yang ditetapkan Tuhan kita. Satu-satunya perkara yang ditegaskan oleh Tuhan kita ialah ketaatan kepada-Nya. Yesus tetap menegaskan ketaatan walaupun ketaatan semakin lama semakin sulit. Dia mempunyai hak dan kewibawaan untuk menetapkan syarat dan keperluan seorang pengikut. Tetapi oleh kerana para pengikut-Nya telah melihat semangat di dalam diri-Nya, mereka telah ditantang untuk menyertai-Nya.
Yesus tahu pengetahuan yang mendalam hanya boleh datang melalui ketaatan. Dia melihat bahawa mempelajari kebenaran tentang diri-Nya akan datang kemudian-nya, hanya jika pengikut-pengikut-Nya rela belajar. Seseorang tidak boleh jadi pemimpin jika dia tidak terlebih dahulu belajar mengikut seorang pemimpin. Yesus tahu bahawa pertumbuhan watak dan tujuan manusia hanya terjadi melalui ketaatan. Oleh kerana itu, Dia rela bersabar dengan kelemahan-kelemahan manusia kalau mereka rela menurut Dia.
Gereja memerlukan dedikasi yang baru kepada kuasa Kristus. Penekanan kita tentang ketaatan harus mencirikan berita revolusioner gereja. Kini umat Tuhan - pengkhutbahpengkhutbah dan kaum awam tidak boleh lagi berlengahlengah terhadap perintah Kristus. Situasi ini harus diperbaikan. Gereja-gereja boleh bermula dengan program penginjilan yang lebih berkesan, melalui beberapa orang dan menanam di dalam diri mereka makna ketaatan yang sebenarnya. Tindakan ini sekurang-kurangnya merupakan satu permulaan.
l. Dalam Lukas 9:57-62, tiga orang datang ke Yes us untuk menjadi pengikut-pengikutNya. Dengan perkataan sendiri, cuba menjawabkan jawapan Yesus kemudian lihat jawapan dari hal: 48-49.
(a) (b) (c)
2. (a) Apakah definisi anda untuk "pengikut"?
(b) Apakah definisi Dr. Coleman untuk perkataan ini?
3. Bukti dasar apakah yang membuktikan kasih kita untuk Kristus?
4. "Kita harus selalu mengingat bahawa Yesus sedang membentuk manusia untuk memimpin gereja-Nya supaya mereka boleh menakluk, dan tidak ada pun seorang boleh menjadi tanpa terlebih dahulu."
5. Tiga syarat untuk penggemblengan (pelatihan) pengikut disebutkan dalam injil Yahya. Tuliskannya di tempat kosong sewaktu anda merujuk kepada Alkitab.
(a) Yahya 8:31
(b) Yahya 13:35
(c) Yahya 15:8
6. Yesus harus menjadi raja dalam setiap bahagian kehidupan seorang Kristian. Sesuaikan jawapan ini dengan kutipan Alkitab. l. 2. 3. 4. Harta kekayaan Waktu
A. Mazmur 19:14
B. Matius 6:19-21
C. Kolose 3:18-21 Percakapan
Fikiran Kita

D. Efesus 5: 15-16

5. Kehidupan Keluarga E. Filippi 4:8
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Bincangkan erti pengabdian diri. Kemudian cuba mengingat peristiwa-peristiwa Perjanjian Baru di mana pengabdian ini dibuktikan.
2. Cuba ingat semula orang Kristian yang anda pernah berkenalan dan cuba lihat adakah di antara mereka yang membuktikan pengabdian diri.
3. Pada halaman 48, pengarangnya telah mencatatkan beberapa perenggan Alkitab yang mengambarkan dedikasi pada kehendak Tuhan.
Yahya 4:34; Yahya 5:30; Yahya 15:10; Lukas 22:42; Bincangkan maksud ayat-ayat ini kepada Kristus.
4. Bagaimanakah menjadikan Kristus sebagai raja dalam kehidupan kita dapat dikaitkan dengan kesaksian?
5. Jika terdapat sikap acuh tak acuh di kalangan orang Kristian yang anda kenali, bagaimanakah anda dapat mengubah situasi ini?
6. Beri lima dawai kepada setiap orang. Kemudian berilah setiap orang seutas dawai untuk memikirkan tentang kehidupan kekristianan mereka. Suruh mereka membengkuk dawai itu untuk melambangkan kehidupan kekristianan mereka. Ambillima saat untuk melakukannya. Kemudian suruh setiap orang ceritakan maksud daripada dawai mereka.
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Apakah yang diharapan daripada saya selaku pengikutnya?
2. Tiga bahagian yang tercatat di bawah mewakili perintah Yesus kepada para pengikut-Nya. Bacanya dan tentukan ukuran manakah yang paling sesuai untuk anda

Yahya 5:39, Lukas 18:1, Matius 4:19
Saya taat pada perintah ini
selalunya
pada kebanyakan waktu
kadangkala
sekali -sekala
tak pernah
3. Selidiki diri anda
Saya jarang bersaksi bagi Kristus kerana:
Saya takut saya akan menyakiti hati seseorang.
Saya takut kalau orang itu tidak mahu menerima Kristus.
Hidup saya sebagai seorang Kristian tidak sepadan dengan pengakuan saya.
Saya merasa ini bukan pekerjaanku.
Saya takut kalau soalan-soalan sulit akan dilontarkan dan saya tidak dapat menjawabnya.
Saya tidak berapa yakin sama ada orang lain perlukan Kristus. Saya tidak terlalu yakin, saya mempunyai perbuhungan yang nyata dan penting dengan Kristus.
4. Kalau anda memang mempunyai keperluan di atas, berhenti sejenak dan ambil waktu untuk berdoa satu doa dedikasi kepada Tuhan mungkin doa ini akan mengambarkan perasaanmu,
"Ya Tuhan, saya mengaku saya tidak taat kepada perintah Kristus yang seharus saya lakukan. Saya menyerahkan diri saya untuk diperbaharui Engkau, supaya Engkau dapat bekerja dalam hidupku, dan supaya saya selalu tekun dalam pengajian firman-Mu, rajin berdoa dan selalu menceritakan berita baik Yesus kepada orang lain. Amin."
5. J elaskan keputusan apakah yang anda telah ambil untuk pengajian Alkitab peribadi dan doa.

6. Kalau anda mengenal teman-teman Kristian yang tidak berminat kepada Kristus, di sini tersedia beberapa cara untuk menolong mereka.
(a) Berdoa untuk mereka, "Saya akan berdoa supaya orang Kristian berikut bertumbuh dalam dedikasi mereka kepada Tuhan."
(b) memupuk persahabatan dengan mereka. "Saya akan memupuk persahabatan dengan orang berikut supaya mereka mempunyai kehidupan yang lebih teguh dan mendalam. "
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Filem-filem:
(a) Filem yang berjudul, HIn His Steps" (Dalam Jejak LangkahNya) yang dihasilkan oleh Ken Anderson. Filem-filem lain yang didasarkan pada novel yang terkenal ini, dan merupakan dorongan untuk pengabdian.
(b) Untuk para remaja, satu rangkaian filem yang diterbitkan oleh "Family Films" 2900 Queen Lane, Philadelphia, Pennsylvania 19129, yang berjudul "Christian Teenagers Spiritual Life Kit.
2. Terdapat banyak buku lain yang berkaitan dengan subjet ini. Satu klasik yang harus dibaca oleh setiap orang Kristian, "The Christian's secret oj A Happy Life" oleh

Hannah Whitall Smith.
3. Juga ada beberapa buku kecil pengajian Alkitab yang berguna untuk menolong seseorang mengadakan pengajian Alkitab:
(a) "Ten Basic Steps Toward Christian Maturity" (Sepuluh Langkah Untuk Kehidupan Kristian), Campus Crusade of Christ, Inc., Arrowhead Springs, San Bernadino, California.
(b) "Studies in Christian Living" (Pengajian Kehidupan Kekristianan), The Navigators, Colorado Springs, Colorado 80900.
(c) Satu set "Win" atau "Grow Booklets", Lembaga Sekolah Minggu di Southern Baptist Convention, Nashville, Tennessee.

Pengikut-pengikut Yesus begitu terpesona dengan kehidupan Tuhan Yesus yang merupakan suatu kehidupan yang selalu memberi diri-Nya kepada orang lain. Dia mencerminkan kasih-Nya dengan memberi nyawa-Nya. Mereka mengkagumi akan kasih-Nya untuk dunia yang sesat. Yesus sendiri mengerti bahawa Dia telah ditentukan oleh Tuhan bagi matlamat penginjilan, yang terlibat pemberian nyawa-Nya, untuk penebusan dunia, dan Dia telah menyampaikan hal ini kepada para pengikut-Nya. Pengikut-pengikut Yesus mengerti ertinya pengabdian yang sebenarnya melalui tauladan Yesus. Sifat yang rela memberi diri mereka telah menyakinkan orang ramai tentang kebenaran injil.
Namun kedua belas pengikut ini tidak mungkin tunjukkan kasih Tahun kecuali Tuhan Yesus memberi hidup-Nya kepada mereka. Tuhan Yesus memberi hidup-Nya kepada mereka ketika Dia memberi Roh Kudus untuk tinggal di dalam kehidupan mereka. Pemberian Roh Kudus ini juga melengkapi mereka untuk tugas penginjilan. Tuhan Yesus selalu mengulangi penyataan bahawa penginjilan bukanlah usaha manusia melainkan tugas Roh Kudus. Saat-saat terakhir dalam kehidupan Yesus telah diluangkan untuk menyakinkan para pengikut-Nya bahawa Roh Kudus cukup untuk tugas penginjilan mereka. Oleh kerana itu, Pentecost merupakan suatu keperluan sebelum pengikut-pengikut dapat hidup, mengasihi dan melayani, dalam pelayanan penginjilan mereka.
Demikian juga pada hari ini, pengikut-pengikut Tuhan Yesus memerlukan kehidupan Yesus melalui pendiarnan Roh

Kudus, jika pekerjaan-Nya ingin dilaksanakan dalam dan melalui gereja. Hanya melalui Roh Kudus, kita mempunyai kuasa untuk memperkenalkan Dia, ataupun menunjukkan semangat yang rela berkorban untuk penginjilan berkesan.
1. Ketaatan lebih daripada sekadar menurut hukumhukumnya tetapi
2. Pembaharuan Yesus melalui pengabdian-Nya kepada Tuhan diungkapkan dalam
3. Matlamat asas pengudusan Yesus ialah
4. Yesus ialah Tuhan dalam
Kudus adalah Tuhan dalam
5. Di bawah ini tercatat tentang Yesus dan 12 pengikut-Nya.
Perkara-perkara yang disukai oleh para pengikut-Nya sebaliknya ditolak oleh Tuhan Yesus. Di pihak yang lain pula, perkara-perkara yang mereka tolak telah diterima oleh Yesus dengan sedia. Di bawah terdapat 7 perkataan. Di bawah terdapat dua senarai, tuliskan perkara yang disukai oleh 12 murid tetapi ditolak oleh Yesus-kepuasan jasmani - kemiskinan - merendahkan diri - kedudukan - kematian - keterkenalan - kesedihan
Pengikut-pengikut Yesus tetapi Roh
6. Senaraikan lima perkara yang diberikan oleh Yesus kepada para pengikut-Nya:

Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Bincangkan maksud perkataan "pengudusan" seperti yang tercatat dalam Yahya 17:18, 19, kemudian selidiki jawapan anda dengan halaman 63, 64 dalam teks ini.
2. Kalau kelompok anda besar, bahagikan kelompok anda kepada tiga kelompok kecil dan kemudian berilah mereka tugasan ini:
(a) Kelompok yang pertama akan menjelaskan pekerjaan Roh Kudus dalam membimbing orang Kristian untuk menyerupai Kristus.
(b) Suruh kelompok yang kedua bincangkan pekerjaan dan keperluan Roh Kudus untuk penginjilan yang berkesan.
(c) Kelompok yang ketiga akan bincangkan bagaimana kita dapat dipenuhi oleh Roh Kudus.
3. Jelaskan satu hal dalam kehidupan anda yang perlu diubah atau dikuatkan menurut pengajaran bab ini.
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Bersendirianlah dengan Tuhan dan senaraikan dosa-dosa mahupun kegagalan yang anda sedari. Catatkannya, satu demi satu sampai Roh Kudus sudah menunjukkan semua kesalahan dalam kehidupan kamu. Lihat 1 Yahya 1:9 dalam Alkitab Akui dosa-dosa anda kepada Tuhan dan tulis 1 Yahya 1:9 dalam kertas ini dan kemudian hancurkannya.
2. Sewaktu anda selidiki hidup anda, kalau anda sedar ada hal-hal tertentu yang belum diserahkan kepada Kristus, cubalah serahkannya kepada Tuhan.
3. Sekarang cuba doakan doa ini.
Bapa Syurgawi, Aku mengakui bahawa ada bahagian-bahagian tertentu dalam kehidupanku yang belum diserahkan kepada Engkau. Aku mengucapkan terima kasih atas pengam-

punanmu dan pada saat ini juga, Aku serahkan setiap bahagian kehidupanku kepada Engkau. Dengan iman, aku memohon pemenuhan Roh Kudus dan Aku mengucapkan terima kasih kerana Engkau menguasai hidup dan memenuhi aku dengan Dia. Amin.
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Kaset-kaset dari "The Foundation Library" yang disebutkan dalam bab 3, yang menghuraikan tentang karya Roh Allah.
2. Banyak buku tentang subjek Roh Kudus telah dituliskan. Dua buku yang paling baru ialah HOn Tiptoe With Jayl" oleh John T. Seamands, dan "The key to Triumphant Living" oleh Jack R. Taylor.
3. Satu makalah kecil, "Have You Made the Wonderful Discovery of the Spirit-Filled Life?"yang diterbitkan oleh "Campus Crusade for Christ Inc., Arrowhead Springs, San Bernardino, California" juga sangat berguna. Makalah yang hampir sama boleh diperolehi dari "Evangelism Division of the Baptist General Convention of Texas, DaI/as, Texas 75201, "How to Have a Spirit -Filled Life".

Yes us sengaja merancangkan "tunjuk ajar" sebagai satu strategi untuk kehidupan umat-Nya. Kedua belas pengikut
Nya memerhatikan dalam diri-Nya gaya kehidupan yang patut mereka terapkan dan cara mengajar orang. Segala sesuatu tentang Dia adalah demi untuk mereka dan kita. Dia sengaja membiarkan mereka melihat bagaimana Dia bercakap kepada Bapa-Nya dalam doa. Mereka melihat kesan doa dalam kehidupannya dan rindu mengetahui lebih mendalam tentangnya. Mereka begitu terkagum dengan cara Dia menguasai
Alkitab dan menggunakan Perjanjian Lama. Salah satu hal yang penting ialah mereka memerhatikan bagaimana Dia memenangi jiwa untuk Diri sendiri. Mereka belajar sambil melihat bagaimana Yesus menunjukkan cara melayani Tuhan. Yesus ingin mereka belajar sesuatu daripada diri-Nya. Kelas Yesus berlansung sepanjang masa kerana Tuhan mengajar dengan metode yang bersahaja. Dia menggunakan setiap situasi sebagai kesempatan untuk belajar. Pemimpin-pemimpin rohani patutlah mengikut rancangan Yesus pada hari ini. Untuk melakukan hal ini, kita patut tunjukkan cara kehidupan yang kita inginkan daripada orang lain. Kita perlu menyertai orang yang kita ingin bimbing. Kita perlu berdoa dengan mereka, menolong mereka dalam pengajian Alkitab, dan membawa mereka bersama kita dalam pelayanan, jika kita ingin mereka memenangi orang lain untuk Kristus. Kita hanya boleh memberi cara kehidupan yang kita sudah memilikinya sendiri. Inilah metode Tuhan kita, dan implementasi metode ini perlu kalau kita ingin orang lain digembleng bagi Tuhan.
1. Kehidupan Yesus merupakan satu contoh bagaimana kita harus hidup. Pengarang ini secara khusus telah menjelaskan tiga aspek yang Dia ingin ajarkan kepada dua belas pengikut-Nya. Tiga aspek ini ialah dan
2. Berapa kalikah injil menyebutkan tentang kehidupan doa Tuhan?
3. Dialog-Nya dengan mereka mempunyai banyak kutipan daripada Perjanjian Lama, jumlah kutipan-Nya dalam keempat-empat injil itu berjumlah kutipan dan kiasan lain yang juga bersumber daripada Perjanjian Lama.
4. Teladan Yesus ialah indikasi bahawa para pengikut-Nya harus mengetahui Alkitab. Menurut ayat-ayat ini, bagaimanakah Alkitab boleh menolong kita dalam kehidupan kita pada hari ini?
(a) 1 Petrus 2:2
(b) Mazmur 119:105
(c) Yahya 15:7
5. Pelajaran-pelajaran apakah yang anda dapat belajar daripada kehidupan doa Tuhan Yesus?
(a) Matius 14:23
(b) Markus 1:35
(c) Lukas 6:12

Kelompok dan Aktiviti
1. Bandingkan sikap Tuhan Yesus terhadap Alkitab dan
bandingkan dengan ayat yang tercatat dalam Paulus dalam 2 Timotius 3:16-17.
2. Bincangkan implikasi: 1 korintus 11:1, Filippi 3:17; 2 Timotius 1:13, dan Filippi 4:9.
3. "Main peranan" tidak perlu dilatih dan dapat dimainkan oleh dua atau tiga orang untuk menggambarkan satu situasi manusia. Gunakan prosedur "main peranan" dan memilih tiga anggota daripada kelompok untuk memainkan perananya.

Masalah: Seorang Kristian baru ingin bertumbuh dalam Tuhan kita. Dia menghadapi kesulitan untuk berdoa dan dia tidak tahu mengaji Alkitab. Usaha pertama kalinya untuk memenangi orang lain kepada Kristus gagal sama sekali.
Suruh setiap orang melakonkan kegagalan dalam tiga bahagian ini. Orang yang kedua mewakili orang yang sesat yang diperlukan untuk melakonkan kegagalan memenangi seseorang kepada Kristus. Biar orang ketiga mewakili orang Kristian yang dewasa. Dia akan memainkan peranan membimbing orang lain dalam beberapa hal ini.
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Kalau anda sedang membimbing seseorang, cuba menentukan cara yang anda boleh gunakan untuk menolong orang-orang berikut belajar:
(a) Bagaimana berdoa
(b) Bagaimana belajar Alkitab secara berkesan
(c) Bagaimana memberitakan berita baik kepada orang lain
(d) Bagaimana memenangi ketika menghadapi pencubaan
(e) Apakah yang perlu dilakukan dengan dosa seseorang?
2. Saya meluangkan waktu ini untuk pengajian Alkitab dan doa setiap minggu.

lebih kurang daripda Y2 jam Y2 ke 1 jam 1-2 jam 2-3 jam
lebih daripada 3 jam
3. Adakah anda mempunyai sistem untuk menghafalkan Alkitab? Kalau anda belum berusaha untuk menghafal, cuba memutuskan untuk mengingat satu ayat setiap minggu.
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Satu bahagian dari "Pastor Pastorum ", oleh Latham, "The Schooling oj the Apostles", hal. 270-310, satu buku yang berguna untuk belajar tentang tunjuk ajar.
2. Filem, "Like a Mighty Army", yang dihasilkan oleh "Gospel Films Inc. oj Muskegon, Michigan ", iaitu cerita mengenai "Coral Ridge Presbyterian Church oj Fort Lauderdale, Florida". Ceritanya menekankan aspek tunjuk ajar dalam pengajaran untuk bersaksi.
3. Untuk menolong anda menghafal ayat-ayat Alkitab, bungkus kecil yang mengandungi kad-kad hafalan daripada Navigators, Colorado Springs, Colorado 80900, dan daripada Billy Graham Evangelistic Association, Minneapolis, Minnesota, 55440.

Pada tahun pertama dalam pelayanan Tuhan Yesus, pengikut-pengikut tidak melakukan banyak pelayanan kecuali memerhatikan pekerjaan Yesus. Walaupun Yesus telah memberi mereka tanggungjawab pada mula-mulanya, penglibatan mereka hanya bersifat mengurus keperluan pelayanan. Tetapi inilah metode yang digunakan oleh Tuhan Yesus. Pertama, Dia membimbing mereka untuk menjalin satu perhubungan dengan Tuhan; kemudian Dia menunjukkan cara melaksanakannya, dan hanya kemudian Dia menjelaskan tanggungjawab mereka.
Dia juga selalu bekerja bersama dengan mereka ke arah yang memastikan agar satu hari mereka boleh mengambil alih pelayanan mereka.
Akhirnya, setelah penggemblengan satu tahan, Yesus sedar bahawa mereka sudah mantap untuk melakukan penginjilan sendiri. Yesus memberi mereka petunjuk dan kemudian Dia mengutus mereka. Petunjuk-petunjuk-Nya sangat penting kerana Yesus telah meletakkan garisbesar secara eksplisit untuk segala yang pernah diajar-Nya secara implisit. Betapa penting untuk kita memerhatikan bahawa Yesus menyuruh mereka untuk memberi perhatian mereka kepada beberapa orang yang penting supaya orang ini boleh melakukan pekerjaan mereka sesudah mereka meninggal. Dia juga memberitahu mereka bahawa mereka akan menghadapi masalah dan kemudian mengutus mereka berpasangan untuk misi mereka.
Penglibatan dalam pekerjaan penginjilan merupakan suatu kewajiban bagi setiap pengikut Tuhan yang benar. Tugas pratikai diberikan kepada mereka supaya mereka boleh melibatkan diri secara langsung dalam pelayanan penebusan Tuhan kita.
1. Sebelum menyuruh para pengikut-Nya melibatkan diri mereka dalam dunia penginjilan, metode Yesus termasuk
dan
2. Untuk hampir selama , para pengikut Yesus hanya memerhati cara Tuhan Yesus menjalankan pekerjaan-Nya.
3. Bagaimanakah pengarang menjelaskan perkataan Yesus kepada kedua belas pengikut, "J anganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang daripada umat Israel" (Matius 10:5,6)

4. Bagaimanakah pengarang menafsir pengajaran Yesus, "Apabila kamu masuk kota atau desa, carilah di situ seorang yang layak dan tinggallah padanya sampai kamu berangkat.
5. Indikasi apakah yang menunjukkan usaha kesaksiankedua belas itu berkesan pada misi mereka yang pertama?
6. Rujuk pada teks buku ini sambil merujukkan Perjanjian

Baru, dan cuba sesuaikan yang berikut:
Lukas 24:44-47 a. Jadikan murid
Yahya 20:19-24 b. Tomas tidak berada bersama mereka
Matius 28:19 c. Perjanjian Roh Kudus
Kisah Para Rasul l :8 d. Beri makanan kepada domba
Yahya 21: 15-17
Markus 16:15 e. ke dalam dunia f. Pertaubatan harus dikhutbahkan
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Bincangkan perenggan ini:
Pengikut-pengikut Kristian adalah orang yang diutusyang diutus untuk melakukan pekerjaan penginjilan dunia, yang pernah dilakukan oleh Tuhan dan demi pekerjaan ini Dia memberi kehidupan-Nya. Penginjilan bukanlah sesuatu pilihan dalam kehidupan kita. Ia merupakan denyutan jantung setiap panggilan dan tugas kita. Penginjilan ini merupakan amanat gereja dan misi inilah yang memberi maksud kepada segala sesuatu yang dilakukan dalam nama Kristus. Dengan tujuan fokus ini, segala sesuatu yang dilakukan dan dikatakan merupakan penggenapan penebusan Tuhan yang mulia - institusi pendidikan, program sosial, hospital, persekutuan gereja yang pelbagai jenis - setiap aktiviti yang dilakukan atas nama Kristus untuk memenuhi misi -Nya.
2. Bincangkan firman Yesus dalam Matius 10:34-38
J angan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. Sebab Aku datang untuk memisahkan orang daripada ayahnya, anak perem-

puan daripada ibunya, menantu perempuan daripada ibu mertuanya dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.
Barangsiapa mengasihi bapa atau ibunya lebih daripadaku, dia tidak layak bagiku; dan barangsiapa mengasihi anaknya laki-laki atau perempuan lebih daripadaku; dia tidak layak bagiku.
Sekarang cuba lihat tafsiran Dr. Coleman dalam halaman 80-81.
3. Bincangkan kepentingan tafsiran pengarang dalam Matius 10:5,6, yang merupakan permulaan usaha seseorang untuk melatihkan seseorang sebagai saksi.
4. Lihat amaran-amaran Tuhan Yesus mengenai penderitaan yang akan dialami oleh kedua belas pengikut. Cuba menimbangkannya menurut perenggan-perenggan berikut :- 1 Petrus 2:21, Filipi 1:29 dan 2 Timotius 3:12.
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Senaraikan satu daftar pekerjaan yang akan mungkin anda berikan kepada seorang Kristian baru yang anda sedang bimbing.
2. Kalau anda sedang menyertai seorang Kristian sewaktu mengadakan penginjilan peribadi, cubalah membiarkan dia bercakap dengan orang yang bukan Kristian pada bahagian yang lebih mudah.
3. Tanyakan diri sendiri, "Adakah saya sedia bersaksi untuk Tuhan walaupun itu mungkin bererti menerima cacian?
4. Selidiki daftar di bawah dan cuba melihat perkara yang menghalangi anda daripada bersaksi. Anda harus bersikap dan berhadapan dengannya. Percayakan Tuhan untuk kekuatan untuk mengatasinya.
Prioriti yang palsu Kemalasan
Ketakutan Mempunyai perasaan terhadap penginjilan
Dosa-dosa jasmani

Yang terpenting, anda harus meluangkan diri untuk Tuhan.
1. Buku-buku
(a) "Every member Evangelism" oleh J .E. Conant, sebuah buku baik yang menggalakkan pengutusan tanggungjawab dalam kesaksian.
(b) Satu bahagian, "The Training oj the Twelve" oleh A.B. Bruce, "First Attempts at Evangelism," hal 99-119 sangat sesuai untuk pengajian topik ini.

Walaupun Dia memberi kedua belas pengikut-Nya tugastugas penginjilan, Yesus tidak menganggap mereka sebagai bahan yang siap dan sudah lulus. Walaupun mereka hanya terlibat dalam pekerjaan penebusan yang agak terhad, mereka tetap memerlukan pengarahan. Oleh kerana itu, Yesus sering menyertai mereka pada setiap perjalanan penginjilan mereka supaya Dia boleh mendengar laporan-laporan mereka dan juga menjelaskan kepada mereka tentang kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam pelayanan dan kemenangan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya, ini bukanlah peristiwa yang terpisah. Melalui persekutuan yang akrab bersama mereka, Yesus selalu mengarah kedua belas murid ini. Pengalamanpengalaman yang dialami oleh pengikut-pengikut ini, sama ada kejayaan atau kegagalan, semuanya dijadikan bahan-bahan mentah yang dipakai oleh Yesus dalam pengajaran dan applikasinya. Dia begitu peka terhadap gerak geri dan tindak balas mereka kerana Dia tahu bahawa pengarahan mereka boleh melengkapi mereka selangkah lanjut dalam pelayanan mereka. Akhirnya, ketika Dia meninggalkan mereka untuk kembali ke Bapa-Nya, Dia menjanjikan Roh Kudus yang akan mengarahkan mereka dalam pekerjaan mereka.
Dalam melengkapi pengikut-pengikut kita untuk penginjilan pada hari ini, kita tidak boleh menganggap bahawa hanya dengan menunjukkan caranya maka pekerjaan ini dapat diselesaikan. Kita juga tidak boleh menganggap sesuatu tugas kita sudah selesai apabila orang yang digembleng oleh kita dapat berdiri sendiri. Sebelum para pengikut ini mencapai tahap kedewasaan, pengarahan tetap diperlukan.
1. Bandingkan laporan yang diberikan oleh kedua belas pengikut dengan ketujuh puluh pengikut yang lain.

2. Apakah yang menjadi tanggapan Yesus terhadap laporan yang disampaikan oleh ketujuh puluh pengikut itu?
3. Tuliskan satu peristiwa kegagalan kedua belas pengikut yang digunakan oleh Tuhan Yesus untuk mengajar mereka tentang sesuatu kebenaran.
4. Pengarang telah menggunakan tiga perkataan yang digunakan oleh Yesus untuk menjelaskan rancangan pengajaran-Nya. Perkataan ini ialah dan
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Pengarang telah menggunakan istilah "Kemenangan Dunia" dua kali dalam bab ini. Menurut pendapat anda, apakah ertinya kemenangan dunia?
2. Bincangkan perenggan ini.
"Bilakah kita akan belajar dari contoh Kristus yang tidak puas hanya kerana Dia melihat hasil pertama daripada mereka yang diutus untuk bersaksi ? Para pengikut

perlu dibentuk ke kedewasaan. Kita tidak ada pilihan yang lain untuk mencapai kemenangan yang tuntas, dan ladang kita ialah dunia. Kita tidak dipanggil untuk mempertahankan benteng, tetapi juga dipanggil mengharungi kecapaian yang tinggi. Pengertian seperti inilah yang memampukan kita mengerti strategi penginjilan Tuhan Yesus yang selanjutnya."
3. Seseorang yang sedang bekerjasama dengan anda menemui kesulitan. Kesulitan-kesulitan mungkin timbul daripada salah satu hal ini. Bincangkan bagaimana anda dapat memberi orang ini dorongan untuk peristiwa yang dihadapi olehnya.
(a) Sewaktu dia memperkenalkan diri pada waktu menginjil, pintu rumah telah dibantingkan dan ditutupkan.
(b) Sewaktu menceritakan Berita Baik, seseorang bertanya secara jujur, "Bagaimanakah anda mengetahui mesej awak benar?"
(c) Saya tidak percaya kewujudan Tuhan.
(d) Bukankah pengalaman orang Kristian itu semata-mata psikologis sahaja?
4. Biar pertemuan ini menjadi sesi laporan sahaja. Tanya dan jawabkan pertanyaan-pertanyaan berikut:-
(a) Siapakah yang anda bertemu pada hujung minggu ini yang memerlukan pertolongan?
(b) Apakah yang anda lakukan terhadap keperluan ini?
(c) Fikirkankan tiga orang - keluarga, sahabat-sahabat, teman-teman sekerja dalam urusan pemiagaan, orang yang sakit dan sebagainya. Ambillah beberapa saat untuk bercakap dengan mereka atau untuk merancangkan sesuatu perbuatan yang baik kepada mereka. Catatkan perbuatan tersebut yang mungkin dilakukan melalui telefon, seseorang atau melalui surat. Catatkannya.
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya

1. Filem-filem Injil telah dihasilkan untuk empat Filem pengajaran tentang kesaksian awam seperti yang pernah dilakukan di Coral Ridge Presbyterian Church, Fort Lauderdale, Florida. Filem yang ketiga ialah "On The Job Training" yang menekankan aspek pengajaran ini.
2. Buku, "Evangelism Explosion" oleh D. James kennedy mempunyai penekanan yang menyeluruh mengenai pengarahan.

Sasaran muktamad Tuhan Yesus dalam menggemblengkan para pengikut-Nya: "Kehidupan-Nya dapat dihasilkan semula dalam dan melalui kehidupan orang lain." Walaupun kelompok yang dibimbing-Nya begitu kecil, ini tak menjadi kisah. Kalau mereka digembleng dengan mantap, mereka akan menghasilkan kehidupan pemimpin mereka. Orang yang dilatih ini kemudian akan menghasilkan buah yang sama sehingga seluruh dunia akan mendengar mesejnya. Kemenangan yang muktamad dalam penginjilan ditentukan oleh kesetiaan mereka untuk bersaksi. Injil akan menang jika terdapat satu tindak balik yang tali temali terjadi dalam proses penginjilan. Penghasilan semula kehidupan-Nya merupakan keinginan Tuhan kita untuk 12 pengikut ini tetapi multiplikasilah yang menjadi tujuan muktamad-Nya.
Pada hari ini, pengujian keberkesanan program penginjilan tidak terletak pada jumlah orang yang kita jangkau atau berapa orang yang menerima Kristus. Ujian yang sebenarnya ialah: Adakah orang yang kita jangkau ini juga sedang menjangkau orang lain? Adakah buah kita sedang berbuah lagi? Adakah kita hanya memenangi penganut baharu - atau adakah kita sedang membentuk pemimpim-pemimpim yang lain juga?
Gereja awal yang telah menerapkan rancangan untuk memenangi dan membentuk manusia untuk menghasilkan semula buah telah membuktikan keberkesanan rancangan Yesus: tetapi gereja pada abad yang kemudian telah meninggalkan metode ini untuk pengijilan secara besar-besaran. Keperluan saat ini ialah suatu pengembalian kepada jenis penginjilan yang berpusat pada memenangi orang yang dapat

memenangi orang lain kepada Kristus dan menggemblengkan mereka yang di menangi kepada Kristus menjadi pengikut yang dapat memenangi dan membentuk orang lain.
1. Jawabkan betul atau salah untuk soalan-soalan berikut:-
a. Penghasilan semula kehidupan dan pelayanan merupakan tujuan muktamad penginj ilan.
b. Pengambilan anggota secara besarbesaran seakan-akan lebih memburukkan gerakan anggota Kristian.
c. Prinsip penginjilan Tuhan Yesus tidak pernah ditanggapi semula banyak oleh gereja sejak abad yang keempat.
d. Perintah yang sebenarnya dalam Matius 28: 19-20 ialah menjadikan pengikutpengikut.
2. Matius 9:36-38 menggambarkan pengalaman Tuhan Yesus sewaktu Dia melihat begitu banyak orang. Jelaskan tanggapan-Nya terhadap pengalaman ini Kenapakah Dia mendorong pengikut-pengikut-Nya untuk berdoa?
3. Bagaimanakah kita harus mengevaluasikan kehidupan dan kesaksian kita menurut tujuan penebusan Tuhan?
4. Ujian pekerjaan penginjilan bukanlah terletak pada tetapi pada
5. Demikian juga kriteria untuk mengukur kejayaan gereja bukanlah pada atau

tetapi
6. Penginjilan tidak dilakukan dengan tetapi oleh
7. Penginjilan baharu yang diperlukan bukanlah metode yang
lebih baik tetapi
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Dr. Coleman mengatakan Yesus melihat jauh ke depan ke suatu hari ketika injil keselamatan dalam nama-Nya akan diberitakan kepada setiap makhluk. Bincangkan prospeknya bagi generasi kita.
2. Baca Yahya 15: 1-16. Perhatikan perkataan "buah" digunakan di sini berapa kali. Bincangkan maksud Yesus untuk perkataan ini. Kemudian lihat halaman 108. Perhatikan ayat 16 ketika Yes us bercakap tentang buah yang tetap. Apakah ertinya?
3. Bincangkan perenggan ini yang terdapat pada halaman 103
"Yang memberi kesan maksimal pada usaha penyebaran injil ialah kesetiaan orang yang beriman untuk menjadikan penganut yang lain sebagai pemimpin. Sudah tentu kita ingin memenangi generasi ini untuk Kristus, dan kita harus lakukannya dengan segera, tetapi ini tidak mencukupi. Pekerjaan kita tidak boleh dianggap sebagai selesai melainkan kita sudah terjamin bahawa orang lain yang tertebus oleh injil akan meneruskan pekerjaan ini."
4. Bincangkan apa yang anda akan lakukan untuk memenangi orang-orang berikut:(a) Seorang lelaki yang tinggal di sebelah rumahmu ingin semua gereja dibinasakan. Dia begitu berterus terang dalam sikap permusuhannya terhadap orang Kristian

dan dia percaya mereka sangat bahaya kepada mesyarakat. Kadangkala kebenciannya hampir menjadi amok. Adakah sesuatu dapat dilakukan untuk selamatkan dia? Percaya tak kamu bahawa orang ini dapat diselamatkan? (Kisah Para Rasul 8:3, 9:1-6).
(b) Di sebelah rumah anda tinggal seorang yang sangat beragama. Dia berdoa, menolong orang miskin dan membimbing keluarganya untuk beragama namun dia sendiri tidak pernah mengenal Kristus secara peribadi. Sikap apakah yang anda harus ambil terhadap dia? Apakah yang anda lakukan untuk menjangkau orang ini bagi Kristus? Adakah kamu percaya dia dapat menjadi seorang Kristian? Baca Kisah Para Rasul 10.
Sasaran-sasaran Pencapaian
1. Anda sedang bekerja dengan seseorang dengan tujuan bahawa satu hari nanti dia juga akan menjadi saksi. Ketika dia menyertai anda, anda memberi dia mendapat banyak peluang untuk bercakap sehingga dia boleh berbincang dan menyuruh orang lain untuk menerima Kristus. Kalau pengikut anda belum sampai ke tahap ini, anda harus menyertai dia.
Orang yang saya sedang bimbing:
dapat memulakan perbualan dan memperkenalkan Kristus dalam perbualannya.
dapat menceritakan injil tetapi tidak berani mendorong orang untuk menerima Kristus.
mampu menyampai injil dan membimbing seseorang membuat keputusan menerima Kristus.
2. Sasaran anda bukan sahaja menolong orang yang anda sedang bimbing itu untuk membimbing orang lain kepada Kristus. Anda juga ingin agar dia juga mampu membimbing orang lain sehingga orang itu mencapai kedewasaan. Anda harus yakin bahawa orang yang anda sedang bim-

bing ini memahami hal ini.
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Beberapa filem mempunyai berita yang tajam mengenai isi bab ini. Di antaranya:-
a. HNo Time To Wait" Augsburg Publishing House, hal. 426, South Fifth Street, Minneapolis, Minnesota 55415.
b. "Born To Witness" filem-filem keluarga, 5823 Santa Monica Blvd, Hollywood, California 90038.
c. "The Gospel Blimp" filem-filem penginjilan, Muskegon, Michigan 49440.
d. HHow To Witness", filem-filem Broadman, jawatankuasa sekolah minggu Southern Baptist Convention, Nashville, Tennessee.
e. Bahagian I dan II filem-filem latihan untuk penginjilan kaum awam dari Coral Ridge: "Challenge To Witness" dan "The Gospel Presentation. "
2. Kaset 3 dan 4 dari kaset-kaset Coral Ridge, David Cook Publishing Compang, Elgin, Illinois, sungguh berguna di sini.

Pernahkah anda mendengar satu cerita yang lama tentang
pertemuan Yesus dan Gabriel sewaktu Tuhan Yesus kembali ke syurga? Gabriel begitu berminat tentang pelayanan Yesus di dunia. Dia bertanya, "Apakah yang telah Tuhan lakukan
sewaktu di dunia?" Yesus menjawab, "Saya mati di kayu salib untuk menyelamatkan manusia dari dosa mereka; Saya kemudian dibangkitkan oleh kuasa Tuhan. Kini Saya kembali ke syurga dan akan duduk di sebelah kanan Tuhan untuk berdoa bagi mereka yang saya selamatkan. Saya berharap semua orang akan mendengar berita mengenai apa yang Saya telah lakukan untuk mereka. Gabriel bertanya lagi, "Lantaran apakah metode Engkau untuk melaksanakan rancangan ini?"
Tuhan Yesus berkata, "Saya telah mempercayai tugas Saya di dalam tangan 12 pengikut Saya. Saya percaya mereka akan menyebarkan berita itu ke mana-mana dan ke ujung bumi." Gabriel yang begitu tercegang menyahut, "Kedua belas pengikut? Andaikata mereka gagal?" Yes us dilaporkan berkata, "Saya tidak mempunyai rancangan lain."
Tanpa menghiraukan aspek imaginasi cerita ini, fakta yang ingin disampaikan oleh cerita ini memang benar. Y esus telah tinggalkan tugas penginjilan dalam tangan beberapa orang sahaja. Tetapi mereka begitu giat menggembleng orang lain sehingga mereka dapat menjadi saksi-saksi dan kemudian terdapat sekelompok besar pengikut yang sudah terlatih untuk menyampaikan kebenaran mengenai Yesus di Yerusalem, Yudea, Samaria, Galilea, dan akhirnya, ke seluruh dunia.
Rancangan-Nya yang berkisar di sekitar pengikut-pengikut yang terlatih dan yang mampu memenangi dan melatih orang lain untuk menang dan mampu menggembleng orang lain pula, tidak pernah berubah.
1. Tuliskan satu senarai kesempatan yang anda boleh cari supaya dapat anda berkumpul dengan orang yang anda sedang latih.

2. Sewaktu anda bekerja dengan seseorang atau satu kelompok, aktiviti-aktiviti apakah yang anda boleh kerjakan bersama?
3. Tugasan-tugasan apakah yang anda sediakan untuk menolong orang itu menjadi pengikut?
a. Tugasan pertama
b. Tugasan untuk menjadi orang itu dewasa dalam Kristus.
4. Bilakah anda akan ceritakan strategi anda kepada orang yang anda sedang bimbing?
Aktiviti Kelompok dan Perbincangan
1. J adikan sesi ini satu sesi laporan. Bincangan: Siapakah yang perlu bantuan pada minggu ini? Apakah yang saya sudah lakukan untuk menolong seseorang pada minggu ini? Bagaimanakah tanggapannya?
2. Bincangkan: "Memberi satu atau dua tahun kepada orang

yang tahu maksud memenangi dunia untuk Kristus lebih baik daripada memberi seluruh hidup kepada satu jemaah yang hanya tahu melansungkan program." Bimbing kelompok itu untuk bersetuju atau membangkang pendapat ini. Apakah yang menjadi implikasi penyataan ini? Apakah yang melibatkan frasa, "memenangi dunia bagi Kristus?"
3 Dr. Coleman mengatakan ada orang yang berfikir cara penggemblengan jenis ini terlalu tinggi akan gagal di setengah perjalanan. Fikirkan seorang penginjil dalam Perjanjian Lama yang telah angkat kaki dari jenis penggemblengan ini. Lihat Kisah Para Rasuli: 15, 1 Timotius 1: 15; 1 Tim 4: 10; 2 Timotius 1.: 15; 1 Timotius 1: 15, 1 Tim 1 : 19,20. Bagaimanakah anda akan bersikap terhadap seseorang yang tidak boleh diajar, tidak rela membayar korban, dan kemudian berangkat kaki.
4. Pada waktu berdoa dalam kelompok, cuba berdoa bagi setiap orang dalam kelompok anda dan menyebutkan nama mereka.
Pencapaian Peribadi
1. Tuliskan kesaksian peribadi anda yakni bagaimana anda menjadi orang Kristian dalam 150-200 perkataan. Garisbesar penulisan kesaksian peribadi anda harus ditulis dengan begini: Pertama, keadaan hidup kamu sebelum menerima Kristus; Kedua, bagaimana anda menjadi seorang Kristian. Ketiga, keadaan hidup anda sesudah anda menerima Kristus. Cuba menggelakkan diri daripada menggunakan perkataan teologi yang sulit atau gaya bahasa orang Kristian (klise) yang tidak bererti apa-apa kepada orang yang bukan Kristian. Cuba tumpukan perhatian anda terhadap apa yang dilakukan oleh Kristus untuk kamu dan sedang lakukan dalam kehidupan anda.
2. Anda ialah seorang guru Sekolah Minggu. Setiap orang di kelas kamu seorang Kristian dan sering hadir di Sekolah Minggu anda. Anda menyiapkan pelajaran-pelajaran anda

dengan setia, mengunjungi orang yang tak hadir di kelas, dan kadangkala merancangkan parti atau temasya untuk kelas. Namun, tidak ada perkara yang istimewa terjadi dalam kehidupan anggota kelas kamu. Bagaimanakah anda akan melaksanakan Pelan Perancangan Induk? Lihat judul bab lagi dan kemudian lanjutkan dengan isinya menurut setiap judul.
3. Anda sebahagian daripada pelayanan bus di gereja anda. Seorang anak yang naik bus anda telah mengakui imannya. Bagaimanakah anda akan membimbing dia?
4. Pelajaran apakah yang anda dapat belajar daripada kesembilan bab yang sebelumnya? Adakah anda mempunyai rancangan untuk mempratikkannya? Apakah rancangan masa depan engkau?
Idea-idea Untuk Pengkajian Yang Selanjutnya
1. Filem IV dari "The Coral Ridge Training Series" Follo w-up, Gospel filem, Muskeegon, Michigan.
2. Buku, "Evangelism Explosion" oleh D. James Kennedy, mempunyai satu bahagian yang baik untuk pembimbingan.
3. Makalah "Kristus Dalam Anda" yang diterbitkan oleh Inter-Varsity Press, 1519 N. Astor, Chicago, Illinois 60610, merupakan bahan yang baik untuk membimbing orang Kristian yang baharu.
4. Makalah, "How To Have A Quiet Time" yang diterbitkan oleh Navigators, Colorado Springs, Colorado, sangat penting untuk bimbingan yang selanjutnya.
5. Satu siri kaset pembimbingan yang boleh didapati daripada Coral Ridge Presbyterian Church, 1901 Northeast 50th Street, Fort Lauderdale, Florida.

Beberapa waktu yang lalu, saya pernah melihat satu contoh yang baik dalam multiplikasi rohani. Dua orang telah dipanggil tampil ke depan di hadapan auditorium yang sesak dengan manusia. Kedua-duanya pendeta. yang pernah memenangi orang melalui kesaksian peribadi. Salah satu antara dua pendeta ini (saksi yang lebih dinamik) mewakili pendeta yang memenangi banyak orang kepada Kristus secara peribadi tetapi dia begitu sibuk sehingga dia tidak pernah menggembleng sesiapapun. Pendeta yang lain pula, (tidak terlalu dinamik dalam penginjilan dinamik) telah menggembleng pengikutnya supaya mereka boleh memenangi orang lain. Dia mengambil selangkah yang lebih jauh dan melatih mereka untuk memenangi orang lain.
Illustrasi multiplikasi rohani bermula. Kedua-dua orang ini kembali ke jemaah mereka dan membawa orang yang pernah dimenangi ke depan auditorium. Pendeta yang pertama memulakan tugas ini, dia membawa 10 pengikut yang mewakili orang yang dimenanginya kepada Kristus setelah dia berbolak balik 10 kali. Pendeta yang kedua pulang dan membawa seorang pengikut yang membawa pula seorang pengikut yang baru. Jumlah pengikut yang hadir ialah 4. Keempat orang yang dimenangi dan digembleng ini akan memenangi lapan orang lain. Orang ini dan orang yang dilatihnya hanya pulang lima kali ke jemaahnya. Tetapi tiga-puluh pengikut hadir di auditorium bandingkan dengan pendeta yang giat bersaksi. Kalau oendeta ini, dan mereka yang dilatihnya kembali 10 kali ke emaahnya, dia memenangi 1,024 akan hadir bersama dengan

dia. Perbezaannya ialah antara campuran dan multiplikasi. Menggembleng pemenang jiwa lebih penting daripada memenangi jiwa. Gereja harus kembali kepada prinsip multiplikasi kalau kita ingin memberi kesan kepada dunia yang sesat seperti yang diingini oleh Tuhan.
1. Beberapa konsep telah diterapkan dalam pertumbuhan rohani yang bertujuan membawa seseorang ke kedewasaan. Konsep-konsep yang tertentu terdapat di bawah ayat-ayat tersebut. Lihat ayat di bawah dan cuba selidiki aspek pertumbuhannya.
1 Yahya 5:13
Efesus 4:14
Efesus 4:13
Matius 4:19
Matius 28:19
2. Di sini tersedia satu contoh untuk mereka yang suka Ilmu Hisab. Andaikata anda satu-satunya Kristian di dunia ini.
Dalam tempoh enam bulan anda telah memenangi satu orang dan melatih dia untuk memenangi orang lain. Pada akhir enam bulan, kita mempunyai dua orang Kristian yang mampu memenangi dan menggembleng orang lain. Setiap orang kemudian memenangi dan melatih seorang lagi dalam enam bulan, dan kemudian kita mempunyai empat. Setiap mereka memenangi dan melatih seorang lagi dalam tempoh waktu enam bulan dan menjadikannya lapan. Mengikut prosedur ini, berapa orangkah yang akan dimenangi dalam tempoh 16 tahun?
Jawapan:
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Cuba mencari jumlah orang yang telah ditambahkan di

gereja anda tahun yang lalu. Kemudian menentukan jumlah anggota di gereja anda. Kemudian bahagikan jumlah tambahan dengan jumlah anggota gereja anda. Angka ini akan menentukan berapa orang diperlukan untuk memenangi satu orang kepada Kristus yakni pengikut yang sudah membuat pengakuan yang resmi di gereja kamu, pada tahun yang lalu.
2. Nah, sekarang kita cuba bayangkan berapa orang akan dimenangi kepada Kristus kalau setiap orang memenangi satu orang pada tahun depan. Berapakah jumlah anggota yang akan ditambahkan di gereja anda pada akhir tahun?
Kalau orang yang dimenangi ini memenangi seorang lagi, berapakah orang akan dimenangi?
3. Bawalah beberapa guntingan surat khabar yang lama ke pertemuan kelompok Cuba fikirkan seseorang yang menyimpang daripada Tuhan dan anda ingin melihat mereka kembali kepada Tuhan. Tumpukan perhatian anda terhadap keperluan dasarnya. Apakah yang menjadi kekhuatiran, kehampaan dan ketegangannya? Cuba menyelami perasaannya. Ambil beberapa saat untuk menggunting thernanya, setiap iklan, setiap gambar dan setiap perkara yang mengingatkan anda kepada teman yang jauh daripada Tuhan. Buangkan kertas-kertas yang lain, dan gunakan kertas yang tergunting itu untuk menjelaskan temanmu dalam dua saat kepada kelompok anda.
Pencapaian Peribadi
1. Baca Efesus 4:11,12 daripada naskah terjemahan baharu dalam Perjanjian Baru. Paulus menjelaskan bahawa penginjilan harus menjadi sebahagian hidup dalam kehidupan anggota gereja kristus. Tuliskan perasaan anda secara jujur ketika anda diminta untuk mengambil bahagian dalam penginjilan.
Cuba jelaskan perasaan anda sama ada positif atau negatif.

2. Senaraikan kenapa pekerjaan memupuk iman orang lain sangat sulit.
Bagaimanakah kesulitan ini dapat diatasi?
3. Kalau anda telah cuba memenangi orang kepada Kristus dan mereka tidak mahu menerima undangan anda supaya mereka menerima Dia, alasan apakah yang telah diberikan oleh mereka. Tuliskan satu analisis tentang kesaksian anda, termasuk kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.

Akhir-akhir ini, saya mengunjungi salah satu gereja yang berkembang dengan paling pesat. Saya begitu menarik dengan gabungan program penginjilan dan kerohanian gereja yang begitu mendalam sewaktu saya berada di gereja itu. Permulaan penginjilan gereja itu agak menarik. Pada mula-mulanya pendetanya berkhutbah kepada jemaah bahawa setiap orang mesti bersaksi. Mereka tidak menghasilkan sebarang kesaksian.
Kemudian dia memulakan kelas bimbingan dan kursus pengajian. Hasilnya tetap sama - tidak ada orang yang menjalankan kesaksian. Pendeta itu kemudian mengambil salah satu anggota bersama dengannya untuk bersaksi bagi Yesus. Orang itu memerhatikan cara dia bersaksi selama beberapa minggu. Kemudian orang itu menanggapi cara dia bersaksi dan memulakan kesaksiannya. Pengikut ini mula mengambil orang lain bersamanya, dan pendeta itu mengambil orang yang lain, bererti jumlah orang yang berserta ialah 4 orang. Orang yang dimenangi ini pula menggembleng orang lain untuk menjangkau orang lain. Empat menjadi lapan, lapan menjadi enam belas, sehingga kini hampir 500 orang di gereja itu dapat menyampaikan iman dengan bijaksana. Tidak hairanlah kalau jumlah orang yang dimenangi tahun lepas berjumlah seribu orang. Mereka telah belajar rahsia multiplikasi. Mereka sedang mengikut pelan perancangan Tuhan kita dalam penginjilan.
1. Perjanjian Baru telah menarik perhatian kita kepada pelbagai cara yang boleh dipakai untuk membimbing orang yang beriman. Tercatat di bawah ini ada empat ayat Alkitab. Tuliskan metode pembimbingan yang dikemukakan oleh ayat-ayat ini.
(a) Kisah Para Rasul 15:36
(b) Filippi 1:9
(c) 1 Tessalonika 3:1-2
(d) Galatia 6:11
2. Dalam pelayanan pembimbingan orang baru, doa sangat penting. Perhatikan dua doa Paulus untuk orang beriman yang tercatat dalam Efesus. Tuliskan permohonannya bagi mereka di bawah.
(a) Efesus 1: 15-20

(b) Efesus 3: 14-19.
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Bincangkan: Sasaran-sasaran jangka panjang apakah yang terdapat pada struktur organisasi gereja kita yang boleh dikatakan menerapkan prinsip-prinsip Pelan Perancangan
Induk? Sasaran-sasaran jangka pendek apakah yang harus kita miliki pada tahun ini?
2. Sesi pemerahan otak merupakan metode penyelesaian masalah, setiap anggota akan memberi cadangan yang cepat supaya semua penyelesaiannya dapat difikir "dengan baik. Kritikan dikesampingkan dan evaluasi pendapatpendapat akan datang kemudian.
Gunakan metode pemerahan otak (brainstorming) dengan frasa, "Aneka jenis dan pendekatan baru serta berani dan kreatif."
3. Salah satu judul dalam bab yang terakhir ialah "Metodemetode boleh berbeza." Bincangkan pelbagai metode yang boleh digunakan oleh seseorang atau sesuatu kelompok.
4. Kalau anda merupakan sebahagian daripada anggota penginjilan ke penjara, bincangkan bagaimana anda boleh membimbing mereka untuk membuat keputusan untuk bertumbuh dalam kedewasaan.
1. Kalau anda sedang bekerja dengan seseorang, cuba memberi cadangan agar dia menjangkau beberapa orang dan menyampaikan imannya. Nama beberapa orang tersedia di bawah:-

2. Di sini tersedia "Beberapa cara untuk mengadakan saat ibadah atau renungan". Cuba mengajar cara ini kepada orang yang anda sedang bimbing.
(a) Mempunyai waktu yang tetap. Pilihlah waktu yang paling tepat untuk diri anda sendiri.
(b) Mempunyai tempat yang tetap. Satu tempat yang terasing daripada tempat yang bising atau bebas daripada gangguan. Asingkan diri anda

bersama Tuhan.
(c) Mempunyai rancangan yang tertentu senaraikan satu daftar perkara-perkara yang anda ingin doakan. Kemudian, luangkan waktu untuk mengaji Alkitab.
3. Kami tidak ragu-ragu lagi bahawa anda telah menerima
penentangan daripada musuh dalam usaha anda untuk memenangi dan menggembleng orang. Pengikut-pengikut anda juga mengalami hal yang sama. Iblis akan mencuba anda dan mereka dalam pekerjaan ini, "Apakah ertinya membimbing seseorang dalam kehidupan kekristianan? Anda tidak layak melakukan tugas ini. Anda sendiri tidak terlalu yakin akan keselamatan anda sendiri." Tolonglah mereka untuk menggunakan firman Tuhan. Hadapilah serangan ini dengan 1 Yahya 5: 11-13. Iblis akan berbisik kepada kamu, "Anda mungkin seorang kristian, tetapi cuba lihat beberapa sudut kehidupan anda. Anda telah gagal dalam kehidupan kekristianan."
Pakailah 1 Yahya 1:9 untuk menghadapi serangan ini.
Ketiga, dia akan memberitahu engkau bahawa engkau adalah seorang kristian tetapi engkau terlalu lemah untuk menghadapi pencubaan. Gunakan 1 Korintus 10: 13 untuk menentangnya.

Penduduk dunia kita meledak dengan kadar yang begitu pesat. Setiap kali jam tangan berdetik, angka penduduk bertambah dua orang. Ini bererti dunia kita akan menjadi hampir 200,000 orang hari esok kalau dibandingkan dengan jumlah penduduk hari ini menurut jangkaan United Nations. Kalau corak ini terus berlanjutan, penduduk dunia akan menjadi tujuh billion.
Walaupun pertambahan penduduk meledak seperti roket, kita tetap menjangkau orang seperti gerakan seekor penyu. Peratusan orang Kristian injili di dunia ini semakin kecil pada dekad ini. Seorang penginjil yang terkenal pernah berkata, "kita tidak sedang memenangi dunia bagi Kristus padahal menghilangkan orang ke dunia." Kita hanya mempunyai satu harapan untuk mengharungi gelombang ini. Marilah kita kembali ke strategi penginjilan Tuhan kita.
Apakah rancangan kehidupan anda yakni rancangan yang telah Tuhan percayakan kepada anda? Adakah anda sedang menceburi dalam pelayanan yang memberi keutamaan kepada manusia? Adakah anda mempunyai orang atau sekelompok orang yang sedang multiplikasikan pelayanan anda? Kita tidak mempunyai cara singkat dalam pelayanan penginjilan kita. Kita patut mengikut rancangan-Nya walaupun kita terpaksa menolak laporan-laporan statistik yang menarik, sebaliknya kita harus memandang jauh ke depan, dan mempunyai visi agar
nama-Nya diberitakan setiap orang, serta menyerahkan diri kita. Kepada Yesus untuk melaksanakan pekerjaan-Nya.
1. Perjanjian Baru menjelaskan seorang Kristian yang baru dan belum dewasa sebagai
2. Apakah maksud istilah tersebut khususnya dalam hal pembimbingan? Selidiki ayat-ayat berikut dan tuliskan keperluan-keperluan orang Kristian yang baru atau belum dewasa.
(1) Efesus 4: 14
(2) 1 Tessalonika 2:7, 11
(3) 1 Petrus 2:2
3. Paulus dan Barnabas meluangkan hampir lima bulan di kota Tessalonika pada perjalanan penginjilannya yang kedua. Jelaskan keadaan gereja berdasarkan 1 Tesalonika
1.

Bagaimanakah jenis gereja ini boleh berasal daripada pelayanan yang begitu singkat?
4. Kita sedang membimbing orang-orang kristian yang beriman ke suatu kedewasan rohani. Tersenarai di bawah tersedia beberapa ayat yang memberi beberapa ciri untuk seorang Kristian yang dewasa. Tuliskannya di bawah:-
(1) 2 korintus 5:7
(2) 1 Tessalonika 5:18
(3) 2 korintus 9:7
(4) 1 Yahya 3:16, 17
(5) Efesus 6: 18
(6) Ibrani 5: 14
Perbincangan Kelompok dan Aktiviti
1. Kelompok-kelompok kecil apakah yang wujud di gereja anda yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip Pelan Perancangan Induk? Catatkannya di papan hitam.
2. Buka buku anda kepada hal. 100-114, tuliskan dalam bentuk garisbesar faktor-faktor yang dianggap penting untuk menggemblengkan orang lain. Bincang dengan teman anda.
3. Bincangkan masalah-masalah yang anda hadapi dalam penginjilan dan bagaimananya boleh diselesaikan. Doakan setiap masalah.

1. Kalau anda mempunyai kesempatan untuk membimbing seseorang kepada Kristus, jelaskan rancangan anda untuk menolong dan membimbing dia ke kedewasaan rohani.
2. Jelas dengan singkat rancangan-rancangan anda untuk membentok strategi penginjilan yang tetap dalam kehidupan anda.

(Halaman yang dituliskan dirujuk dari Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan.s
Bab 1
3. Prinsip-prinsip
4. Catatan Injil
5. (a) S (b) S (c) S
Bab 2
1. (a) Yudas (b) 500 (c) Yahya
2. (a) hal 20 (b) hal 20 (c) hal 21 (d) hal 23
Bab 3
2. (a) hal 35 (b) hal 36 (c) hal 41, 42
3. (a) lebih (b) Yi (c) para pengikut
Bab 4
2. (b) hal 47 3. Yahya 14:21 4. hal 54
6.B,D,A,E,C
Bab 5
1. hal 58 2. hal 60 3. hal 60 4. hal 62
5. hal 59, 60 6. hal 58
Bab 6
1. hal 68-72 2. hal 68 3. hal 71
Bab 7
1. hal 76 2. hal 77 3. hal78 4. hal 78, 79 5. ha] 84
6. F, B, A, C.
Bab 8
l. hal 88 2. hal 88 3. hal 89 4. hallOO
Bab 9
1. (a) S (b) B (c) B (d) B 3. Hal 102-103 4. Hal 103-104 5. Hal 103-104
Bab 10
1. hal 112 2. hal 112 3. (a) hal 113 (b) hal 113
4. hal 124
Bab 11
1. pemastian

kestabilan doktrin
seperti Kristus
memenangi orang
menggembleng orang lain
2. 4, 294, 967, 296
BAB 12
1. a. perhubungan peribadi
b.doa
c. mengutus seseorang
d. surat
BAB 13
1. Bayi-bayi
2. a. perlindungan dari doktrin palsu
b. kasih sayang, mengambil berat
c. makanan, susu-firman Tuhan
4. a. hidup dengan beriman
b. mengucap syukur untuk semua perkara
c. memberi secara gembira
d. mengasihi orang lain
e. selalu berdoa
f. peka dan ketajaman rohani

Allen, Roland. Missioruzry Methods: St. Paul's or Ours? Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1962.
--o Missioruzry Principles. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1964.
--o Spontaneous Expansion of the Church. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans PubliShing Co., 1962.
Archibald, A. C. Establishing the Convert. Philadelphia, Pa.: Judson Press, 1952.
Augsburger, Myron S. Invitation. to Discipleship. Scottdale, Pa.: Herald Press, 1964.
Bayly, Joseph. The
and Other Stories. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Pub' House.
Belew, M. Wendell. Churches and How They Grow. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1971.
Bender, Urie A. The Witness. Scottdale, Pa.: Herald Press, 1965.
Boer, Harry R. Pentecost and Missions. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. EerdJrianns Publishing Co.
Brooks, Hal. Follow-up Evangelism. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1972.
Brown, Stanley C. Evangelism in the Early Church. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1963.
Bruce, Alexander B. The Training of the Twelve. Grand Rapids, Mich.: Kregel Publications, 1979.
Call to Joy. Fort Worth, Tex.: International Evangelism Association, 1985.
Chafin, Kenneth L. Help! Pm a Layman: Waco, Tex.: Word Books, 1966. Cho, Paul Yonggi, and Harold Hostetler. Successful Home Cell Groups. Plainfield, N.J.: Bridge Publishing Co., 1981.
Co� James E., and Bernard M. Spooner. You Can Reach People Now. Nashville, Tenn.: Broadnian Press, 1971.
Coleman, Lyman. Acts Alive, The Coffee House Itch, Dialogue, Groups in Action, Growth by Groups, Kaleidoscope, Man Alive. Newton, Pa.: Halfway House.
Coleman, Robert E. The Hetl11beat of Evangelism. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1985.
--o The Master Plan of Evangelism. Old Tappan, N.J.: Fleming H. Revell Co., 1964.
Cosgrove. Francis M. Essentials of Discipleship. Colorado Springs, Colo.: NavPres:'!." 1980.

Essentials of New Life. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1978.
Cotteril, J. Hills and M. Heines. Know How to Lead Bible Study and Discussion Groups. London: Scripture Union.
Dawson, Dave. Equipping the Saints. Equipping the Saints, 1984.
Derham, A. Morgan. A Christian's Guide to Bible Study. London: Hodder and Stoughton, Ltd
Discipleship Coordination Handbook. Fort Worth, Tex.: International Evangelism Association, 1983.
Douglas, M. R. How to Build an Evangelistic Church. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House.
Eims, Leroy. Be the Leader You Were Meant to Be. Wheaton, m, Victor Books, 1975.
--o Disciples in Action. Wheaton, Ill.: Vietor Books, 1981.
--o Laboring in the Harvest. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1985.
--o The Lost Art of Disciple Making. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1978.
--o What Every Christian Should Know About GrOwing. Wheaton, Ill.: Vietor Books, 1976.
Fish, Roy J., and J. H. Conant. Every Member Evangelismfor Today. New York: Harper and Row, Publishers, 1976.
Fleisc� P�ul,. ed. Dis_cipling the Young Person. San Bernardino, Calif.: Here s Life Publishers, Inc., 1985.
Ford, Leighton. The Christian Persuader. New York: Harper and Row, Publishers, 1966.
Foster, Robert D. The NaVigator. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1983.
Greenhough, J. G. The Apostles of Our Lord London: Hodder and Stoughton, Ltd, 1904.
Hadidian, Allen. Successful Discipling. Chicago, Ill.: Moody Press, 1979.
Hanks, Billie. If You Love Me. Waco, Tex.: Word Books, 1985.
--o My Spiritual Notebook. Waco, Tex.: Word Books, 1977.
Hanks, Billie, Jr., and William A. Shell. Discipleship: The Best Writings of the Most E�erienced Disciple Makers. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1981.
--o Everyday Evangelism. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1981.
Hanks, Billie, Jr., and Billy Beacham. Spiritual JOU17l(JL Waco, Tex.: Word Books, 1981.
Hartman, Do�g, and Doug Sutherland. A Guidebook to Discipleship. IrVIne, Calif.: Harvest House, 1976.
Hendrix, John, and Lloyd Householder, eds. The Equipping of Disciples. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1977.
Henrichsen, Walter A. Disciples Are Madt!-Not Born. Wheaton, Ill.; Victor Books, 1974.
--o How to Disciple Your Children. Wheaton, Ill.: Vietor Books, 1981.
Henry, Carl F. H., and W. Stanley Mooneyham, eds. One Race, One Gospel, One Task. Vol. 1 and Vol. 2. Minneapolis, Minn.: World Wide Publications, 1962.

Hull, Bill. Jesus Christ Disciplemaker. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1984.
Kennedy, D. James. Evangelism Explosion. Wheaton, Ill.: Tyndale House Publishers, 1970.
Kraemer, Hendrik. A Theology of the Laity. London: Lutterworth Press.
Kuhne, Gary W. The Dynamics of Discipleship Training. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1977.
--o The Dynamics of Personal Follow-up. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1976.
Kum, Marilyn, and Catherine Schell. How to Start a Neighborhood Bible Study. Wheaton, m.: Tyndale House Publishers, 1970.
Larson, Broce. Living on the Growing Edge. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1968.
--o Setting Men Free. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1967.
Latham, Henry. Pastor Pastorum: Cambridge: Deighton Bell & Co., 1910.
Little, Paul E. How to Give Away Your Faith. Downers Grove, m.: InterVarsity Press, 1966.
MacDonald, William. True Discipleship. Fort Dodge, Iowa: Walterick Publishers, 1962.
MacKay, W. MacKintosh. The Men Whom Jesus Made. New York: George Doran Company, 1924.
Miller, Paul. Group Dynamics in Evangelism. Scottdale, Pa.: Herald Press, 1958.
Moore, Wayland B. New Testament Follow-Up. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1963.
Moore, Wa)'lon B. Multiplying Disciples. Colorado Springs, Colo.: Mission Unlimited, 1981.
Nyquist, James F., and Jack Kuhatschek. Leading Bible Discussions. Downers Grove, m.: InterVarsity Press, 1985.
Ortiz, Juan Carlos. Call to Discipleship. Plainfield, N.J.: Logos, 1975.
--o The Disciple. Wheaton, m.: Creation House, 1975.
Paul/Timothy Follow-Up Packet. Fort Worth, Tex.: International Evangelism Association, 1986.
Peace, Richard Witness. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1971.
Pentecost, J. Dwight. Designfor Discipleship. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1977.
Petersen, Jim. Evangelism as a Lifestyle. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1980.
Powell, Paul W. Dynamic Discipleship. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1984.
Powell, S. W. Where Are the Converts? Nashville, Tenn.; Broadman Press, 1958.
Price, I. M. Jesus the Teacher. Nashville, Tenn.: Convention Press, 1946. Rinker, Rosalind. Communicating Love Through Prayer. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1966.
--o Prayer: Conversing With God. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, n.d,

-. Praying Together. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1968.
-. You Can Witness With Confidence. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1984.
Sanny, Lome. The Art of Personal Witnessing. Chicago, ID.: Moody Press, 1957.
-. Marks of_ a Disciple. Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1975. Seamands, Johri T. On Tiptoe with Joy/Xansas City, Miss.: Beacon Hill Press, 1967.
Shoemaker, Samuel Moore, ed. Groups That Work. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, n.d.
Skinner, Betty Lee. Daws. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1974.
Smith, Asbury. The Twelve Christ Chose. New York: Harper and Row, Publishers, 1958.
Smith, Hannah Whitall. The Christian's Secret of a Happy Life. Westwood, N.J.: Fleming H. Revell Company, 1966.
Smith, 1. Edgar. Frientfship Evangelism. Anderson, Ind.: Warner Press, Inc.
Scott, John R. Basic Christianity. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1957.
--o Our Guilty Silence. Grand Rapids, Mich.: Wm. B. Eerdmans Publishing Co., 1969.
Taylor, Jack J.( The Key to Triumphant Living. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1978
Thomas, Ian. The Saving Life of Christ. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, 1961.
Thompson, W. Oscar, Jr., and Carolyn Thompson, Concentric Circles of Concern. Nashville, Tenn.: Broadman Press, 1981.
Toyotome, Masumi. The Manual of the Nameless Movement. Manila, Philippines: Christian Literature Crusade, 1968. Trotman," Dawson E. Bom to Reproduce. Colorado Springs, Colo.: The Navigators, 1955.
--o Bom to Reproduce (booklet). Colorado Springs, Colo.: NavPress, 1975.
Trueblood, Elton. The Company of the Committed. New York: Harper and Row, Publishers, 1980.
--o The Incendiary Fellowship. New York: Harper and Row, Publishers, 1961.
Warr, Gene. The Godly Man. Creative Resources, 1976.
--o You Can Malie DisCiples. Waco, Tex.: Word Books, 1978.
Warr, Irma. The Godly Woman. Creative Resources, 1976. Warren, Richard. Twelve Dynamic Bible Study Methods. Wheaton, ID.: Victor, 1981.
Webster, Douglas. What Is Evangelism? London: The Highway Press, n.d. Wilson, CarL With Christ in the School of Disciple Bui1J1ng. Grand Rapids, Mich.: Zondervan Publishing House, f976.
Wood, Barry, Questions New Christians Ask. Old Tappan, N.J.: Fleming H. Revell, 1979.




telah menolong
orang Kristian dalam tugas mereka untuk menjangkau jiwa-jiwa yang sesat untuk Kristus lebih dari dua puluh tahun. Lebih dari
�OO,OOO naskah dijual ke seluruh dunia. Dalam buku ini, Dr. Robert E. Coleman menyelidiki pelayanan Yesus Kristus dan menunjukkan anda strategi-strategi yang dipakai-Nya. Dengan mengikut corak yang disediakan oleh Kristus dan para pengikut-Nya, anda akan menjadi lebih berkesan sewaktu Tuhan memakai anda untuk menyebar kuasa injil yang dapat mengubah hidup. Dengan buku panduan yang disediakan oleh Dr. Roy Fish yang terlengkap dalam buku ini, edisi yang baru ini sangat berguna untuk pengajian peribadi mahupun untuk mengajar kelas penginjilan.
Dr. Robert E. Coleman seorang pengarah' 'School of World Mission and Evangelism at Evangelical Divinity School'.'
Bukunya telah pun diterjemahkan dalam lebih tujuh puluh bahasa clan telah berjual beribu-ribu naskah.
NATIONAL EVANGELICAL CHRISTIAN FELLOWSHIP MALAYSIA
Under the auspices of B. L. Fisher Library, First Fruits Press is an online publishing arm of Asbury eological Seminary. e goal is to make academic material freely available to scholars worldwide, and to share rare and valuable resources that would not otherwise be available for research. First Fruits publishes in ve distinct areas: heritage materials, academic books, papers, books, and journals.
In the Journals section, back issues of The Asbury Journal will be digitized and so made available to a global audience. At the same time, we are excited to be working with several faculty members on developing professional, peer-reviewed, online journals that would be made freely available.
Much of this endeavor is made possible by the recent gift of the Kabis III scanner, one of the best available. The scanner can produce more than 2,900 pages an hour and features a special book cradle that is speci cally designed to protect rare and fragile materials. The materials it produces will be available in ebook format, easy to download and search.
First Fruits Press will enable the library to share scholarly resources throughout the world, provide faculty with a platform to share their own work and engage scholars without the di culties often encountered by print publishing. All the material will be freely available for online users, while those who wish to purchase a print copy for their libraries will be able to do so. First Fruits Press is just one way the B. L. Fisher Library is ful lling the global vision of Asbury Theological Seminary to spread scriptural holiness throughout the world.


