“Bukan mungkin lagi, mesti!”: Penulis-penulis Perintis Wanita Melayu Membalas Balik.
Bagaimanakah wajah penentangan dipaparkan oleh para penulis wanita Melayu merentas
generasi? Di serata Nusantara, kaum wanita menjawab balik – sebagaimana yang mereka
selalu lakukan. Respons mereka ditenun merentas era kebangkitan kesusasteraan di Riau
pada abad ke-19, kepada penentangan anti-kolonial untuk kemerdekaan Malaya, kepada
hubungan harian kini dan kerohanian. Raikan para perintis sastera seperti Raja Aisyah
Sulaiman, Adibah Amin, Profesor Madya Hadijah Rahmat, Sa’eda Buang, Rasiah Halil dan
Kumpulan Bebas Melata, yang berdepan dengan teguran “jangan menjawab!” yang diacukan
kepada wanita, dan mereka membalas jawapan mereka melalui penulisan karya sastera. Ia
bukan “mungkin” mereka menentang. Gabungan impak kritikan, puisi dan antologi mereka
membuktikan bahawa mematuh bukanlah suatu pilihan.