Skip to main content

SELUBUNG PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Page 1

AHLI KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH:

SARJANA MUDA TEKNOLOGI PENGURUSAN FASILITI SESI 1/2021

ADIB ZIKRI BIN ZAHARI 08BFM21F3020

NUR AZYAN WAFIQAH BINTI MD AZMI 08BFM21F3021

MOHD HAFIQ BIN JUMAR 08BFM21F3009

SHANGKARI A/P KAILANATHAN 08BFM21F3031

DISEDIAKAN KEPADA PENSYARAH PENILAI:

PUAN ZAINAB HANINA BINTI ABDUL SAMAD

2


ISI KANDUNGAN

AHLI KUMPULAN

2

ISI KANDUNGAN

3

PENGENALAN

4

ISI PLOT

5

NILAI

6

CADANGKAN SIKAP YANG POSITIF TERHADAP ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF ETIKA DAN PERADABAN

6

KESIMPULAN

7

RUJUKAN

8

3


PENGENALAN

Filem didefinasikan sebagai satu objek yang tipis yang diperbuat daripada seluloid dan dimasukakan ke dalam kamera untuk membuat gambar atau dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa, memfilemkan, menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem. Perkataan filem wujud daripada bahan fotografi yang merupakan peranatara utama wayang yang dicetak dan dipanggil pita filem. Sejarah perkembangan perfileman lahir apabila adik-beradik Lumiere mencipta Teknik fotografi dan projektor. Mereka merupakan individu yang Berjaya menayangkan filem pertama iaitu pada 28 disember 1895 di grand café paris. Pada hari itu, industri perfileman terus berkembang ke benua-benua lain termasuk ke benua asia. Sejarah perfileman di tanah melayu diperkenalkan pertama kali kepada masyarakat umum ialah pada 1898 dimana penjajah inggeris menayakan sebuah filem dokumentari berjudul Diamond Anivessary Celebration of Quenn Victoria. Sementara itu, pawagam pertama di tanah melayu mula beroperasi pada tahun1933 di singapura dengan tanyangan Laila majnun. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah terkenal india. Syarikat yang menerbitkan filem mini ialah Motial Chemical, yang berasal daripada Bombay tetap beroperasu di singapura. Filem tersebut mengisahkan tentang cerita cinta klasik rakyat timur tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan majnun.

4


PLOT Mastura, E.J, Halim, Zakariah dan Wn Ng merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Perth, Australia. E.J terpikat dengan Brother Musa, seorang pendakwah dengan fahaman Islam yang agak sempit. E.J mengambil keputusan untuk berhenti belajar agar dapat menjadi isteri kedua Musa. Ini tidak menyenangkan rakan-rakannya yang cuba untuk menasihatinya. Halim dan Wn Ng juga mengambil keputusan besar untuk membuat kerja sukarelawan di Palestine. Setelah lulus, Mas menziarahi E.J yang sudah melahirkan anak tetapi hanya menjumpai Hani, isteri Musa pertama. Hani telah menjadi tidak siuman dan telah bertindak membunuh bayi E.J ketika dia tiada. E.J. menyalahkan Mas atas kejadian tersebut dan hubungan mereka menjadi renggang. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Mas bekerja sebagai seorang jurutera untuk syarikat antarabangsa TCT. Dia juga menjadi sukarelawan untuk badan bukan kerajaan bernama Rescue Aid. Mereka dipimpin oleh Dr.Sardar, seorang pelarian Jordan dan bekerja untuk menyalurkan bantuan ke Palestine. Mastura berjaya mendapatkan dana oleh TCT untuk Rescue Aid. Pada masa yang sama, dia jatuh hati dengan Kamal, Pengarah Urusan syarikat tersebut. Kamal yang memujuk Mastura untuk bertemu dengan E.J apabila dia pulang ke tanah air kerana Musa telah pergi membantu orang di Palestine. Namun, hubungan mereka menemui halangan apabila Kamal rupanya sudah beristeri. Kamal berjaya mendapatkan semula Mas dengan cara menggunakan pembesar suara di atas lori. Dia juga memberitahu Mas bahawa dia sudah bercerai lalu masuk meminang dengan cara bertemu bapa Mas di Marang, Terengganu. Halim dan Wn Ng terkorban di Palestine, menyebabkan Mas mengaturkan konsert amal untuk mengumpulkan wang agar dapat membiayai usaha Rescue Aid. E.J juga kini bekerja dengan mereka. Pejabat Rescue Aid di Kuala Lumpur juga berjaga-jaga selepas menerima berita bahawa pejabat mereka di London telah dibom oleh pihak yang menentang organisasi tersebut. Namun begitu, pejabat KL jatuh ke nasib yang sama dan menyebabkan Mas cedera parah. Konsert amal yang diaturkan berjalan dengan lancar. Sahabat dan keluarga Mas mengadakan sesi tahlil untuk mendoakan kesihatan Mas. Kamal masuk ke bilik sakit Mas dan mendapati bahawa terdapat banyak rama-rama. Dia memegang tangan Mas dan menyaut namanya, menyebabkan dia tersedar. Mereka bersama pekerja Rescue Aid yang lain dilihat sedang memuatkan banyak kotak ke dalam helikopter sebelum filem berakhir.

5


NILAI Toleransi. Toleransi merupakan salah satu sifat semula jadi yang ada di dalam diri manusi. Boleh kita lihat di dalam filem ini di mana mastura sangat sayang kepada E.J dan tidak bersetuju apabila E.J mahu berhenti belajar kerana ingin mengahwini brother Musa. Tolong menolong Sifat tolong menolong merupakan salah satu sifat yang terpuji yang boleh kita contohi. Kita dapat lihat di dalam filem ini boleh dilihat sifat Mastura yang ingin mengumpulkan dana bagi tabung kebajikan Rescue Aid boleh dicontohi. Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Dimana di dalam file mini kita dapat lihat Mastura menyerahkan kesemua wang sumbangan konsert amal kepada Rescue aid.

CADANGKAN SIKAP YANG POSITIF TERHADAP ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF ETIKA DAN PERADABAN 1. Kita harus sayang sesame makhluk Halim dan Wn Ng sanggup ke Palestine dengan tiada pengalaman di Palestine lalu terkorban dalam misi menjadi sukarelawan.Misi menjadi sukarelawan adalah satu pilihan,Halim dan Wn Ng mengambil keputusan ini demi masyarakat Palestine yang berada dalam situasi yang amat teruk dan untuk menyelamatkan nyawa mereka tetapi mereka yang terkorbanya. 2. Kita mestilah mempunyai persahabatan yang tinggi Persahabatan antara E.J,Mastura,Halim,Wn Ng ada selalu Bersama E.J dan selalu mengambil berat tentangnya.Selain itu, E.J mengambil keputusan untuk berhenti belajar agar dapat menjadi isteri kedua Musa. Ini tidak menyenangkan rakanrakannya yang cuba untuk menasihatinya.Sebagai kawan yang kita harus menasihati apabila kawan yang salah mengambil keputusan. 3. Kita mestilah mempunyai nilai kemanusian dalam diri sendiri dan gembira dengan pencapaian orang lain. Mas menziarahi E.J yang sudah melahirkan anak tetapi hanya menjumpai Hani, isteri Musa pertama. Hani telah menjadi tidak siuman dan telah bertindak membunuh bayi E.J ketika dia tiada.ini adalah adab yang tidak baik dan kita harus tidak mengamalkan dalam kehidupan seharian

6


KESIMPULAN Secara ringkasnya filem Selubung yang telah di terbitkan pada tahun 1992 merupakan salah satu filem yang sangat baik dan boleh di ambil iktibar. Ini kerana setiap babak dan jalan cerita yang di tonjolkan menceritkan bagaimana Mastura, E.J, Zakariah dan Wn Ng bersahabat baik dan Bersama-sama dalam menempuh segala dugaan. Kita dapat lihat dalam file mini watak utama iaitu Mastura, walaupun mempunyai kerjaya yang baik beliau juga bersifat rendah diri dan suka untuk tolong menolong di mana selain menjadi seorang jurutera beliau juga terlibat aktif di dalam usaha sukarelawan di bawah badan bukan kerajaan Rescue Aid. Sifat Halim dan Wg En bergiat aktif semasa sukarelawan di Palestine. Tetapi malang tidak berbau buat mereka apabila mereka terkorban apabila menyertai pasukan sukarelawan di sana. Ini mengakibatkan Mastura terkesan dengan perkara ini. Mastura telah merancang konsert amal bagi mengumpul dana untuk membiayai usaha Rescue Aid. Konsert itu berjalan dengan lancar dan dapat menyumbang ke dalam tabung Rescue Aid.

7


RUJUKAN Wikimedia Foundation. (2021, October 25). Selubung. Wikipedia. Retrieved January 13, 2022, from https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Selubung Sabrina. (1970, January 1). Selubung. SELUBUNG. Retrieved January 13, 2022, from l https://sabrinafilm.blogspot.com/2011/11/selubung.htm Razak, A. A. (2021). Penghayatan Etika & Peradaban. Penerbit UMK. Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd. Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon, Muhammad Ahmad & Zahari Mohamed. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban. uum. MARTIN JANTAI Follow Teacher at KPM. (n.d.). 17 Nilai Murni Yang Utama. SlideShare. Retrieved January 6, 2022, from https://www.slideshare.net/marcjacobs2012/17-nilai-murni-yang-utama Selubung (1992). ‎Selubung (1992) directed by Shuhaimi Baba • Reviews, film + cast • Letterboxd. (n.d.). Retrieved January 13, 2022, from https://letterboxd.com/film/selubung/ Tonton Cinema. (n.d.). Retrieved January 13, 2022, from https://cinema.tonton.com.my/player/7944349743952200 Bahasa dan feminisme Dalam Filem Shuhaimi Baba - UKM. (n.d.). Retrieved January 13, 2022, from http://journalarticle.ukm.my/12262/1/26169-78652-1-PB.pdf HJ. Suyurno, Md Nasir, S. S. M. farhana. (2020). CTU152 Modul Penghayatan Etika dan Peradaban 1 UiTM. uitm.

8


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
SELUBUNG PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN by adibzikri - Issuu