Skip to main content

OCMS Guide Malay

Page 1


Selamat Datang

Selamat datang ke Kisah Pingat Budaya Kami, pameran yang diadakan buat julung-julung kalinya mengenai Pingat Budaya, anugerah tertinggi Singapura untuk seni.

Tahukah anda bahawa kira-kira 130 orang seniman telah dianugerahkan

Pingat Budaya dalam masa empat dekad? Siapakah mereka? Apakah pencapaian kebudayaan mereka?

Pingat Budaya, yang mula dikurniakan pada 1979, bertujuan untuk mengiktiraf individu yang telah membentuk landskap seni dan budaya

Singapura seperti yang kita ketahui hari ini melalui kecemerlangan mereka.

Mari sertai kami dalam perjalanan melalui Kisah dalam enam bahagian:

Kisah Pingat Budaya Kami

Ikuti garis masa Pingat Budaya

Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi

Dari mulut mereka sendiri: Para penerima Pingat Budaya

Baca: Perpustakaan

Baca buku-buku karya para penerima Pingat Budaya kita dan kisah mengenai mereka.

Berinteraksi: Melihat Lebih Dekat

Ketahui lebih lanjut mengenai penerima Pingat Budaya kita

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Kenali lebih dekat para penerima Pingat Budaya kita

Jadual Seni Untuk Anda Pelbagai kegiatan seni yang disyorkan untuk anda

Mulakan perjalanan anda di sini:

1. Ambil token

2. Ketik pada cincin yang menyala untuk berinteraksi

Pemangku Menteri Budaya dan Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, semasa berucap di majlis penyampaian anugerah Pingat Budaya 1979 yang julung-julung kalinya diadakan pada 3 Mac 1980.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

“Seorang seniman adalah orang yang dikurniakan wawasan kemanusiaan dan kesedaran yang luar biasa tentang kehidupan.

Beliau percaya bahawa beliau mempunyai fungsi sosial dan moral dalam masyarakat, dan berusaha untuk menghidupkan pandangan dan pengalaman peribadinya dalam bentuk yang membolehkan orang lain untuk berkongsi.

Oleh itu, seniman mempunyai tanggungjawab pertama kepada diri mereka sendiri untuk mengembangkan wawasan dan bakat mereka sepenuhnya, dan seterusnya, menggunakan bakat mereka untuk mentafsir dan meluahkan dan akhirnya untuk menghiburkan serta memberi keseronokan estetik kepada sesama manusia.

Banyak yang boleh mereka lakukan untuk mendidik perasaan kita, mengajar emosi mudah yang menyatukan manusia biasa. Sayangnya, potensi ini dan sumbangan berharga mereka sering tidak diiktiraf.

Kisah Pingat Budaya Kami

Pelaburan dalam seni, seperti perbelanjaan untuk pendidikan, adalah pelaburan dalam sumber manusia. Pemerintah telah menyediakan dan akan terus memberi peluang, sokongan dan galakan kepada seniman muda melalui pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Seni memerlukan penonton sama seperti mereka memerlukan seniman. Penciptaan khalayak yang menghargai, berpengetahuan dan kritis memerlukan bimbingan yang teliti dan penglibatan aktif serta usaha semua sektor dalam masyarakat. Penonton yang lebih berpengetahuan dan menghargai akan mendorong seniman untuk membuat persembahan ke tahap yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.”

- Petikan ucapan Pemangku Menteri

Kebudayaan dan Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, pada majlis anugerah Pingat Budaya yang julung kali diadakan pada 3 Mac 1980.

Pingat Budaya dimulakan sebagai inisiatif oleh Pemangku Menteri Kebudayaan ketika itu, Encik Ong Teng Cheong.

Anugerah yang diwujudkan oleh

Kementerian Kebudayaan itu adalah untuk mengiktiraf individu yang cemerlang dalam seni visual, seni sastera, seni persembahan dan filem. Ia mengiktiraf sumbangan dan komitmen para seniman yang telah memperkaya dan mencorak landskap seni dan budaya Singapura.

Di samping itu, Bintang Bakti Masyarakat dan Pingat Bakti Masyarakat kini boleh

diaugerahkan kepada individu atas pencapaian cemerlang mereka atau perkhidmatan awam yang membanggakan

dalam bidang seni dan persuratan, sukan dan sains. Pada masa lalu, anugerah itu hanya diberikan untuk khidmat awam

dalam bidang lain seperti pendidikan, gerakan buruh, pertubuhan amal dan kerja kemasyarakatan.

Anugerah Pingat Budaya yang pertama dalam 1979 telah dikurniakan kepada enam orang seniman – Dr Choo Hoey dan David Lim untuk muzik, Madhavi Krishnan untuk tarian, Bani Bin Buang untuk drama, Wee Beng Chong untuk seni halus dan Profesor Edwin Thumboo untuk sastera.

Kisah Pingat Budaya Kami

Majlis Penyampaian Pingat Budaya yang pertama diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS) pada 3 Mac 1980.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

Tetamu Kehormat, Encik Ong Teng Cheong, menyampaikan anugerah kepada penerima Pingat

Budaya pertama di majlis yang diadakan di Auditorium Bank Pembangunan Singapura (DBS) pada 3 Mac, 1980. Mereka masing-masing menerima pingat dan sijil.

Anugerah Pingat Budaya 1979 3 Mac 1980

(dari kiri) Choo Hoey, Madhavi Krishnan, Bani Bin Buang, David Lim Kim San dan Wee Beng Chong. Edwin Nadason Thumboo tidak dapat hadir kerana berada di luar negara kerana cuti kerja.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Kisah Pingat Budaya Kami
Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi / Baca: Perpustakaan

Tonton: Kisah-kisah penuh Inspirasi / Baca: Perpustakaan

Kisah-kisah Inspirasi

Apakah yang memberi inspirasi kepada penerima Pingat Budaya kita?

Dari mulut mereka sendiri: Penerima Pingat Budaya kita berkongsi pemikiran mereka dalam satu siri video yang dihasilkan oleh NAC sejak 2004.

Ketik token anda jika anda menjumpai video yang anda gemari.

Perpustakaan

Ingin tahu tentang karya-karya oleh/ mengenai penerima Pingat Budaya kita?

Terokai salinan bahan-bahan bacaan di sini. Kembalikan selepas anda selesai membacanya.

Koleksi Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura.

Untuk meminjam kebanyakan buku di sini daripada perpustakaan awam berhampiran anda, pergi ke:

Pingat Budaya Kami

1982 1981

Anugerah Pingat Budaya 1981

12 September 1981

(dari kiri) Wong Men Won, Lee Hock

Moh, Ng Eng Teng, Goh Soo Khim, Ahmad Bin Ja’afar dan Joanna Wong.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Anugerah Pingat Budaya 1982 29 Oktober 1982

(dari kiri) David Tay Poey Cher, Goh Poh Seng, Leong Yoon Pin, Lin Chen dan Menteri Kebudayaan S. Dhanabalan. Georgette Chen Li Ying tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Anugerah Pingat Budaya 1983 16 November 1983

(dari kiri) Menteri Kebudayaan Encik

S. Dhanabalan, Ang Chwee Chai, Vivien Goh, Christopher Allen, dan Arthur Yap Chioh Hiong.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

Anugerah Penaung Seni (PoA) diperkenalkan pada majlis anugerah Pingat Budaya untuk mengiktiraf dan menggalakkan tajaan korporat bagi seni.

Anugerah untuk individu dan organisasi awam ini dikurniakan kepada penaung atas sumbangan kewangan, kemahiran, sumber dan masa yang mereka sumbangkan kepada seni.

Empat penerima - Mobil Oil Singapore, Singapore Airlines (SIA), Lembaga Penggalak Pelancongan Singapura (STPB) dan Singapore Turf Club – telah diberi penghormatan atas sokongan kewangan mereka yang cemerlang.

Di majlis anugerah Pingat Budaya pada 16 November di Pusat Dagangan Dunia, Menteri Kebudayaan S. Dhanabalan berkongsi bahawa sumbangan kewangan daripada organisasi dan institusi perniagaan dan bukan perniagaan telah membantu meningkatkan kesedaran seni serta membolehkan pelaksanaan pelbagai projek kebudayaan yang membawa kesan yang berkekalan.

Anugerah Pingat Budaya 1984 29 Oktober 1984

(dari kiri) Kam Kee Yong, S. Varathan, Thomas Yeo dan Yip Cheong Fun.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Kementerian Pembangunan Masyarakat dibentuk.

Ia mengambil alih fungsi kebudayaan Kementerian Kebudayaan yang ditiadakan untuk mengawasi kesenian di Singapura di bawah Bahagian Hal Ehwal Kebudayaannya. Ini termasuk pentadbiran Pingat Budaya.

Kisah Pingat Budaya Kami

1987 1986

Anugerah Pingat Budaya 1985 30 Januari 1986

(dari kiri) Tay Chee Toh, Low Ing Sing, Tan Lip Seng dan Lee Tzu Pheng.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian, ihsan Arkib Negara Singapura

Anugerah Pingat Budaya 1986 10 Februari 1987

(dari kiri) Almahdi Al-Haj Ibrahim (Nadiputra), Paul Abisheganaden, Goh Choo San, Pan Shou, Wong Yoon Wah, Menteri Pembangunan Masyarakat Wong Kan Seng, Teo Eng Seng dan N. Palanivelu.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

1989 1988

Anugerah Pingat Budaya 1987 13 Januari 1988

(dari kiri) Tan Swie Hian, Max Le Blond, Muhammad Ariff Bin Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat Wong Kan Seng, Som Bte Mohd Said, Lee Lim dan Teng Mah Seng.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian

Anugerah Pingat Budaya1988 28 Februari 1989

(dari kiri) Alexander S. Abisheganaden, Chua Soo Bin, Lim Fei Shen, Tay Bin

Wee dan Iskandar Jalil. N Abdul Rahman (Singai Mukilan) tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Pelan induk kebudayaan yang pertama disiapkan.

Diusahakan oleh Majlis Penasihat Kebudayaan dan Kesenian (ACCA), ia merupakan pelan hala tuju untuk merealisasikan wawasan masyarakat yang berkembang maju dari segi budaya.

Antara saranan utamanya termasuk:

Penubuhan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk menerajui bidang kesenian;

Penubuhan pusat seni persembahan bertaraf dunia; menaik taraf kemudahan kebudayaan, perpustakaan, muzium dan teater sedia ada;

meningkatkan mutu pendidikan seni;

dan melaksanakan program Seni-dalamPendidikan untuk mendidik pelajar agar menghargai seni dengan lebih baik.

Proses pemilihan anugerah Pingat

Budaya diperhalusi lagi untuk

memastikan penilaian yang adil dan teliti. Calon-calon dinilai terlebih

dahulu oleh Jawatankuasa Penasihat

Pakar. Saranan-saranannya kemudian diserahkan kepada Jawatankuasa

Anugerah Kebudayaan yang terdiri

daripada pegawai kanan kementerian

dan individu ternama dalam masyarakat seni, yang dipengerusikan oleh Menteri

Negara bagi Pembangunan Masyarakat.

Kisah Pingat Budaya Kami

Anugerah Pingat Budaya 1989

3 May 1990

(dari kiri) Kuo Pao Kun, Neila

Sathyalingam, Goh Beng Kwan

dan Foo Tee Jun.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian

Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA) dibentuk.

Ia mengambil alih tanggungjawab menggalakkan

seni daripada Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan

Kementerian Pembangunan Masyarakat, termasuk menyelia anugerah Pingat Budaya.

Satu kategori baharu, Darjah Utama Penaung Kesenian, disampaikan buat pertama kali di majlis penganugerahan Pingat Budaya untuk mengiktiraf organisasi atau individu yang telah memberikan sokongan berterusan dan penting untuk kesenian di Singapura.

Menteri Ehwal Luar dan Pembangunan Masyarakat

Wong Kan Seng berkongsi bahawa penyertaan dalam seni harus datang dari semua sektor untuk membina suasana budaya yang lebih rancak dan bersemangat.

Anugerah Darjah Utama Penaung Kesenian

disampaikan kepada Lembaga Penggalak Pelancong

Singapura (STPB) dan Syarikat Penerbangan

Singapura (SIA) pada majlis yang diadakan di Marina Mandarin Ballroom itu pada 3 Mei 1990.

Kisah Pingat Budaya Kami

Anugerah Pingat Budaya 1990 25 Mac 1991

(dari kiri) Ong Kim Seng, Han Lao Da, Wu Peng Seng, Santha Bhaskar, Chew Kok Chang, Anthony Poon Kin Soon dan Lim Yau.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ditubuhkan pada 15 Oktober 1991.

Lembaga berkanun itu diberi tanggungjawab menerajui pembangunan sastera, persembahan dan seni visual di Singapura.

Ini adalah sebagai respons kepada saranansaranan awal dalam pelan induk budaya pertama – laporan oleh Majlis Penasihat Kebudayaan dan Kesenian (ACCA).

NAC mengambil alih pentadbiran anugerah

Pingat Budaya daripada Kementerian Penerangan dan Kesenian (MITA).

NAC juga mewarisi fungsi agensi yang terlibat dalam seni dan budaya: Yayasan Kebudayaan Singapura; Bahagian Kebudayaan Kementerian

Pembangunan Masyarakat; Urusetia Pesta Seni; dan Amanah Teater Negara.

Misinya adalah untuk memupuk pembangunan seni dan menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan warga Singapura.

Kisah Pingat Budaya Kami

Kisah Pingat Budaya Kami

1992

Buat julung-julung kalinya, sebuah panel 16 orang seniman – terdiri daripada

penerima Pingat Budaya serta penerima

Bintang Bakti Masyarakat dan penerima Pingat – ditubuhkan.

Panel ini berfungsi sebagai jambatan antara Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan masyarakat seni, menyampaikan nasihat dan maklum balas kepada Majlis.

NAC memperkenalkan Anugerah Seniman Muda sebagai pelengkap kepada Pingat Budaya.

Ini adalah sebagai memberi semangat kepada para seniman muda di bawah umur 35 tahun dalam mengejar kecemerlangan seni.

Penerima Anugerah Seniman Muda mendapat geran sebanyak $10,000 untuk digunakan untuk projek atau pengajian lanjutan dalam bidang seni, dalam tempoh dua tahun mereka menerima anugerah tersebut.

1993

Anugerah Pingat Budaya 1992 9 September 1993

(dari kiri) Jamaludin Jalil (YAA), Lim Jen Erh (YAA), Shane Thio (YAA), Ying E Ding (CM), Phan Wait Hong (CM), Menteri Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo, Wang Sui Pick (CM), Choo Hwee Lim (CM), Liang Wern Fook (YAA) dan Lee Tiah Khee (YAA).

(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian

Kisah Pingat Budaya Kami

1995 1994

Anugerah Pingat Budaya 1993

29 Ogos 1994

(dari kiri) Tay Teow Kiat dan Menteri

Penerangan dan Kesenian, Brigedier

Jeneral George Yeo.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Anugerah Pingat Budaya 1995 31 Ogos 1995

(dari kiri) Mohamed Noor Bin Sarman (YAA), Ghanavenothan Retnam (YAA), Han Sai Por (CM), Baet Yeok Kuan (YAA), Goh Lay Kuan (CM), Nirmala Seshadri (YAA), Simon Tay Seong Chee ( YAA) dan Lim Seng Tiong (YAA).

(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda

Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

1997 1996

Skop Anugerah Pingat Budaya dan Seniman Muda diperluaskan untuk turut meliputi filem. Ini adalah sebagai mengiktiraf sumbangan artistik oleh pembuat filem.

Anugerah Pingat Budaya 1996

30 Ogos 1996

(dari kiri) Lew Poo Chan (Dan Ying)

dan Phoon Yew Tien.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Anugerah Pingat Budaya 1997

29 Ogos 1997

(dari kiri) Tan Mei Ching (YAA), Ker Ban Hing (YAA), Lou Mee Wah (CM), Eric Khoo Kim Hai (YAA), Ho Minfong (CM), Lim Poh Teck (YAA), Haresh Sharma (YAA) dan Lim Jing Jing (YAA).

(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda

Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Kisah Pingat Budaya Kami

1999 1998

Anugerah Pingat Budaya 1998

18 September 1998

(dari kiri) Menteri Penerangan dan Kesenian, Brigedier Jeneral George Yeo dan Rama Kannabiran.

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian

Anugerah Pingat Budaya 1999 24 September 1999

(dari kiri) Chua Lik Wuk (YAA), Aravinth Kumarasamy (YAA), Henry Low Swee Kim (YAA), Chua Ek Kay (CM), Menteri Penerangan dan Kesenian Lee Yock Suan, Abdul Ghani Bin Abdul Hamid (CM) , Ang Gey Pin (YAA) dan Chng Nai Wee (YAA).

(CM) - Penerima Pingat Budaya (YAA) - Penerima Anugerah Seniman Muda

Kredit: Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian

Anugerah Pingat Budaya 2000 22 September 2000

(gambar) Tan Siah Kwee.

Sumber: Tan Siah Kwee

Majlis Seni Kebangsaan mengumumkan sokongan pembiayaan sebanyak $1 juta untuk pemenang

Pingat Budaya dan projek-projek mereka, yang akan diberikan dalam tempoh lima tahun mendatang.

Ini berikutan pelancaran Renaissance City, pelan induk kebudayaan kedua Singapura untuk menjadikan negara ini menjadi sebuah kota seni sejagat yang tersendiri.

Anugerah Pingat Budaya 2001 19 September 2001

(dari kiri) Yan Huichang dan Tan Kian Por.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Kisah Pingat Budaya Kami

Dana Pingat Budaya sebanyak $50,000 diperkenalkan.

Ini adalah untuk menyokong penerima Pingat Budaya dalam sumbangan artistik mereka kepada pembangunan seni dan budaya Singapura, serta melibatkan masyarakat di peringkat yang lebih luas.

Sehingga $200,000 boleh diberikan untuk kerjasama antara dua atau lebih penerima.

Anugerah Pingat Budaya 2002 8 Oktober 2002 (gambar) Jeremy Monteiro.

Sumber: Lianhe Zaobao © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Majlis Seni Kebangsaan menerbitkan buku berjudul Narratives: Notes On A Cultural Journey. (Naratif: Catatan Mengenai Perjalanan Kebudayaan)

Buku ini mendokumentasikan pencapaian 76 orang penerima Pingat Budaya dari 1979 hingga 2001, dan menyediakan rujukan berharga kepada para seniman, pengunjung dan pelajar tentang sejarah budaya Singapura.

Terdapat profil khusus untuk setiap penerima, memperincikan perjalanan artistik mereka. Terdapat juga pengenalan mengenai keseluruhan persada seni di Singapura, diikuti dengan esei mengenai opera Cina, tarian, sastera, muzik, fotografi, teater dan seni visual.

Kisah Pingat Budaya Kami

2004 2003

Anugerah Pingat Budaya 2003 26 September 2003

(dari kiri) Lim Tze Peng, Ong Keng Sen dan Yeng Pway Ngon.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Anugerah Pingat Budaya 2004 19 Oktober 2004

(gambar) Teo Bee Yen.

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk penerbitan semula

Kisah Pingat Budaya Kami

2005

Anugerah Pingat Budaya 2005 21 Oktober 2005

(dari kiri) Jack Neo Chee Keong, M. Balakrishnan (Ma Ilangkannan), Chng Seok Tin, Lee Wen dan Dick Lee.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Skop Anugerah Pingat Budaya dan Seniman Muda diperluaskan untuk merangkumi lebih banyak genre, termasuk teater teknikal, seni berbilang media dan muzik pop. Fotografi ditakrifkan semula dan termasuk di bawah kategori seni visual.

Ini adalah sebagai respons kepada bentuk dan amalan seni yang semakin bersifat antara dan pelbagai disiplin.

Anugerah Pingat Budaya 2006

20 Oktober 2006

(dari kiri) Pengerusi Majlis Seni

Kebangsaan Edmund Cheng, Menteri

Penerangan, Perhubungan dan

Kesenian Lee Boon Yang, Lynnette

Seah Mei Tsing (CM), Presiden

S.R. Nathan, Tan Choh Tee (CM),

Setiausaha Tetap Kementerian

Penerangan, Perhubungan dan

Kesenian Tan Chin Nam dan Ketua

Pegawai Eksekutif Majlis Seni

Kebangsaan Lee Suan Hiang.

(CM) - Penerima Pingat Budaya

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Kisah Pingat Budaya Kami

Pingat Budaya disampaikan oleh Presiden Singapura buat pertama kali dan seterusnya.

Ia menandakan prestij yang sesuai dengan anugerah seni tertinggi negara.

Kisah Pingat Budaya Kami

2007

Anugerah Pingat Budaya 2007

19 Oktober 2007

(dari kiri) Presiden S.R. Nathan

dan Eric Khoo Kim Hai.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Dana Pingat Budaya dinaikkan daripada $50,000 kepada $80,000.

Ini adalah untuk membantu penerima Pingat Budaya memulakan projek baharu dan mencipta karya asli, meningkatkan profil mereka di sini dan di luar negara.

Anugerah Pingat Budaya 2007

19 Oktober 2007

(dari kiri) Presiden S.R. Nathan

dan Isa Kamari.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2008 17 Oktober 2008

(dari kiri) Iskandar Mirza Ismail, P. Krishnan dan Chia Hwee Pheng (Xi Ni Er).

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Kisah Pingat Budaya Kami

Ketik token anda untuk memilih jawapan anda Adakah anda Bersedia?

.Kuiz: Adakah anda Bersedia?

tahun

Jack Neo, 2005

Filem Jack Neo, Money No Enough, yang diterbitkan pada 1998 memegang rekod untuk filem Singapura dengan kutipan tertinggi selama…

tahun

tahun

Rekodnya itu dipecahkan pada 2012 oleh Ah Boys To Men yang juga merupakan filem oleh Jack Neo.

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Santha Bhaskar, 1990

Dalam taridra manakah perintis penari klasik

India, Santha Bhaskar, mencipta dan membuat persembahan ketika beliau baru berusia 19 tahun?

Liang Shan Bo dan Zhu Ying Tai (Pencinta Rama-rama)

Soalan

Liang Shan Bo dan Zhu Ying Tai (Pencinta Rama-rama)

Santha Bhaskar ialah Pengarah Artistik dan Pereka Tari Akademi

Seni Bhaskar. Membuat hubungan dengan bentuk tarian-tarian etnik lain di Singapura telah menjadi sumber inspirasi artistik untuk reka tari beliau.

Macbeth

Wonder Boy

Soalan

Beauty World

Dick Lee, 2005

Selain menggubah pelbagai lagu popular seperti lagu Hari Kebangsaan, Home, Dick Lee juga telah menggubah banyak persembahan pentas muzikal yang berjaya. Muzikal pertamanya di Singapura ialah…

Beauty World

Ditulis oleh Michael Chiang dengan muzik dan lirik oleh Dick Lee, Beauty World ditayangkan di Pesta Seni 1988. Wonder Boy ialah filem berdasarkan kehidupan Lee yang diterbitkan pada 2017.

Iskandar Blue

Soalan

Iskandar Blue

Iskandar Jalil, 1988

Pakar tembikar dan cikgu Iskandar Jalil seberapa yang boleh lebih suka menggunakan tanah liat tempatan, dan membuat sepuh beliau sendiri. Malah, beliau telah mencipta sepuh biru khas yang dikenali sebagai…

Swedish Blue

Inspirasi untuk rona biru barium yang terang didapati daripada keamatan laut semasa lawatan beliau ke Scandinavia untuk mengadakan pemeran solonya, Tembikar Singapura di Galeri

Nasional Stockholm.

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Betul

Soalan

Betul

Joanna

Wong , 1981

Sebagai Pengarah Artistik dan Pelakon Utama Chinese Theatre Circle (CTC), Joanna Wong mengetuai kumpulan opera Kantonis untuk mempersembahkan lebih 2,000 pertunjukan di Singapura dan di seluruh dunia.

Tidak

Joanna Wong merupakan seorang penganjur opera Cina yang tidak mengenal penat. Beliau telah mempelopori penggunaan sari kata bahasa Inggeris untuk mengiringi persembahan CTC bagi manfaat penonton berbahasa Inggeris.

Gambar dari Russel Wong

Betul

Soalan

Betul

Jeremy Monteiro, 2002

Maestro jazz, Jeremy Monteiro, ialah pemuzik pertama dari Singapura yang mencapai kedudukan

50 teratas dalam carta jazz Amerika Syarikat pada 2021, dengan album beliau berjudul “Live at No Black Tie Kuala Lumpur”.

Tidak

Seorang pemain piano jazz, pencipta lagu, vokalis, penerbit dan pendidik, Jeremy Monteiro telah menghasilkan lebih 40 album solo atas nama beliau.

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Soalan Isu-isu Sosial

Rama Kannabiran, 1998

Seorang perintis dan tokoh terkemuka dalam golongan sastera Tamil Singapura, karya

Rama Kannabiran sering mencerminkan…

Tema-Tema Ghaib

Isu-isu Sosial

Karya-karya Rama Kannabiran yang meliputi pelbagai genre seperti cerpen, novel, novella dan esei, mencerminkan kehidupan individu daripada kelas sosial yang berbeza, dan kepercayaannya dalam memperjuangkan idea serta moral.

Xing Shu 行书

Running Script

Soalan

Hu Tu Zi 糊涂字

Muddled calligraphy

Lim Tze Peng, 2003

Seorang seniman yang belajar sendiri, Lim Tze Peng mengembangkan bentuk abstrak gaya kaligrafi yang disebutnya sebagai…

Hu Tu Zi 糊涂字 Muddled calligraphy Kuiz: Adakah

Kemuncak percubaan berdekad-dekad lamanya, Hu Tu Zi (糊涂字) atau

kaligrafi bercelaru yang dicipta oleh Lim Tze Peng ialah bentuk kaligrafi abstrak yang menggabungkan watak dan subjek, lukisan dan huruf.

Pesta Adelaide

Pesta Adelaide Kuiz: Adakah anda

Som Said, 1987

Pengasas syarikat seni persembahan terkemuka, Sri Warisan, pakar tarian Som Said menamakan anak tunggalnya sempena…

Soalan Cannes Film Festival

Som Said begitu terharu dengan pengalamannya membuat persembahan untuk Singapura di Pesta Adelaide pada tahun 1972 sehingga beliau kemudian menamakan anaknya “Adel”, sempena perayaan itu. Sri Warisan telah menyertai lebih 40 acara antarabangsa dan pesta di seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 1997.

Kuiz: Adakah anda Bersedia?

Kuo Pao Kun, 1990

Pakar dalam teater dwibahasa, Kuo Pao Kun

membantu merapatkan jurang antara teater

berbahasa Inggeris Singapura dengan teater

berbahasa Cina melalui karya-karya beliau.

Beliau telah menulis drama berbilang bahasa

terkenal yang dipanggil…

Mama Mencari Kucingnya

Soalan

Mama Mencari Kucingnya

Keranda Terlalu Besar untuk Liang Lahat

The Coffin Is Too Big For The Hole atau Keranda Terlalu Besar

untuk Liang Lahat ialah lakonan pertama Kuo Pao Kun dalam bahasa Inggeris. Seorang pengamal seni yang berpengaruh, Kuo Pao Kun telah mengasaskan tiga institusi seni utama: The Theatre Practice, The Substation dan Program Latihan & Penyelidikan Teater.

Kisah Pingat Budaya Kami

2010 2009

Anugerah Pingat Budaya 2009 16 Oktober 2009

(dari kiri) Angela Liong Pui-Yin, Lan Shui, Ang Ah Tee dan Tham Yew Chin (You Jin).

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2010 12 Oktober 2010

(dari kiri) Liang Wern Fook, Suratman Markasan dan Amanda Heng.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2011

Anugerah Pingat Budaya 2011 18 November 2011

(dari kiri) Halimah Bte Jaafar (Atin Amat), Yusnor Ef, Kelly Tang dan Lim Yew Kuan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Geran Anugerah Seniman Muda digandakan daripada $10,000 kepada $20,000.

2012

Anugerah Pingat Budaya 2012 17 Oktober 2012

(dari kiri) Thirunalan Sasitharan, Ho Ho Ying, Jennifer Tham, J. M. Sali dan Milenko Prvacki.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Majlis Seni Kebangsaan memperkenalkan

Siri Penceramah Pingat Budaya untuk penerima

Pingat Budaya melibatkan diri dengan orang ramai

dan berkongsi falsafah serta perjalanan seni mereka.

Siri Tokoh Seniman juga diperkenalkan, di mana penerima Pingat Budaya dan Anugerah Seniman

Muda adalah antara yang diundang untuk memberi ceramah, kelas pakar dan bengkel untuk guru Seni Visual, Muzik, Drama dan Tarian.

Siri ini merupakan kerjasama dengan Akademi

Perguruan Singapura untuk Seni (MOE-STAR)

dan Cawangan Pendidikan Seni MOE (MOE-AEB).

Kisah Pingat Budaya Kami

2013

Anugerah Pingat Budaya 2013 22 Oktober 2013

(dari kiri) Ivan Heng, Mohamed

Latiff Mohamed dan Tsung Yeh.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Penerima Pingat Budaya tidak lagi dikategorikan mengikut bentuk seni mereka.

Ini disebabkan oleh amalan berbilang disiplin yang semakin meningkat, mencerminkan landskap seni Singapura yang semakin berkembang.

Anugerah Pingat Budaya 2014 16 Oktober 2014

(dari kiri) Chong Fah Cheong, Alvin Tan dan KTM Iqbal.

Kisah Pingat Budaya Kami

Anugerah Pingat Budaya 2015 16 Oktober 2015

(dari kiri) Chua Mia Tee dan Presiden Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Kisah Pingat Budaya Kami

Anugerah Pingat Budaya 2015 16 October 2015

(dari kiri) Haresh Sharma and President Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2015 16 Oktober 2015

(dari kiri) Lim Hung Chang (Lin Gao) dan Presiden Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2015 16 Oktober 2015

(dari kiri) Margaret Leng Tan dan Presiden Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2016

4 Oktober 2016

(dari kiri) Asiah Aman (Nona Asiah)

dan Presiden Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Kisah Pingat Budaya Kami

Anugerah Pingat Budaya 2016

4 Oktober 2016

(dari kiri) Koh Mun Hong

dan Presiden Tony Tan.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2017

Anugerah Pingat Budaya 2017

24 Oktober 2017

(dari kiri) Djamal Tukimin

dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2017

24 Oktober 2017

(dari kiri) Law Wai Lun dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2018

Anugerah Pingat Budaya 2018

23 Oktober 2018

(dari kiri) Louis Soliano dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2018 23 Oktober 2018

(dari kiri) Low Mei Yoke dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2019

Anugerah Pingat Budaya 2019 15 Oktober 2019

(dari kiri) Eric James Watson dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Pingat Budaya mencapai tahun ke-40 sebagai penghormatan tertinggi Singapura dalam bidang seni.

Sejak 1979, ia telah dianugerahkan kepada 126 orang seniman, yang sumbangan mereka kepada seni telah memperkaya Singapura.

2020

Sesi Penglibatan dengan Penerima Pingat

Budaya dan Seniman Muda (CMYAA) 2020

8 Disember 2020

(dari kiri) Sarkasi Said dan

Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2021

24 November 2021

(dari kiri) Vincent Leow* dan Presiden Halimah Yacob.

*Vincent Leow ialah penerima Pingat Budaya

2020 dan telah disampaikan dengan anugerahnya pada majlis Anugerah Pingat Budaya 2021.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2021

24 November 2021

(dari kiri) Chia Joo Ming dan

Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah menganjurkan pameran mengenai penerima Pingat Budaya di

The Arts House.

Pameran itu meraikan individu dan mengiktiraf karya

mereka sebagai sebahagian daripada warisan budaya

Singapura dan mencerminkan keazaman diri warga

Singapura sebagai satu warga negara.

Satu repositori digital nasional juga diditubuhkan.

Kerjasama antara NAC dan Lembaga Perpustakaan

Negara ini mendokumentasikan karya-karya para penerima, memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sejarah kebudayaan Singapura.

Anugerah Pingat Budaya 2021

24 November 2021

(dari kiri) Rahimah Rahim dan

Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2022

Anugerah Pingat Budaya 2022

5 December 2022

(dari kiri) Aravinth Kumarasamy dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2022

5 December 2022

(dari kiri) Kok Heng Leun dan Presiden Halimah Yacob.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2023

Anugerah Pingat Budaya 2023

5 December 2023

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam

dan Osman Abdul Hamid.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2023

5 December 2023

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam

dan Suchen Christine Lim.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2023

5 December 2023

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam

dan Meira Chand.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

2024

Anugerah Pingat Budaya 2024

27 November 2024

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam

dan Siew Hock Meng.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2024

27 November 2024

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam

dan Ghanavenothan Retnam.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2025

27 November 2025

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Nai Swee Leng.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Anugerah Pingat Budaya 2025

27 November 2025

(dari kiri) Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Goh Boon Teck.

Kredit: Gambar ihsan Majlis Seni Kebangsaan

Berinteraksi: Lihat Lebih Dekat / Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR)

Berinteraksi: Lihat Lebih Dekat / Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR)

Lihat Lebih Dekat

Ketahui lebih lanjut tentang penerima

Pingat Budaya kita.

Selami dan teroka sumber digital mengenai penerima di sini, daripada

profil kepada artikel berita kepada karya-karya terpilih.

Gunakan token anda untuk memulakan penerokaan anda.

Repositori Seni Dalam

Talian Singapura (SOAR)

Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) ialah kerjasama

antara Majlis Seni Kebangsaan dan Lembaga Perpustakaan Negara untuk meningkatkan koleksi kandungan seni

Singapura, termasuk kandungan seni persembahan, seni visual dan seni sastera daripada seniman-seniman terkemuka Singapura serta perkumpulanperkumpulan seni institusi-institusi kebudayaan yang telah lama wujud.

Untuk melihat koleksi SOAR, pergi ke:

Jadual Seni Untuk

Jadual Seni Untuk Anda

Inginkan lebih banyak rangsangan artistik?

Lengkapkan proses daftar keluar di sini dan dapatkan Jadual Seni yang dicipta khas untuk anda.

Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) / Penghargaan

Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) / Penghargaan

Repositori Seni Dalam Talian

Singapura (SOAR)

Repositori Seni Dalam Talian Singapura (SOAR) merupakan kerjasama antara

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

untuk meningkatkan koleksi karya

seni Singapura, dan untuk menjadikan

bahan-bahan itu tersedia secara

digital untuk generasi masa hadapan warga Singapura. Koleksi ini akan

merangkumi seni persembahan, seni visual dan kesusasteraan Singapura serta

menampilkan para seniman terkemuka

Singapura seperti penerima Pingat Budaya dan Anugerah Seniman Muda serta

kumpulan-kumpulan seni dan institusi kebudayaan yang mapan.

Untuk melihat koleksi SOAR, pergi ke:

Penghargaan

Kisah Pingat Budaya kita ditauliahkan oleh

Majlis Seni Kebangsaan dan diuruskan oleh Arts House Group.

Nantikan lebih banyak program Pingat Budaya dan program berkaitan seni

di The Arts House at the Old Parliament – ikuti dan sukai kami di laman web dan media sosial kami.

Imbas di sini untuk menyertai senarai mel Arts House Group:

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
OCMS Guide Malay by Arts House Group - Issuu