Skip to main content

SEMESTA FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Page 1

AHLI KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH:

SARJANA MUDA TEKNOLOGI PENGURUSAN FASILITI SESI 1/2021

ADIB ZIKRI BIN ZAHARI 08BFM21F3020

NUR AZYAN WAFIQAH BINTI MD AZMI 08BFM21F3021

MOHD HAFIQ BIN JUMAR 08BFM21F3009

SHANGKARI A/P KAILANATHAN 08BFM21F3031

DISEDIAKAN KEPADA PENSYARAH PENILAI:

PUAN ZAINAB HANINA BINTI ABDUL SAMAD

2


ISI KANDUNGAN AHLI KUMPULAN

2

ISI KANDUNGAN

3

PENGENALAN

4

ISI PLOT

5-6

NILAI

6

CADANGAN SIFAT DAN CABARAN

7

KESIMPULAN RUJUKAN

7 8

3


PENGENALAN Alam semesta yang dikurniakan oleh ALLAH SWT adalah salah satu nikmat yang dikurniakan kepada manusia di muka bumi ini. Nikmat alam yang dikurniakan untuk manusia nikmati dan menjaga kehidupan manusia dari bencana melanda negara kita. Di dalam agama kita sendiri telah di ajar bagaimana kita harus menjaga alam sekitar dengan baik kerana di muka bumi ini bukan kita sahaja makhluk yang tinggal disini. Alam sekitar dan manusia adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ini kerana alam harus dijaga dengan baik kerana bukan kita saja untuk memastikan kelestarian alam tetapi untuk dinikmati oleh anak cucu kita di masa hadapan. Jadi hari ini kita dapat lihat akibat dari kerakusan manusia mengakibatkan bumi dalam keadaan tenat. Hasil bumi seperti pembalakan haram, pemburu binatang terancam dan pencemaran asap mengakibatkan kepupusan binatang dan juga bencana alam berlaku. Di dalam filem ini kami mahu menerangkan bagaimana masyarakat tidak kira bangsa dan agama Bersama-sama dalam menjaga alam sekitar dan memberikan cara-cara baharu bagi membendung masalah pencemaran alam terus berlaku. Hal ini kerana, kami bakal mengupas apakah falsafah yang terdapat dalam filem ini dan nilai-nilai murni yang kita boleh contohi. Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos bererti " rumah" dan logos bererti "sains"). Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Proses membangunkan manusia ini memerlukan satu usaha yang konsisten dan berterusan agar tidak berlaku kepincangan dalam mana–mana peringkat pelaksanaannya. Manusia itu mempunyai sifat-sifat yang seakan sama dan di mana pun konteksnya, sama ada di rumah ataupun di sekolah, di peringkat daerah, nasional, mahu pun di peringkat antarabangsa.

4


PLOT Filem semesta ini memotretkan kisah tujuh tokoh inspiratif dari berbagai latar belakang dalam memperlambatkan perubahan iklim. Mereka adalah Tjokorda Raka Kerthyasa (Bali), Romo Marselus Hasan (Nusa Tenggara Timur), Muhammad Yusuf (Aceh), Agustinus Pius Inam (Kalimantan Barat), dan Iskandar Waworuntu (Yogyakarta). Sementara dari kaum hawa ada Almina Kacili (Papua Barat) dan Soraya Cassandra (Jakarta). Menariknya, para tokoh yang berasal dari tujuh wilayah di Indonesia ini berusaha menjaga keseimbangan alam dengan berkaca pada agama dan kebudayaan masingmasing. Di awal pembukaan filem ini, disajikan kehidupan Tjokro Raka Kerhayasa, seorang tokoh budaya dari Ubud, Bali, menjalankan rangkaian tradisi Nyepi. Umat Hindu di Bali menjadikan momentum Hari Nyepi sebagai hari di mana alam melakukan pembaikan diri, walaupun hanya satu hari dalam setahun namun tetap memberikan impak makro dan mikro yang luar biasa terutama dalam mengurangkan pelepasan harian di Bali. Menurut Tjokro, apa yang penting dalam hidup ialah keseimbangan melalui kawalan hidup kerana sebenarnya hidup ini mudah, jika kita boleh renung sejenak. Nusa Tenggara Timur, menceritakan Paderi Marselus Hasan, Tokoh Agama Katolik di Bea Muring, Manggarai yang memberi pesan jemaahnya untuk berdamai dan memelihara alam. Beliau menceritakan tentang pertama kalinya beliau ke Bea Muring, Manggarai, Nusa Tenggara Timur yang mempunyai masalah kemudahan pengangkutan dan sumber tenaga elektrik dimana masyarakat kampung masih menggunakan

generator yang menghasilkan pencemaran bunyi. Paderi Marseluc Hasan selaku ketua agama Katolik di kawasan Bea Muring menyarankan agar penduduk beralih kepada loji janakuasa hidroelektrik (PLTA) supaya bekalan elektrik dapat dihidupkan sehingga pagi dan juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi pada waktu malam, supaya keselesaan berehat boleh dipenuhi. Papua Barat, filem ini menceritakan di wilayah Kapatcol Papua Barat dimana eksploitasi ekosistem marin memberi kesan negatif terhadap hasil laut yang semakin berkurangan dari hari ke hari. Ini menjadikan tradisi Sasi di wilayah Kapatcol di Papua Barat dikuatkuasakan secara meluas. Sasi adalah tempat yang dilindungi dan dijaga supaya dia utuh dan tidak ada yang mengambil makanan laut di sana. Almina Kacili menjadi penggerak untuk mewujudkan kumpulan wilayah Sasi khusus wanita di kawasan Kapatcol. Menurutnya, wanita tidak boleh berdiam diri, mereka juga mampu mencipta wilayah Sasi seperti lelaki, kerana wanita juga berhak mencipta wilayah Sasi. Mereka mempunyai kepercayaan bahawa jika mereka sudah menjadi Sasi di kawasan tertentu, maka tempat itu sudah mempunyai pengawal yang melindunginya supaya Sasi boleh digunakan sebagai pengimbang semulajadi dan hasil Sasi yang akan mereka perolehi apabila kawasan Sasi dibuka akan digunakan untuk membantu memenuhi keperluan wanita di kawasan Kapatcol bermula dari kos anak sekolah dan juga kos ubat-ubatan jika ahli keluarga sakit.

5


Aceh. Muhammad Yusuf selaku imam kampung Pameu provinsi Aceh berpendapat bahawa kita sebagai manusia haruslah mampu menjaga alam sekitar agar tidak merosakkan alam di sekeliling kita baik laut mahupun darat kerana ini adalah hukum sebab akibat jika kita jangan ganggu makhluk lain maka mereka tidak akan mengganggu kita atau sebaliknya. Kemusnahan alam adalah akibat perbuatan manusia, jika manusia dapat menjaga alam sekitar, maka dengan kehendakNya alam ini harus bersatu dengan kita. Inilah yang mendasari Yusuf bahawa pentingnya menyampaikan segala perkara yang positif dan bermanfaat (dakwah) kepada masyarakat di kampung Pameu khususnya berkaitan dengan pemeliharaan hutan dengan baik yang dapat mengurangkan kesan pemanasan global, dan kerosakan habitat semula jadi daripada haiwan serta hutan. Wilayah Papua Barat, keluarga Iskandar menjalankan latihan dalam permakultur, model pertanian yang meniru ekosistem semula jadi. Latihan ini

1.BEKERJA-SAMA

menekankan hubungan timbal balik antara manusia dan alam. Dengan menggunakan sistem pertanian yang bersifat tempatan dan mesra alam, lebih banyak pelepasan boleh dikurangkan. Jakarta, membina hubungan antara masyarakat bandar dan alam semula jadi menjadikan Soraya Cassandra sebagai pengasas Kebun Kumara yakin dia boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perubahan bagi mengurangkan pelepasan karbon. Kebun Kumara cuba menjadikan kawasan kumuh dan keadaan tanah yang tidak sesuai sebagai tempat perbandaran yang hijau, lestari dan boleh digunakan sebagai tempat pendidikan dalam mempelajari alam semula jadi yang berkaitan dengan tumbuhan (taman belajar). Dengan tujuan membantu menjawab masalah penghutanan semula di kawasan bandar dengan menyediakan tempat untuknya. Bagi Soraya, perkara yang paling ketara untuk melihat keagungan dan cinta ilahi adalah dalam alam semula jadi, dalam bentuk nyata di hadapan mata kita sendiri.

NILAI

Nilai bekerja-sama dimana masyarakat Bea Muring membersihkan dan memperbaiki rumah hidro elektrik bersama setelah rumah hidro elektrik rosak kerana banjir di Bea Muring.

2.MENGHORMATI ALAM SEKITAR

Nilai menghormati alam sekitar dimana masyarakat Dusun Sungai Utik mempunyai peraturan seperti hanya seorang boleh memotong tiga pokok dalam setahun dan terdapat binatang yang tidak boleh diburu seperti burung enggak dan orang utan tetapi binatang yang dibenarkan memburu seperti kijang, babi hutan, rusa dan kancil.

3. KEPIMPINAN

Nilai kepimpinan dimana kita dapat lihat ketujuh tokoh setiap wilayah mempunyai sifat kepimpinan untuk membangunkan, memelihara dan menaikkan kesedaran pada setiap orang di wilayah.

6


CADANGAN SIKAP POSITIF TERHADAP ISU SEMASA DARI PERSPEKTIF FALSAFAH Falsafah ekologi daripada filem semesta ini dapat dikaitkan dengan Masalah sumber tenaga elektrik dimana masyarakat kampung masih menggunakan generator yang menghasilkan pencemaran bunyi. Paderi Marseluc Hasan selaku ketua agama Katolik di kawasan Bea Muring menyarankan agar penduduk beralih kepada loji janakuasa hidroelektrik (PLTA) supaya bekalan elektrik dapat dihidupkan sehingga pagi dan juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi pada waktu malam, supaya keselesaan berehat boleh dipenuhi. Falsafah Sejahtera Insan Bersepadu yang dapat dikaitkan adalah Muhammad Yusuf selaku imam kampung Pameu provinsi Aceh berpendapat bahawa kita sebagai manusia haruslah mampu menjaga alam sekitar agar tidak merosakkan alam di sekeliling kita baik laut mahupun darat kerana ini adalah hukum sebab akibat jika kita jangan ganggu makhluk lain maka mereka tidak akan mengganggu kita atau sebaliknya. Kemusnahan alam adalah akibat perbuatan manusia, jika manusia dapat menjaga alam sekitar, maka dengan kehendakNya alam ini harus bersatu dengan kita. Inilah yang mendasari Yusuf bahawa pentingnya menyampaikan segala perkara yang positif dan bermanfaat (dakwah) kepada masyarakat di kampung Pameu khususnya berkaitan dengan pemeliharaan hutan dengan baik yang dapat mengurangkan kesan pemanasan global, dan kerosakan habitat semula jadi daripada haiwan serta hutan.Muhammad Yusuf juga menjadi penggerak kepada masyarakat untuk mengubah fikiran mereka.

KESIMPULAN Secara kesuluruhannya,kepentingan penerapan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar sememenagnya perlu diambil kira dalam konteks masyarakat di Malaysia hari ini.Nanyak kerosakan telah berlaku terhadap alam sekitar,habitat flora dan fauna. Manusiasendiri yang akan meanggung sama ada masyarakat yang melakukan kerosakan tersebut ataupun masyarakat lain yang menanggung kesan buruk ini.natijahnya pasti akan kembali kepada manusia itu sendiri. Salurannya boleh disesuaikan mengikut sasaran masyarakat iaitu golongan muda dan tua. Golongan mudamungkin boleh menggunakan media elektronik atau media baharu. Manakala bagi sasarangolongan tua, boleh menggunakan media konvensional atau media cetak. Namun, matlamatnyaadalah satu iaitu untuk mengembalikan keseimbangan ekologi sekaligus memelihara danmemulihara alam sekitar.

7


RUJUKAN Cyntara, R. (2020, August 18). Sinopsis Semesta,Perjuangan 7 tokoh melawan Perubahan Iklim, tayang di netflix halaman all. KOMPAS.com. Retrieved January 13, 2022, from https://www.kompas.com/hype/read/2020/08/18/215051466/sinopsissemesta-perjuangan-7-tokoh-melawan-perubahan-iklim-tayang-di?page=all Yeusuff, B. (2020, August 19). Islands of faith (semesta) - religion and going green. Goggler. Retrieved January 13, 2022, from https://goggler.my/islands-of-faith-semesta/ Sariyan.A (2016). Asas Falsafah Dan Pemikiran Melayu. 50926 Kuala Lumpur , Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd. Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon, Muhammad Ahmad & Zahari Mohamed. (2021). Penghayatan etika dan peradaban . UUM. MD NAWI, N. O. O. R. H. I. S. H. A. M. (2020). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. Khairol, A. (2017, January 15). Falsafah Sosial Ekologi. Academia.edu. Retrieved January htt13, 2022, from ps://www.academia.edu/30932947/Falsafah_Sosial_Ekologi Mustafa, N. H. B. M. (2020, November 11). KONSEP Insan Dalam Perspektif Falsafah. MindMeister. Retrieved January 13, 2022, from https://www.mindmeister.com/1687744684/konsep-insan-dalam-perspektif-falsafah Merican, A. M. (1970, January 1). Apakah Filem di Malaysia Memerlukan Falsafah? -

Beberapa Permasalahan Dalam Pemikiran, Pengajian, Penyelidikan Dan Pendidikan Perfileman / Ahmad Murad Merican. Go to start page! Retrieved January 7, 2022, from https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11607/

ASYRAF.S, HANIS.S, AINA.N, AQILAH.F, ALIYA.N (2020) ULASAN FILEM EJEN ALI THE MOVIE, CTU 552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA Watch Islands of faith. Netflix. (2020, August 17). Retrieved January 13, 2022, from https://www.netflix.com/id/title/81292475

8


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
SEMESTA FALSAFAH DAN ISU SEMASA by adibzikri - Issuu